Sabtu (26/11/2022) - Acara memecah ais setelah sekian lama tidak jamming bersama, persediaan awal untuk Local Gig KKB hujung minggu ini. Serius, kali terakhir jamming bersama ketika persediaan FB Livestream tahun lepas (sessi yang ini tidak dikira jamming). Juga sudah lama tidak mengunjungi di King's Studio, kali terakhir ketika sebelum pandemik.
Sessi ini juga sempat mencuba satu lagu cover baharu untuk dimainkan kelak, standard MUP agak susah untuk mencuba lagu cover baharu, apatah lagi lagu baharu ciptaan sendiri disebabkan line-up yang tidak stabil. Aku dan Nuing sebenarnya ada beberapa lagu dicipta untuk MUP atau Hepi;) tapi belum dipraktikkan.
Aku merekrut Methodman sebagai gitaris kedua, manakala aku menggalas tugas sebagai bassist untuk sessi ini. Methodman menggunakan Dinky JS32 DKA birunya, manakala Nuing menggunakan RG370AHMZ. Aku juga mengambil kesempatan untuk memandu-uji gitar baharu aku iaitu Dinky.
Akan ada satu lagi sessi jamming sebelum hari kejadian, harapnya ketika itu keserasian MUP sudah kembali.
_____
AADI: Perlu mencari bassist tetap.
0 comments
Post a Comment