Metallica - S&M DVD (Part 2)
oleh Ijau D. Koceng 19 August 2013 pada 8:00 AM 7 komen:Dibeli untuk menggantikan DVD sebelum ini yang telah dihadiahkan (secara impromptu) sebagai hadiah perpisahan kepada seorang rakan (Encik Isabella) sempena perpindahannya ke Cawangan Melaka pertengahan 2011 lepas.
Seperti biasa, tak perlulah aku merapu mengenai DVD atau menceritakan semula memori di sebaliknya. Apa-apa boleh rujuk entri yang lepas.
Cuma pendapat peribadi aku, S&M ni merupakan konsert terakhir Metallica yang berkualiti (dari segi muzik dan vokal) selepas Cunning Stunts dan Live Shit. Konsert-konsert seterusnya macam ala kadar saja...
Nampaknya DVD ni merupakan batch baru kerana memiliki sticker Perakuan B KDN berformat baru, lebih kecil berbanding format lama yang panjang. Mungkin sebab tu kot harganya murah RM10 berbanding batch lama.
_____
Ada apa: Master Of Puppets versi dondang sayang.
HammerFall - No Sacrifice, No Victory (3D Cover)
oleh Ijau D. Koceng 07 June 2013 pada 9:00 AM 5 komen:Sebenarnya bungkusan CD ni diterima serentak dengan bungkusan yang berisi CD Danzig III: How The Gods Kill semalam. Dan aku agak gabra bila mendapati satu daripadanya mempunyai sticker KDN, dengan kata lain pernah dibuka untuk pemeriksaan.
Nasib baik bungkusan yang diperiksa KDN merupakan bungkusan yang berisi CD HammerFall dan bukannya Danzig. Ini merupakan CD kelima yang diperiksa oleh KDN, empat CD sebelumnya ialah S&M, The Man Who Would Not Die, Hatebreeder dan A Night At The Opera. Dan alhamdulillah setakat ni semua dilepaskan dan tidak menerima nasib malang seperti Takilala.
Tracklist
- Any Means Necessary
- Life Is Now
- Punish And Enslave
- Legion
- Between Two Worlds
- Hallowed Be
ThyMy Name - Something For The Ages (instrumental)
- No Sacrifice, No Victory
- Bring The Hammer Down
- One Of A kind
- My Sharona (cover The Knack)
Walaupun Stefan Elmgren tidak lagi bersama HammerFall untuk album ni (yang digantikan oleh Pontus Norgren), tetapi ia masih lagi mengekalkan bunyi metal klasik trademark HammerFall - mid tempo and simple riffs - membuatkan lagu-lagu HammerFall senang "dihadam" telinga seperti lagu-lagu Manowar era 80-90an.
Sekitar tahun 2009 dulu aku pernah buat entri ulasan panjang untuk album ni, tapi waktu tu aku cuma ada versi Asialink. Dan setelah mengetahui versi Asialink merupakan versi cetak rompak, entri tersebut (dan semua entri ulasan CD Asialink) aku dah keluarkan daripada AADI.
_____
Ada apa: Versi Asialink untuk dipasang dalam Imago, versi original untuk simpanan di rumah :)
Metallica - S&M
oleh Ijau D. Koceng 06 April 2011 pada 11:00 AM 7 komen:Sambungan entri S&M DVD tahun lepas, kali ni versi audio CD. Walaupun aku dah ada dua versi audio CD ni - versi ori tanpa inlay (melepak dalam Imago) dan versi Petaling Street (ada di kampung), namun atas dasar pengumpul (collector) wtf aku beli lagi satu dari eBay, hehehe...
Dan pagi tadi, aku menerima bungkusan dari UK berisi tak lain tak bukan, album live Metallica - S&M.

Disebabkan pada sampul bungkusan ni ada logo CD (lihat gambar di atas), secara automatiknya ia akan menjadi sasaran untuk pemeriksaan Bahagian Kawalan Filem, KDN. Tapi ni kira kali pertama bungkusan yang aku terima dari UK diperiksa oleh KDN.
Mungkin pegawai-pegawai KDN yang buka bungkusan aku ni mengeluh "alaaa... Metalika, aku ingatkan video seks DSAI, kalau setakat Metalika, kat Malaysia pun ada jual".
eBay purchase info

- Purchased from: saffronjones77
- Location: UK
- Condition: used
- Price paid: £5.01+1.99 (RM35.55) menang bid
- Ordered: 21/3/2011
- Received: 6/4/2011
- Label: (P)(C) 1999 Metallica
- Publisher: Universal Music B. V.
- Made in: EU
Walaupun berstatus used, jewel case dan inlay pun dah nampak seasoned, tapi kedua-dua CD di dalamnya masih terjaga. Lebih kurang macam kondisi CD Garage Inc.

Seal rasmi pemeriksaan KDN.
Pasal album ni tak payahlah rasanya aku nak buat ulasan, sama je macam dalam entri S&M DVD tu. Ada yang suka, ada yang tak suka, dah jadi asam garam muzik Metallica. Well, this one is a tribute for you Mr. Michael Kamen (RIP).
[Entri Mini] RIP Scott Columbus
Dunia Metal kehilangan seorang drummer yang "ganas", legendary Scott Columbus (ex-Manowar) yang meninggal dunia pada 4/4/2011.
Imej link dari website Noisecreep.
"Scott Columbus, Rest In Peace
Tuesday - April 05, 2011It is with great sorrow that we announce the passing of our brother Scott Columbus.
Scott Columbus was a rare talent and equally a rare individual.He was a father, a friend and a brother of metal.
All of the great moments we spent together in the studio, in our homes and on the road are burnished in our hearts and memories forever.
These words are spoken with heavy hearts but we have the comfort of knowing that he is in a good place and at peace.
He will never be forgotten.
Your family and brothers,
Joey, Eric, Karl, DonnieAnd all at Magic Circle Music."
- dipetik dari website rasmi Manowar.
Thank you Scott (and Manowar) for making me who I am today - a proud Metalhead. Tanpa muzik Manowar (and of course, your earth shattering drums), mungkin aku masih lagi layan muzik MLTR, Boyz II Men, Mariah Carey, Celine Dion, dll awal 90an dulu.
"He pounds his drums like the hammer of Thor!"
_____
Ada apa: Sedang menunggu album Sign Of The Hammer dari Rock At Large.
Blaze Bayley - The Man Who Would Not Die
oleh Ijau D. Koceng 07 October 2010 pada 12:00 PM 4 komen:
Isnin 20/9/2010 - Hari ni hari pertama bekerja setelah bercuti raya selama 10 hari. Hari ni jugak aku menerima tiga bungkus barangan eBay. Satu daripadanya ialah bungkusan berwarna merah dari Jeman yang jelas tertera nama premis dan perkataan "CD & DVD".
Ini sememangnya akan menarik perhatian Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) untuk "menjenguknya", mesti diorang suspek aku beli CD Black Metal. Bungkusan ni merupakan bungkusan ketiga (selepas A Night At The Opera dan Hatebreeder) yang diperiksa oleh KKDN selama aku gila membeli CD dari luar negara.
Dan tidak seperti "rakan kita" yang bungkusan CDnya selalu saja ditahan oleh KKDN, bungkusan ni ada chop pelepasan KKDN, kalau tak lepas, tak akan ada entri ni ye tak? Dan seperti biasa akan ada sealed tape KKDN.

Cover art yang agak kontroversi.
eBay purchase info
- Purchased from: grooves-inc
- Location: Germany
- Condition: New (but unsealed)
- Price paid: €13.79 free postage! (RM52.56) buy it now
- Ordered: 3/9/2010
- Received: 20/9/2010
- Label: (C)(P) 2008 Blaze Bayley Recordings
- Publisher: Plastic Head Music Distribution Ltd.
- Made in: UK
Walaupun album ni bukannya tahap rare, tapi memang susah nak dapat yang berharga murah. Ia setaraf dengan album My Winter Storm dan Dominator, kebanyakkannya berharga RM60 ke atas. Bila dah terjumpa yang berharga bawah RM60, memang aku order terus!

Tracklist
- The Man Who Would Not Die
- Blackmailer
- Smile Back At Death
- When You Were Gone
- Samurai
- A Crack In The System
- Robot
- At The End Of The Day
- Waiting For My Life To Begin
- Voices From The Past
- The Truth Is One
- Serpent Hearted Man
Semua lagu-lagu dalam album ni best! Face paced, hard hitting but a bit emotional. Album yang membuatkan aku meminati kembali Blaze Bayley semenjak mengundurkan diri dari Iron Maiden penghujung 90an dulu. Ulasan satu-persatu lagu dalam album ni korang boleh baca dengan lebih lanjut dalam entri krenmaut ni.

Swine ripper?

Jambang trademark Blaze. Btw, album ni ada slipcase.
Pendapat peribadi, suara Blaze Bayley lagi sesuai untuk muzik keras dan berat macam dalam album ni dan seterusnya "membalas dendam" dalam album Promise And Terror berbanding ketika menyanyikan lagu-lagu tune Iron Maiden. Aku harap dalam album-album seterusnya, Blaze akan meneruskan trademark muzik sebegini, dan aku harap jugak selepas ni Blaze tidak lagi terikat dengan gelaran "that ex-Maiden singer", sebab Blaze kini berada dalam kategorinya yang tersendiri, go Blaze go!
Don't get me wrong, album-album Iron Maiden era Bayley merupakan antara album Iron Maiden yang aku suka (walaupun ramai yang mengkritiknya).
_____
Ada apa: Lepas ni nak cari album terdahulu Blaze Bayley - zaman Blaze, bukan zaman Wolvesbane.
(#17) children of bodom - hatebreeder
oleh Ijau D. Koceng 11 November 2009 pada 12:00 AM 4 komen:[entry #17 utk cabaran 1 hari = 1 entry = 1 malaysia abg ben]

bungkusan no. 12 drp 14 bungkusan 9/11 aritu, berstem dan beralamat dari new york, usa (stem?). bungkusan yg berisi cd children of bodom - hatebreeder... new & sealed!
disebabkan seller ni xletak custom declaration, so atas sbb2 keselamatan negara bungkusan ni dah dibuka secara rasmi oleh kkdn utk pemeriksaan... mcm kes a night at the opera. atleast dilepaskan xmcm kes takilala, manjang je kena tahan ;)

ebay purchase info
- seller: chris3000
- location: us
- price paid: US$3.75+5.00 (RM29.68) menang bid
- ordered: 21/8/2009
- received: 11/9/2009
- label: (c)+(p) 1999 nuclear blast gmbh
- made in: us
- distributed by: nuclear blast america, inc.
as expected from new & sealed cd... semuanya masih dlm keadaan baru. ekceli cd ni stok lama, seller tu kata 1st us press bkn re-released version. plastik seal pun dah pudar2 dimamah masa

tracklist
- warheart
- silent night, bodom night
- hatebreeder
- bed of razors
- towards dead end
- black widow
- wrath within
- children of bodom
- downfall

masih lagi sealed

kat dlm ada katalog dan borang utk order album2 keluaran nuclear blast, cd nmpk plain je kaler hijau (janne masih lg nmpk good boy dlm pic sbb rambut pendek)
menurut kata takilala, album ni merupakan album terbaik COB... hari tu slps aku beli album follow the reaper ogos lps, takilala suggest aku cari album hatebreeder ni. as expected, mmg layan abis la, semua lagu best2...
aku ekceli dah xbrapa minat lagu2 yg vocal jenis growler-howler-screamer mcm suara alexi ni, zmn2 tu dah lama aku tgglkan (dah tua kot?). tp apa yg membuatkan aku masih lg suka dgr lagu2 COB ni sbb muziknya mmg best. setiap lagu tu mcm ada trademark tune yg tersendiri dari segi intro, riff, bait, killer solo, shred and synth... tp yg pastinya alunan synth keyboard janne mmg memukau (klu stakat guitar hero tu dah biasa dgr... common sgt kan?) aku rasa faktor ni yg membuatkan muzik2 dorg trademark muzik COB... (but that's just my opinion)
_____
p/s: album something wild dan are you dead yet? yg diorder pun dah sampai
blind guardian - a night at the opera
oleh Ijau D. Koceng 25 June 2009 pada 5:20 PM 4 komen:bungkusan yg diterima serentak bersama2 bungkusan lain yg aku cerita kat entry ozzy & motorhead. setelah lbh 40+ hari menuggu akhirnya smpi jugak cd blind guardian album a night at the opera. cd ni mmg ada 2 kes yg menarik...
kes 1 - aku beli cd ni drp user sosoadrien lokasi france, user biasa (mcm aku) bkn power seller atau ebay store. maybe dia xtau prosedur hantar bungkusan ke luar negara kot? so dia pos bungkusan ni tanpa custom declaration. slalu klu bungkusan yg ada custom declaration akan lari pi depot kastam utk saringan cukai dll. bungkusan ni lari ke mana? pi kementerian keselamatan dalam negeri! (kkdn) apa lg, ofkos la bungkusan ni kena buka utk pemeriksaan (kot2 dakyah dari luar masuk m'sia) then dorg resealed blk guna tape kkdn (pic bwh). kat cop pelepasan kkdn ada mention
"akta mesin cetak dan penerbitan 1984, keputusan: dilepaskan/dikembalikan ke negara asal/ditahan dan di bawa ke bahagian kawalan penerbitan dan teks al-quran kementerian dalam negeri"
dan ofkos, bungkusan aku ni dilepaskan... aku sbg penjawat awam mmg faham situasi ni (ada dlm kursus induksi umum), mmg tugas kkdn, diorg nak pantau kemasukkan bhn2 bercetak (buku, risalah, cd, dll) ke m'sia lebih2 klu bkn dari negara2 commonwealth

kes 2 - slps menuggu lebih sbln dkt2 40 hari tp brg xsmpi2, aku pun lapor non-receipt dispute kat ebay/paypal (sapa biasa main ebay, tau la) slalu2 klu aku open dispute, seller akan reply bgtau suruh aku tunggu lg 1 mggu atau suruh aku cek atau kontek pjbt pos. bila dah dpt aku akan close dispute. tp aku rasa mamat/minah ni kurang pengalaman ebay, 2-3 jam lps aku open dispute, tanpa apa2 mesej (sessi soal-jawab antara seller dan buyer) dia refund balik duit kat aku (paypal) xbyk cerita utk close dispute
aku pun tekejut la... cpt benar dia refund, mula2 aku ingt dia xhantar benda ni sbb tu dia refund. tp 2 hari kemudian bungkusan ni smpi. maknanya aku dpt cd free la... kdg2 aku rasa kesian plak dgn mamat/minah tu, tp salah dia jugak kelam kabut refund tanpa soal selidik (kekurangan pengalaman ebay dan xbaca terms and conditions ebay buyer/seller)
kronologi - aku order cd ni 11/5/2009 cop pos france 12/5/2009 cop kkdn (unknown) cop pjbt pos bintulu 23/6/2009 oke, a night at the opera... album blind guardian ni used cd, aku menang bid drp user sosoadrien lokasi france, dgn harga €1.50+6.00 (RM36.88) in the end kira aku dpt secara percuma. free! sbb dia refund pasal kes kat atas
jewel case mmg teruk, nmpk mcm dah seasoned siap ada retak kat dpn tp inlay like new, cd plak good condition with minimum scratch. (p) & (c) 2002 virgin schallplatten gmbh & co. kg. under exclusive license from virgin records. distributed by century media records (another german press cd)

a night at the opera, album ke-9 band power/speed metal dari jerman blind guardian release thn 2002. antara band power/speed metal yg mula2 aku minat. lagu dorg yg mula2 aku dgr ialah lagu lord of the rings yg aku donlod secara kebetulan guna napster somewhere in 2001 sbb nak cari soundtrack filem lord of the rings. info lebih lanjut bleh cari kat website rasmi blind guardian
lagu febret? under the ice, the maiden and the minstrel knight, the soulforged dan punishment divine. lagu the maiden and the minstrel knight ni kira lagu nostalgia utk aku sbb lagu ni aku nyanyi utk ngorat awek cheras aku dulu... hikhikhik
ekceli aku dah ada album ni versi kaset yg aku beli kat campbell's somewhere in 2004. dlm usaha aku mengumpul cd version plak, aku xkisah beli used cd asalkan excellent condition (dan yg pntg ori) next project - the forgotten tales
_____
p/s: guitar works lagu2 dorg ni byk guna wah-wah pedal
Entri AADI Paling Popular Bulan Ini
-
Berkesempatan singgah di premis Sports Direct Malaysia di Vivacity Megamall ketika berada di Kuching minggu lepas . Dan pastinya terus menu...
-
Sabtu (30/08/2025) - Bertolak dari Bandar Baru Samariang sekitar 1.30 petang, memandu dengan pemandangan menarik berlatar belakangkan Gunung...
-
Sebelum menyertai PS Boxing , aku ada follow beberapa konten tinju di media sosial, contohnya channel Tony Jeffries . Ini antara channel ya...
-
Pancingan pertama bersempena jualan Merdeka Bentley Music - seunit pikap Seymour Duncan Red Devil Strat (neck, white) Billy Gibbons signat...
-
Macam tak sangka album ini sudah mencecah usia sedekad, terasa seperti baru beberapa tahun lepas ia dirilis. Tapi bila difikir semula, rupa-...
Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?
-IDK-