Selamat Tinggal GKC
-
Selepas 16 tahun bersiaran (01/07/2010), blog Grune Katze Corner ini sudah
tidak relevan lagi sebagai medium untuk "garage sale" mengiklankan barangan
pe...
Seperti biasa, hari terakhir 2025 akan ada entri sinopsis tahunan AADI. Nampaknya untuk 2025, terasa agak biasa-biasa (average) sahaja tanpa ada aktiviti yang menarik untuk di"bragging rights"kan.
1) Tinju - Masih aktif cuma purata satu sessi seminggu atas faktor kesihatan dan urusan keluarga. Ada juga pernah penuh tiga sessi seminggu. Bulan depan genap tiga tahun aku bertinju, akan dibuatkan entri berasingan kelak.
2) Gaming - Sinopsis untuk kedua-dua platform gaming PC (Steam) dan konsol PS4 telahpun dibuatkan entri berasingan minggu lepas. Ketika entri ini ditaip, masih memainkan Tomb Raider I, II, III Remastered.
3) Kegitaran - Berjaya mendapatkan sebuah gitar idaman iaitu Iron Cross, secara impromptu kerana terGAS dan harga promosi Rock & Raya Music Bliss (ketika itu) yang masih berkekalan sehingga promosi merdeka dan jualan hujung tahun, duh~
7) Konsert - Setelah lama tak layan konsert, tahun ini tidak dijangka-jangka dapat menonton konsert band metal lagenda Jepun Loudness di Rock In The Jungle 2.0 pada 30/08/2025.
8) Peribadi - Beberapa hari lepas sempat melancong healing-healing hujung tahun bersama keluarga di Stephanie Garden, Kiaru Beach Cabin, Kuala Penyu yang hanya sekitar 20+ kilometer dari kampung aku. Mungkin akan dibuatkan entri berasingan tahun depan, kalau aku rajin...
Terima kasih kepada rakan-rakan bloggers dan pembaca senyap yang masih setia mengikuti blog AADI walaupun medium blog semakin sunyi. Moga 2026 kelak menjadi semakin ohsem. Rehat dulu beberapa hari sebelum sambung berblog.
Sabtu (30/08/2025) - Bertolak dari Bandar Baru Samariang sekitar 1.30 petang, memandu dengan pemandangan menarik berlatar belakangkan Gunung Santubong. Tiba di tempat kejadian setengah jam kemudian. Aku datang awal supaya dapat secure parking dan kononnya ingin meronda Kampung Budaya Sarawak terlebih dahulu.
Kampung Budaya Sarawak ni antara tempat yang masuk dalam senarai baldi (bucket list) aku. Kalau bukan pasal Loudness entah bilalah dapat jejak kaki ke sini. Padahal dalam 20 km saja dari "rumah aku" di Samariang. Entri kali ini biarlah untuk Rock In The Jungle 2.0 sahaja, untuk cerita ronda-ronda Kampung Budaya akan dibuatkan entri berasingan kelak.
Walaupun pemegang tiket RITJ katanya boleh masuk Kampung Budaya seperti pengunjung biasa, tapi kiosk untuk pemegang tiket QR hanya dibuka sekitar 3.30 petang. Ada lagi sejam lebih baru dapat masuk.
Mulanya melepak di depan pintu utama sambil minum Nescafe tin. Tiba-tiba kelibat Minoru Niihara dan rakan-rakan keluar daripada pintu utama lalu depan aku menuju van (Toyota Hiace) untuk kembali ke hotel selepas sessi soundcheck.
Serius, kalau bukan kerana mereka cakap Jepun, memang aku tak perasan pun, sebab nampak macam apek-apek lokal dengan baju t-shirt/singlet. Hanya Akira Takasaki sahaja yang sedikit ranggi dengan kasut birunya. Aku yang kaget hanya sempat berbalas isyarat tangan dengan Akira sampai terlupa nak keluarkan fon. Jadi tak adalah bukti untuk bragging, kecuali kalau korang tanya Akira sendiri.
Old school, Casio Edifice (jam kahwin).
Bila kiosk tiket QR sudah buka, dengan pantas terus tebus gelang tangan untuk masuk Kampung Budaya. Selepas pemeriksaan keselamatan, singgah sekejap di booth merchandise, sempat memancing sehelai t-shirt rasmi Loudness untuk acara RITJ ini (buatan RIB).
Dari jam 4.00 sehingga 6.00 petang aku mengambil peluang untuk meronda Kampung Budaya ini. Tapi semua rumah-rumah tradisional tutup dan tiada lagi apa-apa aktiviti kebudayaan kerana sudah petang. Hanya dapat meronda sebelah luar sahaja. Gambar dan entri berasingan akan menyusul. Tapi memang strategiklah Kampung Budaya ini untuk acara konsert. Tandas bersih, surau pun luas.
Menang betul-betul "...in the jungle".
Kebetulan ada food court tak jauh dari pentas utama, sempatlah memesan mee sapi dan buah-buahan untuk mengalas perut sebelum acara bermula. Tapi faham-faham sajalah harga dalam memang jauh berbeza berbanding harga luar. Juga ada khemah "water station" menjual pelbagai minuman tin dan air botol.
Acara bermula sekitar 7.30 malam dengan dua band aku anggap saja sebagai opening band - Breathe In Ocean (7.30) dan Fearless (8.30). Waktu ini hanya beberapa orang sahaja yang berada di depan barrier. Aku mengambil peluang ini untuk secure tempat betul-betul di depan stage right yang ada dua full stack Marshall pastinya untuk Akira. Band lain hanya guna half stack atau combo.
Dah sampai depan barrier baru teringat aku lupa bawa earplugs, mampuslah esok dapat tinnitus sebab betul-betul mengadap full-range speaker besar depan stage. Nasib baiklah ada earphone Edifier X2 TWS dalam beg satchel aku. Sekurang-kurangnya adalah sedikit perlindungan daripada bunyian bingit.
Breathe In Ocean - band metalcore yang bagus katanya baru setahun ditubuhkan, main pun tight. Tapi rata-rata majoriti penonton adalah gen-X dan warga emas, bukanlah genre dan cita rasa majoriti. Mereka juga ada mainkan lagu cover This Fire Burns (Killswitch Engage) yang lebih dikenali sebagai lagu tema CM Punk. Oklah atleast ada juga lagu yang aku tahu.
Fearless - yang ini pula band gabungan Malaysia-Indonesia, genre agak rock and roll, tapi aku suka bassistnya yang funky, bassline pun gulung-gulung. Hanya selepas mereka memainkan dua lagu cover yang mesra majoriti iaitu Aces High dan Welcome To The Jungle (duh~) barulah suasana terasa semakin hangat.
Masayoshi Yamashita dengan seluar kuda belangnya.
Loudness naik pentas sekitar pukul 10.00 malam, waktu ini hujan mula turun renyai-renyai mengiringi lagu pembuka Crazy Nights. Aku dah siap-siap bekal baju hujan dan dalam keadaan standby, hanya akan dipakai jika hujan betul-betul lebat.
Serius, aku tak banyak ambil gambar atau video sebab aku nak enjoy dan bukan nak fokus pada skrin telefon. Bukan selalu dapat peluang depan barrier betul-betul menghadap Akira. Kebanyakkan video yang aku ambil pun hanya ketika Akira menyolo.
Aku pasti akan ada dalam kalangan penonton yang merakam konsert penuh dan dimuat naik ke YouTube kelak [edited: sudah jumpa video YouTube, disertakan di bawah] dan liputan daripada outlet berita tempatan. Aku link sahaja gambar/video menarik daripada mereka yang aku jumpa.
Seperti yang aku katakan sebelum ini, aku bukanlah peminat tegar Loudness, bukan semua lagu aku familiar. Selain memainkan full album Thunder In The East bersempena ulang tahun ke-40nya, mereka juga memainkan lima lagi lagu daripada album lain (rujuk setlist di bawah).
Video di YouTube yang aku jumpa...
Konsert tamat sekitar 11.30 malam, aku berharaplah Akira akan membaling pick gitar kepada kami yang di depan barrier seperti yang dilakukan oleh Masayoshi di sebelah sana. Tapi alangkah hampanya bila guitar-tech Akira mengambil kesemua pick yang ada di mic stand Akira. Booo!~
Post-mortem:
Tiket RITJ lebih murah berbanding harga tiket konsert mereka di Zepp tahun lepas.
Pemerhatianku, kebanyakkan peminat yang datang adalah dari Borneo berbanding Semenanjung. Adakah tiada promosi di sebelah sana? Sama macam kes Wings RITJ tahun lepas.
Geng warga emas ramai yang duduk tepi sahaja berbanding ke depan walaupun masih ada ruang menyelit, mungkin tak tahan berdiri kot?
Skrin besar kiri dan kanan stage terlalu banyak guna filter. Agak annoying tengok skrin dengan filter efek api, elektrik, psychedelic bagai.
Bunyi dan pencahayaan memang mantap bertaraf konsert antarabangsa.
Ada seorang amoi peminat tegar dari Jepun namanya Kaori, katanya kejar dan hadir setiap konsert Loudness sejak tour Jepun mereka sebelum RITJ ini. Teringat aku cerita Lisa yang kejar Iron Maiden ketika era Flight 666 dan The Final Frontier.
Konsert mesra OKU, ada seorang penonton OKU berkerusi roda diberikan seat paling depan. Lebih depan daripada kami di barrier.
Masayuki "Ampan" Suzuki memang besar beb!
Lagu paling happening malam itu ialah So Lonely, crowds sing-a-long part "ooo..." tak henti-henti. Dalam video YouTube tak kedengaran tapi kami yang depan barrier memang terasa macam tengok bola. Nampak jelas kepuasan pada muka Minoru dan rakan-rakan dengan respon crowds RITJ.
Setlist ini aku dapat selepas konsert diberikan oleh seorang crew kepada kami yang masih lepak depan barrier. Oklah tak dapat pick, dapat setlist pun jadilah sebagai arkib.
Adalah menyelit di situ.
Dah lama tak layan konsert metal, kali terakhir waktu Megadeth turun KL 2017. Tak sangka dapat ke depan barrier pula tu dengan harga tiket yang amat berbaloi (tahap tiket duduk Megadeth/Metallica). Walaupun tak follow sangat Loudness, tapi sebagai peminat metal amnya, konsert ini paling puas hati untuk aku setakat ini. Harapanku agar Kuching menjadi hub konsert artis *antarabangsa selepas ini.
Selamat berbulan September, masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan/Merdeka ke-68 untuk pengikut AADI. Bak kata MC Rock In The Jungle 2.0 "kami sambut ambang merdeka layan Loudness!".
Masih belum dapat move-on dan masih tepu dengan idea untuk dibuatkan entri. Aku letak setlist dululah, memang betul-betul full album Thunder In The East dimainkan. Dan nasib baik ada juga menyelit dua lagu kegemaranku daripada album lain iaitu Shadows Of War dan So Lonely. Nantilah bila sudah ada masa lapang baru aku buat entri penuh.
Btw, setlist tu aku dapat daripada crew waktu mereka sedang berkemas dan menunggu band turun dari bilik persalinan backstage ke kereta.
_____ AADI: Rugilah Bert tak datang, senang-senang dapat first to the barrier.
Katanya eksklusif untuk konsert Rock In The Jungle 2.0 hujung bulan ini, Loudness akan memainkan lagu-lagu dalam album Thunder In The East sepenuhnya bersempena ulang tahun ke-40 album ini.
Kira oklah, tak perlu banyak buat homework untuk setlist Loudness, memandangkan aku tak ada apa-apa material fizikal mereka. Tapi aku pasti, lagu-lagu hits lain pun akan dimainkan dalam konsert kali ini untuk memaksimumkan masa.
Jom Berteromber! Masih ada masa untuk tiket early bird sehingga 15/8/2025. Aku boleh taja pengangkutan dari Bandar Baru Samariang sampai ke Kampung Budaya.
_____ AADI: Sudah masuk dalam jadual website rasmi mereka.
Selepas memikirkan beberapa faktor, terutamanya lokasi, logistik dan penginapan, aku radu saja tiket early bird Rock In The Jungle 2.0 untuk hari kedua (30/8/2025) nanti kerana headliner band Loudness.
Aku bukanlah peminat tegar Loudness, material fizikal mereka pun aku tak ada (hanya ada beberapa mp3). Tapi membesar dalam zaman 80's rock yang pastinya tidak terlepas daripada mendengar lagu-lagu Loudness - Crazy Nights, Heavy Chains, Ashes In The Sky, So Lonely dan my all time favourite Twenty Five Days From Home.
Tapi seperti faktor pada perenggan pertama tadi, bukan selalu dapat tengok konsert band antarabangsa di sebelah sini (Borneo) lagi-lagi band rock/metal. Kebetulan tarikh tersebut kami sekeluarga memang merancang untuk ke Kuching menjenguk "rumah" kami di Samariang sana (~20 km dari lokasi konsert), memang Mrs. bagi lampu hijau terus.
_____ AADI: Kena study setlist mereka tahun lepas.
Ditag oleh Bro Eden beberapa hari lepas berkaitan headliner malam kedua festival muzik Rock In The Jungle 2.0 yang bakal berlangsung di Sarawak Cultural Village pada 29-30/08/2025 nanti.
Tarikh dah cantik, tempat pun lagi cantik, penghujung dunia area Santubong sana (jauh dari town) dah kira dekat sangat dengan "rumah" aku di Samariang. Kita rancang dulu...
Geng bloggers lain, ada siapa-siapa yang merancang ingin pergi?
Bukan, aku bukan nak buat entri pasal kebisingan perhimpunan haram BERSIH di Kuala Lumpur beberapa hari lepas, tapi pasal "kebisinginan" dari negara matahari terbit - Loudness live in Kuala Lumpur pada 24/7/2011 nanti.
Aku sebenarnya bukanlah peminat tegar Loudness, tapi aku membesar dalam zaman 80's Rock yang pastinya tidak terlepas daripada mendengar lagu-lagu Loudness - Crazy Nights, Heavy Chains, Ashes In The Sky, So Lonely dan my all time favourite Twenty Five Days From Home.
Kalau bukan disebabkan masalah-masalah peribadi (rumahtangga dan ekonomi) pastinya aku dah ikut Takilala dan beberapa geng North Borneo Trooper (NBT) yang lain untuk menyaksikan konsert ni.
Selain tauke DEG, Takilala dan Deaf-Angel, ada sapa-sapa lagi geng Bloggers yang nak pi tengok konsert Loudness ni nanti?
Lepas ni nak cuba cover lagu-lagu Loudness waktu sessi jamming Hepi ;) nanti - Crazy Night, Ashes In The Sky, Twenty Five Days From Home.
Antara buah tangan pi Miri hari Sabtu lepas 3/4/2010. Beli kat Speedy Video, Bintang Plaza dengan harga standard RM12.90... Tapi malangnya p...
Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?