Showing posts with label prequel. Show all posts
Showing posts with label prequel. Show all posts

Prequel: Gig Rock Kapak Bintulu Rockers Re-Union


Walaupun Metuk Ulau Project tidak berkesempatan untuk menyertai semasa gig Rock Kapak Bintulu Rockers Re-Union minggu lepas, tetapi Bob Kandar dan Azrol sempat turut serta membantu apa yang patut semasa sessi soundcheck sekitar 5.00 petang.

Equipment Bara Studio.

Juga dihadiri oleh Chop Sudir (vokalis/gitaris Ana & The Scene) yang datang ke tempat kejadian kerana menyangka gig tersebut bermula 3.00 petang seperti info yang dijadualkan pada Facebook BRRU.

Azrol dan X-11nya.
Aku hanya sempat singgah sekejap, kebetulan aku lalu Dewan Suarah selepas balik daripada membawa Mrs. dan Lil'Ijau beriadah di Promenade Bintulu (waterfront). Menurut info daripada staff BRRU yang aku temui, gig akan bermula secara rasminya pada pukul 7.00 malam.

_____
Ada apa: Tak lama kemudian, beberapa rakan MUUV juga datang untuk menonton gig, tetapi semuanya terpinga-pinga...

BMF2013: Prequel


Jumaat (1/3/2013) - Beberapa gambar sekitar kerja-kerja buruh kasar dan soundcheck pada malam sebelum gig Bintulu Music Fest 2013 bertempat di Stadium Muhibah Bintulu.


Penganjur suruh aku datang sekitar 9.00 malam untuk tolong-tolong bab teknikal dan audio, tapi waktu aku sampai semua dah siap cuma tinggal soundcheck saja lagi.

Aku agak teruja melihat perkakasan ada di atas, di belakang dan di bawah pentas. Selain perkakasan asas 36 Studio, juga disokong oleh perkakasan "live concert" dari Vaie Entertainment dan Zoso Music.


Selain geng Metuk Ulau Project, ada juga beberapa kumpulan lain yang hadir pada malam tersebut untuk sessi soundcheck. Tapi kami dimaklumkan oleh pihak penganjur hanya dapat soundcheck selepas pukul 11.00 disebabkan tidak mahu mengganggu mereka yang masih main futsal di bawah (gelanggang futsal disewa sehingga 11.00 malam).


Tapi malangnya sehingga pukul 12.00 tengah malam masih ada masalah teknikal yang dialami, antaranya amp bass Hartke HyDrive 5210C, nasib baik ada backup amp bass Peavey. Ramai ahli-ahli kumpulan yang datang untuk sessi soundcheck tadi mula beredar pulang seorang demi seorang...

Bob Kandar dan Rezal BIMM.
Aku nak cuba tolong troubleshoot pun rasa segan, sebab dah cukup ramai "kaki-tangan teknikal" yang ada ketika itu, seorang cakap lain seorang cakap lain, malaslah nak masuk campur. Aku pun beredar pulang sekitar 12.30 malam dengan hati yang agak hampa bukan sebab tak dapat soundcheck, tapi terlepas peluang nak tengok filem Rocky V di TV2.

_____
Ada apa: Daripada info kurang rasmi, pukul 3.00 pagi baru selesai masalah...

Prequel: Oktoberfest, La Bistro Has Been Maidenised!


Sekitar sessi "soundcheck" di La Bistro Cafe, Kemena Hotel pada petang Sabtu (20/10/2012). Sessi bermula sekitar 2.00 petang dihadiri oleh kumpulan-kumpulan yang bakal membuat persembahan pada sebelah malamnya, termasuklah Metuk Ulau Projekt Project (MUP).

Geng perut boboiboy bapa orang (+1 teruna?).
Gambar dicilok dari Facebook Ana & The Scene.
Out of tempo?
Peralatan yang digunakan (drums, amps, mixer) adalah disewa dari Z-Studio yang dah biasa kami gunakan, jadi kami tidak memerlukan masa yang lama untuk mencari kombinasi "sweet-spot" bunyi yang dikehendaki.

Mencari chords yang hilang (lagi).
Macam bersantai di tepi pantai kan?
Cuma susunan amp dan speaker (semasa sessi ni) agak kurang optimum dari segi akustik dan sonik, aku langsung tak dapat dengar bunyi gitar dari amp sebelah (Azrol). Dan seperti OSG2012, monitor speaker juga tidak disediakan, kenapa penganjur jarang menitikberatkan kepentingan monitor speaker?

Tuning while performing (without muting the volume) = failed, haha~
Kali ni Korawk dapat belajar sesuatu yang baru, jangan tune gitar semasa lagu sedang dimainkan. Kalau terpaksa juga, sila "mute" volume pada Pod X3 (si kacang merah) tu sebelum ia masuk dalam amp/mixer.

Korawk, ada masa nanti kita cuba optimumkan penggunaan Pod X3 tu semasa jamming atau gig.

_____
Ada apa: Segan nak keluarkan So-Cal dari gigbag...

Prequel: Ngiling Tikai Dan Penutupan Karnival Sukan 2012


Gambar-gambar "lebihan" yang diperolehi daripada juru kamera rasmi jabatan (©RA) yang diambil semasa persiapan majlis Ngiling Tikai dan Penutupan Karnival Sukan 2012, berserta sessi rehearsal persembahan Hepi;) pada sebelah petang Jumaat 29/6/2012.

Entri ulasan pasal GARTB20 ni dah buat, tapi masih dalam bentuk draft.

Eh? Gambar kandid ke bang?

Best juga filem lakonan Akira Fubuki ni kan?

Jangan lupa lirik, sebab lirik dah ada ditampal atas monitor speaker tu.

_____
Ada apa: AADI odometer dah nak mencecah 60k!

Prequel: Singapore, I've Screamed For You!


Isnin 14/2/2011 - Sambungan dari entri Valentine's Day...

Touchdown at LCCT around 12.00 pm. Sempat pekena double prosperity burger McDonald's (susah nak habiskan) sebelum check-in untuk flight LCCT-SIN. Disebabkan Naditik kerja shift malam (ground staff Air-Asia), jadi tak dapatlah nak dating (shhh~)...

Touchdown at Terminal 1 Changi Airport around 4.30 pm, nampak macam KLIA je Changi airport ni, aku rasa mungkin arkiteknya adalah orang yang sama. Oh ya, inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke Singapura.

Ada lagi 45-50 minit sebelum flight BKI-SIN geng-geng North Borneo Trooper (NBT) dari KKIA (T2) akan tiba, jadi aku membuang masa ronda-ronda dulu di Terminal 1 ni sebelum keluar melalui pintu imigresen menuju balai ketibaan. Sebab aku "travelling light" kastam pun lepas macam tu je tak banyak cerita.

NBT @ Terminal 1 Changi airport - photo credits to Jairo.

Kira-kira 5.30 petang, aku mula terserempak dengan muka-muka yang aku kenali keluar dari balai ketibaan...

Geng-geng sekampung - Takilala, Jairo, Ymi, Awg Raem, Ajil (adik Jairo), Dato, Awg Lubok @ Steven dan beberapa lagi ahli NBT yang lain - Luging, Joe (presiden NBT), Irwan Ironworx dan Usop. Semuanya bersemangat dengan t-shirt Iron Maiden, patches, button badges, panji-panji NBT (aku sorang saja yang pakai t-shirt Manggas).

Termasuk aku, semuanya ada 12 orang ahli NBT yang tiba di Changi Airport petang itu. Dengar-dengar ada lagi ahli NBT yang bakal datang kemudian...

Dari Terminal 1 naik skytrain menuju Terminal 3, mencari stesen MRT.

MRT tickets - terkial-kial nak beli tiket.

Lawak MRT.

CEPAS betul tangan aku tu - photo credits to Joe.

Berpandukan seorang navigator tukang pegang/baca peta, kami turun di stesen MRT Lavender. Kemudian memulakan sessi "March of the North Borneo Trooper" mencari Fernloft Hostel area Little India.

Melalui Jalan Syed Alwi, kalau tak silap
bangunan pelik di depan tu ialah Mustafa Centre.

Sepatutnya kami belok sebelah kanan Jalan Syed Alwi ni (Jalan Besar), tapi tersilap belok ke kiri, sebab tu "sesat" tak jumpa-jumpa tempat yang dituju. Semakin lama semakin jauh.

Dipendekkan cerita, setelah hampir sejam lebih "sesat" dan atas inisiatif berpasukan, akhirnya dalam pukul 8.00 malam kami tiba di tempat yang dituju - Fernloft Hostel.

Lepas check-in, berebut pilih katil, lepak-lepak depan hostel, kemudian memulakan sessi mencari tempat makan. Setelah ke hulu ke hilir mencari (pilihan terakhir McD) akhirnya terjumpa Jas Restaurant area Syed Alwi Road, tak berapa jauh dari Mustafa Centre.

Untuk meneruskan tradisi review makanan AADI, aku akan buat entri berasingan untuk Jas Restaurant ni nanti. [Edited 26/2/2011 @ 10.30 pm] Sila klik untuk entri Jas Restaurant.

Lepas makan, aku, Ymi dan Awg Raem sempat ronda-ronda sekitar Mustafa Centre. Memang happening tempat ni, dengar-dengar antara kompleks yang buka 24 jam.

Dalam perjalanan balik ke hostel, lalu depan City Square Mall (Kitchener Road), dalam hati nak singgah tapi kaki dan badan dah penat, kena balik hostel juga nak mandi, rehat dan tidur. It's a long day tomorrow~

To be continued...

_____
Ada apa: Kalau bukan pasal Iron Maiden, entah bila dapat peluang menjejakkan kaki di Singapura ni.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (171) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (72) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (2) arlo (10) artis tempatan (156) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (5) bag/case (91) barbarik (4) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (13) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (15) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (341) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (33) blind guardian (22) blogging blues (79) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (78) botb (21) bourns (5) boxing (68) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (83) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (49) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (17) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (25) dean markley (5) decathlon (9) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (69) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (29) edwards (1) ehem (36) eksperimen (94) electro-harmonix (34) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (286) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (39) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (46) es-335 (2) esp/ltd (246) estock (72) evanescence (1) everlast (12) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (21) filler entry (47) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (9) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (57) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (26) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (39) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (9) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (9) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (239) icb200ex (15) iced earth (10) icon (55) imago (71) imitation (3) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (7) iron maiden (178) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (300) j5 (15) jackson (78) james hetfield (1) jamming (165) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (6) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (26) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (38) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (117) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (115) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (16) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (21) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (89) lil (31) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (597) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (28) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (12) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (9) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (475) mercyful fate (11) metallica (104) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (115) mrs (21) muf (9) mug (3) mukah (19) mup (171) music bliss (35) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (15) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (265) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (9) nylon maiden (2) of string (30) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (9) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (83) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (373) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (70) pepatung (4) peristiwa (36) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (65) pick (72) pickup swap (105) pickups (231) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (40) plustop pro (1) pm2011 (18) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (44) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (33) restring therapy (116) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (3) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (13) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (52) sibu (11) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (77) solar (1) sonata arctica (3) sony (34) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (33) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (19) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (193) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (13) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (34) sx (10) sze chan (1) t-shirt (68) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (24) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (48) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (19) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (129) tribute (66) trivium (21) tsb6 (7) tuner (38) tv (34) ugly kid joe (4) ultra swede (9) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) when wife cooks (1) wilkinson (1) wings (35) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (490) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger