_____
AADI: Baru meminimumkan bilik hobi.
Perampas Dana: Core i3 Rig
oleh Ijau D. Koceng 30 April 2021 pada 6:00 AM 3 komen:Untuk pertama kalinya sejak 1997, inilah sistem PC klon pertama aku yang dipasang oleh orang lain (dibeli sebagai set). Sebelum ini semua PC klon aku dipasang sendiri dan dinaiktaraf secara berperingkat ikut keperluan, bajet, dan game semasa.
![]() |
| Kemas juga pemasangannya. Hmm, mana SSD? |
Mahu tak mahu, aku perlu mendapatkan sebuah PC baharu menggantikan PC aku *sebelum ini yang sudah 10 tahun ketinggalan zaman, sudah tidak relevan untuk kegunaan online harian (browsing, Meet/Zoom, WFH). Offline mode tak ada masalah, masih cemerlang memainkan game Fallout: New Vegas pada setting maksimum.
Spesifikasi PC baharu ini tidaklah segah mana - Core i3-10100F, H410M H V2, 8GB DDR4, GT710-SL-2GD5-BRK, 240GB SSD - hanya cukup-cukup makan untuk gaming kasual. Tapi sistem ini lebih kepada kegunaan online berbanding gaming. Bukan apa, segan nak guna laptop keluarga (Dell Vostro, AMD A8) yang diguna oleh Mrs. Ijau (WFH) dan sekolah online Lil'Ijau.
![]() |
| Ya, masih ada FDD di sana |
*Spesifikasi PC aku sebelum ini - C2Q Q9550 LGA775, GA-EP41-UD3L, 3GB DDR2, GV-N440-2GI, 500GB HDD - adalah sistem yang dinaiktaraf secara berperingkat mengikut keperluan gaming sejak 2007. Dalam casing yang sama pernah menggunakan Athlon 64 X2, AN7S, E5700 dan beberapa graphic card seperti yang pernah diceritakan dalam entri ini.
Pernah tergerak hati untuk menaiktaraf PC di atas penghujung 2015 semata-mata ingin memainkan game Fallout 4, tetapi mengambil keputusan untuk melabur sebuah PS4 Slim dengan kos yang hampir sama.
![]() |
| Owh, SSD main sembunyi di belakang. |
Nampak sangat aku sudah banyak ketinggalan teknologi baharu dunia PC. Paling ketara ialah kepantasan teknologi solid state drive (SSD), boot-up Windows 10 tak sampai 10 saat berbanding 25-30 saat pada Dell Vostro yang masih menggunakan HDD. Itu baru interface SATA III, belum lagi M.2 NVMe.
Sebenarnya dana-dana hasil jualan Mr. Smith beberapa minggu lepas telahpun dirampas disalurkan untuk perolehan sistem ini. Selepas muhasabah diri, PC ini lebih penting (keperluan) berbanding sebuah GRGR131EX atau MG-30 (kemahuan).
_____
AADI: Mampukah ia memainkan The Outer Worlds?
IDK E-Waste
oleh Ijau D. Koceng 10 November 2020 pada 6:00 AM 0 commentsAntara gajet-gajet ICT aku yang dihantar ke pusat pengumpulan buangan elektrikal dan elektronik (e-waste) seperti yang disebut dalam entri semalam. Semuanya sudah rosak ataupun ketinggalan zaman (outdated) dan tidak relevan digunakan lagi.
Antaranya gaming PC (circa 2004-2007) bernadi Pentium 4 1.8GHz yang dibina sejak aku kerja di Penang, dibawa balik ke Membakut dan kemudiannya diangkut ke Bintulu ketika mana aku mula bekerja di sini. Penghujung 2007 telah digantikan dengan gaming PC baharu bernadi AMD Athlon X2.

Begitu juga dengan netbook Lenovo S10-2 (circa 2009-2017) yang selalu muncul dalam entri-entri AADI awal 2010-an dulu. Telah kaput beberapa tahun lepas, hanya HDD sahaja yang diselamatkan kerana memiliki banyak gambar zaman bujang dan anime sedut.
Sampai jam 12 tengah hari jak gaisss Gambaran sekitar dewan Serbaguna Kampung Baru, Bintulu. ♻️ KEMPEN KE-3...
Posted by Bintulu News Page on Saturday, 7 November 2020
Bab telefon bimbit pun banyak memori. Nokia 6600 (circa 2005-2010) dimiliki sejak zaman kerja di Penang. Zaman mula-mula ada telefon berkamera walaupun resolusi hanya 640x480 tapi sudah cukup untuk menangkap gambar-gambar epik nostalgik. Sony Ericsson K618i (2007-2015) menjadi modem 3G serta menangkap gambar-gambar untuk blog AADI tatkala belum ada kamera digital khusus. W200 (2008-2010) yang lebih digunakan untuk me"Walkman"kan mp3 dan W810i (2014-2017) pula ada dibuatkan entrinya di sini.
Bila masuk zaman telefon pintar, model-model yang aku miliki biasanya model bawahan kerana aku tahu teknologi telefon pintar amat pantas berubah. Bermula dengan Ninetology Stealth (2013), Asus Zenfone C (2015) dan Zenfone Go 4.5 (2017). Hanya Lenovo A369 (2014) sahaja yang "hilang" dimain anak-anak. Jenama/model yang tidak disebut merupakan telefon Mrs. Ijau.
Memang kena keraskan hati untuk melepaskan gajet-gajet sebegini walaupun rata-ratanya memiliki nilai nostalgik. Hasil yang diperolehi daripada "jualan" e-waste ini tak sampai pun RM50, tapi sebagai orang sains, ini antara tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar.
_____
AADI: Cuba untuk tidak menjadi seorang hoarder.
Throwback Thursday: Windows 3.11
oleh Ijau D. Koceng 11 April 2019 pada 6:00 AM 1 commentSyukurlah aku sempat belajar guna Win 3.11 dan MS-DOS 6.22 pertengahan 90an dulu, sebelum platform diambil alih oleh Windows 95 yang lebih mesra pengguna. Juga sempat belajar perisian DOS-based lain seperti WordStar dan dBase.
Bilakah kali terakhir anda menggunakan OS ini? Atau soalannya, sempatkah anda menggunakannya? Hahaha... Aku yakin Berteromber antara yang sempat guna.
Command.com, autoexec.bat, config.sys, mscdex.exe - ini semua setting nostalgia.
_____
AADI: Juga sempat guna disket 5.25".
GAS 2018...
oleh Ijau D. Koceng 08 January 2018 pada 6:00 AM 2 komen:1) Kegitaran - Hobi yang tak pernah slow-down memasuki tahun yang kesembilan. Kebanyakkan GAS telahpun ditunaikan tahun lepas. Tapi GAS tetap GAS kan? Here goes...
a) Boss MT-2 Metal Zone - Hahaha, entah mengapa~ Maybe just for the fun of it, and to prove MT-2 doesn't suck. Pernah memilikinya lima tahun lepas, tapi telah dijual tahun berikutnya kerana (ketika itu) aku membuat keputusan untuk memilih haluan multi-fx sepenuhnya.
b) Noise suppressor/gate, Boss NS-2 atau EHX The Silencer - Setelah mengalami beberapa situasi melibatkan bunyi-bunyian menjengkelkan di rumah, studio dan atas pentas, nampaknya aku perlukan sebuah pedal noise suppressor/gate yang praktikal. Tidak seperti Reaction Hush yang pernah dimiliki beberapa tahun lepas. Ok, ini keperluan, bukan kemahuan seperti MT-2 di atas.
| Gambar hiasan (imej cilok). |
| Gambar hiasan (imej cilok). |
2) Console gaming - Hobi yang ini dah mula dingin, tapi kalau nafsu gaming kembali berahi, mungkin akan target Doom 2016 dan/atau Street Fighter V. Itupun kalau dah habis main Tomb Raider Reboot dan The Last Of Us.
![]() |
| Imej cilok. |
![]() |
| Guna 486DX2 boleh? |
_____
AADI: GAS on!
Wordless Wednesday: Protect Your PC, Low Cost Style...
oleh Ijau D. Koceng 19 April 2017 pada 8:00 AM 2 komen:The IRT Pulse-Addict (Part 2)
oleh Ijau D. Koceng 31 March 2017 pada 1:00 AM 0 commentsJika input stereo dipilih, IRT-Pulse akan membahagikan bunyi kepada bunyi mentah (clean/dry) pada channel kiri, manakala bunyi distorsi (drive/wet) pada channel kanan. Jika input mono dipilih, IRT-pulse hanya akan menyalurkan bunyi mentah sahaja.
Dirakam terus dari gitar (Calypso, Eb tuning) ke IRT-Pulse tanpa ada apa-apa efek tambahan atau pasca-EQ. *Please forgive my sloppy playing though...
Bunyi mentah tadi boleh diamplifikasikan semula menggunakan fungsi RE-AMP pada IRT-Pulse dengan setting yang berbeza mengikut selera, atau apa-apa perisian yang boleh menyunting bunyi pasca-rakaman (yang ni aku kena belajar lagi).
Lepas ni mungkin akan mencuba bersama-sama HT-5RH melalui effects-loop sebagai pre-amp berasingan (aka 3rd channel on HT-5RH) atau front-end distortion pada amp lain.
_____
AADI: *Antara sebab aku jarang upload demo, kah kah kah~
Throwback Thursday: Balled Mouse
oleh Ijau D. Koceng 09 February 2017 pada 1:00 AM 5 komen:Tiap kali aku guna mesti aku akan ter-scroll... Satu perasaan yang pelik bila tidak ada scroller wheel.
Lagi menarik, ia menggunakan teknologi bebola yang sudah pupus. Dulu-dulu kalau cursor mouse dah kurang sensitif, kena buka dan keluarkan bebolanya, lepas tu kikis daki-daki yang melekat pada paksi X dan Y. Kali terakhir aku ada mouse macam ni awal 2000an, lepas tu bermigrasi kepada teknologi optikal sebab dah murah.
Ok, ada satu teka-teki pasal mouse, macam mana nak tau mouse yang anda guna tu jantan atau betina?
_____
AADI: Cuba melarikan diri daripada tular Megadeth KL.
Antara Kipas PSU Dan Pikap EMG
oleh Ijau D. Koceng 15 July 2016 pada 1:00 AM 1 commentKenapa? Sebab ia boleh digunakan sebagai kipas tambahan (ekzos) pada casing PC, antara modifikasi paling ringkas bagi PC gamers dan overclockers. Kecuali kalau motor kipas yang rosak, memang buang teruslah jawabnya.
Bila tenung hari-hari, aku perasan connector jenis tiga lubang sebegini macam boleh digunakan untuk sesuatu. Sebelum dibuang (sebab motor kipas rosak), penyambung dan wayarnya dipotong, sebab aku dapat idea...
Nah! Ia memang betul-betul muat (retrofit) dengan 3-pin di belakang pikap EMG. Walaupun kod warnanya tidak sama dengan standard kod warna EMG, tapi tak mengapa (parap-parap) ia boleh diabaikan asalkan tahu fungsi setiap wayar (hot, ground, 9V in).
Connector sebegini memudahkan kerja-kerja pematerian dan modifikasi pikap-pikap EMG (jenis hardwired) dan Seymour Duncan Blackouts. Sebab agak susah nak cari connector asal, nak beli yang original EMG memang leceh dan mahal.
_____
Ada apa: Dah boleh jenguk iklan-iklan pikap EMG/Blackouts terpakai di Jamtank :)
Teknologi Yang Semakin Murah (Dan Kecil)
oleh Ijau D. Koceng 31 May 2016 pada 1:00 AM 3 komen:![]() |
| SanDisk Cruzer Fit SDCZ33. |
USB drive aku yang masih berfungsi (dari kiri) - SanDisk Cruzer Facet 16GB (2014), PenDrive Mini 2GB (2007), Apacer 16GB (2012), Sony Walkman NWZ-B152F 2GB (2011), Pretec Summer 2GB (2006).
_____
Ada apa: Timdrip, sebutan kampungan.
Entri AADI Paling Popular Bulan Ini
-
[Filler entry] Tatkala blogger lain tengah sibuk cerita pasal konsert Iron Maiden kat Singapore bulan Februari nanti, aku dah mati akal......
-
Jadi, ada apa dengan headstock Jackson ni? Credits to Dead Eye Guitars . _____ Ada apa: ETA Monday next week...
-
seperti yg dirancang, arini ada sessi jamming/latihan kitorg start pkl 10.30pg. sessi kali ni dan sessi2 seterusnya akan diadakan dlm bilik ...
-
Bungkusan eBay dari UK yang diterima pada pagi Jumaat minggu lepas, diterima beberapa minit selepas aku siarkan entri mengenai konsert Metal...
-
Antara buah tangan pi Miri hari Sabtu lepas 3/4/2010. Beli kat Speedy Video, Bintang Plaza dengan harga standard RM12.90... Tapi malangnya p...
Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?
-IDK-




































