Showing posts with label xpdc. Show all posts
Showing posts with label xpdc. Show all posts

Flashback Friday: Kita Brutal


Aku tak follow XPDC apatah lagi Mael sebagai individu. Tapi lagu-lagu era Kita Peng-Yu dan Brutal antara yang pasti akan menggamet memori tahun-tahun pertama aku di USM (1997-1998). Era Samurai dan V6 pun ada memori ke-Penang-annya, tapi itu era Ali.

"Walaupun album ni keluaran 1994, tapi aku hanya terlayan album ni bersama album Brutal apabila menjejakkan kaki di USM sekitar 1997-1998. Ketika mana mereka-mereka di sekeliling aku meminati XPDC, dari rakan bilik sebelah (yang kemudiannya jadi rakan serumah sewa) sehinggalah pakcik supervisor tempat aku bekerja sambilan di Sungai Dua (Penang)."

Tak nak cerita banyak, aku hanya dapat tahu beritanya daripada Facebook Joe Branko/Barbarik pagi tadi. Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Terima kasih untuk muzik, memori zaman remaja dan menjadikan metal itu mainstream di Malaysia.

_____
AADI: ILWIIR.

XPDC - Brutal


Seperti yang aku ceritakan dalam entri Kita Peng-Yu beberapa minggu lepas, album Brutal ini juga terlayan secara tak sengaja (faktor persekitaran) sekitar tahun 1997-1998, tahun pertama aku di USM. Aku bukannya peminat tegar XPDC pun...


Pada pendapat aku, kemetalan album ini sama par dengan Kita Peng-Yu. Menyebabkan metal menjadi agak mainstream penghujung 90an sebelum dikotori oleh kes black metal awal 2000an. Tapi apa yang brutalnya?

Selain lagu-lagu metal, ada dua lagu balada epik dalam album ni yang pastinya mengimbaukan kembali kenangan silam zaman bercinta dengan awek USM iaitu Hentian Ini dan Aku Masih Di Sini, seepik lagu Nafisa dan Titian Perjalanan dalam album Kita Peng-Yu. Lagu santai Semangat Yang Hilang sesuai cover semasa busking (macamlah aku busking).


Lagu Hidup Bersama versi metal pula meletuskan fenomena metal lagu-lagu 60-70an ketika itu. Aku pernah baca entri geng blogger pasal album kompilasi metal 60-70an, aku lupa entri siapa. Nanti kalau aku jumpa, aku letak link di sini.

Lain cerita, agak sedih juga bila baca ulasan konsert XPDC Aku Masih Di Sini dan Live In Concert 2014, macam ada yang tak kena. Tapi kalau betul-betul entiti XPDC itu yang bermasalah, pasti mereka tak happening di Hard Rock Cafe Melaka ye tak?

Imej cilok blog Nemut-Nemut.
_____
Ada apa: Tak nak jadi sup cair, tak nak jadi sup cair.

Batch Kelima


Batch kelima daripada Radin Music Centre (Batu Pahat). Kenapa aku rajin beli daripada RMC ni?
  1. Di tempat aku (Bintulu) susah untuk mencari CD audio original, kalau adapun yang original, faktor harga tidak pernah berubah sejak hampir 10 tahun aku bermastautin di sini. Tapi kalau premis menjual VCD karaoke dan CD\DVD versi Jack Sparrow memang berlambak
  2. RMC banyak CD audio artis tempatan, versi lama atau cetakan semula, kena rajin belek katalog, kemudian tanya tauke melalui Facebook Messenger atau Whatsapp.
  3. Berkait dengan faktor 1) dan 2) tadi, tak perlu bersusah payah memburu CD (macam kes The Book Of Souls), cuma rileks belek katalog RMC di Facebook, bagitau tauke, transfer duit, tunggu 2-3 hari sampai. Harga pun biasanya hanya sen-sen mahal daripada harga runcit (contoh kalau harga runcit RM16.90 RMC akan genapkan RM17).

Seperti biasa 2-3 CD per batch. Batch kali ni ada dua album bernilai nostalgik, manakala satu album jenis "shot in the dark", maknanya tak pernah dengar sebelum ini, hanya TERacun dengan entri geng bloggers. Entri berasingan akan menyusul minggu depan.

_____
Ada apa: Teringat dB Music dan Aunty Alice.

XPDC - Kita Peng-Yu


Ok, aku layan XPDC pun kira sama macam Search, tak setegar mana hanya suam-suam kuku. Setakat ini material mereka yang aku ada hanyalah MdLey Rugged (terima kasih Portdy), VCD karaoke dan beberapa mp3. Sebelum Kita Peng-Yu, aku hanya mengenali XPDC melalui lagu CINTA dan CT Cinta Kenangan Silam.


Walaupun album ni keluaran 1994, tapi aku hanya terlayan album ni bersama album Brutal apabila menjejakkan kaki di USM sekitar 1997-1998. Ketika mana mereka-mereka di sekeliling aku meminati XPDC, dari rakan bilik sebelah (yang kemudiannya jadi rakan serumah sewa) sehinggalah pakcik supervisor tempat aku bekerja sambilan di Sungai Dua (Penang).


Ketika itu muzik harian aku hanyalah Nirvana, Foo Fighters, Manowar dan... Metallica, sedikit-sebanyak membuatkan aku senang hadam lagu XPDC yang berat-berat.

Seperti biasa, apabila mendengar lagu-lagu dalam album ni - terutama lagu ballad seperti Nafisa, Hijau Bumi Tuhan dan Titian Perjalanan - sudah pasti akan teringat kenangan di USM secara otomatik (nilai-nilai nostalgik).


Memang "layan" la video clip ni...

Manakala instrumental Sentuhan XPDC pula mengingatkan aku kepada rancangan Rock Selamba di Radio Muzik suatu ketika dahulu, kerana lagu ni selalu menjadi muzik runut (background music) rancangan tersebut.

Sejajar dengan musim rilisan semula, kini CD album-album XPDC antara yang paling banyak dalam katalog Radin Music Centre. Mungkin akan cuba mendapatkan album Brutal pada batch yang akan datang.

Nak nasi tambah? Boleh baca ulasan Berteromber.

_____
Ada apa: Btw, apa itu "Peng-Yu"?

Batch Keempat


Sedar tak sedar dah empat kali aku beli CD daripada Radin Music Centre (Batu Pahat) secara atas talian melalui perantaraan Facebook. Batch keempat diterima semalam berisi tiga CD audio album tempatan (versi isu semula).


Ketiga-tiga album ni dibeli atas nilai nostalgik. Nanti ada masa aku buat entri satu persatu...

_____
Ada apa: Apa khabarmu di sana?

XPDC - MdLey Rugged


Seperti album Ella USA, album kompilasi XPDC MdLey Rugged (tak tau kenapa medley dieja sedemikian) ini juga diperolehi hasil bantuan saudara Portdy setelah membaca komen aku dalam entri Kita Peng-Yu blog Berteromber.

Inverno Mahkota Perit Parade?
(P)(C) 2005 XPDC Production, Hup Hup Sdn. Bhd. (Life Records) Malaysia. Tapi masih dengan standard CD Malaysia dengan inlay sekeping lipat dua yang kurang memuaskan hati.

Aku bukanlah peminat tegar XPDC (seriously, sehingga kini aku cuma ada album medley ni), tapi disebabkan lagu-lagu XPDC selalu berkumandang semasa aku menuntut di USM dulu (ramai rakan-rakan USM aku suka XPDC, pengaruh Majalah Ujang kot?).

Apabila mendengarnya kembali, secara tidak langsung pasti akan mengembalikan nostalgia era tersebut. Lebih-lebih lagu balada seperti Hentian Ini, Titian Perjalanan, Aku Masih Di Sini, Nafisa dan Teman.


Album ini merupakan album Melayu pertama yang aku dengar sebagai peneman pemanduan jarak jauh ketika mula-mula memiliki kereta dahulu (2006) selain album-album artis barat dan Jepun (anime). Ketika itu, aku hanya memiliki versi CD-R yang disalin (CD-copy) daripada CD original rakan sekerja peminat XPDC.

Walaupun dinyanyikan sepenuhnya oleh Ali, tapi beliau dapat menyanyikan lagu-lagu yang pada asalnya untuk julat vokal Mael dengan begitu baik (mungkin ada perubahan key @ transpose kot). Muzik? Memang berat, memang metal, memang chuggah-chuggah! Seperti yang dikatakan (apa nak dikata?) oleh rakan-rakan peminat XPDC - metal di Malaysia menjadi mainstream disebabkan XPDC.

Pada rakan-rakan peminat tegar XPDC, jika anda ada album ni, aku tunggu ulasan anda...

_____
Ada apa: Credits to Bapak Nemut-Nemut.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (63) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (73) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (33) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (115) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger