Black Friday Haul From Reco


Pusingan pertama bersempena Year End Sale 2014. Barangan diperolehi daripada Pusat Muzik Reco, kebetulan pula ia diterima pada hari Black Friday.

Abaikan harga pada label, itu harga runcit bukan harga YES.
Hanya pedal tuner Pitchblack Poly sahaja yang aku punya, tuner PitchHawk-G (aku dah ada) dan amPlug 2 Metal merupakan pesanan tumpangan daripada rakan MUUV. Manakala tali gitar akustik jenama Good Strings (duh~) sebagai penggenap bayaran.

Bila dah cuba "pandu uji" amPlug tu, macam hilang pula rasa GAS...

_____
Ada apa: Credits to Miss Ng of Reco.

Ada Apa Dengan Alicafe Latte Dan Caramel?


Terjumpa dengan Alicafe tin klasik (bukan Alicafe tin dengan tongkat ali) di pasaraya BB dengan dua perisa baru(?) - latte dan caramel. Rekabentuk tinnya pun nampak menarik, agak ceria, urban dan "remaja" (youthful).


Dibuat oleh pawarut Power Root (M) Sdn. Bhd. Jenama Alicafe ni boleh dikatakan dah masuk tahap "household brand" seperti Nescafe, Maggi, dll. Terima kasih kepada Astro dan Akademi Fantatsia.

Rasa? Perisa caramel pada pendapat aku agak sedap, terasa lemak karamelnya berbanding perisa latte yang tak jauh beza macam rasa Alicafe klasik. Dengan harga runcit sekitar RM1.80-2.20 untuk setin berisipadu 240 ml, kira agak berpatutan dan boleh bersaing dengan kopi tin jenama lain seperti Nescafe dan Wonda.

_____
Ada apa: Jenama Pokka belum terbuat entri.

Wordless Wednesday: Buah Tunjuk Langit?



Skypoint fruit?
_____
Ada apa: Takziah buat Korawk.

Ada Apa Dengan 2014 CK Music Year End Sale?


Jualan akhir tahun CK Music kembali lagi, bermula semalam sehingga akhir tahun (kebetulan hari ni sindrom Tony Stark). Katalog jualan versi PDF boleh dimuat-turun di sini.

Imej CK Music.
Tapi semenjak YES tahun lepas, disebabkan tiada staff CK Music yang berkelapangan melayan pesanan dan karenah pembeli atas talian seperti aku (owh I miss Bro Amizan), adalah lebih mudah rasanya berurusan dengan outlet YES lain yang terlibat, contohnya Pusat Muzik Reco, atau mencuba nasib di Music Bliss dan Amplitude Music.

Imej cilok.
Dan seperti tahun lepas juga, tiada lagi rasa GAS terhadap gajet tahap "big guns", hanya berminat dengan gajet dan aksesori kecil-kecilan seperti amPlug 2, Pitchblack Poly (tuner lagi?) dan/atau mungkin sebuah metronome kecil.

_____
Ada apa: Korawk, side order?

Mirage Turns Three


Seperti Goldie, tahun ini juga Mirage aku (LTD M-103FM) genap tiga tahun berada dalam axology. Dan seperti cerita tahun lepas, bila dah lama berada dalam axology dan digunakan hampir setiap hari (as a bedroom guitar), rasa sayang pun makin menebal...

Flamed maple veneer.
Sebelum menservis gitar Cort X-11 kepunyaan Azrol bulan lepas, sempat membandingkan kedua-dua superstrat ni. Feel dan berat hampir sama, dua-dua guna kayu basswood, cuma neck X-11 lebih nipis (senipis neck Ibanez RG) berbanding Mirage yang agak bulat.


Selain sebagai bedroom guitar, ia juga dijadikan sebagai gitar sokongan (backup guitar) semasa gig atau persembahan awam sekiranya gitar utama aku ataupun X-11 Azrol bermasalah (shit happens), contohnya semasa Bintulu Bike Week 2013.


Sekarang Mirage telah dipasang semula dengan pikap asal setelah berkali-kali dieksperimentasikan dengan pelbagai jenis pikap (Tesla, Bill Lawrence, Entwistle). Selepas ini, rasanya lebih berbaloi jika aku upgrade bridge (from fragile Floyd Rose Special to Gotoh GE1996T) berbanding tukar pikap.

_____
Ada apa: Yes, that Hammett vibe...

Guilty Pleasure: Music


Nak buat entri pasal "guilty pleasure". Nikmat bersalah? Betul ke terjemahan ni?
A guilty pleasure is something one enjoys and considers pleasurable despite feeling guilt for enjoying it. The "guilt" involved is sometimes simply fear of others discovering one's lowbrow or otherwise embarrassing tastes, such as campy styles of entertainment. Fashion, video games, music, theatre, television series, films, junk food and fetishes can be examples of guilty pleasures.

Kalau dari segi muzik, "guilty pleasure" aku antara yang berikut...

Kylie Minogue, Belinda Carlisle. Chris Cuevas. Natalie Imbruglia, Duran Duran.
KRU.
Nassier Wahab.
Dan mungkin akan bertambah lagi dengan beberapa buah album (mostly compilations) daripada artis/kumpulan non-rock/metal seperti The Carpenters, Jackson 5, Bee Gees, ABBA, Modern Talking, Roxette, Ace Of Base, Spice Girls, Aqua, and the list goes on and on and on...

_____
Ada apa: Nostalgic values.

2014 YES GAS: Vox amPlug 2


Dah lama terGAS dengan amPlug sejak ia diperkenalkan beberapa tahun lepas. Tapi ketika itu aku rasa Pandora Mini lebih berbaloi. Mungkin jika ada rezeki *lebih, akan cuba mendapatkan sebuah amPlug sempena Year End Sale (YES) tahun ni.


Sayangnya amPlug hard-on K-On! hanya untuk pasaran Jepun (kalau tak silap) dan terhad 5000 unit untuk setiap model (3000 unit untuk model lama). Kalau tak, memang aku target model Yui Hirasawa (amPlug Lead). Tapi rasanya masih boleh cari di eBay dan Amazon kot.

Cocok kat goldtop? Image source.
Dan kebetulan Vox telah mengeluarkan amPlug versi 2.0 (aka amPlug 2) dengan beberapa kelebihan berbanding versi 1.0 yang dah lama berada di pasaran. Apa kelebihan versi 2.0 ni? Entah, akupun tak tau... Yang pasti, akan target model Metal (rectifier wannabe) berbanding model AC30, Classic Rock atau Bass (duh~). Harga pasaran boleh rujuk di sini.

*Itupun kalau tak "dipotong" oleh gajet lain...

_____
Ada apa: Vox amPlang?

Wordless Wednesday: White Beauties



ST-213
RG350DXZ
_____
Ada apa: Kalaulah ada slot kosong...

Children Of Bodom - Relentless Reckless Forever


Album studio ketujuh Children Of Bodom yang tidak sempat dimiliki setelah aku mengambil keputusan untuk melelong (pra Projek Mega 2011) kesemua diskografi COB yang aku ada kepada seorang kenalan Facebook dari Sandakan.

(P)(C) 2011 Spinefarm Records.
Tapi bila album-album COB mula ditawarkan dengan harga tersenyum dalam katalog estock_deutschland (in this case €3.90 @ RM16.92), maka minat untuk mengumpul semula diskografi COB kembali lagi.


Ayat ulangan - COB sememangnya menghasilkan muzik yang menarik, aku suka faktor keyboardist Janne yang memberikan elemen symphonic pada muzik death metal COB. Cuma dari dulu aku tak berapa suka vokal Alexi. Tapi "solo duel" antara Alexi dan Janne merupakan sesuatu yang mengujakan setiap kali mendengar lagu-lagu COB, dan itulah trademark COB yang aku kenal.

Sebenarnya aku bukanlah peminat genre melodic death metal (poser?) atau apa-apa genre metal yang menggunakan vokal scream/shriek/growl. Tapi muzik COB ini tidak patut dilepas pandang (err dengar).

_____
Ada apa: Cerita selebihnya, Wikipedia-kan sahaja...

Line 6 GearBox


Baru ada kesempatan mencuba perisian GearBox untuk memindahkan custom tone yang dimuat-turun (atau diedit sendiri) masuk ke dalam Pod X3.

Line 6 Spinal Puppet!
Seperti perisian POD HD300 Edit, mengedit patches mengguna perisian GearBox lebih mudah daripada menekan dan memulas segala butang dan tombol yang ada pada Pod X3.


Dan pastinya menatap antaramuka (interface) GearBox pada skrin komputer lebih selesa daripada menatap skrin monokrom 2.5" Pod X3.

_____
Ada apa: Teringin nak buat studio mini di rumah sendiri...

Acoustic Mood, Back To Basic


Ok, walaupun dah penuh kuota tapi TERtambah lagi satu hehehe... Enter Takamine ED20C.

Tiada info mengenai model ED20C pada website rasmi Takamine, cuma ada pada website Takamine Japan. Mungkin disebabkan Dragon Series hanya untuk pasaran Asia dan Oceania sahaja.


Perolehan yang tidak dirancang, yang pasti ia tidak dibeli, tapi diperolehi secara pertukaran (trade) dengan beberapa buah pedal efek (CM-1, MS-50G) yang jarang digunakan. Dan inilah "loophole" yang digunakan sebagai alasan sekiranya ada yang mempertikaikan isu kuota tadi, hehehe...


Diperolehi daripada seorang rakan MUUV yang menjualnya disebabkan masalah pada sistem elektronik dan faktor tidak ergonomik(?). Untuk rekod, inilah kali pertama aku memperolehi gitar berstatus terpakai (used). Fizikalnya boleh aku katakan masih 8.5/10 walaupun telah digunakan 3-4 tahun oleh pemilik asal.


Seperti yang dimaklumkan oleh pemilik asal, sistem elektronik pada gitar ini mempunyai masalah, berbunyi "hissing" dan "static" yang amat menjengkelkan apabila disambung pada amp.

Aku tak pasti sama ada preamp TS-1N atau pikap piezo yang bermasalah (nak kena rujuk YusTech). Worst case scenario, mungkin aku akan gantikan dengan preamp baru cap ayam (atau Fishman terus).


Walau bagaimanapun, jika dimainkan secara unplugged, ia masih lagi mengekalkan ciri-ciri bunyi sebuah gitar akustik yang berkualiti. Cuma talinya sahaja dah berkarat, ada masa nanti belikan tali baru, akupun tak ada simpan stok tali gitar akustik.


Sememangnya selama ini aku telah banyak memilih jalan singkat untuk belajar bermain gitar (those powerchords stuff), dan dengan adanya gitar akustik ni, aku akan cuba kembali mempelajari asas yang pernah aku tinggalkan (skipped) sebelum ini.

Ditala pada talaan Eb standard (Eb, Ab, Db, Gb, Bb, Eb) supaya serasi berlatih dengan beberapa lagu-lagu akustik kegemaran contohnya Don't You Cry (Kamelot) selain kurang sedikit tegangan pada tali. Yelah, tali gitar akustik bukannya lembut macam tali gitar elektrik. Nickname? Entahlah, susah-susah aku gelar TAKA (たか = falcon, helang?) sajalah.

_____
Ada apa: Lil'Ijau lebih suka "kacau" gitar ni berbanding gitar-gitar elektrik aku.

Judas Priest - Metal Works 73-93


Satu lagi album kompilasi CD berkembar (2CD) yang diperolehi dengan harga tersenyum €3.68 (RM15.85) daripada katalog estock_deutschland - Judas Priest Metal Works 73-93.


Hanya jewel case sahaja yang retak (boleh ganti), inlay dan CD masih lagi seakan baru. Walaupun album kompilasi ni keluaran tahun 1993 (boleh jenguk Berteromber punya), tapi versi yang aku miliki ni merupakan versi remasters keluaran 2001 keluaran Sony Music Entertainment (UK) Ltd di bawah label Columbia.


Kompilasi "the best of" sebegini amat sesuai untuk peminat kasual Judas Priest seperti aku. Sebelum ini aku tidak pernah memiliki apa-apa material mereka kecuali beberapa mp3. Kebetulan pula teringat ayat Berteromber "...album yang akan dicadangkan jika anda baru pertama kali hendak berjinak-jinak mendengar Judas Priest".

Aku mula meminati mereka (dan beberapa band lain) semasa zaman rajin dengar Braingell Radio. Ada juga beberapa lagu mereka yang aku kenali melalui cover band lain, contohnya lagu Beyond The Realm Of Death oleh Blind Guardian dalam album The Forgotten Tales.


Cover art adalah kolaj daripada beberapa album mereka, lebih kurang macam cover art kompilasi From Fear To Eternity dan Masterpieces. Rasanya tak perlulah aku jelaskan di sini, boleh rujuk Wikipedia.

Tapi yang pastinya, muzik mereka masih lagi "heavy" dan relevan sehingga kini walaupun dah 30-40 tahun berlalu. Kerja gitar Downing/Tipton memang mendefinasikan apa itu NWOBHM dan heavy metal amnya. Itu belum cerita pasal vokal dinamik Halford lagi...

Selebihnya boleh tanya kepada pakar.

_____
Ada apa: Tak mau viral KD/MF melarat...

Tomb Raider Anniversary Mode


Sejak beberapa hari lepas mula memainkan kembali game Tomb Raider: Anniversary. Nak lari sekejap daripada genre FPS yang "memenatkan".

Entri lama.
Mengimbau kembali memori ketika memainkan versi asal Tomb Raider (classic) semasa tahun pertama di USM (circa 1997), Walaupun ketika itu Lara masih lagi petak-petak, tapi tetap enjoy kerana gameplay-puzzle dan jalan cerita yang menarik. Versi anniversary (remake) ni pula pernah dimainkan sekitar awal 2008 dahulu.




Images source.
Aku sebenarnya teringin nak main Tomb Raider 2013 (reboot), tapi masih belum tergerak hati untuk mendapatkannya sama ada versi Jack Sparrow, versi sedut atau ori terus cari yang terpakai dan murah di eBay (seperti DVD di atas).

_____
Ada apa: Juga teringat Nude Raider patch.

Wordless Wednesday: Multi-Space Parking




_____
Ada apa: Berak keras?

Kaset KLMJ (Part 2)


Ada beberapa kaset yang aku nak let-go, dua daripadanya aku dah buat entri eksklusif pada blog GKC. Ada yang hanya pernah dipasang 2-3 kali (dah ada versi mp3 atau audio CD ketika versi kaset dibeli) dan ada juga yang langsung tak pernah dipasang. Kepada rakan-rakan bloggers mat kaset yang berminat boleh tinggalkan pesan pada ruangan komen.


Blind Guardian - A Night At The Opera, Nightfall In Middle-Earth, And Then There Was Silence, Manowar - Kings Of Metal, Megadeth - Rude Awakening, Iced Earth - Tribute To The Gods, Enter The Realm dan Roadrunner United - The All Star Session. Harga? Tak mahal, harga masih munasabah RM16.00 setiap satu, kecuali RM20.00 untuk Rude Awakening kaset berkembar (masih boleh runding).


Aku tak banyak koleksi kaset, ini sahaja yang ada (gambar di atas). Semenjak awal 2000an aku mula bermigrasi kepada format audio CD. Faktor boleh ditukar (rip) kepada format mp3 dan mudah disalin (CD copy) sementara yang original disimpan rapi antara penyebab utama aku memilih format audio CD berbanding kaset, selain kualiti bunyi yang lebih unggul.

Walau bagaimanapun, bukan semua koleksi kaset aku nak let-go, selebihnya disimpan atas dasar nostalgik dan cerita di sebalik pembelian kaset itu sendiri (emotionally attached).

_____
Ada apa: Piring hitam? No No... Alhamdulillah aku masih lagi immune.

Sekitar Bintulu Car Boot Sale


Sabtu (8/11/2014) - Sebelum ini (setahu aku) acara Bintulu Car Boot Sale diadakan di Bintulu Promenade (Waterfront) pada petang Sabtu, biasanya serentak pakej dengan aktiviti tiga komuniti lain yang aktif di Waterfront - Bintulu Buskers, Bintulu Pet Lovers dan Zumba.


Kali ini nampak seakan agak "rasmi" dan lebih teratur kerana diadakan di area Terminal Bas 1Malaysia Parkcity (tak berapa jauh daripada 36 Studio) lebih-lebih lagi bila nampak logo Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) pada banner. Juga mengetengahkan ketiga-tiga kumpulan tadi (Buskers, BPL, Zumba) sebahagian daripada acara aktiviti.


Aku dapat tahu mengenai acara ini melalui Facebook Bintulu Buskers, dan kebetulan Mrs. dan Lil'Ijau ajak jalan-jalan petang Sabtu. Jadi lokasi BCBS menjadi destinasi sekeluarga.



Tauke Adi Mustar dengan barang jualannya - action figures One Piece, material distro MUUV, CD, majalah dan komik terpakai, helmet, penny board, kosmetik, produk kecantikan(?)


Juga gathering bulanan BPL, tak sempat nak snap gambar binatang, terlalu ramai orang berkerumun, dan akupun sibuk melayan karenah Lil'Ijau yang terlalu teruja tengok kucing, arnab, kura-kura, dll.


Dan persembahan Bintulu Buskers yang diketuai oleh saudara "Murad" (alter-ego Barangkali Marus). Agak happening kerana bunyi-bunyian mereka diamplifikasikan oleh PA system lokasi.

Ya, bass tersebut telahpun menjadi aset Bintulu Buskers.
Bagi aku, tiada apa yang menarik perhatian untuk dibeli (awal bulan), ada terjumpa beberapa t-shirt yang menarik, tapi agak mengecewakan kerana tiada saiz XXL (diskriminasi saiz). Pada pendapat peribadi aku, acara BCBS sebegini sesuai menjadi acara bulanan. Jika dibuat selalu tiap-tiap minggu, maka ia sudah sama seperti tamu atau pasar malam, dah hilang identiti eksklusifnya.

Untuk info lanjut dan gambar-gambar menarik acara ini boleh singgah Facebook Bintulu Car Boot Sale, Bintulu Buskers dan Bintulu Pet Lover.

_____
Ada apa: Car boot bee lump...

Metallica - St. Anger


Pernah dahulu aku berpendapat, jika aku mengumpul semula diskografi Metallica, pastinya St. Anger akan menjadi album yang terakhir dibeli...

Digipak *sigh*~
Tapi tidak kali ini, selain disenaraikan pada harga tersenyum €2.99 (RM13.14) dalam katalog estock_deutschland, faktor DVD bonus juga antara penyebab aku mendapatkan album ni terlebih dahulu sementara menunggu album lain disenaraikan pada harga tersenyum.


DVD bonus yang disertakan bertajuk St. Anger Rehearsals, mengetengahkan persembahan Metallica ala-ala jamming (rehearsal) dalam sebuah makeshift studio (?) untuk semua lagu-lagu dalam album ni. Aku suka tengok rakaman persembahan sebegini, lebih kurang macam dalam VCD Teori Domino Revisited Jamming Session 07.1.


Cuma aku agak hairan pakej digipak album yang aku perolehi ini tidak mengandungi booklet, mungkin tercicir atau hilang, album ni pun agak terpakai (used).


Versi kaset diperolehi di sebuah premis aras dua (lupa nama) di Kompleks Bukit Jambul sekitar penghujung 2003. Ketika itu aku bercadang untuk mendapatkan versi CD tapi aku "diselamatkan" oleh kegawatan ekonomi peribadi, maka pulanglah dengan versi kaset (dan segulung poster besar). Di rumah, album ni dilayan menggunakan Walkman, ketika itulah aku rasa bersyukur kerana tidak mendapatkan versi CD...

Untuk ulasan panjang lebar daripada pakar, boleh baca entri blog Molotov Cocktailz.

_____
Ada apa: Kentang kentang kentang...

Ada Apa Dengan Headstock? (Part 20)


Masa untuk mood akustika...


Walaupun ada modeling/simulator akustik pada Pod X3, Pod HD300 dan Micro Cube GX, tapi bunyi akustik sejati memang menawan.

Tiba-tiba aku teringat Ashdozen (dan Nandung).

_____
Ada apa: Dah boleh ikut Bintulu Buskers ke?

Wordless Wednesday: Arnab Dan Kura-Kura - Episode II, III




_____
Ada apa: Nursery mode...

Jammed Of The Beast Wannabe


Sessi jamming semalam dibuat secara impromptu (spontan), dikelolai oleh Nas Korawk. Dah lama tak jamming bersama-sama Korawk, kali terakhir kalau tak silap semasa JOTB#2 bulan Januari lepas.

Korawk, lost in action.
Atas dasar wasatiah kebirokrasian aku dan Korak, kami masih dapat menyewa 36 Studio untuk jamming walaupun ia telah ditutup (untuk sementara waktu) mulai 1 November, terima kasih kepada tauke 36 Studio.

Tak ada apa yang menarik untuk diceritakan semasa sessi kali ni, gambar pun ada sekeping dua sahaja. Cuma sempat mencuba cover dua buah lagu secara impromptu - Another Day (DT) dan Fortunate Son (CCR), teruk tapi masih boleh dibaiki. Dan sedar tak sedar, sessi jamming berlarutan hingga dua jam.

_____
Ada apa: Hahaha lagu biasa dimainkan pun berterabur jadinya...

Bottlecapt - Bottlecapt (EP)


Entri yang dipotong oleh Don't Break The Oath...

Menerima sebuah bungkusan poslaju Khamis minggu lepas, berisi dua buah CD audio EP (extended play) daripada kumpulan indie yang berasal dari Ampang, Bottlecapt dengan tajuk yang sama (self-titled). Diperolehi secara terus daripada gitaris mereka Ewin setelah dipromosikan melalui Facebook mereka minggu lepas.


Aku mengenali Bottlecapt awal tahun 2010 (zaman tu rajin stalking) melalui bassist/vocalist mereka Pqot Thundergirl (sebelum bergelar Iqa Mentor), dan kalau tak silap kenal Pqot melalui perantaraan Musyrif Speedrider.


Setelah menunggu hampir empat tahun, akhirnya Bottlecapt berjaya juga mengeluarkan material mereka secara rasmi walaupun hanya EP dan bukannya album penuh. Tiada info lain disertakan, hanya ada line-up, tracklist dan label "Maggots Tune Production".

Tracklist
  1. Rockstar
  2. Realiti
  3. Kian Pudar (checkout Soundcloud clip below)
  4. Penggoda Hati
  5. Kerna Dia
Tapi sayangnya lagu Ilusi tidak disertakan dalam EP ni.


Pada mulanya Bottlecapt dianggotai oleh lima orang, tapi untuk line-up terakhir sebelum EP ini dikeluarkan hanya tinggal tiga orang (Ewin, Pqot, Afnie). Biasalah, masing-masing ada komitmen lain yang lebih penting.

MHI - 16/2/2010
Untuk mendapatkan EP ni atau info lebih lanjut boleh singgah Facebook Bottlecapt (aku selalu tertaip Botolkep). Nak tengok Bottlecapt zaman-zaman "kegemilangan" mereka? Google sahaja "Bottlecapt". Hahaha, tapi aku suka gambar #throwback ni...

Gambar 2008 (sumber).
_____
Ada apa: Velvet apa cer?

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger