Wordless Wednesday: Sigup Merdeka



Imej cilok.
_____
Ada apa: Sigup (rokok) mak bapak aku tahun 80an.

Moody Monday: Perampas Dana (Part 12)


Kali ni bila ia mula menunjukkan tanda-tanda bermasalah sejak beberapa minggu lepas, terus ditukar tanpa perlu menunggu keadaan menjadi lebih teruk. Maka, dana-dana perhobian tidak terlepas daripada menjadi mangsa.

"Pounding out aggression, turns into obsession..."
Jangka hayatnya tak sampai dua tahun, lebih teruk daripada unit sebelum ini yang bertahan tiga tahun. Tapi aku memang respek dengan unit pertama kerana mampu bertahan hingga lima tahun. Aku rasa pemain CD sedikit sebanyak menjadi faktor pelupus kuasa bateri Imago aku.

Masih setia dengan jenama Yokohama walaupun ditawarkan jenama alternatif lain yang lebih murah/mahal.

_____
Ada apa: Mujurlah bulan ni tak ada terGAS apa.

Pyramid Epiphone


Nampaknya tali gitar jenama Pyramid pun tidak terlepas daripada sumpahan karat. Kedua-dua set pemberian Bro Sub (tahun lepas) terdapat beberapa tompokan karat pada tali GBE. Tapi ia tidaklah seserius yang pernah terjadi pada Ernie Ball dan Gibson.


Sebelum karatnya menjadi kritikal, ada baiknya dipasang terus pada gitar. Pek bersaiz 9-46 dipasang pada Korina, manakala pek bersaiz 9-42 pula dipasang pada Goldie.


Sebelum dipasang, tompokan kecil karat tadi dikikis dengan menggunakan kertas pasir gred paling halus kemudian dilap dengan GHS Fast Fret. Jika hanya karat permukaan luar, ia masih selamat digunakan. Tapi jika karatnya jauh ke dalam, jangka hayat tali tersebut tidak akan lama, biasanya akan putus di tempat berkarat.

Harapnya kedua-dua set ni mampu bertahan sekurang-kurangnya sebulan...

_____
Ada apa: Pyramid pertama jauh lebih tahan.

Duncanised Mirage (Part 2)


Dengan adanya model Pegasus yang diterima minggu lepas, maka lengkaplah mojo Seymour Duncan pada Mirage aku. Harapnya ini kali terakhir aku menukar pikap pada gitar ni, dah bermacam-macam jenis pikap dicuba (EMG, Entwistle, DiMarzio, Bill Lawrence, Tesla).


Konfigurasi: Cool Rails (neck), Hot Rails (mid), Pegasus (bridge). Ketiga-tiga pikap ini dipasang secara full humbucker tanpa perlu ada lagi opsyen split-coil, lebih ringkas dan mesra-pengguna (aku).


Kembali menggunakan pendawaian asal (pot dan suis asal). Masking tape tu sebagai penebat segera supaya wayar GROUND dari pikap (green/bare) tidak terkena pada terminal HOT (black) pada suis. Kalau ada masa mungkin aku akan ganti kapasitor Chiclets yang ada dengan Sprague Orange Drops.


Dalam kesempatan yang ada, dipasangkan set tali baru Martin/Darco saiz 9-42 untuk menghabiskan stok peribadi. Setelah terperap lebih dua tahun, Martin/Darco ini juga tidak terlepas daripada tompokan kecil karat pada tali GBE.

Tali sebelum ini D'Addario NYXL (9-42) yang dieksperimenkan sejak lapan bulan yang lepas memang masih boleh digunakan, belum berkarat (serius!). Cuma dari segi kekenyalan dah agak kureng, sebab itu mau tak mau terpaksa ditukar.

Prestasi ketiga-tiga pikap ini dalam situasi live and loud akan dipandu uji semasa sessi jamming hujung minggu nanti.

_____
Ada apa: Masuk kem Seymour Duncan dah~

Wordless Wednesday: Project Camouflage



Image Source.
_____
Ada apa: Backdated entry.

Ada Apa Dengan Schweppes? (Part 2)


Selain perisa ginger ale dalam entri yang lepas, soda water ni pun antara 2-3 perisa Schweppes yang ada di pasaran. Dah lama aku perasan, tapi baru tergerak hati nak mencubanya...


Sekali minum, macam tertipu hahaha... Rasa tawar air kosong tanpa apa-apa perisa, cuma ada karbonatnya sahaja yang kuat. Memang sesuailah dengan namanya soda water, hanya air berkarbonat sahaja.

Air sebegini sebenarnya sesuai sebagai penambah "kick" dalam minuman lain seperti cocktail, jus, kordial, sirap, teh, dll. Boleh menggantikan 100 Plus jika ingin membuat long island tea (imitation) sendiri.

_____
Ada apa: Kalaulah ada versi 1.5 liter lagi bagus.

25th Black, Hardwired, Selamat... Thank You!


Dua minggu ni seolah-olah minggu Metallica...

Minggu sebelumnya (12/8/2016) ulang tahun ke-25 album bertajuk sendiri Metallica (aka The Black Album). One of the album that changed my life...


Jumaat lepas pula debut single pertama Hardwired daripada album terbaru mereka Hardwired... To Self Destruct yang bakal dirilis pada 18/11/2016 nanti (usha cerita Rafi Xyrus).


Dan semalam pula (21/8/2016) ulang tahun ketiga konsert mereka di Stadium Merdeka... Fuh! Dah tiga tahun, masih segar lawak "t-shirt hitam" dan "*Selamat... Thank you!" semasa konsert tersebut.


Agak-agak, adakah Galaxy berani membawa mereka masuk ke Malaysia lagi untuk tour album baru nanti?

_____
Ada apa: *Siapa pergi pasti tahu.

Teslarised Chop's Telescotch


Menerima "cabaran" daripada Chop Sudir, vokalis/gitaris kumpulan Ana & The Scene (ATS) untuk memindahkan pikap Tesla Plasma-X1 zebra set yang ada pada Ibanez GAX30 (dipasang hampir empat tahun lepas) ke gitar Squier Vintage Modified Telecaster Custom II (VMTC2).


Chop sukakan bunyi pikap Tesla ni, tetapi pada masa yang sama Chop lebih selesa menggunakan VMTC2 ni sebagai gitar utama/pentas (mojo Telecaster, serius).



Masalah utama yang dihadapi untuk projek ini - pikap asal VMTC2 ni merupakan jenis P90 (Duncan Designed) dan bukannya humbucker. Jadi, perlukan banyak kerja jika ingin memasang humbucker pada gitar ni.


Nasib baik kavitinya cukup besar untuk menampung saiz humbucker, aku tiada peralatan pertukangan kayu yang lengkap untuk buat routing humbucker jika kavitinya kecil. Untuk memudahkan kerja, hanya perlu mencari pickguard gantian yang sesuai.


Pickguard ni diperolehi melalui *Lazada (ya, Lazada, jangan terkejut) dengan harga RM25.30 sahaja. Walaupun saiznya retrofit dengan VMTC2 tetapi ada dua masalah yang dihadapi.

Pertama, daripada 14 lubang skru yang ada, hanya tiga sahaja yang selari dengan lubang asal pada badan gitar. Tapi tak mengapa (parap-parap), Chop membenarkan aku untuk menebuk lubang-lubang baru.


Kedua, lubang pikap adalah bersaiz Fender wide range yang lebih besar berbanding saiz humbucker. Idea penyelesaian untuk masalah ni pula diperolehi selepas teringat Dave Murray Stratocaster (HSH)...


Iaitu dengan memasang ring pikap di atas pickguard. Ring pikap logam yang digunakan ni dah hampir tiga tahun terperap dalam simpanan kes projek terbengkalai. Akhirnya berguna juga benda ni...


Pertukangan yang agak kasar, tapi sekurang-kurangnya masalah selesai dan semuanya berfungsi dengan cemerlang. Pendawaian dan komponen elektronik asal (suis, kapasitor, potentiometer) dikekalkan, tak perlu banyak kerja memateri.


Output jack asal tele yang bermasalah selalu tercabut juga diganti dengan output standard dua skru.


Atas permintaan Chop, VMTC2 ni juga dipasangkan dengan set tali baru SIT Power Wound bersaiz 9-42. Aku agak kecewa sedikit kerana jenama SIT ni juga tidak terlepas daripada beberapa tompokan kecil karat walaupun ia merupakan stok baru dan bungkusannya kedap udara.

Dengan modifikasi di atas tadi, tele ni dah bertukar nama jadi Modern Modified Telecaster Custom II (MMTC2) hahaha... Dengan set Plasma-X1 ni, tele Chop dah boleh main genre metal! \m/


Lain cerita, Ibanez GAX30 pula kembali kepada konfigurasi dan pikap asal, kesian gitar ni...

_____
Ada apa: *Lazada pun dah jadi macam eBay.

Kuda Terbang?


Pembelian yang telah dirancang sejak awal bulan, berkait rapat dengan pemasangan model Hot & Cool Rails dalam entri lepas. Sebuah pikap Seymour Duncan generasi baru untuk posisi bridge - Pegasus.


"6-string progressive metal players rejoice! The Pegasus humbucker delivers the perfect blend of articulation and aggression." - hype website Seymour Duncan.


Diperolehi daripada seorang penjual bebas (indie seller) pikap Seymour Duncan di Facebook Jamtank, harga yang ditawarkan pun agak ekonomi berbanding harga runcit.


Aku tidak memilih model Nazgul walaupun harga yang ditawarkan adalah sama. Pada pendapat aku, model Pegasus ni lebih sesuai dengan genre yang aku mainkan.

Akan dipasang pada Mirage hujung minggu ni jika ada kelapangan.

_____
Ada apa: Model JB dilupakan.

Wordless Wednesday: The Flying Horse



A post shared by Ijau D. Koceng (@kucinghijau) on

_____
Ada apa: Bukan buraq...

Slogan Blog Rakan-Rakan


Entri tak ada idea, tapi perasan beberapa blog rakan-rakan ada slogan, antaranya:
  1. I'll never grow up and I'll never grow old... Blame it on the love of rock & roll
  2. How can we grow old when the soundtrack of our lives is rock and roll?
  3. No one can live life in loneliness, only stars in the sky far away...
  4. Life is the art of drawing without an eraser
  5. Bahan bacaan kasual untuk orang-orang kebanyakan
  6. It's all about life, music and everything in between
  7. Talk guitar, amp & everything in between
  8. *Kita sama-sama jahat, tak baik bergaduh...
Sekadar gambar hiasan - 25 tahun eh?
_____
Ada apa: *Adu Du (Boboi Boy musim pertama).

Sistem Tanpa Wayar Ekonomi


Pembelian suka-suki melalui Lazada, sistem tanpa wayar untuk gitar Takstar WGV-601. Bagi mereka yang dah biasa dalam dunia audio-video, jenama Takstar ni agak terkenal.


Jangan biarkan hype "jenama murahan" dan "buatan China" mendiskriminasi jenama ini. Takstar membolehkan golongan marhaen (macam aku) mengakses teknologi canggih pada harga mampu milik.


Dah beberapa bulan aku perhatikan benda ni di website Lazada, sekejap ada sekejap tak ada. Apa yang menarik ialah harganya RM1xx sahaja. Dengan harga sebegini, apa salahnya dicuba kan? Hahaha... Aku pernah tengok benda ni diiklankan dengan harga RM2xx di Jamtank.


Transmitter kecil, ada klip membolehkan ia dipakai pada tali pinggang ataupun strap gitar. Receiver pula ringan dan tak berapa besar, sesuai dengan saiz Pedaltrain Nano. Sistem aku ni menggunakan frekuensi FM 364.80 MHz. Harap-harap tiada peranti lain menggunakan frekuensi sama ketika aku menggunakan sistem ni.


Kabel dari gitar ke transmitter menggunakan jack jenis 1/4"-1/8" jenis ala kadar. Mungkin aku akan cuba gantikan kabel asal ni dengan kabel dan jack yang lebih berkualiti. Akan dicuba kualiti sistemnya semasa sessi jamming esok.

_____
Ada apa: Belum mampu nak beli jenama Line 6, Samson atau Sennheiser.

Wordless Wednesday: Nursery Mode



Image linked from somewhere.
_____
Ada apa: Tugasan minggu ini.

Ada Apa Dengan Umbro Isotonik Drink? (Part 2)


Kali ni terjumpa pula minuman isotonik Umbro versi tanpa karbonat...


Berbanding versi berkarbonat, rasa "Isomax"nya agak pelik dan lucu, dah macam rasa Gatorade. Selain itu, ia juga didatangkan dalam botol berisipadu 500 ml, baru puas minum berbanding tin 325 ml.

Selain minuman kesukanan, ia juga sesuai dijadikan minuman semasa pemanduan jarak jauh.

_____
Ada apa: Kalau ada botol 1.5 liter lagi bagus!

DiMarzioed Korina


Mengisi masa lapang hujung minggu dengan memasang pikap DiMarzio Classic Rock set pada Korina ('58 Explorer). Sebelum ini ia pernah dipasang dengan set EMG 81/60 tetapi dikeluarkan atas sebab-sebab bisnes.


Set pikap Classic Rock ni yang terdiri daripada PAF 36th Anniversary dan Super Distortion sebelum ini bermastautin pada Goldie ('57 Goldtop) tetapi dikeluarkan untuk memberi laluan kepada set ProBucker. Daripada ia disimpan atau dijual (GLTL) ada baiknya dipasang pada adiknya.

PAF 36th dan Super Distortion merupakan kombo/set DiMarzio kegemaranku setakat ini. Seperti kombo Seymour Duncan JB/Jazz, ia boleh dikatakan pikap "playsafe" jika anda memainkan muzik multi-genre. Walaupun berstatus klasik, ia mampu menampung tona talaan rendah (pernah dicuba sehingga C#) dengan cemerlang berbanding pikap Epiphone asal.


Kerja pematerian yang hampeh setakat ini, mungkin disebabkan faktor ruang kaviti yang sempit atau penggunaan pot 500k Gotoh terpakai yang comot dengan residu pateri. Lepas ini mesti belajar cara pematerian di luar kaviti (pre-wired/soldered).

Untuk variasi tona (coil-split), pot DiMarzio EP1105 jenis push-pull dipasang bersama-sama sebiji kapasitor 22nF Sprague Orange Drop (terima kasih YusTech). Ok, Korina bersedia untuk *beraksi!

_____
Ada apa: *Untuk persembahan MUP seterusnya? Atau guna yang satu lagi tu?

Antara Ibanez, Bespeco Dan Reco


Pembelian online suka-suki dari Pusat Muzik Reco, terdiri daripada Ibanez multi-tool MTZ11, kabel Bespeco Silos SLYS2J dan toggleswitch washer OEM berwarna hitam.


Kalau tak silap, dulu multi-tool ni hanya eksklusif untuk gitar Ibanez Prestige, sekarang ia sudah boleh dibeli secara berasingan.


Peralatan yang sesuai untuk disimpan dalam gigbag atau dalam gig survival kit, untuk kegunaan tatkala kecemasan dan kejadian tahi (shit happens?) contohnya menukar tali gitar semasa jamming atau gig.


Model SLYS2J merupakan kabel berkepala tiga, daripada TRS 1/4" (6.3 mm) stereo jack kepada dua 1/4" mono jack, versi 1.8 meter (6') panjang. Tema warnanya hitam-jingga memang menarik.


Sesuai digunakan untuk multi-effects yang memiliki output stereo seperti Zoom G1/G2 dan Vox ToneLab EX. Output stereo tadi boleh dipecahkan kepada output mono kiri dan kanan secara berasingan.


Toggle switch washer berwarna hitam menggantikan washer asal Goldie ('57 Goldtop) yang berwarna cream, supaya nampak serasi dengan tema warna hitam ring pikap ProBucker.


Untuk mengubah penampilan Goldie (face-lift), mungkin aku akan cuba gantikan keempat-empat tombol top-hat berwarna amber kepada tombol jenis speed-knob berwarna hitam.

_____
Ada apa: Nak cari tool The Key pula.

Duncanised Mirage


Bermodalkan pikap-pikap Seymour Duncan Hot Rails dan Cool Rails yang diperolehi minggu lepas, sudah cukup membuatkan aku teruja untuk memasangnya pada Mirage (M-103FM).


Cool Rails (SCR-1N) dipasang pada posisi neck, manakala Hot Rails (SHR-1N) dipasang secara reversed polarity pada posisi mid.


Dua pot jenis push-pull dipasang untuk variasi tona. Pot B500k (volume) fungsi push-pull adalah untuk coil-split kedua-dua Cool Rails dan Hot Rails; push - HHH, pull - SSH.

Untuk pot A500k (tone) pula, fungsi push-pull buat masa ni belum digunakan, tetapi disediakan sebagai opsyen untuk series/parallel pikap bridge kelak.

Masih berserabut, ada buah oren?
Buat sementara waktu ni, guna dulu pikap asal ESP LH-150 (G&B Pickups). Belum ada bajet nak beli pikap bridge Seymour Duncan (untuk mencukupkan mojo), mungkin akan memilih trembucker JB Model atau Duncan Distortion.

Bunyi? Macam bunyi gitar...

_____
Ada apa: Hot Rails + Cool Rails = Crazy Train! Ai ai aiii~

Wordless Wednesday: Multi-Level Tooling




_____
Ada apa: Dah lama teringin.

Landasan Sejuk?


Tidak seperti abangnya yang diperolehi secara suka-suka melalui kaedah pertukaran (trade) minggu lepas, Seymour Duncan Cool Rails for Strat (SCR-1N) neck ni pula diperolehi secara *improptu kerana ingin melengkapkan projek Mirage (M-103FM) aku yang kini tidak mempunyai pikap.


"Clean and warm, medium output, full size Jazz Model neck humbucker tone in a single coil rails size." - Hype website Seymour Duncan.


Diperolehi daripada seorang rakan Facebook dan kenalan zaman Metalterus dulu iaitu Deadzid, yang juga merupakan pemain gitar bermusim (seasonist) untuk band Voficeration Eternity. Dibawa sendiri oleh Deadzid ke Sibu hujung minggu lepas semasa gig Sarawak Metal Regime.


*Harga yang ditawarkan agak berbaloi untuk sebuah pikap yang masih baru dan berbungkus (new and sealed). Lepas ni aku dah boleh mulakan projek "Railing" Mirage.

Terima kasih kepada Adi Herman kerana mewakilkan diri menjadi kurier (aku tak dapat hadir atas komitmen keluarga). Untuk ulasan gig SMR, tunggu entri daripada Korawk dan Adi Herman.

_____
Ada apa: Tukar khemah...

Ada Apa Dengan Fontana? (Part 9)


Bila dah upload gambar ni baru aku perasan, aku dah pernah buat entri pasal perisa eksotik Fontana ni empat tahun lepas...


Tapi tak mengapa (parap-parap), kira entri re-loaded lah~
Exotic 8 fruits nectar - apple juice 16%, pineapple 10%, orange 9%, kiwi 0.5%, made from concentrated juices and peach 6%, banana 6%, mango 1.5%, guava 1%, pulp, water, sugar, malic and citric acid, flavouring and vitamins A, C, E.
Mula-mula membuka penutupnya, aku terhidu bau yang agak meloyakan, seakan-akan bau Fontana mixed vegetables juice yang pernah aku beli dulu. But smells can be deceiving... Bila dah meneguknya, rasanya teramat-amat kimochi~ hahaha! Lihat saja isi kandungannya, campuran lapan jenis jus buah-buahan eksotik yang pasti akan membuatkan reseptor rasa pada lidah anda tertanya-tanya rasa buah apakah ini?
_____
Ada apa: Selamat berbulan Ogos.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger