Showing posts with label dalat. Show all posts
Showing posts with label dalat. Show all posts

Sedekad 7611


10 tahun yang lepas, hari ini.

Ungu D. Koceng?

Dengan keadaan isu semasa, tiada mood untuk menyambutnya dengan *cemerlang, gemilang mahupun kebilangan terbilang.

Hanya awal pagi lagi Mrs. Ijau dah siapkan sarapan istimewa, rojak mee hibrid rojak Dalat + rojak Beaufort, seperti anak-anak kami hibrid Melanau + Brunei, Melanei/Brunau?

Sejak 14 tahun lepas, AADI juga sedikit sebanyak menjadi "kapsul masa" mengimbau perjalanan hidup zaman bujang, zaman bercinta, berumah tangga, sehinggalah kini tiga (lima sebenarnya) cahaya mata - Lil'Ijau, Ijau Jr. dan Arlo (nama timangan dalam penulisan blog).

Arlo? Merujuk kepada watak dalam filem The Good Dinosaur.

_____
Ada apa: *Melancong secara maya sahaja.

Wordless Wednesday: End Of The Road





_____
AADI: Cerita lama, filler entry...

Wordless Wednesday: Sepetang Di Batang Oya (Part 3)




_____
AADI: Serenity...

Raya Di Perantauan


Cerita pasal raya, setelah mengambil kira faktor-faktor logistik, birokrasi dan kesihatan Mrs. Ijau serta Junior, raya tahun ni aku mengambil keputusan untuk tidak balik Sabah.

Cuti raya beberapa hari kami sekeluarga hanya balik ke kampung Mrs. Ijau, Kampung Tanam, Dalat. Kalau diikutkan seumur hidupku, ini merupakan kali *kedua aku beraya "di perantauan".

Sekadar gambar hiasan.
Majoriti penduduk Kampung Tanam bukan beragama Islam (termasuklah keluarga Mrs. Ijau), jadi suasana raya tu tak terasa. Tiada masjid atau surau berdekatan untuk melaungkan takbir malam raya, yang ada cuma melalui TV dan radio.


Solat Aidilfitri pula di Masjid Darul An-Nur, Kampung Balan (kampung bersebelahan) bersama birasku (si pengemudi sampan dalam gambar di atas tadi) yang juga merupakan orang Kampung Balan.


Google Street View (cilok idea Muspeed dan Berteromber).

Walau bagaimanapun, ini Borneo, soal agama bukan penghalang untuk ikatan kekeluargaan. Semua sporting, raya ke, krismas ke, tak ada masalah nak sambut bersama.

Entri Mini: Raya Di Perantauan (Flashback Friday Version)


*Kali pertama beraya "di perantauan" ialah pada tahun 1998 ketika menuntut tahun pertama di USM (Dip. Lab Tech batch 1997-2000). Nak balik raya mana ada duit nak beli tiket kapal terbang. Waktu tu Air Asia tambang murah belum ada (zaman logo biru), nak balik naik MAS kurang-kurang kena ada RM1k+ untuk tiket ulang-alik PEN-KUL-BKI.

Akhirnya diajak oleh boss (tempat aku kerja sambilan) untuk balik beraya di kampungnya di Raub, Pahang (dah lupa nama kampung). Serius, ini merupakan pengalaman raya yang paling tak best setakat ini. Mana taknya, boss aku tu dari pagi sampai malam tak ada di rumah, keluar sorang-sorang, tinggalkan aku di rumah lepak dengan ayahnya jaga ayam itik. Kalaulah aku tau jadi macam ni, aku lebih rela beraya di Desa Fajar.

Desa Fajar yang KLMJ (sumber imej).
Tapi sekarang ni bila dah berkeluarga, beraya di mana pun dah tak kisah, asalkan bersama isteri dan anak-anak. Yang selebihnya, gunakan teknologi semasa...

_____
Ada apa: 17/7/2015 yang lepas juga ulangtahun pertama tragedi MH17, al-fatihah...

Wordless Wednesday: Brightest Flame Burns Quickest (Part 2)




_____
Ada apa: Sindrom pasca-raya klasik...

BC Rich Mockingbird Junior?


Sebelum ni Mrs. Ijau selalu berpesan kepada aku seboleh-bolehnya tidak membeli mainan berbentuk alat muzik untuk anak. Tapi bila Lil'Ijau dibawa jalan-jalan di Pekan Dalat oleh nenek dan makciknya Sabtu lepas, inilah yang terjadi...

Bentuk Mockingbird (bentuk kegemaran Jairo).
Mengikut cerita makciknya, Lil'Ijau sendiri yang memilih mainan ni berbanding mainan jenis lain. Aku hanya mampu tersengih manakala Mrs. Ijau pula mula tepuk dahi (kes makcik dibodek oleh anak saudara, hahaha). Oh my girl...

Walaupun guna tali tangsi (nylon), tapi bila tune sikit-sikit bolehlah dapat bunyi macam ukulele.

_____
Ada apa: Entri tahun lepas bentuk Beast.

Solar TM


Ni sambungan entri Sungai Kut minggu lepas.

Berhampiran tempat aku meletak kereta, juga ada beberapa deretan kedai dan gerai. Tapi yang menarik perhatianku ialah pondok telefon awam ni.


Walaupun berlatarbelakangkan semak, tapi kedua-dua pondok telefon ni nampak "bersih" tanpa sebarang vandalisme (sticker FAM tu mungkin boleh dimaafkan).

Tanggapan pertama (first impression) aku ialah, masyarakat pedalaman mempunyai kesedaran sivik yang tinggi dan menghargai kemudahan awam, tidak seperti masyarakat urban. Tak percaya? Cuba perhatikan kemudahan awam yang ada di kampung-kampung anda (sekiranya anda ada kampung la~).


Oh ya, kedua-dua pondok telefon ini dilengkapkan dengan panel solar. Aku tak pasti sama ada 100% menggunakan tenaga solar, atau untuk backup sahaja.

_____
Ada apa: Bila kali terakhir anda menggunakan telefon awam?

Sepetang Di Batang Oya (Part 2)


Pemandangan waktu petang di tebing Batang Oya yang melalui Kampung Tanam, Dalat (kampung Mrs. Ijau) ketika bercuti hujung minggu lepas (lepas balik dari majlis persandingan si Korawk).

Tranquillity...
Kehidupan berasaskan sungai masyarakat di sini sentiasa mengujakan terutama bagi orang darat seperti aku ni. Mengejar kedai runcit terapung antara yang menarik perhatian.

_____
Ada apa: Di Sarawak, sungai dipanggil/digelar batang, contoh; Batang Rajang, Batang Ai, Batang Oya, dll.

Azam Tahun Baru?


Perlukah ada azam tahun baru?

Bagi aku ia perlu, tapi tak pula sampai tahap mandatori. Dengan adanya azam, kita dapat mengetahui dan membezakan antara sasaran utama (dalam kehidupan, pekerjaan, dll) dan sasaran sampingan, serta dapat merancang bagaimana cara dan kaedah yang sesuai untuk mencapai sasaran tersebut.

Bunga api ambang tahun baru di sepanjang Batang Oya.

Jadi, apakah azam anda untuk tahun 2012 ni? Yang pastinya, aku berazam ingin meningkatkan kualiti dan bukannya menambahkan kuantiti, whatever that means...

Selamat tahun baru 2012!

_____
Ada apa: Nak kena pikir pasal SKT dan KPI lepas ni.

Sepetang Di Batang Oya


Batang Oya (Sungai Oya), merupakan nadi penggerak kehidupan masyarakat di sekitar Dalat dan Oya (serta kawasan-kawasan berhampiran) dari segi pengangkutan air dan mata pencarian rezeki.

Sekali-sekala menjalani kehidupan sebagai orang sungai (river people, bukan swamp people macam si Korawk, hehehe) ni best juga, itulah antara hikmah bertemu jodoh dengan orang Melanau ;)

Bersama-sama Mrs. Ijau (with mom and sis-in-laws) menaiki
*salui menyusuri Batang Oya menghala ke hilir...

Dan mendekati sebuah vessel (bot?) yang agak unik... What kinda vessel is this?

Ruangan "cockpit" vessel tersebut.

Ia sebenarnya merupakan sebuah kedai runcit terapung yang dipanggil "badung" (badong?) oleh orang-orang tempatan di sini.

Barang-barang yang dijual sama saja seperti kedai-kedai runcit kampung yang biasa, kebanyakkannya makanan, minuman, ubat-ubatan dan keperluan harian lain. Walaupun harganya sedikit mahal, lebih kurang macam harga di Kedai Mesra Petronas, 7-Eleven atau kedai-kedai 24-jam yang lain.

Walaupun dah berkali-kali aku tengok badung ni berulang-alik menyusuri Batang Oya setiap kali aku balik ke kampung Mrs. Ijau, tapi baru pertama kali ni aku menaiki dan merasai pengalaman membeli di kedai runcit terapung ni semata-mata nak beli tepung sagu (linut) untuk juadah makan malam nanti...

*Salui = perahu kecil berenjin 9-15 kuasa kuda.

_____
Ada apa: Teringat pula filem Waterworld...

Time To Be King! (Part 2)


Selasa (7/6/2011) - Alhamdulillah segala urusan pertabalan diRaja (sehari) di Kampung Tanam, Dalat sudahpun selesai. Walaupun ia bukanlah suatu majlis yang besar dan sempurna, tapi ia berjalan dengan lancar...

Ya aku tau, temanya bukanlah hijau...

Dan yang penting tiada pengulangan akad >:) all happened in one shot! (Dengan bantuan soundcheck dan demo sebelum akad). Terima kasih kepada rakan-rakan yang datang dan tak lupa juga kepada yang memberi ucapan tahniah melalui media Facebook, Bloggers dan juga SMS.

[Edited - image added @ 2.30 pm] Teaser adalah disengajakan.

Disebabkan majlis di kampung aku (Kampung Pimping, Membakut) akan diadakan pada 17-18/6/2011 nanti (dan hal-hal peribadi yang tak dapat dielakkan), dengan ini aku ingin mengumumkan blog AADI akan bercuti beberapa hari.

Hail to the King!

_____
Ada apa: Now, there's Mr. & Mrs. Ijau! No more *ehem-ehem* status.

The Doubleness Of Moderate Distance Driver (Part 5)


Pukul 8.30 nanti aku akan memulakan perjalanan dari Bintulu (bersama *ehem-ehem*) menuju Mukah dan seterusnya ke Dalat.

Isnin nanti dah buat temujanji dengan Ahmad di JAIS Mukah dan Hakim Mahkamah Syariah untuk urusan *fasa ketiga Projek Mega 2011. Isnin lepas dah selesai urusan dengan Ahmad di JAIS Bintulu.

*Fasa ketiga = urusan birokrasi dan dokumentasi.

Gambar hiasan dari entri ni.

Dalam kesempatan yang ada, *ehem-ehem* ajak balik kampung untuk sessi musyawarah bersama ahli keluarganya mengenai fasa terakhir yang bakal berlangsung pada [spoiler, deleted] nanti.

Perjalanan menuju Mukah dijangka mengambil masa 4-5 jam, bergantung kepada keadaan jalan Mukah-Selangau (dah nak dekat pilihanraya ni harap-harap 80% jalan ladang tu dah berturap). Sebelum pi Dalat, nak singgah bandar Mukah dulu...

To be continued...

_____
Ada apa: Tak pegang gitar la aku dalam 2-3 hari nanti.

Kembali Ke Bintulu (Part 8)


[Scheduled entry] Selalunya kalau entri "Kembali Ke Bintulu" ni berkaitan perjalanan balik dari Membakut ke Bintulu, tapi kali ni perjalanan balik dari Dalat ke Bintulu.

Pukul 12.00 tengahari, aku dah *ehem-ehem* memulakan perjalanan balik ke Bintulu setelah menghabiskan cuti CNY di Kampung Tanam, Dalat.

Gambar hiasan dari entri Ronda-Ronda Di Kingwood Resort Mukah.

Dijangka sampai bintulu dalam pukul 4.00-5.00 petang. Malam nanti dah plan dengan geng-geng Hepi ;) nak jamming pukul 8.00, hopefully there's still enough reserved energy inside me for this session...

_____
Ada apa: Yup, kondisi jalan Selangau-Mukah dah ada sedikit penambahbaikan berbanding tahun lepas.

The Doubleness Of Moderate Distance Driver (Part 4)


[Scheduled entry] Pagi ni seawal 7.00 pagi, aku dan *ehem-ehem* memulakan perjalanan menuju Mukah seterusnya ke Dalat (Kampung Tanam) bersempena cuti CNY yang bersambung dengan cuti hujung minggu, dengan tujuan meneruskan fasa kedua "unfinished business" yang tertangguh sejak enam bulan lepas.

Daripada apa yang aku dengar, jalan Selangau-Mukah dah bertambah baik walaupun bukan 100% berturap (pilihanraya Sarawak dah dekat), tapi sekurang-kurangnya lebih baik daripada bulan Jun tahun lepas. Harap-harap pemanduan aku meredah jalan ladang ni nanti tidak mengambil masa dua jam seperti tahun lepas.

To be continued...

[Mini Entri] Selamat Tahun Arnab

Oh ya, bersempena dengan CNY tahun arnab ni, Ada Apa Dengan Ijau? ingin mengucapkan Gong Xi Fa Chai kepada semua... Tak kira geng bloggers, pengikut setia, pengomen tegar mahupun golongan silent reader, terutamanya kepada Calvin Chuah (tauke DEG), Engbok of yNot Studio, Miss Ng of Pusat Muzik Reco dan rakan-rakan Cina yang lain.

Imej link dari blog ku di halaman rindu.

_____
Ada apa: T-minus 12 days and counting! \m/

Ada Apa Dengan Skaout?


Jumaat 4/6/2010 - Pagi ni nak pi Sibu bersama-sama famili *ehem-ehem* aku, nak menghantar mak dan adiknya pi stesen bas Sibu, diorang nak pi Sri Aman (ada kenduri kawin saudara). Tapi bukan lalu jalan darat naik Imago aku sebaliknya melalui jalan air menaiki skaout.

Ntah aku pun tak pasti ejaan/sebutan yang betul sama ada skaout, skaut ataupun skaot... Jadi aku pilih skaout sebab lagi best bunyinya... Skaout? Apa itu skaout? Ada apa dengan skaout?

Dawn at Sungai Oya.

Yamaha 250 HP!

Skaout ni sebenarnya istilah orang-orang tempatan (Melanau Dalat) untuk speedboat berenjin 200-250 HP. At top speed, this boat can cruise up to 70+ km/j (laju tu beb!). Dengan tambang RM20 seorang, perjalanan dari Dalat ke Sibu akan mengambil masa dalam dua jam.

The Dalat speedboat service is easily the most interesting way to reach the Melanau Heartland from Sibu. After about an hour on the wide and stately Batang Igan, the speedboat slows its engines and cruises through the narrow, tree-lined Sungai Kut (Kut Canal), stopping at picturesque water villages along the waybefore emerging into the Sungai Oya (Oya River) at Dalat.

Passengers are seated in two rows facing one another, so it’s almost impossible not to make new friends along the way. From Dalat, the first speedboat leaves for Sibu at 6.30 am and the last at 12.30 pm.

- Artikel dari web The Melanau Township of Dalat.

Aku tak banyak snap gambar dari dalam skaout ni sebab over-crowded (dalam 20+ orang per trip), aku rasa ada baiknya korang baca entri blog ni kalau nak tau pengalaman menaiki skaout ni (in a vice-versa trip) jimat masa aku nak menaip blog, hehehe...

Inilah skaout :)
Imej link dari blog redgoldarawana.

It's a new experience for me, sebenarnya naik skaout ni memang best dan enjoy (kalau tak over-crowded) lagi best dari naik bas. Tapi jangan nak jadi hero duduk kat atas (ruangan kargo) atau kat belakang dekat enjin. Bukan apa, kedua-dua tempat tu tadak tempat berteduh, jadi terpaksa berpanas selama dua jam perjalanan, pastinya kena sun-burn.

Jadi, pada sapa-sapa merancang nak datang Dalat, korang boleh pilih sama ada lalu jalan darat atau jalan air menaiki skaout dari Sibu.

_____
Ada apa: Kalaulah enjin skaout 250 HP tu letak kat salui... Salui? Apa itu salui? Ada apa dengan salui? But that was another story...

The Doubleness Of Moderate Distance Driver (Part 3)


[Part 3 - Backdated to 3/6/2010]

Imej link dari Welt-Atlas.de (klik imej untuk saiz besar).

Beberapa minit perjalanan dari simpang Mukah/Balingian tadi menghala ke Bandar Mukah, kita akan jumpa Kingwood Resort di sebelah kanan jalan, resort away from it all, kalau tak silap dalam pamphlet tulis 12 km dari Bandar Mukah. Nanti waktu balik aku nak cuba singgah ronda-ronda kat resort ni...

Kingwood Resort.

Jambatan Mukah.

Dengan melalui jambatan Mukah yang agak cantik ni (merentasi Sungai Mukah), memang dah dekat dengan Bandar Mukah. Kitorang singgah sekejap (sebenarnya lama dekat sejam lebih) makan-makan, ronda-ronda cari ATM dan singgah kat pasar kering/basah Mukah cari barang makanan untuk dibawa balik ke Dalat nanti. Papan tanda "Selamat Datang" ditaja oleh RHB Bank.

Sorilah, tak banyak gambar aku snap kat Bandar Mukah ni. Tengoklah esok-esok kalau ada masa aku ronda-ronda lagi area bandar. Jalan kat Bandar Mukah ni tadaklah susah sangat, aku yang kali pertama melaluinya pun tak sesat, terasa macam lalu kat jalan Bandar Limbang yang jalan-jalannya straight to the point.

Pemandangan Taman Tebingan Sungai Mukah.

Setelah "membuang masa" sejam lebih kat Bandar Mukah, kitorang teruskan perjalanan ke Dalat kalau tak silap dalam 35 km dari Bandar Mukah. Sepanjang perjalanan dari Mukah ke Dalat, jalannya memang bagus bolehlah memecut 100+ km/j tapi aku drive santai 80-90 km/j sahaja ala-ala Tour de Brunei.

Kampung Tanam (latar belakang Sungai Oya).

Dalam sejam kemudian (disebabkan tersalah simpang pi Oya), time check 2.50 petang akhirnya sampai tempat yang dituju, iaitu Kampung Tanam (sebelum pekan Dalat). Rumah *ehem-ehem* aku nun di seberang sungai, jadi terpaksalah park Imago aku kat sebelah sini. Menyeberang sungai dengan salui (motorbot 10-15 HP).

Dari odometer Imago aku, jarak yang aku lalui dari Bintulu lebih kurang 270+ km, yup lebih kurang separuh daripada jarak perjalanan Tour de Brunei. Tapi sekurang-kurangnya kalau memandu ada "co-pilot" ni taklah terasa bosan kan? Cuma tak dapat nak pasang lagu Metal kuat-kuat, hehehe...

_____
Ada apa: Kalaulah dapat drive 4WD...

The Doubleness Of Moderate Distance Driver


Seperti yang telah dirancang beberapa bulan lepas. Pagi ni seawal 6.00 pagi aku akan memulakan perjalanan dari Bintulu menuju ke Mukah dan seterusnya ke Dalat bersempena cuti Gawai Dayak. Kali ni bukan sorang, tapi ditemani oleh *ehem-ehem* (hence the entry title The Doubleness Of Moderate Distance Driver).

Imej link dari Welt-Atlas.de (klik imej untuk saiz besar).

Aku tak pernah memandu menghala ke selatan Bintulu ke arah Sibu (waktu perasmian JKM Sibu hari tu pun naik kereta Jabatan) berbanding ke arah utara (Miri, Brunei, Limbang seterusnya balik Sabah), jadi kali ni merupakan pengalaman pertama aku.

Kalau ikutkan jarak, Bintulu-Mukah lebih kurang jarak Bintulu-Sibu dalam 250km+ (sila rujuk peta). Kebiasaan dari Bintulu ke Sibu akan mengambil masa dalam tiga jam, tapi dari apa yang aku dengar, Bintulu ke Mukah mungkin mengambil masa sehingga lima jam disebabkan jalan yang kurang baik dan ini bergantung kepada kenderaan jenis apa yang dipandu, jangan bandingkan pacuan empat roda dengan kereta kompak, lebih-lebih lagi Imago aku.

Minggu lepas aku dah servis rutin Imago aku kat Perodua Service. Semalam pulak dah periksa tekanan tayar, radiator coolant, wiper reservoir dan benda-benda yang biasa aku periksa seperti waktu aku nak Tour de Brunei.

Dan tak lupa bekalan makanan, minuman dan beberapa CD Metal... Tapi kali ni aku terpaksa pilih band/artis/album yang sesuai, sebab *ehem-ehem* aku tak boleh dengar lagu yang terlampau heavy, sakit kepala katanya... Wings, Search, Lefthanded, Nightwish, Sick Puppies, rasanya oke kot?

Apa tujuan aku pi Mukah dan Dalat ni? Aku rasa korang boleh agak :)

To be continued...

_____
Ada apa: Aku pernah tengok ramai yang lekat sticker "we hate Selangau-Mukah road!" kat kereta...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (171) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (72) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (2) arlo (10) artis tempatan (156) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (5) bag/case (91) barbarik (4) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (13) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (15) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (341) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (79) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (78) botb (21) bourns (5) boxing (68) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (83) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (49) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (17) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (25) dean markley (5) decathlon (9) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (69) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (29) edwards (1) ehem (36) eksperimen (94) electro-harmonix (34) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (286) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (39) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (46) es-335 (2) esp/ltd (246) estock (72) evanescence (1) everlast (12) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (21) filler entry (47) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (9) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (57) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (26) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (39) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (9) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (9) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (239) icb200ex (15) iced earth (10) icon (55) imago (71) imitation (3) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (7) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (300) j5 (15) jackson (78) james hetfield (1) jamming (165) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (6) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (26) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (38) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (117) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (115) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (16) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (21) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (89) lil (31) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (597) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (28) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (12) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (9) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (475) mercyful fate (11) metallica (104) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (21) muf (9) mug (3) mukah (19) mup (171) music bliss (35) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (15) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (265) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (9) nylon maiden (2) of string (30) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (9) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (83) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (373) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (70) pepatung (4) peristiwa (36) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (65) pick (72) pickup swap (105) pickups (231) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (40) plustop pro (1) pm2011 (18) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (44) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (33) restring therapy (116) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (3) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (13) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (52) sibu (11) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (77) solar (1) sonata arctica (3) sony (34) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (33) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (19) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (193) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (13) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (34) sx (10) sze chan (1) t-shirt (68) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (24) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (48) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (19) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (129) tribute (66) trivium (21) tsb6 (7) tuner (38) tv (34) ugly kid joe (4) ultra swede (9) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) when wife cooks (1) wilkinson (1) wings (35) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (491) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger