Wordless Wednesday: The Shadow Theory



Source.
_____
AADI: Released date 06/04/2018?

Balanced Standard Mirage


Kali terakhir Mirage dipasang tali baru ialah bulan Ogos tahun lepas menggunakan D'Addario EXL140 bersaiz 10-52. Walaupun masih belum menunjukkan sebarang tanda-tanda karat setelah hampir setengah tahun, namun ia terpaksa *dikorbankan untuk memberi laluan set tali baru untuk talaan standard (EADGBE).

Seperti biasa, dipasang songsang.
Sebelum ini kesemua gitar aku yang memiliki floating bridge ala Floyd Rose (Mirage, Neon, Calypso) adalah dalam talaan Eb-standard. Sekarang perlu ada sebuah gitar berFR dalam talaan standard untuk projek muzik komuniti (seperti rock mob). Kerana karekteristiknya, Mirage merupakan calon yang sesuai.

Dipasangkan dengan set D'Addario EXL120BT (balanced tension) bersaiz 9-40 yang sudahpun terperap hampir dua tahun dalam simpanan. D'Addario tidak pernah menghampakan setakat ini, tiada karat dikesan walaupun sudah disimpan lama. Cuma agak janggal kerana jari-jari sudah biasa dengan saiz 10-46/52.

_____
AADI: *Tidak dibuang, mungkin boleh dikitar-pasang semula.

King Diamond - The Puppet Master (10th Anniversary Re-Issued)


Pancingan daripada Rock At Large bersama-sama Haven pertengahan bulan Disember lepas. Bukan Master Of Puppets tapi The Puppet Master, album studio ke-11 King Diamond. Ini merupakan versi isu semula bersempena ulang tahunnya yang ke-10 (2013).


Seperti album-album KD yang lain, ini merupakan album konsep yang bercerita mengenai tok dalang boneka yang membuat boneka daripada mayat manusia, kemudian bla bla bla... Perlukah aku cerita? Hahaha~ Entah tiba-tiba aku teringat kepada Chiyo, Sasori dan Kankuro dari Tsunagakure.


Selepas House Of God, aku seperti tidak terpeduli lagi untuk mengikuti perkembangan KD, membuatkan aku terlepas beberapa album hebat - Abigail II, album ini dan Give Me Your Soul... Please.


Versi ini juga didatangkan dengan DVD bonus yang memiliki video KD menceritakan sendiri peristiwa jalan cerita dalam album ini. KD sememangnya seorang tukang karut yang ohsem. Tapi sayang, aku hanya sempat menonton DVD tersebut hanya 10-12 minit pertama. Versi YouTube disertakan di bawah.



Mendengarkan semula lagu-lagu dalam album ini aku perasan ada satu vokal yang bukan dalam julat vokal KD. Bila dibelek inlay dan rujuk Pak Wiki, rupa-rupanya ada vokal artis wanita jemputan Livia Zita.

Ada beberapa riff, lenggok muzik serta solo mengingatkan aku pada album House Of God. Secara tidak langsung beberapa deja vu yang meremangkan bulu roma mula kembali.

Cover art - slipcase vs original inlay.
Aku pernah memiliki album ini versi CDR hitam yang diperolehi daripada Aunty Campbell sekitar April 2005. Ironinya, selepas dibeli, rasanya aku hanya pernah memasangnya 2-3 kali sebelum disimpan, "hilang" dan hanya dijumpai semula beberapa bulan lepas.

Versi Campbell dan versi RAL.
Versi Campbell ini mungkin akan disimpan dalam Imago, untuk CD belasahan semasa pemanduan. Versi RAL sudahpun disalin dalam bentuk MP3 untuk halwa telinga semasa bertugas didengar menggunakan Walkman.

_____
AADI: Kembali mengumpul diskografi KD secara perlahan-lahan.

Former Magnetar


Ya, belum sampai sebulan, sudahpun membeli pikap DiMarzio lagi. Walaupun dalam entri pertama, aku cuba untuk tidak terGAS atau membeli pikap gitar untuk tahun ini, hahaha... Faktor diskaun +30% jualan akhir tahun (YES) yang masih sah daripada Gapnap merupakan racun utama.


Kali ini model Satchur8 (DP273F) menjadi pilihan, signature terbaru Joe Satriani yang sebelum ini dikenali sebagai Magnetar. Tapi atas sebab-sebab pertikaian nama, ia ditukar kepada Satchur8, bersempena signature Satriani (Satch) dan magnet alnico 8 yang digunakan. Untuk ulasan lebih lanjut mengenai model Satchur8 ini, boleh singgah blog Darth Phineas.

Aku bukanlah peminat Satriani, walaupun sebenarnya ada atau pernah memiliki barangan signature beliau (Satchurator, Time Machine, strap, picks). Satu daripada kelebihan pikap DiMarzio berbanding jenama yang satu lagi tu, walaupun ia pikap signature artis tertentu (Satriani, Vai, Petrucci, Bowen, etc), tetapi harganya masih dalam lingkungan harga pikap model-model biasa.


D'Addario EXL117 (11-56) pula sebagai pembelian sampingan, malangnya ia bocor akibat terkena bucu tajam kotak DiMarzio semasa dalam pengeposan. Tapi tak mengapa (parap-parap) akan ditampal semula dengan sellotape.

Belum buat keputusan gitar mana satu bakal menjadi perumah. Pikap ini katanya lebih afdal dipasang pada gitar superstrat, floating/locking bridge, 24-fret. Mungkin akan disimpan dalam stok sehingga ada gitar perumah sesuai. Atau menjadi pelaburan, waktu gawat boleh dijual semula dengan harga runcit, kah kah kah!~

_____
AADI: Menunggu pikap signature Nita Strauss.

Oh JIVA Nita


Akhirnya...

IT’S REAL!!!!!!!! ✨😭 You are officially. Looking at. The first ever female Ibanez signature artist. After years of dreaming, hoping and working, followed by months of planning and preparation... I am honored and proud to introduce my signature guitar, the Ibanez JIVA. 🎶 This beauty will be sold worldwide and comes equipped exactly how I play it live, including brand new signature DiMarzio pickups meticulously designed by yours truly. 🎶 When I had my first meeting with Ibanez in September of 2008, they asked me why they should add me to the artist roster. My (typically emotional) answer was... “All my heroes are Ibanez players 😭 It’s a dream come true for me to just come and meet you guys. If you don’t want to give me an endorsement, I’ll still play my Ibanez guitars proudly, but it would be a huge honor to join the family and represent the company officially.” They took a chance on a basically unknown girl from LA (I was actually the only girl on the USA roster at that time) and coming up on my 10th amazing year as an Ibanez artist, words cannot express how honored and thrilled I am to now join the ranks of my greatest heroes as a signature artist. 🎶 I am so grateful to Mike Orrigo, Shogo Wada, Moti Kishiuchi, Tyler Busque and all at Ibanez Guitars, to Rob Nishida and Mike Taft for your support at the beginning and especially to Josh for making this dream a reality!! 😭 For the guitar players- specs are coming in the next post 😏 Photo: @robertdownsphotography
A post shared by Nita Strauss (@hurricanenita) on

Seperti yang pernah aku jangkakan beberapa tahun lepas, selepas Nita menyertai Alice Cooper. Tahun ini tak sangka pula dapat dua-dua signature sekaligus, Ibanez JIVA dan pikap DiMarzio Nita Strauss signature (belum tahu nama model).


[Added @ 3.00 pm] Menurut Nita ia merupakan JIVA10, biasanya kalau signature 10-series adalah Premium range (Indonesian), signature DiMarzio yang digunakan pula adalah berasaskan Evolution dan D-Activator, ok selamat.

Jilake, dah melangkau entri terjadual DiMarzio esok...

_____
AADI: Alasan nak guna S-series? Kah kah kah...

Ada Apa Dengan Nestle Bliss? (Part 6)


Nestle Bliss, edisi terhad bersempena CNY. Sebenarnya perisa ini sudahpun ada dalam pasaran sejak awal Januari. Berperisa epal, laici dan tembikai, berlabel warna merah sinonim dengan tema CNY.


Rasa? Ternyata rasa (dan bau) laici lebih aromatik dan menyerlah, menenggelamkan rasa tembikai dan epal. Kenapa tiga-tiga buah ini digabungkan? Mungkin sebab ketiga-tiganya berwarna merah. Tapi kalau ikutkan, perisa kurma gula Melaka masih perisa kegemaran.

_____
AADI: Kononnya stok untuk entri CNY, tapi lambat lagi.

Wordless Wednesday: End Of The Road





_____
AADI: Cerita lama, filler entry...

Selamat Tinggal Pod HD300


Baru sahaja beberapa hari lepas merancang menggunakannya bersama-sama bass untuk sessi rehearsal Rock & Mob akan datang. Hari berikutnya dikeluarkan untuk praktis, ia menunjukkan tanda-tanda bermasalah. Kali terakhir aku menggunakannya ialah bulan Ogos lepas, selepas itu ia disimpan dalam gigbag FG5.

Bunyi cemerlang dengan EMG.
Line 6 Pod HD300 ini sudah berusia lima tahun dalam axology aku, diperolehi semasa YES 2012 CK Music, ketika zaman masih berurusan dengan Bro Amizan. Namun daripada rekod yang ada pada casisnya, ia merupakan keluaran Mei 2010.

Pasca-Doomsday, sessi jamming pertamanya.
Masalahnya pada input, hanya sedikit input dapat dikesan oleh sistem. Dicuba beberapa kali dengan kabel berlainan, gitar berelektronik pasif dan aktif, kesemuanya memberikan respon yang sama, sehinggakan mode tuner pun susah untuk mendapatkan signal daripada gitar. Aku juga sudah cuba factory reset, namun masalahnya masih juga sama.


Cuba untuk menjenguk *isi perutnya, kalau-kalau ada kapasitor yang pecah, biasa terjadi pada kapasitor jenis elektrolitik yang berusia lebih lima tahun (pengalaman servis PC dulu-dulu). Dalamannya memiliki beberapa modul, modul utama adalah untuk input output (I/O), modul kedua untuk tombol dan LCD, modul kecil-kecilan untuk suis kaki, tap tempo dan expression pedal.


Tiada sebarang kerosakan fizikal mahupun karat dikesan pada komponen elektroniknya. Aku cukup cermat menjaganya, semasa disimpan dalam gigbag FG5, sebungkus silica gel dibekalkan untuk mengawal kelembapan. Mungkin jangka hayatnya sudah tiba di penghujung, dapat bertahan 7-8 tahun sudah kira mantap untuk sesebuah alatan elektronik moden.

Bernadi cip Analog Device ADSP-21369.
Cuma agak terkilan kerana tidak sempat menggunakannya semaksimum yang boleh. Disebabkan faktor saiz dan beratnya, sedikit sebanyak menyebabkan ia jarang dibawa untuk jamming atau gig. Untuk gig rasanya hanya pernah dibawa semasa Jepak Mini Gig bulan Mei 2016, selebihnya semasa sessi jamming era 36 Studio.

Jepak May-hem.
Belum ada niat (atau GAS) untuk menggantikannya. Untuk khemah multi-fx, aku akan gunakan apa yang masih ada dalam axology - Digitech RP360 dan Zoom MS-50G. Selebihnya, guna stompbox sahaja.


Atau kalau aku rajin, mungkin akan mencuba nasib membawanya ke premis membaiki peralatan elektronik. Teknologinya tak jauh beza dengan teknologi TV LED atau pemain DVD. Harapnya cuma rosak area input dan bukannya cip utama tadi, kerana fungsi dan komponen lainnya masih utuh.

Tapi buat masa ini, selamat tinggal Pod HD300.

_____
AADI: *Untuk santapan Yustech GT.

Pemuzika Rock & Mob


Sabtu (20/01/2018) - Setelah cemburu dengan Perlis Rock Mob, beberapa orang ahli Kelab Pencinta Muzik dan Kesenian Bintulu (Pemuzika) mencadangkan agar komuniti rock Bintulu juga tidak ketinggalan untuk menganjurkan aktiviti sedemikian. Hasilnya acara Rock & Mob akan dijalankan pada bulan Mac nanti di Paragon Bintulu (tempat dan masa mungkin berubah).

Hampir semua gitaris guna multi-fx, dan scooped...
Ini merupakan sessi rehearsal pertama iaitu jamming secara beramai-ramai untuk mencari keserasian bertempat di perkarangan Warung Deli. Disertai rata-ratanya oleh ahli-ahli band rock sekitar Bintulu; BRRU, Pro-X, Natas, Mother Earth, Nawaitu, NV Unity dan MUP.

Untuk sessi kali ini, MUP hanya diwakili oleh Bob Kandar. Adi Herman dan Azrol awal-awal lagi mengambil keputusan untuk tidak ikut serta. Aku? Aku kali ini datang hanya sebagai penonton, walaupun sebenarnya ada Johnny dan Micro Cube GX dalam kereta. Tapi sebab aku datang lambat (sekitar 4.15 petang) dan faktor *lagu, agak segan untuk deploy dan ikut serta.

Hanya Azri strat merah yang guna stompbox.
Oh ya, tema Rock & Mob Bintulu ialah Tribute To Search, *maka lagu yang dipilih sudah pasti lagu-lagu Search. Pada perancangan awalnya lagu Purnama, Di Pintu Sepi dan Derap Komando dipilih. Serius, aku tak familiar dengan lagu-lagu ini.

Aku rasa kalau nak tribute, lebih afdal kalau pilih lagu Search yang lebih mainstream, senang dimainkan dan bernada rendah, bukan semua orang boleh tarik vokal ala Amy. Tapi siapalah aku untuk mempertikaikan keputusan, lagipun aku bukanlah ahli Pemuzika.

Zon vokalis, santai tepi sungai.
Atas desakan beberapa pihak, setlist diubah lagi, masih lagi Search. Derap Komando bertahan, ditambah dengan lagu Meniti Titian Usang dan sebuah lagu Iban Biar Bekikis Bulu Betis.

Hairan juga kerana lagu Iban berirama rumah panjai dipilih sedangkan temanya Rock & Mob, memang ada lagu-lagu rock (dan metal) Iban yang lebih sesuai contohnya lagu-lagu Majestica, nah! Tapi sekali lagi, siapalah aku untuk mempertikaikan keputusan, lagipun aku bukanlah ahli Pemuzika.

Seronok tengok drummer synchronised.
Selepas habis sessi, ramai yang bertanya kepadaku termasuk pengerusi Pemuzika kenapa tak turut serta? Projek ini katanya bukan hanya untuk ahli-ahli Pemuzika, tetapi terbuka kepada semua ahli muzik Bintulu tak kira profesional, amatur, budak, dewasa, lelaki, wanita, beginner, master. Yelah kot, nak ikut format Rockin' 1000.

Drummer keempat guna drum digital.
Jika aku ingin turut serta sessi akan akan datang, maka aku perlu praktis lagu-lagu tersebut, atau opsyen kedua tak payah ikut serta seperti Adi dan Azrol. Ok, Meniti Titian Usang aku pernah main suatu ketika dahulu. Biar Bekikis Bulu Betis pun aku selalu dengar, chords agak ringkas, mungkin tiada masalah praktis. Cuma lagu Derap Komando sajalah yang perlu didengar berkali-kali.


Sessi kali ini ada 6+1 gitaris (Azroy balik awal, tali gitar putus), 3 bassist dan 4 drummer. Untuk sessi akan datang, jika aku turut serta, mungkin aku akan bermain bass. Dan untuk kelainan, aku akan menggunakan Pod HD300 untuk efek ambient. Kita tunggu lagi dua minggu akan datang...

_____
AADI: Katanya bulan Mac nanti adalah peringkat Sarawak terus, fuu~

Rust In Mustaine


Nampaknya stok tali gitar GHS Progressive Dave Mustaine signature PRDM dalam simpanan mula menunjukkan tompok-tompok karat kecil selepas disimpan 4-5 bulan. Bungkusan PRDM ini jenis klasik (open envelope), ketika ia diterima, semuanya sempat dijenguk dan sihat walafiat berkilat tanpa karat.


Nampaknya aku kena siasat punca dan mungkin akan merombak semula kaedah penyimpanan stok tali gitar. Masih ada empat unit PRDM dalam simpanan daripada lima (seunit dibeli Azrol), kesemuanya dirawat secepat mungkin sebelum karatnya menular.


Untuk wound strings hanya berkarat sedikit pada area yang tidak berlilit (seperti gambar pertama di atas), hanya perlu potong bahagian tersebut supaya tidak bersentuhan dan "menjangkiti" area lain.

Lem-Oil bath.
Tompokan kecil karat pada plain strings pula dikikis dengan kertas pasir gred paling halus, dilap dan kemudiannya direndam dalam cecair berasaskan minyak. Dalam kes aku, minyak lemon Kyser Lem-Oil digunakan.

Dua set dipasang pada Neon (01/01/2018) dan Goldie (07/01/2018), selebihnya dibiarkan terendam dalam cecair Lem-Oil sehingga diperlukan.


Dalam kesempatan yang ada, fretboard Neon dirawat dengan Ultimate Lemon Oil untuk menyerlahkan kembali keghairahan warna gelap berkilat kayu rosewood. ULO ni lebih pekat dan lambat kering berbanding Lem-Oil.


Perlu berbangga dengan gitar-gitar fretboard daripada kayu rosewood, kerana pindaan dalam senarai CITES, kebanyakan gitar-gitar baru tidak lagi menggunakan kayu rosewood.

Span sebagai peredam bunyi feedback spring.
Kaedah paling senang dan cepat untuk menyeimbangkan perubahan kekenyalan akibat perubahan saiz tali daripada 9-42 kepada 10-52 pada talaan yang sama (Eb-standard), ialah dengan memasang spring tambahan pada sistem tremolo. Pada asalnya tiga spring, sekarang dah empat. Oh ya, span digunakan sebagai peredam bunyi feedback yang dihasilkan oleh spring.


Pada Goldie tiada masalah, hanya perlu pasang, regang-regangkan sikit, tala dan terus boleh digunakan. Ditala pada talaan drop-C# atau Eb-standard jika perlu.

Walaupun saiz 10-52 merupakan saiz kegemaran setakat ini, tapi ia bukanlah sesuai untuk kesemua gitar yang aku ada. Untuk rujukan peribadi, gitar-gitar bertremolo jenis Floyd Rose dan berskala 25.5" seperti Neon, Mirage dan Calypso lebih optimum menggunakan saiz 10-46 pada talaan Eb-standard. Saiz 10-52 mungkin sesuai untuk talaan D-standard pada gitar-gitar tersebut. Tapi demi menghabiskan stok PRDM yang ada, terpaksalah bertabah.

_____
AADI: PRDM bukan PDRM.

Iron Maiden - The Book Of Souls: Live Chapter


Yang hampir-hampir hype hujung tahun lepas, tapi entah kenapa (aku rasa) ia tidak semeriah rilisan album live Maiden England '88, En Vivo! mahupun Flight 666. Mungkin hangatnya sudah hilang kerana semua orang dapat menontonnya melalui YouTube dan tidak lagi eksklusif kepada mereka yang membeli versi fizikal, dan tidak dirilis (setakat ini) dalam format DVD/Blu-Ray.

Simple cover art, I like.
Tapi buatlah apa rilisan sekalipun, peminat Iron Maiden tetap akan beli, itu yang pasti. Disebabkan perenggan pertama tadi, aku hanya memilih audio CD versi biasa (melalui Rock At Large) dan bukannya versi deluxe yang berharga mungkin 2-3 kali ganda. Kalau album studio baru seperti The Book Of Souls lain cerita, aku sanggup beli dua versi, biasa dan deluxe.


Dan sehingga entri ini ditaip, aku belum lagi memasang dan mendengar lagu-lagu dalam album ini. Dibuka pun untuk tangkap gambar dan modal buat entri blog. Kah kah kah... Biasalah kalau album live Iron Maiden, what did you expect?

Lagipun hampir kesemua lagu-lagu dalam album live ini aku dah tengok di YouTube. Paling menarik, 3-amigos pandai buat silap mata semasa atas pentas, gitar mereka boleh "bertukar-tukar" warna dan model (kalau faham, bagus). Kali ini lebih kerap berbanding semasa dalam En Vivo! yang aku hanya terperasan sekali dua. Adakah ia disengajakan? Atau editor main tangkap muat saja?

Icon versi Mayan untuk setiap lagu, kalau perasan.
Formatnya sama seperti Flight 666, setiap lagu dirakam di negara/bandar yang berbeza semasa konsert jelajah dunia TBOS 2016-2017. Cuma agak terkilan kerana mereka langsung tidak singgah rantau nusantara untuk jelajah kali ini. Tak singgah KL aku tak kisah, tapi Singapore? Jakarta? Bali? Janji-janji "akan kembali lagi" semasa Iron Maiden Singapore 2011 hanya tinggal janji. Tak apalah, mungkin masalah pengurusan, penganjur atau promoter rantau sini agaknya.

Harapnya album ini akan dirilis dalam versi *DVD, lagi seronok tonton album live berbanding mendengarnya sahaja. Dan dokumentari ala "the making of" yang biasanya akan ada dalam setiap rilisan DVD mereka. Untuk ulasan panjang lebar, silalah singgah blog Deaf-Angel dan Rafi Xyrus.

_____
AADI: *Atau sudahpun dirilis? Mungkin aku yang tertinggal Ed Force One kapal.

Prime Domestic - Prima Domestika


Bagi mereka yang tidak menyedari kewujudan Prima Domestika pasti akan menyangka ia album terbaru Wings, sebab lenggok dan beratnya seakan album Menakluk Kosmos. Adakah disebabkan kebanyakkan lagu pada asalnya (pendapat aku) mungkin dicipta untuk gaya muzik Wings? Atau mungkin faktor vokal Aweera yang dibayangi gaya vokal Awie untuk lagu-lagu balad?


Tidak dinafikan vokal Aweera memang mantap, tapi selepas ini dia perlu mencari identiti vokal untuk PD dan perlu lari daripada hype Awie-copycat. Aku rasa gaya vokal raspy Mojo seperti dalam lagu Lu Baca Sendiri dan Malam Berasap patut kekal menjadi identiti Aweera dan PD.


Gabungan dua gitar hero Jo Branko dan Hillary Ang sudah cukup untuk memberi jaminan bahawa album ini pasti berbaloi. Kerja gitar kedua-dua mereka terasa selesa dan tiada rivalry dikesan, tiada riff atau solo yang berkata "aku lebih hebat". Sebaliknya kita disajikan dengan dual (bukan duel) leads dan twin-guitar harmonies yang ketara sepanjang album.

Aku tak familiar dengan kerja Ainoll dan Fauzi, tapi aku pasti dengan résumé mereka sebelum ini, sudah cukup untuk melabelkan PD ini sebagai sebuah supergroup, bab ini aku setuju dengan Berteromber. Aku amat senang untuk menghadam lagu-lagu dalam album ini yang agak progresif dan metal.


Dan aku pasti, orang yang menaip inlay album ini adalah orang yang sama menaip inlay album Menakluk Kosmos, ketara pada ejaan AKOUSTIC-nya.

Ilusi Intonasi mengingatkan aku kepada lenggok lagu (instrumental) Peace Of Mind dalam album House Of God King Diamond dan Windowpane Opeth. Ia lebih sesuai jika dijadikan lagu penutup album berbanding interlude. Tapi di mana aku pernah dengar lagu ni? Rasanya mungkin dalam album Rockestra kot?

Selain Berteromber, juga boleh singgah blog KDHR Deaf-Angel untuk ulasan lebih.

_____
AADI: #noregretnosurrender

Wordless Wednesday: Inverno Fishing (Part 4)




_____
AADI: 2 for RM60.

Batch Ke-15


Tidak ketinggalan seperti trend rakan-rakan blogger lain untuk memiliki album sulung super group Prime Domestic iaitu Prima Domestika. Sebagai peminat Joe Wings Jo Branko, sudah pasti aku lebih teruja untuk memiliki album ini berbanding Katharsis, walaupun tak pernah pra-dengar apa-apa lagu PD sebelum ini.


Diperolehi daripada Radin Music Centre, Batu Pahat bersama-sama album Medicine self-titled sebagai peneman. Pada mulanya ingin mendapatkan album Titian, tapi hampir kesemua lagu-lagu dalam album Titian sudah ada dalam kompilasi Memori Hits.

Seperti biasa, setiap satunya akan dibuat entri berasingan kelak.

_____
AADI: No more Zombie...

Undecim Blogging Blues


Entri bersempena ulang tahun ke-11 aku ber-Blogger (formerly Blogspot) bulan ini.

Pernah ditanya macam mana aku konsisten dengan blog 10+ tahun lebih, macam mana dapat idea dan motivasi untuk terus berblog hampir setiap hari ada entri. Ok, ini cuma kaedah peribadi aku, blogger lain mungkin dengan kaedah mereka.

Imej cilok.
1) Golongan sasar - AADI adalah blog untuk mereka yang sehobi dengan aku - pengumpul CD, mat metal, gamers, peminat dan pemain gitar, pengkritik makanan, peminat manga/anime dan kadang-kadang kaki wayang. Jadi ada sesetengah istilah, sejarah atau cerita asal tak perlu dijelaskan lagi dan anggap golongan sasar ini sudahpun mengetahuinya.

Pancingan Radin Music.
2) Motivasi - Bak kata Deaf-Angel, blog ni sebenarnya medium untuk kita meluahkan perasaan dan riak berbangga dengan pencapaian dan apa yang kita ada (sort of). Itulah motivasi utama untuk berblog, selain rivalry dengan blogger lain (kau ada, akupun ada gitu, hahaha~).

Dan bergantung kepada tema blog dan golongan sasar, amat mudah untuk menapis mana yang perlu diceritakan dan mana yang tak perlu. Sebab itu ada beberapa entri lama aku sudah digugurkan kerana kandungannya sudah tidak sesuai dengan AADI sekarang.

Pancingan Rock At Large.
3) Masa - Faktor yang selalu menjadi penghalang, lebih-lebih lagi kalau sudah berkeluarga dan dengan ledakan laman sosial yang lebih trendy. Perlu tetapkan (atau curi-curi) masa untuk berblog, dan kalau ada masa lebih/terluang boleh usahakan poin ke- 5) dan 7) yang akan diceritakan di bawah.

4) Entri pendek - Biasanya satu entri AADI tak panjang, satu perenggan dalam 40-50 perkataan. Aku tak akan letak satu perenggan melebih 100+ perkataan. Setiap perenggan juga akan diselang-selikan dengan gambar supaya mata boleh "berehat" membaca sekejap. Serius, mata aku akan mula sakit/berair bila fokus lama pada satu-satu perenggan yang panjang.


Aku lebih suka jika entri aku dibaca santai seperti artikel majalah dan bukannya serius seperti cerpen/novel. Lagipun bukan semua golongan sasar orang adalah jenis akademik/sastera yang suka membaca. Mungkin ada yang jenis malas (macam aku) yang membaca secara imbasan.

Jika entri panjang berjela, jadikan ia dalam beberapa bahagian. Mungkin bahagian kedua boleh dijadikan entri esok, lusa atau minggu depan dan seterusnya. Juga boleh buat stail Star Wars, ada prekuel selain sekuel.

5) Banyak idea - Jika tiba-tiba ada banyak idea, tapi masa belum sesuai untuk dirilis sebagai entri, taiplah siap-siap atau buat dalam bentuk poin dan simpan dahulu sebagai deraf (draft). Ia mungkin boleh dirilis sebagai entri tatkala suatu masa nanti tiada idea untuk dibuatkan entri.


6) Ejaan dan bahasa - Mulai 2010, entri-entri aku biasanya akan ditaip dalam *Bahasa Melayu standard dengan ejaan dan tatabahasa sebaik mungkin, menyahut seruan Rais Yatim ketika itu. Aku bukanlah mahir dalam English, berbeza dengan Bahasa Melayu satu-satunya bahasa penghantar yang boleh dikatakan aku mahir.

*Aku ambil LKM400 tiga kali~ (imej cilok).
Kenapa? Teknologi Google Translate sekarang semakin bagus berbanding 5-10 tahun lepas, jika entri anda menggunakan Bahasa Melayu yang betul, Google Translate akan dapat menterjemahkannya ke dalam bahasa lain hampir 100% tepat. Kalau tak percaya, cuba "Translate to English" entri ini dan baca. Secara tidak langsung, pembaca yang tidak bertutur Bahasa Melayu juga akan dapat faham entri-entri AADI.

7) Entri penampan (buffer) - Entri-entri mini, sampingan atau pengisi (filler) tatkala belum ada idea untuk entri utama. Untuk AADI, entri makanana dan minuman biasanya menjadi entri "buffer" selain entri "Wordless Wednesday" untuk hari Rabu. Dengan adanya entri-entri sebegini, tajuk blog kita akan sentiasa berada di atas blog roll harian rakan-rakan blogger.

Makan Pocky?
8) Trend, tular, isu semasa - Antara pencetus idea utama, ikuti trend semasa rakan-rakan blogger lain selagi isu tersebut masih panas - gajet terbaru, CD rilisan semula, album terkini, ulasan konsert, dll. Contohnya; takkan baru sekarang nak buat entri ulasan konsert Megadeth KL kan? Agak seronok bila hampir semua geng-geng blogger berlumba-lumba buat entri yang sama.

Jangan salah masuk ye~
9) Sumber - Jika idea, ayat, frasa, gambar/imej atau apa-apa sekalipun yang diperolehi menerusi media sosial, blog, atau website orang lain, jangan lupa untuk menyatakan sumbernya. Lagi bagus jika disertakan dengan hyperlink. Ia bukanlah mandatori, tapi sebagai etika berblog dan sekurang-kurangnya cara kita berterima kasih.

10) Blog idola - [added @ 9.45 am] Cuba libatkan diri dalam blog idola anda, blog idola aku ialah The Guitar Addict dan Yustech GT untuk entri yang berkaitan gitar dan teknikal. Untuk blog CD dan metal, rakan-rakan blogger lain seperti Berteromber, Deaf-Angel, Rafi Xyrus, Mus Speedrider (to name a few) merupakan idola, kah kah kah... Kadang-kadang tercilok juga idea mereka.

Rasanya itu saja untuk kali ini, dah lama aku tak buat entri panjang, terasa hipokrit pula dengan poin ke 4) di atas. Kepada rakan-rakan blogger, anggap sahaja ini sebagai pembakar semangat dan rivalry camaraderie dalam kalangan kita. Tunggu bulan Mac nanti insya-Allah nak buat entri "bragging rights" bersempena sembilan tahun berhobi gitar, kah kah kah~

Blog on! \m/

_____
AADI: Wow, Hawaii hampir jadi tajuk Fallout baru.

Mini Hitam Kelam


Sambungan perolehan jualan akhir tahun (YES) 2017. Seperti tahun-tahun lepas, Pusat Muzik Reco boleh tolong simpankan (hold) barang kecil-kecilan YES untuk ditunda pembeliannya ke bulan Januari. Boleh dikira sebagai pembelian pertama tahun 2018.


Kali ini barangnya ialah sebuah pedal tuner Korg Pitchblack Mini (tuner lagi, Korg lagi), daripada namanya ia merupakan tuner dalam format pedal mini. Calon lain untuk kategori ini ialah Pitchblack Advance (beza ~RM10), tapi PB-Mini dipilih atas faktor saiz.


Walaupun dalam format pedal mini, tapi PB-Mini ini boleh dikuasakan dengan dua biji bateri CR2032 selain opsyen 9V adapter. Juga memiliki penstabil supaya tidak tergolek atau tumbang apabila dipijak.


Tiga jenis DISPLAY modes (regular, strobe, half-strobe), dan CALIB untuk melaras pitch 440-449 Hz. Katanya true-bypass, jadi kalau tiba-tiba shit happens habis bateri semasa persembahan, signal chain tidak akan terganggu.

Tuner jenama Korg walau dalam apa saiz sekalipun memiliki respon yang cepat dan kejituan yang tinggi. Hampir kesemua tuner yang aku ada merupakan daripada jenama Korg (GA-1, Pitchclip, PitchHawk-G, dan Sledgehammer Pro) kecuali ada sebiji D'Addario NS Micro. Tuner jenis pedal ini memberikan respon yang lebih cepat berbanding jenis clip-on, dan pastinya ia akan bermastautin pada pedalboard utama.

_____
AADI: Setia dengan jenama Korg.

Duncanised Goldie


Dan setelah dikeluarkan daripada Neon minggu lepas, aku membuat keputusan untuk memasang set Seymour Duncan progressive metal Sentient/Pegasus ini pada Goldie, bukan pada Johnny mahupun Korina.


Terkial-kial hampir tiga jam menyiapkan projek ini, mujurlah tiada kesilapan dan pengulangan. Aku hampir putus asa ketika memateri wayar-wayar halus pada push-pull tone pot untuk opsyen series-parallel seperti konfigurasi asal Goldie. Selepas ini kalau elektroniknya bermasalah, memang aku tidak akan buat opsyen series-parallel lagi, guna tone pot biasa sahaja atau bypass terus tone.

Dua biji buah oren .047uF tajaan Yustech GT.
Pikap dengan output medium seperti Pegasus memberikan respon yang berbeza pada gitar berat, berdasarkan pengalaman menggunakannya pada Johnny tahun lepas, berbanding pada Neon yang ringan baru-baru ini. Sentient pula terasa lebih tebal (fat) seakan-akan PAF, berbanding nyaring (bright) semasa berada pada Neon. Nampaknya faktor tona kayu bukanlah mitos semata-mata.


Semasa menggunakan ProBucker sebelum ini, aku baru perasan yang TOM bridge pada Goldie (dan mungkin kesemua Les Paul Epiphone) memiliki spacing 52 mm, serasi dengan trembucker Seymour Duncan atau F-spaced DiMarzio. Pegasus yang dimiliki ini merupakan versi trembucker, jadi kesemua tali adalah sejajar dengan pikap.

Kembali bersemangat memainkan Goldie, sudah sekian lama ia terperap dalam hardcase, akan digunakan semasa sessi jamming akan datang.

_____
AADI: ProBucker mungkin akan di-GLTL-kan untuk modal pusingan.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger