Sambungan entri "teaser"
semalam... Entri penuh majlis perkahwinan
Nasuki Malim mungkin akan dibuat oleh
Adi Herman,
Barangkali Marus ataupun blog rasmi
Bintulu Buskers.
Pada mulanya aku mencadangkan supaya
Metuk Ulau Project dan Bintulu Buskers berkolaborasi untuk sebuah persembahan ala
S&M. Tapi disebabkan masalah-masalah teknikal yang tak dapat dielakkan, geng-geng Bintulu Buskers tidak dapat hadir, hanya saudara
Muslim sahaja yang sempat hadir membawa beberapa peralatan perkusi seperti bongo, conga, djembe, tamborin dan chimes.
Untuk sessi kali ni Bob Kandar menggunakan drumset digital kepunyaan Rashid Malim (aku lupa jenama apa), Azrol dengan
X-11nya, Adi pula menggunakan
bass baru *ehem*, Korawk tidak membawa sebarang peralatan muzik (baru balik honeymoon kot?) tapi menggunakan gitar
GAX30 kepunyaan Adi.
 |
| Foto ehsan tablet Bob Kandar. |
Aku pula menggunakan
Mirage disebabkan singlecoil yang ada amat sesuai untuk bunyi-bunyian akustik. Kesemua gitar dan drumset digital disambung terus kepada PA system, hanya bass sahaja yang menggunakan amp Orange (my ex-
CR50BXT).
Seperti yang aku nyatakan dalam entri lepas, dah agak lama MUP tak main dengan line-up penuh sebegini, kali terakhir kalau tak silap ketika
Oktoberfest 2012. Dan tema persembahan kali ni ialah rockers reunion parody, santai dan akustika.
Korawk bersungguh-sungguh menyanyikan lagu kegemarannya
Warriors Ride On The Chariots dengan penampilan khas Rashid Malim (on drums). Mungkinkah disebabkan kehadiran isteri membuatkan Korawk lebih bersemangat?
Highlight persembahan pada malam itu ialah lagu cover Iron Maiden kegemaran MUP -
The Trooper dan
Wasted Years yang dimainkan dalam versi akustik, dengan kata lain kurang atau tiada sebarang distorsi digunakan (kecuali ketika solo) diiringi pukulan conga saudara Muslim.
 |
| Tangan tu... |
Tak cukup bermain muzik, disambung pula dengans sessi karaoke (Korawke?). Korawk juga ada berkaraoke bersama isteri, tapi atas dasar "mutual respect" aku tidak menyiarkan gambar tersebut dalam AADI (kecuali jika mendapat kebenaran daripada Korawk).
Semasa sessi karaoke juga, kelihatan kelibat beberapa orang bermain peralatan perkusi Bintulu Busker untuk mengiringi lagu karaoke yang sedang berkumandang.
 |
| Aksi bass tapping solo (miming) Bob Kandar. |
MUP Buskers, parody Bintulu Buskers, hahaha... Agaknya nanti waktu Rashid kahwin mungkin lagi gempak kot? Nampaknya lepas ni kena banyak berlatih lagu-lagu yang agak "wedding friendly" terutamanya lagu-lagu rock 80an dan 90an (aku teringin nak main lagu-lagu Spring dan Slam).
Juga teracun untuk memiliki alatan muzik perkusi kecil-kecilan seperti bongo dan tamborin.
Photo credits to Rizal
Gamer Sayur.
_____
Ada apa: Video? Ada, tapi pada kamera Rashid...