Wordless Wednesday: Kit Kat Mini Mix





_____
AADI: Tin yang comel bakal jadi tempat simpanan pick.

Slayer - Repentless


Serius, aku tak pernah ada apa-apa material fizikal Slayer, yang ada selama ini hanyalah dalam format mp3. Tergerak hati untuk mendapatkan album studio ke-12 dan terakhir(?) mereka Repentless bersempena promosi 2CD @ RM60 Inverno Music Station bersama-sama Silence In The Snow, Immortalized dan A Sense Of Purpose.


Slayer yang sememangnya terkenal dengan cover art yang kontroversi, tidak kurang juga dengan cover art album ini. Aku tiada masalah menghadam muzik Slayer ni, muzik thrash/heavy metal dengan solo bersilih ganti merupakan makanan harian. Cuma secara lirik dan tema album-album mereka membuatkan aku tidak mengikuti Slayer.


Setiap lagu terasa bahang kemarahan pada vokal Pak Araya, walaupun kasar tapi masih boleh difahami apa yang disebut. Solo-solo kurang menyengat, tapi riff-riff padu otomatik akan membuatkan anda headbanging.

_____
AADI: Selebihnya boleh singgah blog Rafi Xyrus.

Sarawak Rock & Mob: Rehearsal Warung Deli


Sabtu (24/02/2018) - Sessi rehearsal ketiga dibuat secara kecil-kecilan bertempat di Warung Deli. Sessi bermula lewat, agak kelam kabut dan kurang teratur mungkin disebabkan hujan lebat pada d-hour iaitu 2.00 petang. Komuniti Kampung Jepak telah mengadakan sessi yang sama pada minggu lepas, tahniah.


Aku pada mulanya bersedia untuk membawa Calypso, GT-1 dan IRT-X. Tetapi rasa tak sedap hati dan berubah fikiran pada minit-minit terakhir, sebaliknya hanya membawa Mirage dan Vypyr 30 + Sanpera I.

Sessi kali ini pada pendapat aku agak kurang menarik, akupun macam malas nak tangkap gambar. Entah, mungkin faktor cuaca agaknya, atau ramai rakan yang tidak dapat hadir, atau mungkin sessi sebelumnya di Paragon lebih mengujakan. Dan dengar khabar (angin), minggu depan mungkin akan ada sessi rehearsal di Paragon lagi.

_____
AADI: Tambahan Pawana pula?

Boss GT-1: On-The-Go Gig Rig


Selepas kes Pod HD300 yang kaput bulan lepas aku mula cuak untuk memiliki multi-fx utama jenis besar gedabak. Sebagai pengganti, aku memilih Boss GT-1 yang bersaiz sederhana untuk menjadi gig rig on-the-go aku. Digitech RP360 yang ada akan diasimilasikan bersama-sama Laney IRT-Pulse dan stompbox Boss sebagai big rig.


Diperolehi daripada Gapnap, berbekalkan dana-dana hasil GLTL Johnny beberapa minggu lepas. Perolehannya begitu lancar sekali, cuma lambat sampai disebabkan perkhidmatan penghantaran yang sudah tidak laju, sepatutnya sampai sebelum cuti CNY lagi.


Semasa dirilis tahun lepas, aku agak tertarik dengan dimensi dan saiznya yang sebesar Pedaltrain-Nano dengan layout yang agak kemas.

Pakej asal tidak disertakan dengan adapter (dijual berasingan), tapi bersempena promosi tertentu, adapter PSA compatible ini disertakan. Aku dah ada adapter Boss PSA-230 yang original, Zoom AD-16E pun aku rasa jenis PSA compatible.


Juga boleh dikuasakan menggunakan empat biji bateri AA yang disertakan sekali (GP Alkaline, bukan Panasonic di bawah). Dalam manual, untuk bateri jenis alkali boleh bertahan sehingga tujuh jam penggunaan. Mungkin aku akan cuba guna bateri rechargeable untuk sessi jamming akan datang, berapa lama ia mampu bertahan dengan penggunaan berterusan?


Panel I/O yang ringkas, AUX IN (auxiliary input), PHONES (out), output stereo. Tidak memiliki DI output, tetapi jenis output boleh dipilih bersesuaian dengan backline yang digunakan, sama ada amp (JC-120, small amp, combo, stack), effects return atau line (mixer, recording, PA system).


CTL2,3/EXP2 boleh digunakan bersama-sama foot switch Boss FS-6/7 untuk mengawal parameter tambahan. Juga boleh digunakan untuk expression pedal jenama lain contohnya Zoom FS-2. Juga memiliki USB port untuk disambungkan dengan PC atau laptop untuk kegunaan update firmware, aplikasi Boss Tone Studio atau recording DAW.


Walaupun amp modelling yang ada tidak sebanyak yang ada pada RP360, tapi sudah cukup untuk muzik yang aku mainkan. Yang penting ada modelling AC30, 1959 Plexi, 5150, R-fier dan acoustic simulation, selebihnya nasi tambah. Juga memiliki bunyi-bunyian beberapa pedal stompbox Boss terkenal.



Patches yang ada tidak kurang menarik, tapi kalau tak puas hati juga boleh pilih dan download beberapa patches liveset daripada selebriti terkenal seperti Steve Lukather, Alex Hutchings, Gus G, Marty Friedman, Jack Thammarat, Herman Li, dll.

Bab-bab teknikal, looper dan DAW mungkin aku boleh buat dalam entri lain (kalau rajin). Dengan adanya GT-1 ini, maka GAS untuk memiliki MT-2 terlebur secara otomatik.

_____
AADI: Serius, boleh muat dalam beg Pedaltrain-Nano.

T-Shirt Autism Awareness


Berpakat sekeluarga membeli t-shirt ini, aku tak pasti kompeni/persatuan mana yang buat, sebab Mrs. Ijau yang uruskan, dan nasib baik juga ada saiz gergasi 4XL.


Oh ya, aku jarang bercerita pasal keluarga dalam AADI. Anak kedua aku, Ijau Jr. (bakal berumur tiga tahun) setelah didiagnosis oleh doktor pakar, memiliki ciri-ciri autism spectrum disorder (ASD) dan kini menjalani terapi sebulan sekali. Pembelian t-shirt ini sedikit sebanyak sebagai tanda sokongan kepada apa-apa komuniti kesedaran autism di Malaysia, secara amnya.


Menjadi ibu bapa kepada anak autism memang mencabar, seperti slogan t-shirt di atas "tuhan menduga kita". Cabaran besar untuk aku ialah sabar, aku sememangnya seorang yang baran, tuhan menduga aku supaya menjadi seorang yang lebih penyabar, insya-Allah...

_____
AADI: Gantian t-shirt tengkorak.

Wordless Wednesday: Perampas Dana (Part 13)




_____
AADI: ~Harga seketul MT-2.

Trivium - Silence In The Snow


Dah lama aku teringin memiliki CD album studio ketujuh Trivium ini, Silence In The Snow merupakan album rilisan tahun 2015, tahun yang mana banyak rilisan hebat oleh band yang aku follow, antaranya; The Book Of Souls, Beyond The Red Mirror, Endless Form Most Beautiful, Haven dan I Worship Chaos (to name a few). Diperolehi daripada Inverno Music Station bersama-sama tiga tajuk lain.


Boleh aku kategorikan sebagai super album kerana hampir semua lagu-lagu dalam album ini memiliki memorable tunes tersendiri baik dari segi intro, chorus atau solo. Sebelum memiliki versi fizikal, aku sudahpun menyedut versi MP3 tahun lepas, dan merupakan album Trivium paling kerap aku dengar setakat ini.


Versi yang aku miliki ini merupakan deluxe edition yang memiliki dua lagu bonus - Cease All Your Fire dan The Darkness Of My Mind. Dan disebabkan Azrol juga merupakan peminat tegar Trivium, mungkin kami akan cuba cover beberapa lagu dalam album ini (yang senang-senang lah). Setakat ini hanya pernah cover lagu Strife sahaja.



Sejak Vengeance Falls, aku mula tertarik dengan hala tuju muzik terkini Trivium yang lebih "matang", kurang teriak (langsung tiada dalam album ini), lebih melodik dan komersil. Faktor yang (mungkin) membuatkan sesetengah yang peminat lama berpaling. Tapi keunikan album ini berjaya membawanya sehingga nombor #3 dalam carta rock/hard rock Billboard.

Lepas ni cuba untuk mendapatkan CD Vengeance Falls dahulu sebelum The Sin And The Sentence.

_____
AADI: Baru balik cuti CNY, agak kurang sihat, tapi blog-on!

Throwback Thursday: 15 February 2011


15/2/2011 - Antara tarikh bersejarah dalam AADI yang tiap-tiap tahun akan ada entri throwback.


Masih adakah peluang untuk mereka singgah di rantau Asia Tenggara lagi sebelum mereka bersara? Banyak band yang dah "senja" telah mengumumkan untuk berhenti daripada tour dan/atau bersara terus daripada berkarya.

_____
AADI: Angkat besi!

Wordless Wednesday: Kit Kat Pink




_____
AADI: Perisa strawberi.

Hari Radio Sedunia


Tidak seperti Hari TV Sedunia yang sudahpun diwartakan sejak 1996, Hari Radio Sedunia (World Radio Day) pula baru sahaja diwartakan sekitar 2011, maknanya hari ini 13hb Februari merupakan tahun yang ketujuh.

Gambar hiasan.
Dan tidak seperti TV, mendengar radio merupakan rutin harian aku. Daripada radio-jam kecil Sony sebagai peneman waktu tidur yang biasanya memainkan siaran Nasional FM atau Radio Klasik, dalam kereta sepanjang perjalanan hantar anak ke sekolah dan pergi kerja, saluran TRAXXfm merupakan pilihan. Dan di pejabat pula, selain TRAXXfm FM, aku juga memilih REDfm (Sarawak) untuk siaran bahasa Inggeris 10.00 pagi hingga 4.00 petang.

Sebelum ada yang bertanya, radio swasta lain (Media Prima dan Astro) yang dipancarkan secara FM tiada di Bintulu.

Generasi Walkman, dengar radio.
Kalau cerita pasal radio internet, sembilan tahun lepas aku pernah buat entri mengenai Braingell Radio, stesen radio internet yang banyak mendedahkan aku kepada beberapa muzik band rock/metal baru dan lama seperti Dokken, Ozzy, Dio, Accept, Ratt, WASP, *Megadeth, *Slayer, RATM, Iced Earth, Disturbed, Fozzy, SOAD dan In Flames (to name a few).


Secanggih manapun dunia sekarang, low-tech radio masih lagi relevan, kan? Kalau tengok filem-filem bergenre post-apocalypse, bila semua kaedah komunikasi lain lumpuh, good ol' FM/AM airwave merupakan opsyen yang tidak akan mengecewakan. Oh ya, info pasal Hari Radio Sedunia ni pun aku tahu sebab dengar radio, hehehe...

_____
AADI: *Ya, kalau aku tak dengar Braingell Radio, aku tak kenal muzik lama mereka.

DragonForce - Maximum Overload (Deluxe Edition)


Setelah berjaya menghadam muzik DragonForce melalui album In The Live Of Fire... Larger Than Live dan Inhuman Rampage, maka minat untuk mencari rilisan mereka mula diaktifkan. Album studio keenam Maximum Overload ini merupakan pancingan daripada Inverno Music Station pertengahan Januari bersama-sama album Plagues Of Babylon dengan promosi 2CD @ RM60.


Ini merupakan versi deluxe edition, dengan tambahan enam buah lagu bonus dan DVD yang mengandungi dokumentari A New Found Force dan persembahan live lagu Cry Thunder. Tapi aku masih tak suka pakej digipak.

Tiga lagu bersama artis undangan Matt Heafy (Trivium) sebagai backing vocals The Game, No More dan Defenders, dengan vokal teriak dan garau ala era Vengeance Falls.


Tiga lagu Tomorrow's King, Three Hammers, Symphony Of The Night agak familiar kerana telah dilayan sebelum ini menerusi album ITLOF:LTL. Juga terdapat sebuah lagu cover Johnny Cash iaitu Ring Of Fire yang di-DragonForce-kan.


Sebenarnya muzik DragonForce ni mudah dihadam jika anda lali dengan blastbeat drum yang beratus-ratus bpm. Jika faktor blastbeat tadi dibuang dan digantikan dengan beat biasa, muziknya sama seperti generic power metal lain... Tapi itulah trademark DragonForce selain solo-solo gitar (dan keyboard) yang gila-gila, memberikan definasi baru kepada genre speed metal.

_____
AADI: Tidak sesuai didengar semasa memandu, kah kah kah...

Let-Go: Johnny


Mengucapkan selamat tinggal kepada Johnny (modded Squier J5 Telecaster) yang telah berpindah milik kepada seorang rakan sekerja (staff baru) yang juga merupakan seorang *penghobi gitar elektrik, setelah teracun dan berkenan dengan feel Telecaster ini.


Gitar ini berada dalam axology aku tak sampai setahun (9+ bulan), belum memiliki nilai-nilai nostalgik, not yet attached, jadi aku tidak terasa keberatan untuk melepaskannya. Yang penting balik modal dan berjaya mengurangkan satu slot gitar dalam axology.

Adakah ia laluan untuk gitar lain? Entahlah, buat masa ni belum terGAS untuk gitar baru. Mungkin akan di-GLTL-kan untuk benda lain.

_____
AADI: Penghobi = hobbyist?

Inverno Fishing (Part 5)


Dua tiga hari ni tak ada idea, tapi terpancing beberapa CD daripada Inverno Music Station secara atas talian beberapa hari lepas. Sekurang-kurangnya ada idea untuk dibuatkan entri AADI hari ni.


Pancingan utama ialah album Silence In The Snow dan selebihnya merupakan pembelian sampingan. Dan kebetulan ini sebahagian daripada promosi seleksi premium 2CD RM60, selebihnya masih lagi 2CD RM50 seperti sebelum ini.

Seperti biasa, akan dibuat entri berasingan untuk setiap album.

_____
AADI: Lepas ni nak borong album Bon Jovi.

Wordless Wednesday: Bulid & Play




_____
AADI: Filler.

Sarawak Rock & Mob: Bintulu Chapter Rehearsal


Sabtu (03/02/2018) - Sessi rehearsal kedua diadakan di Bintulu Paragon. Kali ini bukan sahaja disertai oleh pemuzik Bintulu, tapi juga khabarnya ada yang datang dari Miri, Sibu dan Kuching, dengan kekuatan lebih kurang 40 orang kesemuanya termasuk vokalis. Hari kejadian kelak dijadualkan pada 31/03/2018 di lokasi yang sama, dan ingin memecahkan rekod penyertaan 150 orang.


Akupun TERmelibatkan diri sebagai seorang daripada 6-7 bassist untuk sessi kali ini. Datang sedikit lambat kerana urusan keluarga, waktu tiba di tempat kejadian konduktor sedang memberi taklimat sebelum memulakan sessi.


Sempat juga deploy tak sampai lima minit kerana aku membawa gigrig seringkas mungkin; Tommy, MS-60B dan IRT-X. MS-60B sebagai tuner, compressor dan amp modelling, manakala IRT-X sebagai power amp. Dengan kuasa 200 Watts, IRT-X masih mampu menandingi amp besar bassist sebelah, muahaha...

Bob Kandar, dengan drumset "pinjam", hehehe...
Perancangan awal lokasinya adalah di kawasan dataran lapang depan Paragon, tapi disebabkan cuaca tidak mengizinkan (hujan) maka lokasi dianjak masuk ke kawasan berbumbung depan KFC, lokasi yang sama kami busking listrik bulan Ogos tahun lepas.

Rehat #1
Dengan tambahan dua buah lagu berbanding sessi sebelumnya iaitu It's My Life (lagu anthem rock mob?) dan Smells Like Teen Shit Spirit menjadikan setlist lima buah lagu bersama-sama Biar Bekikis Bulu Betis, Meniti Titian Usang dan Derap Komando.

Pendapat aku kedua-dua lagu tambahan ini lebih sesuai untuk rock mob kerana semua orang tahu (tak tahu, tak rock lah), rancak, senang dan seronok dimainkan beramai-ramai.

Rehat #2
Juga sempat diajar oleh seorang bassist otai sedikit sebanyak fill bassline untuk lagu Bekikis dan It's My Life. Dia perasan aku main single note, rata dan tak ada bunga-bunga. Terima kasih, akupun sebenarnya tak pernah main kesemua lagu-lagu tersebut sebelum ini (kecuali Teen Spirit).

LaQonan semata-mata.
Post mortem sessi kali ini berdasarkan pemerhatian aku:
  1. Susunan pemain bercelaru, begitu juga susunan speaker PA system, membuatkan bunyi-bunyian tidak seragam dan tidak didengar sekata oleh semua pemain.
  2. Setting pemain-pemain gitar utama masih lagi scooped ketika solo, sebab itu walaupun dengan bantuan PA system, masuk dalam mix, volume sekuat mana pun tetap akan tenggelam.
  3. Lagu Meniti Titian Usang dan Derap Komando ada bab vokal tinggi, bukan semua vokalis boleh tarik.
  4. Masih ada yang tidak biasa main live, full gain pada effect + full gain pada amp = chaos. Dan gagal memanfaatkan tombol volume pada gitar semasa perantaraan lagu. Mungkin boleh diterima/dimaafkan berbanding poin 2) tadi.
  5. Masa rehat "take 5" yang agak lama, membuang masa, kerana masa yang diberikan oleh pihak Paragon agak terhad 2.00 hingga 5.00 petang sahaja.
  6. Paling sedih, masih ada yang berperangai batu bintang, seperti tidak mendengar (atau tidak mahu mendengar) arahan konduktor.
  7. Merokok (dan vape) di tempat awam seperti juara.
  8. Semua lelaki?
Tak banyak gambar-gambar menarik yang sempat aku snap, maklumlah akupun terlibat. Tapi aku perasan ada ramai juru kamera amatur semasa kejadian. Gambar-gambar rasmi boleh singgah di Facebook Sarawak RocknMob.


Juga ada beberapa video live (ketika itu) yang disiarkan oleh Facebook Bintulu Info:






Untuk sessi rehearsal akan datang (jika ada) aku akan kembali main gitar. Seganlah main bass, main bass ni kena perfect, salah note orang akan perasan, hehehe... Bak kata Korawk, play safe.

_____
AADI: Walaupun masih ber"teen spirit" tapi fizikal tidak mengizinkan.

Antara Fly 3 Union Jack Dan Reco


Perolehan terakhir(?) untuk jualan akhir tahun (YES) 2017. Seperti tahun-tahun lepas, Pusat Muzik Reco boleh tolong simpankan (hold) barang kecil-kecilan YES untuk ditunda pembeliannya ke bulan Januari selagi ada stok, sama seperti kes Pitchblack Mini.


Bungkusan yang diterima Sabtu minggu lepas berisi Blackstar Fly 3. Amp kecil (jenis desktop) untuk gitar yang hype dalam dunia kegitaran tahun 2016. Ini merupakan edisi istimewa dengan imej bendera Union Jack sebagai hiasan permukaan grill amp.


Tidak seperti amp kecil lain, contohnya Micro Crush yang lebih untuk perhiasan dan koleksi, Fly 3 ini agak praktikal. Fungsi dan bunyinya setaraf dengan amp praktis lain berkuasa 10 Watt, walaupun kalah dari segi saiz dan kuasa (hanya 3 Watt).


Ada dua channel, clean dan OD (overdrive) yang boleh dilaras secukup rasa dengan tombol GAIN. Juga ada fungsi DELAY, fungsi bonus yang jarang ada pada amp praktis kecil lain. Distortion channel tidaklah terlalu pedas, bolehlah memainkan classic rock dan early heavy metal. Tapi, bila ditambah dengan SD-1 di hadapannya, ia cerita lain...


Memerlukan enam biji bateri bersaiz AA (disertakan) untuk fungsi mudah-alih seperti busking. Juga boleh menggunakan adapter 6.5 Volt yang dijual berasingan. Kan lebih bagus kalau ia dicipta serasi dengan voltan adapter pedal (9 Volt, centre negative) yang lebih mudah diperolehi.

Dan seperti Fly 3 Bass, ia juga boleh digunakan sebagai speaker mudah-alih untuk telefon pintar, pemain mp3 ataupun laptop.

_____
AADI: Hampir-hampir memilih versi warna hijau.

HammerFall - Renegade


Lagi album HammerFall yang diperolehi daripada Rock At Large yang menjadi peneman The Book Of Souls: Live Chapters penghujung tahun lepas.


Kali ini album studio ketiga mereka Renegade yang merupakan rilisan tahun 2000. Dalam keghairahan nu-metal ketika itu, mereka masih cemerlang membawakan genre power metal. Ini menunjukkan muzik metal sebegini malar segar dari 80an (Manowar, Helloween, Blind Guardian) dan masih relevan sehingga kini.

Masih mengekalkan resepi power metal dengan lagu-lagu pembakar semangat seperti Renegade, The Way Of The Warrior, balad Always Will Be dan anthem Templars Of Steel. Katanya album ini pernah mendapat tempat pertama dalam carta muzik Sweden, pencapaian yang hebat untuk muzik metal.


Dengan adanya album ini, hanya tinggal album pertama *Glory To The Brave sahaja lagi untuk melengkapkan diskografi album studio HammerFall aku; Legacy Of Kings, Crimson Thunder, Chapter V: 3U, Threshold, No Sacrifice, No Victory, Infected, (r)Evolution, Build To Last. Juga memiliki dua album kompilasi Steel Meets Steel, Masterpieces.

*Sebenarnya sudah ada, tapi cuma versi AsiaLink.


Teringin nak dapatkan DVD Gates Of Dalhalla.

Aku suka solo-solo menyengat Stefan Elmgren dalam album ni. Aku harap suatu hari nanti Elmgren akan sertai semula HammerFall (full time, not seasonist) dan Pontus Norgren masih kekal. Jadi 3-amigos macam Iron Maiden, tak mustahil kan?

_____
AADI: Selamat tinggal Januari.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger