Showing posts with label dimarzio. Show all posts
Showing posts with label dimarzio. Show all posts

DiMarzioed GRGR221PA


Menerima sebuah Ibanez Gio GRGR221PA untuk dipasangkan dengan set pikap DiMarzio D Sonic dan D Activator-X seperti yang diceritakan dalam entri semalam. Gitar milik seorang gitaris metal generasi muda Bintulu yang menyertai banyak band selain band utamanya Hemewrath.

Walaupun fizikal gitar ini masih nampak baru (keluaran 2022), tapi bridge, tombol-tombol logam dan segala skru pada pickup ring berkarat teruk. Fretboard kayu purpleheart nampak sehitam ebony dan reversed headstock Ibanez memang nampak ganas. Tiba-tiba aku terGAS kembali dengan model GRGR131EX.

Dalam spesifikasi, badan gitar ini berkayu okoume manakala permukaan atas adalah basswood dengan kemasan "poplar burl art grain" berwarna aqua burst (AQB). Dengan kata lain corak kayu cantik itu hanyalah imej ("art") dan bukannya corak urat kayu sebenar. Sebab itu ia agak ringan sekitar 2.9 kg sahaja.

Untuk sebuah Gio buatan China, pertukangan kayu memang kemas, sekemas full-fledged Ibanez buatan Indonesia. Cuma aku tak berapa berkenan dengan harga pasaran siri-siri Gio sekarang yang melebih tahap RM1k. Kalau 10-15 tahun lepas, harga sebuah Gio hanya sekitar RM600-900 sahaja.

Kaviti isi perut pun nampak kemas bercat konduktif, hanya wayar-wayar sahaja tidak dikemaskan, dibiarkan begitu sahaja. Comel pula warna kod wayar pikap Ibanez IBZ-6 pink (neck) dan hijau (bridge).

Menggunakan suis 5-arah Ibanez *3SWLGSC yang amat memudahkan kerja-kerja pematerian kerana telahpun ada label pada setiap terminal, seperti suis 3SWSLP5 pada Lagoon (RGA42FM) dan RG370AHMZ Nuing. Tidak seperti suis 5-arah tradisional yang sentiasa kena rujuk skematik supaya tak tersilap terminal.

Kerja-kerja pematerian hanya mengambil masa sekitar 15-20 minit sahaja disebabkan faktor seperti perenggan di atas tadi. Seperti biasa, wayar-wayar dalam isi perut diikat kemas dengan cable tie untuk meneruskan legasi YusTech.

Selebihnya banyak masa diluangkan untuk membersihkan gitar ini, fretboard dikondisi dengan produk kimia Jim Dunlop dan dalaman potentiometer disembur dengan electronic contact cleaner untuk menghilangkan bunyi-bunyian yang tidak diingini semasa memulas tombol.

Hanya action sahaja yang tidak dapat dilaras sepenuhnya kerana bridge sudah berkarat teruk terutama pada saddle tali tebal EAD. Ini biasanya terjadi disebabkan palm-mute yang ekstrim tetapi tidak dibersihkan selepas setiap kali penggunaan berat. Residu kulit dan peluh tertinggal pada permukaan mempercepatkan lagi proses pengaratan.

Dipasangkan juga dengan set tali baharu yang dibekalkan iaitu Dunlop DEN1156 (11-56), ditala dan diintonasi pada drop-B seperti diminta.

Feedback daripada tuan punya gitar - respon D Sonic memang tight manakala sustain D Activator-X agak panjang, kedua-duanya amat sesuai untuk muzik bertalaan rendah. Gitar ini juga katanya bakal beraksi untuk gig besar di Sibu bulan Julai nanti.

_____
AADI: *Rasa nak cari suis begini di Shopee.

Letgo: Sonic Activator-X


Melepaskan dua buah pikap DiMarzio yang ada dalam koleksi peribadi - D Sonic camo (DP207) dan D Activator-X neck (DP221). Satu dah terperap sejak 2022, satu lagi baru saja diperolehi beberapa bulan lepas dan masih lagi sealed.

Dilepaskan kepada seorang rakan atas rakan (melalui perantaraan Azrol) yang meminta aku memasangnya pada gitar Ibanez Gio GRGR221PA yang akan dihantar untuk diservis. Akan dibuatkan entri berasingan kelak.

Atas faktor ketiadaan gitar perumah, walaupun tahap koleksi terutamanya kemasan camo tu, keraskan hati dan lebih baik lepaskan saja. Yang penting balik modal, terlebih tu kira rezekilah. Seperti yang aku taip dalam entri Pickups R Us:

"Worst case scenario, beberapa pikap mungkin akan didagangkan semula untuk modal pusingan (GLTL). Dengan harapan dapat dikekalkan pada harga asal (balik modal) atau mengikut harga semasa yang lebih tinggi, lebih-lebih lagi untuk pikap yang belum pernah dipasang."

_____
AADI: Gali lubang tutup lubang?

D Activator-X Bentley


Katanya cuba untuk tidak membeli pikap gitar lagi tahun ini, tapi terjebak jua dengan promosi pikap Bentley Music yang sukar ditepis bersempena ulang tahun ke-50 mereka.

Menarik picu untuk mendapatkan DiMarzio D Activator-X neck (DP221). Dan dengan promosi diskaun 40% tadi menjadikan harganya jauh lebih murah berbanding harga runcit pra-pandemik. Penampilannya sama seperti model X2N.

Tergugat juga dengan set Seymour Duncan Thrash Factor yang berdiskaun 30%, mohon muhasabahkan diri dekat nak raya ni.

_____
AADI: Ada geng D Sonic.

DiMarzioed Swede


Antara sebab set DiMarzio PAF Pro/Super 3 dikeluarkan daripada gitar rimau Tigera adalah untuk *dieksperimentasikan pada Swede (Hagstrom Ultra Swede) ini.

Julianbucker dan Alnico Classic yang baru sahaja dipasang bulan lepas dikeluarkan. Walaupun kedua-duanya krom nampak gorgos pada gitar ini, tapi atas faktor-faktor tertentu ia bukanlah pikap yang sesuai untuk Swede.

Tak stress ke kejap-kejap je tukar pikap gitar? Tak, bagi aku ia sebahagian daripada sessi terapi minda kerana semua aku buat sendiri (supaya kekal siuman) bukannya dihantar ke kedai dan dicas berganda-ganda.

Lagipun kerja-kerja pematerian menjadi lebih seronok selepas memperolehi stok tip pateri OEM dan timah berkualiti seperti dalam entri WW beberapa minggu lepas.

Menggunakan suis mini DPDT yang sedia ada sebagai coil-split kedua-dua pikap untuk variasi bunyi. Seperti biasa wayar-wayar dikemas dan diikat dengan cable tie untuk meneruskan legasi YusTech.

  • PAF Pro - 8.6k (series), 4.4k (split)
  • Both - 6.6k (series), 3.4k (split)
  • Super 3 - 26.8k (series), 13.7k (split)

*Seperti ada sesuatu yang magis dengan gitar ringan bernadi pikap high output DiMarzio seperti Super 3 ini, responnya lain macam membuatkan aku bisa tersenyum. Sama seperti respon ex-Neon yang pernah dipasangkan dengan D-Activator suatu ketika dahulu.

Dipasangkan dengan set tali baharu Harmony HE02 (10-46), ditala dan diintonasi pada Eb-standard supaya boleh digunakan sebagai gitar harian.

Tali sebelum ini Ernie Ball Not Even Slinky (12-56) yang baru diguna sebulan, dikitar semula dan dipasang pada Tigera yang lebih mesra untuk talaan rendah (C-standard) bernadi Alumitone/Deathbucker.

_____
AADI: Habiskan stok Harmony.

Lagun Biru (Part 2)


Sambungan entri ini...

Selepas dibersihkan secara teliti, perancangan awal ingin menggunakan set pikap Seymour Duncan Jazz dan JB Trembucker (kontot), tapi atas beberapa faktor ia terpaksa dibatalkan.

Warna biru asal, bawah bridge.

Faktor utama ialah skru-skru kutub (pole screws) kedua-dua Duncan ini agak panjang di bawah pikap, terkena pada badan gitar dan pikap tidak dapat direndahkan lagi. Meninggalkan hanya 2-3 mm ruang antara pikap dan aras tali, agak tidak relevan untuk setup pikap pasif.

Dicuba pula dengan set pikap asal Swede yang memiliki skru kutub agak pendek dan pikap bridge dalam saiz f-spaced/trembucker. Bila dipasang, set pikap ini amat sepadan dalam kaviti, bingo!

Faktor pikap generik ini sekurang-kurangnya jika ia dilepaskan kelak, harga keseluruhannya tidaklah terlalu tinggi berbanding jika mengambil kira kos Seymour Duncan.

Dipasangkan dengan konfigurasi suis asal RGA42FM - neck (8k), neck parallel (2k), neck/bridge (5k), neck/bridge split (3k), bridge (12k). Juga meneruskan legasi YusTech dengan mengikat kemas wayar-wayar yang ada dengan cable tie.

Proses terakhir dipasangkan dengan set tali Harmony HE01 (9-42), ditala dan diintonasi pada E-standard. Maka selesailah proses restorasi membersih, menservis dan memasang pikap gitar ini, kini ia sudah boleh beraksi sebagai sebuah gitar yang lengkap.

Serius, bila sudah biasa memegang gitar jenis singlecut (Les Paul, Eclipse) yang memiliki neck tebal, memegang neck Wizard III Ibanez yang nipis terasa agak janggal. Radius fret pun 400 mm (~15.75") agak rata setelah sekian lama selesa menggunakan radius 12". Akan dipandu-uji seoptimumnya jika ada sessi jammng kelak.

_____
AADI: Bila dah puas hati, barulah iklankan.

Pickups R Us


Antara satu kelemahan aku bab kegitaran ini ialah pantang tengok harga pikap yang menarik, promosi atau pada harga pra pandemik, pasti akan tertarik. Kesudahannya, tersadai dalam stok peribadi kerana belum ada gitar perumah yang sesuai.

  1. Lace Alumitone + Deathbucker - pernah beberapa kali dipasang pada Shiro, Goldie, Tigera dan ex-Praetor, tapi akhirnya dikeluarkan atas sebab-sebab tertentu.
  2. Seymour Duncan JB Trembucker (dalam kotak 59 Trembucker) - aka JB kontot, pikap ini aku "lowball" serendah-rendahnya atas alasan wayar telah dipotong terlalu pendek. Pernah dipasang pada ex-Mr. Smith dan ex-Praetor.
  3. Seymour Duncan Jazz - pernah dipasang pada ex-Praetor bersama-sama JB kontot di atas. Dikeluarkan kerana gitar tersebut telah dijual dengan pikap asal.
  4. Seymour Duncan Vintage Blues Set - yang ini masih belum pernah dipasang pada mana-mana gitar. Terkejut tengok harga semasa untuk model ini yang hampir dua kali ganda mahal.
  5. Seymour Duncan Blackouts AHB-1N (dua unit) - pernah dipasang pada Shiro tetapi dikeluarkan semula untuk kembali menggunakan pikap asal.
  6. DiMarzio D Sonic Camo - dengan kemasan bobbin camouflage yang rare, sebahagian daripada koleksi peribadi. Juga belum pernah dipasang lagi.
  7. Julianbucker - diperolehi daripada lagenda blues Malaysia, Julian Mokhtar. Yang ini perlu dicari gitar perumah segera dan digunakan sendiri. Jika didagangkan semula hampir tiada nilai. Pernah dipasang pada abang long Goldie, tapi dikeluarkan untuk memberi laluan kepada set Gibson 490R/T.
  8. Epiphone Alnico Classic chrome (dalam kotak Hot Rodded set) - perolehan Shopee khusus untuk abang long Goldie. Tapi dikeluarkan jua apabila ada lagi set pikap yang lebih terliur untuk dipasang.
  9. Epiphone Alnico Classic gold (dalam kotak DiMarzio) - pikap asal gitar rimau Tigera yang kini bernadi DiMarzio PAF Pro + Super 3. Ikut pengalaman aku, pikap asal sesebuah gitar lebih baik disimpan sebagai backup untuk mengekalkan nilai gitar tersebut.

Worst case scenario, beberapa pikap mungkin akan didagangkan semula untuk modal pusingan (GLTL). Dengan harapan dapat dikekalkan pada harga asal (balik modal) atau mengikut harga semasa yang lebih tinggi, lebih-lebih lagi untuk pikap yang belum pernah dipasang.

_____
AADI: Tapi masih terGAS untuk mendapatkan pikap model tertentu.

DiMarzioed Tigera Reloaded


Mengikut jejak abang long Goldie beberapa minggu lepas, gitar rimau Tigera sekali lagi diberi peluang dipasangkan dengan set pikap DiMarzio PAF Pro/Super 3.

Seperti tahun lepas, ia juga dipasangkan dengan cover emas. Tapi kali ini dengan cover (Shopee) yang bertutup sepenuhnya, sesuai dengan hex-pole pikap moden DiMarzio. Tanpa cover, bobbin pikap-pikap DiMarzo nampak tidak menarik.

Teknik memasangnya juga kali ini agak proper berpandukan teknik melilin yang dipelajari daripada Julian Mokhtar dan Phillip McKnight. Cover emas kali ini agak serasi dengan gold hardware gitar berbanding cover tahun lepas yang bisa membuatkan aku OCD dan membukanya.

Kalau masih OCD juga, aku akan tukar TOM bridge dan stop tail yang sudah lusuh kemasan emasnya. Dengan teknik melilin tadi, cover ini sudah cukup ketat dan tak perlu dikunci dengan timah pateri, lebih mudah untuk membukannya semula jika sudah bosan kelak.

Dipasang secara full humbucker, tiada apa-apa perubahan pada litar isi perut. Juga dibelanja dengan set tali baharu GHS Boomers GB91/2 (9.5-44), set terakhir dalam stok. Ditala dan diintonasi pada Eb-standard.

Dengan set PAF Pro/Super 3 dan talaan Eb-standard tadi, gitar ini akan menjadi Les Paul utama untuk heavy metal, abang long Goldie dalam E-standard direhatkan. Itupun kalau ada jamming atau gig. Serius, sudah lama tak jamming...

_____
AADI: Tunggu YES CK Music untuk stok semula tali GHS.

Sepetang Di REG Studio (Part 4)


Setahun lebih tidak menjejak kaki di REG Studio, kali terakhir ketika sessi MUP FB Livestream Disember 2021. Kini REG Studio berubah wajah sekali lagi menjadi semakin luas. Selain layan sessi jamming rakan-rakan Erectus, Bro Eden juga menjemput aku datang untuk menservis gitarnya.


Sessi jamming Erectus ini sebagai persediaan mereka untuk gig *Sarawak Metal Regime 2023 di Sibu bulan September nanti bersama-sama Langsuir, Sil Khannaz, As Sahar, Necrotic Chaos, dll. Kali ini disertai oleh Herman Akmal (NV Unity, Sunday Mirka) sebagai growler.

Cerita pasal servis gitar, Fender Stratocaster Bro Eden ini sudah lama bermasalah dengan tombol volume. Menservisnya agak impromptu dengan tools di studio yang ala kadar. Bro Eden ni geng motor Harley-Davidson, kalau tools untuk repair motor memang banyak, tapi tools yang kecil dan delicate agak terbatas.

Nasib baiklah aku siap sedia bawa beberapa tools yang bisa membantu - ESP multi spanner, string winder, solder sucker dan timah sendiri (Pro'sKit) - timah yang disediakan adalah jenis lambat cair.

Seperti yang aku sarankan ketika menservis bass Ibanez RB630 Roadster II tahun lepas, Bro Eden menyediakan alat ganti yang berkualiti iaitu potentiometer DiMarzio EP1200 custom taper 250k.

Ini bukanlah pickguard yang asal kerana yang asal berwarna putih, pikap dan elektronik pula aku lupa nak tanya cerita. Untuk sebuah Strat MIA, agak pelik kerana menggunakan 5-way switch jenis Alpha dan dua pot mini Gotoh. Mungkin elektronik asal sudah rosak dan diganti dengan apa yang ada ketika ia diservis tahun 2018.

Bro Eden kata selepas ini kalau ada masa mungkin dia minta aku tukar switch pula, aku sarankan guna switch jenis CRL/Oak Grigsby daripada Allparts atau DiMarzio dan tukar sekali kedua-dua pot tone dengan pot DiMarzio EP1200 juga.

Dengan tools yang terbatas, mengambil masa sekitar sejam untuk menyiapkannya, berlatar-belakangkan lagu-lagu Erectus. Teringat ketika menjadi bassist bidan terjun mereka sebelum pandemik dulu. Terlupa pula ambil gambar isi perut setelah selesai untuk diarkibkan di sini sebagai legasi YusTech.

_____
AADI: *Kalaulah gig itu dibuat di Bintulu.

1 Mega Ohm Potentiometer


Menggunakan kupon hari lahir kelab JS Music untuk mendapatkan dua unit DiMarzio EP1202, 1M (1000k) ohm potentiometer.

Walaupun dilabel sebagai TONE, tapi ia jenis "custom taper" seperti pot 250k/500k DiMarzio yang lain, maknanya boleh juga digunakan untuk VOLUME bagi memberikan output pikap humbucker yang lebih nyaring berbanding pot 500k.

Sesuai jika menggunakan kabel yang panjang dari gitar ke pedal atau amp, atau digunakan untuk menyaringkan sedikit pikap humbucker yang jenis kelam (dark). Dan seperti pot DiMarzio yang lain, ia bersaiz CTS.

_____
AADI: Simpan dalam stok dulu.

Camo D Sonic


Rupa-rupanya JS Music masih lagi pengedar rasmi jenama DiMarzio, aku ingatkan sudah dimonopoli oleh kompeni yang satu lagi tu. Bila mana berita ketibaan stok baharu diiklankan dalam Facebook, dengan pantas aku terus menjengah website mereka.

Dan terjumpalah model D Sonic (DP207) dalam kemasan camo ini. Satu daripada model DiMarzio idaman yang belum pernah dicuba. Ditambah dengan diskaun 10% untuk ahli dan promo Atome 11.11 membuatkan harganya kini seperti harga DiMarzio pra-pandemik.

_____
AADI: Tunggu ada pasangan camo untuk neck pula.

Golden Preator


Daripada pengalaman menggunakan ex-Sarge tiga tahun lepas, King V siri JS32 ini memang platform yang tegap untuk modifikasi.

Tak sampai dua hari dimiliki, Praetor ini terus dimodifikasi menggunakan hardware "emas" berprestasi yang sama pernah dipasang pada ex-Sarge - Gotoh GE1996T tremolo unit, GHL-2-G locking nut dan Planet Waves PWAT-6R3 auto-trim locking tuners.

Sebelum memulakan proses modifikasi, mengambil kesempatan untuk menggilap fret yang kusam dan merawat fretboard yang kering dengan produk Dunlop.

Seperti yang dijangka, model ini masih menggunakan pikap Belcat yang dijenama semula. Pikap ini berfungsi dengan baik, tapi untuk citarasa peribadi dan keberadaan pikap aftermarket dalam simpanan, ia akan diganti.

Pendawaian asal yang ringkas - 1x volume, 1x tone, 3-way toggle switch - dalam kaviti yang agak kemas dan bercat konduktif (hitam). Jika ingin menggunakan pikap atau preamp aktif, luas kaviti ini dapat menampung sebiji (atau dua) bateri 9V.

Sebagai gitar perumah yang berpotensi, ia dipasangkan dengan set DiMarzio PAF Pro/Super 3 serta cover emas (generic Shopee) untuk melengkapkan tema hardware "emas" dan tugasnya sebagai gitar metal. Warna emas cover agak cerah berbanding bridge dan tombol (OCD melanda).

Dipasang secara humbucker penuh tidak perlu pendawaian yang kompleks seperti opsyen push-pull coil-split, series-parallel. Mengekalkan komponen elektronik asal, selagi ia berfungsi tidak perlu ditukar. Wayar-wayar dikemaskan untuk meneruskan legasi YusTech.

Dan akhir sekali dipasangkan dengan set tali baharu PRS Classic 10-52 pemberian Bro Sub The Guitar Addict tiga tahun lepas. Masih tidak berkarat selepas sekian lama dalam simpanan, tidak seperti jenama cap burung yang satu lagi tu. Action direndahkan seoptimumnya, diintonasi dan ditala pada D-standard. Sedia untuk beraksi...

_____
AADI: Kembali masuk khemah Jackson.

DiMarzioed Tigera


Set DiMarzio PAF Pro/Super 3 yang sebelum ini dipasang dalam Goldie kini dikeluarkan dan dipasang pula pada gitar rimau Tigera. Kenapa? *Kerana aku boleh.

Ada sedikit modifikasi pada pikap, ia dipasangkan dengan cover berwarna emas kerana aku agak OCD dengan penampilan gitar ini, sebuah Les Paul Custom yang sewajarnya set gold hardware, berbanding hanya bobbin hitam.

Cover logam begini mudah diperolehi melalui Shopee. Sudah agak lama aku memperolehi set emas ini juga ada set berwarna hitam matte. Ia amat serasi dengan saiz tapak pikap DiMarzio, cukup-cukup muat dan ketat tanpa sebarang modifikasi.

Lubang cover selari seperti ini dipilih berbanding lubang individu kerana tak perlu risau dengan jarak antara kekutub pikap saiz normal humbucker (~50 mm) pada PAF Pro dan saiz F-spaced (~52 mm) pada Super 3.

Bahagian belakang tak perlu "dikunci" dengan pateri, kerana manalah tahu akan datang aku gatal tangan bertukar pikap lagi atau bosan dengan cover ini.

Kerja-kerja memateri pun tidaklah mengambil masa yang lama, sekitar 15-20 minit sahaja kerana hanya dua terminal per pikap sahaja yang perlu dipateri, bahagian lain tak perlu diganggu. Selebihnya banyak masa dibuang untuk mengemaskan wayar-wayar yang ada, meneruskan legasi YusTech.

Dengan cover begini, penampilannya sedikit sebanyak seakan-akan pikap jenis filtertron. Tapi sekali lagi OCD melanda, mula mempertikaikan warna emas baharu pada cover berbanding warna emas yang lusuh pada bridge dan tailpiece (model 2008), aiseh...

Gambar lama.

Abang long Goldie pula kembali dipasang dengan set Epiphone Alnico Classic. Selepas 10 tahun, ia kini dirancang untuk direhatkan daripada tugas-tugas jamming atau gig, tugas yang diserahkan kepada Tigera tadi sekiranya memerlukan khidmat sebuah Les Paul.

_____
AADI: *Ia juga sejenis terapi.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (59) adrian smith (21) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (16) alice (12) amcorp mall (12) amplifier (167) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (165) anthrax (1) arlo (9) artis tempatan (157) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (20) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (8) bag/case (90) barbarik (2) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (14) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (347) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (40) blades (5) blaze bayley (31) blind guardian (22) blogging blues (79) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (74) botb (21) bourns (5) boxing (53) brado guitars (7) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (25) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (83) cheers (3) children of bodom (28) ck music (66) cleartone (3) cog (12) coke (5) coklat (20) cola (13) compilation (70) conception (2) console games (43) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (18) d'addario (63) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (31) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (7) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (52) digitech (26) dimarzio (69) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (19) ec-256 (28) ec-257 (20) eclipse-ii (27) edwards (1) ehem (37) eksperimen (94) electro-harmonix (32) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (41) emo (289) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (39) epiphone (179) erectus (29) ernie ball (44) es-335 (2) esp/ltd (239) estock (72) evanescence (1) everlast (7) evh (2) exists (9) f-54 (9) f&n (19) fallout (18) family (86) fear factory (3) fender (20) filler entry (47) fishman (3) flashback friday (50) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (25) fusion (3) g-hr3-68 (5) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (54) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (132) gator (26) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (39) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (5) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (7) hammerfall (19) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (9) hillsburg (2) historical (17) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (32) ibanez (238) icb200ex (15) iced earth (10) icon (51) imago (73) imitation (3) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (3) iron maiden (175) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (302) j5 (15) jackson (77) jamming (163) jamtank (46) jepak (9) jim dunlop (84) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (26) jr (28) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (7) kakis store (4) kamelot (28) karisma (4) kaset (37) kawan (392) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (112) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (111) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (19) kuala lumpur (42) kuala penyu (1) kuching (14) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (20) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (88) lil (38) limbang (7) limited edition (72) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (6) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (94) m-50fr (28) mackie (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (618) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (21) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (12) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (68) melaka (13) membakut (47) memori (463) mercyful fate (11) metallica (100) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (55) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (109) mrs (61) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (169) music bliss (32) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (13) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (32) new gear (260) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (124) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (9) nylon maiden (2) of string (29) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (42) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (15) pandora mini (12) panik (5) pantai (8) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (76) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (365) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (65) pepatung (4) peristiwa (37) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (14) pic of the day (65) pick (72) pickup swap (102) pickups (223) pkp2020 (26) pkp2021 (22) pl1 (9) planet waves (19) playstation (39) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (23) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (9) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (35) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (30) restring therapy (115) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (3) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (5) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (12) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (59) shopee (47) sibu (11) sick puppies (5) signboard (17) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (77) solar (1) sonata arctica (3) sony (33) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (31) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (15) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (190) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (14) super album (105) superlux (4) susu (20) sv guitars (3) swee lee (34) sx (10) sze chan (1) t-shirt (68) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (21) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (37) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (44) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (17) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (51) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (137) tribute (65) trivium (21) tsb6 (7) tuner (38) tv (33) ugly kid joe (3) ultra swede (7) usm (8) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (485) wrestling (14) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (127) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger