Showing posts with label snark. Show all posts
Showing posts with label snark. Show all posts

Super Bullets Mirage


Sempat memasang tali gitar baru pada Mirage aku petang Sabtu lepas sebelum persembahan MUP Live In Kemunting pada sebelah malamnya. Kali ni giliran tali gitar Fender Super Bullets 3250L (9-42) setelah agak "bosan" dengan tali DR Neon yang digunakan sebelum ini.


Walaupun ia berjenama gah Fender, tapi ia tidak terlepas daripada memiliki beberapa tompok karat pada tali GBE (plain strings). Tapi sekurang-kurangnya ia tak seteruk karat pada tali Gibson Brite Wires. Ia juga agak keras seperti tali Pyramid dan tak berapa sesuai untuk tuning standard, kalau tuning Eb atau D mungkin baru terasa lembut.

Secara rasminya Fender Super Bullets dan DR Neon terkeluar daripada senarai tali gitar kegemaran dan tidak akan dibeli lagi pada masa akan datang.

Jenama/model tali gitar kegemaran setakat ni (all nickel wound type):
  1. Ernie Ball Hybrid Slinky (9-46) - mostly for fixed bridge Goldie.
  2. GHS Boomers GBXL (9-42)
  3. Martin & Co. Darco (9-42)
  4. Alice A506-SL A507-SL (9-42) - murah dan lembut.
_____
Ada apa: Masih ada beberapa jenama/model yang belum dicuba.

Kues Goldie


Baru sahaja beberapa minggu lepas Goldie aku dipasang dengan tali kitar semula D'Addario EJ21 (12-52) dan ditala dengan C, C# dan kadang-kadang D-tuning.

Disebabkan tak biasa guna tali bersaiz tebal dan agak janggal memainkan talaan rendah (low tuning), malam tadi aku menggantikannya dengan dengan Kerly Kues KQX-0942 (9-42) yang terperap dalam simpanan sejak tahun lepas dan menalanya semula dengan standard tuning. Lagipun tali EJ21 sebelum ni merupakan tali kitar semula dan dah bermusim (seasoned), jadi taklah terasa macam membazir atau sayang nak buang.


Pendapat peribadi mengenai tali ni, ia agak lembut seperti Slinky, Boomers dan Darco, dengan kata lain senang nak bending. Dari segi ketahanan, kena tunggu beberapa bulan lagilah baru dapat keputusan. Mungkin aku akan guna Goldie sebagai gitar utama untuk sessi jamming seterusnya sehingga gig Bintulu Rocker Re-Union bulan November nanti (eksperimen ketahanan tali).

Sedikit ulasan oleh Bro Sub mengenai tali Kerly Kues boleh baca entri ni.

_____
Ada apa: Ada beberapa lagi tali gitar yang ada dalam simpanan menunggu giliran untuk dicuba...

Cheap Gigrig


Menyusun pedal-pedal "murahan" yang aku ada untuk dijadikan gigrig #2 (aka cheap gigrig)...


Signal chain (from right to left): Guitar -> JF-01 -> JF-03 -> FX600 -> MO-BA -> amp (or PA/mixer via DI).

Disusun pada Pedaltrain-Nano untuk sementara waktu, esok aku akan mulakan projek membuat pedalboard sendiri (DIY) untuk gigrig #2 ni.

_____
Ada apa: Pedaltrain-Nano lepas ni akan digunakan untuk gigrig #1.

Gig Survival Kit


Tertarik hati selepas membaca artikel ni...

Kadang-kadang hairan juga bila tengok rakan-rakan lain yang bersahaja pergi jamming (atau gig) dengan hanya membawa gitar, efek, strap dan dua set kabel, tapi lupa bawa benda kecil-kecilan yang penting seperti tuner, bateri tambahan dan pick (contohnya si Korawk, strap pun kadang-kadang lupa hahaha).

Aku dah terbiasa membawa benda-benda ni dari zaman Hepi;) makeshift studio lagi, bukan nak tunjuk hebat, tapi harus bersedia untuk sebarang kemungkinan (macam Doomsday Preppers).

My gig survival kit.
Dan yang paling mutakhir, aku sentiasa pastikan satu set ear-plugs dan dua paket Gaviscon dibawa bersama setiap kali jamming (or gig, just in case). Tapi setakat ni, aku belum pernah lagi menggunakan ear-plugs semasa jamming dengan Metuk Ulau Project (MUP) kerana tahap desibel bunyi masih pada tahap yang terkawal, tidak seperti semasa jamming dengan Sanggam/Manggas yang biasanya pada tahap berbahaya.


Dan kesemua barang-barang tadi dibawa dalam sebuah beg kecil seperti gambar di atas (kadang-kadang aku bawa dalam kontena Apple Lady) yang juga menempatkan kabel, strap, dan DI unit ekstra (MO-BA).

Dan kebelakangan ni semenjak MUP makin aktif dalam pergerakan bawah tanah Bintulu ni, aku sarankan ahli-ahli MUP yang lain (dan kugiran Bintulu lain amnya) supaya menyediakan "gig survival kit" persendirian - mandatori mesti ada pick, tuner, bateri dan kabel ekstra (shit happens), yang lain-lain boleh fikirkan sendiri mengikut kepentingan dan keperluan.

_____
Ada apa: Juga ada menyimpan beberapa keping pick dalam wallet.

Ada Sesuatu Dari Crinson Music (Part 4)


Bungkusan yang diterima Isnin minggu lepas (30/7/2012) beralamat dari Crinson Music dihantar menggunakan khidmat ABX Express. Kotak yang berisi gitar Ibanez Gio seperti dalam entri minggu lepas.

Tapi untuk entri ni bukan nak cerita pasal gitar di dalamnya, sebab gitar ni bukan aku yang punya, biarlah tuannya sendiri yang buat ulasan kelak (kalau dia rajin lah, dah tiga bulan tak update blog).

Cuma nak cerita sikit pembelian sampingan (yang ni aku punya) bersama-sama gitar tersebut yang berupa aksesori kecil-kecilan iaitu Snark SN-8 Super Tight clip-on tuner dan DR Neon String Hi-Def Orange.

Pembelian aksesori kecil-kecilan ni sebenarnya menumpang supaya dapat jimat kos penghantaran hehehe...

Pada mulanya aku ingin memesan Korg Pitchclip, tapi paparan Pitchclip tak dapat dipusing 360 darjah dan paparan skrinnya agak low-tech. Jadi aku memilih model terbaru Snark iaitu SN-8 Super Tight clip-on tuner pada harga yang sama.

Kelebihan model ni ia memberikan respon yang cepat dengan paparan yang lebih ringkas berbanding model SN-2 (merah) dan SN-1 (biru). Kelemahannya pula ia hanya mengesan bunyi secara getaran (vibration) sahaja dan tidak mempunyai internal mic seperti SN-2.

Hi-Def Orange ni pula kononnya bakal dipasang pada Goldie supaya serasi dengan tema warna emas dan jingga/oren. Dua tali gitar jenama DR pemberian Bro Sub iaitu Hi-Def Green dan Evergreen pun masih ada dalam simpanan dan belum digunakan lagi.

Kepada tuan punya gitar Ibanez Gio, bila nak buat entri ulasan kecil-kecilan?

_____
Ada apa: Snark lagi...

Snark Overdosed!


Entri hujung minggu khas untuk Korawk si kereta sapu, this is madness! Dah alang-alang ada dua unit, guna dua-dua sekali lah hahaha~

Tuning dalam gelap (tak gelap mana pun). Boleh buat lampu lip-lap *kalalait untuk Raya Haji nanti ni, hahahah~

Korawk, adakah anda berminat dengan Snark?

_____
Ada apa: *Kalalait = colour light.

Ada Sesuatu Dari NoobAxe Guitars (Part 5)


Jumaat (28/10/2011) - Ditempah pada hari Selasa lepas dari Jo @ NoobAxe dan hanya dipos semalam (Khamis).

Aku terlupa pula hari Rabu Semenanjung cuti Deepavali sebab Sarawak tak cuti dan kami bekerja seperti hari-hari biasa (ada ura-ura supaya Sarawak diberi cuti umum untuk perayaan Deepavali, 1Malaysia maaa~).

Enough with Deepavali story, pembelian unggul (great purchase?) dari NoobAxe kali ni ialah Snark SN-2 (red model), clip-on chromatic tuner for all instrument.

Snark itself, manuals, pouch and CR2032 battery.

Dead Eye Guitars (DEG) buat masa ni tidak mempunyai stok model SN-2, sebab tu aku mencari penjual alternatif lain. Dan NoobAxe merupakan penjual kedua (in my *trusted online sellers list) yang ada menjual Snark.

Perbezaan utama antara model SN-2 (merah) dan SN-1 (biru) yang aku dah ada ialah model SN-2 mempunyai dua tuning mode, sama ada menggunakan VIB (vibration) gelombang getaran atau MIC (microphone) melalui gelombang bunyi, sama seperti fungsi yang ada pada Korg GA-1 tuner. Sebab tu tuner ni boleh digunakan untuk semua jenis instrument (hence the phrase "tuner for all instrument").

Gambar ni aku snap sambil bersiul (MIC mode),
ia memang sensitif pada perubahan pitch bunyi.

Selain perbezaan tuning mode, model SN-2 ni memiliki kelebihan dan kelemahan yang sama seperti model SN-1.

Kebelakangan ni aku dah suka tuner jenis clip-on berbanding jenis bar (GA-1, Pandora Mini) atau jenis pedal (yang pada B2 atau Pod X3), kelebihannya tak perlu nak sambung-sambung kabel, tak perlu tunduk, mudah alih boleh kepit sana-sini dan yang paling penting - ia comel :)

_____
Ada apa: *Mungkin kalau ada kesempatan aku akan buat entri pasal "trusted online sellers list" untuk panduan "noobie" yang lain.

Snark Attack!


Pembelian sampingan (collateral puchase?) bersama-sama amp Orange "Metuk Ulau" CR25BX minggu lepas - Snark SN-1.

Snark? Apa itu snark? Ada apa dengan snark? pada yang kaki PC Games tu pastinya teringat akan "makhluk" comel dalam game klasik Half-Life.

Alaa... Makhluk kemerah-merahan bermata satu warna hijau yang menjadi satu daripada "senjata" dalam game tersebut.

Inilah dia snark! (Imej link dari Half-Life Wikia).

Tapi bukan snark Half-Life tu yang nak diceritakan dalam entri ni, tapi Snark SN-1 guitar tuner. Dengar-dengar Snark ni merupakan keluaran Danelectro, tapi tak tau betul ke tak. Pada mulanya aku memesan model SN-2 (versi merah) dari Dead Eye Guitars (DEG) tapi kehabisan stok cuma ada model SN-1 (versi biru).

Snark SN-1 (versi biru), bateri CR2032, manual dan beg kecil (pouch).

Ia merupakan tuner jenis clip-on yang mengesan frekuensi getaran pada badan gitar berbanding mengesan frekuensi bunyi atau signal elektrik seperti tuner jenis handheld atau stompbox.

Dan seperti model SN-2 (versi merah) dalam entri Bro Sub, model SN-1 juga mempunyai metronome. Tapi metronome cuma ada visual "blinking heart" tanpa ada bunyi.

Cuma perbezaan ketara antara SN-1 dan SN-2 ialah SN-2 mempunyai mikrofon dalaman (internal mic) untuk mengesan frekuensi bunyi, selain menggunakan pengesan getaran (vibration sensor). Jadi ia boleh digunakan untuk alatan muzik yang lain selain gitar atau bass.

Kelebihan

  1. Tuner yang amat sensitif mengesan getaran pada badan gitar.
  2. Paparan yang berwarna-warni.
  3. "Kepala" yang boleh dipusing 360 darjah.
  4. Flat tuning sehingga dua full-step (bbbb).
  5. Mempunyai fungsi metronome, walaupun rasanya aku tak guna.
  6. Menggunakan bateri CR2032 yang mudah diperolehi.
  7. Bentuk yang "comel".
  8. Harga yang ekonomi (harga pasaran RM4x).

Snark patah.

Kelemahan

  1. Senang patah - Snark yang aku terima ni memang dah patah sebab "dihempat" oleh amp Orange semasa dalam perjalanan.
  2. Metronome yang tidak berbunyi.
  3. Tidak mempunyai model yang berwarna hijau, hehehe...

Selain gitar, ia juga boleh digunakan untuk bass.

Pada mulanya aku ingin membeli tuner jenis clip-on ni untuk dihadiahkan kepada anak buah aku yang baru berjinak-jinak dengan gitar (main kidal ooo...). Waktu cuti raya lepas kesian aku tengok dengar gitar "akustik"nya yang selalu out-of-tune tapi dia tak pandai nak tune dan tidak ada tuner untuk membantu.

Tapi disebabkan tuner Snark ni agak kvlt, versatile dan murah jika dibandingkan dengan tuner clip-on jenama lain pada harga yang sama, mungkin yang ni aku simpan untuk kegunaan sendiri (selain Korg GA-1) dan akan memesan lagi beberapa unit pada masa akan datang (especially SN-2), hahaha!

_____
Ada apa: Teringat watak Orb dalam game Quake III Arena.

Ada Apa Dengan Orange? (Part 3)


Jumaat (23/9/2011) - Pagi-pagi lagi dah menerima satu bungkusan (parcel post @ poslambat) yang sederhana besar yang dipos Isnin lepas.

Dah jadi gian pula membeli alatan muzik secara online ni, kalau bukan aku yang beli mesti aku tolong belikan untuk rakan-rakan di Bintulu ni (terutamanya rakan-rakan seperMETALan) yang belum biasa berurusan secara online. Macam kes G1N, AX5G, G2Nu dan ME-70 dulu.

Kali ni aku tolong belikan sesuatu dari Dead Eye Guitars (DEG) untuk rakan dari Metuk Ulau Projekt, yang ingin mencari sebuah amp kecil untuk bass 10-15 watt (practice amp) kerana dia kini mengambil keputusan ingin fokus kepada bass berbanding gitar.

Ya, tak lain tak bukan seperti tajuk entri ni, ia berisi amp bass Orange Crush Pix CR25BX. Pada lingkungan harga yang sama, amp bass jenama lain hanya memiliki kuasa dalam 10-15 watt sahaja, tapi Orange ni memiliki 25 watt, jadi ia agak berbaloi untuk saiz dan kuasanya (price per wattage).

Spesifikasi

  • Power: 25 Watts
  • Channel configuration: Clean thru overdrive
  • Speaker: 8" Orange design
  • Clean channel controls: GAIN and VOLUME
  • EQ: 3-band EQ LOW, MID, HIGH
  • Headphone output
  • Line output
  • AUX MP3 CD player input
  • Weight: ? kg
  • Dimensions : 23 x 36 x 31 cm
  • Serial number: ?
  • Made in: PRC
  • Price paid: RM4xx + RM3x (normal parcel post)

Perbezaan antara CR25BX dan CR50BXT (Oren besar aku):

  1. Tentunya fizikal dan wattage yang berbeza; 25 watt (8" speaker) pada CR25BX dan 50 watt (12" speaker) pada CR50BXT.
  2. Tidak mempunyai built-in tuner (hence the letter T at CR50BXT)
  3. Tidak mempunyai (external) SPEAKER output jack.

More info please visit Orange website.

Tak sah kalau tak digandingkan dengan abang Oren besar.

Tonewise, aku tak sempat nak "pandu-uji" sebab aku dah suruh tuan punya tuntut dalam beberapa jam selepas ia sampai. Aku agak bunyinya sama saja macam model CR50BXT kecuali pada wattage yang kecil.

Dan seperti biasa pasti ada "collateral purchase", bersama-sama dengan pembelian kali ni aku order Ernie Ball Super Slinky Pink (9-42) dan Snark tuner (aiseh, versi biru). Snark tu mungkin aku akan buat entri berasingan (pengaruh Bro Sub ni).

_____
Ada apa: So mr. amp owner, how's the Orange kick?

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (63) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (73) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (33) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (115) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger