Sessi ketiga jamming latihan bersama Erectus di REG Studio malam Jumaat lepas (20/12/2024) persediaan untuk gig Sarawak Metal Regime 2024 Sabtu ini.
Untuk sessi kali ini aku menggunakan pedal Zoom MS-70CDR yang telah di"hacked" dan disalinkan patch peribadi yang ada dalam B1Xon. Seperti biasa, pedal ini hanya digunakan untuk fungsi tuner, compressor dan sedikit drive. Behringer BDI-21 pula tak sempat dicuba.
Amp modeling yang diguna (SVT-based) dalam patch juga dinyahaktifkan kerana sessi kali ini menggunakan amp bass lagenda studio iaitu Fender Bassman 100T yang baru diservis.
Azrul mengeluarkan dua ex-pedal aku yang sudah lama dorman iaitu Moen MO-BA Buffalo dan Dr. J D-58 Blademaster. Katanya karekter Blademaster ini hanya menyerlah jika digunakan bersama-sama amp besar pada volume yang tinggi. Buffalo tu pula kali terakhir aku tengok Azrol guna ketika MUP main gig Oktoberfest 2012.
Sessi kali ini dikira sessi latihan terakhir untuk aku sebelum gig kerana aku tiada di Bintulu sepanjang minggu ini (cuti sekolah) sehingga hari kejadian. Erectus akan terus berlatih tanpa aku untuk satu sessi lagi Jumaat kelak.
Dan untuk gig kelak aku memutuskan untuk menggunakan pedal MS-70CDR tadi sejajar dengan tema traveling light. Manakala Tech 21 Fly Rig PL1 juga dibawa sebagai backup dan/atau untuk kegunaan praktis semasa dalam perjalanan.
_____
AADI: Setlist enam lagu berbanding lima sebelum ini.
0 comments
Post a Comment