Tali Gitar Gaya Pos (Part 7)
oleh Ijau D. Koceng 13 July 2019 pada 6:00 AM 0 commentsMungkin menghabiskan stok GHS mereka, kerana bukan lagi pengedar rasmi GHS di Malaysia, yang kini telah dipegang oleh CK Music.
Walaupun semuanya (mungkin) stok lama, tapi semuanya masih dalam keadaan yang memuaskan. Tiada tompok karat dikesan, mungkin disebabkan ia dibungkus dengan plastik tambahan beserta gel silika.
Big Core Santana tak perlulah aku ceritakan lagi, sudah pernah dicuba beberapa kali (sini, sini dan sini). Tapi siri Infinity Steel (discontinued?) ini agak menarik, terdiri daripada tali tinggi GBE Sub-Zero Boomers (CR-series) dan tali bawah EAD Infinity Steel (IS-series) yang memiliki saduran berwarna hitam. Pasti sepadan dengan tema all-black Nightfall.
_____
AADI: Mungkin juga akan didagangkan semula.
Tali Gitar Gaya Pos (Part 6)
oleh Ijau D. Koceng 30 October 2018 pada 6:00 AM 0 commentsMungkin menghabiskan stok GHS mereka, kerana bukan lagi pengedar rasmi GHS di Malaysia, yang kini telah dipegang oleh CK Music.
Terdiri daripada Big Core Santana BCM (11.5-56), Nickel Rockers Eric Johnson R+EJM (11-52) dan set tujuh tali Boomers GB7M (10-60).
Walaupun semuanya stok lama, tapi syukur semuanya masih dalam keadaan yang memuaskan. Tiada tompok karat dikesan, mungkin disebabkan ia dibungkus dengan plastik tambahan beserta gel silika. Dan disebabkan faktor stok lama, ia akan diutamakan untuk pemasangan tali gitar yang akan datang.
_____
AADI: D'Addario, GHS dan SIT merupakan tiga jenama teratas kegemaran peribadi.
Dunlop Dark Moon
oleh Ijau D. Koceng 16 March 2015 pada 8:00 AM 5 komen:Fretboard yang kering dilembabkan dengan Fretboard 65 Ultimate Lemon Oil, juga produk Jim Dunlop.
Aku perasan ada tompokan kecil karat pada tali pertama E, membuatkan aku agak resah dengan status dua bungkus tali Jim Dunlop yang masih ada dalam stok peribadi. Satu daripadanya dah terperap sejak 2013 (9-46), manakala Wylde (10-46) diperolehi bulan September lepas.
![]() |
Light/heavy 9-46 |
Walau bagaimanapun ia tidaklah seteruk Hybrid Slinky minggu lepas, masih dapat diselamatkan dengan mengikis karat yang ada dengan kertas pasir gred halus kemudian lap dengan cecair berminyak (lemon oil, string cleaner).
Harap-harap Wylde 10-46 tidak mengalami masalah yang sama...
![]() |
Ada silica gel. |
_____
Ada apa: Nak cuba jenama Curt Mangan pula.
UPC-688: Size Matters!
oleh Ijau D. Koceng 22 February 2013 pada 12:00 PM 0 commentsDengan dimensi dalaman 688 x 296 x 83 mm, ia cukup besar untuk menampung Vox ToneLab SE mahupun Zoom G9.2tt.
_____
Ada apa: Ada 1/3 lagi ruang kosong, nak isi apa?
Ada Sesuatu Dari yNot Studio (Part 10)
oleh Ijau D. Koceng 25 February 2012 pada 10:00 PM 0 comments
Walaupun ia beralamat dari MMO Music, aku tetap menggunakan nama yNot Studio untuk entri ni. Tidak menjadi masalah sebab kedua-duanya diusahakan oleh Engbok - MMO Music merupakan "kedai" online beliau, manakala yNot Studio merupakan studio beliau di Farlim (Penang) yang juga ada menjual alatan muzik.
Bungkusan poslaju yang diterima Rabu lepas (22/2/2012) berisi Stagg UPC-424 pedal case, yang merupakan pedal case bersaiz paling kecil dalam keempat-empat pedal case Stagg (UPC-424, UPC-500, UPC-535 dan UPC-688).

Kenapa kodnya UPC-424? Sebab ukuran dimensi dalaman pedal case ni ialah 226 x 424 x 100 mm, 424 mewakili ukuran panjangnya.

Stagg - Universe Of Music.
Aku lebih suka logo lama Stagg ni berbanding logo Stagg yang baru. Seperti Behringer, Stagg menghasilkan produk-produk pada harga yang mampu dimiliki oleh golongan berpendapatan rendah.

Ia juga disertakan dengan velcro strip berjenama 3M, kunci dan sepaket silica gel. Tapi aku tak guna velcro strip 3M ni (simpan), aku akan guna velcro strip cap ayam dulu.
Seperti yang terGAS dalam entri ni, aku memang perlukan pedal case, supaya pedal-pedal boleh disusun dan diselenggara lebih awal di rumah, secara tidak langsung menjimatkan masa setup ketika jamming.

Multi-purpose pedal case:
- Config. A - Crowded jamming rig.
- Config. B - Simple jamming rig, my favourite rig (tried and tested).
- Config. C - Simple bass rig.
- Config. D - Logistic vessel for Pod X3 (when needed).
Walaupun ia diperbuat daripada plastik dan tidak setegap flight case, tapi penjuru-penjurunya diperkukuh (reinforced) dengan kepingan aluminium. Kira dah cukup tegaplah kalau setakat dibawa turun naik studio jamming.
_____
Ada apa: It looks cool too...
Hepi ;) Makeshift Studio Halted! (Part 2)
oleh Ijau D. Koceng 01 December 2011 pada 11:00 AM 1 commentKepada rakan-rakan seperMetalan di Bintulu, terutamanya geng MUUV (Adi Herman dan Korawk), dengan sedihnya aku umumkan Hepi ;) makeshift studio akan diberhentikan operasinya dengan serta-merta (permanently) bermula hari ini, Khamis 1/12/2011.

Aku rasa kali terakhir kami jamming di makeshift studio ni penghujung bulan Julai yang lepas. Lepas tu semua sessi jamming diadakan di studio sewa, sama ada Amazika atau Z-Studio.

Beberapa minggu lepas Jabatan kami menerima beberapa kotak peralatan saintifik (scientific instruments) Agilent Technology yang dibekalkan oleh pihak Ibu Pejabat untuk kegunaan analisis.

Ia merupakan set mesin gas chromatography (GC) dan dipasang di atas para (bench) tempat aku selalu letak amplifier dan PA system Bob Kandar. Seperti mesin HPLC yang dipasang tahun lepas, harga mesin ni mungkin mencecah ratusan ribu.
Jadi untuk menjaga harta Jabatan, menjamin integriti mesin dan keputusan analisis, aku mengambil keputusan untuk tidak lagi menggunaan bilik ni sebagai makeshift studio, walaupun belum ada notis dari pihak pengurusan mahupun pegawai atasan.
_____
Seperti biasa, bila ada benda-benda macam ni pasti akan ada barang-barang "buangan". Disebabkan aku boleh dikatakan seorang "hoarder/salvager", pastinya aku akan menyelongkar longgokan kotak dan barang-barang "buangan" yang ada untuk mencari benda-benda "berguna".

Kayu forklift-support ni aku dah rembat dan leraikan awal-awal lagi, dalam perancangan aku nak buat projek DIY pedalboard kalau ada masa nanti.

Agak-agak polystyrene hitam ni boleh dimanfaatkan menjadi apa?

Dan ini merupakan benda yang wajib aku kumpul sekiranya ada barangan elektrik/elektronik yang baru sampai di pejabat - silica gel. Paket silica gel 2" x 2" macam ni amat sesuai kalau diletak di dalam gigbag atau hardcase gitar (atau dalam beg kamera pada yang kaki DSLR).
Ia berfungsi sebagai ejen pengering (desiccant) supaya udara di dalam beg tidak lembab, seterusnya melambatkan pertumbuhan karat dan kulapuk, serta membuatkan gitar di dalam beg berbau harum seperti gitar baru.
_____
Ada apa: Apalah nasib yang bakal melanda amp Oren Besar aku nanti...
Hepi ;) Makeshift Studio Halted!
oleh Ijau D. Koceng 14 November 2010 pada 2:00 AM 0 commentsBeberapa hari lepas ada sebuah mesin HPLC dipasang di dalam bilik UV-Vis, bilik yang biasanya transformed into Hepi ;) makeshift studio di hujung minggu. Mula-mula aku ingatkan ia dipasang di bilik sebelah iaitu bilik AAS, rupa-rupanya ia dipasang di bilik UV-Vis.

Background looks familiar right?
Ya... Sebab di sinilah selalu kitorang jamming.

Model Alliance HPLC keluaran Waters Corp. Difahamkan mesin ni harganya ratus-ratus ribu, damn!~ Well, all scientific equipments especially those chromatography and spectrometry equipments really cost a fortune. Disebabkan mesin ni mahal, aku sempat bertanya kepada technician yang memasang mesin ni satu soalan cepumas:
Aku: "Kalau bunyi yang kuat, akan ada efek pada mesin ni tak?"
Technician: "Muuungkin~ ada kot? Kenapa you tanya?" [sambil tergamam mendengar soalanku]
Aku: "Kami hujung minggu selalu jamming dalam bilik ni..." [dengan selamba sambil menunjukkan amplifier, speakers dan drumset Bob Kandar]
Technician: "I pun tak berani nak buat confirmation, but as a precaution better you main di tempat lainlah sebab secara logiknya kalau selalu terdedah kepada vibrations daripada bunyi yang kuat, maybe akan ada long term effects pada mesin. After all this is a very delicate instrument..."
Dipendekkan cerita, nampaknya lepas ni aku dan geng-geng Hepi ;) terpaksa mencari tempat lain untuk jamming. Hey, the room was designated for scientific equipments in the first place, so why bother complaining right? Keperluan kerja patut diutamakan berbanding keperluan hobi, walaupun mesin ni bukan di bawah tanggungjawab aku atau boss aku (Ketua Seksyen).

Alternatif yang ada sekarang ialah kat bilik mesyuarat di sebelah, tempat asal kitorang jamming waktu mula-mula berkecimpung dulu, atau opened-air jamming kat foyer/garasi macam dalam entri debut Azroy Hammett ni.
_____
Satu perkara yang aku tak puas hati ialah kotak-kotak kosong dan plastik dibiarkan bertimbun dan ditinggalkan dalam bilik.


Semangat scavenger aku mula datang... Habis semua kotak aku selongkar sebelum ia dibuang, manalah tau aku terjumpa sesuatu yang berguna walaupun ia adalah "sampah" bagi orang lain.

Aku terlambat sebab tapak kayu logistik (logistic wood base support) ni rupanya dah ada orang booked awal-awal, siap ada nama lagi. Kalau tak memang aku dah plan nak buat homemade DIY pedal board.
Oke, sebenarnya "benda" ni lah yang akan aku cari setiap kali ada equipment atau kelengkapan elektrik/elektronik yang baru, aku sanggup menyelongkar kotak untuk mencari benda ni. Apa dia? Silica gel aka desiccant.

Biasanya aku akan dapat silica gel dalam paket bersaiz kecil, tapi kali ni wtf? Aku jumpa empat paket silica gel saiz jumbo (3" x 6") besar beb! Kat mana aku nak letak kalau saiz besar macam ni? Selalu paket yang kecil aku akan letak dalam gigbag, kotak pedal/efek dan equipment lain untuk mengelakkan daripada berlakunya proses pengoksidaan (karat).
Hari ni (Ahad 14/11/2010) kalau tadak arah melintang, mungkin akan ada sessi jamming. Jadi Adi Herman dan KORawk, kalau korang baca entri ni sebelum 12.00 tengahari, sila bagi feedback.
_____
Ada apa: Lama dah tak buat opened-air jamming...
Entri AADI Paling Popular Bulan Ini
-
Berkesempatan singgah di premis Sports Direct Malaysia di Vivacity Megamall ketika berada di Kuching minggu lepas . Dan pastinya terus menu...
-
Sabtu (30/08/2025) - Bertolak dari Bandar Baru Samariang sekitar 1.30 petang, memandu dengan pemandangan menarik berlatar belakangkan Gunung...
-
Sebelum menyertai PS Boxing , aku ada follow beberapa konten tinju di media sosial, contohnya channel Tony Jeffries . Ini antara channel ya...
-
Pancingan pertama bersempena jualan Merdeka Bentley Music - seunit pikap Seymour Duncan Red Devil Strat (neck, white) Billy Gibbons signat...
-
Macam tak sangka album ini sudah mencecah usia sedekad, terasa seperti baru beberapa tahun lepas ia dirilis. Tapi bila difikir semula, rupa-...
Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?
-IDK-