Setelah mendapat respon positif daripada "bakal pembeli yang berpotensi" (selepas diiklankan dalam
blog GKC), baru ada mood untuk memulakan
eksperimen projek memasang preamp
Fishman Presys menggantikan preamp TS-1N pada
Taka (Takamine ED20C) yang bermasalah.
 |
| Perbandingan saiz. |
Disebabkan saiz yang berbeza, lubang kaviti asal terpaksa dibesarkan. Dan dimensi/ukuran cut-out template boleh didapati daripada website
Fishman.
Cuma ada gergaji "jigsaw" murahan sahaja untuk potongan kasar, potongan halus dilakukan dengan pisau secara berhati-hati macam buat ukiran kayu (kekangan perkakasan, sedih™).
Pikap
piezo Fishman ni namanya Sonicore, agak tebal sedikit berbanding piezo asal. Jadi bridge dan action makin tinggi beberapa nanometer, tapi tak mengapa (parap-parap).
Berkesempatan "mencuri masa" untuk membersihkan fretboard dengan produk-produk Jim Dunlop;
01 Cleaner & Prep,
02 Deep Conditioner dan
65 Polish & Cleaner.
Tali gitar yang digunakan adalah Good Strings (duh~), antara harta rampasan perang daripada
Pusat Muzik Reco tempoh hari. Jangan pandang remeh pada jenama ni, ia merupakan adik-beradik jenama
Alice, antara jenama tali gitar yang tahan, lembut dan ekonomi.
Onboard tuner pada Presys ni walaupun tidak sesensitif
Pitchclip atau
Pitchhawk, tapi sekurang-kurangnya lebih bagus daripada tak ada langsung, kan?
Ok, sebenarnya untuk projek ini, hampir semua yang dilakukan merupakan kali pertama, seperti memasang tali gitar akustik, memotong/mengerat tepi badan gitar, memasang preamp/piezo akustik. Dan alhamdulillah syukur, tiada kesilapan berlaku walaupun mengambil masa 3-4 jam untuk siap (amatur).
Malam nanti nak tunggu respon "bakal pembeli yang berpotensi" tu. Pi mai pi mai tang tu, geng-geng MUUV juga, bukannya orang lain...
_____
Ada apa: Credits to
Yustech GT blog, as references.