Showing posts with label usm. Show all posts
Showing posts with label usm. Show all posts

Throwback Thursday: Louder Than 30


Album yang menyambut ulang tahunnya yang ke-30 semalam (29/4/2026) - Louder (seperti yang ditulis pada kaset versi Malaysia, keh keh keh).

Aku mula layan album ini versi kaset yang dipinjam daripada Gaban (abang Takilala) selepas aku habis SPM penghujung 1996 dan aku masih ingat ia musim taufan Greg. Kemudian bila masuk USM tahun berikutnya, aku membelinya sendiri di Berjaya Video Sungai Dua.

"Antara album yang dilayan berabis (versi kaset) ketika bulan-bulan pertama aku menjejakkan kaki di USM pertengahan 1997. Ketika itu (naively) aku berpendapat Manowar adalah lebih heavy daripada Metallica (ironinya, dua-dua mengalami sindrom kecairan metal). Oh ya, dengan album ini juga aku berjaya me"metal"kan rakan sebilik aku yang agak nerd, hahaha..."

- Entri 2014.

Kecuali dua lagu instrumental (Today Is a Good Day To Die, My Spirit Lives On), hampir kesemua lagu-lagu aku masih boleh sing-a-long lirik-liriknya walaupun dah lama tak dengar. Pasti akan mengembalikan memori menghuni Desasiswa Fajar USM 1997. Courage merupakan anthem kami (geng-geng nerd) yang juga kebetulan selari dengan hobi kami ketika itu; game Diablo dan buku-buku Ian Livingstone Deathtrap Dungeon dan Trial Of Champions.

Aku rasa inilah album terakhir Manowar yang aku rasa enjoy didengar. Selepas album Warriors Of The World, aku seperti sudah berhenti mendengar Manowar.

_____
AADI: Battles are fought by those with the courage to believe...

Throwback Thursday: Jalan Sungai Dua, Penang


Terjumpa video ini di YouTube beberapa hari lepas, adalah juga modal untuk dibuatkan entri. Video tersebut dimuat naik sekitar September 2024, jadi boleh dikirakan masih baharulah suasananya berbanding Google Street View yang ada sesetengah lorong masih bertarikh Januari 2021.

*Tahun 2000-2004 hampir setiap hari aku melalui jalan yang sama dari Sunny Point (Batu Uban) sehingga ke shoplot University Heights kerana bekerja di sebuah premis ICT sekitar minit @6:35 yang kini sudah diganti oleh premis Safina.


Januari 2021.

Jun 2014.

Jalan utama @ September 2024.

Ada beberapa premis lain sezaman aku di shoplot University Heights yang aku nampak (signboard) masih bertahan; antaranya Lai Photostat, Micro Ram (dah tutup?), Mindmaker, Sri Saujana Stationeries, Ghee Motor dan Cheah Optometrist.

Kalau selepas Lorong Sungai Dua sehingga Jalan Helang pula juga ada beberapa premis di shoplot Sri Saujana, Golden Phoenix, Desa University dan Vanda yang masih bertahan.

  • Sri Saujana - KFC, Purple Red Studio, Poliklinik Perdana.
  • Golden Phoenix (dulunya Cafe Mandarin/Bali Bali Cafe) tempat Abu Nasi Kandar, Brothers barber.
  • Desa University - McDonald's, Pizza Hut, Baskin-Robbins, 7-Eleven.
  • Vanda - Kiew Dental, Nasi Kandar Pelita.

Fuh, tempat-tempat ni semua menggamet kenangan. Ini semua neighbourhood aku zaman remaja awal 20-an, zaman liar, zaman "independent", zaman "wasted years"...

"Kali terakhir aku turun Penang penghujung tahun 2009, sebab ada Kursus Kenegaraan. Tahun-tahun sebelumnya memang aku akan turun Penang setiap kali musim Konvokesyen USM. Mungkin suatu hari nanti aku akan bawa Mrs. Ijau dan anak-anak melancong ke Penang."

- Entri MotoVlog Mamu Vinyl.

_____
AADI: *Belum lagi kenangan dalam USM 1997-2001.

Throwback Thursday: MAS Pre-2000


Terjumpa relik zaman menuntut di USM Penang dulu ketika mengemas bilik di rumah kampung beberapa minggu lepas. Koleksi tiket kapal terbang dan pas masuk Malaysia Airlines (MAS) BKI-KUL, KUL-PEN sekitar 1997-2001.

Dulu menaiki MAS terasa eksklusif kerana penghujung 90an terbang sana-sini belum lagi menjadi kebiasaan. Ketika itu Air Asia belum lagi gah seperti awal 2000an, masih logo kepala helang. Orang Borneo terpaksa berbelanja besar jika menuntut di Semenanjung.

Kalau guna duit sendiri hanya mampu balik setahun sekali, mujurlah pihak biasiswa juga ada menyediakan tambang ulang-alik setahun sekali. Dapatlah balik dua kali setahun, sekali waktu cuti panjang semester dan sekali waktu raya.

FYI, harga tiket Kelas Golden Club (business class) untuk penerbangan malam lebih kurang sama seperti harga tiket Kelas Ekonomi penerbangan siang. Kalau ada peluang memang aku pilih Golden Club. Lagilah terasa eksklusif, lebih-lebih lagi untuk remaja bawah 20 tahun merantau solo. Ya, dulu ada penerbangan malam dan awal pagi yang harganya lebih murah.

Diambil gambar kenang-kenangan untuk modal entri AADI ini sebelum dilupuskan bersama-sama barangan lain yang sudah 30 tahun terperap dalam laci dan almari bujang aku.

_____
AADI: Sempat merasa Subang Airport.

Throwback Thursday: Gaining Weight


Ternampak produk ini Appeton Weight Gain ini di Watsons, teringat 20+ tahun lepas aku pernah mencuba produk ini.

Waktu student USM dulu (1997-2000), aku memang cekeding, pinggang seluar saiz 27" berat sekitar *50-55 kg sahaja. Berbekalkan gaji kerja part-time di sebuah kedai komputer di Sungai Dua, mampulah membeli produk ini tapi tin yang paling kecil.

Bila habis setin, tiada peningkatan/perubahan aku tidak lagi membelinya dan redha dengan fizikal aku ketika itu.

Tamat.

_____
AADI: *Sekarang sikit lagi mencecah tiga digit.

Throwback Thursday: Dua Dekad Yang Lepas


Dah lama aku snap gambar ni, rasanya 2-3 tahun lepas sebab masih ada Korg Pitchblack Mini. Terjumpa ketika memindahkan gambar-gambar lama ke pemacu baharu.

12/8/2001 - Diploma Teknologi Makmal, ya hanya diploma. Sebab tu tak pakai topi empat segi.

Sepatutnya aku berkonvo tahun 2000, tapi banyak keputusan yang "kurang bijak" dibuat ketika itu, terpaksa menambah satu semester lagi untuk mengulangi dua mata pelajaran yang kantoi selain mencantikkan nombor CGPA sebelum berkonvo.

Berat sekitar 60+ kg, saiz pinggang seluar pun 30-32" kah kah kah...

_____
AADI: Rindu nak pergi USM dan Penang amnya.

There Is Nothing 20 Years To Lose


Facebook mereka kata album ini menyambut ulang tahun yang ke-20 hari ini... Wiki pula kata Sabtu lepas 02/11/1999, mana satu?

Tak cukup syarat untuk gila format.
Album ketiga Foo Fighters ini bukanlah album FF kegemaranku (fav to date TCATS), tetapi disebabkan nilai-nilai *nostalgik album ini, ia boleh dikategorikan sebagai album bertaraf soundtrack of my life.

Kaset terakhir dibeli sebelum Y2K.
*Mendengar kembali lagu-lagu dalam album ini otomatik akan teringat kenangan tahun ketiga di USM (circa 1999-2000). Tahun yang agak "kejam" dari segi percintaan perhubungan dan pelajaran. Seperti ayat entri tahun 2009:
"ekceli aku ada kaset utk album ni, aku beli somewhere penghujung 1999 kat berjaya video, sg. dua, penang. waktu tu aku 3rd year kat usm tgh dilamun scandal dgn awek student junior hehehe >:) album ni jugak mengingatkan aku time aku dan housemate 6 org ramai2 pi round island naik kancil, mcm tin sardin jdnya... dan zaman gila main game planescape torment"
Ada tiga lagu dalam album ini yang teringin sangat aku nak cover; Learn To Fly, Aurora dan Next Year. Ketiga-tiganya ada maksud peribadi tersendiri.

_____
AADI: "I was in the best rock & roll band in the 90's, we've changed the course of rock music..."

Throwback Thursday: PC Niaga


Terjumpa PC pertama aku di dalam stor rumah kakak aku semasa cuti raya yang lepas. Paling nostalgia ialah logonya "PC Niaga".


*PC Niaga terletak di Jalan Sungai Dua (not to be confused with this or this), Gelugor, Penang, merupakan tempat mula-mula aku bekerja sambilan semasa menuntut tahun pertama di USM (circa 1997). Malangnya ia bankrupt pada tahun 1998 atas masalah-masalah dalaman.

Merupakan PC klon yang dipasang sendiri setelah diperolehi secara berperingkat (part by part) hasil gaji bulanan dan dana-dana biasiswa. Sambil bekerja di situ, sambil belajar servis dan pasang PC klon.

Sayangnya aku tak sempat snap gambar keseluruhan PC, tapi aku masih ingat spesifikasinya - AT system, Pentium MMX 166MHz, 32MB EDO RAM, 1.7GB Maxtor HDD, 24x LG CDROM, TsengLab ET6000 PCI - yang ketika itu sudah cukup hebat untuk memainkan tajuk-tajuk PC game yang "trending" ketika itu seperti Doom, Nuke Nukem, Warcraft, Diablo, Quake, Red Alert, Tomb Raider, dll.

_____
AADI: *Atas Lai Photostat (ketika itu).

Undecim Blogging Blues


Entri bersempena ulang tahun ke-11 aku ber-Blogger (formerly Blogspot) bulan ini.

Pernah ditanya macam mana aku konsisten dengan blog 10+ tahun lebih, macam mana dapat idea dan motivasi untuk terus berblog hampir setiap hari ada entri. Ok, ini cuma kaedah peribadi aku, blogger lain mungkin dengan kaedah mereka.

Imej cilok.
1) Golongan sasar - AADI adalah blog untuk mereka yang sehobi dengan aku - pengumpul CD, mat metal, gamers, peminat dan pemain gitar, pengkritik makanan, peminat manga/anime dan kadang-kadang kaki wayang. Jadi ada sesetengah istilah, sejarah atau cerita asal tak perlu dijelaskan lagi dan anggap golongan sasar ini sudahpun mengetahuinya.

Pancingan Radin Music.
2) Motivasi - Bak kata Deaf-Angel, blog ni sebenarnya medium untuk kita meluahkan perasaan dan riak berbangga dengan pencapaian dan apa yang kita ada (sort of). Itulah motivasi utama untuk berblog, selain rivalry dengan blogger lain (kau ada, akupun ada gitu, hahaha~).

Dan bergantung kepada tema blog dan golongan sasar, amat mudah untuk menapis mana yang perlu diceritakan dan mana yang tak perlu. Sebab itu ada beberapa entri lama aku sudah digugurkan kerana kandungannya sudah tidak sesuai dengan AADI sekarang.

Pancingan Rock At Large.
3) Masa - Faktor yang selalu menjadi penghalang, lebih-lebih lagi kalau sudah berkeluarga dan dengan ledakan laman sosial yang lebih trendy. Perlu tetapkan (atau curi-curi) masa untuk berblog, dan kalau ada masa lebih/terluang boleh usahakan poin ke- 5) dan 7) yang akan diceritakan di bawah.

4) Entri pendek - Biasanya satu entri AADI tak panjang, satu perenggan dalam 40-50 perkataan. Aku tak akan letak satu perenggan melebih 100+ perkataan. Setiap perenggan juga akan diselang-selikan dengan gambar supaya mata boleh "berehat" membaca sekejap. Serius, mata aku akan mula sakit/berair bila fokus lama pada satu-satu perenggan yang panjang.


Aku lebih suka jika entri aku dibaca santai seperti artikel majalah dan bukannya serius seperti cerpen/novel. Lagipun bukan semua golongan sasar orang adalah jenis akademik/sastera yang suka membaca. Mungkin ada yang jenis malas (macam aku) yang membaca secara imbasan.

Jika entri panjang berjela, jadikan ia dalam beberapa bahagian. Mungkin bahagian kedua boleh dijadikan entri esok, lusa atau minggu depan dan seterusnya. Juga boleh buat stail Star Wars, ada prekuel selain sekuel.

5) Banyak idea - Jika tiba-tiba ada banyak idea, tapi masa belum sesuai untuk dirilis sebagai entri, taiplah siap-siap atau buat dalam bentuk poin dan simpan dahulu sebagai deraf (draft). Ia mungkin boleh dirilis sebagai entri tatkala suatu masa nanti tiada idea untuk dibuatkan entri.


6) Ejaan dan bahasa - Mulai 2010, entri-entri aku biasanya akan ditaip dalam *Bahasa Melayu standard dengan ejaan dan tatabahasa sebaik mungkin, menyahut seruan Rais Yatim ketika itu. Aku bukanlah mahir dalam English, berbeza dengan Bahasa Melayu satu-satunya bahasa penghantar yang boleh dikatakan aku mahir.

*Aku ambil LKM400 tiga kali~ (imej cilok).
Kenapa? Teknologi Google Translate sekarang semakin bagus berbanding 5-10 tahun lepas, jika entri anda menggunakan Bahasa Melayu yang betul, Google Translate akan dapat menterjemahkannya ke dalam bahasa lain hampir 100% tepat. Kalau tak percaya, cuba "Translate to English" entri ini dan baca. Secara tidak langsung, pembaca yang tidak bertutur Bahasa Melayu juga akan dapat faham entri-entri AADI.

7) Entri penampan (buffer) - Entri-entri mini, sampingan atau pengisi (filler) tatkala belum ada idea untuk entri utama. Untuk AADI, entri makanana dan minuman biasanya menjadi entri "buffer" selain entri "Wordless Wednesday" untuk hari Rabu. Dengan adanya entri-entri sebegini, tajuk blog kita akan sentiasa berada di atas blog roll harian rakan-rakan blogger.

Makan Pocky?
8) Trend, tular, isu semasa - Antara pencetus idea utama, ikuti trend semasa rakan-rakan blogger lain selagi isu tersebut masih panas - gajet terbaru, CD rilisan semula, album terkini, ulasan konsert, dll. Contohnya; takkan baru sekarang nak buat entri ulasan konsert Megadeth KL kan? Agak seronok bila hampir semua geng-geng blogger berlumba-lumba buat entri yang sama.

Jangan salah masuk ye~
9) Sumber - Jika idea, ayat, frasa, gambar/imej atau apa-apa sekalipun yang diperolehi menerusi media sosial, blog, atau website orang lain, jangan lupa untuk menyatakan sumbernya. Lagi bagus jika disertakan dengan hyperlink. Ia bukanlah mandatori, tapi sebagai etika berblog dan sekurang-kurangnya cara kita berterima kasih.

10) Blog idola - [added @ 9.45 am] Cuba libatkan diri dalam blog idola anda, blog idola aku ialah The Guitar Addict dan Yustech GT untuk entri yang berkaitan gitar dan teknikal. Untuk blog CD dan metal, rakan-rakan blogger lain seperti Berteromber, Deaf-Angel, Rafi Xyrus, Mus Speedrider (to name a few) merupakan idola, kah kah kah... Kadang-kadang tercilok juga idea mereka.

Rasanya itu saja untuk kali ini, dah lama aku tak buat entri panjang, terasa hipokrit pula dengan poin ke 4) di atas. Kepada rakan-rakan blogger, anggap sahaja ini sebagai pembakar semangat dan rivalry camaraderie dalam kalangan kita. Tunggu bulan Mac nanti insya-Allah nak buat entri "bragging rights" bersempena sembilan tahun berhobi gitar, kah kah kah~

Blog on! \m/

_____
AADI: Wow, Hawaii hampir jadi tajuk Fallout baru.

Raya Di Perantauan


Cerita pasal raya, setelah mengambil kira faktor-faktor logistik, birokrasi dan kesihatan Mrs. Ijau serta Junior, raya tahun ni aku mengambil keputusan untuk tidak balik Sabah.

Cuti raya beberapa hari kami sekeluarga hanya balik ke kampung Mrs. Ijau, Kampung Tanam, Dalat. Kalau diikutkan seumur hidupku, ini merupakan kali *kedua aku beraya "di perantauan".

Sekadar gambar hiasan.
Majoriti penduduk Kampung Tanam bukan beragama Islam (termasuklah keluarga Mrs. Ijau), jadi suasana raya tu tak terasa. Tiada masjid atau surau berdekatan untuk melaungkan takbir malam raya, yang ada cuma melalui TV dan radio.


Solat Aidilfitri pula di Masjid Darul An-Nur, Kampung Balan (kampung bersebelahan) bersama birasku (si pengemudi sampan dalam gambar di atas tadi) yang juga merupakan orang Kampung Balan.


Google Street View (cilok idea Muspeed dan Berteromber).

Walau bagaimanapun, ini Borneo, soal agama bukan penghalang untuk ikatan kekeluargaan. Semua sporting, raya ke, krismas ke, tak ada masalah nak sambut bersama.

Entri Mini: Raya Di Perantauan (Flashback Friday Version)


*Kali pertama beraya "di perantauan" ialah pada tahun 1998 ketika menuntut tahun pertama di USM (Dip. Lab Tech batch 1997-2000). Nak balik raya mana ada duit nak beli tiket kapal terbang. Waktu tu Air Asia tambang murah belum ada (zaman logo biru), nak balik naik MAS kurang-kurang kena ada RM1k+ untuk tiket ulang-alik PEN-KUL-BKI.

Akhirnya diajak oleh boss (tempat aku kerja sambilan) untuk balik beraya di kampungnya di Raub, Pahang (dah lupa nama kampung). Serius, ini merupakan pengalaman raya yang paling tak best setakat ini. Mana taknya, boss aku tu dari pagi sampai malam tak ada di rumah, keluar sorang-sorang, tinggalkan aku di rumah lepak dengan ayahnya jaga ayam itik. Kalaulah aku tau jadi macam ni, aku lebih rela beraya di Desa Fajar.

Desa Fajar yang KLMJ (sumber imej).
Tapi sekarang ni bila dah berkeluarga, beraya di mana pun dah tak kisah, asalkan bersama isteri dan anak-anak. Yang selebihnya, gunakan teknologi semasa...

_____
Ada apa: 17/7/2015 yang lepas juga ulangtahun pertama tragedi MH17, al-fatihah...

Cekak - Pakai Tak Pakai, Tak Pakai Pakai


Ni kes menyelongkar almari baju semasa cuti raya di kampung minggu lepas...

Terjumpa persalinan baju tempur Silat Cekak di bawah naungan *Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, yang disertai semasa menuntut di USM penghujung 90an dulu (batch 1997-2000).

*Entiti yang berbeza dengan Silat Cekak Hanafi, walaupun secara harfiahnya asas dan ilmu yang dipelajari adalah sama.


Menyertai persatuan ini dapat menyumbangkan 1 unit ko-kurikulum untuk setiap semester. Lebih senang (dan enjoy) mendapatkan unit melalui Silat Cekak berbanding menyertai unit beruniform lain (PALAPES, Pengakap, Bulan Sabit Merah, dll).


Yang pasti sekarang baju ni memang dah tak muat, kerana ia bersaiz M (sekarang aku dah bersaiz XXL). Seninya pun dah lama aku tak amalkan. Daripada 21 buah, mungkin aku cuma masih ingat kurang daripada separuh saja kot...

_____
Ada apa: Teringin nak belajar Kamiya Kasshin-ryu.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (63) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (73) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (33) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (115) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger