Showing posts with label wings. Show all posts
Showing posts with label wings. Show all posts

Barbarik Kuching (Part 2)


Tarikh dah cantik, tempat pun masih cantik walaupun dah tukar lokasi dari Wisma Melayu ke Waterfront Esplanade.

Tapi atas sebab isu jerebu semasa, kami sekeluarga terpaksa batalkan hasrat untuk bercuti (cuti merdeka/sekolah) di Kuching dan seterusnya terbatallah hasrat aku untuk menonton konsert Barbarik+ Rock In The City malam esok (30/08/2026).

Nasib baiklah aku belum lagi beli tiket, dalam perancangan Khamis-Jumaat sebelum bertolak ke Kuching baru nak beli tiket online, tak nak beli tiket pintu. Nampaknya main game Shadow Of The Tomb Raider (offline mode) sajalah cuti ni...

Teringat Rock In The Jungle 2.0 tahun lepas, layan Loudness.

_____
AADI: Bukan kerana matahari.

Barbarik Kuching


Bila sudah ada pengumuman rasmi daripada Facebook Barbarik, barulah terasa yakin untuk bertindak. Tarikh dan masa dah cantik, tempat pun dah cantik, lagi dekat dengan "rumah aku" di Samariang berbanding Loudness dalam hutan tahun lepas (penganjur yang sama).

Dalam poster tu dia tulis Barbarik+, sudah pasti mereka akan bawa Eddie dan Black bersama, gambar pun dah ada tunjuk muka mereka kan? Harap mereka main setlist sama macam Sandakan beberapa bulan lepas.

Nak tanya geng-geng Membakut (Takilala & Bros) sama ada mereka akan pergi atau tidak, sebab mereka dah layan show Sandakan. Bert, jom turun Kuching bulan depan. Harga tiket pun kira berbaloi RM218/238 dan ada opsyen marhaen RM138/158 jika mahu.

Teringat aku pasca Rock In The Jungle 2.0 tahun lepas, penganjur ada buat survey band apa yang patut mereka jemput untuk acara seterusnya. Dalam ruangan komen aku bubuh Barbarik...

_____
AADI: T-shirt Joe Barbarik kira aci juga kan?

Wordless Wednesday: Barbarik In The (Cat) City?


_____
AADI: Tahun lepas Loudness dalam hutan. Kemon Bert!

Wordless Wednesday: Broken Wings (Part 4)



_____
AADI: Mungkin boleh guna nama kumpulan Drumsticks atau Drumettes.

Wordless Wednesday: Broken Wings? (Part 3)




Minit ke 3:44 epik!

_____
AADI: Jelas nampak keceriaan pada wajah-wajah mereka, move on.

Wordless Wednesday: Broken Wings? (Part 2)




_____
AADI: Ini baru betul-betul Wings Reunion.

Broken Wings?


Pagi ini algorithm media sosial aku dipenuhi dengan berita pengunduran rasmi Eddie dan Black daripada Wings yang bertarikh semalam (08/10/2025). Wow, tak pernah terfikir Eddie yang paling setia akan keluar Wings.

Tapi yang lawaknya, tarikh yang sama tarikh lahir Jo Branko. Waktu skrol Facebook pagi tadi pun ironinya keluar gambar ini dahulu sebelum apa-apa berita pengunduran Eddie dan Black dalam newsfeed aku.

Kebelakangan ini aku layan dua album Wings iaitu Orang Asing dan Menakluk Kosmos. Pasal Orang Asing ada dibuatkan entri FF minggu lepas. Menakluk Kosmos pula sudah berusia sedekad tahun lepas, tapi tak terbuat entri. Maknanya dalam 10 tahun ini Wings tak ada material baru rasmi kan? Atau aku yang tertinggal bas?

Rindu zaman Speedy Video dan harga marhaen CD dulu-dulu.

Malaslah nak buat spekulasi, lebih-lebih lagi Wings yang katanya bakal membuat konsert 40th Anniversary hujung tahun ini, apa cer?



Gambar-gambar lama dalam entri Pengembaraan Satu Lagenda.

_____
AADI: Betul-betul tragedi Oktober ni.

Flashback Friday: Menace To Orang Asing 30


Memindahkah beberapa folder mp3 album-album bertaraf *soundtrack of my life untuk dipasang dalam Silvia. Baru perasan dua album ini sama-sama menyambut ulang tahunnya yang ke-30 tahun ini, kedua-duanya juga adalah rilisan bulan Jun 1995 (terlepas empat bulan) - Wings Orang Asing (03/06/1995) dan Ugly Kid Joe Menace To Sobriety (13/06/1995).

"in 1994-1995 (baru lps PMR ni) aku cuma layan lagu2 alternative dan grunge (biasala zmn2 tu zmn nirvana, green day, the offsprings, OAG gitu~). penghujung 1995 member rapat aku jantayu beli kaset (bersama2 kaset wings orang asing) ni dan kitorg sama2 layan, maklumla tiap2 ptg aku slalu melepak kat rmhnya atau sama pi pantai mandi laut. so, memori zmn gila2 remaja tu mmg terbayang bila dgr lagu2 dlm album ni (especially cloudy skies)"
- entri Menace To Sobriety (25/12/2009).
"Antara album Wings yang banyak meninggalkan memori. Album ni dikeluarkan pada tahun 1995, aku baru tingkatan 4 (layan bersama-sama UKJ Menace To Sobriety) dan sekali lagi album ni (bersama-sama album Mencari Asal Usul) aku layan waktu aku second year kat USM tahun 1998. Jadi bila dengar lagu-lagu dalam album ni mulalah teringat banyak memori, memori dua tahun yang berbeza 1995 dan 1998. Memori bergumbira mandi-manda tiap-tiap petang di Pantai Pimping bersama best friend aku Jantayu (bukan nama sebenar) dan memori tengah perah otak selesaikan assignment tutorial kimia organik bersama-sama housemate."
- entri Orang Asing (07/02/2010).

*Antara album lain yang dipindahkan - Louder Than Hell, Dominator, Best Of Exists, Duran Duran Greatest dan Menakluk Kosmos.

_____
AADI: Menakluk Kosmos pun dah lebih 10 tahun kan?

Tetap Teguh


Taman Rashidah Utama, Isabella, Teguh (disenarai-pendekkan)... antara anthem dan soundtrack of my life membesar sekitar 80-90an.

Rasanya macam baru saja aku dengar cerita Awie pasal cerita di sebalik asal-usul lagu Taman Rashidah Utama beberapa minggu lepas... terutamanya bab "ku berjalan di dalam hujan".

"Mengejar kekayaan, kau ku tinggalkan..."

Terima kasih untuk muzik, lirik-lirik puitis yang dwi-makna dan memori zaman kanak-kanak.

_____
AADI: ILWIIR.

T-Shirt Joe Barbarik


Aku tahu kewujudan t-shirt ini bila Joe Wings Jo Branko sendiri share iklan Grousiey Printhouse di Facebook. T-shirt cetakan semula(?) bersempena *gig Joe Barbarik di Hilton Petaling Jaya pada 04/08/2019. Aku tak ada apa-apa info pasal gig ni, tapi boleh singgah blog Shafid Transformers United untuk jenguk gambar-gambar hari kejadian.

Memesan dua unit saiz gergasi iaitu 3XL dan 4XL untuk mengoptimumkan kos pengeposan, selain was-was dengan ukuran 3XL pada mulanya. Setiap unit t-shirt disertakan dengan beg Kedai Tengkorock, poster kecil dan plastik sticker cukai jalan.

Rekaan imej hadapan agak menarik dengan imej Jo Branko bersama Goldtop di"kartun"kan. Sebagai seorang peminat dan pemain gitar, aku agak kecewa dengan imej headstock yang cincai tidak jelas.

Imej belakang pula sepatutnya setlist konsert tersebut, tapi design flaw membuatkannya susah dibaca.

Mulanya dijanjikan dengan t-shirt berteg Gildan Premium, tetapi kehabisan stok untuk saiz-saiz gergasi atas kekangan PKP. Diberi opsyen menggunakan t-shirt in-house Kedai Tengkorock dengan diskaun RM10 tetapi masih tebal, masih berbaloi.

Ok, bolehlah digandingkan dengan Goldie aku bila ada sessi jamming atau gig yang menggunakan gitar ini kelak.

_____
AADI: *Joe Barbarik featuring PrimeD?

Flashback Friday: Krisis Di Pertengahan Hidup


Antara lagu kegemaran aku dalam album Mencari Asal Usul.

Gambar lama 2010.

Aku share video cover daripada Portdy, keh keh keh...

Entri pertama untuk 2020. Ada masa nanti aku buat entri merapu berasingan pasal 2020.

_____
AADI: Nanti aku cuba versi sendiri :)

Prime Domestic - Prima Domestika


Bagi mereka yang tidak menyedari kewujudan Prima Domestika pasti akan menyangka ia album terbaru Wings, sebab lenggok dan beratnya seakan album Menakluk Kosmos. Adakah disebabkan kebanyakkan lagu pada asalnya (pendapat aku) mungkin dicipta untuk gaya muzik Wings? Atau mungkin faktor vokal Aweera yang dibayangi gaya vokal Awie untuk lagu-lagu balad?


Tidak dinafikan vokal Aweera memang mantap, tapi selepas ini dia perlu mencari identiti vokal untuk PD dan perlu lari daripada hype Awie-copycat. Aku rasa gaya vokal raspy Mojo seperti dalam lagu Lu Baca Sendiri dan Malam Berasap patut kekal menjadi identiti Aweera dan PD.


Gabungan dua gitar hero Jo Branko dan Hillary Ang sudah cukup untuk memberi jaminan bahawa album ini pasti berbaloi. Kerja gitar kedua-dua mereka terasa selesa dan tiada rivalry dikesan, tiada riff atau solo yang berkata "aku lebih hebat". Sebaliknya kita disajikan dengan dual (bukan duel) leads dan twin-guitar harmonies yang ketara sepanjang album.

Aku tak familiar dengan kerja Ainoll dan Fauzi, tapi aku pasti dengan résumé mereka sebelum ini, sudah cukup untuk melabelkan PD ini sebagai sebuah supergroup, bab ini aku setuju dengan Berteromber. Aku amat senang untuk menghadam lagu-lagu dalam album ini yang agak progresif dan metal.


Dan aku pasti, orang yang menaip inlay album ini adalah orang yang sama menaip inlay album Menakluk Kosmos, ketara pada ejaan AKOUSTIC-nya.

Ilusi Intonasi mengingatkan aku kepada lenggok lagu (instrumental) Peace Of Mind dalam album House Of God King Diamond dan Windowpane Opeth. Ia lebih sesuai jika dijadikan lagu penutup album berbanding interlude. Tapi di mana aku pernah dengar lagu ni? Rasanya mungkin dalam album Rockestra kot?

Selain Berteromber, juga boleh singgah blog KDHR Deaf-Angel untuk ulasan lebih.

_____
AADI: #noregretnosurrender

Wings - Masterpiece


CD kompilasi Masterpiece ni dijadualkan untuk batch ketujuh, tapi Pak Radin tersalah masuk batch keenam, sepatutnya CD kompilasi Exists.


Tapi tak mengapa (parap-parap), sebagai koleksi diskografi Wings, kompilasi ni patut ada, harga pun taklah kapitalis, RM20 je...


Ada satu lagu khas untuk kompilasi ni iaitu Pesona Sanubari. Bak kata geng-geng blogger, lagu rare. Lagu Perhentian pula adalah versi reggae album Opera Dalam Kenangan dan bukan versi album Silver.


Lebih info dan bacaan lanjut mengenai kompilasi ni boleh singgah blog Mus Speedrider dan blog Arena Muzika.

_____
Ada apa: JS Kevin = Silhouette.

Batch Keenam


Batch keenam daripada Radin Music Centre diterima kelmarin. Seperti biasa, setiap batch aku tetapkan maksimum tiga buah CD sahaja, jangan banyak-banyak, nanti *tabalurut.


Rilisan JJR1 tepat pada masanya, jadi masuk bakul sekali lah~ Selebihnya seperti pembelian sampingan (collateral purchase).

_____
Ada apa: *Terbelurut, terlerai, sort-of chain reaction, macam tarik renda.

Wordless Wednesday: Sembunyi




_____
Ada apa: "Kita kasi picah ini olen!"

Wings - Rockestra CD/DVD


Bulan lepas aku ada terjumpa album ni di sebuah premis CD/DVD di Parkcity Mall Bintulu, tapi harganya sekitar RM60+ agak was-was aku nak beli. Minggu lepas waktu bercuti di Sabah pula terjumpa di premis Speedy Video, Suria Sabah dengan harga RM46.90, aku terus beli (biasa Speedy harga standard kan?).

Rasanya belum ada geng bloggers yang buat entri pasal album live Rockestra ni (betulkan kalau aku salah), kecuali Portdy yang dah buat "teaser".


Versi CD audio aku dah dengar 2-3 kali putar peneman pemanduan jarak jauh trans-Borneo, versi DVD pula baru 10-20% tengok. Tiap kali pasang guna DVD player (PC aku tak dapat baca DVD ni) pasti anak aku akan mencelah suruh tukar DVD Frozen atau Big Hero 6.

Pendapat Peribadi? Ulasan Ringkas? Superb! Cuma aku nak komen pasal dua benda;
  1. Walaupun bunyi-bunyian dan vokal jelas, cuma agak menjengkelkan bila bunyi riff gitar Joe kadang-kadang "tenggelam" oleh bunyi-bunyian orkestra.
  2. Hampir semua lagu-lagu Wings dalam album telah digubah semula (rearranged) kepada versi yang agak janggal didengar. Dari kecil kita dengar lagu-lagu Wings "macam ni" tiba-tiba jadi "macam tu", nak sing-along-kalau-oke pun kadang-kadang terputus mood.
Selebihnya menunggu entri/ulasan/komen daripada peminat tegar Wings seperti Deaf, Portdy, Muspeed, Berteromber dan Takilala.

_____
Ada apa: Mungkin ada ulasan tambahan bila dah habis tengok versi DVD.

Mengkosmos Takluk


Baru berkesempatan memilikinya pada raya keempat, itupun dipesan melalui Cimca (abang Takilala) kerana aku tiada masa untuk mencarinya di KK atas sebab-sebab logistik.


Untuk cerita panjang lebar dan beremosi mengenai album ni, boleh baca entri Takilala, Rafi Xyrus atau Berteromber. Cuma pada pendapat aku, untuk beberapa lagu balada dan slow rock, bunyinya lebih mirip kepada lagu Awie solo berbanding lagu Wings.

Apa itu COUSTOM dan AKOUSTIC?
Dan bab digipak, kenapa mestik digipak? Aku tak suka digipak, lebih-lebih lagi digipak yang tidak bersaiz standard (alasan sama seperti Berteromber). Kalau nak kelainan atau lebih "grandeur", buat digipak besar gedabak macam album 25th Anniversary May.

Tapi keseleruhunnya, aku bagi 9/10. Dah lama album Wings tak buat aku enjoy hangguk-hangguk semenjak album Mr. Barbarik.

_____
Ada apa: No filler all killer?

Hepi;) Live In Jepak?


Bakal beraksi di Dewan Balairaya Kampung Jepak esok, menggunakan moniker Hepi;) kerana hanya bermain secara 3-piece. Juga akan disertai oleh Unity Band, Mother Earth dan Rusty Blade. Sessi ni hanyalah sessi jamming santai (seperti Jammed Of The Beast) dan bukannya gig.

No Mohaideen?
Peralatan yang digunakan adalah daripada inventori Hepi Sound & Entertainment (HSE) dengan sokongan kelengkapan (amp & drumset) peribadi ahli kumpulan Mother Earth. Disebabkan temanya agak rock, jadi lebih kepada cover lagu-lagu Wings (sesuai untuk 3-piece).

_____
Ada apa: Setlist parody...

Search Awie - Bikin Wilayah


Setelah merapu dalam entri ni dan diprovokasi secukup rasa dalam entri Speedrider, akhirnya nasib menyebelahi aku...


Aku terjumpa CD audio album Search (bersama Awie) yang boleh dikatakan agak "rare" iaitu Bikin Wilayah, di premis Victoria Music Centre, Amcorp Mall, Selasa lepas (singgah PJ lepas balik dari berkursus di Melaka) dengan harga RM19.90, aku rasa kalau di premis Speedy Video harganya pasti sekitar RM12.90 atau RM9.90 waktu promosi, tapi tak kisahlah.

Aku tak pasti sama ada ia versi asal (1st pressing) ataupun versi cetakan semula seperti album-album Search/Wings keluaran Sony BMG yang lain. Ulasan pasal album ni rasanya tak payah aku ceritakan di sini, anda boleh baca entri Speedrider dalam link yang diberikan di atas tadi.


Cuma memori di sebalik album ni kembali segar dalam ingatan. Penghujung tahun 1998 merupakan era aku bertungkus-lumus menaikkan semula CGPA yang agak teruk pada semester sebelumnya semasa menuntut di USM Penang. Lagu-lagu dalam album ni (bersama-sama album Wings Orang Asing dan Mencari Asal Usul) merupakan peneman menyiapkan "kerja rumah" tutorial kimia organik dari malam hingga waktu sahur (waktu tu bulan puasa).

Entri Mini: Kaamatan Dan Gawai


Imej cilok.
Selamat menyambut Tadau Kaamatan (30-31 Mei) dan Gawai Dayak (1-2 Jun) kepada pembaca dan pengikut AADI di seluruh Borneo tak kira apapun bangsa dan kaum anda, kita 1Borneo sama-sama meraikannya.

_____
Ada apa: Hari ni Bintulu dah lengang...

Wings - Opera Dalam Kenangan


Lagi album Wings dalam format CD audio yang dah masuk tahap "rare" selain Biru Mata Hitamku iaitu Opera Dalam Kenangan (Part 1 dan Part 2), diperolehi di Speedy Video Plaza Wawasan, Kota Kinabalu minggu lepas dengan harga RM13.90 seunit.


Album keluaran tahun 1994 zaman perantaraan Bazooka Penaka dan Orang Asing, iaitu zaman Wings belum ada vokalis tetap selepas Awie keluar parti.

Cuma aku agak kurang berpuas hati dengan kualiti cetakan pada inlay (macam album-album cetakan semula Wings yang lain) dan cetakan pada permukaan atas CD yang nampak ala kadar dan murahan seperti CD cetak rompak zaman penghujung 90an dulu. Inlay pun lipat-lipat dan distapler tak tentu arah susah untuk dibelek-belek.

_____
Ada apa: Ulasan?

Odometer AADI

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (180) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (12) artis tempatan (156) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (18) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (8) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (35) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (74) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (4) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (55) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (20) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (33) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (43) emo (283) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (181) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (14) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (55) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (61) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (41) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (60) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (182) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (294) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (10) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (28) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (311) konsert (118) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (18) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (40) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (35) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (30) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (70) melaka (13) membakut (46) memori (485) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (51) miri (22) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (20) mooer (2) motorhead (9) movie (117) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (236) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (46) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (47) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (65) shopee (56) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (36) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (33) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (7) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (23) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (69) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (36) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (39) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (493) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger