Ada Apa Dengan Big Bee?


Minuman pelik yang dijumpai seterusnya ialah Big Bee carbonated honey drink. Diperolehi di pasar raya F dengan harga RM2.00 untuk setin berisipadu 325 ml.

Buatan Asia Big Power Sdn, Bhd. Seri Kembangan Selangor. Tiada yang istimewa, minuman berkarbonat dengan aroma dan manis madu dan ada sedikit rasa masam. Mungkin kalau ditambah dengan hirisan lemon, buatnya eksotik sedikit.

_____
AADI: Selamat tinggal November.

Sepetang Di REG Studio (Part 3)


Sabtu (27/11/2021) - Kalau ikutkan, hari ini merupakan D-day untuk MUP 10th Anniversary FB livestream di REG Studio ini, tapi terpaksa ditunda Sabtu berikutnya 4/12/2021 kerana penganjur (si Korawk) berada di luar Bintulu atas urusan keluarga. Slot minggu ini kami jadikan sebagai sessi jamming dan soundcheck kerana studio telahpun ditempah.

Minggu ini aku membawa bass Tommy (fresh strings) dan Pod HD Desktop si kacang hitam sebagai dual-rig efek untuk vokal (compressor/preamp/reverb) dan compressor untuk bass. Mixer Xenyx 502 pula sebagai monitor aku terus ke headphone HD-330, tanpa mengganggu output amp dan mixer utama.

Baru ada kesempatan menjenguk "command centre" REG Studio ini. Di sinilah tempat rakaman audio dan video digabungkan untuk livestream terus ke Facebook atau apa-apa aplikasi streaming lain - YouTube, Twitch, Zoom, Google Meet, dll.

Digital mixer Allen & Heath SQ-7 menjadi nadi utama studio ini digabungkan bersama KRK Rockit 5 (G2) dan sebuah iMac. Untuk sessi rehearsal terakhir minggu depan (sebelum livestream), rasanya tak perlu lagi aku bawa Pod HD untuk efek vokal. Akan cuba menggodek efek vokal yang ada pada SQ-7 ini.

Ikuti Facebook Metuk Ulau Projek, untuk info semasa...

_____
AADI: #simfonikemusnahan.

Antara Swee Lee, D'Addario Dan Hosa


Lagi stok tali gitar D'Addario daripada website Swee Lee Malaysia, tapi dipos dari Swee Lee Singapura seperti batch selepas raya beberapa bulan lepas.

Dua saiz kegemaran EXL120BT (9-40, balanced) dan EXL120+ (9.5-44) distok dua unit setiap satu. Batch sebelum ini kebanyakkannya telah dibeli oleh rakan-rakan sepergitaran dalam situasi kecemasan tatkala kedai sudah tutup.

Hosa HPE-310 extension cable pula sebagai pembelian sampingan, akan digunakan bersama-sama headphone HD-330 untuk memanjangkan jarak jangkauannya.

_____
AADI: Black Friday? Cyber Monday?

Dalat, Rentas Daerah Pasca-PKP


Mengambil peluang kelonggaran merentas daerah untuk balik kampung Mrs. Ijau di Dalat awal November lepas. Kali terakhir kami balik Dalat ialah sebelum Krismas tahun lepas, hampir setahun juga tu. Anak-anak pun dah berkali-kali tanya bila nak balik kampung.

Bulan depan merancang untuk balik Sabah pula, melalui jalan udara secara solo dulu. Tahun depan Januari/Februari barulah merancang untuk balik sekeluarga. Guna jalan darat pemanduan trans-Borneo "tour de Brunei" masih belum dapat selagi Brunei belum membuka sempadan mereka...

_____
AADI: Dah 2+ tahun aku tak dapat balik Sabah.

Throwback Thursday: One Piece 1000th Episode


Katanya siri Anime One Piece kini mencecah episod 1000. Walaupun versi manganya sudah mencecah #1032 ketika entri ini ditaip, tapi animenya juga cepat mengejar...

Intro episod 1000 katanya tribute untuk episod-episod awal yang menggunakan lagu We Are. Serius, aku membesar dengan siri One Piece ini, dari penghujung zaman remaja sehingga kini 40an. Pernah dibuatkan epilog dalam entri One Piece 20th Anniversary beberapa tahun lepas:

"Aku mula mengenali siri ini daripada komik versi terjemahan Comics House dengan tajuk Budak Getah sekitar penghujung 90an. Versi anime pula mula dilayan sekitar 2003, dan masih aktif *menyedutnya sehingga kini, keh keh keh..."

Banyak yang aku boleh buatkan entri pasal One Piece ini, tapi rasanya tak perlulah sebab nanti jadi panjang pula.

Entri tahun 2009.

Aku harap Oda-sensei (Eiichiro Oda) diberikan kesihatan holistik supaya beliau dapat menghabiskan siri One Piece ini walaupun memakan masa lagi 10 tahun (janganlah~).

_____
AADI: *Versi sedut-sedut kini baru episod 950+.

Wordless Wednesday: Oreo Fizzy



_____
AADI: Rasa coklat dan masam oren seperti tidak serasi.

Sepetang Di REG Studio (Part 2)


Sabtu (20/11/2021) - Mula menjejakkan kaki di REG Studio untuk sessi latihan dan membiasakan diri dengan suasana baharu studio. Studio ini dirancang menjadi lokasi acara Facebook live stream bersempena ulang tahun ke-10 MUP yang dirancang Sabtu ini *27/11/2021. Serius, kali terakhir aku ke sini tahun 2015, setengah jam sesat mencari lorong, suasana persekitaran pun sudah jauh berbeza.

Beberapa rakan tidak dapat menyertai sessi ini - Korawk awal pagi lagi bergegas balik kampung isterinya atas urusan kecemasan keluarga, Azrol pula ada urusan sepanjang petang. Hanya aku, Nuing, Bob Kandar dan Rody Erectus (drummer jemputan, merangkap drummer kedua) yang dapat hadir.

Hah, inilah tarikan terbaharu studio ini iaitu Orange Rockerverb 100 MKIII dengan kabinet seragam PPC412. Bukan selalu dapat peluang main amp mahal (check the price), antara amp final fantasy selain Marshall JVM410H.

Mesti pakai t-shirt Orange liao~

Goldie-senpai digunakan seperti dirancang dalam entri sedekadnya, terus ke amp tanpa sebarang pedal. Serius, bunyi dirty channel memang kaw-kaw seperti yang diura-urakan walaupun Goldie hanya bernadi set pikap Epiphone Alnico Classic. Tapi sayang pada hari kejadian amp ini akan digunakan oleh Azrol, rujuk perenggan kedua akhir.

Nuing masih setia menggunakan Ibanez RG331M dengan pemprosesan Boss GT-1 ke Marshall AVT100, amp lagenda studio ini. Dulu mereka memiliki dua Marshall AVT - AVT100 dan AVT50 - tapi AVT50 dah rosak. Amp Fender Bassman 100T di belakang sana masih kukuh...

Dirancang untuk line-up "MUP signature" 3-amigos aku-Azrul-Nuing untuk hari kejadian. Tapi atas sebab-sebab tertentu Korawk tidak memberikan komitmen sebagai bassist untuk kesemua setlist. Untuk tidak melancarkan proses latihan seterusnya, aku akan menggalas tugas sebagai bassist sepenuhnya pada hari kejadian.

Cobaan~

*Dan semasa entri ini ditaip, tarikh terpaksa ditunda disebabkan penganjur (Korawk) tidak dapat berada di Bintulu pada tarikh yang dirancang atas masalah kecemasan keluarga pada perenggan kedua tadi. Tarikh tundaan sebenar masih belum diputuskan, cadangan utama pada Sabtu seterusnya 04/12/2021...

_____
AADI: Maaf, tak banyak gambar diambil.

Ada Apa Dengan Nescafe Pandan?


Nescafe "edisi lokal" kedua yang dijumpai selepas perisa ros bandung ialah perisa pandan. Diperolehi di Shell Mart Mukah minggu lepas dengan harga standard Nescafe original.

Rasanya adalah rasa kopi tin Nescafe original ditambah dengan perisa dan aroma lemak harum pandan, membuatkan rasanya sedikit seperti kopi C special Three Tea cuma tidaklah semanisnya. Jika dijumpai lagi apa-apa Nescafe tin perisa "edisi lokal", ia akan menjadi keutamaan sebelum memilih kopi tin jenama/perisa lain.

Perisa "edisi lokal" ketiga ialah perisa gula Melaka (kalau tak silap), setakat ini masih belum dijumpai...

_____
AADI: Bila nak buat perisa cendol?

EXL Tommy


Ini kali kedua aku menukar tali bass Tommy (Ibanez SR300), kali pertama dengan Rotosound Roto Bass RB45. Set tersebut mampu bertahan lebih empat tahun dengan belasahan beberapa kali sessi jamming, gig dan persembahan awam. Juga pernah dilepaskan kepada si Korawk dan dimiliki semula tahun berikutnya atas nilai-nilai nostalgik (IDK sig Mark IV lah katakan).

Kali ini dipasangkan dengan set D'Addario EXL220BT balanced tension (40-95) yang diperolehi daripada Bentley Music tahun lepas. Memilih gauge yang lebih kecil berbanding 45-105 sebelum ini untuk feel yang lebih menggelebeh.

Dalam kesempatan yang ada, fretboard dicuci dengan produk Dunlop sebelum dipasangkan dengan tali. Fretboard rosewood memang menyerlah selepas dicuci dan disapu lemon oil berbanding ebony.

Juga membersihkan bridge assembly yang penuh dengan habuk di bawah saddle. Bridge Accu-cast B120 ini antara yang mudah dibuka, diservis dan diintonasi semula.

Pada pendapat aku, untuk tali bass walaupun 2-3 kali ganda lebih mahal berbanding tali gitar, tapi amat berbaloilah dengan tempoh jangka hayatnya. Itupun dengan penjagaan yang optimum. Mungkin untuk 4-5 tahun akan datang boleh diusulkan untuk tali bass yang lebih premium - mungkin jenis bersadur (coated) atau lilitan rata (flatwounds, half rounds).

_____
AADI: Akan menyambut ulang tahun ke-10 pada Mac 2024.

MUP Facebook Live Stream (Part 2)


Si Korawk sudah mula upload banner acara, bakal menggamatkan suasana dengan alter-egonya Kurt Lanc@u.

Hujung minggu ini dijadualkan ada sessi jamming di REG Studio untuk membiasakan diri dengan persekitaran setelah studio dinaiktaraf dan direnovasi. Kali terakhir jamming di studio ini enam tahun lepas, fuh...

Fesyen rambut 2015.

Selain mengembalikan keserasian MUP itu sendiri setelah hampir setahun tidak bermain muzik bersama. Dirancang ada sedikit rombakan line-up untuk sessi kali ini.

_____
AADI: Setlist?

Throwback Thursday: No Way Home?


Selepas menonton trailer rasmi kedua Spider-Man: No Way Home semalam, tergerak hati nak buat entri. Jarang-jarang meremang bulu roma bila tengok trailer filem, kali terakhir ketika era Avengers dulu.

Dengar khabar (angin?) selain Spider-Man MCU - Tom Holland, dua *Spider-Man Sony - Andrew Garfield dan Tobey Maguire - juga dikatakan akan muncul dalam filem ini. Terasa vibe multi-verse seperti filem animasi Spider-Man: Into The Spider-Verse beberapa tahun lepas.

Filem-filem The Amazing Spider-Man (Andrew Garfield) aku tak tahu jalan cerita, sebab tak pernah tonton baik di pawagam atau DVD. Yang disiarkan di TV pun rasanya tak pernah tengok awal sampai habis.

Berbeza pula dengan trilogi Sam Raimi (Tobey Maguire) yang banyak memori. Filem pertama (2002) tonton DVD beramai-ramai dengan housemate Batu Uban Penang, filem kedua (2004) dilayan berseorangan di pawagam Mega Pavilion Bukit Jambul Penang, manakala filem ketiga (2007) ditonton di pawagam Star Cineplex Bintulu bersama rakan-rakan sekerja.

Trivia - Kenapa format ejaan "man" Spider-Man tak sama macam Batman/Superman atau Iron Man?

_____
AADI: *Harapnya Venom pun akan menampilkan diri.

Wordless Wednesday: Cheese Cake 2012



_____
AADI: Gambar terperap sejak entri keju 2012.

Ada Apa Dengan Teh Herba Tan Ngan Lo?


Terjumpa satu lagi minuman teh herba dengan nama yang menarik, Tan Ngan Lo.

Buatan Wen Jiang Medical Industries Sdn. Bhd. Ipoh, dengan harga RM2.50 untuk setin 300 ml. Bagi mereka yang was-was, minuman ini ada logo halal Malaysia.

Rasanya lebih kurang macam beberapa minuman teh herba hype lain dalam AADI contohnya Pokka, Jia Duo Bao dan Cheng Bou Leong.

_____
AADI: Mencari Wong Lo Kat pula.

Ada Apa Dengan Pokka Guava?


Satu lagi minuman berperisa jus buah-buahan daripada Pokka, kali ini perisa *guava (jambu batu).

Sedap, tapi agak manislah untuk tahap aku. Rasa guavanya pun agak ketara walaupun bertaraf "minuman berperisa jus guava" dan bukannnya "jus guava". Padanlah dengan harganya sekitar RM2.00 untuk setin 300 ml di pasar raya F.

Dah agak jarang membeli minuman berperisa jus buahan-buahan begini, lebih suka membeli minuman teh hitam/hijau yang berperisa buah-buahan seperti Heaven & Earth dan Lipton.

_____
AADI: *Kalau bahasa ibundaku (Brunei), ia dipanggil biabas.

Sepagi Di TGV Cinemas Bintulu


Akhirnya Bintulu memiliki pawagam yang "proper" dengan adanya TGV Cinemas yang menjadi tarikan utama di Boulevard Shopping Mall yang baru sahaja dibuka beberapa minggu lepas.

Dapatlah kaki wayang seperti aku meneruskan hobi ini selepas tertangguh dek pandemik. Filem terakhir yang ditonton di pawagam sebelum pandemik ialah Bad Boys For Life penghujung Januari 2020.

Pawagam Ashtar Galactic Cinema (AGC) di Commerce Square sebelum ini boleh dikira agak "proper", tapi harga tiket yang agak premium per fasilitinya membuatkan pengalaman menonton agak terbatas.

Berpeluang mengunjungi premis TGV ini Khamis lepas sementara menunggu Silvia aku servis rutin di Perodua. Untuk permulaan ini filem *Venom: Let There Be Carnage tayangan 10.45 pagi menjadi pilihan. Memang heaven la cuma ada 5-6 orang sahaja penonton.

Disebabkan premis TGV ini masih baharu, belum ada sebarang poster-poster besar dan memorabilia filem dipamerkan di foyer. Kiosk konsesi makanan dan minuman belum lengkap menunya, Hall 3 tempat aku menonton Venom pula skrinnya agak kotor dan masih berbau tapak pembinaan.

Selebihnya memang standard TGV lah, setakat ini aku pernah menonton di TGV Permaisuri Miri, TGV DPulze Cyberjaya dan TGV KLCC (ini paling lejen, tahun 2002 blind date sambil tonton The Scorpion King). Untuk filem Venom itu sendiri, tak perlulah aku ulas (dan spoil) kerana AADI bukan blog ulasan filem. Sasaran seterusnya ialah filem Ghostbusters: Afterlife, The Matrix Resurrections dan Spider-Man: No Way Home bulan Disember ini.

_____
AADI: *Eternals? Tak berminat pula aku nak tonton.

Throwback Thursday: Erectus At Metuk Ulau Fest 2020


Terjumpa imej-imej ini di Facebook Daybad Lensa. Imej-imej persembahan Erectus semasa Metuk Ulau Fest 2020 paling jelas setakat ini.

Ini merupakan gig terakhir sebelum pandemik, bertarikh 12/01/2020 hampir dua tahun lepas. Juga gig tier paling tinggi aku setakat ini, menjadi pembuka untuk Pisuljer Insulter walaupun hanya menjadi bassist terjun Erectus.

_____
AADI: Azrul pun sekarang dah berambut pendek dan badan berisi.

Wordless Wednesday: JB Kontot



_____
AADI: Rujuklah YouTube dahulu sebelum DIY.

Trivium - The Sin And The Sentence


Perolehan daripada Radin Music Centre melalui platform Shopee mereka. Album studio kelapan Trivium The Sin And The Sentence rilisan 2017. Seperti sudah menjadi kebiasaan aku akan ketinggalan memiliki album studio mereka.

Ketika ini mereka sudahpun merilis dua album studio ketika pandemik What The Dead Men Say (2020) dan In The Court Of The Dragon (2021), barulah tertarik picu untuk memiliki album ini.

Album pertama yang mengetengahkan drummer Alex Bent. Ketika pertama kali menonton video lagu The Sin And The Silence di YouTube, aku terfikir jika mereka bertukar drummer lagi selepas ini, drummer seterusnya pasti akan f*cked-up gabra untuk mereplikasi gaya pukulan Alex.


Selepas album Vengeance Falls aku mula tertarik dengan hala tuju muzik terkini Trivium yang lebih "matang", walaupun agak berat dengan pembabitan gitar bertali tujuh tapi masih melodik dan komersil. Bab melodik, Trivium seolah-olah sudah memiliki bunyi trademark mereka ketika ini.

Vokal terais-terais (growl) Matt Heafy juga kembali dalam album ini setelah "hilang" sejak album VF. Aku sebenarnya tak suka gaya vokal begini, tapi dalam album ini ia digunakan secara moderasi. Juga bijak untuk mereka mengetengahkan gaya gang vocal seperti Children Of Bodom sebagai pencukup rasa.

Aku rasa, jika aku layan album ini secara berterusan mungkin ia boleh melekat dan jiwa seperti Silence In The Snow. Lagu kegemaran setakat ini ialah The Heart From Your Hate, Betrayer dan Endless Night. Juga pendorong untuk aku kembali mengeluarkan gitar bertali tujuh aku Sven (LTD EC-257) yang telah lama terperap dalam simpanan.

_____
AADI: MKH, antara yang mempengaruhi aku untuk menggunakan Les Paul.

Gig Pertama 2021?


Setelah menjalani beberapa kali sessi jamming dalaman, inilah persembahan pertama kugiran kelab tempat kerja kami (belum ada nama rasmi) bersempena majlis Hi-Tea kelab petang Jumaat lepas. Diterajui oleh Ken, seorang pemuzik muda serba boleh (boleh main keyboard, gitar, bass, drum).

Juga dianggotai oleh Methodman (gitar), Bob Kandar (drummer 1) dan Wilther (drummer 2). Bassist yang diperuntukan sebelum ini berperangai Chipsmore semasa sessi jamming, untuk melancarkan keadaan, aku mengambil alih tugas sebagai bassist. Vokal? Bergilir-gilir antara ahli kelab.

Wilther menjadi perantis sound tech aku dan Bob Kandar untuk mengendalikan PA system, juga merangkap pemain drum kedua. Juga pandai bermain gitar dan bass, tapi masih malu-malu.

Sebenarnya bassist tu bersembunyi di belakang PA system sebab senang nak baca notes/chords. Setlist pun selalu bertukar-tukar mana sempat nak berlatih. Ditambah lagi dengan lagu yang bukan jiwa, kah kah kah...

Selain lima lagu yang telah dipersetujui semasa jamming sebelum ini, ditambah pula dengan beberapa lagu Indo-rock Sheila On 7, Armada, Repvblik dan Wali. Itu belum lagi selera veteran yang tiba-tiba request lagu era mereka; Jeffrydin, A. Halim, A. Ramlie, P. Ramlee.

Bob Kandar yang baru sahaja selesai menjalani fasa pasca-Covid, tidak dapat menggalas posisi pemain drum sepenuhnya kerana cepat semput, paru-paru masih belum kuat. Sebab itu ada dua orang drummer, bergilir-gilir dengan Wilther.

Oh ya, aku menggunakan Tommy dan B1Xon dengan patch yang ringkas (compressor dan amp modeling) terus ke PA system.

Inilah cabaran bermain kugiran mainstream, bukan sahaja dari segi lagu/genre yang bukan jiwa dan setlist yang berubah-ubah, tapi juga cara berkomunikasi antara ahli kugiran yang ternyata berbeza berbanding dengan geng yang "sekepala".

_____
AADI: Dah boleh fokus untuk MUP Facebook live stream.

Ada Apa Dengan Pepsi Bold Mango?


Sudah terbiasa dengan Pepsi Bold bersama dengan sajian KFC, juga pernah mencuba Pepsi Bold perisa halia, vanilla dan limau.

Baru-baru ini (adalah dalam 2-3 bulan gitu) terjumpa pula perisa mangga, terus beli. Seperti Pepsi Bold lain, perisa-perisanya hanyalah sekadar sampingan sahaja tatkala rasa ikonik Pepsi Bold masih menguasai. Tapi, seperti varian minuman Pepsi dan 7-Up yang lain, ia lebih murah berbanding khemah Coke dan Sprite.

_____
AADI: Nak lebih kick? Minum kola Daebak.

Wordless Wednesday: Waltari X Marko Hietala



_____
AADI: Dapat tengok Abam Marko masih berkolaborasi buatku tersenyum.

Ada Apa Dengan Aik Cheong Chocolate?


Satu lagi perisa unik bukan kopi Aik Cheong dicuba, iaitu chocolate marshmallow yang berlabel warna pink.

Ia hanyalah minuman coklat generic biasa-biasa sahaja, tapi dengan tambahan beberapa ketul marshmallow membuatkannya unik dari segi penampilan dan rasa.

Juga terjumpa versi kotak six pack yang aku rasa jenis bancuh tanpa disertakan gelas kertas. Versi ini belum tergerak hati untuk dicuba.

_____
AADI: Perisa teh tarik akan dicuba selepas ini.

MUP Facebook Live Stream


Antara aktiviti yang dirancang untuk sambutan ulang tahun ke-10 MUP ialah persembahan Facebook live stream ala jamming santai. Dirancang bulan Mac lepas, tapi tertangguh beberapa kali disebabkan isu semasa yang tidak dapat dielakkan.

Projek ini bakal diteruskan pada bulan November ini dan REG Studio dipilih sebagai lokasi dan platform penyiaran.

REG Studio, revamped.

Namun, tarikh sebenar belum diputuskan. Aku menyerahkan pengurusan projek ini kepada si Korawk sebagai pengelola dan hos (dengan alter egonya Kurt Lanc@u). Info selanjutnya akan diumumkan dalam Facebook MUP.

_____
AADI: #icecreamformebintulu

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (3) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (350) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (74) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (30) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (19) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (31) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (64) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (280) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (171) erectus (17) ernie ball (42) es-335 (2) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (91) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (49) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (129) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (23) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (44) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (52) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (310) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (99) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (19) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (72) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (611) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (48) memori (433) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (27) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (86) new album (30) new gear (242) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (356) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (204) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (29) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (20) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (113) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (52) shopee (40) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (16) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (16) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (463) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger