Showing posts with label irt-pulse. Show all posts
Showing posts with label irt-pulse. Show all posts

Let-Go: IRT-Pulse


Gajet ini dimiliki sejak 2017 hasil *pemberian daripada Bro Sub The Guitar Addict, tapi hanya pernah digunakan beberapa kali. Ia lebih optimum untuk kegunaan rakaman rumah atau studio berbanding kegunaan live semasa jamming atau gig.

Aku tidak memiliki masa dan kepakaran untuk rakaman, beberapa kali ia cuba diasimilasikannya untuk jamming, dipasang pada pedalbord dan disokong oleh beberapa pedal lain. Disebabkan rekabentuknya yang mendedahkan litar dan tiub-tiub di dalam kepada elemen persekitaran, ia tidaklah sesuai diletak di atas lantai.

Atas sebab-sebab di atas, aku mengambil keputusan untuk melepaskan gajet ini kepada mereka yang lebih seronok menggunakannya untuk rakaman. Untuk meneruskan legasi *pemberian, ia tidak dijual, sebaliknya diwariskan kepada anak buahku si Aizuddin Madani (AM) yang namanya kini makin naik dalam scene indie di Sabah.

Selain sudah ada EP sendiri, AM juga kini menjadi FB streamer dan producer untuk beberapa orang artis DIY di sana.


TSB6 masih digunakan di situ.

Juga diselitkan dengan beberapa warisan pemberian sampingan iaitu tuner Sledgehammer Pro, amPlug Night Train dan beberapa unit tali gitar dan pick sebagai tanda sokongan pakcikmu di sini, moga barangan ini lebih bermanfaat di sana.

[Updated 24/02/2021] Dah sampai, siap buat unboxing video lagi...

_____
AADI: Hampir dua tahun tak dapat balik Sabah, gara-gara PKPx.

IDK Gig Rig #6: Silenced Pulse


Silencer yang diterima minggu lepas cuba diasimilasikan bersama-sama IRT-Pulse dan beberapa pedal lain (AT Drive, MS-60B) dipasang atas Pedaltrain-longkang.


Untuk gigrig ini, Silencer diaplikasikan dengan keadah 4-wayar (input, send, return, output), AT Drive dan IRT-Pulse berada dalam effects loop Silencer. MS-60B digunakan hanya untuk fungsi EQ, delay, reverb dan tuner jika diperlukan, tak perlu masuk dalam loop.

Gitar -> (input) Silencer (send) -> AT Drive -> IRT-Pulse -> (return) Silencer (output) -> MS-60B -> IRT-X

Selain IRT-X, gigrig ini boleh juga disambung terus ke amp lain (front or effects return), PA system, mixer atau direct recording interface. Akan dicuba seoptimumnya untuk sessi jamming akan datang (yang entah bila).

_____
AADI: Ngam tema warna hitam-kemerahan.

Wordless Wednesday: IDK Gig Rig #5




_____
AADI: ST-2 as a backup.

2017 Yang...


Hari terakhir 2017 ni biasanya sesuai buat entri sinopsis tahunan *AADI...

1) PS4 gamer - Selepas habis memainkan Fallout 4 (Institute and Minutemen path) sekitar bulan Februari, keghairahan bermain PS4 mulai surut dan dorman pada bulan berikutnya. Kekangan masa dan tanggungjawab kepada keluarga merupakan faktor utama kepada kedormanan tersebut.


Tajuk yang menunggu giliran untuk dimainkan ialah The Last Of Us yang diperolehi menerusi pertukaran (trade) dengan CD Queensryche/Samson daripada geng blogger Rafi Xyrus. Tomb Raider reboot pun belum habis main.

2) Jamming dan kugiran - Tahun ini MUP masih ada persembahan awam walaupun tidak serancak sebelumnya, dah tak laku kot... Hanya ada empat persembahan awam.

7/7/2017 - Gig Raya Warung Deli.
5-6/8/2017 - busking listrik @ booth Pemuzika.
28/10/2017 - "soundcheck" Gig Terjun Part III.
24/11/2017 - Glam Rock Nite.
Tapi apa yang menariknya, MUP kini sudah ada lagu sendiri dan bukan lagi "just another cover band". Lirik lagu Pentagram Di Atas Pusara diilhamkan daripada antologi cerpen tulisan Adi Herman dengan tajuk yang sama, manakala muziknya telah lama menjadi intro MUP sejak 2013 (working title Project Madness). 2-3 buah lagu lagi akan menyusul tahun depan untuk projek Demo 2018.



3) Kegitaran - Tiga buah gitar diperolehi tahun ini, mungkin membalas dendam sebab tahun lepas tak ada beli gitar, kah kah kah...

Squier J5 Telecaster terpakai (Johnny).
LTD M-50FR (Neon).
Ovation CC24S (Celeb).
Memang tidak dapat lari daripada pembelian pedal dan stompbox, antaranya - MS-50G #2, FP02M, Sparrow, Lancelot, Blademaster (dibeli Azrol), AT Drive dan SD-1. Manakala ST-2 dan M234 masing-masing diperolehi secara pertukaran (trade) dengan BC-2 dan Time Machine. Amp? Adalah seketul amp kecil Fly 3 Bass.


Oh ya, tak lupa juga Laney IRT-Pulse hadiah hari jadi daripada Bro Sub, the best birthday gift! Terima kasih sekali lagi.


4) Guitar Techie - Tahun ini mula didatangi oleh rakan-rakan dan rakan kepada rakan yang menghantar gitar mereka kepada aku untuk diservis tukar pikap, pendawaian semula, cuci dan tengok-tengok apa yang patut. Antaranya KIKOSP Azrol, gitar rakan-rakan NV Unity (Purple Strat, Poplar Tele replica, Harmonics Les Paul copy, Squier Standard Strat), EC-256 si Korawk, RG331M Nuing dan RR3 Larrong.


Untuk gitar peribadi, masih bermain-main dengan pikap - Mirage kini bernadi EMG SA/SA/89, manakala Neon tadi dipasangkan dengan set Seymour Duncan Sentient/Pegasus. Korina dan Johnny pula kembali menggunakan pikap asal.


5) CD/DVD - Hobi yang tak pernah rehat. Selain eBay dan Radin Music Centre, kini ada tambahan Rock At Large dan Inverno Music Station untuk pembelian atas talian pada harga yang berpatutan.

Album-album Judas Priest masih belum dibuka.
6) Megadeth KL - Iron Maiden dah tak pandang Singapore, Metallica pula tak singgah KL *haih~*. Tapi tak mengapa (parap-parap), hati yang lara dipujuk oleh Abang Mus dan Megadeth kerana KL merupakan satu daripada persinggahan tour Dystopia mereka di Asia Tenggara. Highlights, dapat jumpa geng bloggers - Bert (untuk kali kedua) dan Muspeed.



7) KucingHijau dwi-dekad - Tahun ini juga menandakan 20 tahun aku telah menggunakan moniker KucingHijau, tak ingat tarikh tepat, tapi sekitar Ogos 1997 di area Sungai Dua depan USM (macam mana aku boleh terlepas buat entri ni?).

Gambar hiasan (imej cilok).
Bermula sejak zaman Hotmail, kemudiannya menjadi nick mIRC. Bersambung dalam Friendster, MySpace, Blogspot (Blogger) dan seterusnya media sosial terkini Facebook, Twitter, Goggle+ dan Instagram. Gelaran Ijau mula diguna oleh rakan-rakan mIRC (ketika itu) terutamanya ketika gathering dan ia melekat sehingga kini.

*AADI merupakan blog perhobian, jadi yang tidak berkaitan dengan hobi amat jarang aku kongsikan dalam blog. Dan yang sedih-sedih tu biasanya aku tolak tepi... Terima kasih kepada rakan-rakan bloggers dan pembaca senyap yang masih setia mengikuti blog AADI. Moga 2018 menjadi tahun yang ohsem untuk perhobian kita semua.

_____
AADI: Selamat tahun baru 2018!

Pemacu Lampau Raya Boss


Masih mood jualan akhir tahun, Boss SD-1 Super Overdrive ini diperolehi daripada 724Rocks (yang aku saspek The Guitar Store Kepong) melalui platform Lazada, dan juga merupakan pedal terakhir untuk 2017.

Black box = new batch.
Mengambil peluang diskaun 19% bersempena 12.12 Lazada dan tambahan 11% lagi diskaun (voucher) daripada pihak bank membuatkan ia pedal termurah berbanding pedal overdrive lain dalam senarai sasaran (BD-2, MojoMojo, TS Mini, Crayon) yang tewas.

Less information = newer batch.
Pernah memiliki beberapa overdrive sebelum ini seperti Vintage Overdrive, East River Drive, Hot Tubes dan OD-3. Tapi kesemuanya telah dijual dengan alasan jarang diguna atau menjadi mangsa GLTL menjadi modal untuk gajet kegitaran lain. Yang ada sekarang hanyalah AT Drive, itupun mungkin akan di-GLTL-kan kerana SD-1 ini lebih jiwa.

Seperti biasa, pedal overdrive sebegini akan digunakan untuk memacu hadapan distortion channel amp supaya menjadi lebih tepu (saturate) dan begitu juga dengan respon picking yang menjadi lebih sensitif.


Amat lazat digunakan bersama-sama IRT-Pulse atau HT-5RH, jelas terasa perbezaannya berbanding jika dipacu oleh AT Drive. Juga sesuai digunakan sebelum pedal distortion (LT Dual, ST-2, Lancelot) dengan konsep yang sama.

_____
AADI: Tajuk entri adalah terjemahan terus nama pedal.

The IRT Pulse-Addict (Part 2)


Mencuba IRT-Pulse sebagai USB interface untuk rakaman terus ke PC, menggunakan perisian Audacity sebagai perakam dan penyunting bunyi.


Jika input stereo dipilih, IRT-Pulse akan membahagikan bunyi kepada bunyi mentah (clean/dry) pada channel kiri, manakala bunyi distorsi (drive/wet) pada channel kanan. Jika input mono dipilih, IRT-pulse hanya akan menyalurkan bunyi mentah sahaja.


Dirakam terus dari gitar (Calypso, Eb tuning) ke IRT-Pulse tanpa ada apa-apa efek tambahan atau pasca-EQ. *Please forgive my sloppy playing though...

Bunyi mentah tadi boleh diamplifikasikan semula menggunakan fungsi RE-AMP pada IRT-Pulse dengan setting yang berbeza mengikut selera, atau apa-apa perisian yang boleh menyunting bunyi pasca-rakaman (yang ni aku kena belajar lagi).


Lepas ni mungkin akan mencuba bersama-sama HT-5RH melalui effects-loop sebagai pre-amp berasingan (aka 3rd channel on HT-5RH) atau front-end distortion pada amp lain.

_____
AADI: *Antara sebab aku jarang upload demo, kah kah kah~

The IRT-Pulse Addict!


Satu daripada gajet kegitaran yang tersenarai dalam entri GAS 2017 awal tahun, berjaya diperolehi dari Bandar Singa. Terima kasih kepada Bro Sub (The Guitar Addict) kerana menjadikan impianku suatu kenyataan.


Pakejnya terdiri daripada kiub IRT-Pulse, adapter 12V, manual dan beg kecil Laney sebagai "gig bag". Ia merupakan unit yang sama dalam entri ni.


Spesifikasinya tak perlulah aku ceritakan di sini, boleh rujuk website rasmi Laney atau satu daripada ulasan mengenainya pada website Sound On Sound atau Mixdown Mag.


Ia boleh digunakan sebagai pre-amp, booster, USB recording interface, atau semudah sebuah stompbox distortion dengan bunyi tube yang sebenar (bukan emulasi) terus ke amp gitar lain atau PA system.


Aku mungkin lebih menggunakannya sebagai pre-amp, digandingkan dengan kerabatnya IRT-X cabinet sebagai power amp, untuk melengkapkan kombinasinya sebagai sebuah rig Laney Ironheart.


Perantaraannya boleh diletakkan beberapa pedal modulation (CH-1) dan/atau delay (DD-3, Time Machine). Manakala apa-apa jenis overdrive dan/atau compressor boleh diletak sebelumnya.



Untuk sessi jamming (atau live), aku bercadang menggunakan setup seperti video di atas. Cuma pedal-pedal jenis modulation/delay dan DI box akan digantikan dengan RP360 untuk menjimatkan ruang.

Ada tiga biji LED merah di bawahnya.
Seperti biasa, akan dipandu-uji seoptimumnya semasa sessi jamming kelak. Begitu juga dengan fungsinya sebagai USB interface (with re-amp capabilities) akan dibuat entri berasingan (jika ada masa dan kudrat).

Terima kasih sekali lagi Bro Sub, rock on! \m/

_____
AADI: Masuk khemah Laney pula.

Odometer AADI

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (180) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (12) artis tempatan (156) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (18) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (8) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (35) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (74) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (4) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (55) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (20) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (33) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (43) emo (283) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (181) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (14) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (55) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (61) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (41) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (60) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (182) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (294) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (10) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (28) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (311) konsert (118) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (18) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (40) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (35) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (30) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (70) melaka (13) membakut (46) memori (485) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (51) miri (22) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (20) mooer (2) motorhead (9) movie (117) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (236) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (46) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (47) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (65) shopee (56) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (36) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (33) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (7) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (23) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (69) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (36) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (39) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (493) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger