Selamat Tinggal GKC
-
Selepas 16 tahun bersiaran (01/07/2010), blog Grune Katze Corner ini sudah
tidak relevan lagi sebagai medium untuk "garage sale" mengiklankan barangan
pe...
Exists merilis versi 2025 lagu Alasanmu di YouTube beberapa hari lepas...
Tapi aku tetap lebih suka versi *vanilla rilisan 1995 daripada album Diammu Gunung Berapi. Selain memori sebalik lagu ini, solo Along juga amat ikonik dalam versi asal.
Kedua, tiap kali Along guna gitar Kramer kuning pasti aku akan teringat mentor pateri-memateri online aku arwah YusTech. Inilah antara legasi terakhir beliau untuk persada muzik tanah air, selagi Along dan Exists menggunakan gitar ini.
Pembelian CD audio pertama untuk 2024, ini antara album artis tempatan yang aku intai sejak sebelum pandemik lagi. Album Exists Reunion diperolehi di Victoria Music Centre minggu lepas, sebuah album kompilasi dengan satu lagu baharu Tak Berakhir.
Mati-mati aku ingatkan mereka rakam semula lagu-lagu lama dalam album ini. Rupa-rupanya lagu asal dalam rakaman asal, menjadikan album ini album kompilasi biasa yang lebih fokus pada era Mamat. Daripada 13 lagu lama, hanya ada empat lagu era Ezad (pasca-2000) - Jesnita, Percayakan Siti, Seperti Dahulu dan Jesnita.
Itu yang terasa agak kecewa, kalau aku tahu memang aku beli album Mutan. Silap aku juga tak buat research/homework pasal album ini. Tapi tak mengapa, kalau nak layan lagu era Ezad pra-2000, album kompilasi ini ada. Mutan tu pula, mungkin selepas ini...
Nampak sangat aku macam pro era Ezad, kenapa?
"Aku tak follow Exists, tapi lagu-lagu mereka pra-2000 memang banyak memori. Memori dari zaman sekolah menengah hingga zaman USM. Paling terasa lagu Mengintai Dari Tirai Kamar, Alasanmu dan Masih Terserlah Ayumu."
Kalau era Mamat awal 90an dulu pasti teringat zaman-zaman mula masuk sekolah menengah, zaman baru kenal dunia, zaman yang kenangannya tak berapa best.
Exists ini sudah boleh dikira supergroup kerana kesemua ahlinya lama dan baharu boleh dikira nama-nama besar dalam industri muzik Malaysia. Termasuklah Joey Daud yang langsung tak ada dalam rilisan ini.
Tiap kali ada ulangan Konsert Minggu Ini di TV6 pasti aku akan terlayan sampai habis... Ok dalam konsert RTM ni ada Joey.
_____ AADI: Teringat member aku tauke ais krim Mingomingo muka macam Ezad.
Sebelah petang hari pertama baru ada peluang meronda Amcorp Mall untuk mengembalikan nostalgia seperti entri-entri 2010an AADI. Entah selepas 11 tahun tak turun PJ, aku rasa agak hambar dan seperti tiada mood untuk melangkah masuk Amcorp Mall. Kehangatan itu sudah tiada...
Pertama sekali terkejut bila Victoria Music Centre sudah "tiada" kini ia menjadi premis menjual baju(?). Rupa-rupanya masih ada, cuma sudah berpindah lokasi, nasib baik tak jauh daripada lokasi dulu, aku dah hampir kecewa dan putus asa rasa nak balik.
Kononnya ingin membeli CD audio album warna kuning yang belum ada dalam koleksi. Tapi bila tengok harga memang ternyata harga CD audio kini melambung naik, rata-rata RM70-80 untuk satu album yang dahulunya boleh dapat bawah RM50. Manakala RM100-120 untuk album yang memiliki CD berkembar, contohnya Senjutsu. Album-album lama pun menerima tempias kenaikkan harga, contohnya album kompilasi ini yang sekarang sudah naik hampir empat kali ganda! Dengan alasan, triple discs.
Rumusannya, berhobi CD audio pun kini kosnya hampir mengejar hobi berpiring hitam. Aku tak beli pun album warna kuning tu, bajet yang aku ada (ketika itu) hanya mampu untuk membeli satu album *artis tempatan.
Ada juga cuba mengintai premis-premis lain yang biasa dilewati dahulu, tapi seperti perenggan pertama tadi, kehangatan itu sudah tiada...
Mendapatkan satu lagi album Exist (belum lagi plural Exists) dalam usaha untuk melengkapkan diskografi mereka bervokaliskan Ezad. Album ketiga Diammu Gunung Berapi rilisan 1995 merupakan album pertama bersama-sama Ezad yang menggantikan Mamat. Diperolehi daripada Radin Music Centre beberapa minggu lepas.
Album yang katanya melonjakkan nama Exist sehingga ke seberang Selat Melaka. Dengan vokal Ezad yang lebih sesuai dengan genre yang lebih progresif dan alternatif berbanding dua album mereka sebelum ini yang lebih ke arah rock.
Tiga lagu hits dalam album ini yang selalu berkumandang di corong-corong radio ketika itu Diammu Gunung Berapi, Alasanmu dan Masih Terserlah Ayumu. Tapi bila dah dengar album ini, lagu Pertama, Kembali, Anugerah II dan Dalam Kenangan pun tidak kurang hebat jiwanya.
Genre yang lebih cocok dengan gaya hidup remaja ketika itu (pertengahan 90an), zaman-zaman jiwang mengenal cinta monyet sekolah semasa tingkatan 4-5. Lebih-lebih lagi impak lagu Masih Terserlah Ayumu yang masih lagi menjadi lagu guilty pleasure aku sehingga kini.
Seperti yang aku katakan sebelum ini, bila sudah berhobi gitar, mula terasa respek dengan kerja-kerja gitar yang ohsem dalam album-album Exist/Exists.
Kembali aktif memancing CD audio daripada Radin Music Centre.
Batch kedua untuk tahun ini heronya ialah album Diammu Gunung Berapi daripada Exist (belum jadi plural Exists), manakala kompilasi The Essential Metalian sebagai pembelian sampingan.
Seperti biasa, setiap satunya akan dibuat entri berasingan kelak.
Dalam entri CD kompilasi Best Of Exists empat tahun lepas aku pernah kata:
"Rasa menyesal pula tak follow mereka dari dulu. Sekarang bila dah berhobi gitar, baru perasan lagu-lagu Exists ni banyak kerja gitar yang bagus-bagus. Yang aku perasan, sejak zaman Ezad, lagu-lagu mereka lebih alternatives dan country berbanding rock ketika zaman Mamat. Sekarang Ezad pun dah keluar..."
Album studio keempat Exists rilisan 1997 Jangan Gentar, ketika album ini mereka mula menggunakan nama Exists (plural) menggantikan Exist (singular) seperti tiga album sebelumnya.
Bila dapat tahu album ini telah dirilis semula, aku cuba mendapatkannya dari Radin Music Centre. Dan bercadang ingin mengumpul diskografi Exists (keutamaan era Ezad) secara berperingkat bermula dengan album ini.
(P) & (C) 1997 Sony Music Entertainment (M) Sdn. Bhd. Kalau rilisan asal aku rasa mereka masih guna nama BMG Music.
Amat ketara kerja gitar dalam album ini ada pengaruh Brit pop, alternative dan grunge yang iras-iras bunyi seperti Oasis, Blur, Hootie & The Blowfish, Nirvana dan kugiran mesra-radio lain yang amat popular ketika itu.
Pertengahan Tahun 1997 aku mula masuk USM. Ketika itu selalulah berkumandang lagu Mengintai Dari Tirai Kamar, Jangan Gentar dan Hani Lempengnya Hangus. Walaupun ada nama-nama besar dalam penghasilan lagu dan lirik, namun ada juga beberapa lagu ciptaan Exists sendiri menyelit.
Secara tidak sedar aku mengaku, lagu-lagu Exists era Ezad memang ada yang bertaraf soundtrack of my life. Sasaran seterusnya, album Diammu Gunung Berapi.
_____
AADI: Ajai era album ni nampak macam Nuing la pula, kah kah kah...
Serius, dah lama tak beli CD audio, lebih-lebih lagi dari Radin Music Centre. Kali terakhir aku beli CD dari Radin Music Centre pada Januari 2018. Manakala CD audio secara umumnya pada Disember 2019, fuuu...
Memancinglah dua album ini selepas diiklankan dalam Facebook, satu album baru berkonsepkan rakaman raw ketika jamming, satu lagi album rilisan semula.
Seperti biasa, setiap satunya akan dibuat entri berasingan kelak.
Tergerak hati untuk mencari album kompilasi kumpulan *Exists semasa mengikuti rancangan Gegar Vaganza musim kedua tahun lepas. Waktu tu aku sokong Nassier Wahab dan Ezad Lazim, no wonder~
Dalam banyak-banyak kompilasi Exists, aku memilih kompilasi Best Of keluaran tahun 2000 ni. Terima kasih Radin Music Centre.
Aku tak follow Exists, tapi lagu-lagu mereka pra-2000 memang banyak memori. Memori dari zaman sekolah menengah hingga zaman USM. Paling terasa lagu Mengintai Dari Tirai Kamar, Alasanmu dan Masih Terserlah Ayumu.
Cuma ada satu lagu sahaja dari zaman Mamat dalam kompilasi ni iaitu lagu Anugerah. Manakala lagu Untukmu Ibu pula adalah versi Ezad yang lebih flat. Terdapat juga dua buah lagu baru iaitu Tak Ku Biar dan Bunga.
Rasa menyesal pula tak follow mereka dari dulu. Sekarang bila dah berhobi gitar, baru perasan lagu-lagu Exists ni banyak kerja gitar yang bagus-bagus. Yang aku perasan, sejak zaman Ezad, lagu-lagu mereka lebih alternatives dan country berbanding rock ketika zaman Mamat. Sekarang Ezad pun dah keluar...
_____
Ada apa: *Ejaan Exist = zaman pra-Jangan Gentar (zaman Ajai).
Batch ketujuh daripada Radin Music Centre ni sepatutnya sampai Jumaat atau Sabtu lepas, tapi disebabkan PosLaju sekarang dah kurang laju, kiranya baru hari ni diterima.
Tidak berapa teruja dan terikut-terikut dengan trend "beli semua" CD album-album rilisan semula, hanya membeli album yang ada nilai nostalgik. Seperti biasa, menghadkan tiga CD sahaja per batch.
Kompilasi Exists tu sepatutnya masuk dalam batch keenam, tapi tersilap hantar dengan Masterpiece. Entri berasingan akan menyusul...
_____
Ada apa: Dah masuk hari ke-32 2016, selamat ber-Februari.
Selasa lepas (29/1/2013) terjumpa buku ni di premis Reissued Magazine, Amcorp Mall - An Oral/Visual History By The Red Hot Chili Peppers Wit...
Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?