Ada Apa Dengan Aiskrim Kit Kat Pink?


Seperti ais krim Nescafe Gold, ais krim ini juga menarik perhatianku kerana satu freezer penuh khusus untuk ais krim ini di pasar raya B. *Untuk modal entri AADI, dibeli jua...

Juga berharga RM4.00+ seunit, setaraf dengan geng-geng ais krim premium lain. Rasa? Agak sukar aku menginterpretasi rasanya, seperti langsung tiada rasa Kit Kat sebab pernah juga beberapa kali makan aiskrim Kit Kat perisa biasa (saduran coklat).

Mungkin paling dekat dengan rasa kek red velvet tapi ada rasa masam sedikit (raspberi?). Langsung tak sama dengan versi coklat Kit Kat Pink yang berperisa tambahan strawberi tapi masih rasa coklat sebagai hero utama.

Bila dah masuk 4-series, apa yang manis terasa semakin manis. Aku rasa inilah kali pertama dan terakhir aku membeli dan mencuba ais krim ini. Selain terlalu manis, saiz hidangannya (portion) pun agak besar berbanding ais krim biasa.

_____
AADI: Terlepas versi gold beberapa tahun lepas.

Pusswish


Menontonnya bersama anak dara aku si Lil'Ijau Sabtu lepas menggantikan Mechamato yang tak sempat ditonton di pawagam atas pelbagai faktor (kesihatan, masa). TGV Bintulu dipilih kerana masih lagi menayangkan filem ini berbanding pawagam lain. Inipun aku rasa minggu terakhir ia ditayangkan.

Aku memang mengikuti franchise Shrek dan spin-off Puss In Boots sejak dahulu, tapi ini kali pertama aku layan franchise ini di pawagam, selebihnya layan DVD sahaja.

Entri sedekad lepas, masih slim.

Berterima kasih kepada DreamWorks dan Universal kerana filem ini masih lagi memiliki plot dan mesej klasik seperti kekeluargaan, kesetiaan, camaraderie dan poetic justice. Tidak seperti filem-filem Disney atau Hollywood secara amnya mutakhir ini yang penuh dengan mesej wokeness dan agenda LGBTQ+ yang toksik. Antagonisnya pun bukan calang-calang, memang betul-betul antagonistik dari mula sampai penghujung.

Bagi aku, watak Perro dan interaksi antara Goldilocks dan keluarga beruang merupakan momen paling menang dalam filem ini. Cuma yang menjengkelkan ialah setiap kali ada babak aksi, visual dan framerate seperti sengaja direndahkan.

_____
AADI: Adakah Shrek akan kembali?

Rings Strings


Dua item ini diperolehi daripada Swee Lee sejak awal Januari lepas.

Set pickup ring hitam daripada Allparts bersaiz Epiphone Les Paul untuk menggantikan set yang ada pada Chucky (Prestige Heritage Custom Deluxe MC).

Sebelum.
"Setakat ini kelemahan yang aku jumpa ialah pickup ring neck menggunakan jenis rata dan bukannya tilted/slanted, jadi neck pickup nampak agak offset di situ. Buat masa ini biarlah, bila aku agak OCD kelak akan digantikan dengan pickup ring neck slanted."
Selepas.

Dengan terpasangnya set pickup ring Allparts ini aku tidak lagi OCD, sekian...

D'Addario siri XT 10-52 pula disimpan dalam stok peribadi, akan dipasang pada gitar yang sering digunakan pada ketika itu nanti untuk mengetahui bagaimana prestasi siri XT yang premium ini.

_____
AADI: Adakah ia se-hype siri NYXL?

Steam Metro 2033


Terlepas promosi STALKER: Call Of Pripyat di Steam hanya beberapa jam, cuba mencari game alternatif lain yang bergenre sama, disarankan tajuk Metro 2033 yang juga kebetulan ketika itu ada promosi RM7.60 (harga asal RM38.00).

Ini merupakan versi "Redux" rilisan 2014, lebih kurang versi remake dengan grafik, gameplay yang lebih moden berbanding rilisan asal 2010. Katanya pengasas game ini berpengalaman dalam pembikinan game STALKER: Shadow Of Chernobyl, jadi tak hairanlah elemen post-nuclear apocalypse dan latar belakang mistik ke-Ukraine/Russia-an itu masih ada.

Selepas dimuat turun, sempatlah main dalam 30-45 minit malam tadi. Serius, kebelakangan ini faktor usia (terutama penglihatan) membuatkan aku rasa sedikit tidak selesa memainkan game bergenre FPS. Sama seperti ketika mula-mula main Doom 2016 (PS4) musim pandemik dulu - kemahiran dan kehebatan ber-FPS semakin menurun dan cepat pening. Mau tak mau, tahap ego kesukaran terpaksa diturunkan kepada *paling senang, kah kah kah...

_____
AADI: *Umur 20-30an dulu, biasanya pilih tahap paling sukar (hardcore) terus.

Ada Apa Dengan Oreo Blackpink?


Baru sahaja semalam cerita pasal edisi terhad laici oren sempena CNY, sekarang ada pula Oreo edisi terhad Blackpink, bukan satu tapi tiga terus (kenapa tak empat?)

Hanya sempat mencuba yang sebelah kiri (bungkusan biru) iaitu perisa asli. Bungkusan pink (biskut pink inti coklat) dan bungkusan coklat (biskut coklat inti pink) belum cuba lagi.

Sayangnya tiada gambar amoi-amoi Blackpink pada pembungkus biskut, kalau tak pasti akan menjadi buruan Berteromber.

_____
AADI: Siapa amoi Blackpink kegemaran anda?

Ada Apa Dengan Oreo Lychee Orange?


Adakah tradisi tahunan Oreo setiap kali perayaan CNY mengeluarkan Oreo berwarna merah? Sebelum ini ada Oreo Red Velvet.

Tahun ini aku perasan ada perisa laici oren pula, juga masih mengekalkan biskut berwarna merah. Disebabkan ada rasa oren, ia tidak jauh beza dengan perisa Fizzy tidak lama dahulu, rasa manis-manis masam, tapi tak sedap, hehehe...

Inipun dibeli semata-mata untuk modal entri AADI, lepas ni Oreo Blackpink pula.

_____
AADI: Anak-anak suka perisa asli.

At last, Everlast...


Kan? Entri-entri berkaitan tinju mula menyelit masuk AADI tahun 2023 ini.

Sarung tangan tinju (gloves) dan pita lilit (wrap) berjenama Everlast ini diperolehi daripada Shinobi Martial Arts Company melalui platform Shopee mereka. Bila sudah tahu saiz/jenis gloves yang sesuai barulah berani menarik picu untuk memiliki gloves sendiri.

Pemilihan gloves bergantung kepada faktor berat badan dan ukur lilit telapak tangan, untuk aku disaran menggunakan saiz 14 oz. Everlast dipilih kerana aku lebih kenal jenama ini berbanding jenama untuk sukan kombat lain.

Model yang aku pilih ini model beginner khusus untuk sessi latihan sahaja - menumbuk beg berat atau pad - dan bukan untuk sparring, selari dengan halatuju aku iaitu tinju untuk kesihatan (fitness) bukan halatuju untuk kombat (fighter).

PS Boxing Club memang ada menyediakan gloves dalam gym mereka, tapi atas sebab-sebab higienis disarankan guna gloves sendiri. Perlu ada hari yang khusus untuk mensanitasi dan menjemur gloves yang ada ini.

Cerita pasa higienis, selain fungsi perlindungan tangan tambahan, wrap ini juga sebenarnya menyerap peluh pengguna. Lebih mudah mencuci wrap berbanding mencuci dalaman gloves yang berbau peluh.

Mulanya memang rasa janggal menumbuk menggunakan gloves, seperti menumbuk sambil menggenggam sesuatu. Terasa tidak puas kerana penumbuk tidak 100% digenggam erat, kah kah kah... Sebenarnya itulah fungsi utama gloves (dan wrap), melindungi tangan pengguna daripada kecederaan. Terutama padding pada buku lima dan pengukuhan pada pergelangan tangan supaya tidak terkehel.

_____
AADI: Minggu ini tak ada sessi kerana cuti CNY.

MKH Empire Edition


Mulanya ingin mendapatkan FretWraps versi Dekade, tapi bila dapat tahu versi MKH Empire sudah ada dalam pasaran Malaysia terus mencarinya di Brado Guitars (pengedar rasmi Gruv Gear Malaysia). Malangnya Brado kehabisan stok, maka Music Bliss menjadi alternatif.

Ia sebenarnya sama seperti Dekade, cuma logo emas Gruv Gear digantikan dengan kanji Kiichi (喜一). Entahlah kenapa aku tertarik sangat dengan produk *signature MKH (strap, pick), padahal aku taklah follow sangat MKH atau Trivium secara amnya. Mungkin lebih ranggi, hipster dan trending kot?

FretWraps signature MKH versi biasa sebelum ini sudah dimiliki oleh Nuing ditukar (trade) untuk mendapatkan semula strap nostalgik aku Flambe Dunlop. Aku agak OCD dengan warna merahnya kerana tidak sepadan dengan gitar-gitar aku.

Versi MKH Empire ini pula amat sepadan dengan Les Paul aku sama ada gitar rimau Tigera atau abang long Goldie. Versi Stealth yang ada pula biasanya dipasang pada singlecut bukan Les Paul - Shiro, Chucky, Swede. Kan? Hipster... Padahal boleh saja guna alternatif murahan seperti getah pengikat rambut atau letak span biasa sahaja.

_____
AADI: *TerGAS pula dengan string Dunlop Trivium 10-52.

Plane Has Fallen


Hampir tiga bulan tidak menonton wayang di TGV Bintulu, balik-balik TGV bagi emel memujuk risau aku sudah masuk team Gold. Oklah, mengambil peluang tiket murah hari Rabu (movie day) untuk menonton filem Plane tayangan 8.45 malam. Gerard Butler itu sendiri menjadi tarikan utama untuk aku menonton filem ini.

Filem-filem mutakhir Hollywood seperti tidak dapat lari daripada tema "diversity, equity & inclusion" dengan barisan pelakon BIPOC. Tapi bijak untuk filem ini menggunakan latar belakang rantau Asean dan penerbangan antarabangsa supaya faktor BIPOC tadi menjadi relatif.

GXFC from TGV.

Daripada trailer, aku menjangkakan ia kisah guerilla gung-ho Kapten Torrance (Butler) menyelamatkan tawanan seperti plot game Far Cry 3. Tapi agak potong stim pula bila bantuan PMC datang, siap bawa Barrett M82 lagi tu. Kesian Datu Junmar...

_____
AADI: Comel pula Daniella Pineda dalam filem ni.

Antara Reco, Allparts Dan White Fang


Dua item pembelian sampingan menumpang pos gitar JS22-7 DKA HT Nuing daripada Pusat Muzik Reco minggu lepas. Hero utamanya ialah suis toggle 3-arah EP-4364 Allparts untuk menggantikan suis pada Chucky yang bermasalah. Ini adalah versi ekonomi dan bukannya berlabel Switchcraft.

Kedua, tiga unit pick Jim Dunlop PH122 Hetfield's White Fang. Reco ada menjualnya secara seunit berbanding premis lain yang menjual versi pek atau tin berisi enam unit yang terasa agak premium, aku memesan tiga unit bersaiz 1.14 mm untuk percubaan - dua diguna, satu untuk koleksi.

White Fang ini adalah dari siri Flow berbanding pick Black Fang dari siri Ultex. Juga memiliki permukaan yang kesat, mudah untuk digenggam seperti pick siri Max-Grip. Serius, pick ini lebih "sedap" berbanding pick kegemaran semasa iaitu Jazz III Max-Grip dan Kiichi kerana saiznya besar sedikit (standard Flow) dan sudut bucu yang unik memang laju (flow~) kalau tremolo picking dan shredding.

_____
AADI: Gimme fue gimme fai gimme dabajabaza!

Tinju Untuk Kesihatan


Bila sudah masuk 4-series mahu tak mahu perlu mencari cara untuk kekal sihat, maklumlah aku ni malas bersenam atau bersukan tapi kuat makan. Aktiviti atau sukan yang dipilih perlulah tidak membosankan supaya bersemangat dan tidak putus asa atau hanya HHTA.

Untuk 2023, aku mengambil keputusan untuk memilih sukan tinju berbanding sukan kombat atau seni bela diri lain. Juga untuk menyahut cabaran Mr. Ijau untuk mencari hobi yang sihat. Niat aku lebih kepada untuk fitness kerana sistem latihannya yang intensif tapi masih menyeronokkan.

Mula mengunjungi PS Boxing Club Bintulu sejak Selasa minggu lepas, dua sessi seminggu Selasa dan Sabtu 8.30 hingga 10.00 malam. Sessi malam Rabu tidak terlibat kerana ia sessi sparring untuk fighter/boxer.

Dengan latar belakang Silat Cekak dan Nanquan Wushu, aku tiada masalah dengan teknik. Hanya stamina dan keseimbangan badan menjadi kekangan akibat obesiti dan masalah lutut kiri. Tapi jurulatih memang sporting, beban latihan aku hanya separuh atau suku berbanding fighter/boxer lain yang rata-ratanya berumur 20an.

Serius, sudah lama aku tidak berasa penat, sakit tapi seronok sebegini, teringat zaman rajin main futsal belasan tahun yang lepas (zaman bujang). Semput pasca-COVID pun seperti sudah tiada selepas sessi pertama. Harapnya aku sentiasa konsisten dan tidak HHTA.

Dan jangan hairan kalau selepas ini entri-entri berkaitan tinju mula menyelit dalam AADI...

_____
AADI: HHTA = hangat-hangat taik ayam.

XVI Blogging Blues


Cerita yang sama setiap tahun bila 15 Januari.

Dah 16 tahun berblog dalam platform Blogger (dahulunya Blogspot). Bermula dari zaman "the blog of ijau" platform Friendster (2003-2004) dengan isu-isu ketidakpuasan hati sebagai tech support di sebuah premis perkomputeran di Penang. Kemudian 2007 berpindah ke Blogspot, dijenama semula menjadi blog berpaksi perhobian pada 2009 dan tahun berikutnya tajuk ditukar menjadi Ada Apa Dengan Ijau.

Bila baca balik entri-entri lama, AADI menjadi nota perbatuan dalam pengembaraan hobi kegitaranku,. Bermula dengan niat ingin belajar main gitar (bass ketika itu) sehingga bermain heavy metal di atas pentas/gig tempatan Bintulu (setakat ini).

Ada beberapa rakan bloggers telah berpindah ke platform lain yang lebih ranggi dan hype - YouTube, TikTok, Facebook Live, dll. Dan tak kurang juga yang kecundang. AADI? Penulisnya jenis introvert, maka medium blog lebih sesuai dengan jiwa.

Dan seperti janji-janji aku sebelum ini, selagi ada modal penulisan terutamanya berkaitan hobi dan makanan/minuman, blog AADI akan terus bernadi insya-Allah. Disinggah, dijengah, dibaca dan dikomen tu kira bonus.

_____
AADI: Mungkin akan bertambah satu lagi modal entri - boxing.

JS22-7 DKA HT


Ok, awal-awal aku bagitau Jackson JS22-7 DKA HT 7-string Dinky ini bukan gitar aku, ini gitar Nuing yang meminta aku memesannya ketika dia masih bercuti Krismas di Sibu.

Diperolehi daripada Pusat Muzik Reco melalui platform Shopee mereka, Reco masih ada stok model ini berbanding premis lain. Sudah agak lama aku tidak berurusan dengan Reco, kali terakhir tahun 2018.

Katanya teringin juga memiliki satu gitar bertali tujuh, pernah melamar Darth Sven (EC-257) aku, tapi sayangnya tak kena dengan jiwa. Nuing lebih selesa memainkan gitar jenis superstrat berbanding singlecut.

Menerimanya Jumaat minggu lepas (06/01/2023), aku hanya sempat memandu uji sekejap dan mengambil beberapa gambar untuk modal entri AADI sebelum dituntut keesokan harinya.

Bagi sebuah siri JS22, tiada apa yang menonjol kecuali kualiti pertukangannya yang menyamai sebuah siri JS32 tapi pada harga yang lebih murah. Sama seperti siri-siri JS32, badannya juga daripada kayu poplar, amat ringan sekitar 3.1 kg sahaja.

Fretboard kayu amaranth pada gitar ini nampak lebih gelap berbanding yang ada pada JS32 King V (Praetor) aku dan JS32 Dinky biru Methodman. Penampilan lebih menarik kerana ada inlay piranha tooth berbanding dot yang membosankan pada JS22 lain.

Bijak untuk Jackson menjadikan gitar ini berskala 26.5" seinci panjang berbanding standard Stratocaster 25.5" supaya lebih mudah ditala dan diintonasi untuk B-standard atau lebih rendah tanpa perlu menggunakan saiz tali yang lebih tebal.

Area bolt-on agak janggal kerana tiada plat logam seperti Dinky tradisional atau bulat seperti Dinky moden.

Juga disertakan dengan kabel generic dan strap Ibanez sebagai hadiah percuma daripada Reco. Manakala suis toggle Allparts dan tiga keping pick Papahet's White Fang itu merupakan pembelian menumpang.

Dengan adanya JS22-7 DKA HT ini bersemangat kembali mengeluarkan Sven aku yang sudah lama tidak dimainkan. Mungkin tiba masanya untuk MUP menjelajah dan bereksperimentasi dengan muzik gitar bertali tujuh.

_____
AADI: Bila nak jammig?

Ada Apa Dengan Wonda Milk Coffee?


Mulanya aku menjangkakan ia adalah kopi Wonda yang sama seperti versi tin, ternyata rasanya ada beza sedikit.

Dari segi nama/label, kopi tin Wonda berlabel "premium coffee", versi botol ini pula berlabel "milk coffee". Apa sajalah... Yang pasti lebih puas meminum versi botol berisipad 340 ml ini. Seperti biasa diperolehi di Kedai Mesra Petronas dengan harga aku pun dah lupa, mungkin RM4.00+ kot?

_____
AADI: Wonderful coffee.

JB Model Tribute


Terpanggil sedikit untuk merapu isu semasa, dunia kegitaran kehilangan seorang lagi hero - Jeff Beck.

Sumber.

Aku tak kenal Jeff Beck sebagai artis, tapi aku kenal Jeff Beck melalui pikap Seymour Duncan signature beliau iaitu JB Model, itupun aku dapat info daripada blog The Guitar Addict belasan tahun lepas.

JB Model tak kisah versi humbucker (SH-4) atau trembucker (TB-4) menjadi pikap idaman untuk dipasang pada gitar peribadi selain Screamin' Demon dan 59/Custom (ketika itu). Faktor utama ialah pengaruh hero-hero aku yang menggunakannya.

Beberapa kali memperolehi pikap JB ini dan ingin dipasang pada gitar yang dimiliki tetapi tidak kesampaian (ketika itu), contohnya ini, ini dan ini. Tak lupa juga yang pernah dipasang pada ex-Mr. Smith yang hanya bertahan beberapa bulan sebelum dilepaskan bersama gitarnya. Tetapi kembali semula dalam bentuk JB kontot.

Kini aku memiliki dua gitar yang memang didatangkan dengan pikap JB, pertama versi SH-4 pada Prestige Heritage Custom Deluxe MC (Chucky). Kedua versi TB-4 pada Jackson DK2 Dinky (Dinky).

Pendapat aku JB Model ini pikap jenis serba boleh untuk pelbagai genre muzik dan ampuh dipasang pada apa jua jenis gitar sama ada Strat atau Les Paul (hollow/semi tak pasti). Kalau kem DiMarzio mungkin saingan terdekatnya ialah model Super Distortion atau Tone Zone.

Terima kasih Jeff Beck, walaupun entri aku ini agak lari dari konteks.

_____
AADI: TerGAS pula dengan Custom 5.

PS Boxing Club Bintulu


Aku ni agak malas untuk bersenam dan bersukan, itulah realitinya. Ditambah pula dengan lutut kiri yang bermasalah menjadi kekangan untuk melakukan aktiviti lasak atau sukan yang suatu ketika dahulu menjadi kegemaranku.

Untuk 2023, aku menyahut cabaran Mrs. Ijau untuk mencari hobi yang sihat. Aku memilih sukan tinju dan memberanikan diri melangkah masuk PS Boxing Club, Bintulu.

Bersambung...

_____
AADI: Kenapa tinju?

1 Mega Ohm Potentiometer


Menggunakan kupon hari lahir kelab JS Music untuk mendapatkan dua unit DiMarzio EP1202, 1M (1000k) ohm potentiometer.

Walaupun dilabel sebagai TONE, tapi ia jenis "custom taper" seperti pot 250k/500k DiMarzio yang lain, maknanya boleh juga digunakan untuk VOLUME bagi memberikan output pikap humbucker yang lebih nyaring berbanding pot 500k.

Sesuai jika menggunakan kabel yang panjang dari gitar ke pedal atau amp, atau digunakan untuk menyaringkan sedikit pikap humbucker yang jenis kelam (dark). Dan seperti pot DiMarzio yang lain, ia bersaiz CTS.

_____
AADI: Simpan dalam stok dulu.

Let-Go: GDI21


Transaksi impromptu ambang tahun baharu, pedal Behringer GDI21 ini dilepaskan kepada seorang rakan gitaris yang mencarinya untuk digunakan dalam masa terdekat (esok atau lusanya, ketika itu).

Atas faktor cuti umum yang panjang, memang tidak sempat untuk mencarinya di premis-premis tempatan (itupun kalau ada stok) apatah lagi untuk memesannya secara online.

Bila dapat tahu yang aku ada pedal ini yang baru sahaja diperolehi bulan Oktober lepas (tak sempat pun dibawa jamming) dengan pantas terus meminta aku untuk melepaskannya...

_____
AADI: 2023 purging #1.

Death Alumitone Praetor


Entri pertama untuk 2023, menjadi rutin seperti tahun-tahun sebelumnya (2021, 2022) untuk memasang/menukar pikap gitar sendiri pada ambang/malam tahun baharu.

Kali ini gitar Praetor pula menjadi mangsa, dipasang dengan set Lace Alumitone/Deathbucker menggantikan set DiMarzio PAF Pro/Super 3 sebelum ini. Kenapa? Kerana aku boleh...

Selagi ada nafsu dan kerajinan, set pikap begini akan *berotasi keluar-masuk dalam gitar-gitar aku sehingga mendapat kombinasi gitar-pikap yang memuaskan hati. Selebihnya tak perlulah aku cerita ketemberangan pikap ini.

Inipun aku tak janji berapa lama boleh bertahan pada gitar ini, nanti dah bosan atau jika sudah ada pikap pasangan D Sonic camo, pasti akan bertukar lagi.

_____
AADI: *Dah lompat empat gitar.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (3) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (350) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (74) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (30) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (19) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (31) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (64) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (280) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (171) erectus (17) ernie ball (42) es-335 (2) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (91) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (49) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (129) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (23) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (44) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (52) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (310) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (99) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (19) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (72) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (611) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (48) memori (433) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (27) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (86) new album (30) new gear (242) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (356) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (204) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (29) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (20) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (113) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (52) shopee (40) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (16) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (16) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (463) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger