Showing posts with label bundaberg. Show all posts
Showing posts with label bundaberg. Show all posts

Bundaberg 2025


Kali terakhir buat entri berkaitan minuman Bundaberg hampir tiga tahun lepas. Harganya yang semakin mahal membuatkan ia *amat jarang dibeli.

Terjumpa satu batch pelbagai perisa dijual di pasar raya C, tapi harganya RM6.00+ sebotol 375 ml, sudah dua kali ganda mahal berbanding ketika aku mula-mula mengenalinya sekitar RM3.40 sahaja.

Hampir semua perisa yang tersenarai dalam website Bundaberg Australia pernah dibuatkan entri - ginger beer, sarsaparilla, lemon lime & bitters, burgundee creaming soda, guava, blood orange, passionfruit, dan pineapple coconut. Juga ada beberapa perisa yang tiada lagi dalam website Australia - root beer, apple ale dan lemon ale.

Hanya perisa traditional lemonade, pink grapefruit, peach dan tropical mango sahaja belum pernah dicuba atau pernah dicuba tapi tak dibuatkan entri AADI. Tapi bagi aku, perisa ginger beer paling sinonim dengan jenama Bundaberg, walaupun aku paling suka perisa LLB.

_____
AADI: *Tunggu harga promo atau penghabisan stok.

Bundaberg LLB 2022


Lama tak buat entri pasal Bundaberg, kali terakhir tahun 2019. Seperti biasa faktor harga antara yang membantutkan selera.

Lebih mudah didapati kerana hampir semua pasar raya di Bintulu ada menjualnya, tapi harganya rata-rata melebihi RM5.00 sebotol 375 ml sebegini. Dek kerana teringin nak minum, belilah sebotol... Dan perisa LLB dipilih kerana ia kegemaran sejak dahulu (wow, dulu cuma RM3.40 sebotol).

_____
AADI: Harga "tak boleh selalu".

Ada Apa Dengan Bundaberg? (Part 8)


Setahun tanpa entri Bundaberg, harga pasarannya antara faktor lama dah tak beli minuman santai ala Ostrolia ni. Kalau 10 tahun lepas boleh dapat sekitar RM3.40-4.20 sebotol 375 ml, sekarang paling murah pun RM5.00 sebotol.


Perisa kali ini pineapple & coconut dibeli waktu bulan puasa lepas, itupun sebab faktor nanas (nanasmania?). Terdapat sedimen-sedimen halus di dasar botol, sama seperti perisa LLB dan ginger beer sebelum ini.

Rasa? Ok untuk lidah aku, rasa masam manis nanas mula-mula dirasai, kemudian barulah rasa lemak yang *lucu dan aroma kelapa menyusul. Dua kombinasi yang eksotik.

_____
AADI: *Funny taste?

Karamel Dan Halia


Lebih tiga tahun AADI tiada entri Bundaberg. Harganya sekitar RM5.xx sebotol merupakan faktor utama untuk tidak membelinya. Tapi bulan puasa ini teringin pula bersungkei (iftar/buka puasa) dengan Bundaberg. Dan bernasib baik kebetulan di pasar raya F perisa bir halia (ginger beer) dilelong pada harga *RM1.50 sebotol kerana sudah dekat tarikh luput.


Popcorm karamel Tong Garden pula kes tak sempat beli popcorn semasa menonton Deadpool 2 di Ashtar Galactic Cinema malam sebelumnya. Rasa karamelnya memang spot-on seperti popcorn yang selalu dijual di pawagam. Harganya sekitar RM3.xx sebungkus (separuh daripadanya berisi oksigen, seperti biasa) walaupun premium tapi masih murah berbanding harga popcorm pawagam.

Mungkin akan menyeludup masuk popcorn Tong Garden ke dalam pawagam untuk filem seterusnya, hehehe...

_____
AADI: *Perisa lain masih pada harga biasa.

Ada Apa Dengan Bundaberg? (Part 7)


Dah lama tak buat entri minuman ala Ostralia Bundaberg, kali terakhir rasanya tiga tahun lepas? Kali ni terjumpa pula perisa passionfruit (markisa) yang dijual di premis F.


Dengan harga RM4.10 sebotol, agak mahal daripada harga yang dijual di premis-premis lain yang ada menjual Bundaberg di Bintulu ni (RM3.60-3.90).

Rasanya seperti kordial markisa dengan tambahan karbonat, dengan kepekatan lebih kurang macam perisa blood orange. Tidak sesuai untuk minuman harian kerana harganya yang agak premium, tapi sebagai minuman sosial sambil dengar lagu Sending All My Love, fuh!~ Memang sesuai :)

_____
Ada apa: Perisa pink grapefruit aku dah cuba, tapi macam tak buat entri pula.

Of Beer And So-Cal


Melayari dunia maya di tengah malam sambil layan minum beer...

Maksud aku minum root beer (Bundaberg root beer).

The Bard's Tale, antara PC game paling lawak yang pernah aku main.

Sambil-sambil berangan seketika, bilalah agaknya aku mampu beli boleh dapat benda ni?...

Candy green, yummy! - Imej link dari website Music Zoo.

Charvel USA So-Cal Style 1 - selain HH pickup config, side jack dan tanpa tombol tone, ia tak jauh berbeza jika dibandingkan dengan Jackson San Dimas DK Adrian Smith signature. Harga? Aku agak harganya dalam RM3-4k, damn!

Skipped~

_____
Ada apa: Dari Jemapoh So-Cal ke Manchester San Dimas.

Ada Apa Dengan Bundaberg? (Part 6)


Guava (jambu batu, biabas), satu daripada tiga perisa baru minuman ringan ala Ostorlia - Bundaberg, dua perisa lain - blood orange dan pink grapefruit.

Seperti biasa, didapati dari pasaraya M dengan harga RM13.60 per pek empat botol (340ml). Disarankan untuk menikmatinya dalam keadaan sejuk sebelum tahap beku (dalam 2-4°C). Rasanya? Lebih kurang macam rasa Jolly Shandy, hahaha!~

_____
Ada apa: Minuman ringan ala Ostorlia?

Ada Apa Dengan Bundaberg? (Part 5)


Bundaberg kembali lagi! Kali ni dengan perisa baru (aku jumpa) iaitu blood orange. Dibeli dari pasaraya M dengan harga RM3.60 per botol 340ml.

Rasa? Masih ingatkah lagi bagaimana pengalaman ketika pertama kali anda minum *F&N Orange Crush? Kalau masih ingat, macam tu lah rasanya... Disarankan minum dengan ais sebab ia agak manis. Bagi mereka yang tak suka manis, cairkannya dengan pencairan 5:1 atau secukup rasa.

*Kini dikenali dengan F&N Outrageous Orange.

_____
Ada apa: Perisa guava pun ada...

Ada Apa Dengan Bundaberg? (Part 4)


Entri Bundaberg kembali lagi! Masa untuk layan Bundaberg, terutamanya perisa Lemon Lime & Bitters (LLB)...

Pasaraya M di Bintulu menjualnya pada harga "promosi" RM2.20 sebotol (340ml). Ini taktik biasa peniaga untuk menghabiskan stok lama bila tarikh luput dah dekat. Tapi sayangnya cuma ada peachees dan LLB, tadak root beer mahupun ginger beer.

Apa-apapun... Up the Bundaberg LLB!

_____
Ada apa: Bundaberg LLB + ice cubes (shaken, not stirred) = kimochi!~

Ada Apa Dengan Bundaberg? (Part 3)


[Filler entry] Tatkala blogger lain tengah sibuk cerita pasal konsert Iron Maiden kat Singapore bulan Februari nanti, aku dah mati akal...

Pi Singapore tak menjadi masalah, tapi kenapa bulan Februari yang dipilih? Because I'm planning something big this coming February... Bab Jakarta dan Bali tak payah ceritalah, tak teringin pun aku nak pi.

Oke, tak payah nak pikir lebih-lebih dulu pasal konsert Iron Maiden, let's chill out with Bundaberg, this time it's burgundee creaming soda (creaming?) flavour, mungkin tak sama dengan normal burgundee macam dalam entri krenmaut ni.

Rasanya? Sekali dua teguk rasa macam sesuatu yang hepi ;) dan ceria bermain di atas permukaan lidah (aku tanak guna istilah "kimochi" lagi). Ia lebih kepada rasa vanilla berbanding rasa cream soda yang selalu kita minum. Warna merahnya (warna burgundy) juga agak pekat , kalau kena kat baju (putih) memang susah nak tanggal...

Apapun, lemon lime and bitters (LLB) dan ginger beer tetap menjadi pujaan hatiku~

_____
Ada apa: Dalam dilema macam Berteromber...

Ada Apa Dengan Bundaberg? (Part 2)


Muahahahahaha!~ Walaupun Oriaj ada sentuh sedikit sebanyak pasal Bundaberg ni dalam entrinya, but again here it is... Another Bundaberg entry! Brought to you by Ijau D. Koceng (saya tidak dibayar untuk entri ni).

Tadi kat Farley aku jumpa dua perisa baru Bundaberg, apple ale dan lemon ale. Selama ni yang ada cuma ginger beer, root beer, sarsaparilla dan lemon lime and bitters. Tak banyak cerita, aku beli dua-dua sekaligus...

Two ales - apple ale and lemon ale.

Apple ale? Rasanya macam minum kordial epal + karbonat. Nothing special just another ordinary fuzzy apple drinks. Lemon ale? Rasanya lebih kurang macam Bundaberg lemon lime and bitters (gambar bawah) yang dah disuling dua-tiga kali, hahaha! Maknanya, tak berapa kick, tak berapa masam walaupun terdapat suspended solids kat dalam air macam Bunbaberg ginger beer.

Lemon lime and bitters ori tetap menjadi perisa kegemaran.

Btw, pasal entri Oriaj tu, aku tunggu komen dari Abang Ben... Sebab dia lagi banyak pengalaman berbanding aku.

_____
Ada apa: Suspended solids, dissolved solids, turbidity, salinity...

Ada Apa Dengan Bundaberg?


Semenjak Abang Ben menggegarkan dunia blog dengan entri pasal minuman Bundaberg (minuman ala Ostralia) kat blog krenmautnya, ramailah di kalangan kita geng-geng bloggers yang teringin nak merasanya. Akupun tak terkecuali...

Mula-mula aku jumpa Bundaberg ni kat Ta Kiong Emporium (supermarket berdekatan dengan pasar malam Bintulu) dengan harga RM3.40 sebotol, not bad for an imported drinks. Selepas tu memang kedai ni lah port utama kalau teringin nak minum Bundaberg.

My favourite - Bundaberg ginger beer.

Patutlah Bundaberg kat Ta Kiong lebih murah berbanding kedai-kedai lain di Bintulu ni - New World Mart RM3.75, Sing Kwong RM3.60 dan MDS Mart RM4.00. Tapi kira okela berbanding harga Giant di sekitar Kota Kinabalu RM4.29! (peneraju harga terendah di Malaysia my a$$!). Sebab memang diorang sendiri yang import. Kat penutup botol @ bottle cap (bukan band Bottlecapt hehehe) ada sticker tulis:

Diimport oleh:
Ta Kiong Emporium Sdn. Bhd.
42-48, Tuanku Osman Road,
96000 Sibu, Sarawak.

Oke... I'm chilling out with Bundaberg ginger beer, my favourite. CD album Somewhere In Time buat cameo appearance hehehe... Sebenarnya aku tengah perah otak cari idea ayat-ayat untuk entri album SIT ni, memandangkan berteromber dah terkena viral Iron Maiden aku.

Daripada respon geng-geng bloggers kat Facebook aku, diorang kata susah nak cari Bundaberg kat Semenanjung. Aik? Kat Giant, Tesco, Mydin tadak jual ke? Giant KK ada jual bah... Aku yang bermastautin kat Bintulu ni bernasib baik, sebab ada banyak port nak beli Bundaberg. Feast your eyes...

Ta Kiong Emporium @ RM3.40

Sing Kwong Supermarket @ RM3.60

New World Mart @ RM3.75, RM15.00 for packs of four

Packs of four! >:)

Bundaberg ginger beer light, kurang manis = kurang kick!

So far selain ginger beer, aku dah try perisa sarsaparilla (lebih kurang macam rasa sarsi F&N je), root beer (macam root beer A&W cuma ada sedikit rasa pahit), and another personal favourite lemon & bitters (yang ni susah aku nak explain rasanya, memang kick, kena minum pelan-pelan).

Kalau rasa-rasa nak tau perisa apa yang ada, boleh check-out website rasmi Bundaberg Brew. Saya tidak dibayar untuk iklan/promosi produk Bundaberg ni, harap maklum.

_____
Ada apa: Ramai yang tanya aku, halal ke Bundaberg ni? Pi tanya Abang Ben...

Pikir-Pikir Cari Makan


Kali ni nak rehatkan dulu viral Wings, nanti ada masa aku sambung lagi. Entri kali ni cerita pasal makan la pulak. Pada sapa-sapa yang terpikir lunch hour nanti nak makan apa? Ni ada beberapa cadangan, harap-harap korang terliur >:)

Nasi daging merah - ekstra pedas versi D'Afeez Cafe, Medan Raya (sebaris dengan CIMB). Antara restoran yang paling best, murah dan servis cepat kat Bintulu ni.

Teh C Special dan kopi C Special (D'Afeez Cafe)
(Portdy - sila perhatikan background)

Yang ni makanan orang demam - tomyam ayam, telur dadar dan nasi putih Restoran Selera Kampung cawangan Parkcity (bersebelahan dengan Bank Rakyat). Yang entri hari tu cawangan Medan. Walaupun masakannya sedap tapi kutleri yang digunakan tak best sungguh!

PJ Corner - antara restoran kat Bintulu ni yang berkonsepkan seperti Restoran Nasik Kandar 24 Jam (depan Hotel Regency Plaza), tapi aku tak tau restoran ni bukak 24 jam atau tak, sebab tak pernah datang belah malam. Selalu tapau bawa balik rumah je.

Ayam tandoori dan cheese nan (macam tak best je kalau sebut nan keju) tapau kat PJ Corner, makan sambil tengok Avatar kat PC (PCku duniaku). Eh? Ada orang perasan Bundaberg ginger beer kat tepi tu tak? Hehehe... Lama dah tak layan Bundaberg.

Layan beb! Dua jam setengah tengok Avatar (versi sedut) malam tadi, hari tu tak sempat layan kat pawagam sebab member ajak tengok cerita Vampire's Assistant. Dah lama tak tengok filem sci-fi macam ni since Star Wars - Revenge Of The Sith. Avatar ni pada pendapat aku, macam gabungan filem Aliens (yeah Sigourney Weaver rules!), Pocahontas, The Chronicles Of Riddick, Star Wars, dan ada sikit-sikit pengaruh game Prince Of Persia. Aik melalut pi Avatar la plak, okela that was another story...

_____
Ada apa: Sekarang kalau aku tak sempat layan muvi kat pawagam, aku lebih rela sedut daripada beli cap lanun.

operasi: mencari amp 15watt kat area kk & megadeth - endgame


hari ni aku round2 kk nak survey amp gitar 15watt yg murah2 (dan xlupa nak cari bundaberg) dgn bajet below RM500, targeted brand - laney LX20, line 6 spider III 15, peavey vypyr 15, atau roland micro-cube

mls nak pi tmpt lain, aku cuma pi 2 tmpt iaitu hollywood music kompleks karamunsing dan cawangannya kat kkplaza. kat hollywood karamunsing cuma ada 3 amp bwh 15watt yg dorg jual - peavey solo 15, roland micro-cube dan beta-aivin ntah apa model tp kecik mcm micro-cube. yg lain semuanya 30watt dan ke atas (mana ada ada bajet nak beli besar/mahal = 'bonus' raya sket je). kat hollywood kkplaza ada roland micro-cube, peavey solo 15, vox pathfinder dan amp 10watt sx

kat hollywood karamunsing tauke tu ada promote kat aku amp kecik sama besar mcm micro-cube. brand beta-aivin tp aku xtau model apa... saiz pun lbh kurg mcm micro-cube jugak, bunyi pun power dan ada built-in effects (tp xbyk mcm micro-cube) harga price tag RM560 (kautim2 maybe blh dpt RM500 cun2) [edited 1/10/2009: kat limbang jual dgn harga RM480, lg murah]. sbb aku blm baca review amp ni kat internet, so aku was2 nak beli amp ni...

aku mmg berminat dgn roland micro-cube ni, small and mighty (review blog dead eye guitars). spesifikasi bleh check kat website rasmi roland asia pacific. soundnya power wlupun bdnnya kecik (mcm xcaya plak) dan senang nak bawa travel. klu deal dgn satchman enterprise aku bleh dpt dlm RM382.90 (RM430+ termasuk pos dan insurans). kat hollywood karamunsing harga price-tag RM695 lps diskaun2 RM600, tp kat hollywood kkplaza wlupun harga price-tag sama RM695 tp amoi tu bleh kautim2 RM580 (patutla jairo suka deal kat hollywood kkplaza)...

in the end, xjd beli pun. sbb aku blh dpt harga jauh lbh murah klu aku beli kat satchman enterprise (blh save RM100+)...

pic roland micro-cube link drp website rasmi roland us

sekadar gmbr hiasan

stlh seminggu mengidam bundaberg ginger beer, on the way blk aku sggh kjp kat giant putatan (dulu bestmart) kot2 ada bundaberg... yup, mmg ada tp harga sama mcm giant 1borneo RM4.29 dan kebetulan ginger beer mmg tggl sebotol je yg lainnya root beer (mmg rezeki aku la). nak bandingkan kick ginger beer bundaberg, aku beli ginger ale schweppes... dlm skala 1-10 (1 plng teruk): bundaberg - 9, schweppes - 2 (xde rasa halia langsung!)

[mini entry] megadeth - endgame

btw, kat kkplaza sblm pi hollywood music, aku smpt sggh kat goblinz dgn tujuan nak beli cd iron maiden sama ada album powerslave atau piece of mind. smpi2 je kat showcase ada cd megadeth - endgame! mula2 aku ingat versi asialink, tp perati btl2 yg ni versi ori m'sian press under roadrunner records dan distributed by warner music (malaysia) sdn bhd. aik? bkn album ni release kat m'sia bln dpn ke? xbyk ckp aku beli terus dgn harga RM40 (stlh diskaun 90 sen)

cover art album ni aku rasa kurg menarik sbb xde vic!

mp3 album ni aku dah donlod mggu last puasa aritu (hehe), mmg best. ada mmbr aku kata best dkt2 sama mcm rust in peace. pd peminat2 megadeth dan abg mus, album ni must-buy! bg aku ia sama hebat atau mungkin lbh hebat drp album united abominations. nnti ada masa aku review dua2 album ni

_____
p/s: susah2 aku kontek je user kat mudah.my (miri) yg jual used laney LX20 amp @ RM350

berbuka puasa dgn bundaberg (part 3)


ekceli, bersahur dgn bundaberg...

ptg td aku pi shopping raya kat 1borneo ngan kazen aku gadopang (bkn nama sbnr). nak cerita sket pasal bundaberg... kat giant 1borneo aku ada jmpa bundaberg 3 jenis perisa. mula2 aku jumpa bundaberg peachees... aku nak beli tp tgk harga mahal, RM4.29 per bottle 375ml!... yg aku xpuas hati tu ada "lowest price"... palat la! kat bintulu aku bleh dpt dgn harga RM3.40 plng mahal pun RM3.75

mula2 teringin gak nak beli sbb nak rasa (mahal tu lain cerita), tp bila dah tgk expiry date dah dekat (october 2009) xjd aku nak beli, kensel...

2nd one was bundaberg ginger beer... sama gak RM4.29 tp aku xnak beli perisa ni sbb dah tau rasanya mmg kick tp xnak beli sbb mahal... nnti kat bintulu aku bleh beli puas2 (versi botol mega 750ml pun ada jual kat bintulu)

aaa... 3rd one, bundaberg root beer. harga pun sama RM4.29 tp yg ni aku beli (sebotol je) sbb blm pnh rasa lg...

time aku buat entry ni dah dkt2 nak sahur... so kira bersahur dgn bundaberg la (ofkos la ada mknn lain... kat kmpg ni mcm2 mknn mak aku prepare utk sahur wlupun aku bedal koko krunch ngan susu uht low fat)

so camna rasa? lbh kurg mcm rasa root beer a&w tp mcm ada rasa kopi sket dan lbh pekat drp a&w, tp manisnya ngam2 xsemanis bundaberg sarsaparilla... apa2pun bundaberg lemon, lime & bitters ttp menjadi pujaan hatiku



sblm tu smpt beli cd iron maiden - flight 666 the original soundtrack imported version kat speedy video (tmpt yg mula2 dituju bila aku pi 1borneo) dgn harga RM48.90 stlh diprovokasi oleh takilala (but that was another story, nnti buat enrtry lain)

_____
p/s: ni gara2 entry bundaberg abg ben la ni... aku, takilala dan bbrp kaum kerabat yg lain dah gila bundaberg, mencari merata tmpt sekitar kk. dah mcm rare item plak

berbuka puasa dgn bundaberg (part 2)


smlm (rabu) lps blk keja aku sggh kat new world mart nak beli some groceries... tgh round2 aku jmpa produk bundaberg lg, kali ni bundaberg ginger beer. tp hrga kat new world mart ni mahal sket drp ta kiong emporium... RM3.65 sebotol (btw, kat ta kiong xde ginger beer)

apsal cap kangaroo?

best serve chilled... rasanya? mula2 teguk tu ada rasa mcm oren berkarbonat... tp lama2 rasa halia mula timbul, kat kerongkong rasa panas2 pedas2, mcm rasa mengunyah halia manis... mmg kick! hahaha!~ kick mcm lemon, lime and bitters. tp xleh minum slalu, sbb mahal ;)

_____
p/s: mencari perisa lain plak lps ni

berbuka puasa dgn bundaberg


aaa... 1 ramadhan dtg lg, rasa2nya aku je kot blm ada entry yg berkaitan dgn ramadhan. apa2pun salam ramadhan mubarak kpd geng2 metalterus yg rajin follow blog aku, xlupa jugak kpd mereka2 yg anonymous mahupun yg xsengaja terlawat blog aku

ptg dlm pkl 1715 aku pi pasar ramadhan yg terletak kat tapak airport lama bintulu (tmpt festival layang2 2 mggu lps) smbl layan lagu2 drp album black ice semasa drive santai... dgn harapan mencari juadah yg sesuai utk berbuka puasa @ sungkei (istilah berbuka puasa yg digunakan kat swk, kat kmpg aku guna istilah sungkai)

pasar ramadhan, kat mana2 ceruk m'sia ni mesti ada pasar ramadhan... yg rata2nya menjual juadah utk berbuka puasa. pd kebiasaannya sblm aku smpi aku akan target juadah yg aku nak beli. bkn apa nnti over budget dan membazir... kali ni aku target nak beli nasi berlauk daging (apa2 resepi will do), air tebu, kismis dan kurma

nasi berlauk daging masak kicap dan sket sayur yg aku nmpk ala2 dalcha RM3.50, kismis dan kurma RM2.00 (slps diskaun RM0.50 sbb seller xde small change), air tebu seplastik RM1.00 plan nak beli 2 bungkus... waktu aku beli air tebu ni, ada 1 benda aku xpuas hati...

sblm dia ceduk air tebu masuk plastik, dgn slambanya dia ceduk air gula masuk dlm plastik! wtf? air tebu + air gula? aku nmpk kat blkg gerai punya byk tebu belonggok2 xkan tu pun nak dilute smpi tmbh air gula?

klu ye pun nak membuyuk (cheating dlm bahasa brunei) dan nak untung lebih, jgn la ceduk air gula dpn kastemer... kensel nak beli 2 plastik, aku beli seplastik je. i was totally ripped-off!

dgn perasaan yg xpuas hati aku pun blah drp gerai tu menuju ta kiong emporium (ala... mini market, nama je gempak) sbb teringin nak sarsaparila bundaberg... dah lama xlayan, bkn pasal apa just mahal beb RM3.40 sebotol. aku rasa kat kedai ni je aku pnh nmpk jual produk bundaberg

waktu nak sambar sarsaparilla, aku prasan ada produk bundaberg lemon lime & bitters. teruja dgn perasaan ingin merasa slps membaca entry krenmaut abg ben, aku pun beli sebotol dgn hrga sama mcm sarsaparilla RM3.40

btw, air burgundee xde plak jual kat kedai tu...

ni la sebahagian juadah sungkei aku (minus nasi berlauk dan air tebu hampeh) utk pertama ramadhan ni bundaberg sarsaparilla, bundaberg lemon lime & bitters, kismis minda doa (utk cmpr dgn kornflakes waktu sahur nnti) dan ofkos bbrp biji kurma

kat bintulu ni sungkei pkl 1839 so "allahuma laka sumtu wabika amantu..." owh, btw... sblm aku lupa sarsaparilla tu rasa sama je mcm sarsi f&n, but lemon lime & bitter tu... apa kata abg ben?

"rasa macam payau sikit. lama-lama lidah jadi kelat. frekuensi nak minum lagi? mungkin tidak. not my taste"

tp bg aku... i like!~ mmg taste aku ni... lbh berbaloi beli lemon lime & bitter drp sarsaparilla sbb rasanya yg unik. tp frekuensi nak beli? aku rasa dgn harga RM3.40 aku bleh beli 2 tin local soda ;) slamat sungkei...

_____
p/s: minum pelan2 jgn skali teguk dah abis... baru dpt menikmati kekelatan air lemon lime & bitter bundaberg

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (59) adrian smith (21) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (16) alice (12) amcorp mall (12) amplifier (167) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (165) anthrax (1) arlo (9) artis tempatan (157) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (20) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (8) bag/case (90) barbarik (2) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (14) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (347) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (40) blades (5) blaze bayley (31) blind guardian (22) blogging blues (79) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (74) botb (21) bourns (5) boxing (53) brado guitars (7) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (25) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (83) cheers (3) children of bodom (28) ck music (66) cleartone (3) cog (12) coke (5) coklat (20) cola (13) compilation (70) conception (2) console games (43) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (18) d'addario (63) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (31) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (7) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (52) digitech (26) dimarzio (69) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (19) ec-256 (28) ec-257 (20) eclipse-ii (27) edwards (1) ehem (37) eksperimen (94) electro-harmonix (32) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (41) emo (289) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (39) epiphone (179) erectus (29) ernie ball (44) es-335 (2) esp/ltd (239) estock (72) evanescence (1) everlast (7) evh (2) exists (9) f-54 (9) f&n (19) fallout (18) family (86) fear factory (3) fender (20) filler entry (47) fishman (3) flashback friday (50) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (25) fusion (3) g-hr3-68 (5) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (54) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (132) gator (26) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (39) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (5) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (7) hammerfall (19) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (9) hillsburg (2) historical (17) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (32) ibanez (238) icb200ex (15) iced earth (10) icon (51) imago (73) imitation (3) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (3) iron maiden (175) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (302) j5 (15) jackson (77) jamming (163) jamtank (46) jepak (9) jim dunlop (84) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (26) jr (28) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (7) kakis store (4) kamelot (28) karisma (4) kaset (37) kawan (392) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (112) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (111) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (19) kuala lumpur (42) kuala penyu (1) kuching (14) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (20) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (88) lil (38) limbang (7) limited edition (72) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (6) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (94) m-50fr (28) mackie (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (618) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (21) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (12) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (68) melaka (13) membakut (47) memori (463) mercyful fate (11) metallica (100) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (55) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (109) mrs (61) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (169) music bliss (32) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (13) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (32) new gear (260) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (124) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (9) nylon maiden (2) of string (29) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (42) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (15) pandora mini (12) panik (5) pantai (8) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (76) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (365) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (65) pepatung (4) peristiwa (37) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (14) pic of the day (65) pick (72) pickup swap (102) pickups (223) pkp2020 (26) pkp2021 (22) pl1 (9) planet waves (19) playstation (39) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (23) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (9) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (35) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (30) restring therapy (115) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (3) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (5) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (12) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (59) shopee (47) sibu (11) sick puppies (5) signboard (17) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (77) solar (1) sonata arctica (3) sony (33) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (31) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (15) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (190) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (14) super album (105) superlux (4) susu (20) sv guitars (3) swee lee (34) sx (10) sze chan (1) t-shirt (68) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (21) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (37) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (44) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (17) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (51) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (137) tribute (65) trivium (21) tsb6 (7) tuner (38) tv (33) ugly kid joe (3) ultra swede (7) usm (8) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (485) wrestling (14) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (127) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger