Wordless Wednesday: Maggi Letup Kari Cili Api




_____
Ada apa: Ok, aku berjaya menikmatinya hingga habis.

Batch Ke-11


Dah agak lama aku tak beli CD daripada Radin Music, batch terakhir bulan Jun, lepas tu reda sekejap. Terima kasih juga pada Shafid dan Portdy sebab buat lawatan tapak ke Radin Music dalam entri ni, dapat juga aku jenguk-jenguk keadaan premis beliau.


Diterima semalam berisi album terkini Metallica Hardwired... To Self Destruct sebagai pembelian utama. Aku pilih versi biasa (2CD) dan bukan deluxe edition (3CD), sebab CD ketiga sebenarnya bukanlah lagu-lagu baru. Manakala album rilisan semula Zainal Abidin Hijau sebagai pembelian sampingan.

Bahangnya (bagi aku) tidaklah begitu mengujakan seperti ketika memiliki album The Book Of Souls tahun lepas, tapi sedikit sebanyak rasa lega dan tersenyum sebab album ni tidak mengecewakan, begitu juga dengan pakejnya.

Entri berasingan akan menyusul...

_____
Ada apa: Tiba-tiba teringat album Garage Inc.

Nestle Bliss Mania


Sebelum ini aku pernah buat entri perisa terhad (limited) epal pisang dan original. Nah kali ni dibelanja oleh adik ipar aku enam lagi perisa minuman yogurt Nestle Bliss - strawberry, oren, campuran, epal kiwi, biabas guava (jambu batu) dan blackcurrant.


Adik ipar aku kerja di sebuah pastri hotel, batch yang ni dah nak dekat tarikh luput. Daripada dibuang begitu saja, dia bawa balik sebanyak mungkin, sebab dia tau aku memang kilar hebat minum minuman yogurt, kah kah kah...

Ok, perisa campuran tu pelik sikit, aku boleh katakan rasanya agak "ketercelaruan identiti" sebab ada lima perisa buah-buahan yang aromatik membuatkan reseptor rasa pada lidah agak bercelaru.

_____
Ada apa: Kenyang yogurt...

Musim Itu Tiba Lagi


Macam tajuk puisi pula, kah kah kah...

Imej CK Music.
Syukurlah sekarang ni aku tengah hangat berkonsol, jadi GAS untuk barangan kegitaran ada sedikit terkawal. Muat turun katalog di sini.

_____
Ada apa: Tahun ni GAS apa?

Wordless Wednesday: Anugerah Air Paip




_____
Ada apa: Setaraf dengan air minuman (drinking water) yang biasa.

Foo Fighters - Echoes, Silence, Patience & Grace


Ok, curi-curi masa buat entri blog ringkas (masih sibuk berkonsol). Dalam usaha mengumpul semula diskografi Foo Fighters, kali ni berjaya memperolehi album studio keenam mereka Echoes, Silence, Patience & Grace.


Seperti biasa, unit terpakai ini diperolehi daripada estock musicMagpies dengan harga tersenyum £2.33+1.50 (RM20.47). Dengan adanya album ni, maka album-album studio terdahulu Foo Fighters dah lengkap, tinggal album terkini Sonic Highways saja lagi.


Seperti album One By One dan In Your Honour, agak susah sedikit aku nak hadam lagu-lagu dalam album ni walaupun ada juga lagu-lagu best seperti The Prentender dan Long Road To Run. Mungkin selera aku bukan lagi ke arah hard/alternative rock, ataupun perlukan masa untuk mendengar album ni berkali-kali.

_____
Ada apa: Thank you Dave.

Slinky Mirage


Dalam keghairahan berkonsul, memang dah "tak ada" masa untuk bermesra kembali dengan gitar yang tersadai, serius... Mau tak mau terpaksa mencuri 30 minit masa berkonsol tadi untuk memasang tali gitar baru pada Mirage.

Crosseyed Heart
Kali ni ia dipasangkan dengan set Ernie Ball Stainless Steel Super Slinky (9-42) yang diperolehi daripada Pusat Muzik Reco bulan Februari lepas. Dan setelah beberapa kali kecewa dengan Ernie Ball, barulah kali ni mendapat set yang tidak berkarat, itupun mungkin disebabkan hype stainless steel.

Set Ernie Ball yang terakhir dalam stok peribadi...

_____
Ada apa: Tak terasa, Mirage ni dah nak masuk lima tahun dalam axology.

Wordless Wednesday: Ninja Wallet





_____
Ada apa: Asah bagi tajam, boleh juga dijadikan shuriken atau batarang.

Azrol's KIKOSP


Awal tahun lepas aku pernah terGAS dengan gitar ni, Ibanez KIKOSP transparent emerald burst (TEB), signature series Kiko Louriero. Tapi terGAS hanyalah disebabkan warna hijau dan nama Kiko, tapi spesifikasi lain membuatkannya terkeluar daripada senarai GAS.


Gitar ni sebenarnya adalah gitar Azrol (gitaris utama MUP) diperolehi daripada Music Bliss melalui perantaraan aku. Beberapa bulan lepas Azrol bercadang untuk mendapatkan sebuah gitar tanpa sistem floating bridge dan gitar ni merupakan calon kedua selepas Epiphone Les Paul.


KIKOSP ni dipilih atas faktor kos dan playing style Azrol yang lebih kepada shredding. Pada asalnya Azrol target warna merah transparent red burst (TRB) supaya sepadan dengan Cort X-11nya. Tapi hanya warna hijau TEB ni saja yang ada stok, nak tunggu stok/batch baru harga dah *mahal, jadi terpaksalah lawan tauke (kalau faham).


Sebenarnya KIKOSP ni merupakan signature Kiko versi Gio, ya Gio. Jadi kualitinya setaraf dengan gitar Ibanez Gio yang pernah dimiliki (GSR190J, GRG270, GAX010LTD, GSR200EX, GARTB20).


Ada dua spesifikasi yang membuatkannya istimewa sebagai signature series berbanding Gio biasa; 1) inlay tribal Kiko pada fret ke-12 dan 2) headstock seperti RG/SA/S series, tiada tag "Gio" digantikan dengan "KIKO series".


*Sekarang model KIKOSP ni dah discontinued, digantikan dengan KIKOSP2 yang memiliki sistem floating bridge Std. DL tremolo yang menyebabkan perubahan harga yang ketara.

Selepas sessi fotografi (untuk entri blog ni), aku hanya "sempat" mencubanya secara unplugged. Walaupun ia berada di rumah aku selama dua hari sebelum dituntut oleh Azrol, tapi sebab mood aku sekarang lebih kepada Fallout 4, dah kurang nafsu tak ada masa nak main gitar, kah kah kah!~

Selamat daripada menjadi IDK sig Mark V.

_____
Ada apa: Kalau ada sessi jamming baru nak terkial-kial praktis balik.

Flashback Friday: Payphone


Merenung sejenak kepesatan teknologi maklumat dan telekomunikasi kita.

Kebanyakan telefon berbayar (payphone) atau telefon awam sebegini walaupun masih sempurna fizikalnya tetapi tidak lagi berfungsi, tiada talian, sedih...

Teknologi retro.
Teringat trend hujung 90an dan awal 2000an bila mana pengguna telefon bimbit ketika itu akan menggunakan telefon awam untuk membuat panggilan keluar, kes nak jimat kredit (dulu kadar panggilan mahal woo~).

Telefon bimbit yang ada di tangan hanyalah untuk 1) menerima panggilan 2) peranti menerima panggilan rindu (missed call) seperti pager dan 3) bergaya, mengikut trend semasa. Waktu tu belum ada lagi servis SMS ok, kalau ada pun hanya intra-talian.

Sekurang-kurangnya, ia masih dihargai di sini.

_____
Ada apa: Bilakah kali terakhir anda menggunakannya?

Ada Apa Dengan Headstock? (Part 21)


Dah lama tak buat entri teaser headstock macam ni...


_____
Ada apa: Mood gaming masih kuat.

Flashback Friday: The End Of The World


Masih mood berkonsol, terima kasih kepada game Fallout 4 kerana baru sekarang aku kenal siapa penyanyi asal lagu ni, sebelum ni cuma kenal versi The Carpenters.


Seperti in-game radio Galaxy News Radio dalam siri Fallout 3, Diamond City Radio dalam siri Fallout 4 juga memainkan lagu-lagu klasik 1940-60an yang rare, dengan lirik-lirik yang berkaitan dengan siri Fallout. Mengembalikan nostalgia ketika main game Fallout 3 lapan tahun lepas.

The gaming continues...


_____
Ada apa: Entri nak bagi naik blogroll je ni.

Ada Apa Dengan Minute Maid Qoo?


Seperti Pokka Gabu Gabu, tulisan Jepun, corak dan grafik yang pada tin minuman ini merupakan faktor yang menarik perhatianku.


Rupa-rupanya ia merupakan produk Minute Maid dengan nama yang lucu - Qoo. Buatan Malaysia oleh Coca-Cola Bottlers (M) Sdn. Bhd. Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

Diperolehi di pasar raya F dengan harga RM1.70 untuk setin berisipadu 315 ml. Untuk percubaan, aku memilih perisa epal fuji. Ia tidak berkarbonat, cukup manis dan rasanya seakan-akan Yeo's Justea tanpa aloe vera. Sesuai untuk minuman kasual dan santai.

_____
Ada apa: Qoo Puteh~

Wordless Wednesday: Gas And Flame




_____
Ada apa: Entri sampingan, masih sibuk berkonsol.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger