2016 Yang...


Hari terakhir 2016 ni biasanya sesuai buat entri sinopsis tahunan *AADI...

1) Kugiran - Tahun ini MUP masih ada persembahan walaupun tidak serancak dulu, dah tak laku kot... Hanya ada dua persembahan awam dan menyertai satu pertandingan (BOTB).

Malam Aspirasi Seni - 28/2/2016.
Jepak Mini Gig - 1/5/2016
BOTB Sebauh - 25/9/2016.
Pernah juga dijanjikan untuk slot persembahan (berbayar) sempena Bintulu Bike Week 2016, tapi disebabkan masalah pengurusan, ia tidak menjadi kenyataan.

Untuk tahun depan, aku ada beberapa perancangan untuk memeriahkan semula MUP, tapi tunggu tahun depanlah...

2) Kegitaran - Memang tidak dapat lari daripada pembelian pedal dan stompbox, antaranya - Zoom MS-60B (menggantikan Boss ME-50B dan Zoom BFX-708), Boss BC-2, Digitech RP360, serta Vox Satchurator #3 dan ToneLab EX hasil pertukaran (trade) dengan beberapa pedal yang tidak digunakan.


Pembelian tahap "big-guns" hujung tahun pula ialah Laney Ironheart IRT-X, yang masih belum sempat dipandu uji. Tiada gitar dibeli tahun ni (selamat~), kalau ada pun hanyalah Ibanez KIKOSP untuk Azrol.

Warna lawan tauke...
Bab modifikasi pula, Goldie dibelanja dengan set Epiphone ProBucker, manakala set DiMarzio-nya dipindahkan ke dalam Korina. Mirage pula mengalami overhaul dan kini bernadi Seymour Duncan.


3) CD/DVD - 2016 juga menyaksikan peng-eBay-an makin merosot disebabkan nilai ringgit yang merundum. Cuma lima CD sahaja mampu di-eBay tahun ini. Untuk pembelian tempatan, seperti biasa masih melalui gaya pos Radin Music...


4) PS4 Gamer - Highlight untuk 2016, aku kembali semula menjadi gamer, tapi melompat masuk khemah konsul dengan perolehan PS4. Ya, kalau ikut ceritanya sejak tahun lepas semata-mata sebab nak main Fallout 4.


Sehingga entri ini ditaip, aku masih belum habis main Fallout 4 (dah masuk dua bulan lebih). Kalau aku selesaikan misi-misi utama sahaja, tak sampai seminggu pun boleh habis. Tapi aku lebih fokus untuk menyelesaikan misi-misi sampingan yang banyak ke laut, itu yang sesat sampai ke bulan. Ditambah pula dengan masa bermain yang agak terhad, purata 2-3 jam sehari.

*AADI ni merupakan blog perhobian, jadi yang tidak berkaitan dengan hobi amat jarang aku kongsikan dalam blog. Yang sedih-sedih tu biasanya aku tolak tepi... Terima kasih kepada rakan-rakan bloggers dan pembaca senyap yang masih setia mengikuti blog AADI - Selamat tahun baru 2017!

_____
Ada apa: Kita sama-sama jahat, tak baik bergaduh...

Wordless Wednesday: Ya Ying



I'm Ying?
_____
Ada apa: Official merchandise, ok~

Antara Laney IRT-X Dan Music Bliss


Hasil pancingan utama jualan akhir tahun (YES) kali ni tak lain tak bukan ialah Laney Ironheart IRT-X expansion speaker, dipesan daripada Music Bliss minggu lepas dan baru terima pagi tadi atas sebab-sebab musim perayaan.


Ia berjaya menewaskan GAS kabinet amp Blackstar HT112 atau HT408 yang telah dirancang sejak tahun lepas untuk pancingan hujung tahun ni (untuk digandingkan dengan HT-5RH).


IRT-X ni banyak kegunaan - expansion cabinet (not extension), personal monitor, full range flat response (FRFR) speaker, simple PA system, etc.


Saiz dan beratnya pun mesra pengguna, nak bawa busking pun boleh asalkan ada punca elektrik. Dengan kuasa 200W, cukup bising untuk jamming atau gig kecil-kecilan. Inilah faktor utama aku memilih IRT-X berbanding kabinet amp tadi.


Untuk jamming ia akan digunakan sebagai FRFR speaker bersama-sama multi-effects Pod HD300, RP360 atau ToneLab EX (pengaruh Six-String Samurai). Akan dipandu uji seoptimum semasa sessi jamming terakhir 2016 nanti.

Untuk bacaan lebih lanjut boleh baca ulasan Sound On Sound.


Oh ya, cuma dapat tiga keping pick Jim Dunlop percuma, dua daripadanya adalah saiz kegemaranku iaitu Jazz III, terima kasih.

_____
Ada apa: Kalau ada IRT-Pulse, ngam ni~

Ada Apa Dengan 100 Plus? (Part 6)


100 Plus Edge ni walaupun dah lama dipasarkan, tapi baru berkesempatan mencubanya. Faktor harga sedikit sebanyak membantutkan hasrat untuk membelinya. Inipun TERbeli sebab harga promosi perayaan.


Dengan hype minuman isotonik tanpa karbonat, selain untuk kesukanan, minuman sebegini juga sesuai dijadikan minuman semasa pemanduan jarak jauh. Senang cerita rasanya seakan formula Gatorade.

_____
Ada apa: Sedang mencari Gatorade limau gedang (grapefruit).

Antara Jim Dunlop, D'Addario Dan Reco


Mengambil kesempatan diskaun sempena jualan hujung tahun (YES) Pusat Muzik Reco untuk mendapatkan aksesori kegitaran berikut. Satu set tali gitar D'Addario 4-EXL110, Dunlop Ultraglide 65 string conditioner dan Dunlop No. 220 chromed steel slide.


Pendapat peribadi, Ultraglide 65 lebih tahan lama berbanding GHS Fast Fret. Unit pertama yang aku beli semasa mula-mula berhobi dulu (2009) walaupun tinggal sedikit tapi masih lagi berjasa. Tapi tak mengapa (parap-parap) refill Music Nomad dah ada untuk Fast Fret.

Slide? Ini eksperimentasi untuk belajar main gitar guna slide.


Set 4-EXL110 ni mempunyai empat unit EXL110 (10-46) dan percuma satu set NYXL (juga 10-46). Dan yang lebih menarik, ia didatangkan dalam bekas tin yang stealthy, sesuai untuk pengumpul tin seperti aku, kah kah kah...


Dengan harga NYXL yang dah melonjak naik, dapat set percuma macam ni kira berbaloi-baloi dengan harga 4-EXL110, ditambah lagi dengan diskaun YES memang yes! Setakat ni jenama D'Addario belum pernah lagi menghampakan dari segi "karat sebelum buka". Jadi aku agak yakin untuk menyimpan banyak stok untuk jangka masa yang lama.

Sekarang aku guna 10-46 guna untuk talaan Eb berbanding 9-42.

_____
Ada apa: Boleh juga dijual semula kepada rakan-rakan sepergitaran Bintulu.

Wordless Wednesday: T-Shirt Tengkorak (Part 5)



Bootleg saja...
_____
Ada apa: Entri lama terperap dalam bentuk draft (2012).

Ada Apa Dengan Nestle Bliss? (Part 3)


Jika perisa terhad (limited) Nestle Bliss untuk Krismas tahun lepas ialah epal pisang, untuk tahun ni aku perasan ada lagi perisa terhad; epal, markisa (passion fruit) dan lemon.


Corak label botol pun masih funky, tetapi kali ni berwarna kuning dan bukan merah seperti epal pisang tahun lepas.

Rasa? Ok rasa lemon membuatkannya sedikit masam, epal pula harum dan manis, manakala rasa buah markisa, ya rasa buah markisa membuatkannya lebih eksotik berbanding perisa campurah buah-buahan Bliss biasa.

_____
Ada apa: Bukan Music Bliss.

Metallica - Hardwired... To Self-Destruct


Diperolehi hampir tiga minggu lepas daripada Radin Music, tapi baru sekarang nak buat entri. Inipun kira entri ringkas, malas nak ulas banyak-banyak, tak berapa nak dapat curi masa untuk berblog atas alasan masih ber-Fallout 4.


Aku memilih versi 2CD (cetakan Belanda), tak teruja untuk mendapatkan versi 3CD walaupun beza cuma belas-belas ringgit. Tapi tengoklah nanti kalau mood mengumpul tu datang lagi boleh cari di eBay kemudian.

Seperti Dystopia, penantian album ni bukanlah suatu yang mengujakan, tidak seperti The Book Of Souls tahun lepas. Cuma album ni terlalu dicanang-canangkan, hari-hari terakhir sebelum tarikh rilisan rasmi, hampir separuh album sudahpun dipra-tontonkan klip videonya di internet. Adakah ia strategi pemasaran atau tindakan terdesak?


Ok, aku tak komplen banyak pasal muzik Metallica, ia berjaya membuatkan aku headbang dan hentak kaki secara spontan. Ya, muziknya seakan era Load hingga Garage Inc., masih Metallica, masih thrash, masih heavy, walaupun talaan gitar tak serendah St. Anger.

Setakat ni, ada empat lagu yang menjadi kegemaran:
  1. Hardwired - Lagu durasi paling pendek berbanding lagu-lagu lain, tapi ia sudah cukup mengatakan "ini Metallica, dan kami tendang punggung anda!" (ayat sopan).
  2. Atlas, Rise! - Ok, ini lagu paling aku minat dalam album ni. Ya lagu ni kuat dibayangi lick lagu Hallowed Be Thy Name, solo Hammett pun kalau dengar betul-betul seperti kitar semula solo lagu Through The Never. Manakala melodik @4:20 membuatkan lagu ni lebih beremosi.
  3. Moth Into Flame - Lagu ketiga yang membuatkan aku headbang.
  4. Spit Out The Bone - Lagu paling full-out untuk album ni, penuh dengan tenaga dan attitude.
Lagu-lagu lain kena dengar berkali-kali baru dapat jiwa, contohnya Now That We're Dead, Halo On Fire (The Unforgiven IV?), Confusion dan Here Comes Revenge. Bagi mereka yang masih lagi mengharapkan bunyi era Master Of Puppets, terimalah hakikat mereka dah berumur. Album ni pun sudah kira cukup "Metallica" bagi standard umur mereka. Inilah Metallica dalam dekad 2010-an.
Dan aku harap, mereka "tak singgah" KL untuk tour mereka tahun depan... Kah kah kah~
Untuk ulasan rakan-rakan bloggers lain, bolehlah singgah blog Deaf-Angel (part 1, part 2), Berteromber, Muspeed dan Rafi Xyrus.

_____
Ada apa: Dengar intro lagu Now That We're Dead aku nak menjerit "Heart Break Kid!~".

Wordless Wednesday: Korg R Us (Part 2)



Clockwise: MA-1, PC-1, AW-3G, PX-mini, SH-Pro, GA-1.
_____
Ada apa: Mrs. Ijau komplen "tuner lagi?"...

Sudden GAS: Laney IRT-X


Hujung tahun ni memang tak dapat lari daripada terGAS barangan jualan akhir tahun (YES). Dan aku hampir terlupa membelek katalog jenama Laney. Selain IRT-Pulse, satu lagi produk siri Ironheart yang terGAS ialah IRT-X 200-watt expansion cabinet.

Imej cilok.
Imej cilok.
Ulasan blog Ed Lim (Six-String Samurai) sedikit-sebanyak mempengaruhi GAS kali ni. Dengan gaya hidup muzika aku (jamming, small gig), benda ni lebih berbaloi berbanding membelanjakan dana-dana YES untuk kabinet 1x12. We'll see...

_____
Ada apa: Patutnya nak buat entri Hardwired... To Self-Destruct, tapi draft belum habis taip lagi.

Sudden GAS: Acoustic Guitar


Bahaya kalau kena sindrom "sudden GAS", lebih-lebih dalam musim jualan akhir tahun (YES). Kali ni aku tiba-tiba terGAS untuk memiliki sebuah gitar akustik (lagi?).

XA Classic
Sebelum ini aku pernah memiliki tiga gitar akustik; Pepatung XA Classic (Nandung) awal berkecimpung 2009 dulu, Ashton DM25/12 12-string (Ashdozen) pertangahan 2011 dan Takamine ED20SC (Taka) penghujung 2014.

DM25/12
Ketiga-tiga tidak bertahan lama dalam axology, biasanya hanya beberapa bulan sebelum ia dilepaskan (let-go). Mungkin disebabkan aku agak kekok dengan bentuk gitar akustik yang besar sebab perut aku pun besar dan faktor tak dapat nak main lewat malam berbanding gitar elektrik yang lebih "senyap".

ED20SC
Persoalannya, perlukah? Kalau tak perlu, tak payahlah beli, kuota pun dah penuh terlebih. Beli benda lainlah... Kah kah kah!

_____
Ada apa: Filler entry...

Ada Sesuatu Dari CK Music (Part 14)


Agak lama aku tidak berurusan terus dengan CK Music, lebih-lebih lagi musim jualan akhir tahun (YES) sebegini. Kali terakhir berurusan awal tahun 2014 untuk barangan YES 2013. Selepas itu untuk barangan YES CK Music biasanya aku akan memesan melalui Pusat Muzik Reco, Music Bliss atau yNot Studio yang menjadi sebahagian daripada wakil jualan.


Tapi semenjak webstore CK Music dikemaskini, pembelian atas talian kembali menjadi mudah (kalau zaman Bang Mizan dulu, aku order terus). Barangan di atas diterima semalam selepas pembelian Jumaat minggu lepas (black Friday?).


Tiada item "big guns" dipesan kali ni, item utama hanyalah sebuah tuner Korg Sledgehammer Pro (tuner clip-on lagi?) yang telah terGAS sejak tahun lepas.


Fokus utamanya ialah kejituan talaan berbanding multi-mode. Yang ada hanyalah mode chromatic, tiada mode guitar/bass (6E/5A/4D/3G/2B/1E) atau semitone (drop/capo) seperti yang ada pada model Sledgehammer biasa mahupun PitchHawk-G.


Pembelian sampingan pula ialah Music Nomad String Fuel Refill (dapat sticker), tali gitar Martin/Darco D9600 (10-52) dan beberapa keping pick CK Music sebagai penggenap bayaran. Bungkusan Martin/Darco ni dah lain, dah guna plastik kedap udara macam Ernie Ball berbanding kotak seperti batch lama.

Martin/Darco ni antara jenama tali gitar kegemaranku, bukan saja kekenyalannya boleh menyaingi Ernie Ball tapi harganya jauh lebih murah dan setakat ni belum pernah mengecewakan (karat sebelum guna).


Oh ya, terima kasih kepada Mr. Hong (webstore admin) kerana menunaikan hajatku untuk minta senaskah katalog YES CK Music untuk rujukan. Lebih afdal kalau ada naskah fizikal berbanding versi maya (versi PDF).

_____
Ada apa: Belek katalog, terGAS pula dengan kabinet Blackstar.

Wordless Wednesday: Marshall Nita



Oh Nita~ (Image: Marshall)
_____
Ada apa: Dah tak guna Blackstar dan Roland?

Zainal Abidin - Self-Titled (aka Album Hijau)


Satu lagi album rilisan semula diperolehi daripada batch ke-11 Radin Music. Dibeli atas dasar nilai nostalgik, pantas mengembalikan memori zaman kanak-kanak, terutama musim peperiksaan UPSR. Mungkin ramai yang tak suka album ni, tapi ia boleh aku katakan antara soundtrack of my life.


Awal 90an Zainal Abidin menggegarkan muzik Malaysia dengan album yang bergenre agak pelik bagi aku ketika itu, memang jauh ke laut berbanding zaman beliau bersama Headwind. Dengan berkonsepkan isu alam sekitar dan reggae-Africana sebagai genre utama.


Selepas 25 tahun, lagu-lagu dalam album ni masih relevan didengar. Lagu berhantu Hijau seakan sudah sinonim untuk kempen-kempen alam sekitar. Dan baru sekarang bila aku baca semula lirik lagu-lagu dalam album ni baru aku perasan maksud tersirat dalam lagu-lagu kegemaranku seperti Inayah, Insaf dan Manis.

Bacaan lanjut - Hijau: The song that changed the Malaysian music industry.

_____
Ada apa: Bukan Ijau D. Koceng.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger