_____
AADI: Priest/Foo, buka ripped mp3, simpan. Iced Earth/May, serius masih sealed.
Wordless Wednesday: Unreviewed Albums?
oleh Ijau D. Koceng 06 April 2022 pada 6:00 AM 1 commentWordless Wednesday: Inverno Fishing (Part 4)
oleh Ijau D. Koceng 17 January 2018 pada 6:00 AM 3 komen:Kaset KLMJ (Part 2)
oleh Ijau D. Koceng 11 November 2014 pada 9:00 AM 5 komen:Blind Guardian - A Night At The Opera, Nightfall In Middle-Earth, And Then There Was Silence, Manowar - Kings Of Metal, Megadeth - Rude Awakening, Iced Earth - Tribute To The Gods, Enter The Realm dan Roadrunner United - The All Star Session. Harga? Tak mahal, harga masih munasabah RM16.00 setiap satu, kecuali RM20.00 untuk Rude Awakening kaset berkembar (masih boleh runding).
Aku tak banyak koleksi kaset, ini sahaja yang ada (gambar di atas). Semenjak awal 2000an aku mula bermigrasi kepada format audio CD. Faktor boleh ditukar (rip) kepada format mp3 dan mudah disalin (CD copy) sementara yang original disimpan rapi antara penyebab utama aku memilih format audio CD berbanding kaset, selain kualiti bunyi yang lebih unggul.
Walau bagaimanapun, bukan semua koleksi kaset aku nak let-go, selebihnya disimpan atas dasar nostalgik dan cerita di sebalik pembelian kaset itu sendiri (emotionally attached).
_____
Ada apa: Piring hitam? No No... Alhamdulillah aku masih lagi immune.
Iced Earth - Alive In Athens
oleh Ijau D. Koceng 11 August 2014 pada 9:00 AM 6 komen:Album live bersempena tour album SWTWC mereka (era Matt Barlow), dirakamkan 23-24 Januari 1999 (dua malam berturut-turut) di Rodon Club, Athens. Walaupun aku bukanlah peminat tegar Iced Earth, tapi album ni antara yang mesti ada selain SWTWC.
(C) 1999 Magic Arts Publishing, (P) 1999 Century Media Records Ltd. Ia memiliki tiga set CD yang didatangkan dengan slipcase. Walaupun slipcase nampak agak bermusim (ada kemek, calar-calar sikit) tapi jewelcase dan CD di dalamnya masih nampak baru.
Senarai lagu (tracklist) untuk setiap CD dan info mengenai album ni boleh teruskan pembacaan anda di Wikipedia. Antara lagu pertama dalam album ni yang aku dengar ialah Melancholy (Holy Martyr) menerusi Braingell Radio membuatkan aku terus tertarik dengan album SWTWC dan Iced Earth secara amnya.
_____
Ada apa: Ada masa mungkin nak cari versi DVD.
Demons & Wizards - Touched By The Crimson King (Limited Edition)
oleh Ijau D. Koceng 10 July 2014 pada 9:00 AM 6 komen:(P) & (C) 2005 Demons & Wizards, under exclusive license to Steamhammer, a division of SPV GmbH, made in Germany. Diperolehi dengan harga tersenyum €3.34 (RM15.29) seperti biasa dengan pengeposan percuma. Walaupun berstatus terpakai (used), tapi fizikalnya masih nampak 95% baru.
Seperti album pertama (self-titled) mereka yang telah dimiliki penghujung 2009 dulu (zaman rancak eBayholic), album kedua ni juga masih mengekalkan formula yang sama iaitu gabungan gitar rancak Iced Earth (demons) dan vokal berlapis Blind Guardian (wizards).
Satu kelemahan pakej jenis digipak berlipat-lipat dengan slipcase ni ia tidak sesuai untuk dipasang dalam kereta, kerana agak leceh untuk membukanya semasa sedang memandu (kecuali dah siap-siap letak dalam kocek CD).
Tracklist
CD1
- Crimson King
- Beneath These Waves
- Terror Train
- Seize The Day
- The Gunslinger
- Love's Tragedy Asunder
- Wicked Witch
DurianDorian- Down Where I Am
- Immigrant Song (Led Zeppelin cover)
- Lunar Lament
- Wicked Witch (slow version)
- Spatial Architects
- Beneath These Wave (edit)
![]() |
| Inlay sama seperti versi biasa. |
More info please visit official page.
_____
Ada apa: Belum terbeli album kompilasi Blind Guardian.
Kaset KLMJ
oleh Ijau D. Koceng 25 February 2014 pada 8:00 AM 11 komen:Koleksi kaset aku taklah seberapa (jika dibandingkan dengan bloggers lain) kerana aku hanya mula membeli kaset sendiri selepas PMR (circa 1994). Sebelumnya aku hanya meminjam kaset rakan ataupun memiliki kaset versi
Seingat aku, kaset Nirvana Eternal Legacy antara kaset pertama yang aku beli. Jika dikecualikan kaset-kaset yang berada di luar kotak (yang diperolehi semasa operasi mencari kaset lelong dalam entri ni), kaset terakhir yang aku beli ialah Roadrunner United awal tahun 2006. Selepas itu, aku mula fokus kepada audio CD.
Hampir semua kaset-kaset yang aku ada ni dah dinaiktaraf kepada versi CD audio (kecuali beberapa yang dah dilelong semula). Sekarang aku teringin sangat nak cari album pertama Awie solo dalam bentuk CD audio. Jika rakan-rakan bloggers ada menjumpainya dijual di mana-mana premis sekitar Malaysia ni, sila maklumkan aku.
Tapi yang pasti, aku tak terbabit dalam fenomena piring hitam (vinyl), kerana ia melibatkan tahap kesabaran dan pelaburan yang tinggi. Kumpul audio CD pun dah sekian pelaburannya...
_____
Ada apa: KLMJ = kenangan lalu/lama mengusik jiwa.
a tribute to the beast & skid row
oleh Ijau D. Koceng 20 December 2009 pada 1:00 AM 3 komen:bungkusan dari kanada yg diterima 20/10/2009 lps... hmmm dkt 2 bulan baru nak buat entry. bungkusan yg berisi 2 cd iaitu a tribute to the beast dan skid row. utk menjimatkan shipping cost, kedua2 cd ni dihantar tanpa jewel case
various artists - a tribute to the beast
ekceli dah lama aku cari cd album ni kat ebay. susah nak cari, klu ada pun mmg mahal convert RM mau dkt2 RM80 xtermasuk postage lg tu. last2 aku jmpa seller from canada yg jual dgn harga yg berpatutan (new cd, bknnya used). imho album ni merupakan 1 of the best iron maiden cover album of all time, album ni jugak memperkenalkan aku kpd bbrp band yg aku minati antaranya children of bodom dan sonata arctica

ebay purchase info
- purchased from: cdbasement
- location: canada
- condition: new
- price paid: US$3.99+5.99/2 (RM25) menang bid
- ordered: 30/9/2009
- received: 20/10/2009
- label: (c)+(p) 2002 nuclear blast gmbh
- made in: germany
tracklist
- steel prophet - the ides of march/purgatory <- i'm not into maiden's 1st and 2nd album (zmn dianno), tp bila dgr purgatory ni sedap la plak
- children of bodom - aces high <- drp lagu ni aku mengenali COB, aku tertarik dgn solo keyboard yg mmg masyuk... the reason i like COB in the 1st place
- rage - the trooper
- cradle of filth - hallowed be thy name <- antara lagu2 cover maiden yg terawal aku dgr
- grave digger - running free
- burden of grief - prowler <- sama mcm kes track no. 1 tadi
- sonata arctica - die with your boots on <- sama mcm kes COB, aku kenal sonata arctica drp lagu ni
- therion - children of the damned
- iced earth - transylvania (instrumental)
- opeth - remember tomorrow
- sinergy - the number of the beast
- disbelief - stranger in a strange land <- dlm album ni, aku rasa lagu cover maiden ni yg plng teruk... rosak lagu maiden sbb di'monotone'kan... dahla lagu ni antara lagu maiden febret aku, hampeh!
- tierra santa - flight of icarus <- aku rasa versi cover ni lg best drp versi ori maiden, hehehe
- dark tranquility - 22 acacia avenue
- six feet under - wrathchild <- wlupun lagu ni di'growl'kan, atleast masih sedap didgr xmcm track no. 12 tadi
- darkane - powerslave <- aku dgr versi cover ni dulu sblm aku dgr versi ori maiden, best lagu ni, mmg enjoy
skid row - self titled
yg ni xpyh la aku nak taip pnjg2... kompom febret di kalangan geng2 metal bloggers yg lain terutamanya skid (duh~)... sapa pnh review album ni eh? bak sini aku nak link

ebay purchase info
- purchased from: cdbasement
- location: canada
- condition: like new
- price paid: US$1.75+5.99/2 (RM16.98) menang bid
- ordered: 30/9/2009
- received: 20/10/2009
- label: (p)(c) 1989 atlantic recording corporation <- 1st press ooo...
- made in: usa
- extra info: distributed by wea music of canada
tracklist pun rasanya xpyhla aku list down, semua mesti tau... tp lagu febret aku dlm album ni mcm biasa 18 and life dan youth gone wild (aku rasa versi cover oleh hammerfall lg keras)
_____
p/s: 1989 aku baru darjah 4
(#11) demons & wizards - self tittled (digipak)
oleh Ijau D. Koceng 04 November 2009 pada 7:30 AM 0 comments[entry #11 utk cabaran 1 hari = 1 entry = 1 malaysia abg ben]
bungkusan no. 10 drp 14 bungkusan 9/11 yg lps. bungkusan dari jerman berisi cd demons & wizards dgn tajuk album yg sama (err... bkn album uriah heep eh)
ebay purchase info
- purchased from: stefan schöberlein
- location: germany
- condition: used
- price paid: €1.00+7.00 (RM40.78) menang bid
- ordered: 10/8/2009
- received: 11/9/2009
- label: (c) 1999 demons & wizards (p) 1999 steamhammer, a division of SPV gmbh
- made in: germany
- distributed by: SPV gmbh
ni yg malas klu order cd dari jerman, postage mahal nak mampus... €7.00 = RM35.68 utk postage shj... isk isk isk
kat dpn ada sticker hype "feat. jon schaffer (iced earth) & hansi kursch (blind guardian)". cd diterima dlm keadaan memuaskan, comes in digipak limited edition with bonus track. blh consider still like new, digipak dan inlay dlm keadaan masih baru, cd cuma ada 1-2 calar yg halus
tracklist
- rites of passage
- heaven denies
- poor man's crusade
- fiddler on the green
- blood on my hands
- path of glory
- winter of souls
- the whistler
- tear down the hall
- gallows pole
- my last sunrise
- chant
- white room (bonus track)
since cd ni smpi 9/11 dulu, aku blm lg dgr lagu2 smpi abis. so blm ada lg yg blh dikatakan lagu febret
xbyk cerita pasal album ni, dulu aku ada donlod mp3 tp track 1-4 je. senang cerita la muzik trademark iced earth tp vocal trademark hansi blind guardian... so cuba2 bygkan fusionnya mcm mana?
buka2 je bhgn dlm, tiba2 ripper main biola ni pop-up! best best! 1st time dgr lagu2 demons & wizard ni kat braingell radio... aku mula2 ingtkan lagu drp album baru blind guardian, tp apsal muziknya keras semacam? check2 info rupanya band project jon schaffer (demons) & hansi kursch (wizards). bleh check lbh byk info kat website rasmi demons & wizards atau wikipedia
_____
p/s: aku ada usha2 album 2nd dorg ni touched by the crimson king tp nnti2la tggu koleksi lain complete dulu...
iced earth - something wicked this way come & foo fighters - there is nothing left to lose
oleh Ijau D. Koceng 16 July 2009 pada 8:20 PM 7 komen:smpi2 je kat opis... brader posmen smlm dah tggu aku, tersengih2 mcm biasa aku pun phm2 la item order dari ebay smpi lg. kali ni ada 3 bungkusan, 2 dari us dan 1 dari uk... bungkusan pertama dari us berisi cd iced earth - something wicked this way come dan foo fighters - there is nothing left to lose, bungkusan kedua berisi cd metallica - load dan queensryche - greates hits, manakala bungkusan dari uk pulak berisi dvd games tomb raider underworld
mcm biasa aku bhg2kan entry ikut bungkusan, entry ni utk bungkusan yg berisi cd iced earth dan foo fighters shj. cd2 ni aku menang bid 1 cent cd drp user rivercnk (dia lg...) dgn hrga US$5.50 utk iced earth dan US$3.20 utk foo fighters. utk menjimatkan shipping cost aku pilih option send without jewel case, shipping cost utk kedua2nya US$5.98 so, secara kalkulus iced earth RM30.72 dan foo fighters RM22.39
kronologi - order 3/7/2009 cop usps 3/7/2009 cop pelepasan kastam 13/7/2009, cop pjbt pos bintulu (unknown)
iced earth - something wicked this way come
yg ni mmg aku bid gila2, jrg aku bid 1 cent cd smpi cecah US$5.00 slalu aku brenti klu dah over US$3.50-4.00 akhirnya aku menang jugak cd ni. klu nak beli cd baru mau cecah US$7.00-9.00 antara most-wanted cd dlm list aku, wlupun aku bkn collector album2 iced earth tp bg aku ada 2 album dorg yg mmg best, something wicked this way come dan album live alive in athens (yg ni nnti nak try cari dvd) more info kat website rasmi iced earth atau wiki
aku pilih send without jewel case so cuma dpt cd, work art dan documentation yg lain. (c) magic arts publishing 1998 (p) century media records 1998, made in usa. cd dlm keadaan memuaskan dgn bbrp minor scratches, inlay perfect, ada borang mail order utk album2 century media release. info mengenai album ni kat wiki
tracklist
- burning times
- melancholy (holy martyr)
- disciple of the lie
- watching over me
- stand alone
- consequences
- my own savior
- reaping stone
- 1776 (instrumental)
- blessed are you
- prophecy
- birth of the wicked
- the coming curse
hampir kesemua lagu2 dlm album ni best2, tp lagu febret aku ialah burning times, melancholy, ballad watching over me, instrumental 1776 dan blessed are you . bila dgr lagu2 ni mmg teringat nostalgia waktu keje kat penang dulu, keje smpi lewat mlm siapkan pc baru lps sales gila2 waktu pc fair... sama mcm kes lagu adema (beli atas sbb nostalgic value)
cover art utk album cun, start album the dark saga cover art dorg mmg cun... mcm komik spawn plak rasanya. aku mula2 dgr lagu2 iced earth ni kat braingell radio, lagu melancholy (holy martyr) lps tu try donlod mp3, ekceli aku ada donlod full mp3 utk album ni... mmg best muzik dorg ni, typical american heavy metal. dan bila dah beli cd ori album ni kira dah tebus kesalahan... dgr2 iced earth dan blind guardian ada kolaborasi side project demons & wizards, muzik iced earth vokal hansi kursch dan 2-3 album kot (but that was another story)
foo fighters - there is nothing left to lose
album ketiga foo fighters dan merupakan album foo fighters yg last aku kumpul, slps album ni (start album one by one) aku mcm dah mls dah nak follow dorg... maybe aku dah kurg minat genre2 alternative. by the way, cd yg aku dpt ni versi digipak enhanced cd... wlupun aku pilih option send without jewel case, slalunya klu versi digipak mmg nonesense la hantar mcm tu je kan? so dptla complete set. cd kat dlm perfect scratchless, digipak pun dlm keadaan yg amat memuaskan. utk cd berharga RM22.39 mmg aku puas hati

(c) roswell records inc. manufactured and distributed by bmg distribution, printed in usa. enhanced cd, kat dlm cd ni ada 2-3 candid video, video clip learn to fly, foto2 dan lirik lagu. sapa xkenal foo fighters? sapa xkenal dave grohl? bekas drummer nirvana... dlm cd ni ada candid video dave tgh mabuk jawap soalan - "how do make this album?" dave jawap - "i was in nirvana... i was in the best rock & roll band in the 90's, we change the course of rock music..."
tracklist
- stacked actors
- breakout
- learn to fly
- gimme stitches
- generator
- aurora
- live-in skin
- next year
- headwires
- ain't it the life
- m.i.a.
hmpr kesemua lagu febret sbb semua best2, wlu apapun lagu breakout, learn to fly, generator dan next year merupakan febret aku. tp muzik foo fighters bg aku makin lama makin kurang ganas... klu dgr album pertama dorg mmg byk guna distortions, dlm album ni plak byk melodic, clean, byk unsur2 kontemporari, pop dan mainstream rock. well, dari segi nostalgic value... mmg aku suka album ni. more info at foo fighters official website or wikipedia

ekceli aku ada kaset utk album ni, aku beli somewhere penghujung 1999 kat berjaya video, sg. dua, penang. waktu tu aku 3rd year kat usm tgh dilamun scandal dgn awek student junior hehehe >:) album ni jugak mengingatkan aku time aku dan housemate 6 org ramai2 pi round island naik kancil, mcm tin sardin jdnya... dan zaman gila main game planescape torment
3 album best foo fighters yg aku ada dlm versi kaset. album ke-4 dan seterusnya aku xberminat dah. ketiga2 album ni ada byk nostalgic value dari era yg berbeza2 (but that was another story)
_____
p/s: apa cerita chris novoselic skrg ni?
Odometer AADI
Entri AADI Paling Popular Bulan Ini
-
Hari ini katanya ulang tahun ke-20 album studio ke-14 Iron Maiden A Matter Of Life And Death . Antara album Iron Maiden yang aku ada dua ver...
-
Tarikh dah cantik, tempat pun masih cantik walaupun dah tukar lokasi dari Wisma Melayu ke Waterfront Esplanade. Tapi atas sebab isu jerebu...
-
Lima tahun memang terasa "wasted years" gara-gara penangan pandemik dan fasa pemulihannya (ayat cilok ). Begitu juga dengan album ...
-
Jadi, ada apa dengan headstock Jackson ni? Credits to Dead Eye Guitars . _____ Ada apa: ETA Monday next week...
-
Terkejut membaca berita pagi Sabtu lepas bila isteri beliau (menggunakan akaun Facebook Joey BPR) mengumumkan berita kematian. Padahal mala...
Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?
-IDK-


















