Showing posts with label belajar gitar. Show all posts
Showing posts with label belajar gitar. Show all posts

Throwback Thursday: Guitar Techniques Of... Revisited


Seperti yang aku pernah katakan dalam entri ini sepuluh tahun lepas (sila abaikan gaya penulisan, ejaan dan ayat ketika itu):
"secara amnya, dvd ni mmg sesuai utk mereka2 yg ingin mengasah dan menajamkan teknik bermain gitar ala2 metallica (teknik abg ku hamit) dan bknnya utk beginner mcm aku, i think i should stick with ija medicine vcd 1st. tp xpe sebagai koleksi aku akan simpan dvd ni dan suatu hari nnti bila aku dah bleh kira thp berpengalaman aku akan pasang balik dvd ni dan blajar teknik ala2 abg ku hamit"
Terlupa pula VCD Ija Medicine.
Minggu ini aku keluarkan semula semua DVD Guitar Techniques Of... (Lick Library) yang aku ada - Metallica, Nirvana, Iron Maiden, Megadeth (eh, tak ada entri?) dan kombo Metal Riff. Walaupun masih mencabar, tetapi ternyata kali ini lebih yakin dan terasa mudah untuk mengikutinya berbanding 10 tahun lepas.

Terima kasih sekali lagi kepada mentor-mentor maya dalam DVD ini - James Humphries, Danny Gill dan Andy James.

_____
AADI: Cuba fokus satu dulu...

Air Mata Robin Williams


Ok, boleh praktis lagu ni untuk setlist MUP akan datang...


Bakal digandingkan (back-to-back) dengan Tears Of The Dragon.

____
Ada apa: Serius, dua-dua solo memang beremosi

Wordless Wednesday: Solo 11:58 PM




_____
Ada apa: Terima kasih sifu Andy James!

Kembali Kepada Asas


Kes nak melepas gian main gitar bila bercuti di kampung aku (Membakut) agak senang sebab boleh pinjam gitar anak buah aku. Aku taknak pinjam Tobi sebab gitar tu aku dah beri sebagai hadiah SPM (segan la, dah beri nak pinjam lagi) jadi aku pinjam gitar klasiknya, entah jenama apa...

Hijau~ Tinggal lima tali?
Dah biasa main gitar elektrik, tiba-tiba main gitar klasik memang suatu pengalaman yang agak menjengkelkan, lebih-lebih lagi dengan action yang tinggi, neck yang tebal, tune selalu lari dan tali yang keras. Berusaha untuk main bending sampai putus tali pertama gitar ni, hehehe...

Setelah terkial-kial beberapa kali, baru aku sedar yang aku selama ni telah mengabaikan asas bermain gitar demi mengejar bunyi heavy metal. Aku juga tak sempat merasa zaman "kesusahan" seperti mana rakan-rakan aku (dan anak buah aku) yang bermula dari bawah pada zaman remaja, bermula dengan gitar klasik murahan yang kadang-kadang main sampai tali teruk berkarat.

_____
Ada apa: Apa nak dikata...

Balik Rumah


[2010 Tribute to Iron Maiden viral entry #17]

[Filler entry] Browsing YouTube terjumpa video ni, Iron Maiden - Coming Home (cover). Lagu rasmi "balik kampung cuti raya" di kalangan geng-geng bloggers.

E'eh? Tadaklah susah sangat lagu ni kan? Kecuali part solo yang memang aku surrender (mamat dalam video ni pun cuma dapat cover solo Smith, tapi surrender bluesy part solo Murray).

Rasa-rasa kalau cover bassline lagu ni aku boleh tarik vokal sekali kot? Sekurang-kurangnya vokal lagu The Trooper lagi mencabar dari lagu ni... Harap-harap Azroy Hammett dan Bob Kandar tau lagu ni.

_____
Ada apa: Lama dah tak jamming since Bob Kandar berstatus bapa.

Guitar Talk: Buku Belajar Gitar


Ada banyak buku belajar gitar dijual di luar sana, ada yang bagus ada yang "memeningkan". Macam aku yang tadak mentor nak mengajar aku main gitar - CD/DVD, Youtube, Internet dan buku sajalah tempat belajar main gitar... Bila pandai sikit-sikit mulalah ajak Bob Kandar dan Azroy Hammett pi jamming, mempraktikkan benda yang baru dipelajari.

Minggu lepas, hari yang sama aku tengok muvi Resident Evil: Afterlife, waktu ronda-ronda Suria Sabah terjumpa sebuah kedai buku, aku lupa nama kedai tapi memang nama terkenal la (bukan Popular). Sempat ronda kategori buku hobi dan muzik, terjumpa banyak buku belajar gitar.

Dua buku yang aku snap gambarnya kat atas tu antara buku yang aku rasa bagus, banyak gambarajah berwarna dan jelas, ring binded, kalau tak silap siap ada CD/VCD kat bahagian belakang dan dengan harga yang aku kira berpatutan (dalam RM50+). Aku dah pegang-penang buku ni nak beli...

In the end, tak jadi beli... Sebab kat ruangan appendix "Guitar buying guide" dia suruh aku beli gitar Fender Stratocaster, Telecaster atau Gibson Les Paul, kalau buku belajar bass pulak dia suruh beli bass Rickenbacker... Nak mampos! Aku cuma ada Ibanez dan Dean saja, maknanya tak bolehlah beli buku ni? Hahaha!

_____
Ada apa: Apa punya alasan daaa?~ Kalau tadak duit, cakap je tadak duit...

Guitar Techniques Of... (Part 4)


Seperti biasa, banyak steps yang aku skip bila belajar main gitar. Normal chords pun belum khatam lagi (belasah powerchords je), nak belajar scales jauh sekali... Beginilah nasib bila tadak mentor, hanya belajar gitar melalui DVD.

DVD Metal Riffs, distributed by Brilliant Sound Entertainment. Beli kat (some random CD/DVD shop) Wisma Sanyan, Sibu semalam (Ahad 25/7/2010) dengan harga RM22.00 (auto discount from RM22.90). Sama je macam DVD belajar gitar lain yang aku ada (Guitar Techniques Of... Metallica, Nirvana, Iron Maiden), sorang mentor tunjuk step-by-step, note-by-note, fret-by-fret, chord-by-chord.

Hmmm... Ibanez Jet King!

Riff list

  1. Ozzy Osbourne - Bark At The Moon
  2. Pantera - Walk
  3. Pantera - Cowboys From Hell
  4. Megadeth - Symphony Of Destructuction
  5. Metallica - Sad But True
  6. Metallica - Master Of Puppets
  7. Judas Priest - Breaking The Law
  8. Velvet Revolver - Slither
  9. Guns N' Roses - You Could Be Mine
  10. Iron Maiden - Fear Of The Dark
  11. Extreme - Get The Funk Out
  12. Van Halen - Hot For Teacher
  13. Skid Row - Youth Gone Wild
  14. Dio - Holly Diver (versi drop Killswitch Engage)
  15. RATM - Killing In The Name
  16. Audioslave - Cochise
  17. Black Sabbath - Iron Man
  18. Motorhead - Ace Of Spade
  19. Alice Cooper - Poison
  20. Deep Purple - Burn

Learn 20 Metal riffs note for note with Andy James. DVD ni cuma ajar main riff sahaja not the whole song... Riff intro simple Breaking The Law yang nampak senang, bila aku cuba tekial-kial jugak jari dikerjakannya hehehe... Takpa, mula-mula memang macam tu.

Ada beberapa lagu yang kena drop-D, dan ada juga yang guna D-tuning - tak menjadi masalah sebab aku ada dua gitar fixed bridge, Dinoscars dan Abominations. Dan seperti biasa riff-riff untuk lagu Metal ni kebanyakkannya laju-laju belaka, jadi kenalah belajar pelan-pelan, slow and steady, step-by-step...

Mentor kita kali ni ialah Andy James yang cakap pelat British, tapi tak sepekat pelat James Humpries (mentor DVD Metallica). Aku lebih suka Danny Gill (mentor DVD Nirvana, Iron Maiden), mentor yang simple (typical American accent) dan straight to the point. Dalam DVD ni Andy James guna dua gitar, LTD H-series dan Music Man *unknown* signature series.

Andy James is a well respected guitarist and teacher whose influences include Greg Howe, Paul Gilbert, Tony Macalpine and Zakk Wylde. His blistering techniques has been applauded by guitar legends such as Vinnie Moore, and featured on Sky TV's Musicians Channel.

Anyway, practice makes perfect... Gambarre, chaiyok-chaiyok!

_____
Ada apa: Symphony Of Destruction... Riff ni wajib belajar ni, belajar main guna Abominations ;)

Guitar Techniques Of... (Part 3)


[2010 Tribute to Iron Maiden viral entry #7]

Disebabkan DVD ni ada kaitan dengan Iron Maiden, secara tak langsung entri ni boleh dikategorikan dalam label Maiden Tribute aku. Guitar Techniques Of Iron Maiden yang aku beli kat Chin Chin Music Centre Ahad 4/4/2010 yang lepas dengan harga selepas diskaun RM21.00 (harga asal RM22.90), distributed by Brilliant Sound Entertainment. Terdapat lima kuliah lagu klasik Iron Maiden untuk dipelajari iaitu:

  1. The Number Of The Beast
  2. Run To The Hills
  3. The Trooper
  4. Wasted Years <- cool!
  5. Can I Play With Madness

Lagu-lagu dalam DVD ni semua guna standard tuning berbanding DVD Metallica dan Nirvana yang ada beberapa lagu terpaksa drop tune half atau full steps, menyusahkan... Nanti aku nak set Mephisto untuk standard tuning dan Kelly Kelly untuk drop tuning.

Jangan hairan kenapa aku suka beli VCD/DVD belajar gitar macam ni, sebab aku tadak mentor... Jadi VCD/DVD macam ni sajalah mentor aku untuk belajar main gitar.

Seperti siri-siri yang lain, publisher DVD ni tak buat homework, letak gambar untuk cover DVD main tangkap muat je:

  • Janick Gers is 'a new guy' (don't get me wrong, I like Janick showmanship way much better than the other Maiden guitarists), kan lebih sesuai kalau letak gambar Dave Murray atau Adrian Smith.
  • Lima lagu yang ada dalam DVD ni merupakan lagu-lagu zaman sebelum Janick, sekali lagi aku rasa tak sesuai letak gambar Janick sebagai cover.
  • Gitar yang terpampang (ntah apa brand/model) [edited: info from Bro Sub, it's a Fender Mustang] tak pernah sama dengan Fender Stratocaster yang diguna/dimiliki oleh Janick (macam kes Metallica, gambar James Hetfiled tapi diorang letak gitar Dean VMNTx Dave Mustaine sig).

Mentor kita untuk DVD ni ialah Danny Gill, mentor yang sama dalam DVD Nirvana. Kelebihan Danny Gill ni berbanding James Humphries (mentor DVD Metallica) ialah dia tak banyak celoteh, straight to the point dan slang American yang dah biasa dengar, kalau James Humphries telampau banyak cakap benda-benda teknikal, slang pelat British susah nak tangkap apa dia cakap dan selalu tunjuk muka cerewet macam Mr. Bean hehehe...

Ada dua disc, disc 1 merupakan DVD kuliah belajar gitar lagu-lagu Iron Maiden song-by-song, step-by-step, part-by-part. Disc 2 pulak merupakan audio CD lagu-lagu yang dipelajari dalam DVD disc 1 ala-ala minus one atau karaoke. Aku dah convert pi mp3 jadi senang nak pasang waktu praktis jamming nanti.

Yang bestnya daripada lima lagu Iron Maiden dalam DVD ni, dua daripadanya merupakan lagu favourite aku iaitu The Trooper dan Wasted Years. The Trooper yang sememangnya dah menjadi lagu wajib setiap kali sessi jamming dan semestinya tak menjadi masalah, cuma nak asah lagi part intro licks dan pelan-pelan belajar part solo.

Wasted Years, yang ni suatu pengalaman yang baru sebab lagu ni agak kompleks berbanding The Trooper, mungkin agak sukar kalau aku nak cover vokal sambil main gitar/bass. Dengan kata lain perlu banyak latihan la kalau nak cover... Tiga lagu yang lain buat masa ni, belum berminat lagi nak masuk kuliah.

Okela, get your guitar, play this DVD, crank-up the volumes and jamm on!
Up the Irons! \m/

_____
Ada apa: Bila la agaknya aku nak beli VCD arwah Samad ni...

Ada Apa Dengan Sate Ampai-Ampai?


Sapa pernah makan sate ni? Sate ampai-ampai (obor-obor?) atau sate ikan. Tapi sate ni memang kult! Seingat aku, dari aku tadika aku dah makan sate ni, rasanya pun memang kult!

Aku kalau beli sebungkus ni boleh habiskan tak sampai 5 minit hahaha! Dengan harga RM1.00 sebungkus aku selalu beli dua bungkus. Halal ke tak? Ntahlah... Cuma kat plastik pembungkus ada cap halal Siam (macam yang ada kat Ovaltine, Oreo dan beberapa makanan yang diimport dari Thailand). Tapi kalau nak beli yang sedap, cuba tengok yang nampak berminyak dan melekit-lekit, kompom sedap berbanding yang nampak kering.

Waktu kecik-kecik dulu, mak aku selalu belikan sate ni kalau balik dari tamu pekan Membakut. Sampai sekarang pun kalau aku balik kampung, memang mak aku jarang lupa belikan sate ni. Aduih terasa rindu pulak kat mak... sat lagi nak call.

Entri Mini: Fade To Black

Seperti biasa pagi Ahad merupakan pagi yang membosankan. Alone again kat rumah, housemate masih lagi bercuti. Selain buat kerja-kerja rumah standard hujung minggu (cuci baju, kemas rumah, dll). Semalam Bob Kandar SMS aku, petang ni pukul 4.00 kalau tadak arah melintang dia nak ajak jamming (kat makeshift studio kitoranglah). Aku no hal yang penting hepi ;) dan ada gitaris.

Bulan Mei tahun lepas aku ada buat entri pasal DVD Guitar Techniques Of Metallica ni, waktu tu memang aku belum pandai main gitar (dan belum ada gitar lagi, cuma ada bass) dan memang terus-terang aku mengaku info-info dalam DVD ni memang susah nak digest.

Tapi sekarang (sembilan bulan kemudian) bila aku pasang balik, rasanya aku boleh digest info-info dalam DVD ni satu persatu, step-by-step. Lebih-lebih lagi kuliah lagu Fade To Black yang memang aku teringin sangat nak cover. Walaupun aku belum dapat digest 100% Fade To Black untuk gitar (especially part solo yang kompleks), tapi sekurang-kurangnya aku dapat digest untuk bassline yang diringkaskan. Bolehlah cuba cover lagu ni petang nanti.

_____
Ada apa: Semalam ada BBQ party + mini family day, kalau ada masa aku upload gambar.

guitar techniques of... (part 2)


aku lupa bila aku beli dvd ni, maybe selasa atau rabu mggu lps... yg aku ingt time tu aku tgh migrain tido awal xsmpt layan dvd ni smpi abis... dvd apa? dvd guitar techniques of nirvana, dari siri yg sama mcm guitar techniques of metallica yg aku review bln mei lps. beli kat kedai cd chin chin, city point bintulu dgn hrga RM22.00 (slps diskaun RM0.90)

aku rasa ramai mat2 metal di luar sana yg sebaya dgn aku at one point mmg meminati nirvana ni, mostly yg melalui zmn skolah menengah thn 90an... sbb mmg ngam dgn pemikiran remaja zmn tu yg suka memberontak, rebellious, teenage angst, seattle wave... bdk2 skrg ni je layan emo, xbrani memberontak cuma mampu emotional dan saja2 buat self-inflicted wounds utk release tension, hehehe... jgn marah~

oke, sdkt info pasal dvd ni... guitar techniques of nirvana, diedarkan oleh brilliant sound entertainment. harga runcit RM22.90 ekceli ada 10 dvd seumpanya yg masing2 tunjuk teknik2 gitar band/guitaris seperti deep purple, metallica, eric clapton, led zeppelin, rolling stones, jimi hendrix, megadeth, guns 'n' roses, joe satriani dan ofkos nirvana yg aku beli ni (mula2 nak beli megadeth, tp mesti kompleks mcm metallica... so aku beli nirvana dulu)

isi kat dlm cuma ada 1 disc shj (single layer dvd5) iaitu kuliah lagu smells like teen spirit, come as you are, the man who sold the world, lithium dan heart shaped box. mentor kita utk dvd ni ialah danny gill, slang american xmcm james humphries mentor dlm dvd metallica aritu yg mmg pekat british english nya

sdkt info pasal mentor kita seperti yg tercatat kat blkg dvd ni "danny gill is a former pupil of joe satriani, and co-author of the musicians institute rock lead guitar series. his songs have appeared on numerous tv shows including the osbournes as well as motion picture soundtracks such as insomnia and under siege" dlm dvd ni beliau guna gitar fender sunburst ntah apa model nmpk mcm strat, 22-fret 2x humbucker pick-ups. fender model apa yg guna humbucks?

xspt dvd metallica aritu, guitar works lagu2 nirvana dlm ni xbrapa kompleks... ada sket2 aku bleh follow wlupun byk yg guna power chords tp jari2 aku masih terkial2 hehehe... cuma aku xbrapa suka 2-3 lagu kena tune gitar jd drop-d, mls aku nak retune drop-d

well, aku bermula dgn lagu lithium dan smells like teen spirit step by step guna gitar nandung aku, sementara menunggu grg270 yg blm smpi (hopefully dpt mggu ni)

kesimpulannya, mmg sesuai utk beginner (mcm aku yg baru 4-5 bln blajar) sama mcm vcd ija medicine. tu pun klu aku just focus on 1 song only, step by step... saya budak baru belajar, klu salah jgn jolokkan... bahaya!~

to be continued...

_____
p/s: nak cari mentor...

guitar techniques of...


ptg td lps blk keje aku ingatkan ada main futsal, aku dah siap2 dah tukar baju... tgk2 dorg xmain futsal, dorg pi main bola padang training 9 sebelah kat padang dpn dewan suarah... aku kalau bola padang malas la aku nak join, dahla xde kasut stud... nak mampos berlari satu padang tekejar2 bola? aku tukar blk baju keje then terus pi ronda2 kat city point pi kedai cd chin chin. seperti yg aku mention dlm entry ija medicine, aku pi cari dvd guitar techniques of metallica

dlm operasi mencari dvd tu kat chin chin, aku ada jumpa set cd audio ni... terbeliak mata jugak tgk, dlm hati ada rasa nak beli, tapi xpe lain kali je la lgpun cd ni bknnya jenis hot items... org2 tertentu je yg akan beli, cd apa? ni hah aku smpt curi2 snap - ditujukan khas but cimca & dato (kalau korg baca entry ni la)

46 lagu! 4 cd! RM19.90! hahaha! mmg berbaloi~
nnti mmg aku beli jugak cd rhoma irama ni >:) tggu dan lihat!~

lps jmpa dvd yg aku cari, aku xbuang masa terus pi kaunter. waktu nak bayar aku ada tanya cashier smbl tunjuk tanda logo [original RM29.90 2 discs] aku tanya "yg ni mmg 2 disc ka?" cashier tu terpinga2 then tanya aunty kat sebelah dia (tauke la kot aunty ni) tup2 dia balas "i bg u RM28 la" erk? bila masa aku minta diskaun? aku tanya lain tup2 dpt diskaun RM1.90... hah!~ aku xbyk ckp terus je bayar dan blah...

sblm aku blk rmh, aku sggh pi bayar bil celcom broadband kat kiosk auto payment celcom... hehehe 1st time pakai mesin ni beb, slalu2 bayar kat tm point skali dgn bil astro, air, api... terkial2 aku cari mana button rupanya menalah ni pakai touch screen :D hehehe nasib baik xde org...

oke, sdkt info pasal dvd ni... guitar techniques of metallica, diedarkan oleh brilliant sound entertainment. harga runcit RM29.90 ekceli ada 10 dvd seumpanya yg masing2 tunjuk teknik2 gitar band/guitaris seperti deep purple, nirvana, eric clapton, led zeppelin, rolling stones, jimi hendrix, megadeth, guns 'n' roses, joe satriani dan ofkos metallica yg aku beli ni (nnti ada rezeki aku try megadeth la plak)

isi kat dlm ada 2 disc (single layer dvd5) disc 1 - kuliah lagu enter sandman, the unforgiven dan sad but true, disc 2 - kuliah lagu fade to black dan battery. mentor kita utk dvd ni ialah james humphries yg mmg pekat british english nya, kalau xbiasa dgr pelat british (bkn american) mmg susah nak tangkap apa yg dia sebut. sdkt info pasal mentor kita seperti yg tercatat kat blkg dvd ni "james humpries is the author of the acclaimed giants of rock and giants of metal guitar courses. he is a tutor at one of the uk's leading music colleges, and a regular contributor to guitar techniques magazine" dlm dvd ni beliau guna gitar yamaha acoustic dan utk elektrik guna gitar musicman ntah apa model 24-fret 2x humbucker pick-ups, tapi cantik kaler ijau border pepel :)

sampai kat rmh, aku test disc 2 sbb nak dgr lagu fade to black (lagu lain aku xsmpt lagi nak tgk sampai abis)... mentor kita akan bahagi2kan part2 lagu (intro, solo, verse, chorus, dll) supaya senang nak blajar satu persatu... hah! yg pasti dvd ni mmg bukan utk level aku, sbb target dvd ni adalah utk mereka2 yg berpengalaman dan dah biasa bermain gitar, bukannya utk mereka2 yg baru nak berjinak2 main gitar (mcm aku)

secara amnya, dvd ni mmg sesuai utk mereka2 yg ingin mengasah dan menajamkan teknik bermain gitar ala2 metallica (teknik abg ku hamit) dan bknnya utk beginner mcm aku, i think i should stick with ija medicine vcd 1st. tp xpe sebagai koleksi aku akan simpan dvd ni dan suatu hari nnti bila aku dah bleh kira thp berpengalaman aku akan pasang balik dvd ni dan blajar teknik ala2 abg ku hamit

to be continued...

_____
p/s: rasa macam nak demam la plak...

asas bermain guitar ija medicine


mggu lps waktu aku tgh tggu order mee kolok kat food court sing kwong, aku smpt belek2 cd/vcd yg jual kat area dpn... aku belek2 area ori je, yg pirate aku dah xberminat dah... belek punya belek aku terjumpa 1 vcd ni, tajuknya asas bermain guitar ija medicine - jam gitar dalam bentuk karaoke (salah ejaan ni, kejap guitar kejap gitar, tp dah mmg mcm tulis kat cover), dlm hati aku best jugak vcd ni kalau aku beli utk blajar main gitar (gitar yg bakal dibeli)... so ptg td dlm pkl 7+ lps abis main futsal, aku sggh sing kwong... lps shopping brg mingguan aku beli la vcd (ori) ni dgn harga RM19.90

sblm bacaan lanjut, ada sdkt nota - kpd pembaca yg dah kira masuk taraf guitar hero, shredder, ada kugiran sendiri, ada lagu2 sendiri, album, singles @ ep... disarankan skip entry blog ni, xsesuai utk anda. tp kalau nak terus membaca jugak @ nak baca review aku terpulangla... sokongan anda amat dihargai... tp, paham2 ajela "saya budak baru belajar.. kalau salah jgn jolokkan"

terbitan & edaran NSR (P) & (C) 2008 new southern records sdn. bhd. (kira baru dlm pasaran lg la vcd ni) kepada yg xkenal ija, beliau merupakan gitaris utk kumpulan rock medicine (bekas gitaris? medicine dah disbanded ke blm?) yg popular suatu ketika dahulu dgn lagu2 seperti tika dan saat ini, rimba cintaku, kerana cinta, cinta mistik, titian... time lagu2 ni top klu xsilap dlm thn 1988-1989 kot time tu aku baru darjah 3. beliau jugak pnh mendpt gelaran pemain gitar terbaik dlm pertandingan juara2 rock pd thn 1986. isi kat dlm 1 cd je, lbh kurg 1 jam kuliah gitar. berikut bbrp snapshop drp vcd ni:

intro splash page vcd

gitar gibson les paul

lagu2 selingan jamming dgn kawan2

berikut adalah antara kandungan vcd ni (mata pelajaran)
01 ulasan vcd dan pembelajaran
02 jam "ija and friends" - lagu i
03 tuning
04 teknik posisi tangan kanan dan tangan kiri
05 kod-kod asas
- major
- minor
- kod-kod principal dan family
- cara-cara menggabung kod
06 skaling-skaling asas
- major
- minor
- pentatonic
- cara-cara menggunakan skaling di dalam kod
07 kod dan skaling "tika dan saat ini"
08 jam lagu "tika dan saat ini"
09 latihan-latihan asas
- latihan chromatic
- latihan petikan (picking)
- cara menggunakan "metronome"
10 penutup
11 jam "ija and friends" - lagu ii

sdkt ulasan kt blakang cd ni "vcd ni adalah pembuka jalan dan buah tangan saya kepada peminat gitar yg ingin belajar bermain gitar dan insya-allah akan diteruskan hingga ke peringkat yg seterusnya... [truncated] ...kerjasama anda amat saya hargai. akhir kata kpd peminat belilah yg original"

ulasan aku? vcd ni amat sesuai kpd mereka2 yg ingin blajar main gitar dr tahap asas (start from scratch... abc, doremi) tp xde mentor (mcm kes aku la)... cara penyampaian ija yg slamba kira mcm borak dgn mmbr2... klu tlps satu bab @ cara ija ajar laju sgt, apa susah rewind blk la... so, slamat blajar & slamat maju jaya, yakin boleh!

_____
p/s: kat city point plak aku ada jumpa dvd guitar techniques of metallica, dvd ori hrga RM20+ nnti kalau aku dah beli aku review

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (59) adrian smith (21) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (16) alice (12) amcorp mall (12) amplifier (167) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (165) anthrax (1) arlo (9) artis tempatan (157) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (20) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (8) bag/case (90) barbarik (2) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (14) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (347) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (40) blades (5) blaze bayley (31) blind guardian (22) blogging blues (79) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (74) botb (21) bourns (5) boxing (53) brado guitars (7) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (25) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (83) cheers (3) children of bodom (28) ck music (66) cleartone (3) cog (12) coke (5) coklat (20) cola (13) compilation (70) conception (2) console games (43) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (18) d'addario (63) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (31) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (7) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (52) digitech (26) dimarzio (69) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (19) ec-256 (28) ec-257 (20) eclipse-ii (27) edwards (1) ehem (37) eksperimen (94) electro-harmonix (32) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (41) emo (289) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (39) epiphone (179) erectus (29) ernie ball (44) es-335 (2) esp/ltd (239) estock (72) evanescence (1) everlast (7) evh (2) exists (9) f-54 (9) f&n (19) fallout (18) family (86) fear factory (3) fender (20) filler entry (47) fishman (3) flashback friday (50) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (25) fusion (3) g-hr3-68 (5) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (54) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (132) gator (26) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (39) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (5) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (7) hammerfall (19) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (9) hillsburg (2) historical (17) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (32) ibanez (238) icb200ex (15) iced earth (10) icon (51) imago (73) imitation (3) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (3) iron maiden (175) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (302) j5 (15) jackson (77) jamming (163) jamtank (46) jepak (9) jim dunlop (84) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (26) jr (28) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (7) kakis store (4) kamelot (28) karisma (4) kaset (37) kawan (392) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (112) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (111) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (19) kuala lumpur (42) kuala penyu (1) kuching (14) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (20) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (88) lil (38) limbang (7) limited edition (72) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (6) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (94) m-50fr (28) mackie (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (618) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (21) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (12) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (68) melaka (13) membakut (47) memori (463) mercyful fate (11) metallica (100) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (55) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (109) mrs (61) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (169) music bliss (32) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (13) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (32) new gear (260) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (124) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (9) nylon maiden (2) of string (29) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (42) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (15) pandora mini (12) panik (5) pantai (8) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (76) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (365) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (65) pepatung (4) peristiwa (37) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (14) pic of the day (65) pick (72) pickup swap (102) pickups (223) pkp2020 (26) pkp2021 (22) pl1 (9) planet waves (19) playstation (39) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (23) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (9) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (35) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (30) restring therapy (115) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (3) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (5) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (12) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (59) shopee (47) sibu (11) sick puppies (5) signboard (17) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (77) solar (1) sonata arctica (3) sony (33) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (31) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (15) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (190) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (14) super album (105) superlux (4) susu (20) sv guitars (3) swee lee (34) sx (10) sze chan (1) t-shirt (68) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (21) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (37) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (44) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (17) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (51) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (137) tribute (65) trivium (21) tsb6 (7) tuner (38) tv (33) ugly kid joe (3) ultra swede (7) usm (8) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (485) wrestling (14) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (127) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger