Perampas Dana: Core i3 Rig


Untuk pertama kalinya sejak 1997, inilah sistem PC klon pertama aku yang dipasang oleh orang lain (dibeli sebagai set). Sebelum ini semua PC klon aku dipasang sendiri dan dinaiktaraf secara berperingkat ikut keperluan, bajet, dan game semasa.

Kemas juga pemasangannya. Hmm, mana SSD?

Mahu tak mahu, aku perlu mendapatkan sebuah PC baharu menggantikan PC aku *sebelum ini yang sudah 10 tahun ketinggalan zaman, sudah tidak relevan untuk kegunaan online harian (browsing, Meet/Zoom, WFH). Offline mode tak ada masalah, masih cemerlang memainkan game Fallout: New Vegas pada setting maksimum.

Spesifikasi PC baharu ini tidaklah segah mana - Core i3-10100F, H410M H V2, 8GB DDR4, GT710-SL-2GD5-BRK, 240GB SSD - hanya cukup-cukup makan untuk gaming kasual. Tapi sistem ini lebih kepada kegunaan online berbanding gaming. Bukan apa, segan nak guna laptop keluarga (Dell Vostro, AMD A8) yang diguna oleh Mrs. Ijau (WFH) dan sekolah online Lil'Ijau.

Ya, masih ada FDD di sana

*Spesifikasi PC aku sebelum ini - C2Q Q9550 LGA775, GA-EP41-UD3L, 3GB DDR2, GV-N440-2GI, 500GB HDD - adalah sistem yang dinaiktaraf secara berperingkat mengikut keperluan gaming sejak 2007. Dalam casing yang sama pernah menggunakan Athlon 64 X2, AN7S, E5700 dan beberapa graphic card seperti yang pernah diceritakan dalam entri ini.

Pernah tergerak hati untuk menaiktaraf PC di atas penghujung 2015 semata-mata ingin memainkan game Fallout 4, tetapi mengambil keputusan untuk melabur sebuah PS4 Slim dengan kos yang hampir sama.

Owh, SSD main sembunyi di belakang.

Nampak sangat aku sudah banyak ketinggalan teknologi baharu dunia PC. Paling ketara ialah kepantasan teknologi solid state drive (SSD), boot-up Windows 10 tak sampai 10 saat berbanding 25-30 saat pada Dell Vostro yang masih menggunakan HDD. Itu baru interface SATA III, belum lagi M.2 NVMe.

Sebenarnya dana-dana hasil jualan Mr. Smith beberapa minggu lepas telahpun dirampas disalurkan untuk perolehan sistem ini. Selepas muhasabah diri, PC ini lebih penting (keperluan) berbanding sebuah GRGR131EX atau MG-30 (kemahuan).

_____
AADI: Mampukah ia memainkan The Outer Worlds?

Ada Apa Dengan Nescafe Kopi Cham Kopitiam?


Nescafe tin versi kopitiam yang dijumpai seterusnya ialah perisa kopi cham, apa itu kopi cham? Kopi yang dicampur dengan teh susu (coffee with milk tea), koteh?

Seperti versi bancuh latte milk tea, kopi dan teh bukanlah pasangan yang ideal. Kedua-dua rasa ini amat bertentangan, sukar sebati untuk diteguk bersama (pendapat peribadi). Mungkin pembelian pertama dan terakhir untuk perisa kopi cham ini, inipun dibeli semata-mata untuk modal entri AADI.

_____
AADI: Juga pernah cuba kopi cham versi Pokka.

Wordless Wednesday: Tarik 6 Kopitiam



_____
AADI: 6-shot!

Ada Apa Dengan Susu Soya Handy Tofu?


Tertarik dengan minuman soya jenama Handy Tofu yang dijual di Kedai Mesra Petronas siap dalam peti sejuk eksklusif dengan harga ntah akupun dah lupa, isipadu pun aku lupa, mungkin 500 ml kot?

Rasanya lebih kurang macam rasa soya pasar malam Sungai Dua Penang (area Jalan Helang), tidak pekat dan tidak pula terlalu cair, just nice. Dulu soya dan taufufah (yang kimochi dan tanpa was-was) antara juadah yang sukar dicari di Bintulu, tapi kini aku dah jumpa lubuknya...

Ya, produk ini memiliki logo dan sijil halal JAKIM, good to know. Selain minuman susu soya, juga terdapat taufufah dengan jenama yang sama (akan dicuba kemudian).

_____
AADI: Juga boleh didapati menerusi Foodpanda (Bintulu) terus dari premisnya.

Marko Hietala - Pyre Of The Black Heart


Satu lagi CD yang baru ada peluang dibuatkan entri selepas sebulan diperolehi daripada Rock At Large. Album solo pertama Marko Hietala (ya dieja Marko, bukan Marco) terbitan 2020 ini merupakan versi English untuk album asal dalam bahasa Suomi iaitu Mustan Sydämen Rovio yang diterbitkan setahun sebelumnya.

Pada mereka yang sudah lama mengikuti AADI pastinya tahu yang Marko Hietala ini antara artis idola aku. Selain pemain bass, Marko juga seorang artis serba boleh - vokalis, penulis lirik, penggubah lagu, pemain gitar. Selain lagu-lagu Tarot, banyak juga lagu-lagu Nightwish hasil nukilan beliau.

Album ini dilabel sebagai hard prog berbanding metal, banyak menggunakan elemen efek modulasi, untuk lagu-lagu ballad masih ada unsur-unsur folk, Celtic dan Scandinavian.

Muziknya tidaklah sekeras Tarot mahupun semelodik Nigthwish. Katanya lagu-lagu dalam album ini lebih bersifat peribadi dan agak tidak sesuai untuk dijadikan lagu Tarot mahupun Nightwish.



Seperti yang sedia maklum, Marko tidak lagi menyertai Nightwish. Tarot pun sunyi selepas Pecu Cinnari meninggal dunia beberapa tahun lepas. Namun begitu, aku rasa Marko masih boleh menaikkan nama dengan bergerak solo mahupun bersama All Hietala Power Trio, iaitu gabungan Marko, Sakari (Zachary Hietala, Tarot) dan anak Sakari. Yang lebih sesuai untuk persembahan tempatan dan usianya berbanding konsert keliling dunia.

_____
AADI: Dengar versi Isäni ääni lebih meremang berbanding The Voice Of My Father.

Let-Go: Zoom MS-70CDR


Walaupun ketika diperolehi untuk kali kedua aku pernah bercadang tidak akan melepaskannya, lebih-lebih lagi selepas proses unlocked/hacked dalam entri ini. Tapi selepas memikirkan beberapa faktor, terutamanya faktor standard "jarang digunakan", maka ia dilepaskan jua mengikuti jejak saudara-saudaranya MS-50G dan MS-60B sebelum ini.

Berpindah milik kepada seorang rakan sepermetalan dari Sarikei, yang juga gitaris band bawah tanah yang agak terkenal di Sarawak, juga orang yang sama memiliki ex-Korina aku hampir dua tahun lepas. Tapi tak mengapa, ia dikira sebagai meneruskan projek 2020 purge dan akan menjadi modal pusingan untuk mengorek lubang baharu.

_____
AADI: Lubang apa?

Ada Apa Dengan Lactel Bliss?


Baru perasan yang jenama minuman yogurt Bliss bukan lagi di bawah Nestle, tapi kini dimiliki oleh Lactel.

"From October 2019, all Nestle chilled dairy products is sold under a new brand, Lactel."

- website Lactel Malaysia.

Tapi mungkin untuk meneruskan tradisi edisi terhad minuman yogurt pada musim perayaan, Bliss kali ini kembali dengan perisa kegemaranku iaitu kurma gula melaka. Adakah ia edisi terhad untuk Ramadhan 2021?

Walaupun perisa terhad ini pernah keluar ketika tahun 2017, tetapi rekabentuk grafik botolnya tidak sama. Serius, rasanya pun (pendapat aku) tidak sama seperti empat tahun lepas, lebih ke arah tangy macam oren.

_____
AADI: Tak kimochi~

Wordless Wednesday: Medicine At Midnight



_____
AADI: Bukan album Foo Fighters ya...

Ada Apa Dengan Three Tea Teh C Special?


Seperti jenama Leaves dalam entri sebelum ini, teh C special jenama Three Tea ini juga diperolehi di pasar raya E dijual dengan harga pengenalan RM2.99 untuk tin berisipadu 240 ml. Keluaran Greenleaf Food & Beverages (Kuching) yang juga terkenal dengan produk gula teh C.

Seperti yang selalu aku katakan, rasa teh susu memang susah untuk di-paket/botol/tin-kan berbanding kopi susu. Tapi dengan hype perisa "pandan & coconut" jenama ini lebih kimochi berbanding jenama Leaves dalam entri sebelum ini. Rasa aromatik pandan dan lemak santan menenggelamkan rasa "sintetik" teh susu yang sinonim dengan teh susu paket/botol/tin.

_____
AADI: Kimochi?

Ada Apa Dengan Leaves Sarawak 3-Layer Milk Tea?


Jenama Leaves antara yang sinonim dengan produk gula teh C special (Sarawak 3-layer milk tea) seperti dalam entri ini. Terjumpa pula teh C special versi tin di pasar raya E dijual dengan harga pengenalan RM2.99 untuk tin berisipadu 240 ml.

Seperti entri teh susu sebelum ini, ternyata rasa teh susu memang susah untuk di-paket/botol/tin-kan berbanding kopi susu. Begitu juga dengan teh jenama Leaves ini, rasa tehnya agak sintetik sama seperti teh tarik ori F&N, hanya manisnya sahaja yang unik.

_____
AADI: Ada satu jenama lagi sedap daripada Leaves ini, untuk entri seterusnya.

Francesco Shopee Preamp


Projek selepas sahur, memasang set active preamp generic/oem yang diperolehi daripada Shopee untuk menggantikan preamp lama Francesco (BC Rich PFG5 Warlock bass) yang mana kesemua potentiometernya sudah *keras.

Preamp ini juga didatangkan sekali dengan ruang bateri plastik, dapatlah menggantikan ruang bateri lama yang sudah patah penutupnya.

Proses pemasangannya tidaklah lama, hanya perlu mengeluarkan komponen lama dan memasang komponen baharu. Pematerian hanya melibatkan sambungan pikap neck dan bridge ke pot BLEND, selebihnya adalah pre-wired.

Pot BLEND lama, kutub bersongsangan antara pikap neck dan bridge. Kenampakan pot lama yang berhablur membuatkannya keras untuk dipulas. Ini antara tanda-tanda bass ini disimpan di tempat yang kurang sesuai oleh pengguna sebelum ini.

Antara yang dipelajari daripada kerja-kerja arwah YusTech ialah menyusun dan mengikat wayar-wayar "isi perut" dalam kaviti supaya nampak kemas, ini hanyalah untuk kepuasan diri selain meneruskan legasi beliau.

Projek berjaya diselesaikan sekitar 25-30 minit (amatur) tanpa sebarang pengulangan. Kualiti bunyi preamp ini cukup-cukup makan sahaja, 2-band EQ pun tidaklah berapa lebar sapuan frekuensinya. Tapi nak komplen apa, agak padanlah dengan harganya sekitar RM25 sahaja.

*Hampir berjaya melepaskannya penghujung Disember lepas, tetapi pembeli yang tidak berpotensi tadi menyatakan pot-pot yang keras sebagai satu daripada alasan untuk mengayam-keluar (chickening out). Jika ada yang berminat selepas ini, aku tidak keberatan untuk melepaskannya.

_____
AADI: Selamat daripada berEMG.

Ada Apa Dengan F&N Teh Tarik Ori?


Dah lama perasan minuman teh tarik botol ni di pasaran, tapi baru tergerak hati untuk mencubanya. *F&N teh tarik ori, dijumpai di pasar raya S dengan harga RM2.70 untuk sebotol berisipadu 270 ml.

Rasa teh susu memang susah untuk di-paket/botol/tin-kan berbanding kopi susu. Biasanya akan ada seperti rasa sintetik yang biasa ada dalam teh tarik bancuh 3-in-1. Minuman ini tidak terkecuali daripada memiliki rasa tersebut.

_____
AADI: *Juga terdapat dalam versi kurang gula.

Ada Apa Dengan Dutch Lady Banana?


Walaupun tidak dinyatakan sebagai "edisi Ramadhan" seperti perisa kurma dan ros bandung keluaran tahun 2019, tapi susu Dutch Lady perisa pisang menjadi agak hype untuk Ramadhan tahun ini.

Rata-rata ramai yang kata susu perisa pisang ni sedap, tapi bagi aku rasa pisangnya seperti rasa pati (essence) pisang Star Brand. Tapi rasanya kira eksotik jugalah untuk dijadikan juadah sungkei (berbuka/iftar).

_____
AADI: Kena cuba susu pisang Nilofa untuk perbandingan.

Ramadhan PKP (Part 2)


Cepat betul masa berlalu kan? Pejam celik pejam celik Ramadhan datang lagi. Sedikit terkilan kerana sekali lagi kita mengharungi Ramadhan dalam tempoh PKPx hampir sama seperti tahun lepas.

Apa-apapun AADI mengambil kesempatan untuk mengucapkan salam Ramadhan 1442H, selamat menjalani ibadah puasa kepada rakan-rakan bloggers dan pembaca senyap yang beragama Islam.

Stay safe, stay at home, PS4 dah jual tak dapat nak berkonsul sampai sahur, kah kah kah...

_____
AADI: Dah set minda untuk Raya PKP 2.0 awal-awal.

Kamelot - The Shadow Theory (Limited Edition, Digipak)


Lepas sebulan lebih diperolehi daripada Rock At Large baru ada mood peluang buat entri album studio ke-12 Kamelot The Shadow Theory. Ini merupakan versi digipak edisi terhad yang didatangkan dengan CD kedua yang berisi enam buah lagu dalam versi instrumental dan satu lagu bonus.

Kamelot terkenal dengan cover-art album yang "pelik/buruk/abstrak".

Pernah beberapa kali cuba untuk mendapatkan album ini melalui eBay selepas ia dirilis tahun 2018, tapi kebanyakkannya dijual pada harga yang tidak berbaloi. Ditambah lagi dengan PKP tahun lepas, maka hilang kehangatan untuk meng-eBay dan hobi memancing CD secara amnya. Terima kasih RAL kerana membawanya masuk.

Juga album ketiga bersama-sama vokalis Tommy Karevik selepas Silverthorn dan Haven. Ternyata Karevik kini sudah sebati dengan Kamelot, ada gaya dan imej tersendiri (berjambang, tegap dan maskulin ala Henry Cavill), tidak lagi dibayangi oleh imej Khan seperti ketika album Silverthorn.

Seperti tradisi album-album Kamelot sebelum ini, pasti akan menampilkan beberapa artis undangan terutama vokalis wanita, kali ini giliran Lauren Hart (Once Human) dan Jennifer Haben (Beyond The Black) menjadi penyeri.

Sejak era Karevik talaan Kamelot lebih rendah drop-C#/drop-C berbanding era Khan yang rata-ratanya ialah Eb-standard. Tapi aku suka lagu Vespertine (My Crimson Bride) dengan vibe power metal klasik ala Helloween/Masterplan. Lama tak dengar lagu Kamelot vibe begini.

Juga tidak lari daripada lagu-lagu ballad seperti Static dan Stories Unheard, kebanyakkan lagu ada dua solo, gitar dan keyboard daripada Thomas Youngblood dan Oliver Palotai. Serius akupun tak perasan bila masa mereka ada kaki pukul baharu selepas Casey Grillo menyertai Queensryche. Nampak sangat aku dah tak follow perkembangan Kamelot, kah kah kah...

_____
AADI: Kerevik pun liked post Instagram aku untuk album ini.

Let-Go: Mr. Smith


Gitar pertama dilepaskan tahun ini, Mr. Smith (Jackson SDX Adrian Smith signature). Ya, gitar ini yang berada dalam axology aku setahun lebih sejak November 2019, hanya pernah dibawa jamming dua kali (ini dan ini).

Ia dilepaskan bersama-sama kesemua upgrade yang telah dipasang - Seymour Duncan JB, Roederstein 0.022uF capacitor, Gotoh DM-50 5-way switch dan Switchcraft output jack - membuatkan harga pelepasannya agak premium.

Aku tidak keberatan untuk melepaskan gitar yang belum ada nilai nostalgik ditambah dengan *beberapa faktor peribadi dan paling menang aku dapat hampir 98% balik modal.

Ia dibeli oleh rakan yang sama pembeli ex-Neon (LTD M-50FR) dan ex-Sarge (Jackson JS32 King V) aku sebelum ini. Sebagai seorang pemain muzik semi-pro, rakan tadi perlukan sebuah gitar utama yang tegap (player's guitar) dengan segera berikutan M-50FR yang katanya dah berbulan masuk "klinik" manakala King V pula telah dibeli orang lain.

Imej blog KDHR.

*Aik? Hang dah tak minat Adrian Smith kah? Minat, tapi antara dilema memiliki gitar signature ialah ia dibuat mengikut spesifikasi artis tadi dan belum tentu ia serasi dengan aku, contohnya konfigurasi HSS dan isu fret di pinggiran. Tapi jika teringin memainkan gitar hot-rodded strat sebegini, So-Cal hijau masih ada.

Oklah, dapat juga mengurangkan satu gitar dalam axology aku, kononnya untuk menyambung semula proses 2020 purge dan menutup lubang besar yang digali demi perolehan Shiro. Harapnya aku kental hati menepis godaan dan tidak menggali lubang baharu.

_____
AADI: Sorry H.

Ada Apa Dengan Nescafe Tarik Kopitiam?


Nescafe tin versi kopitam ketiga dicuba selepas kopi-o kopitiam dan tarik kaw kopitam.

Rasanya sama seperti Nescafe tarik tin biasa (dan varian kurang manis), hanya visual sahaja nampak lebih menarik dengan label perang-jingga dan imej ikonik "kopitiam".

_____
AADI: Pulled coffee.

Ada Apa Dengan Frenché Roast Latte Dan Cappuccino?


Selepas perisa French latte dan originale kopi jenama Frenché Roast versi tin, dicuba pula perisa salted caramel latte dan tiramisu cappuccino.

Menarik seperti kes originale, versi tin perisa salted caramel latte dan tiramisu ini juga lebih c'est délicieux jika dibandingkan dengan salted caramel latte dan tiramisu latte versi bancuh 3-in-1, lebih pahit, masin (salted caramel), lemak dan bercoklat (tiramisu).

Jika harganya lebih murah, maka ia merupakan faktor utama pemilihan kopi tin ini berbanding mengalahkan Nescafe, Wonda dan Pokka.

_____
AADI: Dah dekat puasa, teringin iced French latte bancuh.

Mitutoyo Shiro


Sebelum bertukar hakmilik, Mr. A sudahpun memasangkan set tali baharu pada Shiro (ESP Eclipse-II) ini, katanya Elixir 10-52. Pengalaman aku, saiz 10-52 agak serba-boleh untuk gitar berskala 24.75" pada talaan yang selalu aku guna - Eb-standard/drop-C# dan E-standard/drop-D.

Tapi aku was-was dengan saiznya kerana terasa agak keras pada talaan Eb-standard berbanding 10-52 Ernie Ball dan Skull Strings yang pernah aku guna sebelum ini.

Aku tak pernah beli tali jenama Elixir, tapi ikut pengalaman pada tali bass ex-Black Ice, sadurannya akan mula "membulu" akibat selalu kena pick. Jadi kebarangkalian ini adalah tali jenama Elixir amatlah tinggi.

Untuk mengetahui diameter tali, aku menggunakan angkup digital Mitutoyo, pinjam opis punya. Aku ada angkup vernier versi Mr. DIY/Super Save, tapi untuk bacaan bawah 1 mm memang tak tepat dan jitu.

Selepas diukur ternyata set tali ini bersaiz 10-13-17-30-42-52, tapi entahlah kenapa tidak "feel" seperti dua jenama di atas tadi.

Mungkin akan dipasangkan dengan set Turbo Slinky (9.5-46) yang diperolehi beberapa minggu lepas. Ernie Ball ni tak boleh disimpan lama-lama dalam stok, nanti menyesal... Sempat menjenguk TOM bridge dan tailpiece, ternyata ia juga berjenama Gotoh.

Bersambung...

_____
AADI: Set Elixir dikitar semula untuk gitar lain.

Flashback Friday: AADI Dan Autism


Bersempena dengan Hari Kesedaran Austism Sedunia hari ini, tergerak hati nak buat entri berkaitan autism. Berikut antara anekdot autism yang pernah aku kongsikan dalam AADI.

"Oh ya, aku jarang bercerita pasal keluarga dalam AADI. Anak kedua aku, Ijau Jr. (bakal berumur tiga tahun) setelah didiagnosis oleh doktor pakar, memiliki ciri-ciri autism spectrum disorder (ASD) dan kini menjalani terapi sebulan sekali. Pembelian t-shirt ini sedikit sebanyak sebagai tanda sokongan kepada apa-apa komuniti kesedaran autism di Malaysia, secara amnya.

Menjadi ibu bapa kepada anak autism memang mencabar, seperti slogan t-shirt di atas "tuhan menduga kita". Cabaran besar untuk aku ialah sabar, aku sememangnya seorang yang baran, tuhan menduga aku supaya menjadi seorang yang lebih penyabar, insya-Allah..."

- Entri 23/02/2018

"Bila dikurniakan anak yang didiagnosis mempunyai ciri-ciri autism spectrum disorder, barulah aku faham apa itu autism. Yang pasti golongan autism ni ada ciri-ciri istimewa, Ijau Jr. yang aku perhatikan dapat menghafal nombor 1-10 (Bahasa Melayu dan English), ABC dan alif-ba-ta dalam masa yang singkat."

- Entri 02/04/2018

"Adiknya Ijau Jr. juga mula bersekolah TASKA tahun ini. Sebenarnya lebih risau melepaskan adiknya (yang didiagnosis memiliki ciri-ciri ASD) ke TASKA berbanding kakaknya tiga tahun lepas."

- Entri 10/01/2019

"Jarang aku nak cerita pasal ASD di sini, tapi semenjak mula bersekolah TASKA tahun ini, Ijau Jr. menunjukkan banyak perubahan dari segi komunikasi, sosial dan akademik (selain hasil sessi terapi bulanan). Terkejut juga bila baru-baru ini Ijau Jr. menerima anugerah Pelajar Terbaik Kelas Mandarin dan Pelajar Contoh bersempena Hari Keluarga TASKA."

- Entri 21/11/2019

"Jarang aku nak cerita pasal ASD di sini, tapi syukur mulai bulan ini Ijau Jr. sudah boleh discharged daripada menjalani sessi terapi carakerja (occupational therapy) bulanan setelah dua tahun menjalaninya. Juru terapi juga berpuas hati dengan perkembangan Ijau Jr. sepanjang dua tahun terapi. Tapi bagi aku, paling banyak membawa perubahan adalah semenjak dia bersekolah di TASKA."

- Entri 12/03//2020

"Jarang aku nak cerita pasal ASD di sini, tahun ini anak ASD aku Ijau Jr. akan masuk enam tahun, masih disekolahkan di TASKA yang sama. Walaupun tahap berkomunikasinya seperti 1-2 tahun lewat berbanding umur, tapi syukur kerana sudah boleh berinteraksi dengan orang sekeliling. Kelebihan ASDnya, seawal umur lima tahun dia sudah pandai membaca, ya membaca bukan mengeja."

- Entri 11/01/2021

Banyak sebenarnya pengalaman yang aku boleh ceritakan, tapi biarlah setakat ini dahulu... Kalau ada idea dan mood, mungkin aku akan tambah lagi di bawah.

_____
AADI: Different, not less.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (3) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (350) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (74) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (30) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (19) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (31) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (64) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (280) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (171) erectus (17) ernie ball (42) es-335 (2) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (91) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (49) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (129) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (23) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (44) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (52) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (310) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (99) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (19) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (72) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (611) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (48) memori (433) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (27) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (86) new album (30) new gear (242) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (356) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (204) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (29) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (20) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (113) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (52) shopee (40) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (16) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (16) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (463) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger