Showing posts with label bikf. Show all posts
Showing posts with label bikf. Show all posts

Throwback Thursday: BIKF 2023


Festival Layang-Layang Antarabangsa Bintulu (BIKF) kembali lagi tahun ini setelah empat tahun menghilang akibat pandemik, kali terakhir BIKF 2019.

Tak banyak gambar yang menarik, inipun gambar-gambar yang diambil semasa dalam perjalanan ke GSC Bintulu untuk menonton filem The Creator minggu lepas.


Disebabkan peristiwa tragik minggu lepas, hanya sempat membawa anak-anak di area gerai-gerai jualan petang Sabtu sebagai cukup syarat.

Anak autistik aku memang takut gila dengan patung pneumatik gorila besar dan mereka-mereka yang memakai kostum haiwan di tengah-tengah tapak pesta.

_____
AADI: Lama tak main layang-layang.

Moody Monday: Tak Ada BOTB Tahun Ini?


22/9/2015 - BOTB BIKF2015.


25/9/2016 - BOTB Sebauh.


25/9/2017? - Bo liao~

_____
AADI: Tapi MUP mungkin ada persembahan awam lain.

Wordless Wednesday: #iplayslinky



BelaQon (image source).
_____
Ada apa: #iplayslinky (for the last time).

Video MUP BOTB BIKF


Video persembahan Metuk Ulau Project semasa Battle Of The Band beberapa minggu lepas dimuatnaik di Facebook petang tadi oleh rakan seMUUV yang juga ahli Bintulu Buskers saudara Fareez Hamzah aka Ess.

Sebenarnya agak malu segan nak post di sini, tapi hentam sajalah kes tak ada idea nak buat entri...


Metuk Ulau Project - Kabus Battle of the band BIKF2015
Posted by Fareez Hamzah on Sunday, 4 October 2015
Kabus (Metalian cover)


Metuk Ulau Project - 2 Minutes To Midnight (cover Iron Maiden) Battle of the Band BIKF2015
Posted by Fareez Hamzah on Sunday, 4 October 2015
2 Minutes To Midnight (Iron Maiden cover)

Kabus ok lagi, tapi 2MTM agak terlebih adrenaline...

_____
Ada apa: Serius, backdrop LCD besar memang happening!

Aftermath BOTB BIKF


Sambungan entri sebelum ini...

Pada malam keputusan diumumkan (Khamis, 24/9/2015), aku sudahpun berada di Sabah cuti raya. Seawal pukul 8.00 malam menunggu berita baik daripada Adi Herman dan Bob Kandar menerusi Facebook Messenger.

Keputusannya, Metuk Ulau Project menduduki tempat ketiga, diikuti dengan Ambushed tempat kedua dan juara ialah Pro-X band.

Gambar cilok daripada Facebook Bob Kandar
Agak sedikit terkejut juga dengan keputusan, tak sangka MUP boleh dapat tempat ketiga. Pada pendapat aku daripada tujuh band yang bertanding, empat daripadanya memang menggerunkan dari segi persembahan, kemantapan muzik dan penguasaan pentas, sementara dua lagi "boleh makan" hehehe.

Nombor 3 kah kita?
Hadiah tempat ketiga wang tunai RM800, sebuah trofi dan hamper. RM800 tu bahagi empat, seorang dapat RM200, dah kira boleh lepas beli sebiji lagi pedal stompbox, hehehe... Sekurang-kurangnya kalau dibelikan barang, ada juga nampak hasil, taklah habis macam tu je.

Bersama juara, Pro-X Band.
Ini pula gambar cilok daripada Facebook BRRU (kredit imej Fataritz BRRU/BIKF).


Post-mortem BOTB #1: Perlu kawal adrenalin - Selepas menonton semula video persembahan, ternyata lagu 2MTM terlalu up-beat (laju). Ya, semasa persembahan memang tak akan perasan up-beat lebih-lebih lagi lagu kedua disebabkan dah terlalu teruja. Selain drummer, beat juga dikawal oleh vokalis secara tak langsung (aku le tu~).

IrAn Maiden
Port-mortem BOTB #2: Perlu ada penguasaan pentas - Ketiga-tiga axemen (aku, Azrol dan Adi) hanya statik di satu tempat, padahal pentas agak luas. Lain kali perlu dinamik dan ada gimik pentas (nak belajar tarian itik Angus Young).


Post-mortem BOTB #3: Less is more - Tak perlu bawa pedal efek yang banyak hanya bawa tiga pedal; SC-2, VXL dan DD-3. Begitu juga dengan Azrol, setelah diajar cara soundcheck G7.1ut dan amp (Peavey bandit 112) yang pantas, tak sampai 5 minit soundcheck kami dah sedia beraksi.


Post-mortem BOTB #4: Battle = gig - Serius, aku agak gementar (nervous) dari sebelah petang hingga ke malam sebelum ke belakang pentas. Tapi bila dah berada di belakang pentas berjumpa dengan rakan dan rival, berborak dan bergurau seperti suasana gig memang mengurangkan stress dan rasa gementar. Dan bila sudah di atas pentas, anggap saja ia sebagai pentas gig dan biarkan selebihnya secara spontan.

Tapi tak mengapa (parap-parap), sekurang-kurangnya MUP dah ada pencaiapan baru dan kembali aktif selepas dua tahun dorman. Yang paling best, dapat eksen dengan si Korawk sebab tak ikut serta, hahahaha...

_____
Ada apa: Ice cream for me Bintulu! \m/

Sekitar BOTB BIKF 2015


Battle Of The Band sempena Pesta Layang-Layang Antarabangsa Borneo 2015 diadakan pada malam Selasa 22/9/2015. Hampir semua gambar-gambar aku cilok daripada Facebook yang berkenaan, jadi harap maaf jika entri ni tak banyak liputan, terlalu ringkas atau agak bias.


Kalau diikutkan BOTB ni boleh bermula awal kerana semua band dah bersedia di belakang dan tepi pentas selepas melapor diri, tetapi ada pula persembahan karaoke pembukaan daripada entah siapa, akupun tak kenal... Dah buang masa 10-20 minit.


Ada tujuh band yang bertanding pada malam itu, mengikut urutan persembahan:
  1. Generation Of Oi
  2. Metuk Ulau Project
  3. Chemistry Band
  4. Pro-X Band (yang sebenarnya merupakan geng-geng veteran BRRU)
  5. Boyak Gaok
  6. Ambushed (satu-satunya band luar kawasan, datang jauh dari Sibu)
  7. Natasia (band Natas in disguise)
Backstage with Din Keyboard (Pro-X Band).
Seperti yang telah dirancang, MUP menyampaikan dua buah lagu cover iaitu Kabus dan 2 Minutes To Midnight. Selain kami, aku perasan ramai lagi ahli band lain dan penonton yang memakai t-shirt Iron Maiden pada malam itu. Harapnya mereka terhibur dengan 2MTM.



Big LED screen, terasa macam konsert Metalicak.
Untuk gambar-gambar tambahan dan video (malu aku), boleh singgah di Facebook Metuk Ulau Project.

Selepas persembahan band keempat, ada lagi selingan persembahan tarian moden "Electric Youth" yang memang tak sesuai langsung dengan tema BOTB (dah jadi viral dalam kalangan geng-geng bawah tanah Bintulu).

Pro-X Band.
Yang sedihnya, bekalan elektrik mula bermasalah ketika band keenam, Ambushed membuat persembahan (hampir 80-90% nak habis), yang kemudiannya bertukar tragedi, black-out terus akibat fius utama hangus (overloaded?).

Ambushed.
Ramai yang mengeluh kalau tak ada acara membuang masa karaoke pembukaan dan tarian "Electric Youth", sudah pasti pertandingan dapat dihabiskan sebelum terjadi tragedi. Tapi aku respek dengan kumpulan Ambushed yang menghadapinya dengan tenang.

Selepas debrief daripada pihak penganjur, persembahan band terakhir iaitu Natasia terpaksa ditunda keesokkan harinya selepas kerja-kerja baikpulih (pukul 10.00 pagi). Sedih™. Manakala pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah pula pada malam Khamis 25/9/2015 (aku dah balik Sabah dah, cuti raya~).

Bersambung...

_____
Ada apa: Adi, bila mau buat entri BOTB?

MUP BOTB BIKF?


Kesinambungan entri Selasa lepas... Borang Battle Of The Band dah isi, aku letak nama Bob Kandar sebagai ketua band sebab dia anak jati Bintulu, lebih mudah untuk berhubung dan berurusan dengan pihak penganjur.


Pada mulanya BOTB ni bertemakan rock 80an (rock kapak?) dengan setiap band wajib menyampaikan sebuah lagu dari era tersebut. Tapi info terbaru mengatakan BOTB ni tiada tema, pemilihan lagu/genre adalah bebas, asalkan tidak keterlaluan.

Ironinya, inilah kali pertama aku ikut serta BOTB. Sebenarnya aku tak suka konsep BOTB, aku lagi suka konsep persembahan umum (aka gig) seperti Bintulu Bike Week 2013 yang lepas, no pressure, free spirit and enjoy...

Oh ya, MUP juga akan disertai oleh Adi Herman sebagai penggentel bass. Korawk? Korawk ada urusan keluarga semasa tarikh BOTB itu nanti. Jadi tak dapatlah "reunion".

_____
Ada apa: 11.58 pm.

Dah September?


Dah masuk bulan September, sekejap sahaja masa berlalu kan? Bulan September ni, ada beberapa peristiwa menarik bakal berlangsung.

Festival Layang-Layang Antarabangsa Borneo ke-11 bakal berlangsung 23-27hb nanti. Pemilihan tarikh yang tidak menarik, ia berlangsung dalam minggu Raya Haji (aku nak balik Sabah cuti raya wei~).

Sekadar gambar hiasan, BIKF 2011.
Geng-geng Bintulu Rockers Re-Union pula katanya ingin menganjurkan Battle Of The Band bersempena BIKF nanti, katanya 20 atau 21hb. Pihak penganjur ada menghubungi aku menjemput Metuk Ulau Project untuk turut serta dalam BOTB tersebut (patutnya kalau dijemput, tak perlu bayar yuran lah kan?)... Akan dibincangkan dengan ahli MUP lain kemudian.

Sekadar gambar hiasan.
Dah lama tak beraksi atas pentas besar, kali terakhir semasa Bintulu Bike Week 2013 (aksi semasa BRRU Rock Nite 2013 tak kira, sebab tak ada pentas).

Entri Mini: Mer-De-Kah?


Masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat Hari Kebangsaan yang ke-58. Tahun 80an dulu dah bagus-bagus namanya Hari Kebangsaan, lepas tu ditukar macam-macam, Hari Merdeka, Hari Kemerdekaan, Hari Ulang Tahun Kemerdekaan... Susah-susah tukar balik jadi Hari Kebangsaan.

Aku tak faham dengan minda sesetengah penghuni kejiranan aku, susah sangatkah nak kibarkan Jalur Gemilang? Jangankan nak beli sendiri, bendera yang dibekalkan percuma pun tidak dikibarkan...

_____
Ada apa: #SehatiSejiwa

Sepetang Di Festival Layang-Layang Antarabangsa Borneo 2014


Dah dua tahun aku tak buat entri pasal Festival Layang-Layang Antarabangsa Borneo ni (entri lama 2011, 2010, 2009), rupanya tahun ni dah kali ke-10 (aku bermastautin di Bintulu ni pun baru lapan tahun).

Hanya sekeping gambar ni saja yang sempat diambil.
Tahun ni pergi sebab nak bawa Lil'Ijau yang sejak Khamis lepas dah teruja tengok banyak layang-layang dari jauh setiap kali lalu area pekan lama. Kalau tak, jangan harap aku nak redah jem dan parkir jauh nun di seberang City Point semata-mata nak tengok layang-layang.

Cuma penat dan lelah tu hilang bila tengok muka Lil'Ijau yang "priceless" terlalu teruja tengok layang-layang dari jarak dekat, terutamanya layang-layang cicak (Oscar kot?). Sempat juga beli belon Minions (aka "bee-do bee-do") sebagai kenang-kenangan...

Mungkin dalam blog Molotov Cocktailz atau Barangkali Marus akan ada liputan penuh mengenai festival ni.

_____
Ada apa: #BIKF

Borneo International Kite Festival 2011


Sabtu (24/9/2011) - Dalam perjalanan balik dari klinik *tut* bersama Mrs. Ijau dan adik-adik ipar yang sedang bercuti di Bintulu, lalu di area Airport Lama Bintulu, berkesempatan singgah menjenguk Borneo International Kite Festival 2011.

Kalau bukan pasal adik-adik ipar nak tengok (kali pertama mereka tengok festival ni) memang aku tak berhenti di sini. Bukan apa, jem satu hal, nak cari parkir pun susah, panas pula tu... Nasib baik dalam Imago aku topi ranger hutan dan payung.

Sama saja macam tahun-tahun lepas (2009, 2010), Borneo International Kite Festival ni merupakan acara tahunan dalam kalendar pelancongan Bintulu sejak 2005, bla bla bla info lebih lanjut sila layari website rasminya.

Tahun ni ia berlangsung dari 22 hingga 25/9/2011, dari hari Khamis hingga Ahad. Tiada apa yang menarik hari ni, layang-layang nak diterbangkan macam sama saja tiap-tiap tahun (kecuali beberapa layang-layang baru untuk tahun ni).

Pemandangan biasa tiap-tiap tahun.

Tahun ni aku rasa layang-layang paus ni merupakan antara yang terbesar dan menarik. Tapi sayangnya waktu aku datang ia dah terdampar di pantai (kes angin tak cukup kuat), tidak seperti dua hari yang lepas, ia "mengganas" di ruang udara Bintulu.

Menyelam di udara?

Yes, I did took your photo...

Belon (helium) yang paling popular tahun ni - Angry Birds!

Aku pun sebenarnya malas nak meronda lama-lama tengah panas, Mrs. Ijau pun dah tak larat nak berjalan dan berdiri lama (almaklumlah~), ronda-ronda sekejap pun sempat beli snowcap rasta berwarna hijau :) hahaha...

_____
Ada apa: Alhamdulillah~ Bersyukur walaupun panik...

Borneo International Kite Festival 2010


Sabtu 2/10/2010 - Pukul 3.00 petang aku ajak *ehem-ehem* aku pi jalan-jalan kat Borneo International Kite Festival 2010. Festival ni merupakan acara tahunan dalam kalendar Bintulu dan tahun ni merupakan tahun keenam ia dianjurkan. Entri tahun lepas boleh baca di sini (part 2 di sini).

Tahun ni ia diadakan dari Khamis 30/9/2010 sehingga Ahad 3/10/2010, lokasi yang sama iaitu Lapangan Terbang Lama Bintulu (Bintulu Old Airport) yang sememangnya kawasan luas dan lapang di tengah-tengah Bandar Bintulu. For more info about this event, please visit Borneo Kite official website.

Kebiasaannya festival ni diadakan dalam bulan Ogos, tapi memandangkan bulan Ogos tahun ni merupakan bulan puasa, jadi ia ditunda ke bulan Oktober. Seperti festival tahun lepas, tapak festival dipenuhi dengan gerai-gerai yang menjual macam-macam, dari gerai menjual makanan dan minuman (tahun ni tadak gerai KFC/Pizza Hut) sehingga gerai menjual kereta!

Tak banyak aku nak cerita, kita layan gambar sajalah ye...

Aturcara majlis dari hari pertama sehingga hari terakhir.

Aku suka menalah warna-warni ni, especially yang macam kincir pusing-pusing tu.

Pentas utama untuk acara persembahan kesenian dan muzikal pada sebelah malam.

Big Boss pun ada turun padang!

E'eh ada Ayah Pin.

Antara layang-layang yang dijual.

Aku rasa layang-layang dari Indon yang bernama Barong ni merupakan layang-layang yang paling brutal dan kvlt diterbangkan pada petang tu. Btw, this kite was f*cking HUGE!

Pak Badut, jugak dari Indon sejurus sebelum menyembah bumi, sebab angin tak kuat.

Yang ni namanya 3D kite kalau tak silap dari Itali.

Brader Louie (bukan nama sebenar) naik tension sebab angin tak kuat.

Sponge Bob?

Semua gambar diambil menggunakan kamera Sony Cybershot DSC-S930 yang cikai... Tatkala orang lain ke hulu-hilir menggantung kamera DSLR kat leher.

_____
Ada apa: Aku rasa festival tahun ni jadi trend gantung DSLR kat leher berbanding tahun-tahun lepas.

borneo international kite festival 2009 (part 2)


malas nak cerita byk... enjoy the pic

_____
p/s: nnti aku rajin aku edit la tmbh ayat apa yg patut

borneo international kite festival 2009


ahad 2/8/2009 - aku bosan melepak kat rmh sehari suntuk, terasa nak jln2 smbl cari mknn... so pkl 1600 aku pun gerak menuju pasar mlm. padahal tujuan utama aku nak pi tgk festival layang2 antarabangsa borneo yg berlangsung 2-9/8/2009 bertempat di tapak lapangan terbang lama bintulu (about 2km from my house, 500m from my office) more info on borneo international kite festival website

"keep 2nd to 9th august, 2009 in your diary as the time when you must be in bintulu, sarawak to see some of the most colourful, intriguing and strange looking kites from around the world. this annual event that started in 2005 has ranked as the most spectacular event of its kind in the state and together with the cultural and artiste performances, it showcases the rich combination of local and international flavours for all to experience and enjoy"

- ayat cilok dari website borneo international kite festival

since aku start keja kat bintulu in 2006, ni kali ke-3 aku dpt meluangkan masa pi jln2 kat festival ni (kecuali thn 2007 sbb aku induksi kat sg. petani). acara tahunan ni biasanya diadakan dlm bln ogos dan merupakan sebahagian drp acara dlm kalendar zoom malaysia

hari ni hari pertama festival, jd aku expect ramai org dan jln pun akan jam. sbg langkah proaktif aku parking jauh sket sbb nnti senang nak blk. berbekalkan payung mini (kot2 nnti hujan sbb hari dah mendung) yg aku sumbat dlm poket cargo pants, aku pun menapak pi tmpt festival. yup, mmg btl ramai org yg dtg dan tmpt parking yg disediakan mmg penuh, xsia2 aku parking jauh td... cuaca agak mendung dan berjerebu sket

nak tau camna meriahnya festival ni? cuba bygkan mcm jom heboh tv3, mcm tu la agak2nya... ditmbh plak dgn gerai2 menjual pelbagai brg2... kereta (suzuki, hyundai, inokom, isuzu), beras (sbb ada gerai bernas), kain, baju, topi, makanan, minuman (kfc & pizza hut pun ada bukak gerai), kraftangan, produk usahawan kecil dan sederhana, ofkos layang2 dan mcm2 lg la yg bleh dijual. kat ujung plak ada funfair yg menambah lg kemeriahan tapak festival

xbest festival layang2 klu xde jual layang2 kan?

kraftangan juga ada dijual

hari pertama ni berlangsung pesta gudi sarawak (gudi = layang2 la), ada pertandingan gudi putus... aku pun xphm camna diorg buat pertandingan ni, sbb time aku dtg dah acara penyampaian hadiah, so why bother?

arena bermain layang2 blm lg dibuka kpd org awam utk bermain sbb ada pertandingan gudi putus

kat main stage aku tgk ada bbrp org tgh soundcheck instrument. aku dgr2 nnti ada pertandingan nyanyian lagu2 60an dan battle of the bands, aku xtau sama ada mlm ni atau mlm esok (or lusa) klu mlm aku mcm mls nak kluar. cuma aku prasan ada sorg yg tgh soundcheck tu mcm bro adam, wlupun dari jauh aku dpt cam topi cap dan headstock gitar ibaneznya... tp ntah btl ke x, once again why bother? ada jugak nnti bbrp org artis tmptn dan pelajar akademi p*ntatsia yg akan membuat persembahan

dah bosan jln2 aku pun pi pasar mlm yg xbrapa jauh dari tapak festival... beli mee goreng + kepak ayam, burger dan apam balik. dah mls dah nak jln pi mana2 aku pun rasa nak balik... ngam2 aku smpi kat kereta dan start enjin tiba2 hujan pun turun... hah! mmg ngam timing aku, klu x pun mmg aku dah bawa payung td. tips utk sapa2 yg nak pi festival ni, jgn dtg sorg2 sbb xbest mcm org kurg siuman je hahaha!~ disarankan bawa anak2, bini atau awek

to be continued...

_____
p/s: nnti ada masa aku pi lagi tmbh coverage... sbb festival ni berlangsung selama seminggu

Odometer AADI

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (180) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (12) artis tempatan (156) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (18) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (8) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (35) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (74) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (4) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (54) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (20) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (33) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (43) emo (283) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (181) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (14) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (55) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (61) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (59) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (182) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (294) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (10) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (28) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (311) konsert (118) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (18) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (40) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (35) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (30) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (70) melaka (13) membakut (46) memori (484) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (51) miri (22) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (20) mooer (2) motorhead (9) movie (117) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (236) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (45) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (47) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (65) shopee (56) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (36) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (33) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (7) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (22) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (69) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (36) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (39) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (493) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger