Showing posts with label dean markley. Show all posts
Showing posts with label dean markley. Show all posts

Pimp Your X-11


Dihubungi oleh Azrul yang ingin menghantar Cort X-11-nya untuk diservis dan dimodifikasi. Sebagai persediaan untuk "projek besar" bulan Oktober-November nanti, iaitu menjadi gitaris gantian untuk sebuah band metal terkenal dari Sibu/Mukah yang bakal membuat persembahan di KL dan Penang.


Untuk tugasan yang digalas, Azrul perlukan gitar bertremolo untuk dive-bomb, sebab itu KIKOSP tidak digunakan. Beberapa bulan ini Azrul agak sibuk dengan side-project dan jelajah gig, sebab itu tidak dapat berkomitmen dengan MUP sehingga hujung tahun. Akupun masih lagi *cuti paternity, jaga anak-anak.


Bridge katanya sebelum ini pernah dipasang dengan Ibanez Edge III daripada GRG270 dan dimodifikasi secara "jury-rig". Kemudian dipasang semula dengan tremolo Cort asal dengan tambahan saddle eBay untuk menggantikan saddle yang rosak.


Begitu juga dengan kaviti spring tremolo di belakang, tidak terlepas daripada modifikasi "jury-rig". Pendawaian masih lagi seperti yang pernah diservis empat tahun lepas. Untuk projek kali ini, segala isi perut akan diganti.


Membuka hardware dan elektronik asal memang mencabar, terutamanya skru yang sudah berkarat teruk yang tidak dapat lagi dibuka menggunakan kaedah biasa.


Untuk projek modifikasi kali ini, Azrul ingin menjadikan X-11 ini kepada humbucker tunggal. Seymour Duncan SH-8B Invader yang ada dalam stok peribadi dipilih menjadi nadi utama, amat bersesuaian dengan genre band pada perenggan pertama tadi.


Kaviti pikap neck dan mid ditutup menggunakan dempul (putty) dan diratakan selepas kering. Kemudiannya dilekatkan dengan sticker kereta bercorak carbon fibre sehingga ke belakang bridge untuk menutup celaan "juri-rig" pada perenggan ketiga tadi.


Dipasang dengan tali gitar jenama Dean Markley Signature Series LTHB (10-52) dan ditala pada talaan Eb-standard. Untuk menyeimbangi saiz 10-52 pada talaan Eb, spring tremolo tambahan perlu dipasang.


Pendawaian Invader yang ringkas ikut citarasa Azrul, hanya volume pot sahaja diperlukan, tak perlu opsyen series-parallel mahupun tombol tone. Output jack pun ditukar.


Aku pernah menjadikan Mirage aku berkonfigurasi humbucker tunggal begini beberapa kali (L-500XL, Super 3), tapi belum bersedia untuk menutup kaviti pikap SS secara kekal.


*Atas sebab-sebab cuti paternity, projek ini mengambil masa 4-5 hari untuk disiapkan. Terpaksa dibuat secara berperingkat, sehari curi-curi masa 1-2 jam. Yang pasti, projek ini berjaya disiapkan sebelum dateline 15 September yang mana Azrul akan mula menggunakan X-11 ini untuk sessi latihan. Semoga berjaya.

_____
AADI: Teringin nak jamming.

Tali Gitar Gaya Pos (Part 3)


Satu lagi pembelian bersempena Black Friday tahun lepas, batch ketiga daripada Strings By Mail. Dan seperti keputusan dalam entri batch pertama, aku hanya akan membuat pembelian melalui SBM untuk tali gitar bersaiz pelik, jenama/model yang susah dicari dan tambahan signature series pada harga yang murah.


Batch kali ini terdiri daripada GHS David Gilmour Signature Series Blue (10-48), Red (10.5-50), Dean Markley Signature Series LTHB (10-52) dan D'Addario EXL115BT (11-50). Biasanya aku akan membeli dalam 4-5 unit sahaja per batch, jika lebih daripada lima unit, kos pengeposannya akan berganda-ganda daripada US$4.69 menjadi US$13.24, sudah tidak berbaloi.


Selain SIT, Dean Markley juga antara jenama yang susah diperolehi atau langsung tidak dijual di sini, kenal jenama ini pun melalui Bro Sub. Tertarik dengan kaedah pembungkusan terbaru Dean Markley yang seakan-akan D'Addario. Mungkin kaedah sebegini terbukti tahan karat dan juga jimat dari segi kos berbanding kaedah klasik?


Tidak seperti siri Boomers dalam paket plastik, siri signature David Gilmour ini menggunakan kotak seperti sigtanure Santana. Yang berbeza kali ini ialah penggunaan paket plastik kedap udara dan tidak lagi cara klasik dalam sampul kertas. Adakah kaedah ini tahan karat jika disimpan lama? Kita tunggu dan lihat...

_____
AADI: Perlu habiskan stok lama.

Guitar Talk: Strings Story


Hari ni kalau ikutkan aku malas nak buat entri (walaupun dalam draft ada dua entri Maiden Tribute), tapi tiba-tiba pagi tadi dapat idea daripada entri Bro Sub ni. Cerita pasal string dan pick, tapi cerita pick tu rasa-rasanya simpan dululah... Nanti dah tadak idea baru bukak cerita pasal pick (aku pun kumpul pick jugak).

Setakat ni, ini saja string yang aku ada. D'Addario selalu dapat free setiap kali bila beli gitar daripada Dead Eye Guitars (empat gitar = empat paket D'Addario), Dean Markley dan DR pulak complimentary from Bro Sub. Cuma string Alice dan Stagg saja yang aku beli sendiri (string murah hehehe). Dua-tiga daripadanya merupakan kotak/bungkusan kosong sebab string dah pasang, tapi macam best pulak kumpul kotak kosong ni (dah dasar collector, benda macam ni pun boleh dikumpul).

D'Addario - Personal preference, semenjak aku mula berkecimpung dalam dunia kegitaran ni tahun lepas (erk, baru setahun lebih), memang D'Addario saja yang aku guna. Sehingga aku mula-mula belajar pasang string (restring) gitar aku guna string Alice yang murah, sebab kalau salah pasang ke apa ke tadaklah rasa rugi sangat.

So far, gauge .009-.042 was the best gauge for my playing style. Jazz light gauge .012-.052 belum pernah pasang lagi, tapi dalam perancangan nanti nak pasang guna B-standard tuning ala-ala 7-stringer (minus high-E string), antara scale 24.75" dan 25.5" rasa-rasa yang mana satu sesuai dipasang gauge besar ni untuk B-tuning?

Alice string, .009-.042 gauge RM16.00 @ Hollywood Music, KK Plaza
(diskaun jadi RM14.00)

Alice - Setakat ni aku rasa string Alice ni antara string yang murah dan best. Walaupun agak kasar berbanding string mahal, tapi ia boleh dikatakan tahan lama. Aku pasang kat Mephisto aku awal Januari lepas, sampai April masih oke lagi (dengan penjagaan yang rapi).

Berbanding string Stagg (regular .010-.046 gauge, RM15.00 @ Zoso Music Bintulu) yang sekarang aku pasang kat Abominations, baru dua minggu pasang dan bawa jamming sekali dah nampak berkarat, walaupun dengan penjagaan yang rapi, aik? Jadi lepas ni string Stagg memang terkeluar daripada senarai. Nanti nak cuba jenama murah yang lain...

Dean Markley - Ni lagi satu string yang best, aku rasa string ni dah dua kali aku "recycle" (hehehe), mula-mula pasang kat Kelly Kelly, bila nak let-go Kelly Kelly awal bulan ni, aku ganti dengan string D'Addario baru, yang Dean Markley tadi aku pasang kat Dinoscars. Sampai sekarang masih lagi belum menunjukkan apa-apa kesan dimakan usia (selain kesan hentaman pick yang ganas). Yup, you're right Bro Sub, this string was awesome!

DR String - Another complimentary from thE guitaR addicT!, string ni agak istimewa sebab bersalut (coated) warna hijau, yup warna HIJAU! Buat masa ni aku belum lagi pasang string ni kat mana-mana gitar aku, mungkin nanti nak pasang kat Dinoscars bila string Dean Markey tadi dah sampai seru. Sekurang-kurangnya sepadan dengan badan Dinoscars yang jugak berwarna hijau (Ijau D. Koceng signature series hehehe). Dengar-dengar Oriaj pun sekarang dah pakai string DR, betul ke?

Elixir string - Stock string bass untuk Black Ice aku (aku tak tau la berapa harga string Elixir untuk bass, mungkin boleh mencecah RM200 kot?) Aku beli Black Ice aku Krismas tahun lepas, sampai sekarang dah masuk tujuh bulan tak termasuk berapa lama bass ni melepak kat kedai. Sehingga kini string Black Ice aku ni masih lagi berkilat (seperti biasa dengan penjagaan rapi), kecuali ada "bulu-bulu" halus salutan (nanoweb/polyweb) yang terkupas hasil hentaman ganas picking style.

Mungkin nanti bila aku dah cuba beberapa string jenama lain, mungkin aku akan sambung entri ni lagi. Kadang-kadang teringin jugak nak cuba artist-related strings, tapi bukannya dengan string tu aku boleh terer main macam artis yang dimaksudkan, betul tak? (But just for collections).

To be continued...

_____
Ada apa: String apa yang paling panjang?

Meet Miss Kelly


Mula-mula aku nak buat tajuk entri ni sebagai "Kisah Cintaku Dengan Kelly", tapi nanti akan menginggung pihak-pihak tertentu. Setelah fed-up menunggu VMNTx yang tak kunjung tiba, jadi aku pun order Jackson JS32T Kelly sebagai ganti dari Dead Eye Guitars (macam biasalah).

Btw, JS32T series ni merupakan model baru untuk tahun 2010, up daripada model JS30 series dengan kelebihan sharkfin inlays, compound radius fretboard dan beserta sekali dengan gigbag Jackson yang amat menarik.

Jackson JS32T Kelly

Daripada shape Dinky, Warrior, Kelly, Rhoads dan King V untuk JS32T series ni aku tak pilih Dinky sebab nampak biasa saja (aku dah ada superstrat), Rhoads dan King V memang dah terkeluar dari list sebab tak selesa. Dan ada sesuatu pasal shape Kelly ni:

  1. Aku suka gitar-gitar shape Explorer ni, extreme yet still sleek dan masih sesuai dengan genre muzik yang selalu aku main, tak macam shape macam gitar-gitar B. C. Rich yang agak janggal kalau main genre muzik yang tak berapa keras.
  2. Aku ada suruh *ehem-ehem* aku pun pilih shape gitar-gitar Jackson, dan dia pilih Kelly (warna putih walaupun aku berkeras order warna hitam) berbanding shape yang lain.
  3. Daripada survey, 40% memilih JS32T Kelly berbanding calon-calon lain.

Meet the Kelly (spesifikasi)

  • Brand: Jackson
  • Model: JS3 series
  • Model Code: JS32T Kelly
  • Made In: India
  • Serial No: NHJ0907464
  • Construction: Bolt-on
  • Body: Indian Cedro
  • Neck: Maple (compound radius)
  • Fingerboard: Rosewood (with legendary Jackson's Sharkfin inlays)
  • Pickups: Jackson CVR high output humbucker pickups
  • Colour/Finish: Glossy black
  • Hardware: Chrome
  • Scale: 25.5"
  • Fret: 24 jumbo
  • Bridge: Tune-O-Matic with string thru-body
  • Extra feature: Comes with cool Jackson gigbag
  • Price paid: RM13xx + RM40 (parcel post @ pos biasa)

Untuk spesifikasi lebih lanjut boleh rujuk pada website rasmi Jackson Guitars.

At least I got "Jackson" emblem, not "by Jackson"

Jackson CVR high output pickups, volume knob, pickup selector, tone knob.
Walaupun in-house pickups, tapi nampak best pulak kan covered pickups ni?

Die cast plate dengan emblem Jackson dan serial number pada bolt-on neck joint.

Made in India, made in India...

Dari sessi "pandu-uji" dengan Behemoth + Sony MDR-XD100 headphone, sound yang dihasilkan tak jauh beza dengan Mephisto aku, macam biasa - neck pickup sesuai untuk solo dan clean channel, bridge pickup pulak sesuai untuk heavy riff dan powerchords. Orang kata high output pickups memang tak best main clean channel, tapi untuk pickup CVR ni aku dengar macam oke je clean channel, or is it just me and my onion opinion?

Tapi yang aku tak puas hati, string high-E putus waktu aku tengah test bend 2-3 solo note. Nasib baik putus kat pangkal, sekurang-kurangnya nanti boleh recycle pasang kat gitar lain yang guna locking tremolo. Aku dah restring dengan string Dean Markley yang aku dapat free dari subversion.sg @ tHE gUITAR aDDICT! - so far, feels like normal string. Have to wait for abusive vigourous punishment this weekend.

Dengan neck yang memang nipis (trademark gitar-gitar Jackson) dan jumbo frets, aku rasa senang nak main guna Kelly ni berbanding Mephisto. Nak buat powerchords laju-laju pun senang. Aku malas nak puji Kelly ni macam-macam nanti orang kata sebab hype gitar baru. Bagi aku, selain bentuk yang menarik, neck yang nipis dan jumbo frets... Yang lain-lainnya sama saja macam gitar-gitar lain. Tapi yang membuatkannya lebih menarik sebab ia datang sekali dengan gigbag yang amat menarik! (Bab cat terkopek tu malas aku nak cerita)

Jackson High Quality Gigbag

Made especially for Kelly, Warrior, Rhoads and King-V, and inclusive with every Jackson JS32T series. Jadi tak payah susah-susah cari gigbag (atau hardcase) untuk Kelly ni. Memandangkan memang susah nak mencari gigbag untuk gitar berbentuk ekstrim.

Cool Jackson gigbag

Made in China though (tak macam gitarnya yang made in India)

Padded handle

Jackson bomb?

Owh ya, sebelum aku lupa... Seperti biasa untuk gitar-gitar aku, pastinya akan ada nickname. Pasal malas nak pikir banyak, aku bagi gitar ni nick KELLY KELLY in tribute to WWE Dive Kelly Kelly and of course it's a Jackson Kelly in a first place damn it!

(Hehehe kucing aku seekor nama Dinky, seekor nama Kelly)

_____
Ada apa: Walaupun ada orang dah bagi nick Ky Elly untuk gitar aku ni tapi aku tetap nak bagi nick Kelly Kelly jugak - dengan alasan, gitar aku, aku punya sukalah! Hahaha~

tHE gUITAR aDDICT!


I've been following this blog about guitars (and sometimes about Metal music) called tHE gUITAR aDDICT! - "talk guitar & everything in between" since last year. Managed by a quite anonymous person known only by the name of subversion.sg or just sub from Singapore.

Pastinya blog ni amat terkenal di kalangan peminat-peminat gitar dan mat-mat shredder serata Singapore dan Malaysia disebabkan info-info yang menarik dan amat berguna. Oriaj pun follow jugak blog ni kan? And as the name implies - this guy really addicted with guitars! With whooping 30+ axes in his collection! And most of it were high end models (check-it out here). Aku ni yang cuma ada tiga gitar dan satu bass pun dah ada orang cakap macam-macam...

Aku mula aktif memberikan komen semenjak penghujung tahun lepas, sebab aku tengok setiap entri yang dibuat kadang-kadang tadak sapa pun komen. So, as a quick learner and apprentice wannabe, kira akulah yang paling rajin komen (dengan komen-komen yang membina la kan). Jadi sebagai penghargaan kepada tukang komen yang paling rajin, subversion.sg dengan baik hatinya menghadiahkan aku dengan sedikit cenderamata penghargaan...

Walaupun hampir dua minggu menunggu tapi tetap sampai, tapi apa isinya?
Still an anonymous person, return address and sender's name not included...

Assorted picks dan Dean Markley .009 -.042 gauge electric guitar strings.
Sapa-sapa yang selalu beli string gitar, kat mana ada jual Dean Markley ni?

Assorted picks - Hah! Pastinya aku takkan guna picks ni, lawa-lawa beb! Simpan dalam album picks aku (album stem yang diubahsuai). Siap ada dua signature series daripada Ibanez (Paul Gilbert dan Steve Vai).

Simple yet nice paper packaging, even comes free with Dean Markley sticker (left). Aku cuma pernah guna string Alice, D'Addario dan Elixir (stock strings for my Black Ice), jadi aku tak tau kelebihan string Dean Markley ni... Kena tanya pada yang pakar.

Sila layari website rasmi Dean Markley untuk maklumat lanjut.

Kira hari ni memang hari hepi ;) aku, pagi tadi Kelly aku sampai (walaupun ada sikit masalah), sebelah petang pulak dapat bungkusan ni.

_____
Ada apa: Hey sub... If you are reading this entry, thanks for strings and picks bro! Love'em all!

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (59) adrian smith (21) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (16) alice (12) amcorp mall (12) amplifier (167) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (165) anthrax (1) arlo (9) artis tempatan (157) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (20) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (8) bag/case (90) barbarik (2) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (14) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (347) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (40) blades (5) blaze bayley (31) blind guardian (22) blogging blues (79) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (74) botb (21) bourns (5) boxing (53) brado guitars (7) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (25) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (83) cheers (3) children of bodom (28) ck music (66) cleartone (3) cog (12) coke (5) coklat (20) cola (13) compilation (70) conception (2) console games (43) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (18) d'addario (63) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (31) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (7) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (52) digitech (26) dimarzio (69) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (19) ec-256 (28) ec-257 (20) eclipse-ii (27) edwards (1) ehem (37) eksperimen (94) electro-harmonix (32) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (41) emo (289) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (39) epiphone (179) erectus (29) ernie ball (44) es-335 (2) esp/ltd (239) estock (72) evanescence (1) everlast (7) evh (2) exists (9) f-54 (9) f&n (19) fallout (18) family (86) fear factory (3) fender (20) filler entry (47) fishman (3) flashback friday (50) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (25) fusion (3) g-hr3-68 (5) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (54) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (132) gator (26) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (39) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (5) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (7) hammerfall (19) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (9) hillsburg (2) historical (17) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (32) ibanez (238) icb200ex (15) iced earth (10) icon (51) imago (73) imitation (3) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (3) iron maiden (175) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (302) j5 (15) jackson (77) jamming (163) jamtank (46) jepak (9) jim dunlop (84) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (26) jr (28) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (7) kakis store (4) kamelot (28) karisma (4) kaset (37) kawan (392) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (112) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (111) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (19) kuala lumpur (42) kuala penyu (1) kuching (14) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (20) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (88) lil (38) limbang (7) limited edition (72) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (6) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (94) m-50fr (28) mackie (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (618) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (21) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (12) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (68) melaka (13) membakut (47) memori (463) mercyful fate (11) metallica (100) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (55) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (109) mrs (61) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (169) music bliss (32) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (13) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (32) new gear (260) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (124) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (9) nylon maiden (2) of string (29) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (42) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (15) pandora mini (12) panik (5) pantai (8) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (76) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (365) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (65) pepatung (4) peristiwa (37) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (14) pic of the day (65) pick (72) pickup swap (102) pickups (223) pkp2020 (26) pkp2021 (22) pl1 (9) planet waves (19) playstation (39) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (23) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (9) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (35) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (30) restring therapy (115) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (3) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (5) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (12) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (59) shopee (47) sibu (11) sick puppies (5) signboard (17) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (77) solar (1) sonata arctica (3) sony (33) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (31) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (15) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (190) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (14) super album (105) superlux (4) susu (20) sv guitars (3) swee lee (34) sx (10) sze chan (1) t-shirt (68) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (21) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (37) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (44) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (17) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (51) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (137) tribute (65) trivium (21) tsb6 (7) tuner (38) tv (33) ugly kid joe (3) ultra swede (7) usm (8) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (485) wrestling (14) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (127) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger