Let-Go: Deluxe


Mengucapkan selamat tinggal kepada Deluxe (LTD EC-1000VB) yang baru sahaja melepasi tempoh dua tahun berada dalam axology aku Januari lepas. Ketika berjaya memiliki Shiro (ESP Eclipse-II), aku memang berhajat untuk melepaskan satu gitar Eclipse/EC, sama ada gitar ini atau Sven (LTD EC-257).

Gambar lama, pikap lama.

Sebenarnya tapi tak lari ke mana pun, ia kini dimiliki oleh Azrul yang telah mengintainya sejak penghujung 2020. Dilepaskan bersama-sama set pikap pasif EMG ALX/H1N yang baru sahaja dipasang bulan Februari lepas. Aku pasti Azrul akan dapat "menjinakkan" pikap ini dengan gaya permainannya.

Ini antara gitar yang ampuh dalam axology aku (LTD 1000-series beb), lebih-lebih lagi dengan set ALX/H1N tadi. Tapi ia dilepaskan jua bagi mengurangkan model Eclipse dalam axology, serta memberi laluan kepada model lain untuk masuk dalam slot axology (eh?).

Pernah beberapa kali dibawa jamming dan beraksi sekali semasa gig Santai Muzikal penghujung 2020. Belum ada nilai-nilai nostalgik setakat ini dan aku tidak keberatan untuk melepaskannya, lebih-lebih lagi kepada rakan seperjuangan.

Juga diborong bersama-sama gigbag Gator GB-4G-ELECX2 sebagai pelepasan sampingan. Senang untuknya membawa dua gitar sekaligus ke lokasi jamming atau gig, tubuh masih muda pastinya tidak terasa menggalas dua buah gitar dalam gigbag berbanding kami yang telah masuk alam 4-series.

Seperti ex-Mirage (LTD M-103FM) yang juga berpindah milik kepada Azrul tiga tahun lepas, gitar ini pastinya akan pergi jauh bersama-sama Larrong, Erectus atau Tahi Suci berbanding terperap dalam almari aku.

_____
AADI: Cerianya hari raya.

Perampas Dana: Redak Seribu Raya


Entahlah, mungkin sebab perbezaan suhu dan tekanan pada ketika itu atau mungkin sebab milage-nya betul-betul 50000 km beberapa minit sebelum kejadian, cermin belakang Silvia aku *redak seribu secara tiba-tiba...

Terbang jugalah bonus raya, itupun terpaksa menunggu dalam beberapa minggu sebelum alat ganti ori Perodua sampai. Nasib baiklah raya tahun ini kami balik kampung guna jalan udara... Rehatlah dulu Silvia, si Imago meneruskan tugas.

_____
AADI: *Merujuk lagu Redak Seribu Masterpiece...

Ada Apa Dengan Lactel Bliss? (Part 2)


Lactel Bliss meneruskan tradisi edisi terhad minuman yogurt pada musim perayaan seperti era Nestle. Dengan perisa kegemaranku kurma gula melaka.

Mungkin ini merupakan edisi terhad untuk Ramadhan 2022, dengan grafik yang lebih ceria dan moden berbanding grafik versi tahun lepas yang agak retro 80-an.

_____
AADI: Bila nak buat perisa cendol?

Wordless Wednesday: Linut Segera



_____
AADI: Di rumah sentiasa ada stok linut original, Mrs. pandai sediakan.

Lokan Vs Dalus


Dulu waktu kecil ini antara kegemaran aku...

Bila dah dewasa, berpuluh tahun tak makan, tak lepas tekak la pula... In the end, Mrs. Ijau yang tapau semua.

_____
AADI: Apa namanya di tempat anda?

Antara Swee Lee Dan Behringer (Part 2)


Pedal-pedal ini antara yang selalu kehabisan stok dalam katalog Swee Lee Malaysia. Bila stoknya kembali, dengan pantas terus masuk dalam bakul. Set tali gitar PRS Classic (9-42) sebagai pembelian sampingan.

1) BDI21 V-Tone Bass Driver DI - pernah memilikinya 12 tahun lepas, tak perlulah aku ceritakan lagi. Tapi apa yang menarik, kali ini harga runcitnya hampir separuh berbanding 12 tahun lepas. Pedal ini amat berguna untuk jamming dalaman yang masih tidak memiliki amp bass.

2) TO800 Vintage Tube Overdrive - daripada nama dan warnanya kita sudah tahu ia merupakan klon Ibanez Tubescreamer. Antara pedal paling murah dalam katalog Behringer. Karekter overdrivenya sedikit berbeza berbanding MojoMojo, akan menjadi overdrive untuk amp HT-5RH di rumah.

Secara amnya, pedal-pedal Behringer sebenarnya bagus, daripada ulasan di YouTube karekter bunyinya 95-99% hampir menyerupai pedal yang diklon. Hanya fizikalnya sahaja yang dibuat daripada plastik mengompromikan ketahanannya. Tapi dengan harga tak sampai tiga digit per pedal, siapalah kita untuk mengeluh?

_____
AADI: Menunggu stok GDI21 pula.

Wordless Wednesday: IDK Converse Satchel



_____
AADI: 20+ tahun masih berkhidmat.

Ada Apa Dengan O'Cha Jasmine Green Tea?


Terjumpa minuman teh hijau melati berjenama O'Cha dalam mesin vending lot parkir pusat membeli belah S. Berharga RM2.00+ untuk setin berisipadu 300 ml.

Buatan Singapura oleh JJ Drinks Manufacturing Pte. Ltd. Diimport oleh JJ Drinks Marketing Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Rasanya sama seperti teh hijau melati yang lain, cukup kelat, cukup manis dan cukup harum bunga melati. Namun selepas ini ia bukanlah pilihan utama jika ada teh hijau melati jenama Pokka, Heaven And Earth atau Drinho.

_____
AADI: Apa maksud O'Cha?

Wordless Wednesday: #SayItWithOREO



_____
AADI: Nasib baik rasa masih sedap, tak macam versi merah atau oren.

Ada Apa Dengan Lipton Milk Tea?


Versi rendah lemak (dan mungkin kurang manis) teh tarik Lipton dalam entri semalam, teh susu berperisa gula perang. Juga diperolehi di pasar raya SK dengan harga RM2.35 untuk setin berisipadu 250 ml.

Bagi aku best lagi yang Lipton semalam, kerana versi ini kurang rasa lemak. Bila kurang rasa lemak, tiada rasa sampingan untuk "menutup" rasa sintetik teh susu paket/botol/tin.

Tapi kalau nak lebih kimochi, teh c special jenama Leaves atau Three Tea lagi berbaloi.

_____
AADI: Kalaulah ada Lipton versi teh O tanpa rasa buah.

Ada Apa Dengan Lipton Teh Tarik?


Lipton pun kini sudah ada variasi teh tarik tin mungkin untuk menyaingi teh tarik ori F&N. Diperolehi di pasar raya SK dengan harga RM2.35 untuk setin berisipadu 250 ml.

Seperti biasa rasa teh susu memang susah untuk di-paket/botol/tin-kan berbanding kopi susu, pasti akan ada rasa agak sintetik sama seperti teh tarik bancuh 3-in-1. Minuman ini tidak terkecuali daripada memiliki rasa tersebut. Jika dapat bertoleransi dengan rasa sintetik tadi, teh tarik Lipton ini cukup manis, cukup lemak, amat sesuai dinikmati sejuk.

_____
AADI: Juga ada versi kurang lemak, untuk entri esok.

Penjaga Pintu Pagar


Mengambil peluang penurunan mendadak harga pedal-pedal stompbox TC Electronic untuk mendapatkan satu lagi pedal TC Electronic idaman suatu ketika dahulu - Sentry Noise Gate.

Dan sekali lagi AV Electronics Marketing (AVEM) dipilih kerana lebih murah berbanding harga runcit semasa, tetapi kali ini melalui platform Shopee mereka. Ironinya pedal ini dipesan terdahulu daripada pedal Polytune 3. Tapi disebabkan Shopee menggunakan khidmat J&T Express, faham-faham sajalah.

Didatangkan sekali dengan kabel USB mini.

Ada tiga fungsi GATE, TONEPRINT dan HISS. GATE fungsi seperti noise gate biasa, TONEPRINT untuk Toneprint yang dimuat turun ke dalam pedal menggunakan app (aku guna Noise Fucker Gary Holt), manakala HISS adalah noise gate multiband, biarlah Tore Mogensen di bawah yang jelaskan.

Katanya pedal ini antara pedal noise gate yang canggih berbanding saingannya. Fungsi GATE-ing pedal ini paling cemerlang setakat ini. Pada kedudukan DECAY paling mininum, pedal ini lebih cepat menutup litar berbanding Behringer NR300 dan EHX Silencer.

Juga memiliki dua suis kecil seperti Polytune 3, suis-1 pada kedudukan OFF adalah mode buffered bypass, manakala kedudukan ON mode true bypass yang cepat menghabiskan bateri mengikut pengalaman aku beberapa hari menggunakannya. Aku tak pasti adakah ia memang ciri semua pedal Sentry atau hanya kecacatan pada unit ini sahaja. Suis-2 tiada fungsi.

Fungsi utamanya adalah digandingkan dengan Tech 21 Fly Rig PL1 untuk kegunaan semasa jamming atau gig. Channel Feuer pada PL1 ini menghasilkan noise yang tinggi bergantung kepada nilai DRIVE, punca elektrik dan venue.

Meletakkan overdrive seperti MojoMojo dalam effects loop (SENT/RETURN) Sentry ini lebih optimum, noise yang dihasilkan jauh lebih sedikit berbanding dalam susunan selari. Selain itu fungsi begini juga mudah diasimilasikan bersama-sama rig yang menggunakan kaedah empat kabel (4CM).

_____
AADI: Mencari pedal Röttweiler (discontinued).

Ada Apa Dengan Three Tea Rose Milk?


*Entri air minuman kembali, hahaha... Sekali imbas aku ingatkan ini teh C special berperisa bandung kerana jenama Three Tea ini memang terkenal dengan produk berasaskan "C special" contohnya perisa pandan kelapa, karamel dan variasi kopi.

Rupa-rupanya ia hanyalah air bandung (rose milk) tapi dengan rasa yang lebih lemak dan harum aromanya berbanding bandung Good Mood. Mula-mula diperkenalkan harganya sekitar RM3.40-3.80 setin 240 ml, agak tidak berbaloi jika dicongak isipadu per harga. Tapi kini ia dijual sekitar RM2.80 di pasar raya D.

_____
AADI: *Cadangan untuk juadah sungkai/sungkei/iftar anda.

Wordless Wednesday: Unreviewed Albums?





_____
AADI: Priest/Foo, buka ripped mp3, simpan. Iced Earth/May, serius masih sealed.

T-Shirt Autisme Awareness (Part 5)


Tiap kali ada design baru t-shirt autism awareness, pasti Mrs. Ijau akan uruskan pembeliannya daripada kompeni/persatuan yang sama seperti t-shirt tahun lepas, 2020, 2019 dan 2018. Seperti biasa, ada saiz gergasi 4XL untuk aku.

Depan.

Kalau tak silap pembeliannya bulan Februari sebelum aku dan anak-anak kena C19, cuma waktu itu tak sempat nak gambar. Design kali ini tidaklah se"anime" dan warna-warni seperti tahun lepas, tapi masih mengekalkan hero utamanya dengan tema *berbasikal "we never give up!". Paling best fabrik t-shirt kali ini agak tebal berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Belakang.

Kebetulan Sabtu lepas (02/04/2022) merupakan Hari Kesedaran Autisme Sedunia dan April merupakan Bulan Kesedaran Autisme. Ijau Jr. pun sudah masuk sekolah tahun 1 beberapa minggu lepas, bakal menyambut hari jadi yang ketujuh penghujung April nanti...

Sik berasa~

_____
AADI: *Masih belum pandai berbasikal roda dua.

Ramadhan Endemik


Ramadhan datang lagi, ahlan wasahlan...

Setelah dua tahun mengharungi Ramadhan dalam keadaan PKP dan PKPx, tahun ini keadaan sedikit sebanyak menghampiri Ramadhan normal dalam fasa endemik. Paling ketara bazaar Ramadhan dan solat tarawih di masjid sudah mula mengembalikan suasana Ramadhan itu sendiri.

Tiada lagi peluang masa untuk berjaga sampai sahur, kena jaga masa rehat dan tidur lebih-lebih lagi kesihatan belum pulih sepenuhnya pasca-C19. Anak-anak pun sudah mula bersekolah, selepas sahur dan subuh, hari yang panjang bermula dengan menguruskan anak-anak (terutama si autis Ijau Jr.) bersiap-sedia untuk ke sekolah dan menghantar mereka seawal 6.40 pagi.

Sekadar hiasan.

Apa-apapun AADI mengambil kesempatan untuk mengucapkan salam Ramadhan 1443H, selamat menjalani ibadah puasa kepada rakan-rakan bloggers dan pembaca senyap yang beragama Islam. Semoga ada sinar harapan untuk balik beraya di Membakut tahun ini, amin.

_____
AADI: Entri minuman menyusul, hehehe...

Duncanised Nuing's RG370AHMZ


Setelah berpuas hati dengan prestasi kombo progressive metal Seymour Duncan (Sentient/Pegasus) yang dipasang pada gitar utamanya RG331M (Agent Orange), Nuing mengambil keputusan juga memilih lagi set Seymour Duncan untuk dipasang pada gitarnya yang satu lagi RG370AHMZ.

Pernah dibawa jamming dalam entri ini tapi belum pernah lagi dibawa gig atas alasan belum berani yakin menggunakan gitar dengan sistem floating bridge. Lagipun gitar ini ditala E-standard tatkala muzik MUP menggunakan Eb-standard.

Dihantar dalam keadaan sedikit kotor, bersawang dan berhabuk, paling ketara bahagian fretboard maple yang beresidu jari. Pada mereka yang selalu ikuti AADI pastinya tahu aku memang pantang tengok gitar kotor begini, pasti akan dicuci, hahaha...

Pertama kali mencuba dan menservis sistem floating bridge Ibanez Edge-Zero II with Zero Point System (ZPS3Fe). Mekanikalnya tak jauh beza dengan Ibanez Edge III yang pernah ada pada ex-Replacement (RG350M) sedekad lalu, tapi dengan ZPS di belakang sistem ini terasa lebih moden dan canggih. Sayangnya perkakas The Key aku tidak dapat digunakan untuk mengintonasi bridge ini.

Berbanding gitar jenama lain yang memiliki Floyd Rose Special (atau by Floyd Rose) pada julat harga yang sama, Ibanez dengan sistem Edge-Zero II + ZPS lebih berbaloi. Aku sehingga kini masih terGAS model RG350DXZ tapi masih belum berani menarik picu...

Menggunakan suis 5-arah Ibanez 3SWLSP5 yang memiliki terminal pada PCB yang senang untuk dipateri berbanding suis 5-arah standard. Setiap terminalnya juga memiliki label-label yang boleh mengurangkan kesilapan.

Standard kualiti gitar-gitar Ibanez buatan Indonesia, kaviti pikap pun kemas dicat dengan cat konduktif dan dibumikan terus (ground/earth).

Seymour Duncan yang dipilih kali ini ialah set Black Winter diperolehi daripada Music Bliss. Cuma, pikap bridge set ini hanya didatangkan dalam saiz humbucker (SH) dan bukannya trembucker (TB) yang lebih sesuai untuk gitar bertremolo.

JB kontot aku sebagai rujukan saiz trembucker dengan spacing kekutub lebih lebar (~52 mm) berbanding saiz humbucker (~50 mm) membuatkannya tidak sejajar dengan tali gitar pada kedudukan pikap bridge. Tapi tak mengapa, setakat ini tiada kecacatan sonik dikesan hanya penampilan sahaja yang agak kekok.

Dengan suis 5-arah 3SWLSP5 tadi, proses memateri tak sampai pun 10 minit. Lebih banyak masa diluangkan mengemas wayar-wayar di dalam kaviti.

Apa yang aku perasan, Black Winter ini karekternya lebih sizzle berbanding DiMarzio Tone Zone (sebagai rujukan) pada overdrive channel Blackstar HT-5RH aku. Selebihnya, seperti biasa temberang saja kalau bab tona, hahaha...

_____
AADI: Selamat menyambut bulan Ramadhan 1443H.

Politala Putih


Tatkala harga pedal-pedal Boss melonjak naik, pedal-pedal TC Electronic pula turun harga. Masa untuk mendapatkan pedal tuner polifonik generasi ketiga TC Electronic - Polytune 3. Diperolehi daripada AV Electronics Marketing (AVEM) satu daripada pengedar rasmi produk Music Tribe yang menjualnya jauh lebih murah berbanding pengedar lain.

Pernah memiliki versi Mini Noir awal tahun lepas, tetapi dilepaskan pada bulan Disember. Dalam entrinya aku ada kata:

"Jika suatu hari nanti aku perlukan kembali sebuah tuner polifonik dalam bentuk pedal, mungkin akan mendapatkan Polytune 3 bersaiz penuh dan bukannya versi mini lagi."

Bersaiz standard pedal TC Electronic lain (MojoMojo) bisa menampung bateri 9V, mudah dibawa ke sana-sini tanpa perlu memikirkan adapter seperti versi Mini. Paparannya pun lebih besar, amat berguna untuk penglihatan aku yang mulai merosot semenjak krisis pertengahan hidup ini.

Fungsi lain masih sama seperti versi Mini (strum, standard, drop tuning, capo), termasuklah dua suis kecil untuk memilih mode buffered/bypass dan standard/always on yang terletak di sebelah dalam pedal. Port 9V-out untuk menguasakan pedal-pedal lain dalam daisy-chain (sama seperti Korg Pitchblack dan Boss TU-3). Juga memiliki port mini USB untuk fungsi firmware updates.

Pedal ini akan lebih digunakan untuk proses talaan dan intonasi gitar/bass berbanding kegunaan jamming atau gig. Jika untuk jamming atau gig pula, dengan tambahan litar buffer Bonafide yang diintegrasikan dalam pedal ini, menggunakan kabel yang panjang bukan lagi satu punca tona tersedut.

_____
AADI: *Ada satu lagi menyusul...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (3) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (350) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (74) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (30) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (19) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (31) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (64) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (280) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (171) erectus (17) ernie ball (42) es-335 (2) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (91) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (49) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (129) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (23) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (44) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (52) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (310) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (99) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (19) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (72) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (611) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (48) memori (433) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (27) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (86) new album (30) new gear (242) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (356) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (204) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (29) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (20) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (113) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (52) shopee (40) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (16) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (16) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (463) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger