Showing posts with label pickup swap. Show all posts
Showing posts with label pickup swap. Show all posts

Death Alumitone Tyrant


Seperti yang dirancang, Tyrant terus dipasangkan dengan set pikap aftermarket yang ada dalam simpanan. Memilih set Lace Alumitone/Deathbucker untuk dipasang pada gitar ini selepas dikeluarkan daripada Tofu.

Memilih set ini berbanding set lain semata-mata kerana penampilannya, *gitar ini nampak semakin "ganas" dengannya. Harap ia akan terus melekat pada gitar ini selepas berpindah-pindah dari lima buah gitar sebelumnya (Shiro, Praetor, Goldie, Tigera, Tofu).

Pikap asal "DMT designed" nampak sangat generik, sekurang-kurangnya kalau pakai pikap murahan Belcat, BHK/BHC atau G&B memang akan diberi peluang untuk beraksi sebelum ditukar. Kaviti pikap pun tidak dicat konduktif sama seperti isi perutnya.

TOM bridge yang digunakan bertanda BM003 (Sung-il Korea?), selagi berfungsi dengan baik dapat intonasi tepat, ia akan terus dipakai. Kan lebih bagus jika ia berpasangan dengan stoptail (seperti Les Paul) berbanding sistem string-thru body.

Masih mengekalkan semua komponen elektronik asal - suis, potentiometer, output jack. Mulanya ingin berkonfigurasi volume songsang ala ESP/LTD Eclipse iaitu volume bridge di depan, tapi panjang wayar pikap-pikap Lace ini pula cukup-cukup sahaja untuk sampai ke pot masing-masing. Jadi, ia dibiarkan mengikut konfigurasi asal. Wayar-wayar dikemas dan diikat untuk meneruskan legasi YusTech.

Dibelanja dengan set tali baharu GHS Burnished Nickel Rockers (10-46). Ditala dan diintonasi pada Eb-standard (naik E-standard jika perlu). Action direndahkan seoptimumnya dan fretboard diberi rawatan lemon oil. Dengan adanya gigbag Gator dalam entri minggu lepas, sudah tidak sabar untuk membawanya jamming di REG Studio.

_____
AADI: *Kalau bab bunyi memang temberang saja ulasannya.

DiMarzioed Tofu


Memasang set pikap DiMarzio PAF Pro/Super 3 pada GrassRoots Horizon-III G-HR3-68 (Tofu) untuk menggantikan set Lace Alumitone/Deathbucker sebelum ini yang dikeluarkan dan dirancang untuk dipasang pada Tyrant.

Dipasang secara humbucker penuh tanpa perlu opsyen split yang memerlukan perubahan potentiometer. Harapnya set DiMarzio kegemaran ini serasi dan kekal pada gitar ini dan tidak lagi tergatal tangan untuk menukarnya.

Tali yang diguna Roto Yellows R10 (10-46) masih bagus, dibiarkan seadanya tetapi ditala semua kepada Eb-standard berbanding D-standard sebelum ini. Lebih banyak lagu dapat dimainkan pada Eb-standard, jika ingin naik E-standard (atau turun kembali D), mungkin akan gunakan fungsi pitchshift pada multi-effects sahaja.

_____
AADI: Dirancang untuk diguna semasa Rock & Mob.

SoulDiM Lagoon


Seperti yang disasarkan dalam entri 16 tahun bergitar, mulanya ingin melepaskan gitar Ibanez RGA42FM (Lagoon) ini, tapi kebelakangan ini anak aku si Arlo pula minat dengan gitar ini berbanding gitar lain dalam axology aku. *Si Arlo ini mula menunjukkan ciri-ciri minat muzik rock sejak tahun lepas.

Dipasangkan dengan pikap generik SoulDiM alnico (neck 8k, bridge 12k) dengan kemasan zebra yang diperolehi melalui Shopee, set pikap model paling murah dalam katalog SoulDiM. Pikap sebelum ini dipasang semula pada gitar asalnya iaitu Swede (Hagstrom Ultra Swede).

Walaupun outputnya tidak se"hi-fi" pikap berjenama (ikut pendengaranku), tapi sekurang-kurangnya gitar ini dapat digunakan tanpa perlu melambungkan harganya. Pemasangan mengambil masa tak sampai setengah jam kerana suis 5-arah Ibanez 3SWLSP5 yang memudahkan kerja-kerja pematerian.

Kemudian dipasangkan dengan tali Ernie Ball Hybrid Slinky (9-44) pada talaan E-standard. Seperti siri-siri RG Ibanez yang pernah dimiliki sebelum ini (RG350M, GRG270), hampir terlupa betapa selesanya memainkan sebuah RG (ringan, ergonomik), terutama varian RGA yang memiliki badan yang cembung.

Sekarang agak berbelah bagi pula jika ingin melepaskannya lagi. Aku pernah mengiklankannya kepada rakan-rakan sepergitaran, mujurlah belum ada yang berkenan.

_____
AADI: *Mrs. Ijau pun tepuk dahi...

Duncanised Goldie (Part 2)


Ini kali kedua abang long Goldie dipasangkan dengan pikap jenama Seymour Duncan, tahun 2018 pernah dipasangkan dengan set Sentient/Pegasus. Dan secara rasminya *kali ke-20 bertukar pikap dalam 15 tahun usianya dalam axology aku.

Kali ini dipasangkan dengan gandingan model Jazz (SH-2) dan Distortion (SH-6N). Walaupun model Distortion tersebut adalah model untuk kedudukan neck, tapi dengan DCR sekitar 12.71k, ia juga sesuai untuk kedudukan bridge jika dipadankan dengan Jazz yang DCR rendah sekitar 7.37k, selepas dikeluarkan daripada Tofu dalam entri minggu lepas.

Menggunakan amPlug2 Metal terus ke headphone HD-330 sebagai platform ujian, aku perasan frekuensi mid untuk set Jazz/Distortion ini agak ketara tinggi, set Evolution/Tone Zone pada Candy sebagai benchmark. Selebihnya tak payah temberanglah...

Bila sudah dicuci dengan produk Jim Dunlop, kemasan emas nampak kontras dengan pikap hitam, nampak lebih "ganas". Teringin pula nak bawa abang long Goldie ni beraksi, kali terakhir dibawa jamming Ogos 2024. Tu yang selalu Mrs. Ijau sindir, dalam banyak-banyak gitar, gitar lama (Goldie, Candy) juga yang selalu dimain.

_____
AADI: *#1, #2, #3, #4, #5, #6, #7, #8, #9, #10, #11, #12, #13, #14, #15, #16, #17, #18 dan #19.

Death Alumitone Tofu


Seperti yang dirancang, gitar Tofu (GrassRoots Horizon-III G-HR3-68) dipasangkan dengan set Lace Alumitone/Deathbucker. Jika tidak dipasang pada mana-mana gitar aku, set Lace ini pasti akan terperap selamanya dalam simpanan.

Tidak seperti pikap jenama lain dalam simpanan, agak keberatan untuk aku mendagangkan semula set Lace ini, kerana ia diperolehi terus daripada website Lace Music penghujung musim PKP dulu. Setahu aku tiada pengedar jenama Lace di Malaysia.

Satu yang aku tak suka pasal pikap Lace ini ialah wayar-wayarnya berasingan yang berpintal, amat menjengkelkan untuk dikemaskan. Masih nampak berserabut pada mata aku yang OCD ini walaupun sudah diikat dengan cable tie untuk meneruskan legasi YusTech.

Dibelanja dengan set tali baharu Rotosound Roto Yellows R10 (10-46) dan ditala D-standard. Dalam kesempatan yang ada, dilekatkan juga dengan waterslide decal berlogo "ESP" supaya headstock tak nampak kosong. Ya, ia tetap sebuah GrassRoots dan tak akan menjadi sebuah ESP.

Pikap-pikap Seymour Duncan sebelum ini JB kontot sudahpun dilepaskan, manakala Jazz akan dipasang pada gitar lain.

_____
AADI: Bila nak beraksi lagi?

Re-Swede


Selepas dipandu uji ketika sessi jamming comeback beberapa minggu lepas, ternyata saiz langsing dan kompak singlecut Hagstrom Ultra Swede (Swede) tidaklah serasi dengan saiz perutku badanku semasa dalam kedudukan kuda-kuda perang (battle stance).

Begitu juga dengan kedudukan suis toggle 3-arah di belakang bridge (ala PRS) yang terasa janggal bagi aku yang sudah biasa dengan konfigurasi Les Paul. *Tangan akan otomatik mencari suis pada kedudukan atas pikap neck.

Oleh sebab itu ia akan dijadikan gitar bilik tidur sahaja dan dipasangkan semula dengan pikap asal. Set pikap PAF Pro/Super 3 sebelum ini (yang cemerlang) disimpan semula dalam stok peribadi untuk kegunaan gitar lain. Mungkin juga dicadang untuk dilepaskan kepada mereka yang berminat (2025 purge).

*Macam manalah nanti kalau Iron Cross dibawa jamming? Hmmm...

_____
AADI: Kitar semula gambar lama.

DiMarzioed GRGR221PA


Menerima sebuah Ibanez Gio GRGR221PA untuk dipasangkan dengan set pikap DiMarzio D Sonic dan D Activator-X seperti yang diceritakan dalam entri semalam. Gitar milik seorang gitaris metal generasi muda Bintulu yang menyertai banyak band selain band utamanya Hemewrath.

Walaupun fizikal gitar ini masih nampak baru (keluaran 2022), tapi bridge, tombol-tombol logam dan segala skru pada pickup ring berkarat teruk. Fretboard kayu purpleheart nampak sehitam ebony dan reversed headstock Ibanez memang nampak ganas. Tiba-tiba aku terGAS kembali dengan model GRGR131EX.

Dalam spesifikasi, badan gitar ini berkayu okoume manakala permukaan atas adalah basswood dengan kemasan "poplar burl art grain" berwarna aqua burst (AQB). Dengan kata lain corak kayu cantik itu hanyalah imej ("art") dan bukannya corak urat kayu sebenar. Sebab itu ia agak ringan sekitar 2.9 kg sahaja.

Untuk sebuah Gio buatan China, pertukangan kayu memang kemas, sekemas full-fledged Ibanez buatan Indonesia. Cuma aku tak berapa berkenan dengan harga pasaran siri-siri Gio sekarang yang melebih tahap RM1k. Kalau 10-15 tahun lepas, harga sebuah Gio hanya sekitar RM600-900 sahaja.

Kaviti isi perut pun nampak kemas bercat konduktif, hanya wayar-wayar sahaja tidak dikemaskan, dibiarkan begitu sahaja. Comel pula warna kod wayar pikap Ibanez IBZ-6 pink (neck) dan hijau (bridge).

Menggunakan suis 5-arah Ibanez *3SWLGSC yang amat memudahkan kerja-kerja pematerian kerana telahpun ada label pada setiap terminal, seperti suis 3SWSLP5 pada Lagoon (RGA42FM) dan RG370AHMZ Nuing. Tidak seperti suis 5-arah tradisional yang sentiasa kena rujuk skematik supaya tak tersilap terminal.

Kerja-kerja pematerian hanya mengambil masa sekitar 15-20 minit sahaja disebabkan faktor seperti perenggan di atas tadi. Seperti biasa, wayar-wayar dalam isi perut diikat kemas dengan cable tie untuk meneruskan legasi YusTech.

Selebihnya banyak masa diluangkan untuk membersihkan gitar ini, fretboard dikondisi dengan produk kimia Jim Dunlop dan dalaman potentiometer disembur dengan electronic contact cleaner untuk menghilangkan bunyi-bunyian yang tidak diingini semasa memulas tombol.

Hanya action sahaja yang tidak dapat dilaras sepenuhnya kerana bridge sudah berkarat teruk terutama pada saddle tali tebal EAD. Ini biasanya terjadi disebabkan palm-mute yang ekstrim tetapi tidak dibersihkan selepas setiap kali penggunaan berat. Residu kulit dan peluh tertinggal pada permukaan mempercepatkan lagi proses pengaratan.

Dipasangkan juga dengan set tali baharu yang dibekalkan iaitu Dunlop DEN1156 (11-56), ditala dan diintonasi pada drop-B seperti diminta.

Feedback daripada tuan punya gitar - respon D Sonic memang tight manakala sustain D Activator-X agak panjang, kedua-duanya amat sesuai untuk muzik bertalaan rendah. Gitar ini juga katanya bakal beraksi untuk gig besar di Sibu bulan Julai nanti.

_____
AADI: *Rasa nak cari suis begini di Shopee.

Duncanised Horizon


Mengambil peluang untuk terus memasang set Seymour Duncan Jazz dan JB Trembucker (kontot) pada gitar Horizon (GrassRoots G-HR3-68) sementara pateri masih panas selepas projek memasang set EMG ALX/H1N dalam entri minggu lepas.

Dipasangkan set Jazz/JB ini berbanding jenama lain yang ada dalam simpanan (Lace, DiMarzio) kononnya ingin menjadikannya "proper" Horizon seperti sepupu Jepunnya Edwards E-HR-145III. Cuma versi Edwards menggunakan model Custom 5 (TB-14) berbanding JB.

Pikap asal gitar ini GH-1G (neck 14.7k, both 7.6k, bridge 15.1k) adalah keluaran G&B, jenama yang selalu dipasang pada gitar-gitar LTD model 200-series dan ke bawah.

Ruang kaviti pikap dengan routing yang kemas trademark kilang World Musical Instrument Co. Ltd. (Korea) dan dicat dengan cat konduktif untuk efek Faraday cage.

Pematerian tidak sampai 15 minit kerana hanya perlu memateri wayar pikap pada suis toggle sahaja., elektronik lain tidak perlu dikacau. Dipasang secara humbucker penuh, tak perlu opsyen split atau series/parallel bagai.

Dalam kesempatan yang ada dibelanja tali baharu PRS Classic Regular Light (10-46) yang sudah dua tahun lebih dalam simpanan (masih belum karat ye). Diintonasi dan ditala pada talaan drop-C# (atau naik Eb-standard jika perlu).

Agak perlukan sedikit masa membiasakan diri kembali dengan gitar bentuk superstrat bila sudah lama menggalas singlecut (Les Paul, Eclipse, Heritage, Ultra Swede).

Setakat ini hanya menjadi mainan di rumah, belum ada panggilan jamming apatah lagi gig atau persembahan awam. Rindu zaman MUP rajin turun naik studio jamming main lagu Iron Maiden.

_____
AADI: Tak perlu ulasan bunyi, temberang saja ni...

ALX/H1N Tigera


Sambungan entri minggu lepas, bila ada masa terluang barulah litar-litar EMG easy-connect dipindahkan ke dalam gitar rimau Tigera (Epiphone Les Paul Custom Plus Top) ini. Tulisan EMG yang sudah lusuh disepadankan dengan hardware gitar ini untuk penampilan lebih bermusim.

Lebih banyak masa diluangkan bermain pateri ketika membuka dan mengeluarkan litar lama Epiphone berbanding memasang sistem easy-connect EMG. Hanya suis toggle asal Epiphone sahaja yang masih digunakan, segala elektronik lain; potentiometer, kapasitor dan output jack (mono) dikeluarkan.

Cuba sedaya upaya untuk menyusun wayar-wayar sistem easy-connect EMG ini supaya kemas dan muat dalam kaviti Les Paul yang terhad. Juga perlu memikirkan ruang untuk sebiji bateri 9V lagi. Seperti biasa diikat dengan cable tie untuk meneruskan legasi YusTech.

Teringat ketika memasang set EMG Zakk Wylde pada gitar Cherry Boy Nuing hampir sembilan tahun lepas. Tapi gitar tersebut sudahpun ada ruang kaviti khas untuk bateri.

Masih mengekalkan setting ABQ preamp default Alexi (resonant frequency @ 1.38 kHz) dan gain boost sekitar 45-50%. Seperti dirancang, hanya pikap bridge ALX sahaja yang dipengaruhi oleh litar ABQ ini, pikap neck adalah H1 pasif seadanya.

Gitar ini dikhaskan untuk talaan rendah (C-standard, drop-Bb) berpandukan petua daripada Greg Winn (guitar tech Björn Gelotte). Tali 12-56 sedia ada pun masih boleh digunakan tak perlu ditukar buat masa ini. Set Lace Alumitone/Deathbucker sebelum ini pula kembali dorman dalam simpanan.

_____
AADI: Selamat berbulan Mac.

Blackouts EC-1000VB


Azrol menghantar EC-1000VB (ex-Deluxe aku) beberapa hari lepas untuk dipasangkan dengan sepasang Seymour Duncan Blackouts AHB-1N yang sudah lama terperap dalam stok peribadi aku.

Set EMG ALX/H1N sebelum ini didagangkan semula secara *trade-in dengan sedikit tambahan tunai untuk set Blackouts ini.

Pertama sekali lubang untuk potentiometer dibesarkan kerana alur skru pot 25k Blackouts ini berdiameter 3/8" (~9.52 cm) sama seperti diameter pot CTS. Step drill bits digunakan untuk kerja ini.

Blackouts ini jenis hardwired dan bukannya easy-connect seperti EMG. Skematik pendawaian pikap aktif sebenarnya sama sahaja seperti pikap pasif, hanya berbeza nilai pot (25k), tambahan wayar (merah) untuk disambung kepada terminal positif bateri 9V dan output stereo.

Azrol juga membekalkan suis toggle baharu Allparts untuk menggantikan suis lama yang bermasalah. Keseluruhan kerja-kerja pematerian mengambil masa sekitar sejam. Banyak masa dihabiskan untuk menyusun wayar supaya nampak kemas berbanding memateri. Seperti biasa, diikat dengan cable tie untuk meneruskan legasi YusTech.

Ini projek yang tertangguh sejak tahun lepas, mulanya Azrol ingin mencari set EMG (81, 85 atau 60). Tapi aku menawarkan kedua-dua unit AHB-1N ini yang telahpun cemerlang dipandu uji untuk kedua-dua posisi neck dan bridge Shiro, pada harga yang lebih munasabah berbanding harga runcit terkini EMG.

Apa yang aku perasan, masalah utama jika menggunakan pikap pasif pada gitar ini kerana ia tiada wayar bumi (grounding) disambung pada bridge. Jadi tanpa grounding yang sempurna, humming pikap pasif memang pada tahap menjengkelkan. Pilihan ada dua, sama ada buat grounding terus ke bridge ataupun guna pikap aktif.

EC-1000VB ini sememangnya cemerlang dengan pikap aktif berbanding pasif, aku pernah memasangkannya dengan set EMG 81/85 Metal Works Gold dan set EMG 81/60 sebelum dilepaskan bersama-sama set EMG ALX/H1N.

Ini merupakan gitar utama Azrol untuk talaan rendah, digunakan ketika rakaman dan persembahan bersama-sama Larrong. Katanya feel dan mojo gitar ini memang berbeza berbanding M-103FM (ex-Mirage) dan DK2 (ex-Dinky).

_____
AADI: *Mungkin akan dipasang sama ada pada Tigera atau Horizon..

Julianbuckered Goldie


Setelah memikirkan beberapa faktor, pikap Julianbucker dipasang semula pada abang long Goldie supaya ia dapat digunakan seoptimumnya berbanding dorman dalam simpanan. Dipadankan dengan pikap Epiphone Alnico Classic neck untuk kemasan chrome seragam.

Set sebelum ini Gibson 490T/490R disimpan dalam stok, jika perlu dana pusingan ia mungkin akan didagangkan semula. Kedua-dua pikap Gibson tadi lebih mudah didagangkan berbanding Julianbucker ini yang hanya bernilai pada mereka yang menghargai kerja-kerja Julian Mokhtar.

  • Julianbucker - 15.6k (dipesan mengikut spesifikasi Gibson 498T "Hot Alnico")
  • Alnico Classic (neck model) - 8.3k

Kerja-kerja penukaran pikap hanya mengambil masa 15-20 minit, lebih banyak masa diluangkan untuk "merawat" kedua-dua Alnico Classic dan Julianbucker ini dengan menambah lilin tambahan (wax potted) sebelum proses penukaran.


Video tahun lepas...
Signal flow: 57 Goldtop - NR300 - TO800 - Zombie II - V110NT.

_____
AADI: Untuk kali ke-19(!) bertukar pikap.

DiMarzioed Swede


Antara sebab set DiMarzio PAF Pro/Super 3 dikeluarkan daripada gitar rimau Tigera adalah untuk *dieksperimentasikan pada Swede (Hagstrom Ultra Swede) ini.

Julianbucker dan Alnico Classic yang baru sahaja dipasang bulan lepas dikeluarkan. Walaupun kedua-duanya krom nampak gorgos pada gitar ini, tapi atas faktor-faktor tertentu ia bukanlah pikap yang sesuai untuk Swede.

Tak stress ke kejap-kejap je tukar pikap gitar? Tak, bagi aku ia sebahagian daripada sessi terapi minda kerana semua aku buat sendiri (supaya kekal siuman) bukannya dihantar ke kedai dan dicas berganda-ganda.

Lagipun kerja-kerja pematerian menjadi lebih seronok selepas memperolehi stok tip pateri OEM dan timah berkualiti seperti dalam entri WW beberapa minggu lepas.

Menggunakan suis mini DPDT yang sedia ada sebagai coil-split kedua-dua pikap untuk variasi bunyi. Seperti biasa wayar-wayar dikemas dan diikat dengan cable tie untuk meneruskan legasi YusTech.

  • PAF Pro - 8.6k (series), 4.4k (split)
  • Both - 6.6k (series), 3.4k (split)
  • Super 3 - 26.8k (series), 13.7k (split)

*Seperti ada sesuatu yang magis dengan gitar ringan bernadi pikap high output DiMarzio seperti Super 3 ini, responnya lain macam membuatkan aku bisa tersenyum. Sama seperti respon ex-Neon yang pernah dipasangkan dengan D-Activator suatu ketika dahulu.

Dipasangkan dengan set tali baharu Harmony HE02 (10-46), ditala dan diintonasi pada Eb-standard supaya boleh digunakan sebagai gitar harian.

Tali sebelum ini Ernie Ball Not Even Slinky (12-56) yang baru diguna sebulan, dikitar semula dan dipasang pada Tigera yang lebih mesra untuk talaan rendah (C-standard) bernadi Alumitone/Deathbucker.

_____
AADI: Habiskan stok Harmony.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (63) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (73) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (33) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (115) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger