Ada Apa Dengan Craftsman? (Part 2)


Beberapa minggu lepas aku ada merapu pasal model terbaru gitar-gitar Craftsman dari CK Music, satu daripadanya ialah model ST140.


Berikut antara gambar-gambar racun terbaru gitar-gitar Craftsman yang aku perolehi (link) dari Facebook.


Tertarik dengan dua buah model di atas ST40 (SSS) dan ST140 (HSS), natural finishing dan gloss maple fretboard memang mengiurkan. Dan kebetulan sekarang sedang berlangsung Year End Sale di CK Music, ST40 dan ST140 kini berharga RM6xx!

Natural, sunburst, dark violin *slurp~*
yang mana satu idaman kalbu?

Dan apa yang menarik mengenai model ST40 dan ST140 ni, ia dilengkapi dengan pikap Wilkinson! Thumbs up untuk Craftsman dan CK Music (tak lupa City Music, Singapore).

Daripada info website Wilkinson, seketul pikap singlecoil Wilkinson ni berharga £32-33 (RM160-165), jadi untuk gitar yang berharga RM6xx, ia amat berbaloi. Dan lagi best kalau tremolo pun menggunakan Wilkinson, hahaha...

Thanks to Bro Amizan of CK Music for these images (linked from his Facebook).

_____
Ada apa: Kalaulah aku ada di KL sekarang ni kan bagus, boleh singgah CK Music kejap.

Maple Mirage!


Pengganti kepada Replacement (RG350M) yang dimaksudkan ialah ESP LTD M-103FM. Ya M-series (Mirage) versi LTD, kalau versi ESP memang aku tak mampu (buat masa ni).

Sekali imbas ia tak jauh beza dengan dengan Replacement - superstrat, warna hitam, maple fretboard, floating bridge. Hinggakan Mrs. Ijau pun komplen "Aik? Sama je macam gitar yang jual hari tu?".

Tapi secara spesifik ia berbeza dari segi reversed headstock, HSS pickups, flamed maple top with matching headstock. Aku memang suka gitar yang menggunakan maple fretboard, ada suatu perasaan yang agak berbeza di hujung-hujung jari ketika menekan fretboard maple berbanding rosewood (subjektif).

ESP LTD M-103FM

"The ESP LTD 'M-series' short for Mirage, are superstrat style solid body electric guitars manufactured by ESP.

All except one of the M-series guitars are manufactured in Indonesia, with only the M-400 model being manufactured in Korea. All the guitars in the series have the same general layout with 1 tone control, 1 volume control and a 3 way pickup selector. The ESP Standard Mirages however are instead manufactured in Japan and are more upmarket guitars"

- Hype dari Wikipedia.

Tak berapa nampak corak flamed maple pada badan gitar.

Meet the Mirage (spesifikasi)

  • Brand: ESP LTD
  • Model: Mirage
  • Model Code: M-103FM
  • Made In: Indonesia
  • Serial No: IW11060781 (June 2011?)
  • Construction: Bolt-on
  • Body: Basswood body with faux flamed maple top
  • Neck: 1-piece maple
  • Fingerboard: Maple with dot inlays
  • Pickups: ESP LH-150 x1, ESP LS-120 x2 (HSS config)
  • Colour: See-thru black (STBLK)
  • Hardware: Black nickel
  • Scale: 25.5"
  • Fret: 24 extra jumbo (XJ)
  • Bridge: Floyd Rose Special (FR Special)

Set as standard tuning EADGBE.

Reversed headstock, locking nut, string retainer. Headstock juga mempunyai corak flamed maple sama seperti badan (matching headstock). Btw, apa kelebihan reversed headstock?

ESP tuners, 1-piece maple neck, neck yang tak setebal neck Les Paul dan tak senipis RG, agak sedang-sedang saja dan selesa digenggam seperti neck Abominations. Made in Indonesia (MII) - seperti gitar-gitar Ibanez, sememangnya seni pertukangan luthiers Indon memang halus.

Seperti model-model gitar/bass LTD yang lain, nama model ditulis pada fret ke-12 (pearloid). Ia menggunakan extra jumbo (XJ) frets yang agak tinggi, lebih mudah untuk menekan fret terutamanya untuk shredder (I don't shred, yet), tapi agak janggal bagi aku yang dah biasa guna medium dan jumbo frets.

Masih lagi menggunakan neck plate pada neck joint (slightly bevelled), lebih kurang macam yang ada pada Abominations dan Les Pirate aku dulu. Dalam bab ni aku lebih suka neck joint jenis AANJ (all access neck joint) tanpa neck plate seperti yang ada pada gitar-gitar Ibanez, walau bagaimanapun neck plate ni masih lagi selesa, tak tajam seperti yang ada pada Les Pirate.

Bila dah zoom dekat macam ni baru boleh
nampak corak flamed maple pada badan gitar.

HSS pickups (ESP LH-150/LS-120/LS-120), VOLUME and TONE knobs, 5-way switch, FR Special bridge. FR Special ni lebih kurang macam bentuk Ibanez ILT bridge pada Mephisto (GRG270) aku dulu, ia agak "tinggi" berbanding dengan Edge-III pada RG series, jadi agak janggal dan perlukan masa untuk membiasakan diri.

Kelebihan:

  1. Flamed maple top with matching headstock, +1 for appearance (walaupun ia hanyalah faux flamed maple). Plain black is boring!
  2. Extra jumbo frets, lebih mudah untuk menekan fret.
  3. Pikap humbucker LH-150 yang boleh membuatkan penggemar distortion tersenyum lebar.

Ruang kaviti yang bersih, pematerian wayar juga kemas dan ringkas, senang nanti kalau-kalau aku nak tukar pikap lain. Kedua-dua pot VOLUME dan TONE adalah dari jenis 500K.

Kelemahan:

  1. FR Special yang agak ringkas, senang out-of-tune kalau tak biasa menggunakan floating bridge (tremolo/whammy). Agak mencabar juga untuk mendapatkan personal preference (action and pickup heights, spring tensions, whammy bar torque).
  2. Pointy headstock, amat mudah "tercedera" kalau tak berhati-hati. Ia juga lebih panjang berbanding headstock RG, dan memang tak muat dalam gigbag Gator bau buaya, terpaksa guna gigbag OGB.
  3. Kalau pikap humbucker LH-150 memuaskan hati, tapi kedua-dua pikap singlecoil LS-120 agak mengecewakan untuk clean tone (pendapat peribadi).

Sistem spring FR Special yang digunakan agak ringkas, sama seperti sistem spring untuk ILT. Tidak ada penahan spring pada bridge block, kebarangkalian spring akan terlepas adalah tinggi sekiranya terlalu kasar menggunakan floating bridge.

Pada siapa-siapa yang ada Ibanez menggunakan Edge-III, anda memiliki floating bridge system (tremolo/whammy) yang lebih bagus berbanding FR Special ni. Dan yang pasti Edge-Zero II with ZPS system yang ada pada Ibanez RG terkini adalah jauh lebih canggih daripada Edge-III, ILT mahupun FR Special ni (I might get another RG with Edge-Zero II in the future, word!).

Walaupun bentuknya superstrat dan tak jauh beza dengan bentuk Ibanez RG, tapi terus terang aku memang janggal bila pertama kali menggunakan M-103FM ni, mungkin disebabkan extra jumbo frets, konfigurasi pikap HSS dan fine-tuners pada FR Special yang "tinggi" agak sukar nak palm-mute. Perlukan masa untuk membiasakan diri, sebab gitar ni akan menjadi gitar utama aku di rumah (bedroom player) atau ketika jamming (Goldie tidur dalam keranda).

Nickname? Malas nak pikir banyak, aku bagi nick MIRAGE saja... Welcome to the LTD camp! Sekarang dah boleh geng dengan Jairo :)

_____
Ada apa: Kepada saudara Muspeed, buat masa ni aku cuma ada dua buah gitar dan sebuah bass saja.

Ada Sesuatu Dari Sandman Guitar


Khamis (24/11/2011) - Kalau sebelah paginya menerima kotak besar yang dihantar oleh ABX, sebelah petang pula menerima kotak kecil yang dihantar oleh GDex.

Hujung-hujung tahun ni hampir semua premis-premis muzik terkenal di Malaysia mengadakan jualan akhir tahun (year end sale) antaranya CK Music (pasti!), Music Master Studio, Pusat Muzik Reco dan tak lupa Sandman Guitar Centre.

Info dari Facebook Sandman Guitar, mereka sedang mengadakan promosi untuk pedal-pedal Danelectro dengan diskaun sehingga 40%! Jadi aku tak lepaskan peluang untuk memiliki pedal Cool Cat Chorus CC-1.

Pedal, kotak, manual dan beberapa sticker "vintage" Cool Cat.

Semenjak beberapa bulan lepas aku memang GAS dengan pedal CC-1 ni, ditambah pula dengan harganya (harga promosi) yang setaraf dengan (atau lebih murah berbanding) harga pedal-pedal Behringer. Pedal CC-1 ni aku perolehi dengan harga tak sampai pun RM150 (termasuk kos kurier GDex).

Efek chorus pada FX600 agak kurang menyerlah (kebiasaannya aku gunakan FX600 ni untuk efek delay atau pitch shifter), aku perlukan sebuah pedal untuk simple jamming rig aku. Selain harganya yang murah, entri Bro Sub berkaitan CC-1 ni juga merupakan faktor utama kenapa aku memilih pedal chorus ni berbanding pedal chorus jenama/model lain.

MIX/EQ, SPEED, DEPTH knobs, INPUT, OUTPUT , DC 9V jacks.
Agak leceh nak laras tombol-tombol pada kedudukan macam ni.

Kelebihan

  1. Murah, memang murah. Pound-per-pound ia jauh lebih berbaloi berbanding pedal chorus Behringer.
  2. Sturdy metal chassis, pijak berkali-kali pun tak pecah.
  3. Ruangan bateri (battery compartment) yang senang diakses.
  4. Comes with Danelectro very own 9V battery!

Heh! Bateri 9V pun berjenama Danelectro?

Kelemahan

  1. Tombol-tombol yang kecil dan berada di sebelah atas (area INPUT/OUTPUT jack) agak janggal dan leceh untuk dilaras.
  2. Bentuk yang ganjil?
  3. Agak susah diperolehi secara online (ikut pengalaman aku).

Bunyi? Setakat ni aku suka konfigurasi 12 o'clock (tengah-tengah) pada keempat-empat tombol (seperti gambar keempat di atas), efek chorus yang sesuai untuk menambahkan "kelunakan" pada clean tone (picking or strumming).

Ia juga disertakan dengan tiga jenis Cool Cat sticker (tiga keping setiap satu corak) dengan tema corak "vintage" era 50an. Imej budak tu macam aku pernah tengok, kalau tak silap dalam game Fallout III dan Fallout: New Vegas.

Kalau nak cari pedal chorus yang bagus pada harga yang ekonomi, aku sarankan untuk memilih pedal CC-1 ni berbanding pedal chorus jenama/model lain dalam lingkungan harga yang sama (Beta-Aivin, Behringer atau Danelectro FAB).

Lepas ni nak cuba Cool Cat Metal CM-1 pula.

_____
Ada apa: Bro Sub, thanks for the recommendations :)

Ada Apa Dengan Omelet AADI?


Teringin nak bersarapan dengan masakan barat (western food), kebetulan di dapur ada ubi kentang, telur, baked beans (dalam tin) dan mayonis. Hasilnya...

Omelet AADI with potato wedges and baked beans.

Inilah masakan cincai, walaupun aku dah selalu tengok Masterchef Malaysia, tapi masih kureng dari segi hiasan. Kalau ada sosej Ayamas premium frankfurter (cheese or mushroom) mesti lagi gempak rasa hidangan ni.

Owh I missed McDonald's Big Breakfast set.

_____
Ada apa: Alhamdulillah Mrs. Ijau sekarang dah kembali memasak, dah tak berapa alahan lagi...

Antara AMOLAD Dan One Shot One Kill


Pic of the day - Pagi tadi waktu aku sedang mencari tempat letak kereta bersebelahan CIMB Bintulu, aku ternampak sebuah MyVI dengan sticker besar logo crossgun Eddie (album AMOLAD) yang dilekat pada cermin tailgate. Whoa! Aku memang *iri hati tengok sticker ni, dalam hati aku mesti tuan punya MyVI ni peminat tegar Iron Maiden.

Cuma aku musyrif musykil dengan ayat yang ditulis pada bawah logo crossgun Eddie tu berbunyi "ONE SHOT ONE KILL". Aku nak snap dekat-dekat segan la pula sebab dalam MyVI ada orang, hehehe nanti apa pula dia pikir. Setahu aku, tak ada tajuk lagu Iron Maiden mahupun lirik lagu mereka yang berbunyi "one shot one kill" (Deaf-Angel, Dr. Ben, Berteromber - tolong betulkan kalau aku salah, korang lagi otai bab Maiden ni).

Kalau aku terjumpa lagi MyVI ni, aku akan cuba snap gambar yang lebih jelas.

[Entri-Mini] Salam Maal Hijrah 1433H

Selamat menyambut tahun baru 1433H kepada pembaca blog AADI tak kira geng bloggers, pengikut setia, pengomen tegar mahupun golongan silent reader. Apa azam tahun baru anda? Harapnya semua berhijrah ke arah yang lebih baik.

_____
Ada apa: *Kebetulan hari ni aku pakai t-shirt Brave New World.

Ada Apa Dengan Headstock? (Part 9)


GAS sudah menjadi cecair...

Ya aku tau, LTD je bukannya ESP.

Pengganti Replacement (Replacement's replacement, got it?). Sekarang dah melompat pi kem LTD pula. Order dari Crinson Music beberapa hari sebelum Raya Haji, baru semalam dapat, memang GAS gila-gila wei~ [truncated as per request, hahaha!~]

_____
Ada apa: Model apa?

Ada Apa Dengan 2011 Year End Great Music Sale?


Acara tahunan CK Music yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang GAS dengan alatan muzik berjenama Vox, Line 6, Hartke, Bogner, Korg, Zoom, Ovation, Hamer, Custom, Craftsman, Wharferdale Pro, Kurzweil dan Mono.

Tidak seperti tahun lepas, katalog tahun ni lagi menarik penuh berwarna-warni (download sale catalog here). Tahun ni aku terGAS Craftsman ST120, Zoom G3, Korg Pitchclip dan Hartke VXL. Tapi entahlah, kena pikir betul-betul ni...

Adi, apa macam dengan EBMM StingRay copy tu?

_____
Ada apa: Bonus oh bonus...

Ada Sesuatu Dari Crinson Music


Nampaknya barangan yang dihantar dari Lembah Klang (KL/PJ/SA) menggunakan khidmat ABX Express akan sampai di Bintulu dalam tempoh dua hari (seperti Clover dulu), kerana ia akan tiba di Kuching terlebih dahulu sebelum transit ke Bintulu. Kotak di sebelah kanan ni dihantar hari Selasa lepas (22/11/2011) dan baru saja diterima sekitar 10.00 pagi tadi.

Alangkah baiknya kalau PosLaju tidak mengenakan had panjang 105 cm untuk bungkusan (macam dulu), kotak macam ni hanya dikenakan cas RM80-100 dan sampai hari bekerja berikutnya, berbanding ABX yang mengenakan cas RM90-120 tapi sampai selepas dua hari.

Lain kali aku nak cuba guna khidmat City-Link pula, macam kes GC-V gigbag aku tahun lepas, sampai hari bekerja berikutnya.

Hint? Hahaha poster 'korban' Children Of Bodom Singapore.

Oke, dah habis dah bab merapu pasal servis kurier. Kali ni aku menerima bungkusan (kotak) dari Crinson Music yang pastinya berisi sebuah gitar. Gitar apa pula kali ni? Will be revealed later (daripada label kotak pun dah boleh tau kan?)... Tapi yang pastinya ia merupakan pengganti kepada Replacement yang aku let-go beberapa minggu lepas (Replacement's replacement, got it?).

Resit, kad bisnes, tremolo arm, Allen keys, tag ESP/LTD SIT strings, dan beberapa aksesori tambahan (Dunlop 02, Ernie Ball pink).

Oh ya, mungkin ramai yang tak tau kewujudan premis Crinson Music ni (Setia Alam, Seksyen U13, Shah Alam), aku pun belum pernah sampai ke sana lagi. Sebenarnya ia baru saja dibuka (dah rasmikan ke belum?) beberapa bulan lepas dan dimiliki oleh seorang "rakan" yang memang meminati gitar. Premis ni juga katanya memiliki studio jamming yang menggunakan amp Marshall dan Hartke. Huh! Kalau ada peluang nanti aku serbu premis ni!

_____
Ada apa: SIT? Somewhere in time?

Ada Apa Dengan Crinson Music? (Part 2)


[Filler entry] Crinson Music And Guitars showroom sneak peek...

Argh! Geramnya aku, kebanyakkan gitar yang ada merupakan gitar yang sedang atau pernah ada dalam wishlist aku.

  • Ibanez - DN520K, RG470AHZ, RGR321EX, RGA42TFMZ, PGM3, SRX430, GARTB20
  • ESP/LTD - F-50, EC-50
  • Jackson - JS32R Dinky, JS32 Kelly
  • Epiphone - LP Custom, LP PlusTop Pro/FX, LP Nightfall

Location: To be revealed later (again) Setia Alam, Seksyen U13, 40170 Shah Alam.

_____
Ada apa: Yes, it's CRINSON not CRIMSON.

Ada Apa Dengan Drum Digital?


Best ke main drum digital? Daripada pengalaman rakan-rakan drummer, bermain drum digital ni susah nak mencapai tahap "orgasm" seperti bermain drum akustik.

Medeli DD506, imej link dari website Medeli.

Sebelum ni aku cuma tau drum digital dari jenama Roland, Yamaha, Casio dan Korg sahaja. Baru sekarang aku tau ada jenama Medeli yang agak ekonomi harganya...

_____
Ada apa: Aku tak reti main drum...

Sessi Jamming Z Studio (Part 2)


Sabtu (19/11/2011) - Pada mulanya ia dijadualkan sebagai sessi jamming Metuk Ulau Projekt (part 3), tapi tak cukup korum disebabkan Adi Herman tak dapat nak turut serta atas urusan keluarga dan kerjaya. Jadi sessi jamming kali ni hanyalah sessi jamming biasa Hepi ;) di Z-Studio, dengan penampilan khas Korawk sebagai pemain bass.

Ya aku tau asyik-asyik lagu yang sama saja dalam setlist - paling banyak cover lagu-lagu Iron Maiden dan Wings. Bagi aku, biarlah kita main lagu yang sama (favourite songs) berulang-ulang kali sampai kita yakin, konsisten dan kurang kesalahan (dari segi lirik, vokal, muzik, persefahaman, persembahan), barulah kita mencuba lagu lain yang agak kompleks dan progresif. Tapi aku masih tak hafal-hafal lirik lagu Ranggi Metropolis walaupun beberapa kali dah main lagu ni.

Disebabkan Replacement (RG350M) dah let-go beberapa minggu lepas, jadi kali ni giliran Goldie untuk beraksi (sebab ni saja gitar yang aku ada sekarang ni, hahaha). Tapi aku memang puas hati dengan output pikap Tesla Plasma-2 ni, dah terasa macam main Eclipse berbanding Les Paul.

Senyum tandanya "hepi". Korawk nampaknya kurang selesa menggalas bass Stagg B300-BK J-bass copy kepunyaan studio. Anang irau jangan risau bro, untuk sessi akan datang dipersilakan kembali bermain gitar. Azrol seperti biasa, menggunakan GRX40 dan RP55 kepunyaannya, nampaknya Azrol dah semakin mahir menggunakan RP55 ni.

Kali ni Bob Kandar tak bawa double-pedal, jadi untuk lagu-lagu yang rancak agak kurang terasa nadinya. Tapi katanya dia berpuas hati dengan sessi jamming kali walaupun tidak se"happening" sessi jamming dua jam beberapa minggu yang lepas.

Kali pertama aku mencuba Pod X3 untuk sessi jamming, walaupun beberapa patches (gitar+vokal) aku dah set dalam user folder, tapi akhirnya aku terpaksa disabled patches untuk vokal disebabkan volume kurang konsisten - kejap rendah, kejap tinggi, kejap feedback (clip).

Tapi untuk patches gitar memang superb! Terutamanya bunyi 1990 Brit J-800 (modeled after Marshall JCM-800) yang mengaum bila disambung dengan amp Kustom KG100FX212 pada rhythm (clean) channel.

Dan kali permata pertama juga aku menggunakan FBV Express MkII footswitch (hooked-up to Pod X3) untuk sessi jamming. Agak janggal juga pada mulanya dengan susunan suis pijak 2x2, sebab dah biasa dengan VFS5 footswitch pada VT40+ dengan susunan 1x5.

Mungkin lepas ni rasanya aku tak bawa lagi Pod X3 + FBV ni untuk sessi jamming di studio-studio sewa atas sebab-sebab logistik (leceh, banyak benda nak dibawa) dan membuang masa untuk setup. Lagi baik aku bawa simple jamming rig (stompboxes) seperti sessi lepas.

Penampilan istimewa oleh Apai Rijal si Gamer Sayur (dua dari kanan)
sebagai jurukamera (snapshot/video) sepanjang sessi jamming.

Sessi kali ni hanya sejam saja dari 3.00 hingga 4.00 petang, tak sanggup lagi nak buat dua jam macam sessi lepas. Macam mana agaknya sessi jamming marathon lapan jam (dua jam per band) nanti eh? Nampaknya kena ada bass-groove Adi Herman baru dapat jamming lama-lama. Bro, untuk sessi jamming akan datang sila bawa bass "pari" boleh? Hahaha!~

_____
Ada apa: Replacement's replacement?

Ada Apa Dengan Kuraia?


Seperti yang dipromosikan dalam entri Jairo ni, rakan-rakan sekampung aku dari kugiran Manggas akan menerbitkan EP terbaru mereka Kuraia, diedarkan oleh Derangement Project Production secara rasminya esok 20/11/2011.

Dalam poster promo ni tajuknya Kuraya, tapi pada cover art jadi Kuraia, mana satu yang betul Jairo? Adakah tauke Metuk Ulau Underground Voices (MUUV) berminat nak bawa masuk EP Manggas ni ke pasaran Bintulu?

Cover art EP ni merupakan artwork yang sama pada t-shirt Manggas.
Magnificently done by Ironworx Gravefix.

Yang ni pula versi die-hard - CD Kuraia, patch dan poster saiz A4.
Limited to 50 copies only @ RM20!

Aku sudahpun memesan versi die-hard minggu lepas, mungkin akan sampai (pos) dalam beberapa hari lagi. Pada sesiapa yang ingin memesan EP ni (normal or die-hard version) sila hubungi Mohd. Shairul Safri @ Derangement Project Production melalui email atau Facebook. Imej-imej link dari Facebook Mohd. Shairul.

Ulasan? Tunggu aku dapat CDnya dulu lah~

_____
Ada apa: Mana aku nak tampal poster tu nanti?

Dual-Tone Or Two Rigs? (Part 3)


Kelam-kabut menyediakan patches/presets dalam Pod X3 untuk sessi jamming Metuk Ulau Projekt (part 3) petang esok di Z-Studio (sepatutnya minggu depan). Bila dah mentelaah Pilot's Handbook tempoh hari, bermain-main dengan tombol dan butang pada Pod X3 ni menjadi lebih mudah.

Input utama -> Goldie, input kedua (XLR) -> mikrofon DM4.0S, output (stereo) untuk malam ni aku gunakan headphone MDR-XD100 - left channel for guitar, right channel for vocals. Di Z-Studio nanti, menggunakan output mono berasingan, left output (guitar) -> amp, right output (vocals) -> studio mixer/PA system.

Cukuplah setakat tiga set patches, setiap set mengandungi empat subset (ABCD). Set pertama untuk lagu-lagu ballad (Tears Of The Dragon, Sejati, Ranggi Metropolis), set kedua khas untuk lagu-lagu Iron Maiden (The Trooper, Wasted Years, Coming Home, etc) yang banyak guna bunyi amp Marshall dan set ketiga untuk lagu-lagu Metal yang lain (rectified high gain sound).

Macam mana agaknya bunyi yang dihasilkan di Z-Studio nanti?

_____
Ada apa: Korawk bakal menggalas tugas sebagai bassist...

Bodom Singapore


Kepada rakan-rakan yang kini sudah berada di Singapore untuk menyaksikan konsert Children Of Bodom (COB) malam nanti di Fort Cannning, aku ucapkan "I don't give a f**k if you hate me!" hahahaha!~

Aku sekarang ni dah kurang layan COB ni, album terbaru mereka Relentless Reckless Forever pun aku tak ada lagi. Entah nak beli (eBay) ke atau tak, lagipun semua discography COB aku dah *let-go sebelum Projek Mega 2011 dulu.

Aku memang dah tak sanggup nak datang Singapore lagi semata-mata nak tengok konsert rock, biarpun Metallica atau Megadeth yang turun. Tapi kalau Iron Maiden buat konsert di Singapore lagi macam Februari lepas (dan tak buat konsert di Malaysia) yang tu aku sanggup, sebab konsert Iron Maiden ni memang berbeza dengan konsert-konsert rock yang lain.

_____
Ada apa: *Discography Nirvana, Metallica dan beberapa album Megadeth pun aku dah let-go...

Ada Apa Dengan Craftsman?


Tahun lepas aku pernah mengalami GAS untuk memiliki gitar Craftsman Les Paul (copy) terutamanya model GS100 dan GS200 (sub RM7xx range). Tapi bila dah ada Les Paul original (Epiphone version, not Gibson though) penghujung April lepas, perasaan GAS untuk memilikinya dah hilang. Yelah kan dah ada original, copy dah tak pandang (kecuali Ibanez ART200FM atau ESP/LTD EC-256).

Tapi kebelakangan ni ia diganti pula dengan GAS Craftsman Strat copy, contohnya model ST120 di bawah ni.

ST120 @ RM5xx - aku memang suka gitar-gitar yang memiliki fretboard daripada kayu maple, ada satu perasaan yang agak berbeza pada hujung jari berbanding kayu rosewood. Dengan harga cuma RM5xx hey why not? Sekali sekala nak juga merasa 'feel' Strat copy.

Baru-baru ni dalam website CK Music ada beberapa model baru gitar-gitar Craftsman mula diiklankan, dalam beberapa model tersebut ada tiga model yang menarik perhatianku.

1) ST140 @ RM7xx (should be RM6xx *later on) - HSS, lacquered maple fretboard, natural finish body. Berbanding ST120, ST140 ni memiliki konfigurasi pikap HSS, sesuai untuk dijadikan gitar projek.

2) RS30 @ RM6xx - Total PRS copy (yes it does come in Petronas green!). Tapi sayangnya inlay "burung" yang ala kadar tu (PRS's bird inlay mojo?) aku rasa kurang sesuai dan agak mencacatkan penampilan.

Imej link dari blog Dead Eye Guitars.

3) SRB20 @ RM5xx - EBMM StingRay copy (bass yang membuatkan Adi Herman tak senang duduk, hahaha), alangkah baiknya kalau ia juga memiliki fretboard dari kayu maple dan warna selain hitam (sunburst would be nice).

Apa? Tak pernah dengar jenama Craftsman?

"Craftsman guitars are City Music's (CK Music's sibling) very own in-house brand of electric guitars. Craftsman guitars have been around for more than 15 years. They are designed and marketed by their very own team in Singapore, and manufactured by a very reputable guitar factory. If you have any doubts about their quality, do note this guitar factory also manufactures for a few other very famous guitar brands out there. So you can rest assured that Craftsman Guitars carries with it a high level of quality and value."

Hmm... Agak-agak yang mana bagus? Craftsman ST120/ST140 ataupun Tanglewood TSB 6 AW? Inilah yang dikatakan dilema gitar murahan...

_____
Ada apa: *CK Music's Year End Sale (YES) t-minus one week.

Antara Yokohama Dan Imago


Selepas menunjukkan tanda-tanda low-bat, akhirnya Imago aku dah mula meragam petang Ahad lepas, langsung tak boleh nak hidupkan enjin walaupun aku dah disabled semua elektronik dalam Imago aku (jam, CD player, ionizer).

Terpaksa meminta bantuan jumpstart daripada Kenari "Djarum Black" Bob Kandar (yang dah beli bateri baru lepas insiden ni) dan kemudian memandu pusing-pusing bandar Bintulu semata-mata untuk mendapatkan cas yang cukup pada bateri untuk menghidupkan enjin pagi esok (sebab petang Ahad bengkel dah tutup).

Isnin lepas, awal-awal pagi lagi (nasib baik enjin dapat hidup, walaupun tersedak-sedak) lepas hantar Mrs. Ijau ke klinik aku pergi ke premis Metro Tyre Service Centre (tempat aku selalu buat alignment dan wheel balancing) untuk membeli bateri baru. Mekanik di premis tu pun agak terkejut macam mana bateri asal Imago aku boleh bertahan sampai lima tahun. Mungkin sebab itu aku masih memilih bateri basah (lead acid) jenama Yokohama sebagai pilihan, sama seperti bateri asal Imago aku.

Kopak juga RM160 tengah-tengah bulan ni, sebenarnya memang aku dah rancang nak tukar bateri minggu depan (lepas gaji), tapi sebab insiden yang tidak dijangka ni aku terpaksa "korek" dana-dana hobi dulu, lepas gaji nanti baru "tutup" balik hehehe...

Moral of the story:

_____
Ada apa: Jangan sampai jadi macam DeLorean dalam cerita Back To The Future.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger