Pots, Locks And Knucks
oleh Ijau D. Koceng 12 April 2015 pada 8:00 PM 4 komen:Dua unit DiMarzio custom taper 500k potentiometer (EP1201) dan strap locks Hennessey gold (sebelum ini dah ada versi chrome dan hitam). Manakala coaster Bare Knuckle Pickup pula merupakan pemberian mutual.
_____
Ada apa: Thanks Gapster...
Antara Tommy Dan Hennessey
oleh Ijau D. Koceng 18 September 2014 pada 9:00 AM 0 commentsGoldie aku juga dipasang dengan sistem straplock Hennessey sebegini versi chrome. Aku suka straplock Hennessey ni kerana ia lebih mudah dipasang pada strap (dan lebih murah) berbanding straplock Dunlop. Apalah sangat RM3x jika dibandingkan dengan trauma?
![]() |
| JS jadi Sr? |
Jika anda rasa straplock sebegini agak premium, terdapat juga straplock jenis ekonomi.
_____
Ada apa: Persediaan untuk JOTB#3 Sabtu ini...
Sepetang Di Music Master Studio (Part 2)
oleh Ijau D. Koceng 08 February 2013 pada 8:00 PM 2 komen:Turun dari stesen PUTRA Taman Bahagia, kemudian menapak lebih kurang 10-15 minit melalui kawasan perumahan untuk sampai ke MMS, berpeluh juga dibuatnya.
Dah hampir dua tahun aku tak datang ke sini, kali terakhir (dan pertama) aku datang penghujung bulan April 2011. Banyak perubahan, nampak lebih luas sebab banyak barang-barang telah dipindahkan ke MMS Cheras.
Dengan kebenaran tauke Clement (aka gapnap), ada banyak gambar aku snap (guna k618i yang klasik) tapi aku hanya letak gambar-gambar yang menarik sahaja.
![]() |
| Tanglewood TSB58, a good Les Paul copy. |
![]() |
| Spear RF-150M strat copies - good craftsmanship with glossy maple fretboards. |
Antara gitar terpakai yang sempat dicuba ialah Ibanez RGRT47DX (kiri sekali). Antara RG yang mempunyai ciri-ciri kegemaranku - Edge Pro bridge, sharktooth inlays, reversed headstock, neck-thru. Cuma fretboard yang "full scalloped" membuatkannya agak janggal dimainkan bagi mereka yang dah biasa dengan fretboard rata.
![]() |
| MIJ and MIA Fender Stratocasters. |
![]() |
| The Gibbies |
Akhirnya, dapat juga aku merasa main gitar Gibson. Sebelum ini gitar yang paling premium pernah aku main hanyalah Jackson RR24.
![]() |
| Test rig - Ceriatone with TC Electronics pedals. |
Sayangnya pedal sig Petrucci The Dreamscape tak ada dalam deretan. Nasib baiklah aku dah masuk kem multi-effects, kalau nak main stompbox pun mungkin aku pilih jenama lain yang lebih ekonomi (contohnya Joyo atau Nux).
![]() |
| The Lunchbox dari ZT Amplifier. |
Jika anda memiliki amp ni, ada baiknya disambungkan kepada kabinet berspeaker besar (atleast 1x12 or 2x10) untuk keriangan yang maksimum.
![]() |
| Peavey Bandit 112, one of my wishlist. |
Antara produk terbaru di MMS ialah Bare Knuckle Pickups (BKP). MMS merupakan pengedar rasmi BKP di Malaysia. Tapi bagi aku, harganya terlalu premium, dengan harga seketul pikap BKP ni aku boleh dapat dua ketul pikap DiMarzio, oleh yang demikian aku masih setia menetap dalam kem DiMarzio.
Sejam lebih di MMS ini sajalah yang dibeli hehehe, barang kecil-kecilan sahaja tak ada yang istimewa - Stagg UPC-688 pedalcase, Hennessey straplocks (lagi) dan pick Awe-In-One dalam bekas tin yang berisi lima keping (sebagai penggenap bayaran).
Clip-on tuner tu pula dikira sebagai hadiah sempena CNY, hahaha thanks gapster. Juga terima kasih kepada staff MMS bernama Jayson kerana menghantar aku dari MMS kembali ke stesen PUTRA Taman Bahagia (atas arahan tauke, hehehe), tak perlu aku penat-penat menapak lagi.
_____
Ada apa: Yang lain-lain, mungkin akan dibeli secara online.
Goldie Turns One
oleh Ijau D. Koceng 27 April 2012 pada 10:00 AM 1 comment1) 27/4/2011 - Ambil sendiri (self-collect) dari tauke Dead Eye Guitars (DEG) di lobi Shah's Village Hotel, setelah TERkena racun dalam entri ni.

2) Perancangan awalnya ia ingin dijadikan sebahagian daripada Projek Mega 2011, tapi dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Dengan kata lain, ia merupakan "gitar kahwin".
3) Ia pernah digunakan oleh Jedi Master Ymi (gitaris Manggas) semasa sessi jamming "beria keras bersama kugiran Sanggam".

4) Modifikasi pertama ialah menggantikan strap button asal kepada locking strap button jenama Hennessey yang lebih stabil, kukuh dan ekspress.
5) Mengalami dua kali modifikasi pikap - Tesla Plasma-2 gold set pada September 2011, kemudian dengan Dimarzio combo; PAF 36th Anniversary (DP103) dan Super Distortion (DP100) pada awal Februari yang lepas.

6) Walaupun ramai yang komplen gitar-gitar varian Les Paul ni berat, tapi bagi aku ia merupakan antara gitar yang paling selesa digalas setakat ni. Mungkin disebabkan sebelum ni aku dah biasa menggalas Black Ice yang lebih berat kot?
![]() |
| Imej cilok. |
8) Gitar yang pasti akan aku bawa bersama-sama sekiranya balik kampung (tak kisah Membakut atau Dalat) menggunakan jalan darat.
Harapanku agar gitar ni dapat bertahan selama mungkin, sehingga ke generasi kedua, ketiga dan seterusnya. Walaupun aku suka bertukar-tukar gitar (rakus, bak kata Oriaj), tapi gitar ni tak akan aku jual setelah mendapat amaran keras daripada Mrs. Ijau (kecuali kalau ada orang tawarkan dengan harga RM5k hahaha~).
_____
Ada apa: Btw, ada apa dengan Goldtop?
Straptop Goldlock Hennessey
oleh Ijau D. Koceng 09 July 2011 pada 10:00 PM 6 komen:Straptop Goldlock? Goldtop Straplock?
Dah lama aku pasang Hennessey straplock ni pada Goldie aku, yang dibeli di Music Master Studio penghujung April yang lepas. Baru sekarang ada peluang nak buat entri.

Pemasangan straplock Hennessey ni yang menggantikan straplock Epiphone asal merupakan modifikasi pertama pada Goldie aku. Lepas ni bila ekonomi diRaja dah stabil mungkin modifikasi lain bakal menyusul.

Sebelum.

Selepas.
Ia seolah-olah seperti aksesori perhiasan ala "bling-bling" pada gitar ni, selain berasa selamat dan yakin strap tidak akan tercabut dari strap button (trauma dengan tragedi Kelly Kelly dulu).

Selain straplock Hennessey ni, aku juga menggunakan straplock plastik Dunlop Ergo Lok Strap dan Lok Strap untuk strap biasa yang lain, tak lupa Planet Lock Straps (barbed wire) yang selalu aku guna pada Replacement.
Dunlop Ergo Lok Strap.
Dunlop Lok Strap.
Planet Lock Straps (barbed wire yang di tengah-tengah).
Imej link dari website Jim Dunlop dan Planet Waves.
Bagi mereka yang tak guna straplock semasa jamming, sila pasang straplock untuk keselamatan anda dan gitar anda. Tak sampai pun RM5.00 untuk straplock plastik "cap ayam". Mencegah itu lebih baik daripada mengubat menyesal tak sudah, ingatlah orang gitar yang tersayang...
_____
Ada apa: Nak buat tarian hula-hoop gitar macam Janick Gers pun dah tak takut...
Gold Rush!
oleh Ijau D. Koceng 28 June 2011 pada 10:00 PM 9 komen:Dalam diam, aku sebenarnya suka gitar berbentuk singlecut ala Les Paul, sebab tu dulu aku pernah memiliki Les Paul copy SX Pirate Series PEG2 (aka Les Pirate). Tetapi atas sebab-sebab tamak peribadi aku "terpaksa" menjualnya untuk mendapatkan dana-dana tambahan (sebab nak beli Kelly Kelly). Ya aku tau, aku selalu bertukar-tukar pasangan gitar, jual yang lama beli yang baru... Sehingga dilabel sebagai "rakus" oleh Oriaj.
Soalan cepumas - "kenapa gitar-gitar bentuk singlecut (lebih-lebih lagi Gibson/Epiphone Les Paul) disukai ramai?"
Oke, gitar kali ni pun secara tidak rasminya boleh dikatakan sebagai pengganti kepada Abominations, dan pada mulanya ingin dijadikan sebagai "hadiah" perkahwinan Projek Mega 2011, tapi terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Here it is, Epiphone Les Paul 1957 Goldtop.

Sebenarnya dah lama aku order Goldtop ni, kalau tak silap selepas CNY setelah terkena racun (high level poison) dari entri Dead Eye Guitars (DEG) ni. Beberapa bulan kemudian, baru aku mengambilnya sendiri (self-collect) daripada DEG waktu aku pi PJ penghujung bulan April yang lepas.
Dan tujuh naskah katalog dalam entri yang lepas sebenarnya merupakan "saguhati" daripada urusniaga kali ni.

Oke, masa untuk buat ulasan kecil-kecilan setelah beberapa bulan dalam bentuk draft.
Epiphone Les Paul 1957 Goldtop (Reissued)
"lama tak kena racun" - DEG

Meet Mr. Les Paul (spesifikasi)
- Brand: Epiphone
- Model: Les Paul Standard
- Model Code: Limited Edition Custom Shop 1957 Reissued Goldtop (or just '57 Goldtop)
- Made In: China
- Serial No: 10091506687 (September 2010, Qing Dao plant China #06687)
- Construction: Set-neck
- Body: Mahogany
- Neck: Set neck, mahogany
- Fingerboard: Rosewood with trapezoid inlays
- Pickups: Alnico '57 classic humbucker (H-H), 3-way pickup selector switch
- Colour: Metallic gold (top), with cream scheme (binding, pickguard, pickup holder)
- Hardware: Chrome
- Scale: 24.75"
- Fret: 22 jumbo
- Bridge: TOM bridge with stoptail
- Special feature: Push/pull pot on both tone knobs for coil tap
Set as standard tuning EADGBE.

Pearloid "Epiphone" wording (same material as fret inlays).

Serial number, Epiphone Limited Edition Custom Shop logo.
With Grover tuners of course...
Kelebihan:
- Epiphone "Limited Edition Custom Shop".
- Agak versatile (dengan push/pull pot), bunyi yang agak bright. Bunyinya juga agak nyaring (if compared with Replacement) jika dimainkan tanpa amp (unplugged)
- Good looks - aku memang minat Goldtop.
- Optional Epiphone Les Paul hardcase pada harga yang menarik.

Kelemahan:
- Output alnico '57 classic humbucker pickups (stock pickups) yang agak medium, tak berapa "berat" kalau main riff-riff Metal. But it's a Les Paul, wasn't meant to play Metal in the first place (without some modifications of course).
- Neck yang agak tebal, nipis sikit dari neck gitar akustik, tapi masih selesa digenggam. Yet again it wasn't a shred guitar in the first place, and I don't shred (tak reti lagi hehehe).
- Tidak disenaraikan dalam website Epiphone, no info at all (the closest was '56 Goldtop), aku terpaksa korek forum MyLesPaul.com untuk cari data-data pasal '57 Goldtop ni.

"57 Classic" humbucker pickup(s) dated 08/19/2010.
Mesti ada yang tanya kenapa aku tak pilih Les Paul Custom? Kalau diikutkan harga Goldtop dan Custom lebih kurang sama saja. Les Paul Custom sekarang ni macam dah terlampau "common" jadi aku memilih yang "less common" dan "rare".

Glittering in gold.

Dark shiny see-thru amber at the back.
Aku suka Goldtop bukan disebabkan pengaruh Slash (aku tak minat Slash), tapi disebabkan Goldtop Adrian Smith yang lagenda. Up the Irons! \m/
Buat masa ni aku malas nak modify/upgrade apa-apa pada Goldtop ni, kecuali dah tukar strap button guna Hennessey dan guna strings Dunlop KFK (10-46), but that was another story...

Push/pull tone knob. Wiring pun boleh dikatakan kemaslah juga.
Nickname? Sebelum berpindah milik, aku dan tauke DEG memang selalu mengistilahkannya sebagai GOLDIE, jadi tak payah nak pikir nick yang lain. This Goldie was my prized possession so far...
Iklan mini dari penaja...

Golden brothers side by side - Gibson Goldtop VOS (±RM10k) and Epiphone version of '57 goldtop. Ada sapa-sapa berminat Gibson Goldtop? Image courtesy of Dead Eye Guitars.
Off-topic: Sejak Khamis lepas sehingga petang tadi aku (dan Mrs. Ijau) sibuk berpindah dan mengemas rumah. Baru malam ni ada peluang berblogging...
_____
Ada apa: Lepas ni dah payah sikit nak bermewah-mewah sebab dah berubah status.
Sepetang Di Music Master Studio
oleh Ijau D. Koceng 05 May 2011 pada 10:00 AM 12 komen:
Jumaat (29/4/2011) - Kalau dua hari lepas aku pi ronda-ronda di CK Music, petang ni pula dah plan nak pi Music Master Studio, yang "tak berapa jauh" dari Hotel Shah's Village (dua stesen Putra je).
Dari stesen Taman Jaya turun stesen Taman Bahagia memang terasa kejap. Dah lama aku tak turun stesen Taman Bahagia ni, kali terakhir hampir 10 tahun lepas.
Dari info website Music Master dan blog gapnap.com, hanya mengambil masa 10 minit berjalan kaki dari stesen Taman Bahagia. Dengan berbekalkan peta lukisan tangan yang aku "salin" dari Google Map, aku mengambil masa hampir 20-25 minit untuk sampai, sebab aku "salah lorong" pusing jauh dari Masjid Aminah binti Abdullah (akibat tak lukis peta dengan teliti).
Boleh dikira kali pertama aku ronda-ronda di area SS2 ni, aku tak sangka pula Music Master ni berada di area kawasan perumahan, aku ingatkan kawasan komersil macam depan stesen Taman Bahagia tadi. Oke, enough with the craptalk - long story short, here's the premise!

Got music?
Masuk-masuk je aku terus tegur tauke kedai yang kebetulan ada di kaunter - the "gapnap" himself, Clement Cheng. Bila aku perkenalkan diri (guna nama betul) dia agak blur. Tapi bila aku sebut pasal blog "KucingHijau" all the way from Bintulu, Sarawak baru dia ingat. Terus bagi full access snap gambar barang-barang dalam Music Master sepuas hati, hahaha!
Oke, ni ada beberapa gambar yang aku snap - tolong promote Music Master Studio.

The effects bar (so they're called). Aku tak tengok lama-lama area efek pedal ni, takut terGAS pula nanti.

Ceriatone tube amp, MIM (Made in Malaysia?)

The infamous Music Master's The Walk Of Fame,
kalau boleh aku nak tulis "IDK was here" atas lantai.

Couple of Bitches Biches, Warlock, RR, Flying-V...
Yang V di tengah tu aku tak tau jenama/model apa.

Jackson RR24 - antara gitar idaman, tapi tak mampu (RM5k+). Takpa, sekurang-kurangnya aku dah pernah merasa main RR24 Jedi Master Ymi of Manggas.

Epiphone Les Paul Goldtop with Gibson's "open book" headstock and 2-screw "bell-shape" truss rod cover, MIJ - quite rare.

Double headed dragon Epiphone SG.

Ibanez RGs, including some Prestige models.

Tanglewood and AXL singlecut's. SG-copy di belakang tu aku lupa jenama apa. Rasa-rasanya Tanglewood juga kot? Tanglewood arctic white Strat copy yang aku cerita dalam entri yang lepas pun ada juga, very nice and tempting at RM5xx price tag, not bad!

Spear Les Paul copy - nice craftsmanship, kalau ada rezeki lebih boleh masuk dalam list tahun depan ni hehehe...

Spear "custom" RD Active singlecut (Seymour Duncan Blackouts?), nasib baik flame-graphic tu bukan berwarna hijau, kalau tak memang aku dah GASsed!
Oh ya, aku pi Music Master ni sebenarnya nak cari gigbag yang bagus dan murah pada harga di bawah RM100 (selain cuci mata). Setelah membandingkan beberapa jenis gigbag, akhirnya aku memilih Original Gig Bag (OGB) Airline Blue (nanti buat entri lain), dan tak lupa juga Hennessey strap lock, with some discount of course.

Kalau bukan disebabkan ada plan lain kat KL nun, memang aku dah lepak lama-lama di Music Master ni, lagipun aku datang bertiga (dengan dua orang lagi staf Bintulu yang ikut Konvensyen KIK) kesian pulak diorang tertunggu-tunggu.
Kalau ada kesempatan pi PJ lagi (kursus, urusan rasmi), mungkin aku datang Music Master lagi... Thanks Clement/gapnap!
_____
Ada apa: Aku lupa nak tanya pasal Warwick Rockcase for bass, aisehmen...
Odometer AADI
Entri AADI Paling Popular Bulan Ini
-
Bungkusan eBay dari estock_deutschland yang diterima serentak dengan bungkusan manik-manik kraf minggu lepas, berisi album kelima HammerFal...
-
Hari ini katanya ulang tahun ke-20 album studio ke-14 Iron Maiden A Matter Of Life And Death . Antara album Iron Maiden yang aku ada dua ver...
-
Tarikh dah cantik, tempat pun masih cantik walaupun dah tukar lokasi dari Wisma Melayu ke Waterfront Esplanade. Tapi atas sebab isu jerebu...
-
Lima tahun memang terasa "wasted years" gara-gara penangan pandemik dan fasa pemulihannya (ayat cilok ). Begitu juga dengan album ...
-
Jadi, ada apa dengan headstock Jackson ni? Credits to Dead Eye Guitars . _____ Ada apa: ETA Monday next week...
Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?
-IDK-


















