Showing posts with label mukah. Show all posts
Showing posts with label mukah. Show all posts

Sepetang Di Pekan Balingian


Isnin (11/07/2022) - Dalam perjalanan dari Dalat ke Bintulu sebelum ini memang tak pernah singgah Pekan Balingian. *Kali ini dek panggilan alam membawa aku singgah di sini, dan dalam kesempatan yang ada juga ingin mengisi minyak kerana di Petronas dan Shell Mukah tadi kenderaan beratur panjang atas faktor musim perayaan.

Tiada gambar menarik yang sempat aku snap selain dua gambar di atas dan bawah, gambar dalam dashcam 70Mai pun lupa aku nak cilok. Kalau ada nanti aku tambah di sini.

Singgah pun untuk ke tandas, isi minyak di stesen minyak mini "Petronas" (sebab guna pam berlabel Primax) dan membeli bekalan minuman untuk meneruskan perjalanan ke Bintulu.

Seperti bandar dan pekan lain di Sarawak yang menghadap sungai, Balingian juga memiliki waterfront. Rumah kedainya yang klasik sama seperti pekan koboi lain di Sarawak, cantik dan bersih namun tidaklah seklasik rumah kedai di Sungai Kut dalam entri AADI hampir 10 tahun lepas.

Aku ada jumpa video ini di YouTube sedikit sebanyak tempat yang sama aku singgah di Pekan Balingian. Bertambah jugalah rekod "sudah sampai sini" atau "nyacap batis" untuk diri sendiri dan Silvia aku.

_____
AADI: *Balik cuti ber-aidiladha di Dalat.

Wordless Wednesday: End Of The Road





_____
AADI: Cerita lama, filler entry...

Kaul Music Fest 2014


Kebetulan minggu ni aku balik Dalat, jadi sesuai rasanya aku mempromosikan Kaul Music Fest - Battle Of The Bands anjuran REG Studio yang bakal berlangsung Sabtu minggu depan (26/4/2014) bersempena dengan Pesta Kaul Mukah 2014.

Imej cilok dari Facebook REG Studio.
Dengan tema rock kapak, setiap kumpulan yang menyertai BOTB ni wajib memainkan sebuah lagu era rock kapak 80-90an. Markah bonus juga akan diberikan kepada kumpulan yang memakai pakaian "cosplay" era tersebut. Juga dikhabarkan Abang Rom ROTTW akan menjadi seorang daripada juri.

Pihak penganjur (Bro Eden) ada menjemput Metuk Ulau Project untuk menyertai BOTB ni. Tapi disebabkan lokasinya di luar Bintulu serta komitmen ahli terhadap keluarga dan kerjaya, faham-faham sajalah...

_____
Ada apa: Kalau tak, sudah pasti lagu Kabus berkumandang di Mukah.

T-Shirt Tengkorak (Part 4)


T-shirt tengkorak dalam entri hari ni aku rasa jauh lebih bagus dari segi cetakan, kualiti fabrik dan harga berbanding t-shirt tengkorak "Freeze 'Em All" dalam entri semalam.


Ia merupakan t-shirt rasmi gig Mukah Metal Legions 2014 yang berlangsung Ahad lepas (30/3/2014) ditunda sehari untuk memberi laluan kepada PRK DUN Balingian.

Walaupun aku tidak menghadiri gig ni (kalau kena musim aku balik Dalat kan best), tetapi inilah cara aku menyokong gig tersebut. Lagipun ada dua band underground otai Bintulu turut serta dalam gig ni - Curse Of God (COG) dan Erectus.

Depan.
Walaupun hanya menggunakan dua warna untuk cetakan (merah dan putih), tetapi ketelitian pada imej memang diutamakan. Percaya atau tidak, t-shirt ini dijual dengan harga RM35 sahaja (cetakan terhad). Diperolehi daripada penganjur melalui perantaraan Rudi Makhluk Mitos (drummer Erectus) dan Rashid Malim (drummer COG).

Belakang.
Akan tetapi band COG terpaksa tarik diri beberapa hari sebelum gig disebabkan masalah kesihatan pada Donny (gitaris/vokalis) di samping masalah-masalah kecil dalaman band. Fuh~ untuk rekod, memang COG ni selalu kena "curse".

Bangla mari, 2XL tiada diskriminasi saiz.
Untuk t-shirt dengan rekabentuk yang menarik dan menggunakan tag Gildan pada harga RM35 adalah sesuatu yang agak overkill. Jika ia dijual dengan harga RM55 pun masih berbaloi.

Pada pendapat aku, tujuan utama pembikinan t-shirt sebegini adalah lebih kepada faktor nostalgia, memori dan koleksi (sama seperti t-shirt Sarawak Metal Regime) berbanding mengaut keuntungan, untung mungkin ada tapi taklah berlipat ganda.

_____
Ada apa: Sesuai dipakai semasa balik Mukah/Dalat.

Time To Be King! (Korawk's Version)


Berkesempatan mengunjungi majlis persandingan Nas Korawk sekitar pukul 11.30 pagi tadi yang berlangsung di Dewan Suarah, Mukah (majlis *pernikahan telah diadakan semalam).


Kebetulan hari ni aku dan keluarga balik kampung Mrs. Ijau di Dalat (another 30 minutes drive from Mukah) bertolak dari Bintulu seawal 8.00 pagi.

Dan nak dijadikan cerita, semasa dalam perjalanan terjumpa rombongan konvoi Adi Herman dan beberapa rakan MUUV lain yang juga menuju destinasi yang sama, akhirnya jadi rombongan besar dari Bintulu!

Untuk Korawk, lagu ini ditujukan khas untuk anda, aku pernah "menyanyikannya" beberapa tahun lepas, kini tiba giliran anda pula...


Laporan penuh mungkin akan ada liputannya dalam blog Molotov Cocktailz (tak lama lagi).

_____
Ada apa: *Dinikahkan oleh juru nikah yang sama...

Masjid Setia Raja Mukah


Masjid Setia Raja Mukah, pertama kali masuk AADI dalam entri tahun 2010 ni. Agak jarang aku turun ke bandar Mukah pada hari Jumaat ketika bercuti di Dalat, kalau adapun biasanya akan turun sebelah petang.

Tapi tengahari semalam (28/12/2012) berpeluang menunaikan fardhu Jumaat di masjid ni disebabkan ada urusan kewangan di Mukah yang perlu diselesaikan sebelum tengahari (kes Dalat tak ada Maybank). Dalam kesempatan yang ada, aku mengambil beberapa gambar untuk dijadikan modal entri AADI.


Kubah yang agak unik, berbentuk tarendak (topi kon berwarna-warni) trademark masyarakat Melanau di Mukah dan kawasan berhampiran. Hampir kesemua bangunan-bangunan penting dan mercu tanda di bandar Mukah ni memiliki tarendak di bahagian atasnya. Daripada segi senibina masjid aku kurang pasti, tapi macam ada unsur-unsur senibina Moorish dan Moghul dikacukkan dengan unsur senibina tempatan.


Pemandangan kubah dari bahagian dalam masjid dengan warna yang kontras. Dengan ruang luas sebegini agak menghairankan hanya sedikit penghawa dingin dan kipas digunakan, selebihnya adalah hasil pengudaraan (ventilation) yang agak "semulajadi" disebabkan rekabentuk masjid dan kubah tarendak ni.


Ruang solat yang luas (anggaran luas 2-3 gelanggang futsal) dengan hiasan yang ringkas dan sederhana tetapi masih nampak elegan. Daripada apa yang aku perhatikan jarak antara saf juga amat luas dan selesa, lebih panjang daripada ukuran standard sejadah. Tiada lagi perasaan was-was kepala terhantuk kaki jemaah di saf hadapan semasa sujud.

_____
Ada apa: Tertarik dengan entri berkaitan masjid dalam blog ku di halaman rindu (deaf-angel).

Ada Apa Dengan Papan Tanda? (Part 6)


Agak-agak papan tanda di bawah ni ada kesilapan tak?

Lokasi: depan Marrybrown Mukah.
Daripada apa yang aku perhatikan semenjak selalu ke Mukah beberapa tahun ni, terdapat banyak premis yang menjual fabrik dan tekstil di bandar Mukah ni berbanding Bintulu, murah dan banyak pilihan...

_____
Ada apa: Franchise Shah Rukh Khan?

Ronda-Ronda Di Bandar Mukah (Part 3)


Hari kedua bercuti di kampung Mrs. Ijau di Dalat, berkesempatan turun ke bandar Mukah untuk membeli beberapa barangan runcit dan yang pastinya saja nak jalan-jalan menghilangkan kebosanan...

Glory Mukah, antara pasaraya yang terkenal di Mukah (seperti Farley, Sing Kwong dan MDS di Bintulu). Sebenarnya aku terlupa membawa beg kitar semula untuk membeli-belah seperti hari-hari Sabtu lain di Bintulu (kempen hari Sabtu tanpa beg plastik).

Aku harus memuji pihak pengurusan Glory Mukah ni, sebab memberikan alternatif lain untuk pelanggan yang lupa/tidak membawa beg sendiri dan tidak mahu membayar RM0.20 untuk beg plastik semasa hari Sabtu...

Mereka menggunakan kotak untuk mengisi barang-barang yang dibeli pelanggan tanpa sebarang cas. Dalam masa yang sama kaedah ini dapat menyenangkan pihak pasaraya daripada kerja-kerja membuang lambakan kotak-kotak yang tidak digunakan.

Oh ya, sebelum tu aku melepak dengan si Korawk di Bolhassan Cafe yang terletak di area "old town" Mukah.

Melepak sampai kedai tutup, hahaha...

Korawk yang juga sudah berada di Mukah semenjak semalam atas urusan cinta, hahaha! Tiada apa yang menarik dibincangkan hampir dua jam selain merancang aktiviti Metuk Ulau Projekt sebelum dan selepas Hari Raya, Thirty Six Studio, alatan muzik dan masa depan pergerakan bawah-tanah Bintulu...

_____
Ada apa: Mukah pun ada Marrybrown.

Ronda-Ronda Di Kingwood Resort Mukah


[Backdated to 7/6/2010] Sabtu 5/6/2010 - Hari ni aku kembali ke Bintulu setelah lima hari "bercuti" kat Dalat. Seperti yang aku mention dalam entri yang lepas, kali ni aku berpeluang singgah kat Kingwood Resort Mukah, saja nak ronda-ronda, mula-mula eksen tanya rate kat reception counter dan kalau-kalau diorang ada sediakan pakej perkahwinan (oops). Padahal sebenarnya nak pinjam tandas hehehe...

Resort ni terletak lebih kurang 12 km dari Bandar Mukah, mengadap Laut China Selatan, in the middle of nowhere! Kenapa buat resort kat tempat yang tak strategik ni? Waktu aku singgah ni memang sunyi sepi resort ni cuma ada dua-tiga bilik saja (yang menghadap laut) nampak ada penghuni, dan ada beberapa penghuni sedang mandi-manda kat area kolam renang.

Tapi aku difahamkan resort ni akan berubah wajah setiap kali adanya Pesta Kaul, ramai yang menginap kat resort ni. Pesta Kaul lagi... Haiya! Tahun depan aku nak tengok jugak Pesta Kaul ni, apa yang best sangat?

Dirasmikan pada 24/3/2006 oleh Pehin Sri.

Foyer @ ruang legar di hadapan reception counter. Setelah bertanya beberapa soalan dengan receptionist (room rate, pakej, ballroom, courtyard, dll), kitorang pun ronda-ronda kejap area foyer resort ni (ronda-ronda mencari tandas sebenarnya).

If you are in desperate mood to "invest" when there's no place to stop along Balingian/Mukah road, this resort might be a good place to stop-by to "invest", you'll never regret with your "investment" here... Bolehlah "melabur" sepuas hati hahaha! (Invest = melabur, got it?).

Kawasan luas kat sebelah kanan yang ada payung-payung tu merupakan area kolam renang. Tapi bila dah lepak beberapa minit kat pondok rehat, barulah aku faham kenapa diorang buat resort ni facing South China Sea in the middle of nowhere...

Memang menenangkan fikiran yang kalut, amat sesuai untuk mereka-mereka yang ingin lari dari kesibukan kota. Kalau sebelah utara mengadap Laut China Selatan, sebelah selatan pulak mengadap kawasan perkampungan (countryside) yang jugak sebenarnya spa minda bagi mereka yang inginkan ketenangan.

Nun kat pondok *ehem-ehem* aku yang kononnya tengah layan keindahan pandai, hahaha... Tapi pagi ni memang laut tenang ditambah dengan awan yang mendung, kalau tak pikir pasal nak balik Bintulu memang kitorang dating kat tempat ni sampai petang cewah~

Hey, awat tak tutup pintu?

Setelah membuang masa hampir 30 minit kat resort ni, kitorang pun siap-siap nak meneruskan perjalan ke Bintulu. Tukar sandal kepada kasut sebab lepas ni nak drive ala rally kat "the dreaded Mukah-Selangau road". Timecheck 10.30 pagi, dijangka sampai Bintulu dalam pukul 2.00-3.00 petang.

_____
Ada apa: Tapi memang best la pemandangan lautnya...

Ronda-Ronda Di Bandar Mukah


[Backdated to 6/6/2010] Sepanjang "percutian" aku kat Dalat dari 1-5/6/2010, boleh dikatakan tiap-tiap hari aku (dan *ehem-ehem*) berulang-alik pi Bandar Mukah yang jaraknya lebih kurang 35+ km dari Dalat (about half an hour kalau drive santai 80-90 km/j) with my trusted cute Imago.

Jadi harap maaf jika gambar-gambar yang aku snap bukanlah sesuatu yang menarik perhatian. Lagipun kebanyakkannya aku snap secara candid/impromptu semasa memandu. Seperti Bintulu, Bandar Mukah agak pesat membangun. Pesat yang aku maksudkan ialah expansion kawasan bandar yang pada mulanya hanya tertumpu di kawasan berhampiran sungai (bangunan-bangunan lama) dan kini banyak bangunan-bangunan baru didirikan jauh dari kawasan sungai.

Ni aku tak tau apa nama monumen ni tapi nampak macam menara jam, berada di tengah-tengah bulatan (roundabout) di hadapan Masjid Setia Raja. Rekabentuk Moorish seperti bangunan Sultan Abdul Samad, Stesen Keretapi dan Masjid Jamek kat KL nun.

Masjid Setia Raja, aku difahamkan ia merupakan masjid terbesar kat Mukah. Perhatikan kubahnya yang hype berbentuk tarendak (topi kon) trademark orang-orang Melanau. Btw, kebanyakkan bangunan-bangunan baru kat Bandar Mukah mempunyai hype tarendak contohnya Menara Pehin Setia Raja, the tallest building in Mukah, use this building as a landmark if you lost in Mukah town. Gambar-gambar tambahan boleh diakses kat website Pejabat Residen Bahagian Mukah.

Tokong Cina (Tua Pekong) yang terletak berhampiran dengan tebing sungai Mukah, tidak jauh dari Pasar Basah Mukah. Kat sebelah tokong ni ada satu monumen yang agak buruk, kalau tak perasan memang akan terlepas pandang.

Inilah monumen yang aku maksudkan. Serombong Kilang Rumbia, aku perasan benda ni sebab bentuknya seakan-akan obelisk menarik perhatian aku.

Siap ada plak untuk Visit Malaysia lagi tu.

Common scene at Mukah marketplace. Beberapa minit sebelum kitorang terjumpa rakan sepejabat (memang orang Mukah).

Well, Mukah was a quiet town much like Bintulu itself, tadak apa yang menarik untuk dironda-ronda. Tapi dari cerita-cerita yang aku dengar Bandar Mukah akan berubah wajah setiap kali adanya Pesta Kaul dalam bulan April tiap-tiap tahun, ramai pelancong akan datang dan pastinya semua akan hotel fully-booked. Ada apa dengan Pesta Kaul? Harap-harap tahun depan aku berpeluang tengok Pesta Kaul ni.

Info lebih lanjut boleh layari website Pejabat Residen Bahagian Mukah.

_____
Ada apa: Dan seperti Bintulu, Bandar Mukah tadak McD hahaha... Ada apa dengan McD?

Sepetang Di Pantai Oya


Rabu 2/6/2010 - Belah petang *ehem-ehem* ajak aku pi Pantai Oya (bersama adik-adik dan anak buahnya) saja nak seronok-seronok kat pantai. Pendek cerita dia sendiri tak berapa tau jalan, kitorang sesat pi Pekan Oya (gambar bawah).

Pekan Oya ni nampak macam Pekan Lama Membakut (jenis pekan koboi).

Atas inisiatif aku mencari jalan, akhirnya sampai jugak kitorang kat Pantai Oya ni. Tadaklah best mana pun pantai ni, lebih kurang macam pantai kat kampung aku yang kotor ada banyak kayu mati. Tapi disebabkan nak jiwang-jiwang layan sunset... Layan gambar sajalah ye, pics taken with Sony Ericsson K618i camera phone.

Kat pantai ni ada restoran (gambar atas), tapi kitorang tak singgah pun sebab balik nanti makan kat rumah. Makan malam ramai-ramai dengan famili *ehem-ehem* aku.

[Edited] Image taken with Sony Ericssons K618i camera-phone, unedited except resized and watermarked.

_____
Ada apa: Pantai Pasir Panjang kat Balik Pulau best!

The Doubleness Of Moderate Distance Driver (Part 3)


[Part 3 - Backdated to 3/6/2010]

Imej link dari Welt-Atlas.de (klik imej untuk saiz besar).

Beberapa minit perjalanan dari simpang Mukah/Balingian tadi menghala ke Bandar Mukah, kita akan jumpa Kingwood Resort di sebelah kanan jalan, resort away from it all, kalau tak silap dalam pamphlet tulis 12 km dari Bandar Mukah. Nanti waktu balik aku nak cuba singgah ronda-ronda kat resort ni...

Kingwood Resort.

Jambatan Mukah.

Dengan melalui jambatan Mukah yang agak cantik ni (merentasi Sungai Mukah), memang dah dekat dengan Bandar Mukah. Kitorang singgah sekejap (sebenarnya lama dekat sejam lebih) makan-makan, ronda-ronda cari ATM dan singgah kat pasar kering/basah Mukah cari barang makanan untuk dibawa balik ke Dalat nanti. Papan tanda "Selamat Datang" ditaja oleh RHB Bank.

Sorilah, tak banyak gambar aku snap kat Bandar Mukah ni. Tengoklah esok-esok kalau ada masa aku ronda-ronda lagi area bandar. Jalan kat Bandar Mukah ni tadaklah susah sangat, aku yang kali pertama melaluinya pun tak sesat, terasa macam lalu kat jalan Bandar Limbang yang jalan-jalannya straight to the point.

Pemandangan Taman Tebingan Sungai Mukah.

Setelah "membuang masa" sejam lebih kat Bandar Mukah, kitorang teruskan perjalanan ke Dalat kalau tak silap dalam 35 km dari Bandar Mukah. Sepanjang perjalanan dari Mukah ke Dalat, jalannya memang bagus bolehlah memecut 100+ km/j tapi aku drive santai 80-90 km/j sahaja ala-ala Tour de Brunei.

Kampung Tanam (latar belakang Sungai Oya).

Dalam sejam kemudian (disebabkan tersalah simpang pi Oya), time check 2.50 petang akhirnya sampai tempat yang dituju, iaitu Kampung Tanam (sebelum pekan Dalat). Rumah *ehem-ehem* aku nun di seberang sungai, jadi terpaksalah park Imago aku kat sebelah sini. Menyeberang sungai dengan salui (motorbot 10-15 HP).

Dari odometer Imago aku, jarak yang aku lalui dari Bintulu lebih kurang 270+ km, yup lebih kurang separuh daripada jarak perjalanan Tour de Brunei. Tapi sekurang-kurangnya kalau memandu ada "co-pilot" ni taklah terasa bosan kan? Cuma tak dapat nak pasang lagu Metal kuat-kuat, hehehe...

_____
Ada apa: Kalaulah dapat drive 4WD...

The Doubleness Of Moderate Distance Driver (Part 2)


[Part 2 - Backdated to 2/6/2010]

Imej link dari Welt-Atlas.de (klik imej untuk saiz besar).

Selasa 1/6/2010 - Tatkala orang lain mula cuti Gawai Dawak hari ni dan esok, seperti dalam entri yang lepas, aku (dan *ehem-ehem*) memulakan perjalanan seawal 7.00 pagi menghala ke Mukah dan seterusnya ke Dalat. Perjalanan sejauh 250+ km (tak sejauh Tour de Brunei 550+ km, hence the word moderate distance) yang dijangka mengambil masa 5-6 jam bergantung kepada keadaan jalan.

Menuju ke arah Sibu.

Perjalanan dari Bintulu ke Mukah pada mulanya akan melalui jalan ke arah selatan menuju Sibu. Sebelum tiba di Pekan Selangau (dalam 150+ km perjalanan) ada simpang sebelah kanan menuju Mukah yang lebih dikenali dengan jalan Mukah-Selangau atau "jalan ladang"...

Kalau aku ada Toyata Hilux kan best...

Sebelum simpang menghala ke Mukah, terdapat beberapa tempat perhentian ala-ala R&R. Kitorang memilih untuk berhenti kat Restoran Nurliyana Abdullah disebabkan tandasnya yang bersih dan luas. Jam menunjukkan pukul 9.20 pagi, berehat dalam 10 minit untuk makan, bukan makan kat restoran tapi makan bekal mee goreng yang dimasak oleh *ehem-ehem* aku pagi tadi.

Oke moving on, the dreaded Mukah-Selangau road... Dreaded, banyak cerita yang aku dengar mengenai jalan Mukah-Selangau ni disebabkan ramai staf jabatan berasal dari sebelah Mukah dan daerah-daerah berdekatan, semuanya memang kutuk-kutuk jalan ni. Aku rasa antara sebab BN kalah kat Sibu waktu pilihanraya baru-baru ni adalah disebabkan isu jalan ni (ini cuma pendapat peribadi aku dan bukannya fakta). I wonder if my Imago can survive this road...

Sepanjang perjalanan entah berapa banyak papan notis yang menyatakan tentang kerja-kerja menaiktaraf jalan...

Disebabkan hari ni cuti umum, maka tak nampak kerja-kerja membuat jalan.

Bila tengok jentera berat ni mesti aku teringat kat Constructicon.

Dari jauh ternampak sebuah kilang kelapa sawit.

Rupanya inilah Kilang Kelapa Sawit Mukah,
yang tiap-tiap bulan hantar sampel effluen kat lab kitorang.

Semakin jauh perjalanan, semakin teruk jalannya...

Pelencong...

Kalau diikutkan jarak, jalan Mukah-Selangau tadaklah jauh mana pun, dalam 50+ km sahaja. Tapi disebabkan jalannya yang teruk, maka perjalanan yang diambil oleh Imago aku mencecah 2 jam! Aku tak nak ambil risiko memandu secara laju kat jalan ni demi menjaga kebajikan dan jangka hayat Imago tersayang aku :) Secara purata kelajuan pemanduan aku kat jalan ni hanyalah 30-40 km/j sahaja, jarang-jarang dapat masuk gear empat...

Aku hairan sebab sekarang ni dah zaman millenium tapi kenapa masih ada jalan sebegini, sedangkan ia merupakan jalan utama menghubungkan daerah Mukah dengan daerah-daerah lain (selain jalan air). Dan setahu aku, Ketua Menteri Sarawak merupakan orang Mukah (sila betulkan kalau aku salah), dia tak nak jaga tempat sendiri ke? Tapi siapalah aku nak komplen pasal jalan ni? Aku baru melaluinya buat kali pertama, berbanding orang lain yang dah melaluinya sejak berbelas-belas tahun.

Setelah hampir 50+ km mengharungi jalan teruk ala-ala rally, akhirnya jalan mula berturap sepenuhnya. Simpang Mukah/Balingian mula kelihatan, time check, 11.45 am.

Aku bersyukur sebab jalan Bintulu-Miri dan seterusnya sampai ke Sabah jauh lebih baik daripada jalan ni (95% berturap), kalau tak memang tadak mood aku nak memandu Imago aku balik sabah.

To be continued...

_____
Ada apa: Nampaknya tak lama lagi, aku akan senasib dengan adik Oriaj.

Odometer AADI

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (180) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (12) artis tempatan (156) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (18) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (8) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (35) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (74) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (4) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (54) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (20) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (33) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (43) emo (283) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (181) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (14) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (55) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (61) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (59) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (182) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (294) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (10) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (28) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (311) konsert (118) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (18) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (40) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (35) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (30) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (70) melaka (13) membakut (46) memori (484) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (51) miri (22) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (20) mooer (2) motorhead (9) movie (117) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (236) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (45) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (47) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (65) shopee (56) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (36) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (33) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (7) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (22) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (69) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (36) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (39) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (493) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger