Danzig - Danzig III: How The Gods Kill
oleh Ijau D. Koceng 06 June 2013 pada 9:00 AM 5 komen:Sejak beberapa tahun lepas aku ingin memiliki album Danzig ni tapi was-was berkebarangkalian ia akan ditahan sekiranya diperiksa oleh KDN. Merujuk kepada tajuk album, tajuk-tajuk lagu dan lirik-lirik di dalamnya yang agak "puitis". Tapi kali ni aku agak "gamble", kalau ditahan KDN pun aku tak kisah sebab harganya tak sampai RM20.
Versi yang aku perolehi ni merupakan cetakan pertama (1st pressing) (P)+(C) 1992 Def American Recordings, dan bukannya versi cetakan semula (reissued) 1998. Oleh itu fizikalnya nampak agak bermusim (seasoned) walau bagaimanapun inlay dan CD masih dalam keadaan memuaskan.
Info lebih lanjut mengenai album ni boleh layari Wikipedia ataupun baca entri blog Berteromber dan Takilala. Album ni merupakan antara album terawal yang memperkenalkan aku kepada muzik kegelapan, dilayan ketika era pasca-SPM dan pra-USM iaitu sekitar 1996-1997 (bersama-sama album Load), yang juga merupakan era kemurungan peribadi yang terlampau.
Walaupun aku bukanlah peminat Danzig mahupun Misfits, tapi suara Glenn Danzig memang mantap dan mempunyai julat vokal yang luas, contoh yang jelas dalam lagu Anything dan Sistinas. Disebabkan hampir semua lagu dalam album ni memang best dan atas faktor nostalgia, ia layak dikategorikan sebagai super album dalam koleksi AADI.
_____
Ada apa: Solo gitar dalam lagu Anything memang epik!
F3AR Mode
oleh Ijau D. Koceng 12 January 2012 pada 10:00 PM 4 komen:Tak lama dahulu Gamer Sayur ada buat ulasan ringkas pasal game FEAR 3 ni (aka F3AR). Aku pun baru mula berjinak-jinak main game ni lepas habis main game Price Of Persia: The Forgotten Sands minggu lepas.
Siri-siri FEAR sebelum ni aku cuma sempat main FEAR sahaja, stand-alone expansions Extraction Point dan Perseus Mandate serta FEAR 2: Project Origin dan FEAR 2: Reborn semua tu aku tak sempat main.

Imej Wikipedia.
Walaupun game ni agak baru (released 21/7/2011), tapi ia mempunyai beberapa kelebihan berbanding game FPS yang lain, antaranya:
- Masa loading yang sekejap.
- Tidak memerlukan graphic card yang canggih dan terkini (thanks to that heavily modified Despair Engine).
Aku masih menggunakan Gigabyte GV-N95TOC-512I (nVidia GeForce 9500 GT chipset) yang dah agak "ketinggalan zaman" untuk hardcore gamers, tapi tanpa perlu mengurangkan kualiti grafik aku masih lagi dapat memainkan game ni dengan lancar.
Imej Wikia.
Gameplay agak superb (minus the paranormal activities, aku dah tak takut dengan Alma), kadang-kadang senjata yang hebat bukanlah senjata yang sesuai - dengan hanya menggunakan riot-gear shield melee attack (kes kehabisan peluru), aku boleh kalahkan dua ekor orang phase commander.
Imej Wikia.
Kalau game jenis FPS aku lebih suka guna taktik kamikaze berbanding camping (sometimes it's proven to be "the only way" to overcome certain situation). Btw, aku main guna "fearless mode" difficulty, kadang-kadang sakit hati juga bila dikepung oleh scavengers terutamanya satu area di lapangan terbang Fairport dalam Interval 07, dah macam game Doom 3 pula rasanya.
This is madness!
[Edited @ 14/1/2012 2.00 am] Baru saja lepas menghabiskan game F3AR ni (fearless mode), aku agak terkejut dengan lagu yang mengiringi rolling credits, tak lain tak bukan lagu Danzig - Mother.
Hahaha... Memang sesuai la lagu Mother ni dengan ending F3AR, disebabkan Alma memang ibu kepada Point Man dan Fettel.
_____
Ada apa: Credits to Gamer Sayur.
Odometer AADI
Entri AADI Paling Popular Bulan Ini
-
Bungkusan eBay dari estock_deutschland yang diterima serentak dengan bungkusan manik-manik kraf minggu lepas, berisi album kelima HammerFal...
-
Hari ini katanya ulang tahun ke-20 album studio ke-14 Iron Maiden A Matter Of Life And Death . Antara album Iron Maiden yang aku ada dua ver...
-
Tarikh dah cantik, tempat pun masih cantik walaupun dah tukar lokasi dari Wisma Melayu ke Waterfront Esplanade. Tapi atas sebab isu jerebu...
-
Lima tahun memang terasa "wasted years" gara-gara penangan pandemik dan fasa pemulihannya (ayat cilok ). Begitu juga dengan album ...
-
Jadi, ada apa dengan headstock Jackson ni? Credits to Dead Eye Guitars . _____ Ada apa: ETA Monday next week...
Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?
-IDK-





