Jarang dah aku buat entri AADI mengenai produk terbaharu yang menarik perhatianku setiap kali ada NAMM tahunan. Apa yang menarik perhatianku tahun ini?
1) Ibanez Iceman Bass - Teringat suatu ketika dahulu aku pernah ada model ICB200EX (ex-Black Ice). Teringin juga untuk kembali memiliki bass berbentuk Iceman, tapi kelak takut "menyesal" disebabkan saiz/dimensi atau beratnya, macam kes bass Warlock PFG5 (ex-Francesco).
2) Boss GX-1 - Kalau tahun lepas pernah terGAS dengan model GX-10, tahun ini Boss merilis model GX-1 yang aku rasa GX-100 dalam format GT-1. Tapi kenapalah diasingkan modeling/efek untuk bass dalam vessel lain GX-1B, padahal boleh saja kedua-duanya modeling/efek gitar dan bass dimuatkan dalam satu model GX-1 sahaja macam GX-10/GX-100.
3) Blackstar ID:X Floor - Efek-efek amp ID:Core dalam bentuk multi-fx, didatangkan dalam tiga perisa - One, Two dan Three. Tidak seperti GX-1 tadi, ID:X Floor ini boleh digunakan untuk kedua-dua modeling/efek gitar dan bass. Tapi sayang skrinnya kecil sangat.
4) ESP LTD Alexi 20th Anniversary - Suatu ketika dahulu aku pernah terGAS Alexi-600 varian Greeny (keluaran 2013) mungkin sebab ada faktor warna hijau kot? Tapi ketika itu memang tak mampulah walaupun hanya LTD. Tahun ini ESP merilis Alexi Sawtooth dan Arrowhead dalam versi LTD bersempena mengingati 20 tahun kolaborasi antara ESP dan Laiho.
Rutin ketika masuk pertengahan bulan Mac, tahun ini masuk tahun ke-16 aku terjerumus dalam hobi bergitar.
Speech, Puaka Dunia Part 1 - Amarah Duka.
Entri tahun ini ada sedikit perbatuan (milestones) baharu untuk di"bragging rights"kan. Bulan Disember lepas menyertai gig Sarawak Metal Regime 2024 yang berlangsung di Sibu sebagai bassist gantian Erectus. Gig pertama aku di luar Bintulu.
Ada apa-apa sasaran tahun ini? Pastinya ada, tapi tidaklah begitu ekstrim atau wajib. Kalau boleh aku nak kurangkan axology aku yang ketika ini ada 10 buah (lapan gitar, dua bass) turun menjadi lapan atau tujuh. Bermula dengan Lagoon (Ibanez RGA42FM) yang diperolehi semata-mata untuk projek restorasi.
GAS? Entahlah, macam terGAS dengan Boss GX-10, tapi masih boleh muhasabah diri. Kemudian kalau dapat lepaskan 2-3 gitar seperti perenggan di atas tadi, dananya bolehlah dilaburkan untuk mendapatkan satu daripada berikut;
Semi-hollow Epiphone ES-335 atau Ibanez AS-series
Epiphone Flying V
Bass berskala pendek 28-30"
Baritone berskala ≥27"
Nombor 3 dan 4 ada kaitan dengan keputusan perenggan kedua di atas. Jika menjadi, barulah akan diceritakan dalam AADI ini apakah tujuannya.
Mencari kesempatan melawat premis Music Outlet Metrocity ketika berada di Kuching cuti sekolah dan Krimas bulan Disember lepas.
Memilih cawangan Metrocity Matang kerana dekat dengan tempat penginapan kami berbanding cawangan lain. Dan berdekatan dengan McDonald's drive-thru Metrocity, alasan untuk aku dan my boys (Junior dan Arlo) jalan-jalan cari makan.
Inilah yang ingin diintai di cawangan ini, setelah diiklan di Facebook beberapa minggu sebelumnya. Sebuah Edwards Snapper E-SN-145FR terpakai yang ditawarkan pada harga yang memang sukar ditepis.
Memang ia menepati ciri-ciri yang aku inginkan - MIJ superstrat 24-fret, rosewood fretboard, Seymour Duncans, Floyd Rose 1000 dan yang pastinya warna hijau.
Tapi selepas memikirkan beberapa faktor antaranya Horizon yang baru diperolehi bulan November lepas dan axology aku sudahpun mencecah 10 unit, niat untuk memiliki gitar ini terpaksa dilupakan.
Aku tidak pulang dengan tangan kosong, beroleh sebuah gigbag Superbag (jenama apa ni?) pada harga yang berbaloi per fitur, kualiti dan ketebalan. Agak besar mungkin boleh memuatkan sebuah ES-335 atau gitar berbentuk pelik seperti Firebird, Iceman, Warlock dan bass berskala pendek.
Antara yang dinanti-nanti setiap hujung tahun, tapi tahun ini bagi aku tidak semeriah tahun-tahun sebelumnya... Seperti hampir tiada barangan yang menarik perhatian, kalau ada pun harganya masih mahal walaupun selepas diskaun YES.
YES 2017, tahun terakhir dapat katalog fizikal.
Katalog pun setakat entri ini ditaip masih belum ada link pdf. Kalau zaman Bro Amizan dan Mr. Hong dulu aku siap dapat katalog fizikal dengan setiap pembelian barangan YES.
Hari ke-32 2021, mula memikirkan halatuju dan perancangan materialistik perhobian tahunan. PKP 2.0 dah pengisytiharan darurat sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan supaya berhati-hati untuk menarik picu pembelian.
1) Kegitaran - jika tiada aktiviti seperti Santai Muzikal bulan Disember lepas, pasti tidak banyak yang terGAS tahun ini.
i) Line 6 FBV Express atau FBV Shortboard - Setelah berpuas hati dengan prestasi Fly Rig PL1 sebagai peneman gig dan jamming untuk tahun lepas, tahun ini ia akan direhatkan dan akan cuba menggunakan Pod HD pula.
Dan untuk prestasi seoptimumnya, akan cuba mendapatkan FBV Express atau FBV Shortboard untuk kegunaan gig/jamming, keutamaan kepada unit terpakai tak kisahlah Mark II atau Mark III.
ii) Multi-FX - juga terGAS untuk mendapatkan multi-fx gedabak yang memiliki opsyen effects loop jika projek di atas tidak menjadi, sama ada Line 6 Pod HD500X, Boss GT-100 atau Mooer GE-250. Dan amat berharap untuk tidak TERbeli pedal jenis stompbox lagi tahun ini.
iii) In-ear monitor system - ikut pengalaman aku beberapa kali buat persembahan pentas, wedges monitor yang disediakan biasanya tidak memuaskan hati. Kadang-kadang mixing dan volume tidak optimum, kadang-kadang posisi monitor itu sendiri jauh nun di depan/tepi pentas dan bukannya di depan pemain.
Takstar pun dah kira ok.
Bagi yang menggalas dua tugas sebagai seorang vokalis+gitaris seperti aku, amat kritikal supaya dapat mendengar vokal, bunyi gitar sendiri dan instrument asas lain (bass, kick/snare drum) dalam mix, kalau tidak sudah pasti akan "lost" dan persembahan pun ke laut - true story, pernah terjadi ketika Bintulu Bike Week 2018.
iv) Ibanez GRGR131EX - ini boleh dikira "sudden GAS", aku jarang terlirik mata pada model-model Ibanez kebelakangan ini, apatah lagi siri-siri GIO. Tapi baru untuk 2021 model GRGR131EX dengan tema all-black (seperti konsep siri LTD Black Metal), dark sharktooth inlays(!) dan reversed headstock sudah cukup untuk menarik perhatianku.
Imej Ibanez.
Tapi bab-bab menambah gitar yang bertahap "sudden GAS" memang perlu muhasabah diri, jika dibawa bersabar pasti GASnya akan reda. Lagipun ada jenama/model lain yang telah disasarkan tahun ini, hanya menunggu dana GLTL dan stok masuk Malaysia sahaja.
2) Console gaming - semenjak hype PS5 aku amat berharap agar harga PS4 turun mendadak, selalu mengintai harga PS4 Pro (ya versi Pro) untuk menggantikan PS4 Slim yang telah dilepaskan penangan gaming fatigue. Ingin kembali berkonsul, keinginan seperti tahun lepas yang terpicu akibat PKP 2.0 dan darurat. Kalau tidak termain pun, ia akan dijadikan blu-ray player atau peranti streaming services.
Sekali lagi, kesemuanya perlu dibawa muhasabah, difikirkan masak-masak dan perlu berhati-hati untuk menarik picu pembelian. Selagi musim pandemik belum berakhir dan dengan pengalaman tahun 2020, keperluan perlu didahulukan berbanding kemahuan.
Aku jarang-jarang melirik mata pada gitar jenama Cort, paling-paling pun sebelum ini tertarik dengan varian KX5 FR. Tapi untuk 2020, ada satu model ternyata menarik perhatianku, G250FR.
Serius, memang nampak dari mana datangnya inspirasi gitar ini, tak lain tak bukan Jackson Adrian Smith SDX. Ironinya, gitar SDX ini juga buatan kilang Cort berdasarkan nombor sirinya.
Yang berbeza bentuk G-series yang sedikit offset, pikap rail bersaiz single coil (macam Plasma-RS1), 400 mm radius, neck joint ala Ibanez AANJ dan bridge Double Locking II versi Cort (bukan Floyd Rose Special).
Kenapa ia tidak hype seperti Het Set? Pada pendapat aku, ia hanyalah EMG 81/60 yang dijenamakan semula... Ada juga yang kata karekternya macam EMG 57/66.
Semasa signature Les Paul Slash dengan kemasan Anaconda Burst dirilis awal tahun ini, aku berharap Epiphone akan mengeluarkan kemasan yang sama untuk produksi Les Paul biasa dan bukannya eksklusif untuk signature Slash sahaja.
Guess what? Untuk Summer NAMM 2018, Epiphone mengeluarkan beberapa kemasan terbaru, termasuk Green Burst untuk produksi Les Paul Standard Plustop PRO mereka. Walaupun berbeza dengan Anaconda Burst, tetapi hijaunya sudah cukup membuatkan aku berkata "wow!".
Bernadi set pikap ProBucker seperti model-model PRO lain. Berpengalaman menggunakannya semasa ia dipasang pada Goldie beberapa tahun lepas, memang tidak dinafikan ia amat sesuai untuk gitar Les Paul.
Hari kelapan tahun 2018, sudah mula memikirkan sasaran materialistik perhobian tahunan.
1) Kegitaran - Hobi yang tak pernah slow-down memasuki tahun yang kesembilan. Kebanyakkan GAS telahpun ditunaikan tahun lepas. Tapi GAS tetap GAS kan? Here goes...
a) Boss MT-2 Metal Zone - Hahaha, entah mengapa~ Maybe just for the fun of it, and to prove MT-2 doesn't suck. Pernah memilikinya lima tahun lepas, tapi telah dijual tahun berikutnya kerana (ketika itu) aku membuat keputusan untuk memilih haluan multi-fx sepenuhnya.
b) Noise suppressor/gate, Boss NS-2 atau EHX The Silencer - Setelah mengalami beberapa situasi melibatkan bunyi-bunyian menjengkelkan di rumah, studio dan atas pentas, nampaknya aku perlukan sebuah pedal noise suppressor/gate yang praktikal. Tidak seperti Reaction Hush yang pernah dimiliki beberapa tahun lepas. Ok, ini keperluan, bukan kemahuan seperti MT-2 di atas.
c) 7-stringer - Ingin mencuba gitar bertali tujuh, tapi itupun dengan syarat dapat melepaskan sebuah (atau dua) gitar bertali enam yang ada dalam axology. Model? Belum pasti, mungkin daripada khemah LTD atau Ibanez.
Dan harapnya tidak terGAS untuk membeli pikap gitar untuk tahun ini. Yang ada dalam simpanan pun kalau boleh ingin dijual.
2) Console gaming - Hobi yang ini dah mula dingin, tapi kalau nafsu gaming kembali berahi, mungkin akan target Doom 2016 dan/atau Street Fighter V. Itupun kalau dah habis main Tomb Raider Reboot dan The Last Of Us.
Imej cilok.
3) Gaming PC - Tahun ini berhasrat untuk menaiktaraf PC yang sedia ada, atau pasang set yang baru secara perlahan-lahan. PC yang ada sekarang berspesifikasi tahun 2012. Bukan setakat untuk gaming, PC yang berprestasi juga sesuai digunakan untuk projek rakaman DAW di rumah.
Guna 486DX2 boleh?
Biasa-biasa saja kan? 1) a) dan 2) mungkin boleh diabaikan terus jika kuat bermuhasabah diri. Tahun ini kalau boleh dana-dana perhobian perlu dikurangkan dan disalurkan untuk dana lain, kerana dijangkakan bakal ada ahli keluarga baru :)
Seperti biasa, setiap kali amp head kecil (tube, solid state or hybrid) diiklankan, aku pasti akan terGAS. Kali ni terGAS dengan Vox MV50, terutamanya model AC.
Tiap kali kalau Deaf-Angel buat entri konsert Iron Maiden TBOS 2016 dalam blog KDHRnya, aku selalu request minta gambar Adrian Smith dengan gitar Jackson hijaunya. Siap jadi highlight dalam entri ni.
Ini merupakan model custom shop Jackson, one-off berasaskan signature series Adrian Smith San Dimas DK. Dikatakan dalam Twitter ia bernadi Seymour Duncan JB, agak terkejut sebab H terkenal sebagai ahli khemah DiMarzio Super Distortion.
Surprise, surprise! Untuk Summer NAMM '17 Jackson bikin hangin jadikan gitar hijau tadi sebagai signature model terkini untuk Adrian Smith - SDXQ.
Imej cilok website Jackson.
Apa yang menarik ia merupakan X-series, siri *mampu-milik seperti model lama SDX. Dan seperti SDX, tiada pikap Seymour Duncan atau DiMarzio, hanyalah pikap in-house Jackson HSS. Floyd Rose Special juga sebagai pembendung harga. Harap-harap ia buatan Indonesia berbanding India.
*Tapi dengan forex sekarang USD748.29 (~RM3.2k) pun dah dikira di luar kemampuan. Tak mampu ke San Dimas, duduk di Selatan California (So-Cal) pun dah kira berbaloi, get it? So, skipped for the time being...
Saingan kepada Hartke Bass Attack 2, satu lagi pedal preamp bass mula muncul untuk menggugat nafsu keGASan dan poket aku - Electro-Harmonix Battalion.
Pedal yang dah boleh dikatakan multi-effects, kerana selain fungsi utama preamp, EQ dan DI, ia juga memiliki fungsi-fungsi tambahan seperti distortion, compressor dan noise gate. Semua dipadatkan dalam pedal sebesar Metal Muff Top Boost.
Pada julat harga yang lebih kurang sama dengan Bass Attack 2 (RM6xx) , aku rasa Battalion ni lebih menang disebabkan fungsi-fungsi tambahan seperti perenggan atas. Selain itu ia juga masih menggunakan bateri 9 Volt tradisional berbanding bateri AA pada Bass Attack 2.
Beberapa hari lepas, CK Music mengumumkan telah membawa masuk satu daripada gajet yang tersenarai dalam GAS 2017 aku iaitu Hartke Bass Attack 2 di Facebook dan Instagram mereka.
Tapi sedih, harga runcitnya melebihi RM500, dan seperti yang aku katakan dalam entri ni, alternatif lain akan diburu (atau tunggu dan tengok harga Year End Sale?).
Jadi, ada apa dengan headstock Jackson ni? Credits to Dead Eye Guitars . _____ Ada apa: ETA Monday next week...
Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?