G1 Generasi Keempat


Zoom G1X Four ini diperolehi secara pertukaran + tunai dengan Nu-X MG-30 dalam entri dua minggu lepas. Seperti MG-30 aku, pedal ini juga masih nampak baharu walaupun sudah hampir dua tahun digunakan oleh Methodman.

Merupakan G1 generasi keempat selepas G1/G1X (1st gen), G1N/G1XN (2nd gen) dan G1on/G1Xon (3rd gen), agaknya sebab itu nama modelnya ada "Four" di belakang.

Antara mukanya yang lebih canggih berbanding generasi sebelumnya dengan *lima blok efek yang boleh diakses terus tanpa perlu menggodek menu dengan empat tombol untuk melaras nilai. Juga masih lagi memiliki drum machine (64 jenis beat) dan looper (30 saat).

Boleh dikuasai dengan adapter 9V (tidak disertakan), bateri AAx4 atau melalui USB. Sayangnya USB ini tidak dapat digunakan untuk rakaman DAW, hanya untuk update firmware dan menggunakan perisian Guitar Lab untuk menyimpan (backup), mengawal dan melaras patches dari PC.

Aku tak pasti adakah model ini dapat di"hack" menggunakan Zoom Effects Manager v1.1.1 untuk mendapatkan efek-efek tambahan terutama beberapa emulasi pedal-pedal pada MS-70CDR.

Ada dua kelemahan pedal ini yang aku perasan berbanding generasi sebelumnya. Pertama, *efek kabinet (IR?) menggunakan satu daripada lima blok tadi, jadi hanya tinggal empat blok lagi boleh diisi dengan efek lain (drive, amp, chorus, delay, reverb).

Jika menggunakan simulasi amp + kabinet, dua blok sudah digunakan dan hanya tinggal tiga blok lagi untuk efek lain. Pada generasi terdahulu, amp + kabinet adalah pada blok yang sama.

Kedua, harganya tidak lagi mesra gitaris pemula. Harga runcit G1X Four ini hampir mencecah RM600 berbanding sekitar RM270-300 untuk G1X/G1XN (sedekad lepas) dan bawah RM400 untuk G1Xon.

Disebabkan aku masih memiliki B1Xon dan MS-70CDR, pedal ini tidak akan digunakan untuk kegunaan jamming atau gig bagi menjaga fizikal dan nilainya. Jika ada peluang, ia akan didagangkan semula untuk dana-dana GLTL.

_____
AADI: G2/G2X Four lagilah mahal (rujukan).

Flashback Friday: Kita Brutal


Aku tak follow XPDC apatah lagi Mael sebagai individu. Tapi lagu-lagu era Kita Peng-Yu dan Brutal antara yang pasti akan menggamet memori tahun-tahun pertama aku di USM (1997-1998). Era Samurai dan V6 pun ada memori ke-Penang-annya, tapi itu era Ali.

"Walaupun album ni keluaran 1994, tapi aku hanya terlayan album ni bersama album Brutal apabila menjejakkan kaki di USM sekitar 1997-1998. Ketika mana mereka-mereka di sekeliling aku meminati XPDC, dari rakan bilik sebelah (yang kemudiannya jadi rakan serumah sewa) sehinggalah pakcik supervisor tempat aku bekerja sambilan di Sungai Dua (Penang)."

Tak nak cerita banyak, aku hanya dapat tahu beritanya daripada Facebook Joe Branko/Barbarik pagi tadi. Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Terima kasih untuk muzik, memori zaman remaja dan menjadikan metal itu mainstream di Malaysia.

_____
AADI: ILWIIR.

Ada Apa Dengan RM7.00? (Part 10)


Untuk sepuluh tahun berturut-turut (2014, 2015, 2016, 2017, 2018, 2019, 2020, 2021, 2022), Sarawak masih lagi mengekalkan nilai RM7.00 untuk kadar zakat fitrah.

Juga sudah "move-on" daripada mengenangkan peristiwa seperti yang diceritakan dalam entri zakat fitrah dua tahun berturut-turut sebelum ini. Lima kupon sahajalah...

Soalan tahunan, berapa kadar zakat fitrah di tempat anda?

_____
AADI: #shramzb, rehat berblog beberapa hari.

Ada Apa Dengan Popcorn Onde Onde GSC?


Singgah di pawagam GSC Bintulu semata-mata ingin mendapatkan popcorn onde onde yang katanya edisi terhad bermula 13/04/2023 hingga 12/05/2023. Adakah ia bersempena puasa/raya (perisa onde-onde dan warna hijau) atau bersempena filem Mario (kotak kuning "?").

Berharga RM16.00 untuk ala carte atau set RM18.00 yang lebih berbaloi kerana dapat sekali soft drinks paling besar dan sebotol Minute Maid Pulpy.

Bagi aku rasa manisnya biasa-biasa sahaja, tak berapa ketara rasa onde-onde lebih kepada aroma pandan/santan pada popcorn bulat (seperti Royal Popcorn TGV). Jika diberi pilihan, aku lagi suka popcorn GSC perisa karamel biasa, terasa lemak manis dan masinnya.

_____
AADI: Janji dengan anak-anak tonton filem Mario lepas raya.

Boxing Diaries: April 2023


Walaupun seminggu ada tiga sessi (malam Selasa, Rabu dan Sabtu) tapi aku hanya mampu hadir dua sessi sahaja, iaitu malam Selasa dan Sabtu. Ini untuk memberi masa yang cukup 2-3 hari untuk merehatkan sengal dan sakit-sakit badan (terutama area lutut) selepas setiap sessi. Maklumlah faktor usia, lagipun malam Rabu biasanya sparring night.

Sepanjang bulan Ramadhan pula, ahli yang beragama Islam diberi kelonggaran untuk datang lambat sekitar 10-15 minit. Tapi serius, waktu puasa ni lebih ketara penurunan berat badan, sekarang sudah turun sekitar 8 kg sejak menyertai. Sikit lagi hampir mencecah penurunan 10% (~10 kg) berat badan seperti yang dicabar oleh Mrs. Ijau.


Nasib baiklah waktu giliran "uncle" di belakang tu tidak dirakam.

Dan disebabkan akulah yang paling tua veteran (setakat ini), gelaran "uncle" seakan-akan melekat. Pada mulanya terasa janggal, tapi rata-rata fighter muda yang ada berusia hampir separuh umur aku, lama-lama aku tak kisah.

Sabtu lepas merupakan sessi terakhir sebelum aku bercuti raya hampir dua minggu. Aku akan tertinggal 4-5 sessi selepas ini, harapnya berat badan tak banyak naik waktu raya nanti.

_____
AADI: Juru latih.

Let-Go: MG-30


Selepas lebih setahun Nu-X MG-30 ini diperolehi dan digunakan beberapa kali semasa gig dan jamming, ia kini dilepaskan dan berpindah milik kepada seorang rakan sepergitaran di tempat kerja, tak lain tak bukan Methodman.

Methodman sudah lama mengintai MG-30 ini tapi tak berani menarik picu untuk unit baharu kerana sudah ada Zoom G1X Four, jenis tak mahu ada banyak pedal/multi-fx dalam axology. Maka aku menawarkannya dengan pertukaran (trade) G1X Four tadi dengan tambahan tunai.

Kebanyakkan patches aku di dalam unit ini (IDK xxx) asalnya dimuat turun dan/atau diedit daripada patches channel YouTube Direct Guitar Recording dan Jorge Salas yang banyak memberikan patches optimum untuk kegunaan rakaman terus atau live. Aku tak delete patches ini, biarlah ia menjadi default jika Methodman ingin menggunakannya sebagai rujukan.

Akupun sudah ada Boss ME-80 sebagai multi-fx utama, walaupun teknologinya tidak secanggih MG-30 ini, tapi ia serasi dan lebih sesuai untuk keperluanku ketika jamming (atau gig, belum ada peluang dipandu uji). Untuk kegunaan rakam-merakam di rumah, khidmat Line 6 Pod HD Desktop digunakan.

_____
AADI: 2023 purging #2.

Klasik Tapi Moden


Satu lagi pancingan bersempena promosi limited time hot deals Swee Lee minggu lepas. Seunit pikap Gibson 490R Modern Classic (neck) dengan kemasan chrome. Dengan diskaun 30% promosi tadi, harganya kini tahap mampu milik seperti harga pikap-pikap DiMarzio pra-pandemik.

Aku pernah terGAS untuk model 498T (bridge) sebelum ini, tapi mengambil keputusan untuk mendapatkan Seymour Duncan Jazz Model terlebih dahulu. Malangnya, dalam promosi tersebut tiada pula model 498T ditawarkan. *Yang ada hanya 490T dan '57 Classic Plus dalam kemasan zebra.

Diterima dalam keadaan tidak ber"seal" tapi dalaman semua masih baharu. Buat masa ini ia disimpan dahulu dalam stok peribadi seperti DiMarzio D-Sonic camo. Tunggu sehingga ada pasangan sesuai barulah difikirkan untuk dipasang.

_____
AADI: *Promosi dah tamat.

Throwback Thursday: SSOASS 35


Beberapa hari lepas (11/04/2023) katanya album ini menyambut ulang tahun yang ke-35. Album ketujuh Iron Maiden Seventh Son Of A Seventh Son.

Seperti yang aku tulis dalam entri tahun 2009 (dengan ayat dan gaya penulisan ketika itu)...

"oke, album 7soa7s ni merupakan album maiden ke-2 yg aku dgr slps somewhere in time (dgr kat rmh takilala, abg2nya slalu pasang)... waktu tu aku kecik lg (darjah 3 @ 4 kot?), xreti apa nak minat2 rock mat salleh kecuali rock tempatan (lefthanded, wings, search, rusty blade, may, dll)... tp aku mula2 berjinak dgn iron maiden bila dgr album fear of the dark, dan mula serius lps dgr album a real live one"

Tidak seperti album-album masterpiece Iron Maiden lain, aku tak ada apa-apa memori spesifik untuk album ini secara keseluruhan, kecuali memori untuk dua lagu berhantu The Evil That Men Do dan Can I Play With Madness yang dikenali menerusi album kompilasi Best Of The Beast dan live A Real Live One. Sing-a-long lagu TETMD dan FOTD penonton Helsinki dalam album ARLO membuatkan aku terus melekat dengan Iron Maiden.

_____
AADI: Cuba cover TETMD pula lepas ni.

Wordless Wednesday: Kicap Nabil



_____
AADI: Kicap kegemaranku mutakhir ini.

T-Shirt Charvel


Baju raya aku tahun ini, t-shirt rasmi Charvel Guitar Logo. Satu daripada pancingan bersempena promosi limited time hot deals Swee Lee minggu lepas. Nasib baik ada saiz gergasi XXL (US) dan tidak mendiskriminasikan saiz. Dengan diskaun 40% menjadikan harganya seperti t-shirt pasar raya.

Kabel Warwick RockBoard flat patch Y-splitter 20 cm sebagai pembelian sampingan. Seperti biasa pengeposan percuma dari Swee Lee Singapura menggunakan DHL Express membuatkannya berbaloi-baloi.

Buatan Mexico dengan tag Fender, fabriknya jenis lembut seperti t-shirt Orange. Pastinya akan dipadankan dengan gitar Candy untuk persembahan pentas atau gig kelak (itupun kalau ada). Tak ramai yang guna gitar Charvel, lagi-lagi di Bintulu ni hehehe...

Seperti t-shirt Orange, ia juga bisa digayakan pada hari-hari biasa tanpa perlu risau akan menyinggung perasaan orang lain, tidak seperti t-shirt ESP. Bak kata Berteromber "syariah compliance".

_____
AADI: Sekarang saiz XL pun aku dah boleh pakai.

Ada Apa Dengan Susu Pisang Desa?


Satu lagi produk tenusu keluaran Desa, susu berperisa pisang (bukan susu pisang). Juga dijumpai di pasar raya D dengan harga yang premium seperti susu perisa kopi.

Rasanya taklah gempak mana. Bagi aku ia seperti susu segar ditambah dengan esen pisang jenama Star Brand. Mungkin pertama dan terakhir dibeli. Lainlah kalau perisa kopi, yang itu memang ohsem.

_____
AADI: Rindu iklan "Ayam Segar Desa" waktu bulan puasa ni.

Straplok - Vintage Nickel


Dalam entri tahun lepas aku pernah kata:

"Serius, kalau ada jumpa Dunlop Straplok dijual pada harga bawah RM70, sila beli. Kebanyakkan stok/batch baharu harganya jauh melonjak naik. Ini merupakan pelaburan jangka panjang untuk kaki jamming/gig."

Kali ni mendapatkan model SLS1035VN dengan kemasan vintage nickel daripada Swee Lee dan merupakan Straplok keempat aku selepas SLS1036BN black nickel, SLS1033BK black dan SLS1034GL gold.

Kemasan vintage nickel ini nampak relic'ed, sesuai dipasang pada gitar-gitar lama yang mana hardware nickel/chrome lain sudah mulah menunjukkan tanda-tanda lusuh atau teroksida. Ia dirancang akan dipasang pada abang long Goldie supaya sepadan dengan penampilannya yang nampak bermusim.

_____
AADI: Sasaran seterusnya, kemasan brass.

Flashback Friday: Epiphone 150


Minggu ini katanya Epiphone menyambung ulang tahun yang ke-150. Fuh!~ Sebagai pengguna gitar Epiphone, dapatlah dibuatkan modal untuk entri ringkas hari ini.

Epiphone pertama aku pastinya abang long Goldie - 1957 Les Paul Goldtop Reissue (model 2010). Selain "gitar kahwin", ia juga merupakan gitar singlecut aku yang paling ampuh dari segi feel, playability dan mojo setakat ini, mengalahkan singlecut premium lain dalam axology aku.

Satu lagi Epiphone yang ada dalam axology aku ialah rimau Tigera - Les Paul Custom Plus Top (model 2008), dengan kemasan vintage sunburst. Juga sebuah gitar yang ampuh, tapi belum diberi peluang untuk beraksi setakat ini.

Juga pernah memiliki dua lagi Epiphone iaitu 1958 Explorer Korina (model 2007) dan Les Paul Nightfall (model 2010) yang masing-masing telah dilepaskan pada Ogos 2019 dan Oktober 2020. Selepas 2021 ada juga rasa sedikit menyesal melepaskan kedua-dua gitar ini kerana, tak perlulah diceritakan...

OSG2012.

Mulai 2023, pengedar rasmi jenama Epiphone di Malaysia ialah Music Bliss. Harapnya mereka akan konsisten mengedarkan model-model terkini.

_____
AADI: TerGAS kembali dengan Les Paul Custom silver burst.

Ada Apa Dengan Origina Double Espresso?


Bila terjumpa minuman berasaskan kopi, pasti akan dicuba. Kali ni Origina double espresso caramel macchiato, diperolehi di pasar raya D dengan harga RM3.50 untuk sepeket 200 ml.

Rasanya cukup lemak, cukup manis, cukup pekat, lebih sedap berbanding perisa coffee latte dalam entri tahun lepas. Saiz dan paketnya yang comel ini sesuai untuk "diseludup" masuk pawagam dalam beg *poket Doraemon aku. Contohnya ketika menonton filem D&D:HAT minggu lepas.

_____
AADI: *Gelaran oleh Mus Mamu Kari.

Wordless Wednesday: Lactel Bliss Kurma Gula Melaka 2023



_____
AADI: Bandingkan versi 2022, 2021 dan 2017.

Jaga Mulut Dan Jaga Tangan


Bila jurulatih dah bagi lampu hijau untuk light sparring, maka ada beberapa equipment tambahan perlu ada, tapi yang paling utama ialah mouth guard. Untuk permulaan ini mencuba jenama Venum model murah yang diperolehi daripada platform Shopee.

Begitu juga dengan pembalut tangan (hand wraps) 5 meter EverFresh daripada jenama Everlast sebagai pembelian sampingan. Pembalut tangan yang aku gunakan sekarang juga EverFresh tapi cuma 3 meter. Lebih panjang, lebih tebal balutan. Kadang-kadang aku pakai wrist support Mr. DIY sebelum dibalut dengan EverFresh 3 meter tadi.

Juga ada memiliki pembalut 5 meter jenama Wolon, fabriknya lembut tapi sayang ia tidak elastik seperti EverFresh. Oh ya, sepanjang bulan Ramadhan ini masih ada sessi tinju, cuma bermula lewat sekitar 15-20 minit berbanding hari-hari biasa.

Tinju + puasa, makin cepatlah turun berat badan, tunggu boxing diaries seterusnya...

_____
AADI: Ingin mencuba produk Decathlon.

Dungeons And Fat Dragon


Pada mulanya aku ingin skip filem ini kerana artikel ini, tapi sebagai seorang geek siri Dungeons & Dragons pula, hati ini berkeras untuk menontonnya. Jadi aku menggunakan klausa tiket percuma dengan menebus 1600 kredit Movie Club untuk menonton tayangan 8.30 malam Khamis lepas di TGV Bintulu.

Disebabkan filem ini berlatar belakangkan benua Faerûn dalam dunia Forgotten Realms, beberapa lokasi seperti Neverwinter, Baldur's Gate, Icewind Dale, Underdark dan Thay ada dinyatakan. Begitu juga dengan faction yang ada seperti Harper dan Red Wizards.

Memang tidak dapat lari daripada elemen "diversity, equity & inclusion" dan "woke agenda" filem-filem Hollywood mutakhir ini, pastinya mengetengahkan barisan pelakon BIPOC, termasuklah watak berbangsa Tabaxi (bangsa kucing), Aaracokra (bangsa burung) dan Strixiki/Dragonborn (bangsa naga). Tak lupa juga dengan watak "body positivity" iaitu Therberchaud si naga gemuk.

Ada beberapa perkara yang bagi aku agak menjengkelkan. Pertama; fesyen pakaian Edgin Darvis (Chris Pine) nampak moden tak kena zaman walaupun untuk seorang bard dan Harper, mengingatkan aku pada pakaian Arthur dalam filem King Arthur: Legend Of The Sword. Kedua; Michelle Rodriguez memang sinonim dengan watak wanita kental, tapi melakonkan watak Holga Kilgore sibulu ketiak berkelas barbarian agak mengarut. Jika ingin mengetengahkan watak "girl power" juga, lebih sesuai kalau wataknya seorang thief/rogue/assassin atau fighter ala Valeria atau Red Sonja.

Ketiga; antagonis utama filem ini Sofina (Daisy Head), agak "duh~" sama seperti watak-watak ahli sihir dalam beberapa filem lain, contohnya Marique (Conan The Barbarian 2011), Enchantress (Suicide Squad) dan Ahmanet (The Mummy). Tapi lakonan dan dialog Hugh Grant (watak Forge Fitzwilliam) memang mantap sama seperti lakonan dan dialognya dalam filem Operation Fortune: Ruse De Guerre.

Selebihnya tak perlulah diceritakan takut terbuka banyak sangat spoiler. Tapi ini bukan filem yang serius seperti filem Dungeons & Dragons tahun 2000, banyak elemen komedi dan lawak hangit di dalamnya.

Aku berharap sangat ada cameo watak Drizzt Do'Urden, malangnya tiada.

_____
AADI: Tiefling yang comel.

Patch Cable, TRS Coupler Dan Sistem Tanpa Wayar


Sekali lagi memesan set patch cable Ernie Ball daripada Swee Lee. Kali ini berukuran 1.5 kaki dengan jack jenis straight-angle (P06076).

Kegunaan utama kabel ini ialah sebagai penghubung antara gitar dengan sistem tanpa wayar (wireless) Joyo JW-03 yang modulnya disangkut pada strap gitar. Mencucuk modul wireless terus pada gitar biasanya menghadapi risiko ia patah jika tersangkut, terlanggar atau terhentak. Dengan kaedah sebegini, modul akan lebih selamat dan ergonomik selain nampak kemas dan lebih profesional (katanya).

Modul wireless tadi disangkutkan pada strap menggunakan cable tie (atau apa jua kaedah lain) dan disambungkan dengan patch cable tadi menggunakan coupler TRS Hosa. Worst case scenario, jika kabelnya tersangkut atau tersentap, ia akan "putus" pada bahagian coupler tadi.

Pengalaman beberapa kali membuat persembahan pentas dengan ruang legar yang luas membuatkan sistem wireless sebegini lebih optimum berbanding kabel yang panjang. Nyalaan LED biru "mata Batman" juga nampak seperti high-tech pada pentas yang gelap.

Persoalannya, bila nak buat persembahan pentas lagi?

_____
AADI: Selamat berbulan April.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (3) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (350) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (74) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (30) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (19) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (31) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (64) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (280) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (171) erectus (17) ernie ball (42) es-335 (2) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (91) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (49) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (129) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (23) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (44) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (52) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (310) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (99) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (19) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (72) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (611) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (48) memori (433) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (27) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (86) new album (30) new gear (242) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (356) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (204) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (29) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (20) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (113) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (52) shopee (40) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (16) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (16) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (463) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger