Nightwish - Dark Passion Play


Tak banyak album yang boleh dikatakan epic atau super album, mengandungi hampir semua lagu-lagu best belaka di dalamnya, tadak filler tapi banyak killer (kat mana aku pernah baca ayat ni?). Antaranya Master Of Puppets, Rust In Peace, Somewhere In Time, Tyranny Of Souls, Something Wicked This Way Come, Epica, Promise And Terror dan album ni iaitu album studio keenam daripada Nightwish - Dark Passion Play (Wikipedia).

Comes in super jewel case. Kalau case ni pecah, mana nak cari?

Album pertama Nightwish tanpa Tarja Turunen, digantikan oleh Anette Olzon (info lebih lanjut, sila baca artikel Nightwish kat Wikipedia). Dan lagu-lagu dalam album ni memang digubah supaya sesuai dengan vokal Anette yang agak mainstream berbanding vokal Tarja yang agak operatic. Tapi memang tak dapat nak bandingkan vokal Tarja dengan vokal Anette, sebab kedua-duanya dalam kelas yang berbeza.

Kalau bukan disebabkan heavy guitar riff dan solo daripada Vuorinen serta pounding bass daripada Hietala, album ni mungkin menjadi album pop mainsteam.

Aku beli CD ni kat Victoria Music Centre, Amcorp Mall somewhere in April 2008. (P) 2007 Spin-Farm Oy (Spin-Farm? Bukan Spinefarm ke?), a Universal Music Group Company. Edaran Universal Music Sdn. Bhd. (Malaysian Press).

Tracklist

  1. The Poet And The Pendulum <- whopping 13:55 minutes!
  2. Bye Bye Beautiful
  3. Amaranth
  4. Cadence Of her Last Breath <- bunyi napas pompuan stim :)
  5. Master Passion Greed
  6. Eva
  7. Sahara
  8. Whoever Brings The Night
  9. For The Heart I Once Had
  10. The Islander
  11. Last Of The Wilds (instrumental)
  12. 7 Days To The Wolves
  13. Meadows Of Heaven <- ada unsur-unsur gospel

Secara peribadi, semua lagu dalam album ni memang best-best belaka, kecuali Master Passion Greed yang agak susah nak digest, biasanya aku akan skip lagu ni. Ada lima singles dalam album ni - Bye Bye Beautiful, Amaranth, Eva, The Islander dan Eramaan Viimeinen (Last Of The Wild + vocal).

CD design yang agak simple, not...
Kalau peratikan betul-betul, ada corak embedded lace.

Group shot - Emppu Vourinen nampak ketot dalam gambar ni.

Mai enjoy beberapa video clip aku link dari Youtube. Masih relevan lagikah video clip macam ni? Tapi sekurang-kurangnya nampak amp kat belakang. Aku teringat zaman rok kapak dulu banyak band yang buat video clip main muzik kat ladang getah atau dalam hutan, drummer macam bodoh je pukul 'angin'...

Aku suka lagu The Islander ni, ada unsur-unsur Celtic dan Irish. Lagu ciptaan Marco Hietala (lirik Tuomas Holopainen) disebabkan tak berapa sesuai dinyanyikan bersama-sama Tarot, jadi Marco masukkan lagu ni dalam album Nightwish ni. Dengar-dengar tahun depan 2011 Nightwish nak release album baru lagi... Hopefully it will be in par or better than this album.

_____
Ada apa: Tengah mencari album live Made In Hong Kong...

Old English Lemon Oil


Dah lama aku perasan (dan stalk) benda ni kat New World Mart, Bintulu - Old English Lemon Oil furniture polish. Kalau kat supermarket lain memang susah nak jumpa sebab barang ni imported.

Snap cepat-cepat takut kantoi dengan patron NWM,
sebab kat pintu masuk dah besar-besar tulis NO CAMERA.

Conditions your wood, helps protect against water spills and gives your wood furniture a rich natural glow. Especially formulated to work on oak, teak, walnut and all natural woods. Cleans, shines and protects to keep furniture beautiful longer. Conditions your wood furniture during regular cleaning and dusting . Helps protect against water spills. Brings out the natural luster of your wood furniture.

Ada dua versi, for normal wood and dark wood. Comes in two sizes 16 and 8 oz. Yang 8 oz harganya dalam RM13-15 kalau tak silap, much cheaper than lemon oil made specially made for guitar fretboard around RM18-25 per 4 oz bottle.

Jadi persoalannya, adakah ia selamat digunakan untuk fretboard gitar? Adakah kandungannya sama seperti lemon oil yang khas untuk fretboard gitar seperti produk Dunlop dan Planet Waves? Aku ada baca kat beberapa forum (contohnya MyLesPaul forum), ada yang mengatakan boleh dan ada yang mengatakan kurang sesuai sebab ia hanyalah mineral oil yang ditambah pewarna kuning dan bau lemon.

Btw, sekarang aku guna Kyser Dr. Stringfellow Lem-Oil fretboard conditioner.

_____
Ada apa: Does lemon oil made from lemon, how about baby oil?

Iron Maiden - Piece Of Mind


[2010 Tribute to Iron Maiden viral entry #12]

Marathon Maiden Tribute countdown to The Final Frontier diteruskan lagi kali ni dengan album studio keempat Piece Of Mind, versi remastered enhanced CD (pressing 1998), aku beli CD ni hari D-Day yang lepas bersama-sama CD Warriors Of The World (versi Asialink) kat Goblinz KK Plaza.

Kali ni Eddie jadi orang gila dengan straight jacket locked inside a nut house.

Nyum nyum...

1983: January - Clive Burr departs. In comes the infamous Nicko McBrain (life in Maiden is never the same again)...

- Piece Note, taken from the first page of the inlay.

Dave Murray dengan custom '57 Stratocaster (H-S-H pickup) yang kini telah dijadikan Dave Murray Signature Series oleh Fender (check-out here). Daripada gambar jugak nampak Gibson Les Paul Goldtop dan dua buah Ibanez Destroyer (pastinya dimiliki oleh Adrian Smith).

Adrian Smith (aka H) dengan Gibson SG, sapa-sapa ada tengok (atau memiliki) DVD Flight 666 pastinya perasan H masih menggunakan gitar ni dalam konsert tersebut dengan tambahan sticker peace kat bawah bridge.

Oke, bagi aku album Piece Of Mind ni merupakan antara album Maiden yang epic superb (seperti album Somewhere In Time dan Brave New World) sebab dalam album ni ada satu lagu hits yang sampai bila-bila akan menjadi trademark Maiden dan mana-mana band yang suka cover lagu Maiden (Hepi ;) tak terkecuali) at one point pastinya akan cover lagu ni, pastinya...

Into the Valley of Death, rode the six hundred. Cannon to the right of them, cannon to the left of them, cannon in front of them. Volley'd and thunder'd: - The Trooper!

Uhuk video clip yang klasik gitu~ Aku suka baju Murray.

Selain itu aku jugak suka lagu Where Eagles Dare (aku ada DVD filem ni, Clint Eastwood rocks!), Revelations (dulu aku tak suka lagu ni, tapi lepas tengok diorang main dalam Flight 666 best la pulak), Flight Of Icarus, Die With Your Boots On, Quest For Fire dan To Tame A Land (Warcraft III: Reign Of Chaos Orc's mission anyone?).

What say you? Up the Irons! \m/

_____
Ada apa: The smell of acrid smoke and horses breast... Erk? Horses breast?

Iron Maiden - The Number Of The Beast


[2010 Tribute to Iron Maiden viral entry #11]

A quick entry - Setelah "dikritik pedas" oleh Abang Ben dan berteromber pasal entri Nassier Wahab semalam (hehehe, apa la korang), hari ni kita kembali Metal \m/ dengan album studio ketiga Iron Maiden yang jugak merupakan album pertama Maiden debut bersama Abang Bruce!

Versi remastered enhanced CD (pressing 1998) beli kat Goblinz KK Plaza 1/6/2009. Seperti yang aku merapu dalam mini-entry ni, album ni tadak apa-apa nostalgic value, sekadar pelengkap koleksi aku walaupun ada beberapa lagu dalam album ni mempunyai memori tersendiri, tapi lagu tu semua aku dengar waktu dalam album kompilasi Best Of The Beast.

Lagu favourite - Children Of The Damned, The Prisoner, 22 Acacia Avenue, Run To The Hills dan lagu epik Hallowed Be Thy Name. Lagu The Number Of The Beast aku tak berapa minat. Seingat aku Dream Theater ada album bootleg cover the whole song in this album, aku ada mp3nya dulu tapi ntah kat mana dah aku save.

H guna Ibanez Destroyer!

Ooo... Rupanya model Destroyer dah lama wujud (macam model Iceman jugaklah ni), just recently Ibanez re-issued Destroyer model with slight modification on bridge and pickups. Dalam Iron Maiden yang aku perhatikan, cuma Adrian Smith yang banyak model-model gitar selain strat (check out the list here) berbanding Dave Murray yang banyak guna strat.

Apa komen otai-otai di luar sana?

Up the Irons! \m/

_____
Ada apa: Sekali aku jatuh cinta... Eh? Salah entry

Nassier Wahab - Koleksi 20 Tahun Terunggul


*Spoiler: Non-Metal* Kali ni kita ubah angin, dan jangan hairan kenapa aku ada CD ni. CD apa? CD kompilasi Koleksi 20 Tahun Terunggul Nassier Wahab. Diulangi, Nassier Wahab beb! Dengan 23 lagu hits evergreen + satu lagu baru.

Aku bukanlah peminat Nassier Wahab, tapi aku memang respek beliau sebab sepanjang kariernya bergelar artis, beliau merupakan antara artis Malaysia yang tak banyak kerenah, tak banyak gossip tak banyak publisiti dan antara yang sanggup menyanyi untuk acara-acara rasmi tatkala artis-artis lain menolak tawaran (dulu-dulu kalau rancangan kelolaan RTM asyik muka dia je kan?). Dan jangan hairan lagu beliau antara lagu yang selalu aku layan waktu karaoke (selain lagu rok kapak) hehehe...

Sapa-sapa yang membesar dalam tahun 80an pastinya kenal mamat ni. Aku rasa waktu aku sekolah rendah lagi dah dengar lagu-lagu Nassier Wahab ni. Dan sehingga kini setelah lebih 20 tahun beliau masih lagi aktif dalam persada muzik tanahair. Walaupun boleh dikatakan low-profile, tapi populariti beliau masih lagi bertahan tak naik tak turun (maintain). Tidak seperti artis-artis lain yang sezaman dengan beliau - Ahmad Fauzee, Safar Gafar, Azizul Khamis, Ibnor Reza, Shidee dan Dwen. Ini terbukti dengan lagu hits beliau Memori Cinta Luka yang kalau tak silap berjaya bertahan menjadi juara berminggu-minggu lamanya di carta muzik stesen-stesen radio tempatan beberapa tahun lepas.

(P)(C) 2006 Music Valley Sdn. Bhd. Aku beli CD ni 04/06/2007 kat Bintang Plaza (currently known as Bintang Megamall) Miri, dengan harga standard RM29.90 quite worthy for a 2-disc local artist compilation.

Buku biodata disertakan sekali. Dan dalam inlay ada lirik lengkap.

Tracklist

Disc 1

  1. Masih Ingat Tak Lagi
  2. Sekali Aku Jatuh Cinta
  3. Untukmu Kekasih
  4. Mengharap Kasih Mu
  5. Aku Fakir Cinta
  6. Kejernihan Di Wajahmu
  7. Susah Senang Kita Bersama (duet bersama Ramlah Ram)
  8. Bila Rindu Datang Lagi
  9. Insan Terluka
  10. Gadis Bermata Biru
  11. Undangan Rindu
  12. Hatimu Tak Seindah Wajahmu

Disc 2

  1. Kau Yang Pertama (lagu baru)
  2. Andai Kau Di Sini
  3. Wajah Kekasih
  4. Pesona Cinta
  5. Sebuah Janji Tak Bererti
  6. Bayangan Wajah Duka
  7. Memori Cinta Luka
  8. Aku Yang Terasing
  9. Ku Bawa Rahsia Cinta
  10. Insan Tersayang
  11. Wajahmu Di Bulan Purnama
  12. Akhirnya Berpisah Jua

Daripada tajuk-tajuk lagu, memang semuanya tajuk lagu jiwang hahaha! Lagu favourite - Masih Ingat Tak Lagi (catchy tunes), Sekali Aku Jatuh Cinta, Susah Senang Kita Bersama, Bila Rindu Datang Lagi, Gadis Bermata Biru, Wajah Kekasih, Pesona Cinta, Bayangan Wajah Duka dan Wajahmu Di Bulan Purnama. Kalau korang rajin dengar Klasik Nasional, memang selalu lagu-lagu Nassier Wahab ni berkumandang (uik, dah tahap klasik lagu-lagu dia ni?).

Buku biodata Nassier Wahab, menceritakan sedikit sebanyak sejarah bagaimana beliau mula-mula berkecimpung dalam dunia muzik tanahair, bermula dengan kumpulan boria kat Penang sehingga kejayaan terkini (during printing time) beliau melalui lagu Memori Cinta Luka. Dalam ni jugak ada gambar bersama kumpulan Wings dan Search tapi aku lupa nak snap (nanti ada masa aku tambah dalam entri ni).

Bila dengar lagu-lagu dalam kompilasi ni pastinya aku akan teringat zaman kecik-kecik yang agak nakal... Zaman cuti sekolah buat rumah atas pokok dengan member, menggetah burung punai, memancing ikan puyuh dan sepat kat parit, *sigh* and those were the days... The reason why I bought this compilation in the first place. What's your story?

_____
Ada apa: Next local target - Sudirman, Alleycats dan Kembara

Guitar Techniques Of... (Part 4)


Seperti biasa, banyak steps yang aku skip bila belajar main gitar. Normal chords pun belum khatam lagi (belasah powerchords je), nak belajar scales jauh sekali... Beginilah nasib bila tadak mentor, hanya belajar gitar melalui DVD.

DVD Metal Riffs, distributed by Brilliant Sound Entertainment. Beli kat (some random CD/DVD shop) Wisma Sanyan, Sibu semalam (Ahad 25/7/2010) dengan harga RM22.00 (auto discount from RM22.90). Sama je macam DVD belajar gitar lain yang aku ada (Guitar Techniques Of... Metallica, Nirvana, Iron Maiden), sorang mentor tunjuk step-by-step, note-by-note, fret-by-fret, chord-by-chord.

Hmmm... Ibanez Jet King!

Riff list

  1. Ozzy Osbourne - Bark At The Moon
  2. Pantera - Walk
  3. Pantera - Cowboys From Hell
  4. Megadeth - Symphony Of Destructuction
  5. Metallica - Sad But True
  6. Metallica - Master Of Puppets
  7. Judas Priest - Breaking The Law
  8. Velvet Revolver - Slither
  9. Guns N' Roses - You Could Be Mine
  10. Iron Maiden - Fear Of The Dark
  11. Extreme - Get The Funk Out
  12. Van Halen - Hot For Teacher
  13. Skid Row - Youth Gone Wild
  14. Dio - Holly Diver (versi drop Killswitch Engage)
  15. RATM - Killing In The Name
  16. Audioslave - Cochise
  17. Black Sabbath - Iron Man
  18. Motorhead - Ace Of Spade
  19. Alice Cooper - Poison
  20. Deep Purple - Burn

Learn 20 Metal riffs note for note with Andy James. DVD ni cuma ajar main riff sahaja not the whole song... Riff intro simple Breaking The Law yang nampak senang, bila aku cuba tekial-kial jugak jari dikerjakannya hehehe... Takpa, mula-mula memang macam tu.

Ada beberapa lagu yang kena drop-D, dan ada juga yang guna D-tuning - tak menjadi masalah sebab aku ada dua gitar fixed bridge, Dinoscars dan Abominations. Dan seperti biasa riff-riff untuk lagu Metal ni kebanyakkannya laju-laju belaka, jadi kenalah belajar pelan-pelan, slow and steady, step-by-step...

Mentor kita kali ni ialah Andy James yang cakap pelat British, tapi tak sepekat pelat James Humpries (mentor DVD Metallica). Aku lebih suka Danny Gill (mentor DVD Nirvana, Iron Maiden), mentor yang simple (typical American accent) dan straight to the point. Dalam DVD ni Andy James guna dua gitar, LTD H-series dan Music Man *unknown* signature series.

Andy James is a well respected guitarist and teacher whose influences include Greg Howe, Paul Gilbert, Tony Macalpine and Zakk Wylde. His blistering techniques has been applauded by guitar legends such as Vinnie Moore, and featured on Sky TV's Musicians Channel.

Anyway, practice makes perfect... Gambarre, chaiyok-chaiyok!

_____
Ada apa: Symphony Of Destruction... Riff ni wajib belajar ni, belajar main guna Abominations ;)

Who's That Girl?


Aku suka iklan AXE Malaysia ni (sopan sikit berbanding iklan AXE kat negara-negara lain), setiap kali keluar kat TV memang aku akan tengok sampai abis (bab awek tu suruh call).

That grrl was hawt~ ;) Not too bootylicious and yet not too skinny, with pan-Asian face (my taste, ngeh)... Ada sapa-sapa tau, sapa nama awek dalam iklan ni? (Jangan-jangan Pinoy kot?)

_____
Ada apa: Rasa-rasa kalau aku guna AXE stuff, boleh tackle awek macam ni tak? Ngeh~

Ada Apa Dengan Kabel?


Memandangkan BDI21 mempunyai balanced XLR output (typical DI unit output) yang sama dengan macam yang ada kat mikrofon, jadi aku memerlukan kabel XLR untuk disambungkan kepada input PA system.

This cable was commonly available at most electric store, supermarket or even wholesale premises. Kabel kat bawah ni aku beli kat kedai 100% Discount Store (macam kedai RM2.00). Tidak seperti kabel gitar yang hanya dijual kat kedai-kedai alat muzik dengan harga yang agak premium, untuk kabel cap ayam harganya sekitar RM20-25 per 5 meter. Yang agak berjenama (Fender, Ibanez, Planet Waves) biasanya dalam RM40-70 per 5 meter (harga Bintulu).

And guess what? Kabel yang aku beli ni (panjangnya dalam 10 meter) cuma berharga RM13.80! Damn! Aku tak kisahlah ia buatan China, tapi kat kabel ni ada tulis low noise microphone cable, memang sudah cukup bagus untuk aku. Dan waktu aku soundcheck bass rig aku semalam bersama-sama kabel ni, memang cukup puas hati dengan low noise (noiseless I guess) output pada PA system.

Ada masa nanti nak cuba ronda-ronda kedai wholesale yang lain, kot-kot terjumpa barang rare yang murah. Lebih-lebih lagi barangan audio/video atau ICT...

_____
Ada apa: Kat kedai tu jugak aku ada jumpa kabel HDMI yang agak berkualiti dengan harga RM29.90!

Ada Sesuatu Dari yNot Studio (Part 2)


Jumaat 23/7/2010 - It's a fast decision really, yesterday I've contacted Engbok of yNot Studio (Farlim, Penang), asking about DI unit especially Behringer DI boxes for guitar or bass. And came up with Behringer V-Tone Bass BDI21 - bass amp modeller, direct recording preamp, DI box in one stompbox size.

Seperti biasa, yNot studio memang tempat untuk aku mendapatkan produk-produk Behringer, sebab lebih murah berbanding premis-premis lain (BDI21 standard retail price RM180) dan senang nak deal dengan Engbok. Pagi semalam order, bank-in duit belah tengahari, pagi ni dah dapat bungkusan dari PosLaju, quite fast eh? Thanks Engbok, you rock! Credits to PosLaju staff too.

Behringer V-Tone Bass BDI21 pedal dan seunit patch cable Belden
(yang sepatutnya aku dapat dua unit waktu beli BOD100 dulu).

BDI21 ni boleh digunakan untuk bermacam-macam fungsi - preamp, overdrive, simple equalizer, tube sound emulator/modeller, direct recording dan fungsi paling penting sebagai DI unit. Dengan menggunakan XLR output, aku boleh cocok output bass rig aku ke PA system atau mixer dengan "selamat", no more overloaded high impedance sound signal rushing through. Dan normal output yang satu lagi aku boleh cocok kat bass amp (bila dah ada bass amp kelaklah).

As for other Behringer stompboxes/pedals, as expected with Behringer quality, this pedal was totally plastic! Except for the rubberised base plate which was metal, just make this pedal feels heavy and rugged. It's a Behringer, what did you expect? With couples of "manual" sheets only which doesn't really give you the idea what this pedal really was.

Powered by 9V battery or AC adapter (not included) but since I've got Zoom AD-0006E adapter, so it's not a big deal.

Normal 1/4" input/output jack dan balanced XLR output.
Nak kena cari kabel with XLR connector (microphone cable).

Imej link dari website Behringer.

Sound? Petang tadi dah buat soundcheck, test pedal ni bersama-sama Black Ice dan BOD100 beberapa minit kat makeshift studio with this setting Black Ice -> BOD100 -> BDI21 -> PA system. Not bad, not bad at all... Especially that presence and blend knob, kalau pandai cari setting yang sesuai memang boleh dapat sound yang agak "dalam".

Empat knobs yang atas tu pulak (drive, treble, bass, level) fungsinya seakan-akan overdrive knobs kat BOD100. Ground lift switch may reduce the humming sound if the rig wasn't earthed properly. Tapi buat pertama kalinya aku dapat pulas tombol PHAT-II preamp kat Black Ice aku full blast tanpa bunyi yang menggerunkan. Selama ni aku tak berani nak pulas tombol PHAT-II full blast, takut nanti akan menjejaskan PA system Bob Kandar.

Esok plan nak jamm lagi (bergantung kepada keputusan Bob Kandar), mungkin esok dapat test pedal ni seoptimumnya.

_____

Lain cerita,

Selain BDI21 ni, memang aku dah survey beberapa DI box (untuk bass) yang lain. Tapi memandangkan harganya agak mahal, in the end sucked-up with Behringer :)

Hartke VXL Bass Attack @ RM35x (kanan - imej link dari website Samsontech). Yang ni aku nak tunggu CK Music Year End sale, pastinya pedal ni harganya drop gila-gila macam tahun lepas.

Tapi tahun lepas aku ambik keputusan untuk beli Zoom B2, sebab waktu tu aku tak terpikir pun nak guna DI unit, apa itu DI unit pun aku tak tau...

MXR M80 Bass DI @ RM89x (kiri - imej link dari website Jim Dunlop). Awat la produk MXR ni harganya terlampau mahal? kalau bawah RM4xx tu kira mampu lagi la.


_____

Ada apa: Behringer pun Behringer la... It's not that bad after all.

Guitar Talk: Strings Story


Hari ni kalau ikutkan aku malas nak buat entri (walaupun dalam draft ada dua entri Maiden Tribute), tapi tiba-tiba pagi tadi dapat idea daripada entri Bro Sub ni. Cerita pasal string dan pick, tapi cerita pick tu rasa-rasanya simpan dululah... Nanti dah tadak idea baru bukak cerita pasal pick (aku pun kumpul pick jugak).

Setakat ni, ini saja string yang aku ada. D'Addario selalu dapat free setiap kali bila beli gitar daripada Dead Eye Guitars (empat gitar = empat paket D'Addario), Dean Markley dan DR pulak complimentary from Bro Sub. Cuma string Alice dan Stagg saja yang aku beli sendiri (string murah hehehe). Dua-tiga daripadanya merupakan kotak/bungkusan kosong sebab string dah pasang, tapi macam best pulak kumpul kotak kosong ni (dah dasar collector, benda macam ni pun boleh dikumpul).

D'Addario - Personal preference, semenjak aku mula berkecimpung dalam dunia kegitaran ni tahun lepas (erk, baru setahun lebih), memang D'Addario saja yang aku guna. Sehingga aku mula-mula belajar pasang string (restring) gitar aku guna string Alice yang murah, sebab kalau salah pasang ke apa ke tadaklah rasa rugi sangat.

So far, gauge .009-.042 was the best gauge for my playing style. Jazz light gauge .012-.052 belum pernah pasang lagi, tapi dalam perancangan nanti nak pasang guna B-standard tuning ala-ala 7-stringer (minus high-E string), antara scale 24.75" dan 25.5" rasa-rasa yang mana satu sesuai dipasang gauge besar ni untuk B-tuning?

Alice string, .009-.042 gauge RM16.00 @ Hollywood Music, KK Plaza
(diskaun jadi RM14.00)

Alice - Setakat ni aku rasa string Alice ni antara string yang murah dan best. Walaupun agak kasar berbanding string mahal, tapi ia boleh dikatakan tahan lama. Aku pasang kat Mephisto aku awal Januari lepas, sampai April masih oke lagi (dengan penjagaan yang rapi).

Berbanding string Stagg (regular .010-.046 gauge, RM15.00 @ Zoso Music Bintulu) yang sekarang aku pasang kat Abominations, baru dua minggu pasang dan bawa jamming sekali dah nampak berkarat, walaupun dengan penjagaan yang rapi, aik? Jadi lepas ni string Stagg memang terkeluar daripada senarai. Nanti nak cuba jenama murah yang lain...

Dean Markley - Ni lagi satu string yang best, aku rasa string ni dah dua kali aku "recycle" (hehehe), mula-mula pasang kat Kelly Kelly, bila nak let-go Kelly Kelly awal bulan ni, aku ganti dengan string D'Addario baru, yang Dean Markley tadi aku pasang kat Dinoscars. Sampai sekarang masih lagi belum menunjukkan apa-apa kesan dimakan usia (selain kesan hentaman pick yang ganas). Yup, you're right Bro Sub, this string was awesome!

DR String - Another complimentary from thE guitaR addicT!, string ni agak istimewa sebab bersalut (coated) warna hijau, yup warna HIJAU! Buat masa ni aku belum lagi pasang string ni kat mana-mana gitar aku, mungkin nanti nak pasang kat Dinoscars bila string Dean Markey tadi dah sampai seru. Sekurang-kurangnya sepadan dengan badan Dinoscars yang jugak berwarna hijau (Ijau D. Koceng signature series hehehe). Dengar-dengar Oriaj pun sekarang dah pakai string DR, betul ke?

Elixir string - Stock string bass untuk Black Ice aku (aku tak tau la berapa harga string Elixir untuk bass, mungkin boleh mencecah RM200 kot?) Aku beli Black Ice aku Krismas tahun lepas, sampai sekarang dah masuk tujuh bulan tak termasuk berapa lama bass ni melepak kat kedai. Sehingga kini string Black Ice aku ni masih lagi berkilat (seperti biasa dengan penjagaan rapi), kecuali ada "bulu-bulu" halus salutan (nanoweb/polyweb) yang terkupas hasil hentaman ganas picking style.

Mungkin nanti bila aku dah cuba beberapa string jenama lain, mungkin aku akan sambung entri ni lagi. Kadang-kadang teringin jugak nak cuba artist-related strings, tapi bukannya dengan string tu aku boleh terer main macam artis yang dimaksudkan, betul tak? (But just for collections).

To be continued...

_____
Ada apa: String apa yang paling panjang?

Blind Guardian - Imaginations From The Other Side


Entri CD ebay kembali lagi! (intonasi macam Tora datang lagi!). Kali ni album Imaginations From The Other Side dari brader-brader Jerman kita (*tadak kaitan dengan Piala Dunia) iaitu Blind Guardian. Pada pendapat aku, album ni merupaka antara album terbaik Blind Guardian selain The Forgotten Tales.

*Sebenarnya entri ni dah sebulan lebih dalam bentuk draft dari awal musim Piala Dunia lagi, tapi macam biasa aku malas nak mengolah ayat itu ini.

Seperti biasa, Blind Guardian antara band Jerman yang aku minat. Muzik dan lirik lagu-lagu diorang ni ada kelainan sikit dari band-band Power/Speed Metal yang lain. Walaupun kebanyakkan lirik-lirik lagu diorang bertemakan nukilan JRR Tolkien dan mitos-mitos barat yang lain, tapi setiap satunya diolah dengan begitu indah sehingga menjadi memorable tunes... Chewah~

CD diterima dalam keadaan kurang memuaskan, jewel case dah retak dan pecah, backlay ada sket renyuk terkena jewel case yang retak. Tapi CD dan inlay masih dalam keadaan memuaskan. Takpa, aku ada banyak jewel case baru.

eBay purchase info

  • Purchased from: r4rock (banyak dah CD murah aku beli dengan mamat ni)
  • Location: UK
  • Condition: used
  • Price paid: £3.15+1.99 (RM25.81) menang bid
  • Ordered: 4/5/2010
  • Received: 22/6/2010
  • Label: (P)(C) 1995 Virgin Schallplatten GmbH (first pressing ni)
  • Made in: Holland

Tracklist

  1. Imaginations From The Other Side
  2. I'm Alive
  3. A Past And Future Secret
  4. The Script For My Requiem
  5. Mordred's Song
  6. Born In The Mourning Hall
  7. Bright Eyes
  8. Another Holy War
  9. And The Story Ends

Banyak lagu-lagu best dalam album ni, antaranya Mordred's Song dan Bright Eyes - antara lagu Blind Guardian yang mula-mula aku dengar (selain Lord Of The Rings) dalam versi akustik seperti dalam album The Forgotten Tales. Tapi dalam album ni versi asal, versi Metal!

Tak kurang jugak dengan lagu Imaginations From The Other Side, I'm Alive, A Past And Future Secret dan Born In The Mourning Hall. Semua lagu ni biasanya wajib dinyanyikan dalam setiap konsert Bind Guardian.

CD decoration yang agak menarik.

A Past And Future Secret, taken from Imaginations Through The Looking Glass DVD - aku ada konsert ni tapi versi VCD (cap lanun hehehe), ada masa aku nak cari versi Official DVD kat eBay. Macam best je diorang main gitar akustik tu... Seakan-akan bunyi lute bard - trademark Blind Guardian.

Koleksi Blind Guardian aku bertambah lagi satu album studio. Koleksi ni pelan-pelanlah aku bagi lengkap, tak macam Iron Maiden, Bruce Dickinson dan Children Of Bodom yang dah lengkap (atau hampir lengkap)... Next target - Blind Guardian Live.

_____
Ada apa: Most call him "once a future king"...

Bruce Dickinson - The Chemical Wedding


Bukan, ini bukan sambungan entri perkahwinan Jairo tahun lepas dengan tajuk yang hampir sama. Tapi CD eBay daripada Abang Bruce (Dickinson) kita dengan album studio kelima iaitu The Chemical Wedding.

Dengan adanya album ni, koleksi album studio Abang Bruce aku dah lengkap. Tattooed Millionaire, Skunkworks, Balls To Pocoyo Picasso, Accident Of Birth, The Chemical Wedding dan Tyranny Of Souls. Next target - The Best Of Bruce Dickinson 2-disc version.


eBay purchase info
  • Purchased from: acacia70
  • Location: US
  • Condition: used
  • Price paid: $5.50+5.00 (RM34.68) menang bid
  • Ordered: 29/4/2010
  • Received: 12/5/2010
  • Label: (P)(C) 1998 CMC International Records
  • Distributor: BMG Distribution, a unit of BMG Entertainment
  • Made in: US
Barcode dah bertebuk, biasanya CD macam ni jenis stock clearance.
Tracklist
  1. King In Crimson
  2. Chemical Wedding
  3. The Tower
  4. Killing Floor
  5. Book Of Thel
  6. Gates Of Urizen
  7. Jerusalem
  8. Trumpets Of Jericho
  9. Machine Man
  10. The Alchemist
Lagu favourite - Chemical Wedding, The Tower, Killing Floor, Book Of Thel dan Jerusalem.


Walaupun berstatus used, dan selain barcode bertebuk, inlay masih lagi dalam keadaan yang memuaskan dan CD was shiny scratchless. Btw, jewel case dah nampak seasoned. Takpa, yang penting koleksi aku dah lengkap (album studio), tinggal kompilasi dan album live saja lagi.

Abang Bruce & Co. (Eleee... H buat muka garang konon hahahaha!)

Bila masa korang dapat tengok H main Jackson King V dalam Maiden? And Roy Z was amazing too!
 

Kalau rasa bosan, baik skip terus pi 3:15 (aku suka bab solo/bridge gitar dan bass synchronised).

Muzik dan lagu Abang Bruce 'solo' memang jauh berbeza dengan muzik/lagu Iron Maiden kan? Lately album-album 'solo' Abang Bruce muziknya keras (banyak drop tune atau guna 7-string kot?) dan lirik-liriknya jugak mempunyai elemen biblical themes. Berbanding muzik/lagu Iron Maiden yang lebih galloping, story-driven, enjoy dan santai. Mungkin dalam Maiden, muzik/lirik masih lagi dikawal oleh Steve Harris kot? It's Steve's band after all. But, that's my point of view... Tak tau la pulak pendapat-pendapat otai yang lain. What say you?

Tapi tak kisah 'solo' atau dengan Maiden, Abang Bruce sememangnya seorang penghibur yang bertenaga dari segi vokal, stamina dan aksi di atas pentas. That's the fact which every single of us agreed...

_____
Ada apa: Scream for me Bintulu! (Amboi amboi.... Bintulu terus~)

Tarot - Suffer Our Pleasures


Rupanya ada beberapa CD eBay yang aku belum buat entri (bukan review, sebab aku collector bukan reviewer) - Imaginations From The Other Side, The Chemical Wedding dan CD ni. Kadang-kadang tak tau apa nak tulis.

Owh btw, bungkusan ni dari UK dengan setem Queen Elizabeth special edition - edisi besar gedabak! Hahaha! Dua atau tiga kali ganda lebih besar daripada setem Queen Elizabeth standard. Bungkusan ni aku lupa bila aku terima, mungkin awal bulan Mei kot? Berisi CD Tarot album Suffer Our Pleasures.

Besar gila setem ni. Mhagnoth, adakah anda berminat?

eBay purchase info

  • Purchased from: nik_moore
  • Location: UK
  • Condition: New?
  • Price paid: £5.50+2.30 (RM39.10) menang bid
  • Ordered: 30/4/2010
  • Received: x/5/2010
  • Label: (P) 2003 Spinefarm Records (C) 2003 Ranka Publishing
  • Made in: Finland?

Macam tak sangka la pulak aku menang bid CD ni, memang rare dan susah cari CD ni kat eBay. Kalau ada pun memang harganya premium. Except their new album, most Tarot stuff were premium these days, damn! Album Crows Fly Black pun sekarang dah mahal, nasib baik aku beli waktu masih harga standard.

Tracklist

  1. I Rule
  2. Pyre Of Gods
  3. Rider Of The Last Day
  4. Follow The Blind <- Aik? Macam tajuk lagu Blind Guardian je
  5. Undead Son
  6. Of Time And Dust
  7. From The Void
  8. Convulsions
  9. From The Shadows
  10. Painless

Lagu favourite - I Rule, Pyre Of Gods, Rider Of The Last Day dan Undead Son, sebab keempat-empat lagu ni diorang ada main dalam konsert (DVD) Undead Indeed. Btw, aku jugak ada Undead Son singles.

CD diterima dalam keadaan yang memuaskan, walaupun jewel case nampak macam dah seasoned, tapi inlay masih baru dan CD shiny scratchless. Daripada inlay, Tommi Salmela belum lagi menjadi ahli rasmi, hanya disenaraikan sebagai backing vocals.

Eh? Zach Guna ESP dalam video ni?

_____
Ada apa: Yeah yeah... Another Hietala Brothers product.

Let-Go: Nandung


Sebenarnya dah lama Nandung aku ni melepak kat rumah member aku. Rasa-rasanya semenjak aku beli Black Ice bulan Disember tahun lepas kalau tak silap. Memandangkan aku pun tadak masa nak main gitar tong (I'm more to electric), sekurang-kurangnya kalau aku letak kat rumah member aku ada jugak yang guna/main daripada ia berkarat dan berkulat kat bilik aku.

Tengahari tadi tiba-tiba member aku ni kata dia nak beli Nandung aku, sebelum ia "hancur" hahaha!... Apa punya istilah daa?~ Sebenarnya bukan dia yang rajin main, tapi anak buahnya yang suatu ketika dulu pernah kami (aku dan Bob Kandar) ajak jamming tapi tak masuk line sebab dia main clean-strumming Indie, kitorang main high-gain Metal ;)

Disebabkan aku beli dulu pun taklah mahal mana, jadi aku let-go pun dengan harga yang lebih kurang sama dengan harga dua kotak string D'Addario. Btw, Nandung ni merupakan gitar pertama yang aku beli, beberapa bulan sebelum aku beli Mephisto. Good bye Nandung...

_____
Ada apa: Thinking of buying an electro-acoustic guitar... Ah! Jangan nak macam-macam!

Sleepless Night (Part 3)


Ahad 18/7/2010 - Seawal 9.30 pagi *ehem-ehem* aku dah SMS bagitau mungkin petang nanti dia dah boleh keluar wad (discharged) setelah ditahan sejak malam Khamis lepas dan menjalani appendectomy petang Jumaat. Malam tadi giliran adik(kembar)nya jadi jaga (tidur) kat hospital.

Alhamdulillah pukul 3.30 petang *ehem-ehem* aku dah boleh keluar dari wad, walaupun berjalan masih lagi macam orang baru lepas beranak (hehehe). Doktor dah bagi cuti (MC) sehingga Sabtu depan 24/7/2010, jadi terpaksalah aku (atau orang lain) cover kerja-kerja analisisnya yang terbengkalai di opis/lab.

Dijadualkan buat temujanji lagi dengan doktor pakar pada 26/8/2010 akan datang untuk pemeriksaan semula... Yang ironinya jugak merupakan hari ulang tahunnya.

Mungkin ada hikmah disebalik peristiwa ni. Well, that was another story...

_____
Ada apa: Oke, pagi nanti aku dah boleh buat kerja seperti biasa, tak kalut dah...

Sleepless Night (Part 2)


Jumaat 16/7/2010 - Lepas balik sembahyang Jumaat, aku bergegas pi hospital (tak balik opis), sebab *ehem-ehem* aku dah SMS yang dia dah nak masuk bilik bedah. Yup, confirmed she's got appendicitis dan bakal menjalani appendectomy.

Aku sampai hospital beberapa minit sebelum *ehem-ehem* aku diusung masuk bilik bedah (good timing). Dan waktu nak masuk bilik bedah, maknya yang baru sampai pun dah menunggu depan bilik bedah. Memandangkan maknya dah ada, jadi aku dah dapat balik pi opis menyambung semula kerja-kerja rutin yang ditinggalkan sejak pagi tadi.

Dalam pukul 4.30 petang maknya call aku, bagitau yang *ehem-ehem* aku dah selamat menjalani appendectomy (alhamdulillah syukur), tapi masih lagi "in twilight mode" belum berapa sedar efek sedatif masih lagi ada. Istilah orang Borneo - masih lagi palau-palau...

Pukul 7.30 malam pulak bergegas pi airport Bintulu jemput adik(kembar)nya yang baru sampai dari Kuching.

To be continued...

_____
Ada apa: Walaupun 95-97% seiras, tapi aku memang boleh bezakan...

Sleepless Night


Malam tadi terpaksa tidur kat Hospital Bintulu, menemankan *ehem-ehem* aku yang kena tahan kat wad sebab sakit perut, berkebarangkalian besar appendicitis. Selasa lepas dia baru je kena food poisoning, tiba-tiba petang semalam lepas balik kerja dia mengadu sakit perut yang amat sangat dan mintak hantar pi hospital.

Gambar hiasan Scrubs, antara siri TV aku aku minati suatu ketika dahulu.
Imej link dari Wikipedia.

Daftar kat unit kecemasan dalam pukul 6.30 petang, lepak kat observation bay dalam dua jam sementara menunggu keputusan analisis darah dan urine, admitted masuk wad dalam pukul 10.00 malam -----sleepless night----- pukul 5.00 pagi tadi baru aku dapat balik rumah. Pukul 8.30 pagi masuk kerja kejap tunjuk muka dan punch-in, kemudiannya keluar lagi pi hospital. Ni dah masuk tiga kali aku ulang-alik pi Hospital Bintulu yang jaraknya dalam 8-10 km dari Bandar Bintulu (rumah dan opis aku).

Dari malam tadi dia disuruh puasa, alahai kesiannya dahlah orangnya kurus kering, harapkan "bekalan air" dari IV saja. Dengar-dengar hari ni dia nak kena appendectomy pulak, tapi tak tau lagi pukul berapa, mungkin belah petang atau malam. Aiseh, risaunya aku...

Malam tadi dah bagitau keluarganya, mungkin maknya akan tiba di Bintulu tengahari nanti, dan adik(kembar)nya pun kata nak datang naik flight dari Kuching malam nanti. Twins are fascinating!... Sorang sakit, yang sorang pun macam boleh rasa.

To be continued...

_____
Ada apa: Macam menunggu orang nak bersalin pulak, betul tak Oriaj? ;)

Tarja - My Winter Storm


Sebenarnya dah lama aku cari CD ni kat Speedy Video serata Borneo (KK - 1Borneo, Wawasan Plaza, Centre Point, Miri - Imperial Mall, Bintang Megamall) memandangkan memang ada tersenarai dalam katalog Speedy Video. Akhirnya aku terjumpa CD ni kat Speedy Video Imperial Mall sabtu lepas. Tapi awat waktu aku beli Metallica S&M DVD beberapa bulan dulu tadak pun? Nevermind that...

My Winter Storm album daripada Tarja Turunen or simply Tarja (ex-Nightwish vocalist). Kat eBay CD ni memang mahal mencecah RM80+, kalau murah pun mesti jenis bid dan aku selalu kalah bid. Versi mp3 dah lama aku sedut, tapi disebabkan aku ni collector (dan aku suka material Nightwish zaman Tarja) nak jugak ada versi CD kan? Eh? Aku tak pernah buat entri pasal Nightwish selain CD pirate dari Ukraine.

(C)(P) 2007 Universal Music Domestic Division, a division of Universal Music GmbH. Diedarkan oleh Universal Music Sdn. Bhd. untuk pasaran Malaysia, hence the label Special Malaysia Edition yang memang lokek, kedekut, cokot - sebab inlay cuma sekeping kertas dilipat dua macam kes CD Death Magnetic.

Tracklist

  1. Ite, Missa Est*
  2. I Walk Alone
  3. Lost Northern Star
  4. Seeking For The Reign*
  5. The Reign
  6. The Escape Of The Doll*
  7. My Little Phoenix
  8. Boy And The Ghost
  9. Sing For Me
  10. Oasis
  11. Poison
  12. Our Great Divide
  13. Sunset*
  14. Damned And Divine
  15. Die Alive
  16. Minor Heaven
  17. Ciaran's Well
  18. Calling Grace

Lagu-lagu dalam album ni banyak yang best, memang sesuai dengan vokal Tarja, agak berbeza dengan zaman Nightwish beliau, walaupun masih ada unsur-unsur Melodic Metal (aka heavy distortion guitar sound).

Tapi yang aku tak berapa berkenan, ada tiga-empat *annoying interludes bawah satu minit dan hampir 80% lagu-lagu dalam ni lagu slow tahap lullabye memang boleh mengantuk kalau dengar, and for sure not suitable to listen while driving! I know, I've been in that situation before...

Personal choices - I Walk Alone, Poison, Die Alive. Tiga lagu ni saja yang aku rasa agak enjoy didengar waktu celik, yang lain memang best untuk dibuat bekalan tidur...

_____
Ada apa: Die Alive? Camna tu?

Ella - USA (Part 2)


Setelah diprovok oleh Takilala (yang macam dah pencen dari dunia blog) dalam Facebook yang mengatakan ada CD Ella - USA versi terbitan semula (reissued), akupun terkial-kial mencarinya sekitar Borneo. Dari Speedy Video kat area Miri sehingga area KK (entri Sickening Art). Akhirnya aku terjumpa CD ni kat Victoria Music Centre, Amcorp Mall bulan Mei lepas. A must-buy stuff! Beli sekali dengan CD Iron Man 2.

Ya, aku tau aku dah ada CD ni versi Album Rock Terunggul yang dibelikan oleh saudara Portdy tahun lepas. Tapi disebabkan versi ni mempunyai cover art ori (macam versi kaset tahun 1994) dan inlay yang lengkap dengan lirik dan kredit kepada staf yang terlibat, so wtf? Aku beli lagilah! Bukannya mahal pun, cuma RM15.90 je (dah dasar collector, memang macam tu).

Nanti ada masa aku beli lagi 30110 versi terbitan semula...

_____
Ada apa: Terjagaku dari tidur yang lena... [malam Isnin lepas tertidur 12 jam, terlupa dunia seketika, kes balas dendam]

Iron Maiden - Live After Death


[2010 Tribute to Iron Maiden viral entry #10]

Dah lama tak buat entri pasal Maiden Tribute, kali terakhir bulan Mei lepas dengan album No Prayer For The Dying. Kalau diikutkan CD yang ni pun dah lama aku terima, dan entri ni pun dah lama dalam draft (baru perasan).

Seperti biasa CD dari eBay bersetem dari UK (setem standard Queen Elizabeth) berisi CD Iron Maiden album Live After Death remastered version. Kalau ikutkan, album-album live concert, compilations, singles dan era D'Anno bukanlah priority dalam koleksi Iron Maiden aku, tapi memandangkan album ni susah nak cari kat kedai-kedai CD yang selalu aku pi (Speedy Video, Victoria Music Centre mahupun Goblinz) dan dengan harga yang agak menarik, jadi faham-faham sajalah.

Walaupun berstatus used, tapi CD ni masih nampak baru dengan permukaan yang 99% scratchless, walaupun ada sedikit keretakan pada jewel case.

eBay purchase info

  • Purchased from: smokiebobo (seller yang sama untuk Rock In Rio)
  • Location: UK
  • Condition: used
  • Price paid: £3.96+3.00 (RM35.25) menang bid
  • Ordered: 29/3/2010
  • Received: 14/4/2010
  • Label: (P)(C) 1998 Iron Maiden Holdings Ltd. under exclusive licence to EMI Records Ltd.
  • Made in: EU

Seperti biasa, tracklist tak payahlah aku nak list down. Otai-otai yang lain pastinya dah ada CD ni kan? Nanti aku korek entri-entri lama korang, kalau ada entri review pasal album ni, aku akan letak link yang berkenaan kat area ni.

Disc 1

Disc 2

Seperti album-album remastered "enhanced CD" version Iron Maiden yang lain, album ni jugak mempunyai multimedia contents pada kedua-dua CD. Wasn't a big deal for me to check-it out though.

Minggu lepas aku ada beli Powerslave bersama-sama dengan The Best Of Mercyful Fate. Jadi, kecuali dua album pertama (zaman D'Anno), koleksi studio albums Iron Maiden aku boleh dikirakan complete :)

Apa-apapun... Up the Irons \m/

_____
Ada apa: Eh? Bulan berapa The Final Frontier release?

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger