So-Cal SSS Project


Idea gila-gila untuk menjadikan So-Cal aku daripada konfigurasi hot-rodded HH kepada SSS, konfigurasi Stratocaster klasik, sekali dengan suis lima arah dan tombol volume/tone/tone.


Pickguard SSS 11 lubang skru ini diperolehi daripada Shopee (dengan harga hanya belasan ringgit) perlu sedikit modifikasi pada bahagian bridge supaya muat dengan saiz Floyd Rose bridge.

Jenama dan model pikap akan diceritakan dalam entri akan datang. Yang pasti ia adalah jenis single coil.

Bersambung...

_____
AADI: Pernah dipasang dengan kombo pikap lain.

Disturbed - Immortalized (Deluxe Edition)


Seperti kes In Flames, Disturbed juga antara yang aku tak follow, satu-satunya album fizikal Disturbed yang aku ada hanyalah Believe, itupun seperti biasa sebab ada nilai-nilai nostalgik.


Album ini diperolehi daripada Inverno Music Station sebagai peneman album Silence In The Snow, bersama-sama Repentless dan A Sense Of Purpose. Seperti album A Sense Of Purpose, album ini juga terperap dan masih berbungkus beberapa bulan sebelum dibuka dan didengar.


Highlights dalam album ini ialah lagu The Sound Of Silence (cover Simon & Garfunkel). Mula-mula dengar lagu ini berkumandang di TRAXXfm aku terpinga-pinga, vokal siapakah yang sungguh dinamik dan mantap sebegini? Tekaan pertama aku ialah Jørn Lande, rupa-rupanya jauh menyimpang kerana ia merupakan vokal David Draiman (oo wa aa aa aaw~).



Versi ini merupakan versi deluxe edition yang mengandungi tiga lagu bonus Tyrant, Legion Of Monsters dan The Brave And The Bold.


Meneruskan legasi maskot metal seperti Eddy (Iron Maiden), Vic (Megadeth), Hector (HammerFall), Roy (COB), Jesterhead (In Flames), dll... Disturbed juga memiliki The Guy, yang menghiasi muka depan setiap album mereka, kecuali dua album pertama.


Disturbed setakat ini hanya ada enam album studio, mungkin tidaklah begitu membebankan jika aku ingin mendapatkan empat album yang lain iaitu The Sickness, Ten Thousand Fists, Indestructible dan Asylum.

_____
AADI: Katanya bakal ada album baru tahun ini.

Wordless Wednesday: Jerangkung-Jerangkung Dalam Almari



7/8, hanya yang aktif sahaja diletak di luar.
_____
AADI: Tak boleh lawan koleksi Bro Sub.

Perginya Raja Rimba


Dihubungi semula oleh pembeli koleksi komik Jengking Merah dan Pembolos Keranjang tahun lepas (entri ini) kerana dia tahu aku akan balik Membakut bersempena cuti raya. Kali ini koleksi Raja Rimba musim pertama (#1-155) pula menjadi sasaran.


Hanya isu #132 sahaja yang tidak ada dalam koleksi (terlepas beli, bukan hilang), dan alhamdulillah kesemuanya juga masih elok selepas 20+ tahun dalam simpanan, tiada yang berlubang dimakan anai-anai.

Sinopsis entri 2013.
Berdasarkan faktor fizikal dan 99.4% lengkap, koleksi ini berjaya dijual dengan harga 94% daripada anggaran kos asal, sudah kira cukup bagus pada pendapat aku. Dengan dana-dana yang diperolehi, cukup untuk mendapatkan seunit Cry Baby Wah (sebagai rujukan nilai). Hobi lama menjana dana hobi baru.

_____
AADI: Sasarannya selepas ini ialah koleksi Jejak Wira.

Logam LT Bintang Hitam


Blackstar LT-Metal ini merupakan pembelian inpulsif bersempena *Mega Rock Sale daripada Mega Music World Sdn. Bhd. (Cheras) yang sedang berlangsung sehingga penghujung bulan Julai.


Harganya 35% lebih murah berbanding harga YES 2017 CK Music (sebagai penanda aras) merupakan pendorong utama selain sebagai self-reward bersempena Hari Ayah. Kebetulan mendapat suntikan dana hasil jualan Dr. J Sparrow beberapa minggu sebelumnya (gali lobang tutup lobang lah~).

Bila dah berjiwa metal, pedal distortion metal wajib ada dalam axology. Ulasan? Lain kalilah...

_____
AADI: *Juga teracun dengan BC Rich PS5WBW.

Kembali Ke Bintulu (Part 14)


Selamat tiba di Bintulu petang Rabu lepas setelah bercuti raya selama seminggu di Membakut. Seperti biasa, kekangan masa dan teknologi antara sebab tiada entri blog semasa bercuti. Yang ada hanyalah beberapa entri terjadual (scheduled entries).

Sungai Tujoh, Brunei.
Ada banyak entri yang masih dalam bentuk draft, termasuk entri-entri makanan dan minuman yang sepatutnya dirilis semasa bulan Ramadhan lepas, akan cuba dirilis satu persatu selain entri-entri berkaitan CD audio dan kegitaran.

_____
AADI: Masih mood raya?

Wordless Wednesday: Taman Firdaus, Revisited (Part 2)




_____
AADI: 29 Ramadhan 1439H.

Wordless Wednesday: Susu Isian Sejat Vs Krimer Sejat




_____
AADI: Apa bezanya?

The Quadrupleness Of Long Distance Driver (Final Part?)


Isnin (11/06/2018) - Meneruskan perjalanan trans-Borneo balik ke Membakut untuk cuti raya selepas bermalam di Miri hari sebelumnya. Perjalanan jauh bersama anak-anak (dan ibu mengandung) perlu banyak berhenti.

Gambar hiasan - CIQS Mengkalap, Lawas.
Mungkin kurang atau tiada langsung entri dalam seminggu ini dengan alasan sibuk, kecuali entri yang terjadual (scheduled entry) yang telahpun disiapkan beberapa hari lepas.

Kepada geng-geng bloggers (yang makin nipis), pengikut setia dan pembaca senyap (silent reader) blog AADI, aku ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin (tersinggung sebab baca AADI?).

_____
AADI: Mungkin kali terakhir berempat, insya-Allah lepas ni berlima.

Ada Apa Dengan Nestle, Ais Krim Perisa Ais Kacang?


Bagi yang sering menjenguk peti sejuk Walls, Nestle, Magnolia dan King's di pasar raya atau kedai runcit, pastinya perasan ais krim kontena Nestle berperisa ais kacang ini mula dipasarkan beberapa minggu sebelum Ramadhan.


Adakah ia perisa edisi terhad sempena bulan Ramadhan, ataupun akan menjadi perisa biasa? Latar belakangnya bercorak batik seakan-akan corak (kitar semula) daripada Nestle Bliss perisa kurma gula Melaka tahun lepas.

Seperti ais krim Neapolitan, didatangkan dengan tiga perisa asas ais kacang iaitu jagung (kuning), kelapa/santan (putih) dan kacang merah (pink). Tapi dalam ketiga-tiga perisa ini, perisa kacang merah paling menyerlah dan unik. Alternatif untuk ais kacang, sesuai untuk pencuci mulut (dessert) selepas sungkei. Lagi bagus kalau ada perisa cendol.

_____
AADI: Tiada Nestle Bliss edisi terhad puasa/raya tahun ini?

Ada Apa Dengan RM7.00? (Part 5)


Untuk tahun kelima berturut-turut (2014, 2015, 2016, 2017), Sarawak masih lagi mengekalkan nilai RM7.00 untuk zakat fitrah.

Insya-Allah tahun depan dapat lima kupon :)
Mungkin ia bukan lagi nilai yang terendah di Malaysia, sebab kebanyakkan negeri-negeri di Malaysia dengar khabar nilainya juga masih RM7.00 - contoh WP/KL seperti dalam entri Rafi Xyrus.

Soalan tahunan, berapa pula nilai zakat fitrah di tempat anda?

_____
AADI: Hari ni juga ulang tahun ketujuh 7611.

Wordless Wednesday: Rebat GST? (Part 2)




_____
AADI: Dapat sekali lagi!

In Flames - A Sense Of Purpose (Limited Edition)


Selepas terperap beberapa bulan, album kesembilan In Flames ini baru sahaja dibuka dan didengar minggu lepas. Ini merupakan pembelian impuls (ketika itu), aku tidak mengikuti In Flames dan tak pernah dengar lagu-lagu di dalamnya. Satu-satunya album In Flames yang aku ada hanyalah Colony, itupun sebab ada nilai-nilai nostalgik.

Cover art yang menarik.
Apa yang aku ketahui mengenai In Flames ini ialah pemain bass mereka (ketika itu) Peter Iwers, selalu menghiasi katalog tahunan Ibanez dengan bass signature PIB. Sekarang bila dah keluar In Flames, tiada lagi bass PIB dalam katalog terkini. Manakala Björn Gelotte pula dikenali dan mula diikuti melalui signature *Epiphone Les Paul BIG dan Jotun.


Seperti jiran Finland mereka Children Of Bodom, muzik melodic death metal versi Sweden ini memang senang untuk aku hadam, kecuali bab vokal yang bagi aku agak menjengkelkan dan tidak sesuai untuk pendengaran umum. Tapi sekurang-kurangnya vokal Fridén lebih mudah difahami dan dinamik berbanding Laiho.


Dari segi muzik dan kerja gitar Strömblad/Gelotte memang layan, riff-riff yang berat tapi masih melodik, ditambah pula dengan solo-solo yang ringkas dan tidak sampai tahap shredding. Tidak hairanlah jika album ini katanya mencecah nombor satu dalam carta album rasmi Sweden ketika itu. Rasanya tak perlulah diulas setiap lagu, biarlah peminat In Flames yang komen.


Versi ini merupakan edisi terhad yang juga didatangkan sekali dengan DVD bonus yang mengandungi video "the making of..." pembikinan album ini.

Tengoklah nanti, kalau aku rajin, mungkin akan cuba cari rilisan In Flames yang lain, tapi bukanlah sampai tahap didahulukan (priority). Semenjak eStock musicMagpie "bermasalah", kena cari alternatif lain, mungkin Inverno dan Rock At Large.

_____
AADI: *Boleh masuk sasaran tahun depan kot?

Ada Apa Dengan Nestle, Pinkfong Baby Shark Ais Loli?


Ais krim yang sedang hype sekarang, Pinkfong Baby Shark ais loli keluaran Nestle.


Luaran berperisa strawberi dengan sedikit lilitan coklat, manakala dalaman pula perisa susu, agak unik, sesuai untuk pencuci mulut (dessert, bukan desert) selepas sungkai (sungkei/iftar/buka puasa).

Tapi anak-anak aku tak suka ais krim ini, mereka lebih suka ais krim Mat Kool rama-rama. Nak tak nak akulah yang menghabiskan kedua-duanya.

Entri Mini: Gayu Guru Gerai Nyamai 2018


Imej cilok Facebook Sarawak Metal Regime.
Selamat Gawai Dayak kepada Sarawakian dan untuk Sabahan tidak terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat Kaamatan.

_____
AADI: Agi idup agi metal! \m/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Netbook/Tablet Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (5) 1h1e1m (30) 1malaysia (5) 36 studio (31) 57 goldtop (79) 58 explorer (22) 7-string (3) 724rocks (2) ac/dc (7) acoustic (16) adiwira (24) adrian smith (14) after forever (6) ais krim (4) alice (12) amazika (2) amcorp mall (11) amplifier (148) amplitude music (3) amplug (4) andy james (4) angker (2) anime (51) anniversary (80) anthrax (1) arlo (3) art200 (3) artis tempatan (130) ashportal (3) ashton (5) asialink (4) ats (14) audioslave (2) autism (4) avril lavigne (4) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (8) badges/patches (8) bag/case (64) bara studio (3) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (14) beaufort (12) behringer (44) belajar gitar (12) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (286) bintulu buskers (5) black friday (8) black sabbath (1) blackstar (26) blades (5) blaze bayley (27) blind guardian (21) blogging blues (59) blu-ray (4) bmf2013 (8) bon jovi (6) boss (62) botb (19) bottlecapt (3) brado guitars (2) braingell radio (15) brr2013 (21) bruce dickinson (23) buku/majalah (58) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (24) canon (2) cc24s (5) ccr (1) charvel (64) children of bodom (21) ck music (55) cog (10) coke (5) coklat (5) cola (5) compilation (63) conception (2) console games (11) converse (3) cort (46) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) d'addario (42) dalat (19) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (28) davis (3) daw pick (1) db music (13) dead eye guitars (90) dean (26) dean markley (5) def leppard (1) denner/shermann (2) digipak (41) digitech (22) dimarzio (44) dio (4) dismal euphony (2) disturbed (3) dm25/12 (3) dn520k (2) do the dew (3) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (5) dream theater (13) drinho (5) drum asia (2) drums (18) dutch lady (4) dvd (72) earth hour (14) ebay (228) ec-256 (26) ec-257 (2) eden (1) edwards (1) ehem (38) eksperimen (88) electro-harmonix (26) elixir (3) ella (6) elyana (4) emg (24) emo (208) energy drinks (31) engrish (3) entwistle (9) environment (35) epiphone (123) erectus (8) ernie ball (23) esp/ltd (173) estock (72) evanescence (1) evh (1) f-54 (8) f&n (13) fallout (14) family (49) fear factory (3) fender (16) filler entry (49) first aid (1) fishman (3) flashback friday (15) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (20) footwear (3) fotografi (31) fozzy (1) fund-snatcher (15) fusion (3) gamer mode activated (23) gapnap (13) gartb20 (11) gary moore (2) gas (124) gator (15) gax010ltd (9) geeksup (3) ghs (27) gibson (16) gig (97) gigrig (14) gitar kopak (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (8) green tea (18) grg270 (25) gruv gear (1) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (13) guitar collection (11) guitar parts (68) guitar service (33) guitar talk (64) hammerfall (16) hartke (28) hashtag (3) hbk (1) headphone (6) headstock story (29) heaven and earth (4) hennessey (7) hepi;) (60) herbal tea (7) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (34) hotel/resort (27) ibanez (200) icb200ex (15) iced earth (9) icon (26) imago (68) imitation (3) in flames (4) instagram (22) inverno (19) iron maiden (144) irt-pulse (6) isolated gig (8) isu semasa (242) j5 (13) jackson (42) jamming (140) jamtank (30) jepak (9) jim dunlop (62) joe satriani (14) jotb (13) joyo (21) jr (10) js music (3) js32 king v (9) js32t kelly (8) judas priest (2) kakis store (4) kamelot (22) karisma (4) kaset (32) kawan (298) kazanna (1) kempen (34) kerja (74) kerly (2) kesihatan (41) keychain (9) kherow (4) kiko loureiro (8) kikosp (9) king diamond (24) king's studio (2) kkdn (6) koleksi (299) konsert (91) kopi (28) korg (51) kota kinabalu (15) kramer (1) kuala lumpur (34) kuala penyu (1) kuching (4) kucing (5) kustom (4) laney (31) larrong (6) lawas (4) lazada (20) lefthanded (5) lemon tea (13) letgo (50) lil (32) limbang (7) limited edition (33) line 6 (42) linkin park (4) lipton (1) live album (22) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) m nasir (2) m-103fm (87) m-50fr (22) maiden tribute (28) majestica (4) makan/minum (382) malaysia edition (2) malex (1) manggas (24) manowar (15) marco hietala (20) marigold (3) marshall (18) martial arts (3) martin (1) martin/darco (9) masjid (2) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (6) may (7) mayones (1) mcdonald's (10) medeli (12) megadeth (59) melaka (13) membakut (44) memori (332) mercyful fate (11) metallica (80) michael kelly (1) microphone (6) mini entry (55) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (3) moody monday (12) mooer (1) motorhead (9) movie (55) mr diy (2) mrs (59) muf (1) mug (2) mukah (20) mup (129) music bliss (10) music master (41) music nomad (1) muuv (57) muww (1) mxr (10) my music (8) nanasmania (26) naruto (1) nat-geo (4) nestle (37) new album (28) new gear (193) newsted (3) nightfall (8) nightwish (16) ninetology (2) nirvana (14) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (86) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (15) notice (26) nylon maiden (2) of string (20) oishi (5) oktoberfest (9) one piece (13) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (38) osg2012 (4) ovation (6) ozzy osbourne (11) pandora mini (11) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (49) pc stuff (35) pc talk (16) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (309) pedaltrain (14) pemuzika (15) penang (37) pepatung (4) peristiwa (37) petaling jaya (14) pfg5 (7) phones (12) pic of the day (58) pick (60) pickup swap (61) pickups (139) planet waves (12) playstation (11) plustop pro (1) pm2011 (18) pocky (2) pod hd300 (17) pod x3 (17) pokka (13) popcorn (6) popomania (6) post-apocalypse (15) pqot (4) preamp (6) prequel (5) prime domestic (3) promo disc (5) prs (3) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (47) radio (5) rajinikanth (3) ramadhan special (72) ramli sarip (2) randall (4) rare (96) ratm (2) reco (27) recording (12) reg studio (11) restring therapy (73) revamp (2) rex (1) rg331m (13) rg350m (14) rhoma irama (3) ribena (4) richter (2) riego (5) ritter (2) rock at large (33) rocktoberfest (1) rocktron (6) roland (16) rotosound (5) roxette (1) roy khan (12) roy z (7) rp360 (6) sabahan (18) samson (4) samsung (5) sandman guitar (6) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (3) search (15) seymour duncan (33) shopee (12) sibu (6) sick puppies (6) signboard (14) silica gel (7) silvia (13) singapore (51) single/ep (7) sipitang (1) sit (9) skb (1) skull strings (2) slayer (3) slipgate (5) smr (3) snark (9) so-cal (58) sonata arctica (3) sony (23) soundcloud (7) soundwave (2) soya (5) spear (2) speedy (30) squier (22) sr300 (33) stagg (12) star wars (14) stewmac (6) sticker (6) strap (17) street jam (2) strings (124) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (17) sundrop (2) sungai (13) super album (94) superlux (3) susu (6) sv guitars (3) swee lee (6) switchcraft (3) sx (10) t-shirt (45) tahi suci (7) takamine (5) takstar (5) tamil (12) tanglewood (10) tarot (15) tc electronic (2) tech21 (1) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (37) tgs (2) the cranberries (2) the guitar addict (32) the iron maidens (3) thomas zwijsen (6) throwback thursday (14) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (9) tonelab ex (2) tong garden (3) tools (20) top 5 (5) tour de brunei (46) toys (6) trade (20) transformers (4) travel (125) tribute (42) trivium (13) tsb6 (7) tuner (32) tv (32) ugly kid joe (3) usm (3) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (7) vmntx (19) vox (72) warwick (12) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (4) when wife cooks (9) wilkinson (1) wings (28) wireless (5) wonda (3) wordless wednesday (312) wrestling (9) ww2 (6) x-11 (34) xpdc (5) yamaha (5) yeos (7) yNot (21) yogurt (9) yolo (4) yustech (3) z-studio (15) zachary hietala (13) zoom (112) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger