Audit Gigrig 2019
oleh Ijau D. Koceng 06 July 2019 pada 6:00 AM 0 comments1) One pedal mobile gigrig - bila gig yang hanya memerlukan dua jenis patch (rhythm, solo) biasanya aku akan bawa MS-50G (berbateri) sahaja. Jika gig yang memerlukan lebih daripada dua jenis patch tapi masih ringkas (clean, rhythm, solo), aku akan bawa GT-1 (berbateri, adapter PSA sebagai backup).
2) Wireless RP360 gigrig - gabungan antara Digitech RP360 bersama-sama Takstar WGV-601 wireless system di dalam pedal case Stagg UPC-424. Gigrig ini biasanya untuk gig/persembahan yang agak lama (>30 minit) di atas pentas yang luas, contohnya semasa Bintulu Bike Week tahun lepas.
3) Real-men-use-three-pedals (RMU3P) gigrig - yang terdiri daripada tiga pedal stompbox Boss iaitu SD-1, ST-2 dan CH-1 di dalam pedal board BCB-30. Ini sahaja stompbox Boss aku yang masih tinggal. Dan ketika entri ini disiarkan, SD-1 sudahpun berpindah milik kepada seorang rakan dari Kuching beberapa hari lepas.
4) Dan yang paling terkini, gigrig berpedal yang baru aku eksperimentasikan untuk 2019 terdiri daripada IRT-Pulse (thanks Bro Sub) bersama-sama Silencer, Spark Booster dan MS-70CDR. Rig ini agak versatile boleh digunakan bersama-sama amp (front or loop) dan terus ke mixer atau PA system kerana IRT-Pulse memiliki opsyen cab simulation.
Tetapi sebenarnya aku paling selesa menggunakan MFX, kerana sebagai frontman aku kena fokus dua benda sekaligus - gitar dan vokal. Biasanya aku jadikan bab gitar seringkas boleh (sebab ada gitaris utama) supaya boleh fokus lebih kepada vokal. Aku akan gabra bila terpaksa tap-dance (memijak beberapa stompbox) untuk pertukaran bunyi-bunyian gitar.
Inilah masalahnya bila masuk kedua-dua khemah stompbox dan MFX. Kena muhasabah diri untuk melepaskan mana-mana pedal yang tidak digunakan langsung, kecuali yang bertaraf pemberian/hadiah contohnya LT-Dual (terima kasih Bro Sub sekali lagi).
_____
AADI: Jual pedal beli amp?
Wordless Wednesday: All About That Bass, No Treble?
oleh Ijau D. Koceng 04 November 2015 pada 8:00 AM 1 commentWordless Wednesday: End 2014 Jamming Rig
oleh Ijau D. Koceng 31 December 2014 pada 11:00 AM 3 komen:Zoom G5 Soft Case
oleh Ijau D. Koceng 01 September 2014 pada 8:00 PM 0 commentsKali ni bukannya diperolehi secara terus daripada CK Music (Bro Amizan dah lama berhenti kerja), tetapi melalui perantaraan Music Master Studio (thanks again Gapster).
Agak kecil sedikit jika dibandingkan dengan beg Line 6 FG5 yang agak premium. Tapi nasib baiklah ia diperolehi percuma dengan pembelian Pod HD300 semasa Year End Sale 2012.
Dan besar sedikit daripada beg Pedaltrain-Nano. Dengan kata lain Pedaltrain-Nano dan pedal-pedal stompbox gigrig #1 boleh juga dimuatkan dalam beg G5 ni, dan masih ada sedikit ruangan untuk perkakasan lain (mungkin kabel dan adapter).
Atau mungkin juga boleh dimuatkan dengan DIY pedalboard yang dah lama terbengkalai, kena ubahsuai ikut ukuran dalaman beg G5 ni.
Dan ini merupakan pembelian sampingan, Dunlop Zakk Wylde Icon Series medium (10-46). Zakk Wylde bukanlah faktor pembelian tali gitar ni (aku bukannya peminat ZW), tapi hanyalah perasaan ingin mencuba tali gitar "signature" pada saiz yang jarang aku guna (9-42, 9-46). Sebelum ini hanya pernah mencuba "signature" Dave Mustaine, Kerry King dan Santana sahaja.
Oh ya, dalam kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat ulangtahun keenam untuk Music Master. Yang pasti Music Master akan sentiasa menjadi satu daripada sumber memperolehi barangan kegitaran (mostly pedals) untuk tahun-tahun mendatang.
_____
Ada apa: Lepas ni nak cari Rotosound Michael Amott dan/atau Paul Allender pula (fuh~ big gauges).
Wordless Wednesday: Hampir Tiga Bulan Tak Jamming
oleh Ijau D. Koceng 13 August 2014 pada 9:00 AM 7 komen:Audisi Gitaris Baru?
oleh Ijau D. Koceng 08 April 2014 pada 9:00 AM 7 komen:Kami menggunakan sessi jamming Tupa Blacen Rock Santai di Dewan Balairaya Kampung Jepak Ahad lepas (akan ada entri lain) sebagai platform audisi.
Daripada kelengkapan yang dibawa, aku dapat rasakan rakan Azrol ni (walaupun pemalu) merupakan seorang gitaris yang serius. Gitar yang digunakan ialah Charvel Desolation DC-1 FR dengan pikap EMG 81/85 sebagai nadi.
Juga seorang penghuni kem stompbox, berketul-ketul pedal jenis stompbox dilekatkan pada Pedaltrain Jr. Dalam banyak-banyak pedal yang ada, Blackstar HT Metal tu membuatkan aku ternganga. Bekerja di sektor minyak dan gas di kawasan Kidurong, jadi tidak hairanlah dengan kelengkapan yang agak mewah.
Katanya sebelum ni biasa main dengan tuning drop-D dan drop-C, jarang main standard. Tapi senang-senang saja dapat main lagu Sejati dan beberapa lagu mainstream Metallica semasa audisi, cuma lagu-lagu Iron Maiden dan Bruce Dickinson (solo) agak asing baginya...
_____
Ada apa: Hasil audisi? Lulus.
Kembalinya Kucing-Kucing Sejuk
oleh Ijau D. Koceng 24 March 2014 pada 9:00 AM 0 commentsManakala CM-1 (metal) hampir-hampir dibeli, tetapi pembeli telah membatalkan hasratnya pada saat-saat akhir dengan alasan tak ada duit (alasan kuno) setelah di"booked" sebulan lebih awal (hangin satu badan!).
Baru-baru ini aku membeli semula CC-1 daripada rakan tersebut (atas dasar koleksi) setelah melihatnya diiklankan di Facebook beberapa bulan lepas. Sebelum ia dibeli orang lain lebih baik aku bertindak.
Satu kelebihan CC-1 yang aku perasan setelah membaca entri Bro Sub, ia sesuai digunakan pada julat frekuensi bass berbanding Boss CH-1 yang agak tenggelam. Manakala CM-1 dengan suku GAIN (lebih daripada suku, dah jadi distortion) amat sesuai berfungsi sebagai overdrive untuk bass. Dan kini kedua-dua pedal Cool Cat digunakan eksklusif untuk rig bass bersama-sama VXL.
Rig sebegini sebenarnya pernah digunakan suatu ketika dahulu (circa 2011, era awal MUP jamming di Z-Studio) tapi untuk gitar.
Mungkin jenama Danelectro agak asing di kalangan rakan-rakan ahli muzik, sebab itu ia tidak dipandang sangat. Padahal ia jenama yang bagus, senang cerita dengan kualiti pedal Boss pada harga pedal Behringer (untuk siri Cool Cat sahaja, bukan Fab). Cuma kelemahannya terletak pada kedudukan tombol-tombol yang menjengkelkan kerana susah diakses dan dilaras.
_____
Ada apa: Tahun ni mungkin lebih fokus kepada bass.
IDK Gigrig #1 (Part 2)
oleh Ijau D. Koceng 21 September 2013 pada 4:00 PM 4 komen:Tapi sayangnya penganjur tidak membekalkan footswitch untuk amp ni, jika dibekalkan sudah pasti aku tidak menggunakan gigrig #1 (gambar di bawah) dan hanya menggunakan amp secara terus (direct amp) seperti semasa gig Bintulu Music Fest 2013 yang lepas (with JF-01 as booster).
![]() |
| Iklan Veet. |
Semua amp MG4-series dari MG15 sehingga MG100 memiliki empat channel yang hampir sama settingnya. Dan selalunya aku akan menggunakan factory presets (refer manual for resetting presets) berbanding membuang masa terkial-kial mendail setting sendiri.
Apa kelebihannya?
- Marshall growl - purely unadulterated Marshall iconic sound, not a mere modelling.
- Five minutes setup/soundcheck - tak perlu terkial-kial mendail setting.
- Travel light - tak perlu membawa stompbox atau multi-effects ke lokasi jamming/gig (bawa sebagai backup).
_____
Ada apa: Racun untuk mendapatkan sebuah Marshall...
IDK Gigrig #1
oleh Ijau D. Koceng 05 September 2013 pada 8:00 AM 4 komen:Tiga pedal sudah memadai untuk lagu-lagu yang selalu kami mainkan ketika gig (bukan jamming ye). Lagipun aku cuma main bahagian yang kurang teknikal dan perlu fokus kepada vokal pada masa yang sama. Tugasan teknikal selebihnya digalas oleh shredder Azrol.
Ikut pengalaman, menggunakan pedal jenis stompbox semasa gig lebih mudah, ringkas dan tidak banyak membuang masa untuk soundcheck (biasanya hanya beberapa minit) berbanding pedal jenis multi-effects.
Ia sebenarnya merupakan versi naiktaraf daripada gigrig utama aku awal 2011 dulu (circa OSG2012), pedal-pedal Danelectro Coolcat CM-1 dan CC-1 digantikan dengan Boss MT-2 dan CH-1. Manakala VXL masih kekal (one of my favourite pedals).
Ya aku tau VXL tu pedal untuk bass, tapi ia juga sesuai digunakan untuk gitar kerana versatilitinya yang boleh digunakan sebagai preamp, booster, EQ dan juga DI unit.
_____
Ada apa: Cerita gigrig #2 ada dalam entri ni.
Sessi Mencari Ilham Di REG Studio
oleh Ijau D. Koceng 20 May 2013 pada 1:00 AM 7 komen:![]() |
| Makin serasi dengan X-11. |
Kali ni hanya bermain secara 3-piece, Korawk balik kampung manakala Bob Kandar tidak dapat hadir atas masalah peribadi dan diganti oleh Rashid Malim (tidak sempat digambar).
Seperti dipersetujui, selepas Love & Peace Gig, aku akan menggalas tugas sebagai penggentel bass (menggunakan Silver Wings) supaya dapat memberi laluan kepada Korawk untuk mengganas dengan GRG270 yang dah disumbat Petrucci Set.
![]() |
| Cukup dengan dua buah pedal bass iaitu VXL dan ODB-3. |
Selain Rashid Malim, kami juga mendapat bantuan dan bimbingan seorang otai iaitu saudara Ahmad, drummer kumpulan reggae TheDaunPisang (yang juga seorang peminat Iron Maiden) untuk mendapatkan drumroll yang sesuai dengan lagu Project Madness.
Daripada sessi ni, beberapa idea baru ditambah dan ada yang terpaksa dibuang (mungkin boleh dijadikan lagu lain) terutamanya disebabkan perbezaan tempo yang ketara. Mungkin hujung minggu nanti akan masuk studio lagi untuk memperhalusi lagi idea-idea yang ada (masih menanti pembentangan tugasan bahagian Korawk).
_____
Ada apa: Kenapa tiba-tiba sewa studio jadi mahal?
Cheap Gigrig
oleh Ijau D. Koceng 27 April 2013 pada 10:00 PM 5 komen:Signal chain (from right to left): Guitar -> JF-01 -> JF-03 -> FX600 -> MO-BA -> amp (or PA/mixer via DI).
Disusun pada Pedaltrain-Nano untuk sementara waktu, esok aku akan mulakan projek membuat pedalboard sendiri (DIY) untuk gigrig #2 ni.
_____
Ada apa: Pedaltrain-Nano lepas ni akan digunakan untuk gigrig #1.
Ada Sesuatu Dari Music Master (Part 6)
oleh Ijau D. Koceng 26 October 2012 pada 10:00 PM 0 commentsOh ya, kembali kepada cerita bungkusan tadi. Ia berisi Pedaltrain-Nano yang dibeli semata-mata untuk digunakan semasa Oktoberfest baru-baru ni - untuk menempatkan dua buah pedal kegemaran aku iaitu G2Nu dan VXL supaya lebih "mobile" dibawa berbanding UPC-424.
Tapi disebabkan pembelian sampingan (collateral purchase?) G2.1Nu terpakai yang tidak dijangka beberapa hari sebelumnya membuatkan cadangan menggunakan Pedaltrain-Nano untuk Oktoberfest terbantut, kembali menggunakan UPC-424.
Oleh yang demikian, Pedaltrain-Nano ni akan disimpan untuk kegunaan akan datang (3-stompbox simple jamming rig - CM-1, CC-1, MO-BA) atau bakal dijual kepada rakan-rakan gitaris di Bintulu ni sekiranya ada yang berminat.
_____
Ada apa: G2.1Nu?
SKT 2012
oleh Ijau D. Koceng 09 January 2012 pada 10:00 AM 5 komen:Atau lebih dikenali sebagai Sasaran Kegitaran Tahunan 2012.
1) Metuk Ulau Projekt - Semakin menjadi-jadi. Untuk 2012 ni semua dah bersetuju untuk mengadakan sessi jamming sekurang-kurangnya sebulan sekali, yang pasti setiap sessi tak cukup kalau hanya sejam, betul tak Adi, Korawk?
Imej blog Molotov Cocktailz.
Tak lupa dengan projek gila si Korawk iaitu sessi jamming marathon lapan jam yang tak sempat diadakan pada 2011, maka dibawa ke 2012.
2) Effects pedal - Untuk 2012 ni aku tak nak beli belum target apa-apa pedal lagi. Cuma semenjak dah masuk kem stompbox, secara automatik aku dah terGAS untuk memiliki pedalcase atau pedalboard (contohnya Stagg UPC-500 atau Pedaltrain Nano).
Imej Pro Stage Gear.
Tapi kalau aku rajin, mungkin aku akan buat pedalboard DIY saja memandangkan aku dah ada bahan-bahan asas.
3) Gitar - Ntah yang ni tak tau lagi boleh dapat ke atau tak. Tapi kalau dapat mungkin nak tambah sebuah singlecut lagi, Hehehe...
Imej Pekuja's Daily Sketch.
Oh ya sebelum terlupa, kepada rakan-rakan penjawat awam, selamat bertungkus-lumus sepanjang hari mengisi Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dalam HRMIS (yang selalu buat hal).
_____
Ada apa: Entri kegitaran pertama 2012.
Odometer AADI
Entri AADI Paling Popular Bulan Ini
-
Anak autis aku memang suka dinosaur sejak kecil, dah berapa banyak aku belikan buku-buku ensiklopedia berkaitan dinosaur dan ilmu alam lain....
-
Bulan ini beberapa kali singgah di E-Mart Riam (Miri). Biasanya singgah untuk mencari makan tengah hari sementara menunggu urusan kesihatan...
-
Bagi yang mengikuti AADI pastinya tahu ini antara franchise yang aku follow sejak 90an lagi. Sudahpun dibuatkan entri sejarah ketika ulang t...
-
Jadi, ada apa dengan headstock Jackson ni? Credits to Dead Eye Guitars . _____ Ada apa: ETA Monday next week...
-
Kali ni aku raid kedai kaset kat area old town Bintulu, Sun Yun Music House . Tempat aku beli CD Ella - 30110 dan Fenomena Rock Klasik - I...
Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?
-IDK-






























