Showing posts with label hotchix. Show all posts
Showing posts with label hotchix. Show all posts

Lara Croft Classic, Remastered (Part 2)


Cerita remastered episod I, II dan III - Tomb Raider Classic, The Dagger Of Xian dan The Adventures Of Lara Croft hanya sempat dibuatkan entri WW tahun lepas...

Kali ini giliran episod IV, V dan VI - The Last Revelation, Chronicles dan Angel Of Darkness pula diberi rawatan remastered. Katanya akan dirilis Februari 2025 dalam pelbagai platform.

Hanya Chronicles sahaja yang sehingga kini tak pernah dimainkan (walaupun ada CD original). TLR dan AOD pula memang menggamet kenangan musim tahun akhir menuntut di USM (1999-2000) dan musim bekerja di Penang (2003).

Dalam enam game Tomb Raider klasik ini, bagi aku TLR paling best dari segi jalan cerita, puzzle dan kembali kepada pati Tomb Raider yang sebenar... raiding tombs.

Kini dalam misi mencari Shadow Of The Tomb Raider: Definitive Edition (PS4) untuk melengkapkan trilogi Square Enix selepas Tomb Raider 2013 (aka Reboot) dan Rise Of The Tomb Raider.

_____
AADI: Tak berapa berkenan dengan hala tuju trilogi Square Enix.

Furi Osa


Menonton filem Furiosa: A Mad Max Saga, prekuel untuk filem Mad Max: Fury Road rilisan hampir sedekad lepas di TGV Bintulu tayangan 12.00 tengah hari Sabtu lepas. Ini filem pertama ditonton di pawagam untuk 2024, kali terakhir ditonton ialah The Creator, September 2023.

Mulanya aku agak skeptikal untuk menonton filem ini. Pertama, kerana durasi yang agak lama 2 jam 30 minit, antara sebab aku tak tengok filem Oppenheimer tahun lepas. Kedua, sudah muak dengan watak tipikal girl boss yang menjengkelkan dalam filem-filem aksi Hollywood mutakhir ini.

Tapi kebetulan aku menghantar Silvia aku untuk servis aircon di sebuah bengkel berdekatan dengan Bintulu Boulevard sekitar 11.00 pagi, katanya akan mengambil masa 3-4 jam untuk disiapkan. Kesudahannya, daripada aku balik rumah naik Grab, baik layan tengok wayang.

Tanggapan aku agak meleset, watak Furiosa dalam filem ini bukanlah watak tipikal girl boss, kerana origin/journey yang dilalui amat perit tidak seperti watak-watak girl boss dalam filem lain yang tiba-tiba terus hebat tanpa sebarang hero's journey.

Pada pendapat aku, magis utama dalam filem ini ialah watak protagonis Dr. Dementus lakonan Chris Hemsworth. Nathan Jones (Rictus Erectus) pun nampak kurang berketul berbanding dalam Fury Road, mungkin faktor usia. Walaupun ada nama "Mad Max" pada tajuk, tapi watak Max (tak tunjuk muka) hanyalah cameo untuk beberapa saat.

Selebihnya tak perlu spoiler sangatlah... Cuma mata Anya Taylor-Joy agak pelik eksotik dan memukau, sama seperti mata Ella Purnell (okie dokie) yang besar mengingatkan pada mata watak-watak anime.

_____
AADI: Buatlah filem Mad Max dah tua, dilakonkan oleh Mel Gibson...

Wordless Wednesday: Lara Croft Classic, Remastered




Tomb Raider - Starring Lara Croft.
Tomb Raider II - The Dagger Of Xian.
Tomb Raider III - Adventures Of Lara Croft.

_____
AADI: Source.

Nora Danish Evo


Anak autis aku si Ijau Jr. berkali-kali ajak tengok Polis Evo 3 di pawagam setiap kali ada iklan, tayangan perdana dan "the making of..." di Astro Ria/Prima. Kebelakangan ini dia agak suka dengan guns and firearms. Jadi bila tengok aksi tembak-tembak dan letup-letup dia agak teruja. Maknya agak risau, tapi aku kata boys will be boys...

Kebetulan TGV Cinemas ada promosi tiket beli satu percuma satu untuk tayangan penghujung musim Polis Evo 3 ini di semua pawagam mereka bermula 29 Jun hingga 5 Julai. Jadi mengambil peluang ini untuk menunaikan hajat si autis tadi dan memilih tayangan 2.00 petang semalam. Kalau ikutkan kira-kira, taklah betul-betul "beli satu percuma satu" pun, hanya tiket kedua tu ada diskaun sekitar RM10-12.

Aku agak skeptikal dengan filem-filem Melayu secara amnya, tak kisah pun apa genre. Filem Melayu terakhir yang aku tonton di pawagam ialah filem Baik Punya Cilok awal 2006.

Kalau siri Polis Evo pula paling-paling pun pernah tengok filem pertama di TV ketika raya tahun bila entah. Itupun faktor Nora Danish hanya tengok babak awal dan akhir sahaja. Filem kedua pula langsung tak pernah tahu jalan cerita...

Mulanya niat hanya menemankan si Junior yang memang teruja sepanjang filem. Tapi serius filem ini jauh menyimpang daripada jangkaanku. Terutama kualiti bunyi dan dubbing suara yang sebelum ini merupakan faktor utama aku agak skeptical dengan filem-filem Melayu. Setiap bunyi tembakan senjata api agak unik dengan jenisnya - 9mm, MP5, UMP, M4, dll - tidak seperti zaman filem Gerak Khas dulu-dulu (kalau faham). Ya, jadi perbandingan sebab filem ini ada kaitan dengan Skop Productions.

Dari segi jalan cerita, memang tak dapat lari daripada cliché buddy cop ala Bad Boys. Antagonis pula psiko tahap Joker, sayangnya character development antagonis ini agak longgar walaupun origin, motif dan ending dah cantik.

_____
AADI: "I like that police girl with sniper riffle" kata si Junior.

Throwback Thursday: Tomb Raider 10th Anniversary


Katanya beberapa hari lepas game Tomb Raider (2013) ini sudah berusia 10 tahun (rilisan 05/03/2013), franchise Tomb Raider secara amnya pun sudah berusia 25+ tahun. Aku pernah buat entri jangkaan game ini sekitar 2011 ketika ia mula-mula diumumkan dalam pembikinan.

Berjaya mendapatkan game ini versi Definitive Edition untuk konsol PlayStation 4 sekitar Januari 2017. Tapi kehangatan Fallout 4 ketika itu menenggelamkan nafsu untuk memainkan game ini sehinggalah aku mengalami PS4 fatigue untuk kali pertama sekitar Februari/Mac 2017. Dan game inipun tersadai dalam simpanan untuk beberapa tahun.

Sehinggalah musim pandemik PKP 2020, barulah ada peluang memainkan semula game ini sampai habis. Itupun hanya ketika fasa ketiga PKP selepas habis memainkan game The Last Of Us, Remastered dan Doom 2016 ketika PKP fasa pertama dan kedua. Aku masih ingat ketika itu awal bulan puasa 2020. Fasa keempat pula musim game Days Gone.

Sebagai peminat franchise Tomb Raider yang telah memainkan siri-siri game ini sejak 1997, game ini pastinya lebih ohsem dari segi gameplay dan grafiknya, tapi jalan cerita dan temanya amat jauh berbeza berbanding Tomb Raider sebelum ini, lebih-lebih lagi era Legend Trilogy (Legend, Anniversary dan Underworld). Ada yang mengatakan ini adalah soft reboot untuk cerita/watak Lara Croft.

Dan terbaharu agak risau dengan hala tuju franchise ini seperti yang dibincangkan oleh Melonie Mac dalam video di atas. Aku setuju dengan Melonie yang mengatakan Tomb Raider dan Lara Croft popular disebabkan siri game original Tomb Raider bawah Core Design (Classic, Dagger Of Xian, Adventures Of Lara Croft, The Last Revelations, Chronicles). Dan dalam era "wokeness" mutakhir ini, macam-macam boleh berlaku...

Juga belum ada peluang memainkan dua game era reboot - Rise Of The Tomb Raider dan Shadow Of The Tomb Raider. Tunggu ada PS5 atau PS4 Pro terpakai.

_____
AADI: Gaming fatigue?

Tomb Raider Underworld Mode


Sejak beberapa hari lepas mula memainkan kembali game klasik Tomb Raider era Crystal Dynamics' Legend Trilogy (Legend, Anniversary, Underworld). Ketiga-tiga game ini masih relevan dimainkan ketika 2020an kerana gameplay dan grafiknya, tidak seperti era Core Design.

Memulakan dengan Tomb Raider: Underworld kerana aku rasa aku pernah menghabiskan game ini hanya sekali sahaja sekitar 2009 (versi lanun ketika itu). Tahun-tahun berikutnya pernah cuma untuk ulang main (versi ori, eBay) tapi biasanya sampai area kraken dah mula bosan.

Entri 2014.

Underworld ini walaupun grafiknya lebih ampuh dan Lara lebih yummy, tapi dari segi jalan cerita, puzzles dan kepuasan bermain lebih memihak kepada Legend dan Anniversary. Underworld terasa sekejap sahaja habis, dan malam tadi mula memainkan Legend.

_____
AADI: Sedang muat turun Shadow Of The Tomb Raider free trial.

Let Go 20


Bukan cerita pasal let-go barangan kegitaran, tapi Let Go album pertama Avril Lavigne yang menyambut ulang tahun ke-20 hari ini.

Pernah diceritakan memorinya beberapa kali dalam AADI, juga satu daripada lima album yang selalu dicapai dan 10 album trending AADI.

"bila dgr lagu2 dlm album ni mcm2 memori 2003 berlegar2 kat otak aku... dahla zmn tu zmn liar aku, hehehe... time tu jugak aku tgh gila main game no one lives forever 2: spy in the HARMs way dan baldur's gate II: shadows of amn (blk keje smbg main game berjam2)"

- entri 2009.

"Rilisan tahun 2002 tetapi dilayan awal 2003, Let Go merupakan memori ketika bekerja (semula) di sebuah premis perkomputeran di Sungai Dua, Penang. Tahun 2003 baru nak stabil selepas bergelut dengan masalah pekerjaan/kewangan dan percintaan tahun sebelumnya... Tahun 2002 memang aku agak down."
"Selain itu, imej Avril (2002-2003) juga boleh aku katakan "image of a perfect girlfriend". Tiba-tiba aku teringat awek Kampung Baru yang selalu aku ceritakan tu, hehehe... Ironinya, ini sajalah album Avril yang aku ada, album kedua macam tak masuk, lepas tu terus tak follow."

- entri 2017.

Juga pernah karaoke lagu I'm With You.

_____
AADI: Juga ulang tahun ke-26 album Load.

Ada Apa Dengan Pepsi Bold Lime?


Selepas halia dan vanilla, terjumpa satu lagi perisa Pepsi Bold, iaitu perisa limau.

Rasa limaunya jelas terasa, dan seakan-akan minuman limau nipis berkarbonat ditambah perisa kola. Tapi tidak dapat lawan rasa lemon Pepsi Twist yang nostalgik, bersama-sama Vanilla Coke pasti akan mengingatkan aku era awal 2000an.

Cerita pasal Pepsi Bold, nah versi ini katanya edisi terhad dan eksklusif di 7-Eleven sahaja, tapi tengok berlambak lagi di pasar raya F.

_____
AADI: Berteromber katanya ada kumpul Pepsi Blackpink ni, betul ke?

Wordless Wednesday: Tomb Raider 25th Anniversary



Source: Stella's Tomb Raider Blog.

_____
AADI: Antara franchise gaming yang bertahan lama.

Wordless Wednesday: Thank You Mr. Imahara







A post shared by Kari Byron (@therealkaribyron) on









_____
AADI: Grant Masaru Imahara 1970-2020.

Oh JIVA Nita


Akhirnya...

IT’S REAL!!!!!!!! ✨😭 You are officially. Looking at. The first ever female Ibanez signature artist. After years of dreaming, hoping and working, followed by months of planning and preparation... I am honored and proud to introduce my signature guitar, the Ibanez JIVA. 🎶 This beauty will be sold worldwide and comes equipped exactly how I play it live, including brand new signature DiMarzio pickups meticulously designed by yours truly. 🎶 When I had my first meeting with Ibanez in September of 2008, they asked me why they should add me to the artist roster. My (typically emotional) answer was... “All my heroes are Ibanez players 😭 It’s a dream come true for me to just come and meet you guys. If you don’t want to give me an endorsement, I’ll still play my Ibanez guitars proudly, but it would be a huge honor to join the family and represent the company officially.” They took a chance on a basically unknown girl from LA (I was actually the only girl on the USA roster at that time) and coming up on my 10th amazing year as an Ibanez artist, words cannot express how honored and thrilled I am to now join the ranks of my greatest heroes as a signature artist. 🎶 I am so grateful to Mike Orrigo, Shogo Wada, Moti Kishiuchi, Tyler Busque and all at Ibanez Guitars, to Rob Nishida and Mike Taft for your support at the beginning and especially to Josh for making this dream a reality!! 😭 For the guitar players- specs are coming in the next post 😏 Photo: @robertdownsphotography
A post shared by Nita Strauss (@hurricanenita) on

Seperti yang pernah aku jangkakan beberapa tahun lepas, selepas Nita menyertai Alice Cooper. Tahun ini tak sangka pula dapat dua-dua signature sekaligus, Ibanez JIVA dan pikap DiMarzio Nita Strauss signature (belum tahu nama model).


[Added @ 3.00 pm] Menurut Nita ia merupakan JIVA10, biasanya kalau signature 10-series adalah Premium range (Indonesian), signature DiMarzio yang digunakan pula adalah berasaskan Evolution dan D-Activator, ok selamat.

Jilake, dah melangkau entri terjadual DiMarzio esok...

_____
AADI: Alasan nak guna S-series? Kah kah kah...

Moody Monday: Let Go The Load


Dua album bertahap soundtrack of my life yang menyambut ulang tahun yang ke-15 dan ke-21 masing-masing semalam 4/6/2017.

Imej entri tahun 2009, belum ada watermark.
Rilisan tahun 2002 tetapi dilayan awal 2003, Let Go merupakan memori ketika bekerja (semula) di sebuah premis perkomputeran di Sungai Dua, Penang. Tahun 2003 baru nak stabil selepas bergelut dengan masalah pekerjaan/kewangan dan percintaan tahun sebelumnya... Tahun 2002 memang aku agak down.

2002-2003 +1 :)
Selain itu, imej Avril (2002-2003) juga boleh aku katakan "image of a perfect girlfriend". Tiba-tiba aku teringat awek Kampung Baru yang selalu aku ceritakan tu, hehehe... Ironinya, ini sajalah album Avril yang aku ada, album kedua macam tak masuk, lepas tu terus tak follow.

Rilisan tahun 1996, Load pula dilayan semasa aku berada di Tingkatan 5. Ia merupakan peneman waktu study SPM tengah malam, bersama-sama abangnya album Black.


Lagu-lagu dalam Load dan Black berjaya digunakan sebagai "subliminal" untuk mengingat/menghafal rumus-rumus Fizik ketika itu. Contohnya lirik "so close, no matter how far..." digunakan untuk menghafal rumus fulkrum (Wiki). Itu belum lagi Ain't My Bitch, Until It Sleeps, King Nothing, Hero Of The Day, Cure, Mama Said, Bleeding Me...

_____
AADI: Bekerja dengan mood masih bercuti.

Wordless Wednesday: Marshall Nita



Oh Nita~ (Image: Marshall)
_____
Ada apa: Dah tak guna Blackstar dan Roland?

Independence Day Deja Vu


Bulan puasa ni masa untuk perhobian agak terhad, jadi curi-curi masa untuk menonton wayang, seperti Warcraft dua minggu lepas.


Selepas 20 tahun, sekuel yang agak berjaya membawa kembali hampir semua watak-watak utama dalam filem asal - kecuali Steven Hiller (Will Smith), kalau ada watak ni pasti filem ni lebih epik.

Kalau filem pertama alien kalah disebabkan virus komputer, filem kedua ni pula mati-mati aku ingatkan alien kalah ditetak dengan parang (low-tech melee warfare), hahaha!

Image linked from somewhere.
Tertarik dengan watak Rain Lao (Angelababy), amoi bermata bulat yang... Eh, dah macam bunyi blog Portdy pula, hehehe...

Menonton filem ini seolah-olah deja vu filem Independence Day asal, antara filem epik yang ditonton beramai-ramai (VCD on PC) di Desa Fajar, semasa tahun pertama USM (1997) selain Titanic, Starship Troopers dan Cannibal Holocaust.

_____
Ada apa: Nak jadi StarCraft ke?

Throwback Thursday: MythBusters


Selesai menonton dua episod MythBusters berturut-turut di saluran Discovery (ch551); Grand Finale dan Reunion sebentar tadi (semalam), katanya ini merupakan episod dan musim yang terakhir selepas 14 tahun bersiaran (bacaan lanjut), sedih...

Image by arashicat on DevianArt.
Mula meminati MythBusters sejak 2006 bila bermastautin di Bintulu dan memiliki Astro sendiri. Sejak itu, ia merupakan antara rancangan TV kegemaranku, dan boleh dikatakan aku "membesar" dengan rancangan ni. Orang sains, senanglah nak hadam...

Ditambah pula dengan sedikit unsur humor dan karekter pengacaranya, sudah cukup untuk memartabatkan rancangan ini menjadi status pop-culture.

Linked from somewhere.
Kari Byron, antara "sebab lain" untuk menonton Mythbusters. Bermula dengan budak suruhan (di belakang tabir), kemudian menjadi myth-tern, pengacara hinggalah menjadi selebriti dan ikon sains. Aku lupa musim keberapa, tengah-tengah mengandung pun masih boleh bereksperimen gila-gila, fuh! Waktu cuti bersalin pula, diganti sekejap oleh *Jessie Combs.

Ok, jika disuruh pilih eksperimen-mitos kegemaran, aku akan pilih eksperimen menggunakan telefon bimbit semasa mengisi petrol.



Terima kasih kepada pasukan MythBusters dan Discovery kerana sedikit sebanyak telah menjadikan sains sesuatu yang menyeronokkan. Nak taip banyak lagi sebenarnya, tapi dah mengantuk...

_____
Ada apa: *Sayangnya, episod Reunion mereka tak jemput Jessie Combs dan Scottie Chapman.

Elyana - Jadi Diriku


Memulakan entri bulan April dengan CD album studio keempat Elyana - Jadi Diriku. Peneman kepada CD Dystopia yang diperolehi daripada batch kelapan Radin Music hampir sebulan yang lepas.


Album keluaran tahun 2007 ni walaupun masih mengekalkan tema alternative rock seperti album sebelumnya (Bicara Mata Ini) tapi penampilan imej, solekan, rambut dan pakaian Elyana dalam cover dan inlay album ni dah nampak macam album artis pop pula (dah habis kontrak duta Converse?).


Selain lagu-lagu hits radio seperti Kalis Rindu, Molek dan Kau Atau Aku (Main Tarik Tali), album ini juga memuatkan sebuah lagu rakaman semula Niat 2008 dengan susunan muzik yang agak berbeza dan lebih flat berbanding versi asal (faktor usia?).


Seperti yang dijangkakan, lagu Main Tarik Tali tu biasalah, ada sedikit memori di sebaliknya, hehehe...


Tak sangka, dah dekat 10 tahun rupanya album ni. Apa berita atau perkembangan karier Elyana sebagai penyanyi sekarang ni ya?

Walaupun cuma berharga ~RM10, tapi CD dan inlay album ni lebih berkualiti (kertas tebal) berbanding kebanyakkan (bukan semua) CD rilisan semula yang sedang #trending sekarang ni.

_____
Ada apa: Main tarik tali gitar.

Batch Kelapan


Batch kelapan daripada Radin Music Centre ni sepatutnya dipesan minggu lepas, tetapi urusan tertangguh kerana aku berada di Melaka.

Macam sama konsep kan?
Batch kali ni hanya ada dua buah album; Dystopia Megadeth dan Jadi Diriku Elyana (lagi, hehehe). Kalau bukan sebab dah pesan daripada Radin Music sebelum aku pergi Melaka, memang aku dah beli Dystopia di Inverno minggu lepas.

_____
Ada apa: Kau dan aku main tarik tali?

Elyana - Bicara Mata Ini


Satu daripada CD batch keenam Radin Music Centre yang diterima minggu lepas, album studio ketiga Elyana - Bicara Mata Ini. Selain memiliki nilai nostalgik, harga (RM9.90) serta *faktor Elyana itu sendiri antara penyebab aku mendapatkan album ini.

Duta Converse kena tunjuk kasut...
Mungkin disebabkan lagu-lagu yang lebih pop rock, catchy dan bertemakan remaja ditambah dengan penampilan baru ala Avril Lavigne (era Let-Go) membuatkan album ni lebih meletop berbanding dua album sebelumnya. Masih ingat lagu Niat?


Album ni keluaran 2005, tahun terakhir aku di Penang. Lagu-lagu yang bertajuk radikal seperti Pakai Kanta Mata, Diriku Tapak Sulaiman dan Tak Tercapai Akalmu selalu berkumandang di radio ketika itu. Ada juga sebuah lagu cover Penantian nyanyian asal kumpulan Harmoni (Zubir Ali).

Nah kau! Buka inlay CD boleh jadi poster
*Pertengahan 2000an dulu, selain Nora Danish aku juga crush dengan Elyana ni (hahaha malu nak mengaku sebenarnya). Lebih-lebih lagi dengan watak Opie dalam siri Dunia Baru yang ranggi dan sikit tomboy macam awek Kg. Baru aku dulu.



_____
Ada apa: Drama Renjis pun kadang-kadang terlayan juga.

Batch Keenam


Batch keenam daripada Radin Music Centre diterima kelmarin. Seperti biasa, setiap batch aku tetapkan maksimum tiga buah CD sahaja, jangan banyak-banyak, nanti *tabalurut.


Rilisan JJR1 tepat pada masanya, jadi masuk bakul sekali lah~ Selebihnya seperti pembelian sampingan (collateral purchase).

_____
Ada apa: *Terbelurut, terlerai, sort-of chain reaction, macam tarik renda.

Sick Puppies - Connect


Setelah mencari peluang hampir dua tahun di eBay (pada harga yang munasabah), akhirnya berjaya juga memiliki album studio keempat Sick Puppies, Connect.


Kali ni diperolehi bukan daripada estock, tapi seller dari Hong Kong hitmusic1988 dengan harga US$4.99+3.00 (RM30.51). Harga yang masih berbaloi untuk seunit CD audio yang baru dan berbungkus (new and sealed).

Still sealed.
Walaupun dari Hong Kong, tapi CD ni merupakan cetakan US (ada logo FBI anti-piracy warning) dan bukan cetakan Asia.(P)(C) 2013 Capitol Records, ini merupakan versi PA (parental advisory), juga terdapat dalam versi "clean".


Masih mengekalkan muzik alternative rock dan post-grunge seperti album-album sebelum ini (Tri-Polar, Dressed Up As Life) yang ada sedikit lenggok seperti Silverchair dan Foo Fighters era 90an.


Seperti yang dicanangkan sebelum ini, Emma Anzai (hotchix bassist) juga turut menyumbangkan vokal dalam beberapa lagu, tapi hanya menyelit-nyelit. Ok, mungkin boleh dikira vokal penuh pada lagu terakhir Under A Very Black Sky.

Oh Emma~
Tapi sayangnya ini merupakan album terakhir bersama-sama gitaris/vokalis Shimon Moore, kerana ditendang keluar Oktober tahun lepas atas sebab-sebab entah akupun malas nak follow~

Dengar-dengar sekarang Sick Puppies sedang dalam proses pembikinan album terbaru, tapi apalah ertinya Sick Puppies tanpa Shim...

_____
Ada apa: Mencari album studio pertama mereka jika bernasib baik.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (63) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (73) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (33) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (115) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger