*Sudah 2-3 minggu aku berhenti seketika daripada memainkan sebarang game Steam (Baldur's Gate II, Icewind Dale, Price Of Persia: WW/T2T) dimaklumkan pula oleh Steam mengatakan satu lagi game klasik dalam wishlist aku Baldur's Gate kini ada promosi RM11.70 (harga asal RM39.00). Macam biasa, muat turun dahulu...
Juga versi Enhanced Edition rilisan yang diolah semula oleh Beamdog sekitar 2012 untuk PC moden. Agak mahal sedikit berbanding harga promosi Baldur's Gate II dan Planescape: Torment sebelum ini yang hanya RM7.00+ dan Icewind Dale RM9.00+. Tak apa, download dulu, main kemudian.
Game asal rilisan penghujung 1998 keluaran Black Isle Studios ketika itu. Aku memainkannya sekitar penghujung 1999, installation CD sampai lima keping, ketika mana game lain hanya sekeping CD. Cuma pernah menghabiskan game ini sekali sahaja sebelum kehangatannya dipotong oleh Planescape: Torment.
Game ini mengingatkan aku pada era tahun ketiga di USM, musim dating dengan junior, musim layan album Garage Inc. dan VCD Cunning Stunts. Waktu minggu peperiksaan pun main game ini sampai lewat malam. Entah apa yang aku fikirkan ketika itu...
_____
AADI: *Gaming fatigue?
0 comments
Post a Comment