Disebabkan kurang sihat dan komplikasi
panik, aku hanya singgah di
Bintulu Bike Week 2013 pada sebelah petang hari kedua (Sabtu 14/9/2013).
Itupun hanya untuk mendapatkan pengesahan tarikh dan masa gig #2 daripada pihak penganjur iaitu Bara Entertainment. Gig #1 telah dilangsungkan pada sebelah malam hari pertama (Jumaat 13/9/2013).
Laporan penuh mengenai BBW2013 ni mungkin akan ada dalam blog
Molotov Cocktailz,
Barangkali Marus ataupun
Bintulu Buskers.
Manakala hari ketiga (Ahad, 15/9/2013) aku mendapat sms daripada Bob Kandar menyuruh aku datang ke pentas utama seawal 11.00 pagi untuk sessi soundcheck
Metuk Ulau Project (menggunakan VIP pass). Gig dijadualkan bermula pukul 2.00 petang.
 |
| Imej cilok dari Facebook BRRU. |
Aku lupa untuk membawa kamera murahan Cyber-Shot
DCS-S930, dan hanya mengharapkan kamera pada K618i yang primitif (kamera pada
Stealth memang tak boleh harap). Dan hanya sempat merakamkam beberapa gambar sahaja semasa menjadi penonton.
Mother Earth yang membawa lagu
Tiada Lagi Airmata (Helter Skelter), pergh lama gila aku tak dengar lagu ni. Aku rasa, aku seorang sahaja yang sing-a-long lagu ni di kalangan kelompok geng-geng MUUV.
Busseg menggegarkan pentas dengan irama yang agak ekstrim walaupun hanya bermain secara 3-piece. Agaknya dah beberapa tahun Busseg tak beraksi di atas pentas?
Sekali sekala aku terdengar suara-suara negatif makcik-makcik di belakang sana membisikkan "lagu hantu" sesama sendiri, hahaha...
Hanya groupshot ni sahaja gambar MUP yang aku ada. Ada banyak gambar-gambar semasa persembahan MUP aku jumpa di Facebook, terutamanya hasil rakaman kamera Ezwani (bassist). Nak kena minta kebenaran tuan punya dulu baru dapat siarkan dalam AADI ni.
 |
| Rosli Dhobi In Frame. |
Aku terpaksa balik sekitar 4.00 petang kerana ada urusan kerja, keluarga dan masalah kesihatan. Tak sempat nak tengok persembahan sebuah lagi band geng-geng MUUV iaitu Curse Of God.
Harap-harap blog
Molotov Cocktailz akan ada cerita penuh mengenai gig ni. Aku tak ada idea nak buat entri apa hari ni, lagipun aku masih kurang sihat (demam
tonsillitis), cuti dan berhibernasi di rumah...
_____
Ada apa: Nak kena ada
in-ear personal monitor lepas ni...