Showing posts with label speedy. Show all posts
Showing posts with label speedy. Show all posts

Flashback Friday: Dua Dekad AMOLAD


Hari ini katanya ulang tahun ke-20 album studio ke-14 Iron Maiden A Matter Of Life And Death. Antara album Iron Maiden yang aku ada dua versi CD audio - Malaysian pressing dan limited edition EU pressing. Mungkin CDnya akan dilayan semula dalam Imago/Silvia minggu ini.

"Bagi aku setiap album Iron Maiden baik studio atau live memang unik, kerana pasti ada kenangan dan cerita di sebalik setiap album. AMOLAD ni mengembalikan memori tahun pertama aku bermastautin di Bintulu dan kali pertama ke Miri (dibeli pada 14/10/2006 di Imperial Mall, Miri)."

- Entri Sedekad AMOLAD.

Teringat betapa "murahnya" audio CD Malaysian pressing ketika itu sekitar RM35-40 sahaja. Imported mungkin mencecah RM50, di premis Speedy Video mungkin lagi murah kalau musim promosi.

Album Maiden terakhir dibeli di Speedy, circa 2013.

Sekarang paling murah pun RM60-70 yang sudah dikira agak premium untuk golongan marhaen. Lagi bikin hangin bila di premis-premis menjual CD (baik fizikal atau online) aku perasan stok lama mereka pun ikut naik harga semasa. Inilah kekangan utama untuk aku meneruskan hobi ini...

_____
AADI: Rindu Speedy Video, kali terakhir ber-Speedy tahun 2017.

Sports Direct Bintang Megamall


Baru tahu ada premis Sports Direct Malaysia di Bintang Megamall, Miri. Kalau tak silap lokasi ini dahulunya menempatkan premis Parkson. Dah dua tahun aku tak singgah bandar Miri, kebelakangan ini bila balik kampung memandu trans-Borneo (aka tour de brunei) sudah tidak lalu kawasan bandar (bypass) untuk menjimatkan masa.

Terus ke area sukan kombat dan mengintai sarung tangan tinju (gloves) dan produk kombat Everlast yang lain untuk mencuba saiz yang bersesuaian. Atas kekangan kewangan, kali ini hanya memancing gel hand wrap Everlast.

Lain cerita - teringat ketika zaman Bintang Megamall masih bernama Bintang Plaza, premis di bawah tepi pintu utama tu dulu Speedy Video, tempat membelek-belek CD dan DVD (Bintulu tiada Speedy) yang selalu menjadi modal entri sekitar 2009-2010.

Kali terakhir ber-Speedy di sini rasanya tahun 2017 ketika membeli boxset Hardwired... To Self-Destruct versi China dan dapat pau poster konsert Megadeth Kuala Lumpur. Tingkat satu pun dulu ada premis jual CD aku lupa nama, tempat aku beli CD kompilasi Nassier Wahab.

_____
AADI: Harap ada buka di Bintulu nanti.

Broken Wings?


Pagi ini algorithm media sosial aku dipenuhi dengan berita pengunduran rasmi Eddie dan Black daripada Wings yang bertarikh semalam (08/10/2025). Wow, tak pernah terfikir Eddie yang paling setia akan keluar Wings.

Tapi yang lawaknya, tarikh yang sama tarikh lahir Jo Branko. Waktu skrol Facebook pagi tadi pun ironinya keluar gambar ini dahulu sebelum apa-apa berita pengunduran Eddie dan Black dalam newsfeed aku.

Kebelakangan ini aku layan dua album Wings iaitu Orang Asing dan Menakluk Kosmos. Pasal Orang Asing ada dibuatkan entri FF minggu lepas. Menakluk Kosmos pula sudah berusia sedekad tahun lepas, tapi tak terbuat entri. Maknanya dalam 10 tahun ini Wings tak ada material baru rasmi kan? Atau aku yang tertinggal bas?

Rindu zaman Speedy Video dan harga marhaen CD dulu-dulu.

Malaslah nak buat spekulasi, lebih-lebih lagi Wings yang katanya bakal membuat konsert 40th Anniversary hujung tahun ini, apa cer?



Gambar-gambar lama dalam entri Pengembaraan Satu Lagenda.

_____
AADI: Betul-betul tragedi Oktober ni.

Flashback Friday: S&M 25


Ini sebenarnya entri yang dibuat bersempena ulang tahun ke-20 album ini (2019) tapi terperap beberapa tahun dalam bentuk draft. Dikorek dan diolah semula untuk entri ulang tahunnya yang ke-25, esok (23/11/2024).

Pernah memiliki album ini beberapa kali dalam pelbagai format - VCD (versi JS, 1999/2000), audio CD dan DVD (Speedy Video, 2010 dan 2013).

Bagi aku, lagu yang sinonim dengan S&M ialah lagu No Leaf Clover, radio Hitz FM hampir tiap-tiap hari pasang lagu ni (ketika itu). Lagu yang otomatik mengimbau era awal tahun 2000 di Penang ketika bergelut dengan pelbagai masalah - pelajaran, kewangan, percintaan, tempat tinggal, dll.

"Dilayan sehingga awal 2000, akan mengingatkan aku pada dan musim aku ambil lesen motosikal dan layan VCD filem-filem koboi Clint Eastwood, seterusnya dapat tahu lagu runut Ecstasy Of Gold adalah daripada filem The Good, The Bad And The Ugly yang selalu menjadi intro konsert Metallica."

- Entri 40th Metallica.

_____
AADI: Album live S&M2 pun belum terlayan lagi.

Metallica - Hardwired... To Self-Destruct (Part 2)


Baru ada peluang buat entri "boxset 3CD" Hardwired... To Self-Destruct ni, diperolehi daripada Speedy Video Bintang Mall, Miri semasa awal bulan.


Ok, selepas membelek-belek luar dan dalam, ia merupakan pressing China (ada logo imported tau) dan aku pasti ia bukan pressing rasmi. Dengan harga RM25.90 jangan salahkan aku, salahkan Speedy Video kah kah kah...


CD kedua tu antara sebab aku membelinya, memuatkan lagu-lagu bonus sama seperti versi deluxe 3CD seperti entri Berteromber dan Rafi Xyrus ni.

Nah, nama pengedarnya.
Dalam entri lepas, aku kata CD pertama dapat memuatkan kesemua lagu-lagu dalam album HTSD dalam satu CD. Setelah mendengar beberapa kali dan membandingkan dengan versi Radin Music (2CD pressing Belanda), rupa-rupanya ada beberapa lagu telah "dipendekkan".

Fuh, gold discs la~ (dengan nada menyindir).
Contoh intro lagu Hardwired dan Atlas, Rise! telah di"fade-in"kan dan dipendekkan beberapa saat. Sebab tu boleh muat dalam satu CD sahaja, hampeh!

Car's Music Expo? Apa kejadah tu?
Dalaman boxset ni (selain inlay hitam-putih) langsung tak menunjukkan ciri-ciri Metallica. Betullah seperti komen D'Arsil dalam entri lepas;
"keluaran ni hari tu aku teruja gak beli guns n roses, sampai rumah buka cdnya pergghh nak nangis beb rupanya pirate china, cdnya ada logo lori hahaha..."
Aku cuba-cuba juga cari logo lori dalam boxset ni, tapi tak ketemu, cuma ada logo kereta... Mungkinlah kot dengan tema Car's Music Expo, kah kah kah...

Dengan harganya, taklah terasa sangat, pasti ia akan jadi CD belasahan dalam Imago aku. Yelahkan, untuk dipasang dalam kereta (car's music, remember?).

_____
AADI: Tak berani pula nak kata pirated, unofficial la kan?

Speedy Hardwired... To Poster Megadeth


Terjumpa album Hardwired... To Self-Destruct 3CD boxset ni di premis Speedy Video Bintang Mall, Miri. Daripada tulisan aku agak ia pressing China, tapi tak pasti sama ada pressing rasmi atau sebaliknya, kalau sebaliknya jangan salahkan aku, salahkan Speedy hahaha... Lagipun harganya cuma RM25.90 sahaja.


Apa yang menarik mengenai boxset 3CD, CD pertama memuatkan semua lagu-lagu daripada album HTSD (Eh? Muat pula satu CD?), CD kedua merupakan CD lagu-lagu bonus, sama seperti HTSD versi deluxe (yang ada lagu Lord Of Summer, Remember Tomorrow, etc), manakala CD ketiga disenaraikan lagu-lagu daripada album Death Magnetic dan sebuah lagu daripada album St. Anger.


Ah nantilah kalau ada masa baru aku buat entri berasingan yang lebih terperinci, boxset ni pun masih berbungkus belum buka. Yelah kan, sekarang ni musim Megadeth~

Sebut pasal Megadeth, aku tebalkan muka tanya cashier Speedy tadi aku nak minta poster konsert Megadeth di dinding belakang kaunter (Speedy Video merupakan wakil jualan TicketCharge). Selepas habis menyelongkar poster-poster namun tak jumpa, akhirnya poster di dinding tadi menjadi mangsa, kah kah kah!~ Terima kasih.

Kepada Dzul Arsil UVIANHELL696, nombor telefon masih sama? Kalau masih sama, aku nak add dalam group WhatsApp Blogger @ Megadeth.

_____
AADI: Jumpa ada di sana.

Wordless Wednesday: Promosi Lebih Mahal




_____
Ada apa: Beli satu sajalah...

Wings - Rockestra CD/DVD


Bulan lepas aku ada terjumpa album ni di sebuah premis CD/DVD di Parkcity Mall Bintulu, tapi harganya sekitar RM60+ agak was-was aku nak beli. Minggu lepas waktu bercuti di Sabah pula terjumpa di premis Speedy Video, Suria Sabah dengan harga RM46.90, aku terus beli (biasa Speedy harga standard kan?).

Rasanya belum ada geng bloggers yang buat entri pasal album live Rockestra ni (betulkan kalau aku salah), kecuali Portdy yang dah buat "teaser".


Versi CD audio aku dah dengar 2-3 kali putar peneman pemanduan jarak jauh trans-Borneo, versi DVD pula baru 10-20% tengok. Tiap kali pasang guna DVD player (PC aku tak dapat baca DVD ni) pasti anak aku akan mencelah suruh tukar DVD Frozen atau Big Hero 6.

Pendapat Peribadi? Ulasan Ringkas? Superb! Cuma aku nak komen pasal dua benda;
  1. Walaupun bunyi-bunyian dan vokal jelas, cuma agak menjengkelkan bila bunyi riff gitar Joe kadang-kadang "tenggelam" oleh bunyi-bunyian orkestra.
  2. Hampir semua lagu-lagu Wings dalam album telah digubah semula (rearranged) kepada versi yang agak janggal didengar. Dari kecil kita dengar lagu-lagu Wings "macam ni" tiba-tiba jadi "macam tu", nak sing-along-kalau-oke pun kadang-kadang terputus mood.
Selebihnya menunggu entri/ulasan/komen daripada peminat tegar Wings seperti Deaf, Portdy, Muspeed, Berteromber dan Takilala.

_____
Ada apa: Mungkin ada ulasan tambahan bila dah habis tengok versi DVD.

Mengkosmos Takluk


Baru berkesempatan memilikinya pada raya keempat, itupun dipesan melalui Cimca (abang Takilala) kerana aku tiada masa untuk mencarinya di KK atas sebab-sebab logistik.


Untuk cerita panjang lebar dan beremosi mengenai album ni, boleh baca entri Takilala, Rafi Xyrus atau Berteromber. Cuma pada pendapat aku, untuk beberapa lagu balada dan slow rock, bunyinya lebih mirip kepada lagu Awie solo berbanding lagu Wings.

Apa itu COUSTOM dan AKOUSTIC?
Dan bab digipak, kenapa mestik digipak? Aku tak suka digipak, lebih-lebih lagi digipak yang tidak bersaiz standard (alasan sama seperti Berteromber). Kalau nak kelainan atau lebih "grandeur", buat digipak besar gedabak macam album 25th Anniversary May.

Tapi keseleruhunnya, aku bagi 9/10. Dah lama album Wings tak buat aku enjoy hangguk-hangguk semenjak album Mr. Barbarik.

_____
Ada apa: No filler all killer?

Metallica - S&M DVD (Part 2)


Meneruskan lagi entri viral Metallica Stadium Merdeka (dua hari lagi). Kali ni DVD album S&M yang diperolehi dengan harga RM29.90 di premis Speedy Video, Suria Sabah semasa aku bercuti raya minggu lepas.

Dibeli untuk menggantikan DVD sebelum ini yang telah dihadiahkan (secara impromptu) sebagai hadiah perpisahan kepada seorang rakan (Encik Isabella) sempena perpindahannya ke Cawangan Melaka pertengahan 2011 lepas.


Seperti biasa, tak perlulah aku merapu mengenai DVD atau menceritakan semula memori di sebaliknya. Apa-apa boleh rujuk entri yang lepas.

Cuma pendapat peribadi aku, S&M ni merupakan konsert terakhir Metallica yang berkualiti (dari segi muzik dan vokal) selepas Cunning Stunts dan Live Shit. Konsert-konsert seterusnya macam ala kadar saja...


Nampaknya DVD ni merupakan batch baru kerana memiliki sticker Perakuan B KDN berformat baru, lebih kecil berbanding format lama yang panjang. Mungkin sebab tu kot harganya murah RM10 berbanding batch lama.

_____
Ada apa: Master Of Puppets versi dondang sayang.

Iron Maiden - Maiden England '88


Pada mulanya ingin mencari album Super Collider di premis Speedy Video, Bintang Mall (Miri) semasa ronda-ronda pra-balik raya minggu lepas. Namun album tersebut gagal dijumpai, tapi terjumpa pula album live Maiden England '88 ni (imported version).


Ironmaideninya, kualiti rakaman bunyi untuk album ni memang bagus walaupun ia dirakam menggunakan teknologi 25 tahun yang lepas. Tapi tak mustahil ia telah di"remixed-and-remastered"kan dengan teknologi yang ada pada masa kini. Versi DVD akan diusahakan kemudian, mungkin melalui eBay.

Yang menarik ialah pada CD1, menyajikan lagu-lagu yang jarang dimainkan secara live (pada masa kini) seperti The Prisoner, Still Live, Die With Your Boots On dan Infinite Dreams. Berbanding lagu-lagu yang ada pada CD2 yang rata-ratanya merupakan lagu live wajib Maiden (kecuali SSOTSS).

Up the Irons! \m/

_____
Ada apa: Next target - En Vivo!

Wings - Opera Dalam Kenangan


Lagi album Wings dalam format CD audio yang dah masuk tahap "rare" selain Biru Mata Hitamku iaitu Opera Dalam Kenangan (Part 1 dan Part 2), diperolehi di Speedy Video Plaza Wawasan, Kota Kinabalu minggu lepas dengan harga RM13.90 seunit.


Album keluaran tahun 1994 zaman perantaraan Bazooka Penaka dan Orang Asing, iaitu zaman Wings belum ada vokalis tetap selepas Awie keluar parti.

Cuma aku agak kurang berpuas hati dengan kualiti cetakan pada inlay (macam album-album cetakan semula Wings yang lain) dan cetakan pada permukaan atas CD yang nampak ala kadar dan murahan seperti CD cetak rompak zaman penghujung 90an dulu. Inlay pun lipat-lipat dan distapler tak tentu arah susah untuk dibelek-belek.

_____
Ada apa: Ulasan?

KRU - The Great


KRU - The Great, 20 Tahun - Suatu Mania. Entah apa yang menyebabkan aku tergerak hati nak beli album kompilasi KRU ni di Speedy Video waktu ronda-ronda di The Spring Kuching beberapa minggu lepas. Mungkin disebabkan faktor nostalgia kot?

(P)(C) 2011 EMI (Malaysia) Sdn. Bhd. Dengan harga RM27.90 untuk kompilasi dengan tiga keping CD, kira berbaloi. Kompilasi lagu-lagu terbaik KRU dari awal penglibatan mereka 20 tahun lepas sehingga yang terkini.

Tracklist
Disc 1

  1. Hanya Kau
  2. 20/20
  3. Generasiku
  4. Cherrina
  5. Janji Tinggal Janji
  6. Mengerti
  7. Inikah Ertinya Cinta
  8. KRU Is Wild (Makin' My Stand)
  9. Awas! (LP mix)
  10. Di Dalam Dilema (Latin mix)
  11. Untukmu
  12. Negatif
  13. Malam Kita
  14. 2
  15. Emilia

Disc 2

  1. I'll Be Waiting
  2. Apa Saja
  3. Ooh! La! La!
  4. Semuanya Ok
  5. Balada Hati
  6. Fanatik (feat. Indigo & Elite)
  7. Getaran Jiwa (feat. Tan Sri P. Ramlee)
  8. Mania Medley
  9. The Way We Jam
  10. For You
  11. More Than Forever
  12. Jangan Lafazkan
  13. Penjunjung Namaku
  14. Luarbiasa
  15. Formula

Disc 3

  1. With U
  2. Bidadari
  3. Saat Kupejamkan Mata
  4. Impak Maksima
  5. Sayang
  6. Perpisahan Terasing
  7. Mahaguru
  8. Babe
  9. Di Hatimu
  10. Terhangat Di Pasaran
  11. Gerenti Beres (feat. Adam)
  12. C'mon Lah
  13. Buat Hal Lagi
  14. Ya Habibati
  15. Ganas

KRU (Norman, Yusry dan Edry) - Antara artis Malaysia yang sinonim dengan kreativiti, inovasi, kontroversi dan isu sensasi - dari isu "mania" yang digam oleh Tok Mat, isu kontroversi vokal P. Ramlee dalam Getaran Jiwa, gambar hangat Edry dan Linda Rafar, isu Tyco, Yusry/Erra, KRU Studio, Cicakman, Hikayat Merong Mahawangsa, Edriqa (Edry dan *Pqot Thundergirl Iqa Mentor), Yusry/Lisa dan banyak lagi yang aku mungkin tak tau...

Aku tak tau nak ulas apa lagi pasal kompilasi KRU ni, walaupun aku bukanlah peminat tegar KRU tapi lagu-lagu mereka terutamanya dari era 90'an (especially ReKRUed era) sedikit sebanyak menggamet kembali memori aku ketika di sekolah menengah. Dan kadang-kadang teringin nak jadikan lagu Mengerti atau Fanatik (versi Dr. Kronik) sebagai lagu projek waktu sessi jamming Metuk Ulau Projekt akan datang.

Jom karaoke lagu Mengerti sama-sama hahaha!~

Aku cuba cari videoklip lagu 20/20 di YouTube tapi tak jumpa. Sebab aku memang menyampah tengok videoklip tu (bab Norman menari dengan rantai) 20 tahun yang lepas hahaha!~

Dan pertama kali aku tengok Mrs. Ijau terpinga-pinga kehairanan kenapa aku terhangguk-hangguk layan lagu rap KRU dalam Imago waktu perjalanan pergi/balik kerja 2-3 minggu ni. Katanya tak pernah-pernah dia tengok aku layan lagu rap sampai macam tu sekali hahaha!~

More KRU info on Wikipedia.

_____
Ada apa: *Masih menanti album debut Pqot Thundergirl Iqa Mentor.

May - Hakikat


Dah lama tak buat entri pasal CD kan? Oke, kali ni buat entri ringkas pasal CD, terutamanya CD dari artis tempatan. Kali ni album Hakikat daripada kugiran May. Sapa tak kenal May? Antara kugiran zaman Rock 80an yang masih bertahan sehingga kini (selain Wings dan Search).

CD ni aku beli sehari sebelum raya di Speedy Video 1Borneo, Speedy's 3 for RM30 promotion yang aku beli bersama-sama Bazooka Penaka dan Naga Kramat (dua-dua aku belum buat entri lagi, viral Wings dah habis).

Ini merupakan versi "special edition" sebab ada tambahan empat buah lagu yang dipetik dari album Juara Juara Rock. (P)&(C) 2003 BMG Music (M) Sdn. Bhd. Edaran Sony Music Entertainment Malaysia Sdn. Bhd.

Tracklist

  1. Dari Kacamata
  2. Sendiri
  3. Pelayaran
  4. Cintamu Mekar Di Hati
  5. Penghuni Kota
  6. Cintaku Sewangi Kasih
  7. Hakikat Perjuangan
  8. Grafiti
  9. Janji Ilahi
  10. Dalam Kembara
  11. Gadis Misteri*
  12. Bayangan Hidup*
  13. Derita Bangsa*
  14. Sketsa Sebuah Cinta*
    *Dipetik dari album Juara Juara Rock.

Entri ni bukan nak cerita pasal kugiran May atau review lagu-lagu dalam album ni satu persatu. Rasanya tak perlu aku cerita itu semua, disebabkan ramai geng-geng bloggers (Metal bloggers) pastinya meminati May.

Aku membesar di era Rock 80an, bila dengar lagu-lagu dari kugiran zaman tu, pastinya akan teringat nostalgia zaman kanak-kanak. Lagu-lagu May seperti Dari Kacamata, Pelayaran, Hakikat Perjuangan memang menjadi kegilaan remaja zaman tu (tak termasuk aku, aku zaman tu masih budak-budak lagi).

Dan tak lupa lagu-lagu ballad berhantu Sendiri, Cintamu Mekar Di Hati dan Sketsa Sebuah Cinta (tadak dalam list, Gadis Bertudung Putih) yang selalu berkumandang di radio (lagu May tak kena gam macam Wings) pastinya aku akan teringat nostalgia waktu kitorang berpindah ke rumah baru dan majlis perkahwinan kakak aku circa 1988-1989 (tak lupa musim main layang-layang).

Bila dengar balik lagu-lagu dalam album ni, pengaruhi muzik Iron Maiden memang kuat. Ada beberapa lagu yang bunyi riff dan solo gitarnya seakan-akan bunyi album Piece Of Mind dan Powerslave. Tapi biasalah kan, kugiran-kugiran Rock 80'an dulu memang kuat dipengaruhi oleh muzik Iron Maiden...

Sapa-sapa yang ada info tambahan pasal album ni (versi asal), ruangan komen tersedia untuk anda, terima kasih.

_____
Ada apa: Lagu Pelayaran, dah kira jadi lagu wajib bila kitorang jamming.

Ada Apa Dengan Keychain? (Part 5)


Lagi sekali entri pasal keychain dan One Piece. Aku lupa bila aku beli keychain ni, tapi yang pastinya aku beli di premis Speedy Video, mungkin Speedy Video Miri waktu aku beli My Winter Storm kot?

Kali ni keychain merangkap pemotong kuku berbentuk log pose (not to be confused with eternal pose). Daripada imej Zoro yang sedang memegang Shuusui, pastinya keychain ni merupakan produk baru di pasaran (circa 2008). Harganya RM7.90 murah sikit dari keychain Kabuto Sogeking.

_____
Ada apa: Baru lepas baca episod terkini (605) manga One Piece at Manga2u.

Kembali Ke Bintulu (Part 6)


Kesinambungan daripada entri yang lepas...

Selepas bersessi fotografi kat Taman Rekreasi Hutan Bukit Patoi (Temburong, Brunei), kemudian terperangkap sejam lebih menunggu giliran naik feri Sungai Pandaruan, dan seterusnya melalui bandar Limbang kemudiannya menuju Kompleks *CIQ Tedungan (sempadan Malaysia-Brunei).

*CIQ = Custom, Immigration, Quarantine.

Kompleks CIQ Tedungan, Limbang (Sarawak).
The Other side was Kuala Lurah, Brunei.

Setelah hampir sejam lebih melalui Brunei (R&R sebentar di Shell Lamunin), akhirnya sampai di Kompleks CIQ Sungai Tujuh (Sempadan Brunei-Malaysia). The other side was Miri, Sarawak. Jam menunjukkan hampir pukul 3.00 petang. Kalau bukan musim perayaan, biasanya aku sampai di Miri dalam pukul 12.00-1.00 tengahari.

_____

Bintang Mall (dahulunya Bintang Plaza) merupakan destinasi utama bila berada di bandar Miri, semata-mata nak makan burger GCB McDonald's, sebelum tu sempat singgah kat Speedy Video dulu, browsing for some (potential) interesting CDs.

Seperti Speedy Video kat Kota Kinabalu, Speedy Video kat Bintang Mall ni pun ada menjual CD The Final Frontier (dengan harga standard RM40.90). Selain promosi 3 for RM30 untuk CD artis tempatan bawah label Sony BMG, terdapat jugak promosi 2 for RM50 untuk CD artis antarabangsa yang terpilih. Daripada gambar kat atas, album kompilasi Somewhere Back In Time jugak mempunyai sticker promosi. Nasib baik aku dah order kat eBay, kalau tak memang aku dah beli.

Nasib baik bukan album Bleach, seperti Iron Maiden, album kompilasi dan live bukanlah priority dalam koleksi Nirvana aku, so skipped... Selain kompilasi Nirvana, kompilasi Guns & Roses dan album terbaru Scorpions pun ada sticker promosi ni. In the end, satu CD pun aku tak beli, sebab nak kejar masa dan berkira sangat (ekonomi tak berapa mengizinkan) hehehe...

Sampai kat McDonald's (second floor) memang hampa... Dahlah langsung tadak GCB, kebanyakkan burger-burger best pun tadak, yang ada cuma McChicken, Fillet O'Fish, Chicken McNuggets dan bubur ayam sahaja. Siap ada notis kat kaunter, alasannya kehabisan stok, stok baru tak sampai lagi (cuti raya kot?). Takpelah, bedal je McChicken dan bubur ayam...

Dalam pukul 5.00 petang barulah kami meneruskan perjalanan balik ke Bintulu. Disebabkan lewat bertolak (kebiasaannya mesti bertolak dari Miri dalam pukul 3.00-4.00 petang), pastinya pemanduan balik Bintulu agak mencabar bila meredah jalan gelap hanya lampu kereta sahaja punca cahaya sebab coastal road Miri-Bintulu melalui area ladang kelapa sawit dan bukannya kawasan kampung dan rumah panjang seperti jalan lama. Kali ni merupakan kali ketiga aku balik dari Miri menuju Bintulu memandu waktu malam.

Twilight... Somewhere between Miri-Bintulu coastal road.

Selamat sampai di Bintulu dalam pukul 8.00 malam, nasib baik ada co-pilot, kalau tak memang bosan (dan meremang bulu roma) kalau memandu long distant sorang-sorang waktu malam. Bertemankan lagu-lagu dalam album The Final Frontier dan Radio Klasik Nasional (selang sejam untuk dengar berita) sepanjang perjalanan... Yang hairannya, aku enjoy humming dan sing-along tapi co-pilot boleh tertidur bila dengar lagu When The Wild Wind Blows...

Seperti biasa, jarak antara Membakut dan Bintulu dalam 550+ km, mengambil masa sehari suntuk untuk sampai disebabkan masalah sempadan dan feri... Dan seperti biasa, Imago aku hanya memerlukan RM50 untuk belanja petrol sepanjang perjalanan.

_____
Ada apa: "Cover CD ada gambar hantu, tapi lagu taklah sehantu mana pun..."

Speedy Video 3 For RM30 Again!


A quick entry and back-dated to 14/9/2010 - Speedy Video 3 for RM30 sale is back! Seperti biasa ia hanyalah untuk CD artis tempatan bawah label Sony BMG (normal price RM12.90 per CD).

Kali ni aku beli dua CD Wings iaitu Bazooka Penaka, Naga Kramat dan satu CD May Hakikat. Beli kat Speedy Video 1Borneo Khamis lepas (9/9/2010) tempat yang sama aku snap gambar The Final Frontier. Review? Ntah, tengoklah lepas cuti raya nanti...

_____
Ada apa: Mula-mula nak beli CD Ella zaman The Boys, tapi last minute ganti dengan Hakikat.

Ada Apa Dengan The Final Frontier? (Part 2)


[2010 Tribute to Iron Maiden viral entry #15]
ironinya dengan nombor 15

Setelah penantian hampir sebulan (kat Bintulu memang tak jual), akhirnya Khamis lepas (9/9/2010) aku berjaya mendapatkan album terbaru Iron Maiden iaitu The Final Frontier. Beli kat Goblinz KK Plaza, dengan harga RM40.00 (harga asal RM40.80) tu yang best beli kat Goblinz boleh dapat diskaun walaupun cuma RM0.80, kalau kat Speedy Video RM40.90 tapi fixed price.

Ni yang jual kat Speedy Video 1Borneo @ RM40.90

Seperti biasa versi yang aku beli (ori) merupakan versi Malaysian press under WEA labels (bukan EMI). Reviews? Baca je reviews otai-otai kita:

Dorang lagi otai dan hebat bab-bab mengulas album Iron Maiden ni...

Cuma aku turut berdukacita dengan nasib Encik Berteromber yang masih belum berpeluang memilikinya. Sabar bro, kalau dah order kat eBay mesti lagi grand kan?

Merapu The Final Frontier versi Ada Apa Dengan Ijau? mungkin akan menyusul selepas cuti raya. Buat masa ni aku enjoy lagu Coming Home (ada iras-iras lagu Bruce Dickinson solo kan?) dan When The Wild Wind Blows (yang ni lepas habis aku replay lagi sekali hehehe).

Finally... Up the Irons! \m/

_____
Ada apa: Petang ni nak bawa *ehem-ehem* beraya pi rumah terbuka Jairo.

Tarja - My Winter Storm


Sebenarnya dah lama aku cari CD ni kat Speedy Video serata Borneo (KK - 1Borneo, Wawasan Plaza, Centre Point, Miri - Imperial Mall, Bintang Megamall) memandangkan memang ada tersenarai dalam katalog Speedy Video. Akhirnya aku terjumpa CD ni kat Speedy Video Imperial Mall sabtu lepas. Tapi awat waktu aku beli Metallica S&M DVD beberapa bulan dulu tadak pun? Nevermind that...

My Winter Storm album daripada Tarja Turunen or simply Tarja (ex-Nightwish vocalist). Kat eBay CD ni memang mahal mencecah RM80+, kalau murah pun mesti jenis bid dan aku selalu kalah bid. Versi mp3 dah lama aku sedut, tapi disebabkan aku ni collector (dan aku suka material Nightwish zaman Tarja) nak jugak ada versi CD kan? Eh? Aku tak pernah buat entri pasal Nightwish selain CD pirate dari Ukraine.

(C)(P) 2007 Universal Music Domestic Division, a division of Universal Music GmbH. Diedarkan oleh Universal Music Sdn. Bhd. untuk pasaran Malaysia, hence the label Special Malaysia Edition yang memang lokek, kedekut, cokot - sebab inlay cuma sekeping kertas dilipat dua macam kes CD Death Magnetic.

Tracklist

  1. Ite, Missa Est*
  2. I Walk Alone
  3. Lost Northern Star
  4. Seeking For The Reign*
  5. The Reign
  6. The Escape Of The Doll*
  7. My Little Phoenix
  8. Boy And The Ghost
  9. Sing For Me
  10. Oasis
  11. Poison
  12. Our Great Divide
  13. Sunset*
  14. Damned And Divine
  15. Die Alive
  16. Minor Heaven
  17. Ciaran's Well
  18. Calling Grace

Lagu-lagu dalam album ni banyak yang best, memang sesuai dengan vokal Tarja, agak berbeza dengan zaman Nightwish beliau, walaupun masih ada unsur-unsur Melodic Metal (aka heavy distortion guitar sound).

Tapi yang aku tak berapa berkenan, ada tiga-empat *annoying interludes bawah satu minit dan hampir 80% lagu-lagu dalam ni lagu slow tahap lullabye memang boleh mengantuk kalau dengar, and for sure not suitable to listen while driving! I know, I've been in that situation before...

Personal choices - I Walk Alone, Poison, Die Alive. Tiga lagu ni saja yang aku rasa agak enjoy didengar waktu celik, yang lain memang best untuk dibuat bekalan tidur...

_____
Ada apa: Die Alive? Camna tu?

Metallica - S&M DVD


Satu lagi buah tangan pi Miri Sabtu lepas. Kalau kat Speedy Bintang Plaza aku beli Mr. Barbarik, kat Speedy Imperial Mall pulak aku beli DVD ni, Metallica S&M. Dengan harga promosi "DVD Invasion" RM39.90 harga asal aku tak tau la pulak, tapi biasanya kalau Speedy buat promosi memang harganya jauh lebih murah daripada harga asal.

Rasanya tak payah aku nak review pasal DVD ni sebab Portdy dah buat full review kat blog Hikayat Nemut-Nemutnya. Sama je...

Tapi yang best versi DVD ni ada subtitle! (Duh~ macam DVD movie la pulak), jadi kita boleh sing-a-long ala karaoke lagu-lagu Metallica sambil tengok diorang perform (baru aku perasan, aku selalu salah lirik lagu-lagu Metallica especially Enter Sandman). Personal favourite performance - Master Of Puppets (symphony orchestra kelam-kabut nak kejar lagu laju ni hahaha!).

Walaupun album S&M ni dah lebih 10 tahun, tapi antara produk Metallica yang best, who would thought Heavy Metal band can play along with symphony orchestra? Antara versi-versi yang aku pernah ada:

  • VCD cap lanun, beli somewhere in early 2000. Totally ripped-off terpaksa beli disc 1 dan disc 2 berasingan (macam VCD konsert Cunning Stunts) - kesemua VCD ni ntah dah kat mana aku letak, ni kelemahan kalau versi cap lanun, tak dihargai hehehe... Hilang pun tak kisah sangat.
  • CD audio cap lanun, still ripped-off harga dikira sebagai dua unit CD. Beli kat Petaling Street somewhere in 2001. Masih ada aku simpan.
  • CD audio original "tapau" from housemate, waktu dia pindah ada beberapa CD, DVD, kaset yang lupa dia ambil... antaranya CD audio Metallica S&M ni, sayangnya cuma ada CD sahaja, tadak jewel case, inlay whatsoever... Sekarang melepak full time kat Imago aku

Maybe next time aku nak cari CD audio S&M ni lelong murah-murah kat eBay la pulak...

Entri Mini: Sogeking!

Ada sapa perasan keychain ni kat gambar atas tadi? Pada sapa-sapa peminat manga dan anime khususnya One Piece pastinya tau watak ni King Of Sniper - Sogeking (err... Usopp). Keychain ni signature weapon of Sogeking - Kabuto (oversized, heavily modified slingshot). Kebetulan waktu aku nak bayar DVD S&M tadi, aku jumpa keychain ni (dan beberapa keychain anime lain - Naruto, Bleach) kat kaunter. Dengan harga RM9.90 tak pikir banyak, aku rembat dan bayar sekali dengan DVD S&M.

Rasanya tak payahlah aku terangkan pasal manga/anime One Piece dan watak Usopp/Sogeking ni. Apa-apa boleh check-out The One Piece Wiki, kat sana banyak info. One Piece ni memang dah lama aku layan since 2000, antara manga/anime yang aku minat (hence the existence of One Piece clock at the top-right of this blog). One of the best manga/anime out there! Eiichiro Oda... You're the man!

Gambar hiasan - imej link dari blog Fish on a Stick Animations.

And as a collector, aku memang kumpul stuff One Piece ni especially keychains. Nanti ada masa aku tunjuk la koleksi keychains One Piece aku hehehe...

_____
Ada apa: Sogeki no shimate...

Odometer AADI

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (180) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (12) artis tempatan (156) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (18) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (8) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (35) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (74) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (4) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (55) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (20) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (33) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (43) emo (283) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (181) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (14) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (55) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (61) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (41) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (60) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (182) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (294) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (10) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (28) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (311) konsert (118) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (18) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (40) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (35) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (30) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (70) melaka (13) membakut (46) memori (485) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (51) miri (22) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (20) mooer (2) motorhead (9) movie (117) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (236) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (46) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (47) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (65) shopee (56) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (36) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (33) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (7) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (23) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (69) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (36) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (39) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (493) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger