Showing posts with label rammstein. Show all posts
Showing posts with label rammstein. Show all posts

Dilema Jamming Impromptu


Inilah dilema aku setiap kali ada sessi jamming impromptu, lebih-lebih lagi bila lama tak jamming dan tanpa ada latihan di rumah.

Nak senang dari segi sonik atau senang dari segi logistik? Kalau bawa ME-80 senang untuk bertukar-tukar patches, senang dipijak tapi besar dan berat. Kalau bawa PL1 pula sonik amat terhad, agak mencabar untuk dipijak tapi lebih mudah alih dan ringan.

Itu belum bab nak pilih gitar lagi...

_____
AADI: Macam kes entri 2022 ni.

IDK Gig Rig #8: TC'ed Fly Rig


Aku agak kurang mesra dengan gig-rig jenis stompbox, sudah beberapa kali dicuba (tujuh kali percubaan sebelum ini #1, #2, #3, #4, #5, #6, #7). Tetapi akan sentiasa kembali menggunakan multi-effects untuk persembahan pentas atau gig/live kerana posisi aku yang biasanya menggalas dua tugas vokalis + guitar/bass perlukan rig yang ringkas. Tapi sebagai pedal nerd, memang teringin juga gig-rig seketul-seketul begini.

Ada ruang untuk satu pedal mini lagi.

Hero utama rig ini ialah Fly Rig PL1, yang ternyata amat cemerlang untuk kegunaan gig. Pedal-pedal TC Electronic hanyalah sebagai sokongan dan Cry Baby pula sebagai "hiasan" aku bukannya pandai main wah pun hahaha...

Kesemuanya dipasang pada pedal-Drain longkang v2.0 sebagai percubaan. Jika serasi, barulah dibelanjakan dengan sebuah pedalboard yang sesuai (Pedaltrain Metro, Mooer TF-16/20, Nu-X Bumblebee, dll) dan kemudiannya memikirkan punca kuasa yang sesuai, sekarang ini masih menggunakan 9v adapter dan daisy-chain sahaja.

_____
AADI: Bila terasa makin kompleks, kembali guna multi-effects, pi mai pi mai tang tu.

Sedekad Hari Radio Sedunia


Tahun kesepuluh ia disambut hari ini. Ya, aku masih dengar radio berfrekuensi FM, walaupun ada opsyen radio internet, app dan satelit.

Sama saja cerita macam entri tiga tahun lepas - Radio Klasik masih menjadi pilihan utama selain TRAXXfm dan REDfm Sarawak (siaran bahasa Inggeris).


Radio, mein radio... [NSFW].

_____
AADI: Tiru entri tahun lepas.

Tech 21 PL1, Lapan Bulan Kemudian


Baru ada peluang membawa Tech 21 Fly Rig PL1 ini untuk jamming bersama-sama gitar minggu lepas untuk dipandu uji seoptimumnya. Ya gitar, sebelum ini hanya pernah dibawa jamming/gig bersama-sama *bass.


Ok, setelah dipandu uji seoptimumnya bersama-sama Deluxe, ini antara kelebihan yang aku dapati:

Distorsi - channel Feuer agak nyaring (bright) dan sesuai untuk gitar yang kelam (dark), talaan rendah atau bertali tujuh. Memiliki gain yang agak tinggi, untuk gitar berpikap jenis high-output tombol gain sekitar tahap suku (9-10 o'clock sudah memadai.

XLR output - Ia lebih optimum digunakan terus ke PA system, mixer atau speaker FRFR (via XLR output) berbanding amp gitar (normal output). Output XLR juga tersedia dalam simulasi kabinet SamsAmp Tech 21. Jika ke amp gitar (normal output), lebih sesuai disambung ke effects-loop/return berbanding front-end.

Boost - tombol "ego" anda, sesuai untuk menyerlahkan diri semasa solo.


*Bass - channel Wasser juga ampuh jika digunakan bersama-sama bass, lebih-lebih lagi dengan fungsi compressor yang ringkas berdasarkan pengalaman menggunakannya semasa jamming dan gig Metuk Ulau Fest 2020 bersama-sama Erectus. Ketika itu aku sudah tiada rig untuk bass (bass pun pinjam sewa) dan perlukan compressor serta tuner, jadi PL1 ini digunakan.



A post shared by Eternal Zine 🇲🇾 (@eternalzine) on

Kelemahan pedal ini yang aku perhatikan:
  1. Tombol-tombolnya yang terletak agak dekat dengan suis pijak. Kebarangkalian untuk tombol-tombol ini tertendang atau terpijak agak 50-50. Lebih bagus jika Tech 21 menambah besi penghadang seperti Line 6 Pod HD300, atau apa-apa jenis cara untuk menutup tombol-tombol tadi seperti penutup Joyo Ironman Series untuk versi yang akan datang.
  2. Fungsi delay dan vibrato tidak dapat diguna serentak, kena pilih sama ada delay atau vibrato pada satu-satu masa.
  3. Agak sedikit noisy walaupun menggunakan pikap aktif, kalau guna pikap pasif lebih ketara. Aku suspek ia berpunca daripada power supply. Untuk mengatasinya, pedal noise suppressor/gate digunakan bersama-sama PL1 ini, contohnya pedal EHX Silencer.
Port-mortem:
  1. Perlu berhati-hati ketika memijak suis pepijak, jangan terlalu ghairah sehingga terpijak/tertendang tombol-tombol.
  2. Mungkin akan lebih dijadikan sebagai bass rig, kerana aku tidak ada efek mahupun amp bass. Lebih "selamat" digunakan bersama bass jika mengambil kira faktor di atas.
  3. Jika ingin digunakan bersama-sama gitar juga, perlu cari idea cara untuk mengelakkan tombol-tombol tadi daripada terpijak/tertendang.
_____
AADI: Katanya Paul Landers sendiri guna PL1 ini semasa konsert Rammstein, boleh percaya tak?

Throwback Thursday: World Radio Day


Tahun kesembilan ia disambut hari ini. Ya, aku masih dengar radio berfrekuensi FM, walaupun ada opsyen radio internet, app dan satelit.


Sama saja cerita macam entri dua tahun lepas - Radio Klasik masih menjadi pilihan utama selain TRAXXfm dan REDfm Sarawak (siaran bahasa Inggeris).


NSFW.

_____
AADI: Radio, mein radio...

2019 Yang...


Hari terakhir 2019 ni biasanya sesuai buat entri sinopsis tahunan *AADI...

1) Kegitaran - #10yearschallenge 2019 genap sedekad aku terjerumus dalam hobi kegitaran. Tapi tahap aku masih di sini (penghobi/hobbyist), tidak ke mana-mana...

Berjaya melepaskan lima(!) buah gitar dalam axology - Francesco (Januari), Tommy (Mac), Mirage (Julai) Korina (Ogos) dan Neon (Oktober). Ironinya kesemua tak lari ke mana, berpindah milik kepada rakan-rakan sepergitaran.




Kononnya ingin mengurangkan, tapi bila lima keluar tiga pula masuk, kah kah kah... Sarge (Mac), Darth Sven (September) dan Mr. Smith (November). Ketiga-tiganya memiliki karekter yang amat berbeza.



Gajet keluar; SD-1, GT-1, MS-60B, Pandora Mini, ST-2, M234 dan MS-50G. Gajet masuk; LX65R, The Silencer, Spark Booster dan Fly Rig PL1.


2) Guitar techie - Hanya bermain-main dengan pikap gitar sendiri; DiMarzio Classic Rock set, DiMarzio X2N, Entwistle Dark Star set, EMG Metal Works, Tesla Plasma-X1 set, dan Seymour Duncan Sentient/Nazgul 7 set.


Oh ya, ada satu gitar rakan... Projek upgrade ex-Mirage aku sebelum berpindah milik kepada Azrul.

3) Jamming dan kugiran - Tahun ini kembali aktif bersama MUP, menyertai empat gig dan persembahan awam - Isolated Gig Vol. 1 (31/03/2019), Isolated Gig Vol. 2 (28/07/2019), Distinguished Gentleman's Ride Charity Gig (28-29/09/2019) dan Various Evo Band Challenge Opening Act (5/10/2019).


Walaupun majoritinya masih memainkan lagu-lagu cover, tapi sekurang-kurangnya sudah ada satu lagu sendiri dalam setlist.


@1:15 tercari-cari engkol Floyd Rose, kah kah kah...

Dan atas sebab-sebab tertentu, mulai 01/01/2020 aku tidak lagi bersama dan mengetuai MUP. Nama dan kepimpinan MUP akan diserahkan kembali kepada Metuk Ulau Underground Voices.

4) CD/DVD - Tiada pembelian CD/DVD tahun ini sehinggalah bulan Disember, iaitu dua album Rammstein daripada Inverno Music Station.


Untuk tahun 2020, azam dan hala tuju hobi kegitaran harapnya dapat diperlahankan (perlahan sahaja, bukan berhenti). Mungkin akan lebih lepak di rumah kembali aktif berkonsol PS4 yang sudah lama ditinggalkan. Tapi, kita hanya merancang...

*AADI merupakan blog perhobian, jadi yang tidak berkaitan dengan hobi amat jarang aku kongsikan dalam blog. Dan yang sedih-sedih tu biasanya aku tolak tepi... Terima kasih kepada rakan-rakan bloggers dan pembaca senyap yang masih setia mengikuti blog AADI. Moga 2020 menjadi semakin ohsem (walaupun mencabar) untuk perhobian kita semua. [lagu latar: Wawasan 2020]


_____
AADI: Hepi;) 2020.

Rammstein - Self-Titled Album


Diperolehi bersama-sama kompilasi Made In Germany (1995-2011) daripada Inverno Music Station minggu lepas. Album studio ketujuh Rammstein rilisan tahun ini 2019 setelah hampir sedekad tanpa album studio.


Cover art yang minimalis, hanya sebatang mancis berlatarbelakangkan warna putih tanpa sebarang aksara, ada tulisan Rammstein di tepi digipak - itu sahaja. Rammstein yang terkenal dengan pyrotechnics semasa konsert (other band play, Rammstein burn!), mancis sekecil ini bisa mencetus api yang besar - mungkin itulah maksud yang tersirat mengikut tafsiranku.


Begitu juga di dalamnya, permukaan CD yang putih yang hanya ada logo Rammstein sahaja tanpa sebarang cetakan aksara lain.


Kalau faham lirik, lebih majestik.

Ok, selepas menonton video muzik lagu Deutschland yang mejestik dan epik berlatarbelakangkan sejarah (dan masa depan) Jerman di YouTube beberapa bulan lepas, sudah cukup untuk aku menarik picu mendapatkan album ini.


Kah kah kah...

Ada beberapa lagu baru mereka sudahpun dilayan menerusi beberapa video konsert terkini mereka di Eropah yang berleluasa di YouTube seperti Was ich Leibe (lagu intro konsert), Radio dan Ausländer. Radio dan Ausländer walaupun agak komedik tetapi liriknya agak dalam.


NSFW video.

Tracklist
  1. Deutschland
  2. Radio
  3. Zeig dich
  4. Ausländer
  5. Sex
  6. Puppe
  7. Was ich Liebe
  8. Diamant
  9. Weit weg
  10. Tattoo
  11. Hallomann

Dengan vokal Lindemann yang garau dan kasar tetapi dinamik dengan setiap tempo lagu, berjaya membuatkan aku terhibur dan melabel album ini sebagai super album walaupun hanya faham 20-30% liriknya. Tak sia-sia mereka berdiam hampir sedekad tanpa album studio.

_____
AADI: Rammstein, mein Herz in Flammen.

Rammstein - Made In Germany (1995-2011)


Antara tempias perolehan Fly Rig PL1, tergerak hati untuk mendengar kembali lagu-lagu lama Rammstein. Akhirnya berjaya mendapatkan album kompilasi "greatest hits" Made In Germany ini daripada Inverno Music Station (Mahkota Parade, Melaka) beberapa hari lepas. Ia juga merupakan CD audio pertama dibeli tahun ini (ya, betul), kah kah kah...


Kompilasi ini memuatkan 15 lagu-lagu hits mereka daripada album Herzeleid sehingga Liebe ist für alle da dengan tambahan satu lagu baru Mein Land. Ok, aku bukanlah mengikuti Rammstein sangat, suatu ketika aku pernah ada album Rosenrot (versi Jack Sparrow sebab itu tak pernah buat entri).


Didatangkan dalam pakej slipgate, aku tak suka CD dalam pakej slipgate yang (pada pendapat aku) lebih teruk berbanding pakej digipak. Katanya kompilasi ini didatangkan dalam enam versi cover art yang memaparkan death mask keenam-enam ahli kumpulan, versi yang aku dapat ni memiliki muka Doom Schneider.


Muzik video Rammstein antara yang terbaik kualitinya.

Aku kenal Rammstein ketika era Braingell Radio, genre unik mereka ditambah dengan bahasa kasar Jerman dengan catchy chorus otomatik melekat. Mendengar kembali lagu-lagu seperti Engel, Du Hast, Ich Will, Pussy, Rosenrot, Amerika dan Sonne. pastinya menggamet kenangan. Sayangnya tiada lagu Feuer frei! dalam kompilasi ini.

Serius, aku lebih banyak belajar bahasa Jerman menerusi lagu-lagu Rammstein dan game Medal Of Honor: Allied Assault berbanding platform lain.

_____
AADI: Ringtone aku intro/riff lagu Pussy :)

Inverno Fischen (Teil 7)


Am Ende war es nur das Ende des Jahres, das mich dazu brachte, CD-Audio zu kaufen... Eh, salah channel. Akupun lupa bila kali terakhir aku membeli CD audio, mungkin singles Milik Ku Estranged atau Happenstance Fozzy.


Antara tempias perolehan Fly Rig PL1, tergerak hati untuk mendengar kembali lagu-lagu Rammstein, antara sebab aku mendapatkan album kompilasi Made In Germany mereka. Dan kebetulan Inverno pun ada album terkini mereka keluaran 2019 self-titled (aka album mancis), sekali harunglah...

Seperti biasa, akan dibuat entri berasingan.

_____
AADI: Was ich liebe...

Wasser Und Feuer


Perolehan pertama bersempena jualan hujung tahun (YES) tahun ini - Tech 21 Paul Landers Fly Rig PL1. Model ini keluaran hujung tahun lepas dan diperkenalkan semasa Winter NAMM 2019. Bila dapat tahu ia sudah berada dalam pasaran Malaysia, maka masa untuk bertindak...


Diperolehi daripada Music Bliss pengedar rasmi produk Tech 21 di Malaysia, dengan harga yang boleh dikatakan harga YES tidak rasmi. Dana-dananya adalah hasil GLTL beberapa pedal dan gajet dalam entri-entri sebelum ini.


Aku memilih PL1 kerana ia lebih sesuai dengan genre muzik yang aku mainkan berbanding Fly Rig 5 biasa ataupun signature Ritchie Kotzen RK5. Ia seperti memiliki beberapa pedal - compressor, amp modeling (clean/distortion), boost, delay/vibrato, reverb, tap tempo, tuner dan cab sim DI box - dalam satu pakej kecil tanpa diserabuti oleh patch cable dan daisy chain.


Spesifikasi lanjut dan bunyi-bunyian rasanya tak perlulah aku ulas di sini, boleh layari website rasmi atau tonton saja video YouTube Music Bliss di atas atau Pete Thorn di bawah.


Sebagai gitaris + vokalis, aku perlukan rig yang seringkas mungkin, untuk bunyi-bunyian pelik, solo berapi dan selebihnya adalah tugas gitaris utama. Sebelum ini aku lebih selesa menggunakan MS-50G (atau RP360 jika setlist panjang), yang secara rasminya akan diganti oleh PL1 selepas ini (MS-50G pun dah jual).


DI output with cabinet simulation - inilah fungsi paling menang untuk pedal ini. Amat berguna jika backline gig hanya ada dua buah amp gitar tetapi band ada tiga gitaris (macam kes MUP). Output daripada DI ini boleh disambung terus ke FRFR, mixer atau PA system (dengan harapan soundman adalah jenis educated).


Ok, aku bukanlah mengikuti Rammstein sangat, kenal mereka pun era Braingell Radio. Tapi aku suka genre unik mereka, dan ada beberapa lagu Rammstein memiliki nilai-nilai nostalgik seperti Sonne, Du Hast, Engel, Amerika dan Pussy. Mungkin akan cuba mencari album kompilasi mereka selepas ini.


Akan dibuat lagi entri susulan selepas sessi pandu-uji semasa jamming atau gig (itupun kalau ada sessi dalam masa terdekat). Kalau nak cerita sekarang pun temberang saja lebih...

Links 2-3-4.

_____
AADI: Hampir-hampir memilih Nux Cerberus.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (171) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (72) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (2) arlo (10) artis tempatan (156) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (5) bag/case (91) barbarik (4) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (13) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (15) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (341) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (33) blind guardian (22) blogging blues (79) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (78) botb (21) bourns (5) boxing (68) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (83) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (49) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (17) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (25) dean markley (5) decathlon (9) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (69) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (29) edwards (1) ehem (36) eksperimen (94) electro-harmonix (34) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (286) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (39) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (46) es-335 (2) esp/ltd (246) estock (72) evanescence (1) everlast (12) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (21) filler entry (47) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (9) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (57) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (26) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (39) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (9) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (9) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (239) icb200ex (15) iced earth (10) icon (55) imago (71) imitation (3) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (7) iron maiden (178) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (300) j5 (15) jackson (78) james hetfield (1) jamming (165) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (6) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (26) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (38) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (117) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (115) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (16) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (21) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (89) lil (31) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (597) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (28) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (12) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (9) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (475) mercyful fate (11) metallica (104) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (115) mrs (21) muf (9) mug (3) mukah (19) mup (171) music bliss (35) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (15) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (265) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (9) nylon maiden (2) of string (30) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (9) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (83) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (373) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (70) pepatung (4) peristiwa (36) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (65) pick (72) pickup swap (105) pickups (231) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (40) plustop pro (1) pm2011 (18) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (44) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (33) restring therapy (116) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (3) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (13) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (52) sibu (11) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (77) solar (1) sonata arctica (3) sony (34) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (33) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (19) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (193) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (13) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (34) sx (10) sze chan (1) t-shirt (68) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (24) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (48) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (19) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (129) tribute (66) trivium (21) tsb6 (7) tuner (38) tv (34) ugly kid joe (4) ultra swede (9) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) when wife cooks (1) wilkinson (1) wings (35) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (490) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger