Showing posts with label historical. Show all posts
Showing posts with label historical. Show all posts

Melancong Di Negeri Sendiri


Lebih separuh hayatku berada di negeri orang berbanding negeri sendiri (Sabah). Tak banyak tempat-tempat di Sabah yang pernah aku jejaki, paling jauh pernah pergi ialah Poring Hot Springs bersama sepupu-sepapat aku sekitar 2008. Belum rancak berblog ketika itu, jadi tiada rekod dalam AADI.

Pernah merancang untuk ke Kundasang sekitar 2017, tapi terpaksa dibatalkan atas sebab Mrs. Ijau mengandung si Arlo ketika itu. Akhirnya tahun ini barulah ia menjadi kenyataan dengan menyertai rombongan bersama keluarga kakakku (ibu Aizuddin Madani) pada 23 dan 24/11/2024.

Berikut antara ringkasan tempat yang dilawati selama dua hari. Kalau rajin aku akan buat entri berasingan kelak (kalau rajin~). Harap maaf kerana tak letak banyak gambar, kebanyakkan gambar menarik dalam galeri telefon aku adalah selfie /wefie dan gambar-gambar bersama ahli keluarga.

23/11/2024

  • Kundasang War Memorial - Ini lawatan secara impromptu ketika sampai di Pekan Kundasang. Tempat ini merupakan memorial berbentuk kubu (fort) untuk memperingati tentera British dan Australia yang menjadi tahanan perang tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua yang terkorban ketika kawat maut dari Sandakan ke Ranau (Wikipedia).
  • Desa Dairy Farm - Merupakan rancangan aktiviti utama kami ke Kundasang, tempat yang sinonim dengan Little New Zealand. Aku ingatkan kami datang waktu bukan musim cuti sekolah atau perayaan, taklah ramai pengunjung. Rupanya sangkaanku meleset, waktu kami datang sessi 11.00 pagi pun sudah sesak dengan pengunjung. Antara produk Desa di sini yang selalu aku beli ialah susu berperisa kopi.
  • Anjung Rehat Jamsari (Facebook) - Check-in sekitar 1.30 petang, merupakan homestay tempat penginapan kami, berlatar belakangkan gunung Kinabalu di ruangan anjungnya. Makan Maggi kari di anjungnya sambil merenung Gunung Kinabalu yang megah, maka tercapailah satu daripada bucket list aku - *makan Maggi kari di Kundasang.
  • D'Mesilau Rabbit Garden - Sebelah petangnya singgah di sini membawa anak-anak untuk bermain arnab yang jinak-jinak. Terletak di kawasan lereng Bukit Mesilou tak jauh daripada homestay kami.
  • Dumo Tree House - Bersebelahan Rabbit Garden, di sini hanya aku, si autis Junior dan Arlo bertiga sahaja yang pergi. Kalau gayat, memang tidak disarankan ke sini.

24/11/2024

  • Mesilou 3Sixty Peak (Facebook) - Antara bucket list aku untuk *memanjat Bukit Mesilou dengan lutut yang bermasalah osteoarthritis sebagai cabaran. Pintu masuknya terletak atas sedikit daripada Rabbit Garden. Jogging ke sana dari homestay seawal 6.00 pagi, tapi sayangnya suasana hujan gerimis dan pagi berkabus tidak dapat melihat matahari terbit.
  • Alpaca Club (Facebook) - Inipun agak impromptu, menunaikan hajat anak-anak nak tengok binatang alpaka. Singgah di sini sekitar 10.00 pagi selepas checkout homestay. Tiketnya agak mahal per masa lawatan iaitu 30 minit sahaja per sessi/rombongan. Ini katanya untuk menanggung kos ternakan alpaka yang tinggi terutama membeli makanan yang diimport.
  • Kinabalu Park - Hanya berlegar di kawasan menyambut tetamu/pelawat dan Kinabalu Geopark Gallery sahaja dan tidak masuk sampai ke dalam. Ketika ini kepalaku mula terasa sakit akibat altitude sickness, yang berlarutan sehingga esoknya. Mungkin juga efek memanjat Bukit Mesilou pada sebelah pagi sambil meredah hujan gerimis.

Menamatkan lawatan sekitar 12.30 tengah hari, dan kami semua kembali ke Kota Kinabalu. Keluarga kakakku balik ke kampung manakala kami bermalam di KK kerana penerbangan balik Bintulu pada keesokkan paginya sebelum subuh.

Selepas ini akan merancang ke tempat-tempat pelancongan sekitar Pedalaman Bawah (Keningau, Tenom, Sipitang) berdekatan dengan kampung supaya dapat mengumpulkan kesemua keluarga adik-beradik. Cara untuk kami terus bersilaturrahim selepas pemergian ibu dan ayah.

Post-mortem:

  • Tiada tempat yang percuma di sini, semua berbayar untuk masuk.
  • Kawasan tanah tinggi sekitar 1500 m dari paras laut. Tekanan udara rendah, kepala perlukan sedikit masa untuk beradaptasi dengan tekanan dan suhu rendah.
  • Suhu di sini pastinya sejuk, suhu malam boleh mencecah sekitar 15-17 °C. Jika ingin bermalam, pastikan cukup bekalan pakaian panas.
  • *Dua bucket list tertunai.

_____
AADI: Beberapa hari sebelumnya pun katanya Bro Sub ada di Kundasang.

Roots


Menonton mini-siri Roots di saluran History (Astro Ch555) empat malam berturut-turut sejak Selasa lepas. Cerita pasal Kunta Kinte dan keturunannya yang menjadi hamba sehingga generasi kelima (kalau tak silap).


Siri yang penuh drama, emosi dan sejarah Amerika (duh~), sedikit sebanyak mengingatkan kita (tak kira bangsa) supaya tidak lupa dari mana asal-usul kita. Selain itu ada juga muka-muka yang biasa kita tengok - contohnya Forest Whitaker, Anna Paquin, dan paling hangit Laurence Fishburne yang hanya muncul seperti Luke Skywalker dalam Episode VII.

Selain siri-siri flagship kegemaranku seperti Pawn Star, The Pickers, Counting Cars, Ancient Aliens, Forge In Fire, dll, saluran History ni juga kalau buat mini-siri berepisod atau telemovie memang epik! Antaranya siri Vikings, Texas Rising dan akan datang Barbarians Rising.

_____
Ada apa: Mini-siri versi 1977 macam pernah masuk RTM awal 80an dulu.

Sepetang Di Tebingan Sungai Melaka


Ok, ini lebihan gambar yang diambil semasa berjalan kaki dari Wana Riverside Hotel ke Stadthuys hampir sebulan yang lepas (24/2/2016).

Disebabkan bandar Melaka ni ramai pelancong dalam dan luar negara, akupun tak segan-segan buat perangai rusa masuk kampung, tangkap gambar sana-sini... Kalau tempat lain, amat tidak digalakkan.


Idea yang menarik untuk diikut oleh bandar-bandar di Sarawak yang kebanyakkannya bersebelahan sungai.


Sepanjang perjalanan menyusuri tebingan sungai, banyak pemandangan yang berseni, pelik dan cantik, terutamanya kolaj dan mural yang bercirikan street/urban art.


Aku tak faham tema apakah yang dilekat pada dinding kayu ni, kebanyakkannya merupakan keratan akhbar berbahasa Jerman.


Mural dinding yang menarik, rasanya dua kali aku perasan rekabentuk bunga begini sepanjang perjalanan.


Sampai di kawasan Bastion Victoria yang bersebelahan dengan gereja St. Francis Xavier aku tidak lagi lalu di tebingan sungai, naik ke atas dan lalu di bahu jalan.


Gereja St. Fancis Xavier (lawak Deadpool: Steward or McAvoy?) dengan hype "Built 1849". The twin tower of 17th century Malacca? Hehehe...


Aku suka senibina neo-gothic sebegini, katanya diinspirasikan daripada rekebentuk gereja besar St. Peter di Perancis.


Tak jauh daripada gereja tadi, bangunan-bangunan berhampiran dah mula berwarna seragam merah bata (terracotta, maroon, burgundy), menandakan Stadthuys dah dekat. Melalui kaki lima rumah kedai ni terasa deja-vu Penang...


Stadthuys, antara tinggalan penjajah Belanda di Melaka. Seperti yang aku ceritakan dalam entri sebelum ni, memang dah lama aku teringin nak datang ke tempat ni kerana nilai sejarah dan estatiknya


Senibina gereja Christ Church (1753) ni pula seperti gereja dalam filem-filem koboi (Wild West) kan?


Aku tak pasti apa tujuan mortar ni diletakkan berhampiran menara jam dengan muncung yang terbuka. Adakah ia asli, replika ataupun tong sampah? Memang ada yang salah anggap ia tong sampah, kerana di dalamnya memang ada banyak sampah, sedih...

Pemandangan ala poskad.
Aku sanggup berjalan kaki ke Stadthuys ni sebenarnya semata-mata nak beli cenderamata (t-shirt) Melaka untuk isteri dan anak-anak. Kena datang sebelum pukul 7.00 petang, kalau tak gerai-gerai dah tutup.


Selesai membeli t-shirt, sambung kembali aktiviti "berlagak" jadi pelancong (memang aku pelancong pun~). Menyusup masuk dalam rombongan pelancong dari Korea dan China, blending in...


Area tebing sungai pula banyak arca-arca dan ukiran, antaranya nama-nama PM di bawah ni:


Sebatang kayu di sebelah paling kanan belum terpahat nama sudah disediakan, adakah ia disengajakan?


Yang ni katanya kincir air di-Raja (or sort of...) akupun lupa namanya sebab tak ambil gambar label plak.

Bila dah muak jadi pelancong, baliklah~ Perjalanan balik aku menyusuri tebingan sungai di sebelah bertentangan pula.


Sebarang jambatan ada Hard Rock Cafe, kalau aku ada di Melaka sampai 27/2/2016 mungkin sempat tengok persembahan Dr. Bentara di sini.


Aku lupa nama jalan ni, tapi sebelah Hard Rock Cafe, nampak macam China Town.


Cool street art, warnanya ceria, biarpun latar belakangnya bangunan tahun 1930-an (or older).


Hah kan! Lebih kurang sama macam bunga gambar keempat di atas tadi. Selepas kawasan ni tak lagi ambil gambar, sepanjang perjalanan balik telefon digunakan untuk berbual dengan Mrs. Ijau dan anak-anak.

Aku sememangnya suka kawasan, tempat atau bangunan yang bersejarah. Daripada sejarah kita boleh belajar daripada kesilapan generasi sebelumnya. Kadang-kadang timbul persoalan - alternate history - bagaimana sekiranya Melaka tidak pernah dijajah oleh kuasa besar Eropah?

Antara entri AADI lain yang berkaitan dengan sejarah - Tugu Starcevich, Muzium Limbang dan Return To Limbang.

_____
Ada apa: Semua gambar diambil menggunakan Asus Zenfon C.

1511: Capture Of Malacca


Lagi cerita pasal Melaka... Dalam perjalanan balik dari Pusat Muzik Reco, sempat singgah sekejap di Dataran Pahlawan. Kali terakhir aku ke sini tahun 2007.

Waktu meronda, ternampak satu premis menjual barangan cenderahati [aku lupa dah namanya], tergantung beberapa t-shirt Melaka dengan imej bertemakan senario Melaka purba ala komik manhua.


Dalam banyak-banyak imej, aku pilih imej dengan tema "1511: Capture Of Malacca" sebab warna hijaunya menyerlah hehehe...

Harganya agak premium RM52.50 berbanding t-shirt Melaka lain (yang biasa-biasa) sekitar RM12-25. Mungkin disebabkan rekabentuk imej dan fabrik yang digunakan agak premium. Dan yang bagusnya, ia juga terdapat dalam saiz gergasi XXL dan XXXL - tiada diskriminasi saiz!

"This is Sparta Malacca!"
Tapi sayangnya pelukis kurang memberi fokus pada perincian, kerana ketopong (helm) yang digunakan adalah bentuk Corinthian atau galea Greek/Roman legion (ingat filem Gladiator, Troy atau 300?) dan bukannya morion yang biasa dipakai oleh conquistador Portugis.


Tapi tak mengapa (parap-parap), dengan imej yang agak brutal, ia amat sesuai dipakai semasa gig seperti t-shirt rock/metal yang lain kan?

_____
Ada apa: Tiba-tiba aku teringat lagu 1511 Bumi Putra Rockers.

Seminggu Di Melaka


Ringkasan aktiviti tidak rasmi seminggu aku di Melaka.

Ahad 21/2/1016 - Wana Riverside Hotel.

Kali ni pihak penganjur menempatkan kami di Wana Riverside Hotel, berbanding King's Hotel Ayer Keroh seperti kursus-kursus sebelumnya.


Tiada apa yang menarik mengenai hotel ini kecuali lokasi yang strategik (tepi Sungai Melaka) dan makanannya yang sedap. Tapi sesedap macam mana pun kalau hari-hari benda yang sama, muak juga kan?

Isnin 22/2/2016 - Pantai Klebang.

Imej cilok.
Pergi secara impromptu, diajak oleh rakan-rakan sekursus. Minum-minum di area "bas tersadai" tu. Tak sempat nak ambil apa-apa gambar pun, malam...

Selasa 23/2/2016 - Mahkota Parade.

Seperti yang dicadangkan oleh Bert dalam entri lepas, aku mencari premis Inverno Music Centre di Mahkota Parade.


Konsep premis lebih kurang macam Victoria Music (Amcorp Mall), cuma bahagian depan lebih fokus kepada video (DVD, Blu-ray) dan piring hitam, manakala bahagian CD audio di bilik bahagian belakang.


Taukenya jenis peramah dan memberi kebabasan untuk aku membelek setiap rak (siap bagi kerusi untuk panjat). Terjumpa TBOS versi jewelcase, tapi tak beli pun sebab aku dah versi deluxe edition. Akhirnya cuma mendapatkan Bad Magic dan Once More 'Round The Sun.

Rabu 25/2/2016 - Stadthuys dan Banda Hilir.

Nekad jalan kaki dari hotel menyusuri tebingan Sungai Melaka sehingga ke Banda Hilir.


Berpandukan Google Maps, kalau menapak dalam 2-3 km menyusuri tebing sungai boleh sampai ke Banda Hilir, Stadthuys, Muzium Samudera, Menara Taming Sari, dll.


Lebih kurang 15 minit menapak (sambil tangkap gambar sekeliling), akhirnya sampai juga ke Stadthuys, antara tempat yang aku teringin nak pergi. Kebetulan waktu ni ada rombongan pelancong dari Korea dan China, aku menyelit masuk la berlakon jadi pelancong juga, gambar sana, gambar sini, berselfie gitu.

Khamis 25/2/2016 - Muzium Samudera, Pusat Muzik Reco.

Menemankan rakan sekursus dari Sibu untuk pergi ke gerai-gerai menjual cenderamata di depan Muzium Samudera, juga berjalan kaki dari hotel seperti semalam.



Bila dah sampai, kami berpecah, aku meneruskan lagi perjalanan menuju Pusat Muzik Reco yang masih jauh nun di depan sana. Sempat jugalah jadi pelancong tangkap gambar sana sini.


Setelah menapak beberapa kilometer lagi berpandukan Google Maps (agak lucu), maka akhirnya sampai juga ke Pusat Muzik Reco, area Melaka Raya.


Dah agak lama aku berurusan secara online dengan Reco ni, kalau tak silap sejak 2010, baru sekarang berpeluang melawat premisnya. Yang pasti, aku akan buat entri berasingan mengenai Reco ni.

Jumaat 26/2/2016 - Habis kursus, tengah hari terus balik ke KLIA2.

Dua perkara yang aku respek pasal Melaka - larangan merokok dan kempen tanpa beg plastik yang tanpa kompromi.

_____
Ada apa: Don't mess with Melaka.

Kacang Pengunci Gotoh


Terjemahan langsung daripada "Gotoh locking nut".

Salah label ni, patutnya GHL-2-G.
Menyahut cabaran cadangan Yustech dan Hisham D dalam entri dilema yang lepas. Setelah meredah katalog eBay, akhirnya aku terjumpa locking nut Gotoh GHL-2 yang dilelong dengan harga yang agak menarik US$15.00 (RM50.16) termasuk kos pengeposan (harga runcit di Malaysia sekitar RM100-120).

Gold set.
Set ini disertakan lengkap dengan penahan tali (string retainer), tiga keping shim berlainan ketebalan dan sebatang hex (Allen) key.


Entri Mikro: Selamat ulang tahun D-Day yang ke-70.
Entri lama.


Lebar nut pada Mirage aku berukuran 43 mm, sepatutnya lebih sesuai menggunakan model FGR-2 berbanding model GHL-2 yang berukuran 41 mm. Tapi disebabkan hanya model GHL-2 berwarna emas sahaja yang ada dilelong, hentam sajalah asalkan neck lebar berbanding nut, jangan sebaliknya...


Gitar-gitar ESP George Lynch pun lebih kurang begini keadaannya, lebar nut (43 mm) lebih kecil daripada lebar neck (45 mm). Cuba perhatikan gambar di bawah, nampak ada gap dalam 1 mm?

Imej Bmusic.
Secara teorinya dengan setup begini tali pertama dan keenam susah untuk "terkeluar" fret semasa bending - mungkin begitulah pendapat Mr. Scary kot?

Buat masa ni ia disimpan sebagai stok, guna locking nut cap ayam dulu. Atau kalau ada masa (tak malas) aku akan memasangnya semasa proses pemasangan tali gitar baru pada Mirage kelak.

_____
Ada apa: Beberapa hari ni pasti ada rancangan menarik berkaitan D-Day di saluran History, Nat-Geo dan Discovery.

Bintulu, Somewhere In Time...


Satu lagi blog anak watan Bintulu yang rajin aku jenguk ialah blog Images of Bintulu Before and Now kelolaan saudara Mahmud Yussop (aku tidak mengenali beliau, tapi mungkin Adi Herman atau Barangkali Marus kenal).

Walaupun jarang-jarang dikemaskini (update), tapi setiap kali ada entri baru, pasti aku akan terpesona dengan gambar-gambar lama (with it's present day counterpart) yang dikepilkan. Contohnya gambar berlatarbelakangkan Dewan Suarah di bawah ni (yang aku rasa diambil dari atas Hotel Li Hua).

Awal 80an, bukan Instagram ye~ (link dari entri ni).
Imej semasa (link dari entri ni).
Aku suka tengok gambar-gambar lama dan kemudiannya membandingkan dengan keadaan sekarang. Idea yang sama pernah aku gunakan untuk membuat slideshow sempena sambutan 100 Tahun Kimia Malaysia beberapa tahun lepas.

Aku bukanlah orang Bintulu, tapi semenjak bermastautin awal 2006 dulu, dalam masa tujuh tahun ni memang banyak perubahan yang berlaku. Paling ketara ialah bilangan kenderaan di jalan raya, tahun 2006-2008 dulu senang saja nak pergi Medan Raya (terutamanya Farley), sekarang?

_____
Ada apa: Macam tajuk entri blog Geng Kereta Sapu...

Selamat Hari Kemerdekaan


Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-56.


Tahun ni agak bermakna kerana akhirnya aku telah menjejakkan kaki di Stadium Merdeka yang bersejarah pada bulan kemerdekaan ni. Kalau bukan pasal konsert Metallica minggu lepas, entah bilalah aku akan berpeluang menjejakkan kaki di sini...

_____
Ada apa: Dah kibarkan Jalur Gemilang?

Odometer AADI

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (65) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (185) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (12) artis tempatan (157) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (8) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (35) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (80) botb (21) bourns (5) boxing (76) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (67) bumi putra rockers (4) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (85) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (57) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (20) d'addario (64) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (33) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (28) dean markley (5) decathlon (11) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (54) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (8) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (80) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (43) emo (284) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (181) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (14) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (22) family (77) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (56) floor jansen (11) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (62) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (42) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (63) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (31) iron cross (9) iron maiden (184) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (297) j5 (15) jackson (79) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (10) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (40) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (121) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (312) konsert (118) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (18) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (40) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (35) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (31) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (31) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (70) melaka (13) membakut (46) memori (490) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (51) miri (24) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (20) mooer (2) motorhead (9) movie (118) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (20) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (72) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (236) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (49) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (47) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (65) shopee (59) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (59) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (79) solar (1) sonata arctica (3) sony (37) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (33) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (197) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (30) sundrop (7) sungai (12) super album (108) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (36) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (39) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (7) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (24) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (69) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (36) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (39) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (494) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger