Hari terakhir 2023 seperti tahun-tahun sebelumnya akan ada entri sinopsis tahunan AADI.
1) Tinju - Passion dan highlight aku untuk 2023. Pada mulanya untuk kesihatan kemudiannya menjadi gaya hidup. Entri-entri berkaitan tinju mula menyelit dalam AADI. Cerita sinopsis pasal tinju telahpun dibuatkan dalam entri berasingan minggu lepas.
2) Kegitaran - Tiada gitar diperolehi tahun ini (selamat), tapi gajet lain masih ada yang masuk - wireless Joyo, MT-2-3A, GT-OD, G1Xon Four, BC-2, Mojo Gilbert dan amp Series One 10 AE. Gajet keluar - GDI21 dan MG-30.
Juga rancak memperolehi beberapa pikap gitar, sama ada untuk kegunaan mahupun koleksi - Jazz, 490R, Vintage Blues Set, Blackouts AHB-1N dan Julianbucker.
Seperti biasa, gitar-gitar sendiri menjadi mangsa pertukaran pikap. Juga sempat menservis Strat Bro Eden secara impromptu di REG Studio.
Berjaya melepaskan dua buah gitar - JS32 King V #2 (ex-Praetor) dan EC-257 (ex-Sven) menjadikan axology aku turun menjadi sembilan.
3) Kugiran - Langsung tiada gig yang disertai tahun ini, jamming pun cuma tiga kali - ketika jamming farewell Methodman bulan Ogos, jamming santai rock kapak awal dan pertengahan Disember.
4) CD - Empat album diperolehi tahun ini iaitu Glory To The Brave, Hushed And Grim, Medicine To Midnight dan Firepower. Dengan adanya platform online seperti Spotify dan YouTube Music sedikit sebanyak mencairkan minat untuk memiliki format fizikal selain harga yang melonjak naik.
5) PC gaming - Banyak tajuk yang dimuat turun dari Steam - Left 4 Dead 2, The Witcher, Wasteland 3, Call Of Pripyat, Metro 2033 Redux - tapi semuanya hanya 15-30 minit sahaja sempat dimainkan tahun ini. Kecuali L4D2 yang kini menjadi mainan harian (hence 83%). Teringin untuk kembali berkonsol PS4, mungkin boleh masuk sasaran tahun 2024.
6) Kaki wayang - Tahun ini makin menjadi-jadi dengan pembukaan GSC Bintulu (The Spring) sebagai saingan TGV Bintulu (Boulevard). Antara filem yang sempat dilayan tahun ini - The Creator, Expend4bles, The Equalizer 3, Dead Reckoning Part 1, Polis Evo 3, The Flash, Rise Of The Beasts, GOTG Vol. 3, Mario, Sisu, Honor Among Thieves, John Wick: Chapter 4, Ruse De Guerre, 65, Slam Dunk, The Last Wish dan Plane. Jika ditanya filem terbaik yang aku tonton untuk 2023, aku pilih The Creator.
Terima kasih kepada rakan-rakan bloggers dan pembaca senyap yang masih setia mengikuti blog AADI. Moga 2024 kelak menjadi semakin ohsem. Rehat dulu beberapa hari sebelum sambung berblog...
_____
AADI: Aku perasan tahun 2023 ini terasa berlalu begitu pantas.