Wordless Wednesday: Pepsi Bold CNY 2020




_____
AADI: Tak nak kumpul.

Cherry Boy Dan Mammoth Slinky


Sekali lagi gitar Charvel Desolation DS2 ST milik Nuing ini (aka Cherry Boy) dihantar kepadaku minggu lepas untuk diservis. Pernah masuk servis beberapa tahun lepas untuk dipasang set EMG Zakk Wylde Signature.


Kali ini dihantar untuk dipasang dengan set tali baru, ditala dan diintonasi untuk talaan drop C, khusus untuk *projek akan datang.


Semenjak memiliki RG331M (Agent Orange), Cherry Boy ini semakin kurang mendapat kasih sayang, agak ketara dengan ketebalan habuk yang terkumpul.


Begitu juga dengan hardware yang semakin teroksida. Tapi nampak seperti gitar-gitar Hutchinson Guitar Concept pula bila hardware semua nampak teroksida dan bermusim.


Cuci-mencuci badan dan fretboard gitar menggunakan produk Jim Dunlop. Fretboard dibelanja dengan tiga kali cucian; 1) cleaner and prep 2) deep conditioner 3) lemon oil treatment. Barulah fretboard rosewood sebegini nampak hitam, lembap dan berkilat.


Nuing membekalkan set tali Ernie Ball Mammoth Slinky (12-62) untuk gitar ini. Pada pendapat aku saiz ini agak besar, secara peribadi aku akan menggunakan saiz 11-50/52 untuk drop C. Tali ketiga Mammoth Slinky ini menggunakan tali berlilit (wound 24w), aku lebih berkenan set yang memiliki tali ketiga plain kerana lebih mudah mendapatkan not dua semitone ketika bending.


Seperti biasa, apabila melibatkan pertukaran saiz tali dan talaan rendah, perlu dibuat intonasi semula dan laras truss-rod (jika perlu). Untuk bridge jenis tune-o-matic (TOM) proses intonasi amat mudah.

*Projek kami seterusnya (bukan MUP) akan banyak menggunakan talaan drop C.

_____
AADI: Primo Slinky aku pun belum guna lagi.

Tredecim Blogging Blues


Tahun ini pun aku terlupa untuk buat entri ulang tahun ke-13 blog aku yang sepatutnya minggu lepas iaitu pertengahan Januari, tapi taklah seteruk tahun lepas, beberapa bulan baru ingat. Alasan biasa terlalu sibuk dengan kehidupan realiti (kerja harian dan menguruskan anak-anak).


Satu perkara yang aku perasan, AADI telahpun melepasi tahap 400k views, congakannya 100k views mengambil masa tiga tahun. Inipun masih tahap kerdil jika dibandingkan dengan blog Berteromber yang sudah mencecah 1M views, fuh!

Aku ulang balik ayat entri tahun lepas:
Kebelakangan ini sumber idea untuk AADI (CD, gitar, jamming, gaming, wayang) semuanya semakin berkurang disebabkan perenggan pertama tadi. Kalau adapun, masa (ya masa) untuk menaip blog agak terhad.
Begitu juga dengan rakan-rakan bloggers kental yang biasanya menjadi pembakar semangat rivalry juga semakin menipis. Kepada rakan-rakan bloggers yang aku komen setakat "." dalam ruangan komentar, jangan risau, itu maknanya aku masih lagi menjengah dan membaca blog kalian tetapi tak tahu apa yang nak dikomen.
_____
AADI: Masih relevankah platform blog?

100 Plus 福


100 Plus tin versi 福 kembali bersempena Tahun Baru Cina.


Tak jauh beza berbanding versi yang pernah aku buat entri empat tahun lepas. Dalam kesempatan yang ada, AADI ingin mengucapkan GXFC!

Imej cilok blog Yustech.
_____
AADI: Terasa nak minum Cheng Bou Leong.

Wordless Wednesday: Capa Case




_____
AADI: Backdated.

Ada Apa Dengan Minute Maid Qoo? (Part 2)


Kali ini terbeli dua tin Qoo dengan perisa anggur putih dan epal Fuji. Untuk perisa epal Fuji boleh singgah entri 2016.


Untuk perisa anggur putih, ia mengingatkan aku pada rasa minuman Justea dengan perisa yang sama. Cuma kelemahan (mungkin kelebihan bagi orang lain) seperti Justea, Qoo ini juga agak manis. Kurang sesuai untuk mereka yang dalam kategori 4-series seperti aku ni. Nak ok sikit, cairkan dengan nisbah 4:1 atau 3:1.

_____
AADI: Qoo puteh~

Sekitar Metuk Ulau Fest 2020


Ahad (12/01/2020) - Aku cuba datang awal sekitar 12.30 tengahari untuk sessi soundcheck, tapi agak hampa kerana pentas dimonopoli oleh sebuah band (malas aku nak sebut nama) yang mengambil masa yang agak lama untuk soundcheck. Peralatan mahal dan canggih bukan alasan untuk soundcheck lama.


Erectus, nama yang agak otai dalam scene bawah tanah Bintulu. Tak pernah terfikir pun akan terbidan-terjun bersama-sama mereka sebagai session bassist untuk gig Metuk Ulau Fest 2020 ini.



Acara dijadualkan bermula pukul 3.00 petang, tapi aku balik rumah sekitar 3.15 petang untuk menguruskan hal keluarga dan anak-anak, menggantikan curfew yang biasanya pukul 6.00 petang. Kali ni ada pelepasan, sebab persembahan Erectus dijadualkan pukul 6.45 petang.


Kembali semula ke tempat kejadian sekitar 6.15 petang, sempatlah sekejap layan persembahan band Coregirun. Walaupun persembahan Erectus dijadualkan sekitar 6.45 petang tetapi diberi masa rehat 15 minit lagi sehingga pukul 7.00 malam.


Selesai persembahan, diberitahu pihak Insulter mengalami masalah bagasi (dari KK) dan equipment mereka tidak sempat sampai untuk persembahan. Sama seperti kes Suaka tahun lepas, Insulter terpaksa membuat persembahan dengan equipment pinjaman.


Bass ex-Tommy aku antara yang menjadi "mangsa", nasib baiklah tuan punya (si Korawk) memberi kebenaran (asalkan tiada battlescars). Michi amat bersopan santun ketika ingin meminjam bass tersebut.


Gitaris/vokalis mereka (aku lupa nama, nanti aku Google) nampak iras-iras James Hetfield waktu muda (era KEA). Persembahan mereka memang bertenaga, almaklumlah main thrash kena tip-top stamina.

Tapi penonton agak kurang bertenaga, mungkin sudah penat headbang dan moshing sejak petang. Waktu persembahan Erectus pun aku dah perasan, sebab aku kenal muka-muka yang kaki banging, kah kah kah...


Untuk satu lagu, mereka disertai oleh seorang gitaris tempatan, muka yang macam familiar tapi aku tak kenal (akhirnya dapat info, Jorn of Thrashit).


Selepas persembahan Insulter, aku cuba usaha untuk mendapatkan otograf Michi pada ex-Tommy tapi tak jumpa marker pen pula. Jadinya wefie sajalah sebagai pengganti ekspress.


Aku sebenarnya nak balik awal, tapi ditahan oleh Azrul untuk sessi fotografi bersama-sama Insulter. Dalam hati memang ada rasa nak ikut serta tradisi lepak-lepak makan pasca-gig. Tapi mengenangkan anak-anak di rumah dan hari esok kerja, jadilah Cinderella sebelum pukul 10.00 malam.


Juga berjaya mengepau merch Insulter daripada penganjur sebagai "sewa" bass. Dapatlah sekeping woven patch Insulter, kah kah kah... Kamon, akupun "sewa" bass ni daripada si Korawk, kira win-win lah kan? Patch ini akan diserahkan kepada Korawk, sebab kalau dengan aku tak ke manapun benda ni.

Ok, permulaan muzika 2020 yang memberangsangkan walaupun hanya session bassist. Untuk "band yang satu lagi", itu simpan untuk entri lain...

_____
AADI: Tak tahan asap rokok berkepul-kepul.

Wordless Wednesday: Michi And Tommy




_____
AADI: Gara-gara masalah bagasi...

Grooving Erectus


Aku letak gambar/video daripada Instagram Eternal Zine dulu bersempena gig Metuk Ulau Fest 2020 (headlined by Insulter). Nanti dah ada idea dan gambar, aku edit entri ni...



_____
AADI: Dengar-dengar gig Insulter di Keningau ada spekulasi...

Please Learn The Setlist In Five Days...


Sebelum ini sekitar penghujung 2018 pernah dijemput oleh Azrul untuk menyertai Erectus sebagai session bassist untuk rakaman EP terbaru mereka dan touring, kerana bassist asal Erectus telah "menghilangkan diri".

Tapi aku terpaksa menolak tawaran tersebut (terutama untuk touring) atas alasan keluarga, ketika itu baru menyambut cahaya mata ketiga.

Cilok dari Facebook MUUV.
Fast forward untuk gig Metuk Ulau Fest 2020, bassist baru mereka (dari Miri) pula tidak dapat hadir ke Bintulu. Worst case scenario, mereka akan bermain tanpa bassist jika tiada bassist gantian. Dan sekali lagi (minggu lepas) Azrul menjemput aku untuk mengisi kekosongan tersebut, dengan dua kekangan/cabaran:
  1. Aku perlu belajar dan berlatih bassline lagu-lagu mereka dalam masa kurang seminggu, tiga lagu baru dan dua lagu lama. Serius, sebelum ini aku tak pernah dengar lagu-lagu lama Erectus secara penuh.
  2. Aku sudah tiada bass, kedua-dua ex-Francesco dan ex-Tommy telahpun dilepaskan tahun lepas.

Erectus ada menyediakan bass, tapi aku agak ego segan untuk menggunakan bass orang lain. Semasa latihan di rumah aku menggunakan Nightfall (D-tuning) dengan patch "PlayYerBass" pada RP360 untuk bunyi emulasi bass, dan bercadang menggunakan rig sebegini pada hari kejadian.


Tapi beberapa hari sebelum full rehearsal aku berjaya meminjam *menyewa ex-Tommy aku daripada Korawk. Rindu pula dengan bass ni, dengan mojo warna "metallic forest" membuatkan aku lebih selesa. Fly Rig PL1 digunakan, semata-mata untuk fungsi compressor yang ada pada channel wasser.

*Ya kira sewa, nanti akan dibelanja dengan set tali baru...

_____
AADI: Idea tajuk entri daripada video Nightwish.

Ada Apa Dengan Sundrop Milk Coffee?


Kopi tin kegemaranku mutakhir ini, Sundrop milk coffee. Kalau terjumpa kopi Sundrop ni, kopi tin Nescafe, Pokka atau Wonda memang tolak tepi.


Berbanding kopi susu Sundrop versi tin label hitam (tin lama?), tin label creme/kekuningan ini lebih lemak berkrim. Rasa kopinya lebih hangit berbandingkan kopi segera jenama-jenama yang disebut di atas. Adalah sikit-sikit macam rasa kopi latte McCafe (perlukan sedikit imaginasi).

Yang penting ia ada logo piramid "healthier choice" Health Promotion Board (Singapore) kerana mengandungi kurang gula.

_____
AADI: Dah masuk 4-series ni kena kurang-kurangkan apa yang patut.

Wordless Wednesday: Classic Presetair Meter




_____
AADI: Hanya lejen sahaja yang akan set balik ke sifar selepas guna.

Ada Apa Dengan Nescafe Mocha Hazelnut?


Ini antara entri 2019 yang tertinggal dalam bentuk draft, sepatutnya disiarkan minggu lepas.


Terjumpa perisa edisi terhad mocha hazelnut ini di Kedai Mesra Petronas, biasanya hanya di sini selalu jumpa perisa pelik-pelik atau edisi terhad berbanding di kedai runcit atau pasar raya. Tidaklah menarik sangat selain gabungan dua perisa iaitu mocha (Nescafe label ungu) dan hazelnut (seperti kopi Ah Huat).

_____
AADI: Kegemaran terkini kopi susu Sundrop.

Flashback Friday: Krisis Di Pertengahan Hidup


Antara lagu kegemaran aku dalam album Mencari Asal Usul.

Gambar lama 2010.

Aku share video cover daripada Portdy, keh keh keh...

Entri pertama untuk 2020. Ada masa nanti aku buat entri merapu berasingan pasal 2020.

_____
AADI: Nanti aku cuba versi sendiri :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (5) 1h1e1m (30) 1malaysia (5) 36 studio (31) 57 goldtop (83) 58 explorer (23) 7-string (11) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (16) adiwira (28) adrian smith (17) after forever (6) ais krim (4) alice (12) amazika (2) amcorp mall (11) amplifier (149) amplitude music (3) amplug (5) andy james (4) angker (2) anime (52) anniversary (89) anthrax (1) arlo (3) art200 (3) artis tempatan (132) ashportal (3) ashton (5) asialink (4) ats (14) audioslave (2) autism (6) avril lavigne (4) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (8) badges/patches (8) bag/case (67) bara studio (3) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (16) beaufort (12) behringer (44) belajar gitar (12) bentley (1) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (300) bintulu buskers (5) black friday (9) black sabbath (1) blackstar (27) blades (5) blaze bayley (28) blind guardian (21) blogging blues (61) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (63) botb (21) bottlecapt (3) brado guitars (5) braingell radio (15) brr2013 (21) bruce dickinson (23) buku/majalah (59) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (25) canon (2) caparison (2) cc24s (5) ccr (1) charvel (68) children of bodom (22) ck music (56) cog (10) coke (5) coklat (7) cola (8) compilation (64) conception (2) console games (18) converse (3) cort (48) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) d'addario (44) dalat (20) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (28) davis (3) daw pick (1) db music (13) dead eye guitars (90) dean (26) dean markley (5) def leppard (1) denner/shermann (2) dgr (3) digipak (44) digitech (24) dimarzio (47) dio (4) dismal euphony (2) disturbed (3) dm25/12 (3) dn520k (2) do the dew (3) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (5) dream theater (13) drinho (5) drum asia (2) drums (18) dutch lady (6) dvd (72) earth hour (14) ebay (228) ec-1000 (5) ec-256 (26) ec-257 (11) eden (1) edwards (1) ehem (38) eksperimen (89) electro-harmonix (27) elixir (3) ella (6) elyana (4) emg (27) emo (220) energy drinks (34) engrish (3) entwistle (9) environment (36) epiphone (128) erectus (12) ernie ball (29) esp/ltd (189) estock (72) evanescence (1) evh (1) f-54 (8) f&n (15) fallout (15) family (55) fear factory (3) fender (16) filler entry (49) first aid (1) fishman (3) flashback friday (18) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (21) footwear (3) fotografi (31) fozzy (1) fund-snatcher (16) fusion (3) g250fr (1) gamer mode activated (28) gapnap (13) gartb20 (11) gary moore (2) gas (126) gator (15) gax010ltd (9) geeksup (3) ghs (29) gibson (16) gig (106) gigrig (14) gitar kopak (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (8) green tea (18) grg270 (25) gruv gear (2) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (15) guitar collection (11) guitar parts (70) guitar service (35) guitar talk (64) hammerfall (17) hartke (28) hashtag (3) hbk (1) headphone (6) headstock story (29) heaven and earth (4) hennessey (7) hepi;) (62) herbal tea (7) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (34) hotel/resort (27) ibanez (208) icb200ex (15) iced earth (9) icon (26) imago (69) imitation (3) in flames (4) instagram (27) insulter (4) inverno (22) iron maiden (148) irt-pulse (6) isolated gig (8) isu semasa (251) j5 (13) jackson (49) jamming (142) jamtank (35) jepak (9) jim dunlop (64) joe satriani (14) jotb (13) joyo (21) jr (13) js music (4) js32 king v (13) js32t kelly (8) judas priest (2) kakis store (4) kamelot (23) karisma (4) kaset (34) kawan (310) kazanna (1) kempen (35) kerja (77) kerly (2) kesihatan (45) keychain (9) kherow (4) kiko loureiro (8) kikosp (9) king diamond (25) king's studio (3) kkdn (6) koleksi (300) konsert (93) kopi (36) korg (52) kota kinabalu (15) kramer (1) kuala lumpur (35) kuala penyu (1) kuching (4) kucing (5) kustom (4) laney (31) larrong (6) lawas (4) lazada (22) lefthanded (5) lemon tea (13) letgo (58) lil (35) limbang (7) limited edition (41) line 6 (43) linkin park (5) lipton (1) live album (22) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) m nasir (2) m-103fm (90) m-50fr (25) maiden tribute (28) majestica (4) makan/minum (410) malaysia edition (2) malex (1) manggas (24) manowar (15) marco hietala (20) marigold (3) marshall (18) martial arts (3) martin (1) martin/darco (9) masjid (2) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (6) may (7) mayones (1) mcdonald's (10) medeli (12) megadeth (60) melaka (13) membakut (42) memori (343) mercyful fate (11) metallica (80) michael kelly (1) microphone (6) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (4) moody monday (13) mooer (1) motorhead (9) movie (59) mr diy (2) mrs (63) muf (7) mug (2) mukah (20) mup (134) music bliss (11) music master (41) music nomad (1) muuv (58) muww (1) mxr (11) my music (8) nanasmania (27) naruto (1) nat-geo (4) nestle (43) new album (28) new gear (198) newsted (3) nightfall (9) nightwish (16) ninetology (2) nirvana (14) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (94) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (15) notice (28) nylon maiden (2) of string (23) oishi (5) oktoberfest (9) one piece (13) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (39) osg2012 (4) ovation (6) ozzy osbourne (11) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (50) pc stuff (36) pc talk (16) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (314) pedaltrain (14) pemuzika (15) penang (39) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (9) phones (12) pic of the day (61) pick (61) pickup swap (64) pickups (147) pkp2020 (16) pl1 (2) planet waves (12) playstation (17) plustop pro (1) pm2011 (18) pocky (4) pod hd (1) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (14) popcorn (7) popomania (6) post-apocalypse (16) pqot (4) preamp (6) prequel (5) prime domestic (3) promo disc (5) prs (5) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (47) radio (6) rajinikanth (3) ramadhan special (79) ramli sarip (3) rammstein (6) randall (4) rare (96) ratm (2) reco (27) recording (12) reg studio (11) restring therapy (79) revamp (2) rex (1) rg331m (16) rg350m (14) rg370ahmz (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (3) riego (5) ritter (2) rock at large (33) rocktoberfest (1) rocktron (6) roland (16) rotosound (6) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (8) sabahan (18) samson (4) samsung (5) sandman guitar (6) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (3) sdx (6) search (16) seymour duncan (35) shopee (14) sibu (6) sick puppies (6) signboard (14) silica gel (7) silvia (16) singapore (53) single/ep (7) sipitang (1) sit (9) skb (2) skull strings (3) slayer (3) slipgate (7) smr (3) snark (9) so-cal (61) sonata arctica (3) sony (24) soundcloud (9) soundwave (2) soya (5) spear (2) speedy (30) squier (22) sr300 (39) stagg (12) star wars (18) stewmac (6) sticker (6) strap (20) street jam (2) strings (134) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (17) sundrop (4) sungai (13) super album (96) superlux (3) susu (9) sv guitars (3) swee lee (7) switchcraft (3) sx (10) t-shirt (48) tahi suci (7) takamine (5) takstar (5) tamil (12) tanglewood (10) tarot (15) tc electronic (2) tech21 (4) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (37) tgs (3) the cranberries (2) the guitar addict (33) the iron maidens (3) the shred sanctuary (1) thomas zwijsen (6) throwback thursday (18) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (11) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (20) top 5 (5) tour de brunei (46) toys (12) trade (22) transformers (4) travel (125) tribute (45) trivium (13) tsb6 (7) tuner (32) tv (32) ugly kid joe (3) usm (4) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (73) warwick (12) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (4) when wife cooks (9) wilkinson (1) wings (29) wireless (5) wonda (3) wordless wednesday (334) wrestling (9) ww2 (6) x-11 (34) xpdc (5) yamaha (5) yeos (7) yNot (21) yogurt (9) yolo (4) yustech (3) z-studio (15) zachary hietala (13) zoom (114) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger